MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Ogo 2009

Tiada ujian tentukan Teoh cemas sebelum mati

SHAH ALAM: Seorang ahli kimia hari ini memberitahu inkues Teoh Beng Hock bahawa ujian mengesan adrenalin tidak dijalankan terhadap mendiang untuk mengetahui sama ada dia mengalami keadaan cemas atau tertekan sebelum menemui ajalnya bulan lepas.

Zairaha Awang, dari Jabatan Kimia, Petaling Jaya, dalam keterangannya pagi tadi, berkata beliau tidak menjalankan ujian itu kerana tidak diarah oleh polis.

Ketika disoal oleh peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, mengenai kemungkinan bahawa adrenalin dalam badan akan meningkat jika seseorang ditolak dalam keadaan cemas, saksi ketujuh itu berkata beliau tidak tidak pasti dan tidak pernah membuat kajian.

"Saya fikir ujian adrenalin tidak tergolong dalam ujian mengesan dadah dan racun yang dijalankan oleh bahagian toksikologi kerana adrenalin dihasilkan secara semula jadi dalam badan," kata Zairaha.

Bagaimanapun beliau bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa jika seseorang itu mengalami tekanan, jumlah enzim adrenalin dalam badannya akan meningkat.

Koroner Azmil Muntapha Abas pula bertanya sama ada terdapat perbezaan jika si mati ditolak dan sama ia boleh dikesan dalam ujian toksikologi.

Zairaha : "Saya tidak berpengalaman untuk menjawab soalan itu."

Azmil : "Adakah pengetahuan sama ada si mati ditolak atau tidak akan mempengaruhi ujian mengesan kehadiran dadah atau racun dalam badan mangsa?"

Zairaha : "Tidak."

Dalam keterangannya, Zairaha juga mengesahkan bahawa Teoh tidak mati kerana diracun, mabuk atau berada di bawah pengaruh dadah.

Zairaha berkata demikian setelah menjalankan analisis mengesan dadah, alkohol dan racun dalam badan Teoh melalui empat sampel spesimen yang diserahkan kepadanya oleh pegawai penyiasat pada 21 Julai lepas.

Katanya ujian toksikologi dilakukan bagi mengesan sama ada terdapat kesan racun atau sebarang bahan berbahaya terhadap spesimen biologi termasuk manusia dan haiwan.

"Hasil analisis saya mendapati tiada unsur ethanol, alkohol dan dadah biasa dalam spesimen itu," katanya.

Dalam keterangannya Zairaha berkata sampel kandungan perut yang diterimanya berwarna kecoklatan yang merupakan warna biasa bagi kandungan perut manusia yang tidak mengandungi sebarang unsur dadah atau racun.

"Kandungan perut boleh berubah warna jika mengandungi unsur dadah atau racun, contohnya warna kelabu, jika terminum racun perosak," katanya.

Dalam prosiding inkues yang masuk hari ketiga itu, Zairaha juga diasak oleh Gobind beberapa soalan mengenai punca kematian Teoh, yang merupakan setiausaha politik seorang exco kerajaan negeri Selangor.

Gobind: "Selain ujian untuk periksa dadah dan racun, ada terfikirkah sebabsebab lain kematian atau melakukan pemeriksaan lain?"

Zairaha: "Tidak, hanya ikut apa yang diminta pihak polis."

sumber - mstar


Tiada ulasan: