MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Ogo 2009

Pasukan inkues tinjau lokasi kematian Teoh

TINJAU...Anggota pasukan inkues meninjau lokasi dari pejabat SPRM tingkat 14 Plaza Masalam pagi tadi. Hari ini pasukan ini meninjau dari tingkat 5, 14 dan 15. - foto The Star oleh K K SHAM

LAWAT... Koroner Azmil Muntapha Abas (dua dari kiri) diberikan penerangan oleh pegawai pendakwa raya Tan Hock Chuan (dua dari kanan) berhubung lokasi kejadian dari tingkat lima Plaza Masalam pagi tadi. Inkues masuk hari keempat hari ini. - foto The Star oleh K K SHAM


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Pasukan inkues kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada Exco kerajaan Selangor, meneruskan inkues buat hari keempat pagi ini dengan meninjau lokasi kematian mendiang di Plaza Masalam di sini selama kira-kira sejam.

Bagaimanapun pada akhir tinjauan itu, peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo tidak berpuas hati dengan hasil siasatan pihak polis berhubung kematian Teoh, yang ditemui mati di koridor Tingkat 5 plaza itu 16 Julai lalu.

SITUASI INKUES TEOH HARI INI

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan pasukan inkues yang diketuai Koroner Azmil Muntapha Abas di tempat kejadian pagi tadi terdapat beberapa perkara yang perlu disiasat dengan lebih lanjut oleh pihak polis, yang mungkin boleh membantu menentukan punca kematian Teoh.

"Kami melihat secara teliti tempat kejadian iaitu di tingkat 14 yang menempatkan pejabat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan juga tingkat 15 yang turut dikatakan terdapat sebahagian pejabat mereka.

"Kami juga telah meninjau di tempat mayat ditemui.

"Pada masa itu kami memohon agar pihak polis menyiasat dua atau tiga perkara baru yang kita lihat... saya rasa polis akan beri bantuan dan kerjasama," katanya ketika ditemui selepas tinjauan itu.

Tinjauan ke lokasi kejadian di Plaza Masalam itu diadakan dalam tempoh lebih satu jam.

Ditanya apakah perkara-perkara baru yang ditemuinya itu, Gobind bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Saya tak boleh beri butir-butir lanjut tentang isu itu, saya rasa ia masih dalam siasatan polis," katanya.

sumber - mstar


Tiada ulasan: