MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Okt 2009

Anwar Ibrahim : Ada apa dengan jawatan Diplomat Jemputan CFR, New York (II) ?




Oleh AIDC

Ketika artikel ini ditulis (2 Oktober 2009), Anwar masih lagi berada di Amerika Syarikat. Anwar dan Azizah bertolak dari KLIA, pada 24 September 09 [klik di sini] dan sampai di New York pada 25 September 09 [klik di sini]. Nampaknya begitu padat jadual Anwar di Amerika, menjelajah dari negeri ke negeri. Dari New York, Florida, San Francisco dan lain-lain lagi [klik di sini]. Begitu sibuk Anwar, bermesyuarat di pelbagai tempat yang berlainan, terpaksa bertukar-tukar penerbangan untuk sampai ke satu-satu destinasi. Siapa Anwar, hingga begitu penting menghadiri pelbagai jemputan mesyuarat ? Siapa penaja Anwar dan apa tujuan ditaja, hingga menerbangkan Anwar ke pelbagai destinasi ?


Di Amerika, Anwar disambut Pengerusi CFR

Sejurus sampai di New York, pada 25 September 09, Anwar disambut oleh Richard Haas, Pengerusi Council on Foreign Relation (CFR)

Siapa Richard Haass ? Richard Haass adalah berbangsa Yahudi yang mempunyai perkaitan darah dengan keluarga Rockeffeler, Amerika Syarikat. Semasa Presiden Bush (Republikan) memerintah Amerika Syarikat, Richard Haass adalah Pengarah Perancangan Dasar untuk Jabatan Negara Amerika Syarikat (2001-2003)

Ketika Iraq diserang , Richard Haas bertugas Pengarah Perancangan Dasar Jabatan Negara dan Senior Fellow di CFR. Ketika itu, dia juga merupakan penasihat utama kepada Setiausaha Negara, Colin Powell, yang menentukan dasar-dasar luar Amerika Syarikat. Bermakna di tangan 'penasihat Collin Powell' lah serangan ke atas Iraq wajar atau tidak.

Iraq diserang pada 20 mac 2003. Bermakna atas nasihat Richard Haas lah faktor utama Iraq diserang. Pelaksana serangan ke atas Iraq dilakukan oleh Paul Wolfowitz (Yahudi) yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat(2001-2005).

Sebab itu, web wake-up-america.net, menyenaraikan nama Richard Haass dan Paul Wolfowitz sebagai dua daripada 42 Yahudi neocons Amerika yang bertanggungjawab membuat keputusan serangan ke atas Iraq. Klik di sini

Perang Iraq yang berslogankan 'Operation Iraqi Freedom' (Operasi Kebebasan Rakyat Iraq) itu telah mengorbankan lebih 1.2 juta nyawa [kajian daripada independent polling agency pada September 2007] dan lebih 5 juta kanak-kanak Iraq menjadi anak yatim [kajian kerajaan Iraq pada Disember 2007]. klik di sini

Anwar Ibrahim ketika itu berada di penjara Sungai Buloh (1999-2004) turut memberi 'saham' menyokong serangan ke atas Iraq. Dia menulis satu rencana yang diterbitkan oleh Majalah Time (milik CFR) dan International Herald Tribune (milik CFR) pada 11 Oktober 2001 yang menuduh Mohamad Atta dan Osama ben Laden sebagai pengganas yang mengebom WTC (World Trade Centre). Klik di sini

Tuduhan Anwar ini merupakan tuduhan paling jahat ke atas dunia muslim, kerana sehingga ke hari ini, Amerika Syarikat gagal memberi bukti siapakah pihak pengebom WTC yang membunuh beribu-ribu rakyat Amerika itu.

Dalam rencana itu juga Anwar menyuntik nilai kebencian rakyat Amerika Syarikat kepada Malaysia dengan mengatakan kerajaan Malaysia mengawal media untuk menyemarakkan sentimen kebencian dan meletakkan kesalahan kepada Amerika Syarikat.

Tulis Anwar, "One is therefore perturbed by the confusion among Muslims who responded to the attack with a misplaced diatribe against the United States. In Malaysia, the government-controlled media have been deployed to stir anti-American sentiments, while members of the political elite use a different language for international diplomacy" Klik di sini

Sudah tentu tulisan Anwar ini mudah difahami mesejnya bahawa dia meletakkan dirinya sebagai penentang 'terorisme' (pengganas Islam). Dia menyalahkan Mohamad Atta dan Osama Bin Laden sebagai terorisme (walaupun tidak bukti yang mensabitkan kesalahannya) dan dia menyalahkan kerajaan Malaysia kerana bersimpati kepada dunia Islam, sedangkan Anwar adalah satu-satu individu yang bersimpati kepada Amerika Syarikat.

Semestinya tulisan Anwar yang membodek Amerika ini amat disukai oleh Yahudi neocons Amerika (seperti Paul Wolfowitz) yang sememangnya merancang menjadikan 'kemusnahan WTC' sebagai faktor pendesak serangan ke atas Iraq yang dianggap sarang kepada 'terorisme'.


Pertemuan Munich, 2004 - Anwar dilantik Diplomat Jemputan CFR, New York


Sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004 kerana berjaya dalam rayuan terakhir kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan, Anwar terus berangkat ke Munich, Jerman untuk menjalani rawatan sakit belakang. Sebelum ini, pada 8 Ogos 2000, Anwar telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar. Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Datuk Arifin Jaka. Klik di sini

Antara tetamu penting yang melawat Anwar di Munich adalah Paul Wolfowitz, ketika itu menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan ahli CFR.

Peter J. Boyer, wartawan The New York Yorker menulis satu rencana khusus bertajuk "The Believer - Paul Wolfowitz defends his war" [klik di sini] menceritakan kesibukan Wolfowitz di Amerika, tetapi tetap meluangkan masa untuk melawat rakan karibnya, Anwar Ibrahim, di Munich.

"...Pada malam 5 Oktober 2004, sekumpulan pelajar-pelajar Poland, profesor-profesor, pegawai tentera, dan pegawai kerajaan penuh sesak kepada sebuah auditorium kecil di Warsaw University untuk mendengar Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Defense, memberi ceramah berkenaan perang di Iraq .."

Penulis sendiri mengakui, pada masa itu merupakan hari-hari yang memenatkan Paul Wolfowitz, kerana dia terpaksa melobi semua pihak termasuk di London untuk bersetuju dengan Amerika Syarikat berkaitan dengan peperangan ke atas Iraq. Dan dalam sama Wolfowitz terpaksa melobi kepada pihak Jerman untuk turut serta dalam peperangan itu.

Dalam perjalanan ke Jerman, penulis menggambarkan Paul Wolfowitz berhenti di Bandar Warsaw untuk melawat Memorial Umschlagplatz, satu memorial peringatan untuk ratusan ribu orang Yahudi Warsaw yang terkorban semasa pemerintahan Nazi, Jerman. Bapa Wolfowitz, Jacob Wolfowitz, dilahirkan di Warsaw, tetapi terselamat dari peristiwa 'holocaust' itu. Penulis menggambarkan, Wolfowitz benci kepada 'holocaust' sejak dari kecil lagi.

"...Dalam Perjalanan ke Poland, Wolfowitz membuat satu hentian di Munich, di mana beliau telah bertemu dengan dua lelaki yang telah membantu untuk membentuk pandangan Islamnya. Seorang daripadanya adalah Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang berada di Jerman untuk rawatan perubatan..."

Penulis turut menggambarkan betapa akrabnya hubungan Wolfowitz dan Anwar Ibrahim yang telah dikenali sejak dari zaman pelajar lagi. Penulis menukilkan Anwar sebagai;

"...Bagi Wolfowitz dan pihak Barat lain, Anwar adalah jelmaan 'Islam Moderat', toleran, dan bercita-cita menggerakkan negaranya ke arah dunia moden..."


"...Selepas sahaja serangan WTC, 11 September, Anwar Ibrahim, yang ketika itu masih dalam penjara Malaysia, menulis satu rencana mengutuk dengan lantang serangan-serangan (teroris Islam) sebagai satu kebencian dan meratap kegagalan dunia Islam untuk memberi perhatian terhadap “penderitaan yang menyusahkan rakyat Islam di Iraq yang dilakukan oleh diktatornya (Saddam Hussein)...” Klik di sini

Gus Dur (Abdurrahman Wahid)yang turut serta dalam pertemuan bersejarah Anwar-Wolfowitz itu turut menulis di laman webnya, www.gusdur.net, tentang intipati pertemuan itu.

"...Karena itulah, penulis (Gus Dur) beranggapan pertemuan Paul D. Wolfowitz dan Anwar Ibrahim sangat penting. Bahwa penulis turut serta dalam pertemuan itu, juga menjadikannya sesuatu yang bernilai tinggi”.

"....Penulis (Gus Dur) dan Paul Wolfowitz sama-sama beranggapan, bahwa posisi Anwar Ibrahim, sama seperti Saad al-Din Ibrahim, yang meringkuk bertahun-tahun di penjara Kairo, Mesir, harus dijaga sebagai salah satu tokoh Muslim moderat..."

Apakah yang ingin digambarkan oleh Gus Dur berkenaan tugas penting yang diarahkan oleh Paul Wolfowitz kepada Anwar itu ? Gus Dur menggambar seperti berikut;

"....Penulis (Gus Dur) memperkirakan ia (Anwar) akan menjadi tokoh kunci dalam perkembangan dunia Islam...Tampak bahwa cukup besar keinginan orang-orang muda muslimin, berbuat dengan sungguh-sungguh untuk menunjukkan bahwa Islam dapat menjadi moto kehidupan secara formal..."

"...“Di sinilah terletak posisi istimewa dari tokoh seperti Anwar Ibrahim. Karena posisinya yang unik itu, Anwar Ibrahim dapat saja menjadi “juru penengah”..."

Pendedahan Gus Dur ini tentunya memeranjatkan ramai pihak, kerana Anwar Ibrahim telah bersetuju menerima arahan daripada Paul Wolfowitz untuk menjadi 'juru penengah' dalam dunia Islam yang bercita-cita untuk menubuhkan Negara Islam.

Bermakna, Gus Dur telah mengesahkan bahawa Paul Wolfowitz telah memberi 'lesen' kepada Anwar menjadi wakil Amerika ke atas dunia Islam. Duta (tidak rasmi) Amerika-Dunia Islam yang diberikan oleh Wolfowitz itu mengesahkan bahawa Anwar telah dilantik sebagai anggota diplomat jemputan CFR.

Bacaan lanjut inti pertemuan Anwar-Wolfowitz-Gus Dur, sila klik di sini


Perang Iraq- Apa komen Anwar, diplomat Jemputan CFR ?



Video di atas adalah ucapan Anwar, diplomat Jemputan CFR dalam program 'US Islamic World Forum di Doha, Qatar pada 10-12 April 2005, anjuran The Brookings Institution & The Saban Center For Midddle East Policy.

Kata Anwar, "..Angin perubahan daripada autokrasi(kuku besi) kepada demokrasi telah bertiup merentasi pelbagai sempadan dalam dunia Islam..Perang Iraq, walaupun dicemari pelbagai kontoversi (tetapi) telah menghasilkan pilihanraya demokrasi pertama untuk negara itu (Iraq)..."

"...Dalam hal ini, saya ingin katakan bahawa, walaupun pada prinsipnya, saya menentang peperangan tetapi saya terpaksa mengalah kepada suara kebebasan di Iraq, tidak dapat dibendung selepas penindasan dan paksaan yang dilakukan (oleh Sadam Hussein) selama berdekad-dekad.."

"... Saya berani katakan, jika sekiranya diberi peluang kepada dunia islam, bukan sahaja di Iraq, tetapi seluruh dunia Islam akan bersetuju untuk menikmati demokrasi (walaupun melalui peperangan)..."


Berdasarkan ucapan di atas, jelaslah Anwar bersetuju peperangan di Iraq atas nama demokrasi. Anwar hanya menyatakan pada prinsipnya dia menentang peperangan, tetapi hujah-hujah seterusnya Anwar menyatakan kesetujuannya ke atas peperangan itu. Tidak dinyatakan hujah kenapa dia menentang peperangan, tetapi dinyatakan secara panjang lebar sebab-sebab persetujuan peperangan itu, semuanya untuk 'kebebasan', 'pilihanraya demokratik', dan 'Iraq ditindas dan ditekan oleh pemimpin kuku besi, Sadam Hussein'.

Sebab itu, sebulan kemudian, apabila Anwar dijemput oleh Stephen Sackur dalam rancangan HardTalk, BBC, pada 10 Mei 2005, pengacara itu tidak percaya Anwar menenatang perang Iraq.

Anwar berkata dia menentang peperangan di Iraq, tetapi dia bekerja dengan Paul Wolfowitz yang merencanakan peperangan ke atas Iraq. Stephen Sackur mengasak Anwar sebagai penyokong zionisme dan neocons. Anwar cuba nafikan, tetapi penafian Anwar tidak memuaskan hati Stephen Sackur menyebabkan dia menegaskan bahawa Anwar adalah adalah penyokong utama Paul Wolfowitz.

Apabila Anwar diajukan dengan serangan sebagai penyokong Wolfowitz daripada Stephen Sackur, menyebabkan Anwar tergamam dan tergagap-gagap untuk menjawabnya. Sila tonton video di bawah. Klik di sini




Anwar, CFR, The Brookings Institution & The Saban Center



Anwar Ibrahim adalah Diplomat Jemputan CFR, New York (klik di sini). The Brookings Institution pula adalah salah satu badan pemikir CFR yang ditaja oleh Rockefeller(Yahudi). Manakala Anwar pula merupakan Kumpulan Penasihat Antarabangsa Brooking Institution. Klik di sini dan Klik di sini.


Presiden CFR adalah Richard Haass(Yahudi), yang telah menyambut lawatan Anwar ke Amerika Syarikat baru-baru ini. Richard Haass pula Naib Presiden, The Brookings Institution. Klik di sini

Jadi semakin jelas, Anwar memang termasuk dalam lingkaran Yahudi CFR, bermula dari Institut Brookings (berjawatan penasihat antarabangsa), badan pemikir CFR (Anwar berjawatan Diplomat Jemputan CFR, New York), kemudian CFR yang ditaja oleh keluarga Yahudi terkaya di Amerika Syarikat, Rockefeller.

Brookings Institution pula adalah badan pemikir pro parti Demokrat, Amerika Syarikat. Diasaskan oleh Robert Brookings(Yahudi). Presiden institut itu sekarang ini adalah Strobe Talbott ,(Yahudi) bekas Timbalan Setiausaha Negara semasa pemerintahan Presiden Bill Clinton. Klik di sini


Pihak Israel tidak begitu berpuas hati dengan peranan Brookings Institution yang dilihat tidak begitu pro Israel, lalu seorang jutawan Yahudi Amerika bernama Haim Saban telah menderma sebanyak $13 million kepada institut itu untuk menubuhkan satu unit penyelidikan khusus yang dinamakan Saban Center for Middle East Policy.

Martin Indyk (Yahudi), bekas pentadbir kerajaan Amerika semasa Presiden Clinton (Demokrat) yang pro- Israel dilantik sebagai Pengarah Saban Center for Middle East Policy. Dia juga terlibat dalam organisasi lobi Israel di Amerika Syarikat yang dinamakan AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee).

ANWAR LINGKARAN YAHUDI CFR

Keterangan ini lebih jelas menunjukkan semua instrumen Yahudi Amerika telah melingkungi dan mengikat Anwar untuk melaksanakan misi demokrasi Yahudi di Timur Tengah. Projek 'Demokrasi Islam' yang dilaung-laungkan Anwar adalah sambungan lidah Yahudi yang berselindung di sebalik wajah Anwar. Klik di sini

Sebab itu apabila Anwar mencatatkan di blognya pada 28 September 2009,[klik di sini] bahawa dia kesibukan dalam acara di New York dan Florida untuk mencari pendekatan baru Presiden Obama ke atas dunia Islam, sebenar retorik untuk menyeronokkan para penyokong Anwar di Malaysia.

Sebenarnya Anwar telah menemui ramuan baru pendekatan ke atas dunia Islam itu ketika Anwar, Zainah Anwar dan rakan-rakan CSID (Center for the Study of Islam & Democracy) menghantar surat kepada Presiden Obama pada 10 mac 2009.

Kandungan surat itu;

...Untuk tempoh yang lama, dasar Amerika di Timur Tengah telah dilumpuhkan dengan ketakutan terhadap parti-parti Islam yang akan mengambil alih kuasa. Sesetengah ketakutan ini munasabah dan difahami ; ramai pejuang Islam menyokong dasar- dasar yang tidak liberal....

...Mereka (parti-parti Islam sepatutnya) perlu lebih berusaha untuk menunjukkan komitmen mereka kepada hak-hak wanita dan minoriti agama, serta kesanggupan mereka untuk bertoleransi terhadap perselisihan pendapat.....

..(Tetapi) Dalam kebanyakan negara, termasuk Turki, Indonesia dan Maghribi, hak untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya agak kredibel dan terbuka, juga mempunyai parti Islam yang moderat serta mempertingkatkan komitmen mereka kepada norma-norma demokratik.(Bila parti Islam dimoderatkan/liberalkan barulah menepati ciri demokrasi contohnya Indonesia dan Turki)...

....Mempromosikan demokrasi di rantau tersebut (Timur Tengah) akan memberikan peluang kepada parti liberal dan sekular untuk memantapkan diri mereka serta menghubungkan idea mereka kepada orang ramai, selepas penindasan selama berdekad-dekad yang menyebabkan mereka lemah dan dipinggirkan...

...(Perlunya Presiden Obama menumpukan demokrasi di Timur Tengah) untuk memberikan mesej kepada bangsa Arab dan dunia Muslim bahawa Amerika Syarikat akan menyokong semua pejuang kebebasan (beragama), demokrasi, dan hak asasi manusia...

...Sebagai penutup, kami menulis surat ini untuk meningkatkan kepercayaan kami yang mendalam bahawa sokongan terhadap demokrat dan demokrasi di Timur Tengah bukan untuk kepentingan di dalam rantau tersebut, tetapi juga kepada Amerika syarikat....

...Mungkin yang lebih penting, apa yang kami lakukan terhadap isu kritikal ini akan mendedahkan tentang betapa hebatnya kekuatan idea demokratik Amerika di dalam era ini kita akan menentukan untuk menghormati dan mengamalkannya (demokrasi) di Timur Tengah.....

Membaca kupasan lengkap surat Anwar kepada Presiden Obama, sila klik di sini

Bermakna ketika ini, ketika Anwar masih berada di Amerika Syarikat, dia mencatatkan perkembangannya di sana dengan mengatakan,..."Sekitar 25 peserta berhimpun di White Oaks, kawasan hutan simpanan berhampiran Jacksonville, Florida dalam wacana khas mengenai pendekatan baru Presiden Barack Obama dengan dunia Islam...Selain wakil pentadbiran Obama, Senat dan Dewan Perwakilan, Amerika diwakili institusi saperti Brookings, Middle East Institute dll. yang aktif mengendali program di negara Islam.." mengesahkan peranannya sebagai Diplomat Jemputan, New York.

Ada apa dengan jawatan Diplomat Jemputan, New York ? Adakah ini petanda Anwar akan terus aktif dalam misi lamanya itu ?

AIDC
2 Oktober 09, 10.50 malam.



*Nota : Artikel ini adalah olahan semula catatan-catatan lama saya di egroup AIDC. Tidak semua catatan di egroup akan disiarkan di blog. Sesetengah link yang diberi bersumberkan catatan di egroup, anda perlu mendaftar keahlian di egroup sebelum dapat membaca catatan tersebut. Untuk mendaftar klik di sini.

Artikel lain berkaitan :

. Anwar Ibrahim : Ada apa dengan jawatan Diplomat Jemputan CFR, New York ?

. Anwar Ibrahim : CFR, Bangsa Terpilih dan Israel

Tiada ulasan: