MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Ogo 2009

Inkues Teoh : Siapa pemilik DNA misteri ?

SHAH ALAM 6 Ogos - Misteri profil asid deoksiribonukleik (DNA) dua lelaki asing yang dijumpai pada tali pinggang dan di bahagian luar kot mendiang Teoh Beng Hock sehingga kini masih belum terungkai.

Ini berikutan profil DNA tersebut didapati tidak sepadan dengan 157 sampel DNA yang telah dianalisis oleh ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong.

Lay Hong, 51, memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini, ratusan sampel DNA itu diambil daripada 81 kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 49 pegawai dan anggota polis serta 14 kakitangan Jabatan Patologi Forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Sampel DNA turut diterimanya daripada dua tukang cuci, lapan kakitangan bahagian penyelenggaraan dan keselamatan di Plaza Masalam serta tiga lagi saksi.

Pada hari pertama inkues bermula pada 29 Julai lalu, Mahkamah Koroner diberitahu bahawa terdapat dua profil DNA lelaki pada kesan koyakan tali pinggang mangsa serta satu profil DNA lelaki di belakang kot mendiang.

Bagaimanapun salah satu profil DNA di tali pinggang itu adalah sepadan dengan profil DNA yang ditemui pada kot tersebut.

Lay Hong terdahulunya memberitahu, sebenarnya terdapat lebih dua profil DNA lelaki yang tidak dikenali dikesan di bahagian koyakan pada tali pinggang milik Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Jelas beliau, selain DNA Beng Hock dan seorang individu asing, perkataan sekurang-kurang seorang lagi penyumbang tidak dikenali yang digunakan dalam laporan hasil analisis DNA bertujuan menunjukkan bahawa jumlah sebenar mungkin lebih.

''Untuk profil tersebut, sekurang-kurangnya satu DNA lelaki yang tidak dikenali atau ia boleh jadi lebih. Saya pasti sekurang-kurangnya satu lagi DNA tetapi saya tidak pasti jumlah selebihnya,'' katanya ketika menjawab soalan peguam Gobind Singh Deo.

Gobind merupakan peguam pemerhati yang dilantik oleh keluarga Beng Hock.

Lay Hong yang memberi keterangan sebagai saksi kesembilan turut melakukan ujian DNA terhadap 16 lagi bahan bukti yang diserahkan oleh pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Ahmad Nazri Zainal pada 21 Julai lalu.

Antaranya ialah kemeja lengan pendek warna kelabu kebiruan, seluar panjang berwarna kuning air yang terkoyak pada bahagian punggung dan lutut kiri, sehelai seluar dalam, sepasang stokin dan sepasang kasut hitam yang kesemuanya terdapat kesan darah Beng Hock.

Begitu juga 11 cebisan kuku, pemotong kuku, rambut, gigi, tali jam tangan, empat calitan putik kapas dan kad proses pengambilan darah kering (FTA) mangsa.

''Tiada kesan DNA asing pada cebisan kuku Beng Hock ditemui. Tiada kesan DNA dijumpai pada satu calitan putik kapas, manakala tiga calitan putik kapas lagi mengandungi campuran DNA yang tidak konklusif.

''Begitu juga analisis terhadap calitan kesan kerosakan pada kasut kiri, tali jam tangan besi, bahagian luar depan kot, belakang dan depan kemeja, bahagian koyakan pada seluar panjang, bahagian yang bertentangan dengan koyakan pada tali pinggang tidak mengandungi DNA asing,'' jelas beliau.

Kesemua bahan bukti itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sampul surat dan dimeterai dengan cop Jabatan Kimia Malaysia sebelum diserahkan kembali kepada Ahmad Nazri pada 27 dan 28 Julai lalu.

sumber - utusan


Tiada ulasan: