MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

07/08/2009

Rakyat Menangis di Selangor : Syarikat bumiputera semakin tersisih

Oleh Kumbang, AIDCclub

Antara perkara paling menyedihkan sekali di dalam pentadbiran Khalid Ibrahim adalah penyisihan syarikat Bumiputera untuk mendapat projek-projek kerajaan Negeri. Antara syarikat bumiputera yang disisihkan ialah Gapurna,Puncak Niaga, Syabas, Majulia, Pujangga Budiman dan Lebar Daun. Amat menghairankan syarikat milik Singapura dan milik bukan bumiputera tidak disisihkan. Malah diberi projek Projek pembersihan Sungai Klang kepada syarikat Singapura dan projek perlombongan pasir kepada Wawasan Dengkil Sdn Bhd, Hai Tong Construction, Low hai Eng Sons Trading Sdn Bhd dan Resvil Holding Sdn Bhd iaitu syarikat yang berstatuskan bukan bumiputera.



Amat menghairankan juga apabila Khalid Ibrahim hanya memilih golongan bumiputera yang terdiri daripada kroni beliau sendiri yang terdiri daripada bekas pegawai PNB dan Guthrie untuk terlibat dalam projek dan aktiviti kerajaan negeri. Kumpulan Semesta adalah satu contoh sikap memilih Khalid ini yang mana Kumpulan Semesta terdiri daripada bekas pegawai PNB dan Guthrie.

Apa di sebalik Projek pembersihan Sungai Klang?

Khalid mencadangkan projek pembersihan Sungai Klang dan pada 18 Mei 2009 lawatan ke Singapura dibuat untuk meneliti perkara ini dan hasilnya Projek Pembersihan Sungai Klang yang bernilai RM2 bilion tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat dari Singapura.

Apa yang menjadi pertikaian ialah tanah-tanah rezab Melayu di sepanjang 6km Sungai Klang diberikan hak pembangunannya kepada syarikat Singapura terbabit sebagai pertukaran kepada pembiayaan pembersihan Sungai Klang.

Pertukaran ini yang menimbulkan kontroversi kerana diakhirnya siapa yang mengaut keuntungan dalam pembangunan persisiran Sungai Klang ini?

Setelah dibangunkan nanti adakah orang melayu mampu membeli semula aset-aset yang dibangunkan,sudah pasti mereka ini akan dihalau ke tempat lain,dengan hanya diberi pampasan yang tidak setimpal dan akhir sekali tanah-tanah rezab melayu tergadai tanpa pembelaan.

Pembabitan syarikat Singapura ini dikatakan mempunyai kaitan dengan perlantikan Low Siew Moi sebagai Penasihat Kewangan kepada Khalid Ibrahim dan perlantikan Tricia Yeoh sebagai Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam kepada Khalid Ibrahim.

Maknanya di atas semua ini Khalid Ibrahim sudah dikawal oleh mereka-mereka ini dalam membuat keputusan di Selangor.

Sikap Jelek pentadbiran Khalid Ibrahim ini diteruskan lagi dengan layanan buruk kepada pegawai-pegawai tempatan iaitu mereka dikatakan tidak diberi peluang untuk melibatkan diri secara keseluruhan dalam projek-projek penting kerajaan negeri iaitu seperti pengstrukturan semula perkhidmatan air,pakej ekonomi dan projek berskala besar yang lain.

Amat menyedihkan sekali apabila pegawai-pegawai tempatan ini diherdik dan dimaki di dalam mesyuarat Exco dan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor dengan gelaran bloody effort,bodoh dan lain-lain.

Adakah ini gambaran pemimpin yang mementingkan rakyat dan mementingkan kebajikan?

Penyisihan dan layanan buruk ini adalah suatu tindakan yang amat menyedihkan dan tidak patut di kala pemimpin itu sendiri dikatakan bernaung di bawah parti yang berlandaskan keadilan dan integriti.

Sebab itu Kumbang berani menyatakan rakyat kini sedang menangis di Selangor kerana melihatkan sikap kerajaan Selangor yang hanya mementingkan diri-sendiri dan kroni-kroni sahaja.

Persoalannya, adakah kerajaan Selangor peduli?

sumber - kumbang



Baca selanjutnya...

DAP gesa Hasan Ali dikenakan tindakan disiplin



PETALING JAYA: Perbalahan terbuka antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor semakin berlarutan dengan DAP hari ini menuntut diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya meminta agar Ronnie Liu dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai exco Selangor baru-baru ini.


Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, tindakan Hasan dalam kes itu dilihat "tidak sesuai serta tidak adil", dan menambah bahawa ia diburukkan lagi dengan tindakan Pemuda PAS mengadakan demonstrasi menentang Ronnie Liu, serta rancangan PAS mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media.

"Apa yang membuatkan tindakan (Hasan) itu tidak dapat diterima ialah kenyataan bahawa Ronnie Liu menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun, apabila mengarahkan supaya dipulangkan barang yang diambil secara tidak sah kepada pemiliknya," kata Pua kepada pemberita di pejabat DAP Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP memiliki hubungan yang baik dengan PAS di peringkat persekutuan, namun menurutnya parti itu benar-benar bingung dengan apa yang berlaku di Selangor yang dilihat berbeza sama sekali dengan hubungan yang wujud di peringkat nasional.

Pua berkata, DAP akan menghantar surat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini bagi menggesa supaya ditubuhkan satu jawatankuasa disiplin.

Minggu lepas, Ronnie Liu selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam.

Ekoran tindakan itu Hasan mendesak kerajaan negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Liu.

sumber - mstar



Baca selanjutnya...

Selepas Ronie Liu dan Jeff Ooi, Loke Siew Fook pula hina Islam

Loo Siew Fook, Ketua Pemuda DAP (kiri)


Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Pemimpin DAP seakan sudah menunjukkan wajah sebenar mereka, sesudah isu Ronie Liu dan Jeff Ooi masih belum diselesaikan dengan baik, kini Loo Siew Fook pula yang cuba memburukkkan Islam, dalam sebuah laman blog Ketua Pemuda DAP ini telah memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam yang dihormati.

Isunya kerana Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Zulifli Noordin ahli parlimen Kulim dalam blognya mengulas isu tersebut menyatakan dirinya kesal dengan tindakan yang dilakukan ketua Pemuda DAP yang mengutuk ustaz Rudhian Tee. Dan menuntut Ahli parlimen Rasah dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya. Dan mengesa pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress meminta maaf secara terbuka pihak berkaitan.

Ahli Parlimen kulim tersebut juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dibawah akta hasutan terhadap pengendali laman tersebut.

Difahamkan laman tersebut kini telah dipadamkan oleh pengendalinya setelah isu ini tersebar di medium internet.

Antara kata-kata dari Loke Siew Foke yang dianggap mencemarkan imej orang islam dan Melayu ialah:


"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);

"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);

"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);


"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"

(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);


"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);


"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);


"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi seperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).


"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Berdasakan beberapa kejadian yang melibatkan pemimpin DAP kini, adalah jelas itulah wajah sebenar parti yang didakwa berbilang kaum itu. Tindak tanduk Roniu Liu, Jeff Ooi dan Loke Siew Foke ini sebenarnya lebih rasis berbanding kaum lain di Malaysia. Mereka langsung tidak menghormati orang lain dan tidak boleh menerima teguran walau dari sebangsa dengan mereka.

Adakah sewajarnya perkara ini dibiarkan oleh orang Melayu dan umat islam? bayangkan di tengah-tengah umat islam menyambut Nisfu Syaaban ada musuh Islam cuba memperlekehkan agama kita sendiri dan menulis artikel yang memburukan dan menghina agama islam.

Dimana ketaatan mereka kepada Perlembagaan Malaysia? bukankah agama islam adalah agama rasmi di Malaysia. Apa hak mereka untuk menghina sebegitu rupa agama islam, dan mencerca keluarga Ustaz Ridhuan Tee. Mungkin ini berlaku kerana lemahnya kesatuan umat islam di Malaysia hari ini, sehingga boleh diperleceh sebegitu rupa oleh musuh-musuh islam.

sumber - tomyampoktek



Baca selanjutnya...

Desak Ronnie, bukan pendirian PAS - Khalid Samad

Shah Alam - Tindakan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali mendesak supaya exco Selangor, Ronnie Liu digugurkan jawatannnya dibuat tanpa prosedur parti yang betul.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, selaku Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Hassan membuat desakan tanpa merujuk kepada Mesyuarat Perhubungan PAS Selangor sebagaimana lazimnya.

"Beliau (Dr Hassan) sebenarnya merujuk kepada Badan Perhubungan PAS Negeri yang juga badan tertinggi untuk membuat keputusan dan bukannya sekadar membawa kepada mesyuarat Dewan Harian saja", katanya kepada Sinar Harian.

Khalid yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, jika mesyuarat perhubungan itu berlaku, beliau selaku Ahli Parlimen Shah Alam berhak menyuarakan pendapat berhubung isu yang dibangkitnya.

Ditanya adakah wajar Ronnie digugurkan jawatan exco itu, Khalid berkata isu berkenaan tidak menyentuh kerajaan negeri sebaliknya membabitkan kecelaruan yang membabitkan parti.

" Ini membabitkan PAS Selangor yang tidak mengambil keputusan, tanpa menggunakan prosedur yang betul, bukan melibatkan kerajaan negeri", katanya.


sumber - Sinar Harian, 7 Ogos 2009



Baca selanjutnya...

Isu arak: Tidak diharam, amal kawalan kendiri, kata MB Selangor

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

SHAH ALAM: Pengedar dan penjual minuman keras terutamanya kedai serbaneka di Selangor perlu menggunakan mekanisme sistem kawalan kendiri bagi mengelakkan suasana tidak senang di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Bagaimanapun sebagai permulaan, ia hanya akan dilaksanakan di Shah Alam, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Dalam tempoh satu bulan kita akan keluarkan garis panduan yang akan diguna pakai di seluruh negeri Selangor dan ia akan diumumkan kemudian," kata beliau selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan pengedar dan penjual arak di kawasan Shah Alam, di Bangunan Sutlan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Antara mereka yang hadiri mesyuarat hari ini ialah Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor; Ketua Pegawai Eksekutif KK Supermart and Superstore Sdn Bhd, Datuk Dr Douglas KK Chai dan wakil kedai rangkaian 7 Eleven.

Menurut Khalid, Selangor tidak akan mengharamkan terus penjualan arak kerana mekanisme tersebut hanya akan dilaksanakan di kawasan majoriti penduduk beragama Islam. "Kita memberi mereka (kedai serbaneka) tempoh masa satu bulan untuk melaksanakan sistem kawalan sendiri di tempat-tempat yang dirasakan tidak perlu menjual minuman keras.

"Dalam masa yang sama, penjual juga tidak boleh mempamerkan minuman keras tersebut di rak kedai tersebut," katanya.

Jelasnya, perkara tersebut akan dapat mengurangkan masalah sosial dan golongan yang tidak sepatutnya membeli minuman keras di negeri itu.

Khalid berkata, sehingga kini kerajaan negeri mendapat kerjasama daripada kedai rangkaian 7Eleven dengan 10 cawangan telah menjalankan sistem kawalan kendiri.

"Oleh itu, kerajaan negeri berpendapat lebih baik kaedah itu digunakan menggunakan konsep (sistem kawalan sendiri) tersebut," katanya.

"Selepas ini penjual-penjual akan faham bahawa tiada penjualan minuman keras kepada pihak yang tidak sepatutnya. Jadi tidak perlu kita ada banyak undang-undang dalam mengatasi masalah (penjualan minuman keras) ini," katanya.

Menurut Khalid, perkara tersebut jelas menunjukkan kerajaan negeri mengambil pendekatan yang terbaik dalam menangani masalah penjualan minuman keras di negeri ini.

"Ini bermakna kita (kerajaan negeri) membangun bersama... kita menghormati pihak penjual dan dalam masa yang sama menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di Selangor secara keseluruhan," katanya.

Ketika ditanya mengenai draf yang dicadangkan oleh PAS Selangor untuk mengharamkan penjualan arak di negeri itu, Khaled berkata: "Ia tidak perlu dilaksanakan."

"Kita hanya perlu belajar untuk melaksanakan kawalan kendiri ini terlebih dahulu. Kita perlu mengambil kira sensitiviti banyak pihak dalam hal ini.

"Kita hendak Selangor menjadi sesuah negeri yang mudah didekati oleh pelabur dan dalam masa yang kita menghormati keperluan pihak-pihak lain," katanya.

Jelas beliau, mengharamkan penjualan arak secara terus tidak akan dapat menyelesaikan masalah sosial.

"Saya lihat kaedah kawalan kendiri ini adalah yang terbaik untuk digunakan dan adil kepada semua pihak," katanya.

Selasa lalu, PAS Selangor telah mengemukakan draf mengenai isu penjualan arak di Selangor dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hassan Ali yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, PAS Selangor akan mendesak kerajaan negeri supaya serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Katanya, kerajaan negeri perlu segera mengeluarkan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk diguna pakai di seluruh negeri supaya kontroversi berkaitan isu arak tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai desakan PAS Selangor mengenai kedudukan Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Negeri, Khalid berkata: "Dia (Ronnie) bukan isunya. Kita mahu menyelesaikan isu penjualan arak ini dahulu."

BERITA TERDAHULU

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, setiap pengedar arak di negeri itu perlu menjalankan mekanisme sistem kawalan kendiri bagi penjualan arak.

Bagaimanapun sebagai permulaan, ia hanya akan dilaksanakan di Shah Alam dalam tempoh sebulan.

Menurut Khalid, Selangor tidak akan mengharamkan terus penjualan arak kerana mekanisme tersebut hanya akan dilaksanakan di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.

BERITA TERDAHULU

Isu arak: MB jumpa pengedar, penjual hari ini

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sedang mempengerusikan mesyuarat bagi menyelesaikan isu penjualan arak di Selangor.

Sumber Pejabat Menteri Besar memberitahu mStar Online bahawa Khalid sedang bermesyuarat dengan penjual dan pengedar-pengedar arak di Selangor berhubung isu penjualan arak di negeri itu.

Sementara itu, setiausaha akhbar Khalid, Arfae'zah Abd Aziz berkata, Khalid tidak akan membuat sidang media berhubung hasil mesyuarat itu sebaliknya hanya akan mengeluarkan kenyataan akhbar pada pukul 3 petang ini.

sumber - mstar



Baca selanjutnya...

Pasukan inkues tinjau lokasi kematian Teoh

TINJAU...Anggota pasukan inkues meninjau lokasi dari pejabat SPRM tingkat 14 Plaza Masalam pagi tadi. Hari ini pasukan ini meninjau dari tingkat 5, 14 dan 15. - foto The Star oleh K K SHAM

LAWAT... Koroner Azmil Muntapha Abas (dua dari kiri) diberikan penerangan oleh pegawai pendakwa raya Tan Hock Chuan (dua dari kanan) berhubung lokasi kejadian dari tingkat lima Plaza Masalam pagi tadi. Inkues masuk hari keempat hari ini. - foto The Star oleh K K SHAM


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Pasukan inkues kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada Exco kerajaan Selangor, meneruskan inkues buat hari keempat pagi ini dengan meninjau lokasi kematian mendiang di Plaza Masalam di sini selama kira-kira sejam.

Bagaimanapun pada akhir tinjauan itu, peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo tidak berpuas hati dengan hasil siasatan pihak polis berhubung kematian Teoh, yang ditemui mati di koridor Tingkat 5 plaza itu 16 Julai lalu.

SITUASI INKUES TEOH HARI INI

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan pasukan inkues yang diketuai Koroner Azmil Muntapha Abas di tempat kejadian pagi tadi terdapat beberapa perkara yang perlu disiasat dengan lebih lanjut oleh pihak polis, yang mungkin boleh membantu menentukan punca kematian Teoh.

"Kami melihat secara teliti tempat kejadian iaitu di tingkat 14 yang menempatkan pejabat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan juga tingkat 15 yang turut dikatakan terdapat sebahagian pejabat mereka.

"Kami juga telah meninjau di tempat mayat ditemui.

"Pada masa itu kami memohon agar pihak polis menyiasat dua atau tiga perkara baru yang kita lihat... saya rasa polis akan beri bantuan dan kerjasama," katanya ketika ditemui selepas tinjauan itu.

Tinjauan ke lokasi kejadian di Plaza Masalam itu diadakan dalam tempoh lebih satu jam.

Ditanya apakah perkara-perkara baru yang ditemuinya itu, Gobind bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Saya tak boleh beri butir-butir lanjut tentang isu itu, saya rasa ia masih dalam siasatan polis," katanya.

sumber - mstar



Baca selanjutnya...

Mengapa Gobind Berlagak Pandai ?


++video setakat ini sahaja++






Baca selanjutnya...

Arak - PAS Konsisten Kecam Ronnie


++video setakat ini sahaja++






Baca selanjutnya...

Wang Zakat bakal diambil untuk pembangunan Selangor ?

KUALA SELANGOR – Tindakan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang menegaskan peruntukan wang zakat tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri mengundang perasaan tidak puas hati segelintir pihak.

Ahli Majlis Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azli Idris melahirkan rasa tidak bersetuju dengan kenyataan demikian berikutan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri bercadang untuk meneliti sama ada peruntukan zakat berkenaan boleh digunakan untuk pembangunan rakyat negeri ini.

“Saya tidak menyokong kenyataan tersebut dan dia (Hassan) seolah-olah mengeluarkan kenyataan mengikut kehendaknya sahaja.

“Pada pandangan saya, tidak salah sekiranya wang berkenaan disalurkan kepada Kerajaan Negeri dengan tujuan untuk memajukan pembangunan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Hassan mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan wang zakat adalah sumbangan oleh orang Islam dan sepatutnya disalurkan kepada lapan asnaf seperti yang ditetapkan dan tidak boleh disalurkan kepada Kerajaan Negeri pada 4 Ogos lalu.

Azli berkata, ADUN Gombak Setia itu perlu mengkaji kenyataan yang dikeluarkannya itu dan bermuzakarah bersama bari san Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Katanya lagi, Timbalan Speaker, Haniza Mohamed Talha ketika dalam Majlis Lawatan Ahli Jawatankuasa Khas mengenai pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini kelmarin, memberitahu sekiranya Kerajaan Negeri tidak mempunyai dana mencukupi, wang zakat boleh digunakan untuk membangunkan rakyat.

“Barisan ahli majlis juga semakin bingung kerana Kerajaan Negeri dikatakan mempunyai dana untuk memajukan negeri tetapi apabila diminta oleh rakyat lain pula jawapannya.

“Sekiranya hal ini terus berlaku, kesannya pihak majlis daerah juga tidak mempunyai peruntukan dan akhirnya yang akan mendapat susah adalah rakyat.

“Sepatutnya ketua jaba tan berkaitan perlu turun padang dan menyelesaikan masalah rakyat dengan peruntukannya ada termasuklah peruntukan zakat yang dipungut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

sumber - sinar harian



Baca selanjutnya...

Agenda jahat Anwar, burukkan SPRM!

Oleh malaysia hari-ini

MODUS operandi mereka sama. Sama seperti mereka mengkhianati sistem kehakiman Negara, mencabul demokrasi berperlembagaan, mereka mengkhianati undang-undang,mereka mengkhianati seluruh jabatan Polis Di Raja Malaysia dan kali ini mereka sedang cuba untuk mengkhianati, mempersenda dan memburukkan kredibiliti Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tujuan kumpulan pengkhianat negara yang diketuai oleh bekas banduan dari Penjara Sungai Buluh ini adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memesong fikiran, meracuni dan menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasaan negara ini supaya rakyat melihat imej semua institusi yang disebutkan di atas tadi kotor, jijik, tidak berperikemanusiaan dan menyakinkan rakyat dengan mengelirukan fakta bahawa pembangkang sedang ditindas dengan penyalahgunaan kuasa. Niat jahat kumpulan ini adalah mahu merosakkan rakyat dan negara .

Kita bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa mereka cuba memainkan isu ini untuk menutup segala kelemahan, kebusukan, perbalahan dalam pakatan pembangkang dan terutama sekali mahu mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu liwat yang bakal dihadapi oleh pengkhinat Melayu yang bernama Anwar Ibrahim.


Selain isu rasuah yang yang membabitkan beberapa orang exco dari DAP dan PAS serta KeADILan, isu liwat ini sebenarnya menakutkan mereka dan sebab itulah Anwar Ibrahim sedang menggunakan berbagai-bagai helah supaya mahkamah menggugurkan kes liwat tersebut. Anwar sedang mempermainkan mahkamah dan undang-undang, Anwar sedang mengkhinati bangsanya Melayu, Anwar sedang mempersendakan agamanya.

Kita bersetuju dengan pendirian tegas Syed Ali, Ketua UMNO Bahagian Ceras dan juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia bahawa Anwar sebenranya adalah pengkhinat Melayu dan pengesahan kepada pengkhianatan ini disah setrta dinobatlkan oleh Muhyidin Yassin dalam majlis di Pagoh. Oleh itu sebarang gerakan yangf mereka lakukan hari ini adalah mengikut telunjuk serta membaca skrip yang digrapkan oleh pengkhianat melayu ini.

Kemuncak kepada pengkhinatan yang mereka lakukan adalah demonstrasi anti-ISA yang diadakan di ibu Negara baru-baru ini dan terbaru mereka sedang cuba mengheret rakyat untuk tidak mempercayai serta hilang keyakinan terhadap SPRM dengan menjadikan kes bunuh diri Teoh Beng Hock sebagai angkara penyalahgunaan kuasa dan prosedur siasatan SPRM.

Kumpulan ini yang berselindung dengan berbagai-bagai alasan dilihat cuba menyembunyikan ataupun takut terhadap siasatan serta tindakan suruhanjaya ini apabila tembelang rasuah dan penyalahgunaan kuasa mereka yang melibatkan Ronnie Liu yang digambarkan sebagai exco bertaraf ganster di Selangor, Rodziah Ismail dan beberapa orang exco dari DAP termasuklah Khalid Ibrahim.

Meskipun penubuhan SPRM ini sebahagian besarnya adalah atas desakan pihak pembangkang namun apabila SPRM menjalankan fungsi sebagaimana termaktub seperti yang digariskan namun pembangkang mula merasakan bahang kepanasan kerana SPRM bukan sahaja menyiasat pihak-pihak lain tetapi turut mendapati bahawa kumpulan pengkhianat bangsa dan Negara ini juga menjalankan kerja dan menggerakkan kuasa dengan penuh rasuah dan kegilaan yang bermaharajalela.

Pembangkang seperti biasa apabila siasatan baik daripada polis ataupun SPRM ataupun keputusan mahklamah yang tidak menyebelahi atau memihak kepada mereka akan menuding jari kepada kerajaan kononnya kerajaan campurtangan menentukan keputusan, siasatan kononnya berat sebelah, kononnya wujud penyalahgunaan kuasa dan berbagai-bagai lagi alasan yang mereka rekacipta.

Tidak cukup dengan itu, kumpulan ini akan mengheret sama rakyat untuk menuding jari kepada pihak terbabit dan rakyat yang semakin hari semakin songsang pemikiran mereka terpedaya dan menerima bulat-bulat pembohongan yang dilakukan oleh kumpulan ini terutama sekali daripada Anwar Ibrahim.

Sebagai contoh, penubuhan suruhanjaya untuk menyiasat kematian mengejut Teoh Beng Hock ini adalah atas desakan pakatan pengkhinat ini tetapi mereka sebenarnya mahu dalam menyiasat kes kematian supaya SPRM menangguhkan ataupun membatalkan siasatan penglibatan mereka dalam kes-kes rasuah yang sedang berlaku di Selangor tetapi malangnya suruhanjaya dipersetujui untuk mencari punca kematian sahaja dan SPRM terus menyiasat kes-kes rasuah seperti yang sedang mereka siasat ketika ini.

Inilah yang sukar diterima oleh pembangkang terutama sekali Ronnie Liu dan Khalid Ibrahim termasuklah Anwar Ibrahim. Mereka cuba untuk menjadikan SPRM dan Suruhanjara Siasatan mengikut telunjuk dan membuat keputusan seperti yang mereka mahu dan pastinya memihak kepada mereka namun semua system ini mempunyai maruah serta kredibiliti dan intergriti tersendiri dan mereka tahu bahawa pembangkang sebenarnya cuba mengalih isu dengan mahu menunjukkan kononya mereka telus, tidak rasuah dan tidak berkepentingan apa-apa.

Oleh itu mereka tidak ada pilihan. Pilihan yang mereka ada hanya satu iaitu memburukan kerajaan, SPRM, PDRM, Institusi Kehakiman dan semua institusi dalam Negara ini dan inilah yang mereka sedang lakukan. Mereka sedang perbodohkan rakyat yang mereka yakin sudah hilang kercerdikan untuk berfikir.

Rakyat yang taksub akan menerima apa sahaja dan usaha mereka memburuk serta mencemarkan imej SPRM ini dipercayai akan berterusan mereka lakukan sehinggalah rakyat akan melihat SPRM ini menjadi tidak relevan dan paling penting pada mereka, mereka mahu SPRM tidak dihormati. Itulah niat sebenar mereka dan sekiranya SPRM tidak lagi dipercayai, mereka akan bebas untuk melakukan rasuah serta penyelewengan.

sumber - Malaysia hariini






Baca selanjutnya...

Anwar adalah ' sesumpah' – The Economist



Oleh Malaysiaaktif

SIAPAKAH sebenarnya Anwar Ibrahim? Beliau bukan saja ibarat seekor sesumpah yang bertukar warna mengikut suasana, bercakap mengikut selera pendengar di depannya, malah lidah bercabang pula, kata majalah antarabangsa The Economist.

Dalam keluaran 30 Julai, 2009, edisi cetak dengan tajuk “Kebangkitan, kejatuhan dan kebangkitan Anwar Ibrahim, politikus paling istimewa Asia Tengara”, rencana itu mengisahkan betapa Anwar telah bersusahpayah pergi berkempen pilihan raya kecil Manek Urai di pedalaman Kelantan pada pertengahan Julai lalu untuk menggesa pengundi memangkah calon Pas.

Sebenarnya, ia hanyalah satu pilihan raya terlalu kecil dan mampu dikendalikan Pas sendirian saja kerana iamenguasai penuh Dewan Undangan Negeri.

Tetapi Anwar sedar dia terpaksa menunjukkan kesungguhan kerana dia amat memerlukan Pas. Inimemandangkan tanpa parti Islam itu, pakatan dipimpinnya terdiri daripada Melayu ‘moden’, orang India dan Cina yang sekular tidak ada peluang langsung menyingkirkan Umno daripada tampuk kekuasaan.

Barisan Nasional yang diterajui Umno telah berkuasa sejak kemerdekaan pada 1957. Anwar idamkan Umnodimusnahkan dan begitulah juga dua parti dalam pakatan pembangkang.

The Economist mendedahkan betapa Anwar menghabiskan masa di luar negara dengan menemui pemimpinasing dan agama yang nama mereka sengaja disebut-sebut beliau ketika berbual.

Anwar cuba menyentuh satu perkara kepada yang baru, tetapi biasanya dia akan berbicara isu yang pastimenarik minat pendengarnya saja.

Pada pilihan raya 8 Mac, 2008, Anwar dan pembangkang berjaya menyampaikan mesej menentang Umno danBarisan Nasional berikutan penggunaan sepenuhnya internet atau senjata siber – blog - yang mampumenggugat dan menggoyah pengaruh media perdana dikuasai Umno.

Majalah itu meramalkan perbicaraan kes liwat Anwar dan Shamsul akan berlarutan. Anwar sudah pun menyatakan tidak kira apa keputusan kes itu, dia tetap menang. Jika dibebaskan, kerajaan akan hilangkewibawaannya.

Namun jika didapati bersalah, berpuluh ribu penyokongnya akan melancarkan demonstrasi jalanan. Tetapimendakwa dia ada maklumat baru mengenai kes pembunuhan yang kononnya ada kaitan denganNajib. Ini akan dipergunakannya. Anwar

Jika dia dipenjara, pakatan pembangkang mungkin akan berkubur namun jika dia menyeru penyokongnyaberjuang, dia mungkin dipersalahkan berikutan huru-hara yang tercetus. Jika dia merayu sokonganantarabangsa, penyokong dalam negeri akan mempersoalkan kesetiaannya.

Dalam menghadapi situasi genting inilah wujudnya perangkap dipasang Anwar yang dengan segala tipumuslihat akan memberitahu pendengar berbeza apa yang mereka suka dengar.

Blogawan dengan senjata internet mereka sekali lagi akan memberi perhatian kepada kecekapan Anwar bermain sandiwara membuat rakyat tertanya-tanya siapa dan apa sebenarnya diperjuangkan Anwar Ibrahim.

sumber - malaysiaaktif.com




Baca selanjutnya...

Isu Arak : MBSA hantar laporan kepada Istana Selangor

SHAH ALAM – Isu rampasan dan pemulangan semula 70 tin dan botol minuman keras oleh pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dimaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Perkara berkenaan disahkan Setiausaha Sulit Baginda, Datuk Munir Bani ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

“Kita akan meneliti laporan yang diberikan oleh pegawai MBSA terlebih dahulu sebelum dibaca bagi makluman Tuanku,” katanya.

Selasa lalu MBSA menyerahkan laporan berkaitan Dasar Majlis dan dokumen lain berkenaan rampasan serta pemulangan semula minum keras tersebut kepada wakil istana.

Isu tercetus selepas campur tangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu yang mahu pegawai MBSA memulang semula minuman keras yang dirampas dari kedai serbaneka di Seksyen 8, 29 Julai lalu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam sidang media kemudiannya menggesa kedudukan Ronnie dalam Exco Kerajaan Negeri dikaji semula kerana didakwa dalam beberapa isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan.

Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam turut menggesa portfolio disandang Ronnie ditukar dengan orang lain bagi mengurangkan masalah yang sedang dan pernah berlaku sebelum ini.

sumber - sinar harian



Baca selanjutnya...

Air Muka Najib jernih kata Nik Aziz, air muka Anwar bagaimana?



Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

"Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyumnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap ‘corridor of power’ untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya kepada pemberita sejurus menyambut kumpulan seramai 50 penduduk Kelantan yang menyertai misi melawat pelantar minyak di kawasan 170 kilometer dari pantai Tumpat.

Apakah mesej yang sebenarnya ingin disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan tersebut apabila mengatakan beliau berpuas hati dengan layanan Perdana Menteri sewaktu dan mengatakan "air muka Najib jernih".

Apabila seorang Tok Guru memberi penilaian yang baik terhadap musuh politiknya adakah ia memberi gambaran segala tuduhan Anwar Ibrahim terhadap Najib sebelum ini adalah karut. Kenyataan itu dikeluarkan selepas 3 kali Menteri Besar Kelantan tersebut dapat bersua muka dan berbincang dengan Perdana Menteri tersebut dalam tempoh terdekat.

Kalau benarlah seperti yang dikata Mursyidul Am PAS itu terhadap DS Najib, maknanya tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya hanyalah untuk menjatuhkan kredibiliti Najib sahaja. Mana mungkin orang yang melakukan pembunuhan dan kejahatan wajahnya berseri, air muka yang jernih tidak dapat dibuat dengan disapu bedak, tapi ia adalah dianugerah Tuhan berdasarkan sikapnya.


Sehingga saat ini tidak pernah pula ada tokoh agama menyatakan muka Anwar bersih. Kalau kita tanyakan kepada umum, ramai mengatakan muka Anwar sekarang ini sudah tidak lagi seperti dahulu semakin tidak berseri dan menampakan kekusutan dan amarah demdamnya. Mengapa ini terjadi, semakin beliau berada di puncak kuasa wajahnya semakin mengatakan dirinya bermasalah.

Walhal dalam tempoh ini, dengan menjadi ketua pembangkang dan menguasai beberapa negeri seharusnya muka Anwar lebih nampak berseri, tetapi hakikatnya tidak berlaku. Apa sebenarnya rahsia yang cuba disembunyikan Anwar ibrahim kepada umum.

Adakah wajah ceria yang dilontar Anwar kini hanyalah untuk menutup perasaan gelisahnya, mungkin Anwar terlalu risau dengan Kes liwatnya denagn Saiful Bukhari yang hari ini masih belum dapat ditentukan siapa yang benar siapa yang kelentong.

Saiful Bukhari dalam blognya menyatakan beliau kecewa dengan perkembangan perbicaraan yang selalu ditanguh atas pelbagai alasan dan sebab. Hingga saat ini menurut Saiful sudah masuk hari ke 400 aduan liwatnya kepada Anwar Ibrahim dilakukan, namun perbicaraan utama masih belum dapat dijalankan.

Timbul juga persoalan kepana Anwar ingin pertuduhan digugurkan sebelum perbicaraan, apakah sebenarnya yang mengangu fikiran Anwar saat ini. Adakah nama Saiful Bukhari benar-benar menghantui dirinya kini.?

Lenakah Anwar melelapkan mata dikala ini, atau saban malam Anwar bermimpi mengingatkan kes liwat dirinya dengan Saiful.

Sehingga saat ini juga, walaupun wujud pelbagai kekalutan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang Anwar masih belum bersuara lagi, mungkin tengah cari ilham untuk menyalahkan pihak lain. Itulah sikap Anwar dari semenjak dibebaskan dari penjara, UMNO sahaja disalahkan tidak pernah sedikitpun beliau memohon maaf kepada umum atas kesilapannya.

Dalam kes penanguhan kes liwatnya juga Anwar telah menyalahkan pendakwaraya kerana menanguhkan perbicaraan. Begitulah buruk perilaku manusia bernama Anwar ini, namun mungkin Anwar lupa bahawa setiap kejahatan yang dialakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini sejarah akan menguhukm pemimpin tersebut,hanya masa menentukannya. Masa itu kalau ditakdirkan Anwar masih bernyawa mungkin beliau akan dapat melihat sendiri keaiaban dirinya dipertontonkan Allah kembali.

sumber - tomyampoktek

Artikel lain berkaitan :

. Liwat : Bahasa 'muka' Anwar



Baca selanjutnya...

Siapa bunuh Teoh Beng Hock ?

Oleh The Unspinners

Gobind kata DNA Tan Boon Hwa dan Lim Wye WIng tidak sepadan dengan kesan-kesan DNA pada mayat Teoh Beng Hock. Semua DNA yang diperolehi tidak tunjuk persamaan juga.

Nak kata bunuh diri, Dr Xavier kata tak mahu terima. Baiklah, bukti-bukti masih menunjukkan ia dibunuh. Seorang yang akan berkahwin esok harinya tidak akan bunuh diri melainkan ... Tak sampai hati nak sebut.

Sebut anak haram atau luar nikah pun depa suruh Utusan Melayu minta maaf. Chiew Mei Fun mahu Teoh dianggap sudah kahwin. Cina lani terlalu emosi hingga dah tak rasional. Sampai nak main laggaq undang-undang.

Beberapa bukti nampak macam Teoh telah dibunuh:

* Guard yang jumpa nampak darah mayat sudah kering. Selari dengan apa polis beritau Teoh meninggal pada lebih kurang pukoi 8-9 pagi.

* Dua DNA yang diakui mungkin menandakan Teoh sudah dikerjakan dua orang.

* Ada trolley ditingkap 14 mungkin menunjukkan depa guna trolley untuk angkat dan sorong mayat tu keluaq tingkap.

* Raja Petra kata darah mayat Teoh tak serupa macam dicampak dari Tingkat 14. Jadi dia dicampak dari Tingkat berapa? Kalau gitu, dia dibunuh dan dicampak dari tingkat lain? Atau dia dibunuh dan diletak di Tingkat 5?

* Lain-lain bukti

Siapa bunuh?

* Jangan lupa Tan dan Lim masih berada di pejabat SPRM pagi tu. Tan mengaku dalam statement pada polis bahawa dia nampak Teoh pada pukoi 6 pagi. Masih satu misteri kenapa dia dudok di pejabat dari pukoi 1 pagi hingga 11 pagi di pejabat SPRM. Kalau DNA tidak matching, dia belum lepaih habis. Boleh kena abetting atau bersekongkol.

* Dua Pak Guard kata ada 10 orang pegawai SPRM dalam bangunan pada malam tu dari 8 malam hingga 8 pagi esok hari. Semua dia dapat cam termasuk seorang pegawai yang akhir jumpa Teoh pada pukoi 6 pagi.

* Pak Guard bernama Wan Rosli dalam CCTV ada seorang pegawai kelihatan masuk bersama seorang Cina yang tidak dikenali pada pukoi 12:52 pagi.

* Pak Guard yang bernama Abdul Rahman dapat mengenali hanya satu dari tiga pegawai SPRM yang masuk dalam satu video clipping. Pegawai itu bernama Ashraff.

Laporan The Star bukan boleh caya sangat. Depa lani dah mula pro-pembangkang. Putarbelit pun depa sanggup siarkan.

Pegawai SPRM yang tidak dikenali jaga boleh dikenalpasti. Sebanyak 157 DNA telah diambil termasuk semua staf SPRM, polis yang menyiasat, staf forensik, pencuci bangunan, dan lain-lain individu. Semua tidak match DNA pada badan.

Siapa bunuh Teoh sekarang?

Adakah Teoh keluar dari pejabat SPRM tapi masih dalam bangunan selepas pukul 6 pagi? Adakah dia terjumpa siapa-siapa dalam bangunan Masallam antara pukul 6 pagi hingga kematiannya dalam pukul 8-9 pagi?

Macam mana ada trolley di tepi tingkat Tingkat 14 dan rambut di tingkap? Rambut siapa? Mungkinkah dia dibunuh ditempat lain dan ada orang aturkan trolley tepi tingkap? Kalau demikian, ini macam kerja-kerja pembunuh profesyenal.

Adakah mudah untuk masuk dalam pejabat SPRM tanpa dikesan? Mungkinkah pula ada dua orang yang masuk dan membunuh dan buang Teoh ke bawah?

Apa cerita pula dengan handphone Teoh? Jeng jeng jeng ..

sumber - the unspinners





Baca selanjutnya...

Beng Hock jatuh secara sengaja?

SHAH ALAM 6 Ogos - Ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa beliau dimaklumkan kemungkinan Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock terjatuh secara sengaja atau tidak sengaja dari tingkat 14, Plaza Masalam di sini pada 16 Julai lalu.

Menurut beliau, perkara itu diberitahu oleh pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Ahmad Nazri Zainal sebagai maklumat awal sebelum analisis asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan ke atas 18 bahan bukti yang diserahkan kepadanya.

Beliau bagaimanapun menafikan Ahmad Nazri pernah menyebut bahawa Beng Hock mungkin dibunuh dengan cara ditolak dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Lay Hong turut menganggap cadangan peguam pemerhati, Gobind Singh Deo kemungkinan Beng Hock terjatuh selepas tali pinggang yang dipegang oleh beberapa individu terputus sebagai satu spekulasi.

''Pegawai penyiasat ada beritahu bahawa si mati sedang disiasat oleh SPRM dan kemungkinan berlaku bunuh diri. Dia tidak menyebut tentang kemungkinan dibunuh, hanya jatuh secara sengaja atau tidak sengaja,'' jelas beliau.

Suasana menjadi agak tegang apabila Gobind mempersoalkan kegagalan ahli kimia itu melakukan ujian DNA terhadap kemeja dan seluar milik Beng Hock secara menyeluruh.

Gobind mendakwa, Lay Hong gagal mengambil kira sebarang kemungkinan kerana tidak melihat foto posisi si mati serta mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci berhubung kes itu.

''Puan membuat ujian DNA pada tali pinggang, tetapi tidak melakukannya pada bahagian pinggang seluar yang mungkin ada berlaku sentuhan memandangkan ada DNA asing pada tali pinggang,'' katanya.

Lay Hong bagaimanapun menjelaskan, ujian DNA dilakukan ke bahagian-bahagian tertentu kemeja dan seluar panjang Beng Hock berdasarkan andaian bahawa berlakunya sentuhan di situ.

Menurut beliau, melihat foto si mati serta mendapatkan maklumat tentang kematian secara terperinci juga bukan satu kebiasaan sebelum ujian DNA dilakukan.

Beliau bagaimanapun mengaku kemungkinan terdapat DNA-DNA asing pada bahagian kemeja dan seluar panjang yang tidak diperiksa itu.

Lay Hong turut mengesahkan bahawa tali pinggang Beng Hock terputus bukan kerana dipotong dengan sebarang alat mekanikal, tetapi akibat regangan dan tekanan yang dikenakan ke atasnya.

Inkues siasatan kes kematian Beng Hock di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas bersambung Isnin ini.

sumber - utusan Malaysia


Kesan patah pada skru masih baru - ahli kimia

SHAH ALAM 6 Ogos - Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa kesan patah pada skru sebahagian pengunci tingkap di tingkat 14, bangunan Plaza Masalam disahkan oleh ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia sebagai masih baru.

Saiful Fazamil Mohd. Ali yang bertugas di Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik jabatan itu berkata, klip logam berserta dua batang skru, tidak berkaitan dengan pengunci tingkap.

''Skru nombor dua tidak padan dengan lubang skru sebahagian pengunci tingkap yang mempunyai empat lubang skru. Dua daripadanya dalam keadaan baik, satu skru patah manakala satu lubang tanpa skru,'' ujar beliau.

Menurutnya lagi, satu butang di bahagian depan pinggang seluar yang dipakai oleh mendiang Teoh Beng Hock telah tertanggal dan terdapat sisa benang putih pada butang logam dan ia pula adalah serupa dengan sisa benang putih pada seluar si mati.

''Saya juga mendapati kedua-dua rantai jam tangan tidak terdapat pin penyambung. Ia serupa dan boleh dipadankan dengan hujung pin jam tangan,'' kata Saiful.

Selain itu, potongan pelapik kaki yang pada permukaannya terdapat kesan lekuk turut dikemukakan di mahkamah dan ketulan bahan putih adalah konsisten dengan cat di tingkat 14 bangunan itu.

Ahli kimia tersebut yang merupakan saksi kelapan telah melakukan ujian pemadanan sama ada item itu boleh dipadankan dan menjalankan ujian untuk mengenal pasti bahan yang terlibat.

Pada tahap ini, peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Kerajaan Malaysia dalam inkues tersebut mengemukakan bahan bukti untuk dibuka dan dikenal pasti kandungannya oleh Saiful.

Ketika seluar panjang berwarna putih yang dipakai Beng Hock semasa pergi ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di tingkat 14, Plaza Masalam dibuka oleh Saiful, Hock Chuan mengambil sehelai sapu tangan lalu menutup hidungnya.

Seluar tersebut mempunyai kesan koyak di bahagian punggung dan lutut kiri mempunyai kesan tompokan darah yang telah kering.

Ketika disoal oleh peguam Gobind Singh Deo yang merupakan peguam pemerhati bagi keluarga Beng Hock, Saiful memberitahu, beliau telah pergi ke tempat kejadian bukan hendak menyiasat sebaliknya hanya membuat pemeriksaan.

Sementara itu, prosiding inkues dimulakan pada pukul 9.25 pagi dengan keterangan saksi inkues keenam, Abdul Rahman Rahim, 51, pengawal keselamatan plaza tersebut yang mengemukakan buku daftar keluar masa bangunan tersebut.

Abdul Rahman memberitahu, catatan pengunjung keluar masuk bangunan itu bukan sahaja tidak dibuat pada hari kejadian tetapi juga pada hari-hari sebelumnya.

sumber - utusan



Baca selanjutnya...

Inkues Teoh : Siapa pemilik DNA misteri ?

SHAH ALAM 6 Ogos - Misteri profil asid deoksiribonukleik (DNA) dua lelaki asing yang dijumpai pada tali pinggang dan di bahagian luar kot mendiang Teoh Beng Hock sehingga kini masih belum terungkai.

Ini berikutan profil DNA tersebut didapati tidak sepadan dengan 157 sampel DNA yang telah dianalisis oleh ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong.

Lay Hong, 51, memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini, ratusan sampel DNA itu diambil daripada 81 kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 49 pegawai dan anggota polis serta 14 kakitangan Jabatan Patologi Forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Sampel DNA turut diterimanya daripada dua tukang cuci, lapan kakitangan bahagian penyelenggaraan dan keselamatan di Plaza Masalam serta tiga lagi saksi.

Pada hari pertama inkues bermula pada 29 Julai lalu, Mahkamah Koroner diberitahu bahawa terdapat dua profil DNA lelaki pada kesan koyakan tali pinggang mangsa serta satu profil DNA lelaki di belakang kot mendiang.

Bagaimanapun salah satu profil DNA di tali pinggang itu adalah sepadan dengan profil DNA yang ditemui pada kot tersebut.

Lay Hong terdahulunya memberitahu, sebenarnya terdapat lebih dua profil DNA lelaki yang tidak dikenali dikesan di bahagian koyakan pada tali pinggang milik Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Jelas beliau, selain DNA Beng Hock dan seorang individu asing, perkataan sekurang-kurang seorang lagi penyumbang tidak dikenali yang digunakan dalam laporan hasil analisis DNA bertujuan menunjukkan bahawa jumlah sebenar mungkin lebih.

''Untuk profil tersebut, sekurang-kurangnya satu DNA lelaki yang tidak dikenali atau ia boleh jadi lebih. Saya pasti sekurang-kurangnya satu lagi DNA tetapi saya tidak pasti jumlah selebihnya,'' katanya ketika menjawab soalan peguam Gobind Singh Deo.

Gobind merupakan peguam pemerhati yang dilantik oleh keluarga Beng Hock.

Lay Hong yang memberi keterangan sebagai saksi kesembilan turut melakukan ujian DNA terhadap 16 lagi bahan bukti yang diserahkan oleh pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Ahmad Nazri Zainal pada 21 Julai lalu.

Antaranya ialah kemeja lengan pendek warna kelabu kebiruan, seluar panjang berwarna kuning air yang terkoyak pada bahagian punggung dan lutut kiri, sehelai seluar dalam, sepasang stokin dan sepasang kasut hitam yang kesemuanya terdapat kesan darah Beng Hock.

Begitu juga 11 cebisan kuku, pemotong kuku, rambut, gigi, tali jam tangan, empat calitan putik kapas dan kad proses pengambilan darah kering (FTA) mangsa.

''Tiada kesan DNA asing pada cebisan kuku Beng Hock ditemui. Tiada kesan DNA dijumpai pada satu calitan putik kapas, manakala tiga calitan putik kapas lagi mengandungi campuran DNA yang tidak konklusif.

''Begitu juga analisis terhadap calitan kesan kerosakan pada kasut kiri, tali jam tangan besi, bahagian luar depan kot, belakang dan depan kemeja, bahagian koyakan pada seluar panjang, bahagian yang bertentangan dengan koyakan pada tali pinggang tidak mengandungi DNA asing,'' jelas beliau.

Kesemua bahan bukti itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sampul surat dan dimeterai dengan cop Jabatan Kimia Malaysia sebelum diserahkan kembali kepada Ahmad Nazri pada 27 dan 28 Julai lalu.

sumber - utusan



Baca selanjutnya...

Pengkhianat : NGO terus kecam Anwar

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD,
TARMIZI ABDUL RAHIM dan NIZAM YATIM
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 6 Ogos – Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak digelar pengkhianat kerana usaha beliau untuk menghapuskan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjelaskan lagi sikapnya terhadap nasib dan masa depan orang Melayu.

Malah apa yang cuba dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semata-mata untuk memastikan cita-citanya menjadi seorang Perdana Menteri tercapai meskipun hak keistimewaan orang Melayu terpaksa dikorbankan.

Reezal berkata, bibit-bibit pengkhianatan Anwar terhadap orang Melayu muncul ketika beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sebagai contoh katanya, pada tahun 1997, Anwar telah menaikkan kadar faedah hingga mencecah 24 peratus selain menurunkan tempoh pinjaman tidak berbayar (NPL) daripada enam bulan kepada tiga bulan.

‘‘Akibat daripada dua polisi ini, ramai usahawan Melayu merana dan terpaksa gulung tikar. Mereka hidup dalam keadaan yang sangat menderita. Itu belum lagi dikira dengan hasratnya untuk membuat pinjaman dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF),’’ katanya.

Beliau mengulas ketegasan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya walaupun Anwar bakal mengambil tindakan saman RM100 juta ke atasnya.

Ia berikutan tindakannya menggelar Anwar sebagai pengkhianat ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading Ahad lalu.

Reezal berkata, komitmen Anwar untuk menghapuskan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga perlu diambil kira sebagai salah satu pengkhianatan terhadap perjuangan Melayu.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Helmi Ismail pula berkata, Anwar juga didapati telah mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dan wasiat raja-raja Melayu kerana kedua-dua dokumen itu jelas tercatat mengenai kewajipan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu.

Mohd. Helmi berkata, beliau mula menyedari pembohongan Anwar sejak menjadi penuntut universiti lagi iaitu ketika pemimpin PKR itu mengetuai gerakan mahasiswa.

‘‘Pada tahun 1974, Anwar telah bersyarah dan memberitahu mahasiswa lain yang orang Baling tidak makan dan akhirnya mati akibat kemiskinan. Rupa-rupanya ini satu pembohongan kerana di Malaysia tidak pernah berlaku kes seumpama itu,’’ katanya.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, pemimpin PKR itu telah melakukan sabotaj terhadap orang Melayu terutama dalam konteks ekonomi.

‘‘Demonstrasi haram Sabtu lalu merupakan contoh terbaik bagaimana pemimpin PKR itu sengaja mensabotaj ekonomi orang Melayu dan negara.

‘‘Yang pasti pelabur sudah tentu akan menangguhkan atau membatalkan terus hasrat mereka untuk membuat pelaburan ke negara ini kerana berlaku huru-hara akibat daripada gerakan demonstrasi tersebut,’’ ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Anwar sebagai pencetus dan penyebab terhadap banyak masalah kaum yang timbul di negara ini.

‘‘Anwar adalah pembuka pintu banjir (flood gate) yang menyebabkan arus deras yang terkumpul sejak sekian lama di sebalik pintu itu terus meluru keluar dan melanda serta mengaut apa sahaja halangan yang berada di laluannya hingga menjadi banjir besar yang tidak dapat dibendung.

‘‘Kerana Anwar, kaum lain di negara ini begitu berani mempertikaikan hak keistimewaan Melayu dan membuat tuntutan lain yang tidak masuk akal,’’ katanya.

Tegas beliau, kaum lain menjadi berani kerana sedar bahawa segala tuntutan mereka itu didalangi dan disokong oleh orang Melayu sendiri iaitu Anwar.

‘‘Maka beranilah mereka mempertikaikan isu kuota DEB, pengagihan biasiswa kepada pelajar bumiputera, wujudnya penulis blog yang ramai dengan tanpa rasa takut menghina dan mempertikaikan apa yang diperoleh kaum bumiputera,’’ katanya.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Tajudin Ahmad berkata, kenyataan Muhyiddin yang melabelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa Melayu bukanlah dibuat secara emosional.

‘‘Sebaliknya ini merupakan fakta yang sah berdasarkan sejarah kepimpinan dalam kerajaan sejak negara merdeka lagi.

‘‘MBM menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya tidak mudah terpedaya dengan kenyataan palsu yang dikeluarkan oleh Anwar mengenai sejarah perjuangan UMNO dalam kerajaan,” katanya.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia, Azanddin Hamzah pula berkata, tindakan untuk menyaman Muhyiddin itu adalah satu sandiwara politik Anwar yang cuba menutup kelemahan pentadbiran dan kepincangan di Selangor yang banyak melibatkan Exco dan wakil rakyat PKR.

sumber - utusan



Baca selanjutnya...

Arak Tidak Boleh Dijual Terbuka - PAS


++video setakat ini sahaja++






Baca selanjutnya...

Inkues Teoh : Gobind main wayang


++video setakat ini sahaja++






Baca selanjutnya...

06/08/2009

Khalid Samad pula jadi HERO Ronnie Liu

Oleh Pusaka Ayahanda

SHAH ALAM, Aug 6 — The decision by Datuk Hassan Ali to call for DAP’s Ronnie Liu to be stripped off his local government portfolio is not sitting well even within his own party.

Shah Alam MP Khalid Samad said yesterday that contrary to his claims the PAS commissioner had no business making such a call without consulting the party state liaison committee.

During a press conference on Tuesday Hassan said the decision to call for Liu's removal was made by the party's Dewan Harian, which met on Monday.

However, Khalid said such a policy must be endorsed by the liaison committee, which is the highest decision-making body in Selangor PAS.

MalaysianInsider


--Kita menyokong tindakan Hassan Ali menentang penjualan arak di premis2 terbuka di Selangor. Kita juga memberi sokongan "suara" Hassan Ali yang mahukan Ronnie Liu diambil tindakan kerana banyak perlakuan salah laku dari Ronnie Liu yang merugikan rakyat Selangor.

Tapi nada yang amat berbeza diluahkan oleh Khalid Samad yang dilihat cuba membela Ronnie Liu.

Janganlah ada yang merasa hairan dengan tindakan Khalid Samad ini yang cuba membela Ronnie didalam isu penjualan arak di Selangor. Khalid Samad yang popular dengan ideologi "sosialisme" nya amat suka menjuarai isu2 sebegini untuk dilihat sebagai "hero" dimata masyarakat bukan Islam.

Masih kita ingat lagi tindakan pertama Khalid Samad apabila menang kerusi Ahli Parlimen Shah Alam. Dia dengan bangganya mengunjungi Gereja Kristian di Shah Alam yang baru siap dibina. Gereja ini suatu ketika dibantah hebat oleh Pas Shah Alam.

Demi mencari sokongan bukan Islam terhadap dirinya dan Pas, Khalid Samad telah berucap dalam gereja tersebut dan menyokong tuntutan Badan Injil Borneo untuk menggantikan perkataan God kepada Allah dalam kitab injil berbahasa Melayu mereka.

Tidak cukup itu, pada Mei lalu, Khalid Samad memarahi Jawatankuasa Surau Seksyen 23 Shah Alam kerana membantah pembinaan kuil hindu di kawasan mereka. Malah Khalid seolah2 "memaksa" jawatankuasa Pas di situ menyokong pembinaan kuil tersebut. Pelbagai janji dunia telah dibuat kepada pemimpin Pas di kawasan tersebut.

Khalid Samad juga dikhabarkan merupakan orang yang mencadangkan agar 4 ekar tanah wakaf kerajaan Khir Toyo untuk perkuburan Islam Shah Alam di Kampung Kebun Bunga, jalan Batu 3 dijual kepada pertubuhan Cina yang telah mendirikan dewan haram atas tanah tersebut.

Jadi tindakan Khalid kali ini juga sama seperti tindakan2 nya yang lalu iaitu untuk menjadi "hero" kepada bukan Islam. Khalid Samad tidak ubah seperti Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kepentingan politik peribadi sendiri.

Maruah serta kesucian Islam sanggup digadai oleh manusia2 yang rakus tamakkan nama dan kuasa ini. Inilah wajah2 sebenar manusia yang dilantik oleh rakyat2 Shah Alam untuk menjadi ahli parlimen mereka.

Mereka2 ini yang dahulunya menghentam kerajaan kononnya tidak bijak mentadbir selama 50 tahun di negara ini, kini terbentang jelas negeri jajahan mereka hampir hancur hanya dalam tempoh masa setahun mereka memerintah.

Demi maruah Agama, Bangsa dan Negara, manusia2 HAPRAK dari Pakatan pembangkang ini haruslah segera ditumbangkan !


Selangor Bangkit !!!

sumber - pusaka ayahanda



Baca selanjutnya...

Isu Arak, Ronnie, diputus 13 Ogos - Anwar

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan memutuskan kesemua isu semasa yang tercetus termasuk isu jualan minuman keras di Selangor dan desakan PAS agar Ronnie Liu digantikan Khamis depan.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, "semua isu yang melibatkan Pakatan Rakyat, termasuk isu Selangor akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 13hb Ogos."

Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan satu perenggan yang diemelkan petang ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau akan membincangkan penyelesaian isu jualan minuman keras di negeri itu esok.

Bagaimanapun beliau menolak desakan agar Ronnie Liu digantikan.

Di sebalik isu jualan arak itu, kelmarin PAS Selangor mendesak agar Ronnie Liu, Exco yang menerajui portfolio kerajaan tempatan digantikan dengan orang lain.

Ia merupakan antara isu yang menghantui Pakatan Rakyat yang menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Dalam dua bulan lalu, kerajaan negeri Selangor juga berhadapan dengan pelbagai isu selain desakan PAS kelmarin. Bulan lalu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor membuat rombakan Exco kerajaan negeri.

sumber - mstar



Baca selanjutnya...

Anwar gerun, Rashid Othman jadi saksi ?

Oleh The Unspinners

Ni dah lama dicakap-cakap oghang tapi tak berani nak ceghita dulu. Pasai ada blogger bergelar Kumbang sini dah mula cerita. Kita pun ceritalah. Nak tau versi Kumbang baca situ. Kita tak mau ulang.

Pendik cerita. Kalau Sukma adalah 'rakan seperjuangan' Anwar untuk benda-benda gini bagi tahun 1998, Rashid hampir macam Sukma dan Azizan untuk tahun 2009. Rashid tak buat kerja atuq atuq carikan jantan lain. Itu antara tugas Sukma yang port operasi di Pusat 'Tentera Perjuangan', Citi Square dulu.

Ikut ceghita-ceghita, Rashid adalah salah satu saksi. Itu yang lepaih Anwar dapat tau senarai bukti-bukti pendakwaraya, dia bertambah lok lak dia. Perarakkan GMI adalah sebahagian dari Lok Lak Anwar dan DAP.

Macam mana dia lok lak pun, mai September 5hb bicara mulalah. Wayang punya wayang. Bila mula, habih teghuih kena.

Rashid tak buat kerja macam Sukma pasai dia adalah banduan. Masa di Sg Buloh Rashid dijadiakan tukang urut Anwar. Diakan konon sakit masa tu. Tak tau macam mana guard di Sg Buloh boleh benarkan. Kita dengaq saja dulu.

Rupanya bukan setakat urut. Ada tambah sekali perkhidmatan special. Bukan special biasa di rumah-rumah urut tapi ini kira full service special. Habih urut, Anwar yang kasi servis. Itu yang kita di The Unspinners tak caya Anwar ni betoi sakit belakang.

Rashid keluaq dulu dan bila Awnar dapat keluaq, dia sudah ambil Rashid untuk kerja. Kerja tu tak tau apa. Betoi kata Kumbang, lama-lama Wan Azizah bau ada tak kena dan langsung berentikan. Cuma kita tak tau pula dia ada kerja balik sepanjang 2006 ke 2008.

Ikut cerita, ada sorang pemimpin PKR, yang berjuang pasai tak caya Anwar 'periang', dengaq cerita ni. Ada kata dia terjumpa Rashid sorang-sorang di rumah Anwar masa Kak Wan dan anak-anak tak ada. Kak Wan suruh dia tengok-tengok Anwar kalu-kalu ada budak-budak jantan come.

Ada pula kata dia sendiri pi cari Rashid. Baghuihnya lepas diberentikan Rashid bertaubat dari buat kerja terkutuk ni. Pemimpin PKR ni dengaq la semua dan baru yakin tentang ke'riangan' Anwar. Walaupun agak susah nak caya dia tak tau 'keriangan' Anwar, kita terima tanpa was was dulu.

Apa hai pun, Rashid ini penting dalam bicara kerana dia akan menjadi bukti 'keriangan' Anwar dan tabiat ini masih berlaku. Alibi Anwar dah tak pakai. CCTV tunjuk dia ada di situ. Masuk rumoh pula. Saksi ada banyak. DNA pun ada. Akan disokong dengan saksi yang sahkan anwar masih 'riang gumbira'.

Budak-budak comel yang kerja dengan Anwar pun ada cerita-cerita ini. Rajin-rajin mai sini. Mana tau kita tulih cerita-cerita tu ..

sumber - the unspinners



Baca selanjutnya...

Exco Selangor akui SPRM siasat dakwaan salahguna peruntukan RM375,000

Exco Selangor, Rodziah Ismail mengakui Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang siasat dakwaan salah guna dana RM375,000 dan beliau tidak menolak orang dalam parti itu terbabit mendedahkan maklumat berkenaan.

Bagaimanapun kata ADUN PKR Batu Tiga itu, bukan beliau disiasat agensi berkenaan sebaliknya pegawai khasnya yang menyelia Pusat Khidmat DUN Sementa. Malah beliau tidak menolak maklumat sehingga membawa kepada siasatan oleh SPRM itu dibuat oleh orang dalam PKR sendiri.

Untuk rekod, DUN Sementa diwakili ADUN BN, Datuk Abdul Rahman Palil tetapi kerajaan campuran di Selangor menjadikan kawasan-kawasan dimenangi BN sebagai DUN Angkat dengan beberapa Exco menyelia peruntukkannya.

Rodziah dalam sidang media di Shah Alam, Khamis berkata, pegawai SPRM ke pejabatnya untuk berjumpa pegawai khas terbabit dan mendapatkan maklumat berkaitan.

Ketika itu, Rodziah menghadiri mesyuarat Exco dan pegawai-pegawai SPRM dihalang berjumpa pegawai khas terbabit atau mendapatkan keterangan atas alasan tiada notis atau waran berbuat demikian.

Sehubungan itu, katanya, pihak beliau meminta SPRM mengemukakan notis terlebih dahulu sebelum beliau atau pembantu khasnya itu dipanggil membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna peruntukkan sebanyak RM375,000.

Rodziah menjelaskan sanggup membantu SPRM dan bersedia memberi kerjasama bila-bila masa apabila dipanggil secara rasmi oleh agensi berkenaan.

Menjawab soalan, beliau tidak menolak andaian kes itu ada kaitan dengan orang dalam PKR sendiri sehingga membawa siasatan SPRM.

Katanya, sebagai ahli politik beliau terdedah macam-macam dakwaan sama ada dari dalam parti sendiri mahupun pembangkang (BN).

Dakwaan penyelewengan itu sebelum ini dibuat oleh Gerakan Anti Korupsi Malaysia (Gerak) kepada SPRM Selangor minggu lalu.

Kes terbaru ini semakin menambahkan isu dan kontroversi dalam kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS di Selangor sejak mentadbir negeri itu selepas pilihan raya umum ke 12 tahun lalu.

Antara kes panas dihadapi di Selangor sekarang adalah dakwaan beberapa Exco dan Adun DAP salah guna dana, kontroversi Ronnie Liu dalam isu rampasan arak dan namanya dikaitkan dalam blog http://4tbh.blogspot.com sebagai individu yang juga salah guna peruntukkan kerajaan negeri.- 6/8/2009



Baca selanjutnya...

Dua Kemungkinan Punca Kematian Teoh

SHAH ALAM, 6 Ogos -- Mahkamah Koroner yang mendengar inkues kematian Teoh Beng Hock di sini Khamis diberitahu terdapat dua kemungkinan punca kematian Teoh sama ada ia satu kemalangan atau sebaliknya.

Ahli Kimia Dr Seah Lay Hong yang ditanya peguam Gobind Singh Deo, mewakili keluarga Teoh berkata perkara itu diberitahu oleh pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal kepadanya.

Sebelum itu, beliau menegaskan Ahmad Nazri tidak pernah menyatakan kepadanya bahawa kematian Teoh disebabkan pembunuhan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima plaza tersebut, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Sementara itu, timbul suasana tegang pada prosiding inkues di sesi petang apabila peguam Gobind Singh Deo tidak henti-henti mengasak Seah dengan menanya pelbagai soalan berhubung deoxyribonucleic acid (DNA).

Walaupun Koroner Azmil Muntapha Abas cuba mencelah dengan meminta Gobind memahami apa yang diberitahu ahli kimia itu, Gobind tetap bertegas untuk mengajukan soalan.

Pada awalnya Gobind mempertikai mengapa Seah tidak melakukan calitan pada semua bahagian di seluar panjang, kemeja T, tali pinggang, seluar dalam dan jaket milik setiausaha politik kepada seorang exco Selangor itu kerana beranggapan ia amat penting bagi mendapatkan keputusan lebih baik.

Bagaimanapun, Seah berkata tidak semua eksibit itu mempunyai kawasan kontak dan DNA tidak akan diambil pada bahagian yang mempunyai kesan darah.

Seah sesekali menempelak Gobind supaya memahami kerja-kerja seorang saintis dan memberitahu Gobind bahawa beliau tahu apa yang perlu dibuat atau sebaliknya ke atas eksibit yang diserahkan oleh pegawai penyiasat.

Selain itu Gobind turut mempersoal mengapa Seah tidak meminta gambar keadaan mayat Teoh bagi memudahkannya menganalisis. Bagaimanapun Seah berkata ia tidak perlu.

Ketika ditanya peguam Tan Hock Chuan yang turut membantu Azmil mengendalikan prosiding itu adakah ia menjadi perkara biasa bagi Seah menggunakan gambar untuk membuat analisis, ahli kimia itu berkata: " Ia bukan normal. Kebiasaannya, pegawai siasatan memberi kami eksibit."

Selain itu, apabila ditanya Gobind adakah terdapat kemungkinan Teoh dipegang pada tali pinggang yang dipakainya dan tali pinggang itu kemudiannya terputus sebelum terjatuh, Seah berkata ia adalah spekulasi tetapi ia juga satu kemungkinan.

Sementara itu, Seah memberitahu mahkamah bahawa pada 21 Julai, beliau menganalisis 18 eksibit termasuk "rambut kepala, keratan kuku dan pengerat kuku, jam tangan dan pin besi, kasut hitam, stokin, kot hitam, kemeja lengan pendek berwarna biru muda dan seluar dalam."

"Saya kemudian menjalankan analisis DNA menggunakan teknik Multiplex Polymerase Chain Reaction," katanya.

Pada 27 Julai, Seah berkata beliau menganalisis profil DNA bagi 157 individu untuk perbandingan, dan mereka terdiri daripada 14 pegawai dari jabatan patologi forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur, 49 pegawai polis, 81 pegawai SPRM, dua tukang cuci, lapan kaki tangan penyelenggaraan dan keselamatan dan tiga saksi individu.

Seah memberitahu mahkamah bahawa beliau menjumpai DNA tiga lelaki yang tidak dikenali pada bahagian koyakan tali pinggang milik Teoh, dan DNA seorang lelaki yang tidak dikenali dari bahagian luar belakang kot itu.

Pada prosiding ini, seorang ahli kimia dari bahagian kriminalistik, Jabatan Kimia Saiful Fazamil Mohd Ali, 34, memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menganalisis beberapa barang yang dijumpai di tempat kejadian termasuklah jam tangan, seluar, skru dan pengunci tingkap.

Katanya, dalam pemerhatiannya didapati skru yang dijumpai tidak padan dengan satu pengunci tingkap dan terdapat kesan patah pada sebahagian pengunci pintu itu.

Bagaimanapun, pin penyambung jam tangan bersesuaian dengan rantai jam tangan yang diambil di tempat kejadian.

Semasa disoal Gobind adakah beliau berjaya mengesahkan dari mana datangnya klip logam dan dua skru di tempat kejadian, Saiful Fazamil berkata: "Saya tidak tahu."

Prosiding disambung esok dengan kesemua pihak akan dibawa ke tempat kejadian di Plaza Masalam di sini.

Di luar mahkamah Gobind memberitahu pemberita beliau akan mendapatkan pandangan dari pakar patologi dari Thailand yang dijangka hadir Isnin ini untuk memberi keterangan.

sumber - bernama



Baca selanjutnya...

Saksi: Teoh mungkin dipegang lebih 2 orang sebelum jatuh

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Saksi kesembilan inkues kematian Teoh Beng Hock, Dr Seah Lay Hong mengesahkan terdapat sekurang-kurangnya tiga sampel DNA lelaki yang tidak dikenali diambil daripada kesan tali pinggang yang terputus milik si mati.

Semasa memberi keterangan kepada mahkamah hari ini, Dr Seah juga tidak menolak kemungkinan bahawa Teoh telah dipegang oleh lebih daripada dua individu lain sebelum terjatuh dari tingkat 14 bangunan Plaza Masalam dekat sini.

Beliau sebelum itu menjawab soalan peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berhubung laporan ujian DNA yang dilakukannya keatas tali pinggang milik si mati yang menyebut terdapat sekurang-kurangnya satu lagi DNA lelaki yang tidak dikenali.

"Apa maksud anda dengan mengatakan sekurang-kurangnya?" soal Gobind.

Kemudian Dr Seah menjawab: "Ya, jumlah yang kecil atau juga mungkin lebih... bagaimanapun jika nak katakan ada DNA keempat, ia mungkin agak lemah."

Dr Seah merupakan seorang pakar DNA yang berkhidmat di Jabatan Kimia Malaysia.

Beliau adalah salah seorang daripada tiga ahli kimia yang dipanggil hari ini sebagai saksi.

Minggu lalu Mahkamah Majistret Shah Alam diberitahu bahawa satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.

Peguambela dan peguamcara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan ketika prosiding inkues minggu lalu berkata, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Gobind kemudiannya bertanya kepada Dr Seah sama ada beliau turut menjalankan ujian terhadap baju atau barang-barang lain yang dibekalkan kepadanya terutamanya di bahagian pinggang, beliau berkata ujian tidak dilakukan secara keseluruhannya.

Jelas Dr Seah, beliau menjalankan ujian DNA terhadap bahagian-bahagian tertentu pada pakaian si mangsa yang tidak terdapat kesan darah.

Gobind terus mengasak Dr Seah dengan soalan sama ada beliau yang mempunyai kepakaran mengenai DNA tidak berusaha untuk mendapatkan rakaman foto kedudukan si mati ketika ditemui bagi memberi gambaran yang jelas.

"Tadi kamu kata berdasarkan hipotesis kamu, didapati si mati mungkin dipegang oleh lebih daripada dua orang sebelum terjatuh.

"Jadi mengapa kamu tidak minta dibekalkan foto rakaman si mati ketika ditemui daripada pegawai penyiasat agar kamu boleh buat hipotesis dengan lebih jelas?" soal Gobind.

Dr Seah kemudiannya menjawab: "Saya tidak dibekalkan dengan foto-foto berkenaan".

Gobind bagaimanapun mempersoalkan mengapa Dr Seah tidak berusaha untuk mendapatkan foto-foto berkenaan jika ia boleh membantu beliau memberi gambaran yang lebih jelas.

"Saya hanya jalankan ujian terhadap barang-barang kes yang dibekalkan kepada saya, saya tak minta foto-foto berkenaan kerana saya fikir ia mungkin rahsia bagi kes ini," tegas Dr Seah.

Gobind kemudiaanya naik berang dengan bertanya: "Kamu tak cuba minta, bagaimana kamu nak tahu sama ada ia rahsia ataupun tidak?"

"Setuju ataupun tidak jika saya katakan dengan adanya foto-foto berkenaan ia akan lebih membantu anda membuat hipotesis terhadap kes ini?"

Jawab Dr Seah: "Ya setuju, tapi saya tidak dibekalkan."

Dr Seah kemudiannya lantas bertanya kembali kepada Gobind: "Boleh saya tahu adakah terdapat bahagian-bahagian tertentu yang saya tak jalankan ujian DNA dalam konteks kes ini?"

Soalan spontan Dr Seah itu mengundang gelak tawa sidang mahkamah termasuk Koroner Azmil.

Kemudian Tan bangun bertanya kepada Dr Seah sama ada penyerahan rakaman foto si mati kepada ahli kimia sepertinya yang bertanggungjawab untuk menjalankan ujian DNA merupakan sesuatu prosedur normal.

Dr Seah berkata: "Tidak... ia bukan sesuatu yang normal."

sumber - mstar



Baca selanjutnya...

Inkues Teoh Beng Hock - 5 Ogos 2009


++video ini setakat ini sahaja++






Baca selanjutnya...

Kroni Anwar : Shamsidar Tahrin



Oleh x-pkr


1. Shamsidar Taharin, isteri kepada Naib Presiden PKR, merangkap 'nominee' sulit dan selit AnWAR. Berasal dari Taiping, juga dikenali sebagai "Pink Panther" di zaman sekolah menengahnya di 'asrama penuh' kerajaan. Mungkin kerana terjengket-jengket, langkahnya tidak didengari dan dipedulikan. Mula dikenali umum selepas kes 'tilam' AnWAR 1998, w/pun sebelum itu cukup dikenali di kalangan 'rich and famous' Malaysia.

2. Amat berpengaruh dalam kehidupan Azmin. Segala tindakan akan dirujuk kepada Shamsidar terutama yang melibatkan kewangan. Pernah disifatkan 'shadow Finance Minister' ketika AnWAR Menteri Kewangan oleh teman-teman rapat AnWAR. Shamsidar tetap memainkan peranan ini hingga sekarang tanpa menonjolkan dirinya. Shamsidar juga 'de facto leader' PKR kerana mengawal 2 orang penting PKR iaitu AnWAR dan Azmin.

3. Ketika AnWAR Menteri Kewangan, Shamsidar 'bekerja' di Jabatan Perhubungan Pelanggan Phileo Allied Bank (tidak wujud lagi kini). Dengan gaji RM30,000 dan kemudahan kereta Audi beserta pemandu, Shamsidar tidak perlu ke pejabat untuk 'bekerja'. Shamsidar hanya 'bekerja' bila diarahkan oleh AnWAR meliputi tugas-tugas khas. Dunia perbankan ketika tahu yang Shamsidar adalah 'anak emas' AnWAR serta tidak boleh disentuh!

4. Menurut rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri, cukai yang dikenakan ke atas saham-saham yang didaftarkan atas nama Puan Shamsidar Taharin dan En. Johan Taharin adalah bernilai lebih kurang RM500,000. Jumlah sebenar pegangangan saham sahaja pasti cukup banyak! Nilai kontrak yang diperolehi atas nama binti atau bin Taharin ini juga cukup banyak! (kerana itulah adik-beradik Azmin cukup marah dgn ipar mereka Shamsidar).

5. Di Munich, Wan Azizah secara terbuka mengatakan semua dialu-alukan untuk menziarahi AnWAR KECUALI Shamsidar! AnWAR juga berusaha bersungguh membawa Shamsidar ke Munich melalui Azmin dan berhasrat membawa Shamsidar bersama ke Jeddah selepas keluar dari Munich. Wan Azizah adalah penentang nombor wahid niat AnWAR ini. Keluarga AnWAR dan Wan Azizah bersatu hati menentang dan Shamsidar tidak muncul di Munich dan Jeddah bersama AnWAR.

6. Hingga sekarang Shamsidar dilarang keras oleh Wan Azizah datang ke rumah AnWAR bersendirian. Jika datang pun, Shamsidar hanya dibenarkan berada di persekitaran luar rumah atau ruang tamu rumah, itu pun bersama Azmin. Kemunculan Shamsidar juga hanya setakat rumah terbuka Hari Raya. (Dahulu Shamsidar bebas keluar masuk rumah AnWAR di Jln. Damansara dan Bkt. Damansara[1998]. Shamsidar juga bebas naik ke tingkat atas serta ruang tidur AnWAR).

Keistimewaan AnWAR terhadap Shamsidar tiada tolok bandingnya. Realitinya hinga kini AnWAR tetap mendengar cakap serta menuruti apa jua kemahuan Shamsidar. Hipokritnya AnWAR dan Shamsidar, mereka bijak menyembunyikan kaitan mereka. Hipokritnya Wan Azizah pula, beliau cuba menutup pekung di dada dan menuding jari menyalahkan orang lain. Nurul Izzah juga tahu betapa 'rapat' papanya dengan 'aunty shida', namun tetap jua mahu menyembunyikan kaitan itu...........

sumber - x pkr



Baca selanjutnya...

Isu Ronnie: PAS lawan balik...

Isu Ronnie: PAS lawan balik...

TERBARU: Ekoran penolakan 'mentah-mentah' desakan Pesuruhjaya PAS negeri itu, Datuk Dr Hassan Ali supaya Ronnie Liu ditukar portfolio yang dipegangnya sekarang, PAS Selangor akan melancarkan kempen bagi meneruskan tekanan mendesak agar Ronnie ditukarkan portfolionya.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir berkata, PAS Selangor akan menjalankan kempen tersebut di seluruh Selangor.


Isu Ronnie: Khalid kata tiada isu...Zulkifli kata dia liabiliti


Ada dua pandangan yang berbeza daripada dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila PAS Selangor menuntut Exco Rionnie Liu ditukarkan portfolionya kerana sering mencampuri urusan pentabdiran pihak berkuasa tempatan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ulasannya menolak mentah-mentah desakan PAS tersebut. Namun Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin memberikan ungkapan yang menarik “gugurkan Ronnie sebelum pakatan digugurkan”.

Sementara Khalid menganggap desakan tersebut tidak dapat diterima kerana kerajaan negeri menganggap ia bukan isu, Zulkifli pula menganggap kehadiran Ronnie dalam barisan Exco Selangor kini sudah menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang yang membentuk kerajaan campuran di Selangor.

Menurut Zulkifli dalam tulisan di blognya http://zul4kulim.blogspot.com yang bertajuk Bravo Datuk Hassan Ali, sekiranya Ronnie enggan meletakkan jawatan beliau turut mendesak Khalid menggugurkan Ronnie dari barisan Exco.

“Sekiranya beliau enggan meletak jawatan, saya mendesak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor supaya mengambil langkah segera menggugurkan YB Ronnie Liu daripada barisan Exco Kerajaan Selangor, sebelum rakyat mengambil tindakan menggugurkan Kerajaan Pakatan Rakyat pula,” katanya.

Kenyataan terbaru Zulkifli tersebut jelas memperlihatkan ada dua akliran pemikiran dalam PKR. Satu yang bersama PAS dan satu lagi tunduk kepada DAP.

Malah ia memperlihatkan wujudnya pertembungan di kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan campuran di Selangor.

Walaupun sedaya upaya cuba menonjolkan ketiga-tiga parti berkenaan mempunyai perjuangan yang sama, apabila menyangkut isu Melayu/Islam, sudah tentu wujud pertelagahan khususnya antara DAP dan PAS.

Namun demi politik PAS sering dilihat mengalah kepada DAP. Wqalaupun DAP secara terbuka menolak hudud dan Pengerusinya Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyatan langkah mayatnya dulu jika APS hendak melaksanakan Islam di negara ini, PAS masih sedia ‘merangkul’ DAP.

Berlainan pula sikap parti itu dengan UMNO yang menerima Islam dan melaksanakan Islam melalui kaedah yang tidak sama dengan PAS, UMNO dimusihi dan dicerca hingga seolah-olah UMNO yang Islam dipandang lebih hina daripada DAP yang terang-terang menetang Islam.

Maka dengan sebab itu kenyataan Zulkifli Nordin dalam isu desakan terhadap Ronnie digugurkan, ia satu lagi ujian untuk melihat pada akhirnya bagaimana PAS menerima DAP yang mencampuri urusan Islam.

Dalam kes Selangor, Ronnie telah mengeluarkan fatwa ‘bir yang kandungan alkoholnya rendah tidak boleh ditakrif sebagai minuman keras”.

Apa pula fatwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat terhadap Ronnie.

Hakikatnya, isu yang melanda politik dalaman pakatan pembangkang, bukanlah sesuatu yang dicipta oleh musuh politik mereka. Ia benar-benar berlaku dalam kelambu mereka sendiri.

Tiada siapa mencipta desakan Naib Presiden PKR Azmin Ali agar Exco kerajaan negeri itu dirombak. Malah Zulkifli dalam tulisannya pula menambah, desakan Azmin tersebut dipercayai kerana terdapat persepsi di kalangan masyarakat umum khususnya di kalangan ahli perniagaan di Selangor bahawa kalau mahu mendapat sesuatu perkara bergerak di Selangor, "jumpalah dua tiga Exco ni, sure lulus punya!!".

Tiada siapa juga mencipta dakwaan wujudnya hubungan Exco Sealngor dengan rangkaian samseng melainkan dari Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Tiada siapa mencipta isu penyalahgunaan wang peruntukan wakil rakyat melainkan apabila rasa tidak pushati dalaman pakatan pembangkang membwa kepada terbongkarnya dokumen pemberian projek kepada individu dan syarikat tertentu.

Semua ini isu yang benar-benar wujud di depan mata mereka. Bukan ciptaan orang lain, bukan perang psikologi parti lawan mereka, bukan por paganda media arus perdana tetapi isu yang ‘hidup’ di kalangan pakatan pembangkang.

Ibarat bom jangka satu persatu isu ini akan meletup dan akan ‘menelanjangkan’ wajah sebenar kerajaan campuran Selangor tersebut.

sumber - agendadaily



Baca selanjutnya...

Beng Hock bunuh diri?

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
dan NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 5 Ogos – Prosiding inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock yang bermula hari ini diberitahu, terdapat kesan darah yang telah kering di bahagian lutut dan mulut mayat lelaki itu yang ditemui di koridor tingkat lima Plaza Masalam, selain seluarnya terkoyak.

Maklumat awal yang diterima pihak polis, lelaki itu disyaki membunuh diri.

Gambaran penemuan mayat tersebut diberikan oleh saksi kedua inkues iaitu juruteknik di bahagian penyelenggara di Plaza Masalam, Mohd. Ridzuan Samsuri selepas melihat mayat berkenaan.

Sejurus terpandang mayat tersebut, menurutnya, perasaannya bertukar panik dan tidak mampu mengeluarkan kata-kata hingga sukar bergerak serta terpaksa berjalan sambil tangan memegang dinding.

Mohd. Ridzuan memberitahu Mahkamah Koroner, dia pergi ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan telefon daripada pengawal keselamatan yang dipanggilnya sebagai Kak Siti selepas dimaklumkan ada orang tidur di koridor dalam keadaan mencurigakan.

Jelasnya, dia yang ketika itu berada di Restoran Pelita, tingkat dua plaza itu bersama rakannya bernama Rosli telah bergegas ke bahagian bumbung di tingkat lima bangunan itu.

‘‘Dalam perjalanan, saya ternampak memang ada seorang sedang berbaring dalam keadaan mencurigakan. Saya tidak menyentuhnya sebaliknya menghubungi penyelia,’’ kata saksi ketika disoal oleh peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia bagi membantu inkues.

Ketika disoal peguam pemerhati, Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Beng Hock mengenai laluan ke tempat mayat dijumpai, saksi menyatakan, laluan yang dimaksudkan bukan sahaja tidak boleh diakses oleh orang ramai bahkan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, hanya dua cara untuk masuk ke kawasan tersebut iaitu melalui tingkap pejabat tetapi perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu, itupun dengan cara melalui pintu jeriji.

Cara seterusnya, tambah saksi, ia perlu terlebih dahulu dilaporkan kepada pihak keselamatan dan bahagian penyelenggaraan sebelum jeriji dibuka.

Selain itu, menurut Mohd. Ridzuan, terdapat catatan log bagi petugas bahagian penyelenggara dan pihak keselamatan untuk masuk ke situ.

Mengenai sistem pendingin hawa, katanya, bagi ruangan kompleks beli belah tiada sistem kawalan penghawa dingin berpusat manakala bahagian pejabat pula termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pendingin hawa akan ditutup pada pukul 6 petang.

Ketika disoal oleh peguam Sreekant Pillai bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, saksi memberitahu, dia hanya memandang mayat dari arah depan dan sisi tetapi tidak menelitinya dengan rapi.

Disoal oleh peguam Cheow Wee bagi pihak Majlis Peguam berhubung dua anak kunci jeriji besi, jelas Mohd. Ridzuan, ia disimpan oleh bahagian penyelenggara dan bahagian keselamatan.

Sementara itu, saksi ketiga inkues, penolong kanan bahagian keselamatan plaza itu, Mohd. Khairul Izwan M. Nasir, 29, pula menyatakan, dia ternampak seorang lelaki berkulit putih dalam keadaan mengiring sebelah kanan dan di kepala pula terdapat kesan darah yang sudah kering.

Mayat tersebut, katanya, telah ditutup olehnya dan Rosli menggunakan plastik hitam dan bahagian bucu dihimpit dengan batu bata setelah mendapat arahan ketuanya.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dirujuk kepada Mohd. Khairul, saksi itu memberitahu, dia tidak pasti sama ada bahagian poket seluar mayat dalam keadaan terkeluar atau sebaliknya.

Namun saksi itu pasti, seluar mayat terkoyak dan mempunyai kesan darah.

Dalam pada itu, Lans Koperal Abd. Karem Othman selaku saksi keempat menyatakan, maklumat awal yang diterima melalui panggilan telefon menyatakan tentang penemuan mayat lelaki Cina disyaki membunuh diri di Plaza Masalam.

Menurut anggota polis dari bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, maklumat awal itu dimaklumkan oleh seorang lelaki bernama Mohd. Khairul.

Selain itu, maklumat yang diterima daripada unit kereta peronda mengesahkan memang benar ada mayat lelaki Cina dipercayai membunuh diri.

sumber - utusan



Baca selanjutnya...

Desak Jeff Ooi minta maaf

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my.

PULAU PINANG 5 Ogos - Sejumlah 27 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di bawah Forum Penyelarasan Umat (Forum) hari ini menyelar tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremisme, satu kenyataan yang disifatkan mengelirukan, berbaur jahat dan menimbulkan salah faham terhadap Islam.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Jemaah Islah Malaysia (JIM), Md. Roslan Hashim berkata, sebagai seorang ahli Parlimen dan juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Ooi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan negatif sebegitu yang hanya berpunca daripada pertelingkahan beliau dengan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Mohd. Razali Abdullah, yang juga ahli JIM.

Katanya, tindakan Ooi yang melambangkan kejahilannya tentang pemahaman asas Islam itu juga secara tidak langsung telah menimbulkan kemarahan dan keresahan umat Islam khususnya di negeri ini.

''Sebagai seorang ahli Parlimen sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan, kami mendesak Ooi supaya meletak jawatan sebagai Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri dan menarik balik kenyataannya yang mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.

''Kenyataan itu amat serius dan berlaku salah faham yang amat teruk tentang Islam. Dia seolah-olah melihat Islam satu yang ekstrem dan tak layak diguna dalam pentadbiran. Ini amat bertentangan dengan kenyataan 'mengikut pemerintahan Saidina Umar Abdul Aziz' dan amar ma'aruf nahi mungkar'' yang dilaungkan oleh kerajaan negeri dan Guan Eng," katanya.

Beliau dilantik oleh anggota Forum untuk menyampaikan memorandum menyelar tindakan Ooi itu di Pejabat Ketua Menteri di Komtar di sini hari.

Setelah hampir sejam menunggu dan berlaku 'drama' usir mengusir oleh Setiausaha Politik Guan Eng, Ng Wei Aik, memorandum tersebut berjaya disampaikan oleh Md. Roslan kepada Timbalan Ketua Menteri I, Dr. Mansor Othman.

Dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris, 2 Ogos lalu, Ooi mendakwa Mohd. Razali mempunyai misi membentuk Malaysia sebagai negara yang akan menerima pakai undang-undang syariah sepenuhnya menjelang 2020 hanya kerana menjadi ahli JIM.

Ooi juga mengkritik hebat pihak majlis kerana membenarkan seorang ekstremis agama Islam di dalam pentadbirannya.

Ahli Parlimen Jelutong itu juga menambah, pihak kerajaan negeri telah membuka ruang bagi membolehkan seorang ekstremis Islam untuk menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan.

Justeru, menurut Md. Roslan, Ooi tidak seharusnya dibiarkan terus memegang jawatan penting itu yang sepatutnya bertindak menjaga keharmonian penduduk negeri ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa, bagaimanapun yang berlaku adalah sebaliknya.

sumber - utusan



Baca selanjutnya...

Tiada ujian tentukan Teoh cemas sebelum mati

SHAH ALAM: Seorang ahli kimia hari ini memberitahu inkues Teoh Beng Hock bahawa ujian mengesan adrenalin tidak dijalankan terhadap mendiang untuk mengetahui sama ada dia mengalami keadaan cemas atau tertekan sebelum menemui ajalnya bulan lepas.

Zairaha Awang, dari Jabatan Kimia, Petaling Jaya, dalam keterangannya pagi tadi, berkata beliau tidak menjalankan ujian itu kerana tidak diarah oleh polis.

Ketika disoal oleh peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, mengenai kemungkinan bahawa adrenalin dalam badan akan meningkat jika seseorang ditolak dalam keadaan cemas, saksi ketujuh itu berkata beliau tidak tidak pasti dan tidak pernah membuat kajian.

"Saya fikir ujian adrenalin tidak tergolong dalam ujian mengesan dadah dan racun yang dijalankan oleh bahagian toksikologi kerana adrenalin dihasilkan secara semula jadi dalam badan," kata Zairaha.

Bagaimanapun beliau bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa jika seseorang itu mengalami tekanan, jumlah enzim adrenalin dalam badannya akan meningkat.

Koroner Azmil Muntapha Abas pula bertanya sama ada terdapat perbezaan jika si mati ditolak dan sama ia boleh dikesan dalam ujian toksikologi.

Zairaha : "Saya tidak berpengalaman untuk menjawab soalan itu."

Azmil : "Adakah pengetahuan sama ada si mati ditolak atau tidak akan mempengaruhi ujian mengesan kehadiran dadah atau racun dalam badan mangsa?"

Zairaha : "Tidak."

Dalam keterangannya, Zairaha juga mengesahkan bahawa Teoh tidak mati kerana diracun, mabuk atau berada di bawah pengaruh dadah.

Zairaha berkata demikian setelah menjalankan analisis mengesan dadah, alkohol dan racun dalam badan Teoh melalui empat sampel spesimen yang diserahkan kepadanya oleh pegawai penyiasat pada 21 Julai lepas.

Katanya ujian toksikologi dilakukan bagi mengesan sama ada terdapat kesan racun atau sebarang bahan berbahaya terhadap spesimen biologi termasuk manusia dan haiwan.

"Hasil analisis saya mendapati tiada unsur ethanol, alkohol dan dadah biasa dalam spesimen itu," katanya.

Dalam keterangannya Zairaha berkata sampel kandungan perut yang diterimanya berwarna kecoklatan yang merupakan warna biasa bagi kandungan perut manusia yang tidak mengandungi sebarang unsur dadah atau racun.

"Kandungan perut boleh berubah warna jika mengandungi unsur dadah atau racun, contohnya warna kelabu, jika terminum racun perosak," katanya.

Dalam prosiding inkues yang masuk hari ketiga itu, Zairaha juga diasak oleh Gobind beberapa soalan mengenai punca kematian Teoh, yang merupakan setiausaha politik seorang exco kerajaan negeri Selangor.

Gobind: "Selain ujian untuk periksa dadah dan racun, ada terfikirkah sebabsebab lain kematian atau melakukan pemeriksaan lain?"

Zairaha: "Tidak, hanya ikut apa yang diminta pihak polis."

sumber - mstar



Baca selanjutnya...

Kalau semua DNA bukan, Pakatan mesti minta maaf dengan SPRM dan Polis!

Oleh The Unspinners

Terbaru disahkan oleh Chemist rasmi kerajaan bahawa DNA bukan Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing. Baca sini. Kami agak sangsi dengan berita awal yang diumumkan oleh Gobind. Tentu sekali, siapa Gobind untuk mengumumkan hasil siasatan sedemikian.

Tanpa perlu mengadakan tunjuk perasaan, baring atas jalan, atau tuduh orang lain pula, The Unspinners menerima hasil siasatan yang ada dengan dada terbuka. Kami sedia meminta maaf jika hasil siasatan ini sah dan muktamad.

Bagaimana pula pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat?

Mereka jelas sudah salah menuduh lihak SPRM dan polis. Dalam Inkues semalam, Chemist yang bernama Tan jelaskan bahawa kesemua sampel DNA yang ada tidak sama dengan dua DNA yang dijumpai. Kesemua pekerja SPRM, polis dan pencuci telah diambil DNA dengan sukarela. Kini sahlah semua tidak bersalah.

Adakah pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sedia menerima hasil kajian Chemist kaum yang bukan kaum Melayu jika mereka tidak percaya pada kaum Melayu? Mereka semua perlu meminta maaf kepada pihak-pihak ini.

Kini DNA pada kot, tali pinggang dan rambut pada tingkap bukan DNA mereka punya. DNA siapa? Adakah orang luar sudah penyeludup masuk ke dalam premis SPRM tatakala Tan dan Lim berkeliaran bebas dalam pejabat? Siapa pula yang mungkin masuk ke dalam pejabat tersebut?

Jeng jeng jeng ...

sumber - the unspinners



Baca selanjutnya...