MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Ogo 2009

Beng Hock jatuh secara sengaja?

SHAH ALAM 6 Ogos - Ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa beliau dimaklumkan kemungkinan Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock terjatuh secara sengaja atau tidak sengaja dari tingkat 14, Plaza Masalam di sini pada 16 Julai lalu.

Menurut beliau, perkara itu diberitahu oleh pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Ahmad Nazri Zainal sebagai maklumat awal sebelum analisis asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan ke atas 18 bahan bukti yang diserahkan kepadanya.

Beliau bagaimanapun menafikan Ahmad Nazri pernah menyebut bahawa Beng Hock mungkin dibunuh dengan cara ditolak dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Lay Hong turut menganggap cadangan peguam pemerhati, Gobind Singh Deo kemungkinan Beng Hock terjatuh selepas tali pinggang yang dipegang oleh beberapa individu terputus sebagai satu spekulasi.

''Pegawai penyiasat ada beritahu bahawa si mati sedang disiasat oleh SPRM dan kemungkinan berlaku bunuh diri. Dia tidak menyebut tentang kemungkinan dibunuh, hanya jatuh secara sengaja atau tidak sengaja,'' jelas beliau.

Suasana menjadi agak tegang apabila Gobind mempersoalkan kegagalan ahli kimia itu melakukan ujian DNA terhadap kemeja dan seluar milik Beng Hock secara menyeluruh.

Gobind mendakwa, Lay Hong gagal mengambil kira sebarang kemungkinan kerana tidak melihat foto posisi si mati serta mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci berhubung kes itu.

''Puan membuat ujian DNA pada tali pinggang, tetapi tidak melakukannya pada bahagian pinggang seluar yang mungkin ada berlaku sentuhan memandangkan ada DNA asing pada tali pinggang,'' katanya.

Lay Hong bagaimanapun menjelaskan, ujian DNA dilakukan ke bahagian-bahagian tertentu kemeja dan seluar panjang Beng Hock berdasarkan andaian bahawa berlakunya sentuhan di situ.

Menurut beliau, melihat foto si mati serta mendapatkan maklumat tentang kematian secara terperinci juga bukan satu kebiasaan sebelum ujian DNA dilakukan.

Beliau bagaimanapun mengaku kemungkinan terdapat DNA-DNA asing pada bahagian kemeja dan seluar panjang yang tidak diperiksa itu.

Lay Hong turut mengesahkan bahawa tali pinggang Beng Hock terputus bukan kerana dipotong dengan sebarang alat mekanikal, tetapi akibat regangan dan tekanan yang dikenakan ke atasnya.

Inkues siasatan kes kematian Beng Hock di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas bersambung Isnin ini.

sumber - utusan Malaysia


Kesan patah pada skru masih baru - ahli kimia

SHAH ALAM 6 Ogos - Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa kesan patah pada skru sebahagian pengunci tingkap di tingkat 14, bangunan Plaza Masalam disahkan oleh ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia sebagai masih baru.

Saiful Fazamil Mohd. Ali yang bertugas di Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik jabatan itu berkata, klip logam berserta dua batang skru, tidak berkaitan dengan pengunci tingkap.

''Skru nombor dua tidak padan dengan lubang skru sebahagian pengunci tingkap yang mempunyai empat lubang skru. Dua daripadanya dalam keadaan baik, satu skru patah manakala satu lubang tanpa skru,'' ujar beliau.

Menurutnya lagi, satu butang di bahagian depan pinggang seluar yang dipakai oleh mendiang Teoh Beng Hock telah tertanggal dan terdapat sisa benang putih pada butang logam dan ia pula adalah serupa dengan sisa benang putih pada seluar si mati.

''Saya juga mendapati kedua-dua rantai jam tangan tidak terdapat pin penyambung. Ia serupa dan boleh dipadankan dengan hujung pin jam tangan,'' kata Saiful.

Selain itu, potongan pelapik kaki yang pada permukaannya terdapat kesan lekuk turut dikemukakan di mahkamah dan ketulan bahan putih adalah konsisten dengan cat di tingkat 14 bangunan itu.

Ahli kimia tersebut yang merupakan saksi kelapan telah melakukan ujian pemadanan sama ada item itu boleh dipadankan dan menjalankan ujian untuk mengenal pasti bahan yang terlibat.

Pada tahap ini, peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Kerajaan Malaysia dalam inkues tersebut mengemukakan bahan bukti untuk dibuka dan dikenal pasti kandungannya oleh Saiful.

Ketika seluar panjang berwarna putih yang dipakai Beng Hock semasa pergi ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di tingkat 14, Plaza Masalam dibuka oleh Saiful, Hock Chuan mengambil sehelai sapu tangan lalu menutup hidungnya.

Seluar tersebut mempunyai kesan koyak di bahagian punggung dan lutut kiri mempunyai kesan tompokan darah yang telah kering.

Ketika disoal oleh peguam Gobind Singh Deo yang merupakan peguam pemerhati bagi keluarga Beng Hock, Saiful memberitahu, beliau telah pergi ke tempat kejadian bukan hendak menyiasat sebaliknya hanya membuat pemeriksaan.

Sementara itu, prosiding inkues dimulakan pada pukul 9.25 pagi dengan keterangan saksi inkues keenam, Abdul Rahman Rahim, 51, pengawal keselamatan plaza tersebut yang mengemukakan buku daftar keluar masa bangunan tersebut.

Abdul Rahman memberitahu, catatan pengunjung keluar masuk bangunan itu bukan sahaja tidak dibuat pada hari kejadian tetapi juga pada hari-hari sebelumnya.

sumber - utusan


Tiada ulasan: