MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Ogo 2009

Rakyat Menangis di Selangor : Syarikat bumiputera semakin tersisih

Oleh Kumbang, AIDCclub

Antara perkara paling menyedihkan sekali di dalam pentadbiran Khalid Ibrahim adalah penyisihan syarikat Bumiputera untuk mendapat projek-projek kerajaan Negeri. Antara syarikat bumiputera yang disisihkan ialah Gapurna,Puncak Niaga, Syabas, Majulia, Pujangga Budiman dan Lebar Daun. Amat menghairankan syarikat milik Singapura dan milik bukan bumiputera tidak disisihkan. Malah diberi projek Projek pembersihan Sungai Klang kepada syarikat Singapura dan projek perlombongan pasir kepada Wawasan Dengkil Sdn Bhd, Hai Tong Construction, Low hai Eng Sons Trading Sdn Bhd dan Resvil Holding Sdn Bhd iaitu syarikat yang berstatuskan bukan bumiputera.



Amat menghairankan juga apabila Khalid Ibrahim hanya memilih golongan bumiputera yang terdiri daripada kroni beliau sendiri yang terdiri daripada bekas pegawai PNB dan Guthrie untuk terlibat dalam projek dan aktiviti kerajaan negeri. Kumpulan Semesta adalah satu contoh sikap memilih Khalid ini yang mana Kumpulan Semesta terdiri daripada bekas pegawai PNB dan Guthrie.

Apa di sebalik Projek pembersihan Sungai Klang?

Khalid mencadangkan projek pembersihan Sungai Klang dan pada 18 Mei 2009 lawatan ke Singapura dibuat untuk meneliti perkara ini dan hasilnya Projek Pembersihan Sungai Klang yang bernilai RM2 bilion tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat dari Singapura.

Apa yang menjadi pertikaian ialah tanah-tanah rezab Melayu di sepanjang 6km Sungai Klang diberikan hak pembangunannya kepada syarikat Singapura terbabit sebagai pertukaran kepada pembiayaan pembersihan Sungai Klang.

Pertukaran ini yang menimbulkan kontroversi kerana diakhirnya siapa yang mengaut keuntungan dalam pembangunan persisiran Sungai Klang ini?

Setelah dibangunkan nanti adakah orang melayu mampu membeli semula aset-aset yang dibangunkan,sudah pasti mereka ini akan dihalau ke tempat lain,dengan hanya diberi pampasan yang tidak setimpal dan akhir sekali tanah-tanah rezab melayu tergadai tanpa pembelaan.

Pembabitan syarikat Singapura ini dikatakan mempunyai kaitan dengan perlantikan Low Siew Moi sebagai Penasihat Kewangan kepada Khalid Ibrahim dan perlantikan Tricia Yeoh sebagai Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam kepada Khalid Ibrahim.

Maknanya di atas semua ini Khalid Ibrahim sudah dikawal oleh mereka-mereka ini dalam membuat keputusan di Selangor.

Sikap Jelek pentadbiran Khalid Ibrahim ini diteruskan lagi dengan layanan buruk kepada pegawai-pegawai tempatan iaitu mereka dikatakan tidak diberi peluang untuk melibatkan diri secara keseluruhan dalam projek-projek penting kerajaan negeri iaitu seperti pengstrukturan semula perkhidmatan air,pakej ekonomi dan projek berskala besar yang lain.

Amat menyedihkan sekali apabila pegawai-pegawai tempatan ini diherdik dan dimaki di dalam mesyuarat Exco dan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor dengan gelaran bloody effort,bodoh dan lain-lain.

Adakah ini gambaran pemimpin yang mementingkan rakyat dan mementingkan kebajikan?

Penyisihan dan layanan buruk ini adalah suatu tindakan yang amat menyedihkan dan tidak patut di kala pemimpin itu sendiri dikatakan bernaung di bawah parti yang berlandaskan keadilan dan integriti.

Sebab itu Kumbang berani menyatakan rakyat kini sedang menangis di Selangor kerana melihatkan sikap kerajaan Selangor yang hanya mementingkan diri-sendiri dan kroni-kroni sahaja.

Persoalannya, adakah kerajaan Selangor peduli?

sumber - kumbang


Tiada ulasan: