MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Ogo 2009

Exco Selangor akui SPRM siasat dakwaan salahguna peruntukan RM375,000

Exco Selangor, Rodziah Ismail mengakui Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang siasat dakwaan salah guna dana RM375,000 dan beliau tidak menolak orang dalam parti itu terbabit mendedahkan maklumat berkenaan.

Bagaimanapun kata ADUN PKR Batu Tiga itu, bukan beliau disiasat agensi berkenaan sebaliknya pegawai khasnya yang menyelia Pusat Khidmat DUN Sementa. Malah beliau tidak menolak maklumat sehingga membawa kepada siasatan oleh SPRM itu dibuat oleh orang dalam PKR sendiri.

Untuk rekod, DUN Sementa diwakili ADUN BN, Datuk Abdul Rahman Palil tetapi kerajaan campuran di Selangor menjadikan kawasan-kawasan dimenangi BN sebagai DUN Angkat dengan beberapa Exco menyelia peruntukkannya.

Rodziah dalam sidang media di Shah Alam, Khamis berkata, pegawai SPRM ke pejabatnya untuk berjumpa pegawai khas terbabit dan mendapatkan maklumat berkaitan.

Ketika itu, Rodziah menghadiri mesyuarat Exco dan pegawai-pegawai SPRM dihalang berjumpa pegawai khas terbabit atau mendapatkan keterangan atas alasan tiada notis atau waran berbuat demikian.

Sehubungan itu, katanya, pihak beliau meminta SPRM mengemukakan notis terlebih dahulu sebelum beliau atau pembantu khasnya itu dipanggil membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna peruntukkan sebanyak RM375,000.

Rodziah menjelaskan sanggup membantu SPRM dan bersedia memberi kerjasama bila-bila masa apabila dipanggil secara rasmi oleh agensi berkenaan.

Menjawab soalan, beliau tidak menolak andaian kes itu ada kaitan dengan orang dalam PKR sendiri sehingga membawa siasatan SPRM.

Katanya, sebagai ahli politik beliau terdedah macam-macam dakwaan sama ada dari dalam parti sendiri mahupun pembangkang (BN).

Dakwaan penyelewengan itu sebelum ini dibuat oleh Gerakan Anti Korupsi Malaysia (Gerak) kepada SPRM Selangor minggu lalu.

Kes terbaru ini semakin menambahkan isu dan kontroversi dalam kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS di Selangor sejak mentadbir negeri itu selepas pilihan raya umum ke 12 tahun lalu.

Antara kes panas dihadapi di Selangor sekarang adalah dakwaan beberapa Exco dan Adun DAP salah guna dana, kontroversi Ronnie Liu dalam isu rampasan arak dan namanya dikaitkan dalam blog http://4tbh.blogspot.com sebagai individu yang juga salah guna peruntukkan kerajaan negeri.- 6/8/2009


Tiada ulasan: