MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASER EMANG PISAU ORCA


2009 Jul 13

AMK Selangor nak buat demo lawan Khalid !

Oleh Medan Info Kita

Esok, Isnin 13 Julai 2009, jam 11.30 pagi dijadualkan rombongan Angkatan Muda Keadilan [AMK] PKR Selangor akan menyerahkan Memorandum Bantahan di SUK Shah Alam.

KECOH!! Apa dah jadi dengan PKR Selangor? Bantahan apa..?


AMK Selangor membantah perlantikan Ahli Majlis dibeberapa daerah dimana beberapa calon calon dari kepimpinan AMK Selangor TIDAK terpilih.

Sebagai contoh , bantahan dikemukakan apabila seorang calon yang terpilih sebagai Ahli Majlis MBSA, Azhar Mauludin telah dikategorikan kuota AMK Shah Alam sedangkan beliau TIDAK langsung memegang sebarang jawatan rasmi, dan lebih pelik lagi usia beliau sudahpun melebihi HAD USIA 40 tahun. Oleh karana calon ini pilihan salah seorang EXCO kerajaan Selangor, maka keputusan ini diteruskan juga.

Dalang kepada pemilihan Azhar Maulidin adalah Yb ADUN Batu 3. Sehubungan dengan itu satu gerakan yang menamakan kumpulan mereka sebagai GASAK – Gerakan Suara Anak Muda Keadilan dijangka akan membongkar beberapa kepincangan pentadbiran Yb tersebut, diantaranya adalah pembelian sebuah rumah baru di Shah Alam yang akan dijadikan TASKA peribadi beliau.

Satu lagi protes adalah keatas seorang calon yang terpilih sebagai Ahli Majlis MDKS, Thirumoorthy bekas pemimpin MIC yang baru menyertai PKR Kuala Selangor pada tahun 2009. PKR Kuala Selangor dipimpin oleh Khalid Ibrahim sebagai Ketua Bahagian.

Beberapa hari yang lalu, AMK Ampang membuat kejutan sewaktu Anwar Ibrahim berceramah apabila mereka membuat demo membantah lantikan beberapa individu sebagai Ahli Majlis yang tidak mendapat “endorsement” PKR Bahagian Ampang tetapi menjadi pilihan Yb Zuraidah Ahli Parlimen kawasan tersebut.

Beginilah hura-haranya dalam PKR Selangor. Dalam membuat keputusan sebegini pun TIDAK dapat diselesaikan dengan baik. Terlalu banyak rasa tak puas hati, berebut-rebut mengejar pangkat dan jawatan. Tidak ada sefahaman langsung diantara pimpinan Bahagian dengan Yb Yb mereka….. Bagaimana mungkin mereka mampu menyelesaikan masalah rakyat sekiranya rumahtangga sendiri tunggang langgang…, maklumlah Boss mereka suka tonggeng menonggeng..!





SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK BACAAN LEBIH JELAS



Salinan surat bantahan yang pernah dikemukakan oleh AMK Shah Alam






Senarai calon calon yang terplilih – final short listing


sumber - medan info kita


Baca selanjutnya...

Detik-detik kebenaran - Saiful Bukhari

Sedekad telah berlalu, banyak yang telah berubah. Namun apakah bentuk perubahan itu? dan apakah maksud tersirat disebalik perubahan itu?

Pada hari ini, izinkan saya imbas kembali beberapa individu yang pernah terlibat dalam memperjuangkan keadilan tertuduh(DSAI) semasa peristiwa 1998. Pada ketika itu, walaupun saya masih kecil(Tingkatan 1), masih segar dalam ingatan saya perasaan marah dan sedih apabila idola saya, Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya, Timbalan Perdana Menteri.

Diumur sekecil itu juga, saya telah mengenali erti perhimpunan jalanan/rusuhan kerana saya sendiri pada ketika itu pernah terlibat(dua kali). Namun setelah dewasa(selepas 10 tahun), tidak sangka ia adalah penipuan semata-mata kerana saya sendiri telah menjadi mangsa kerakusannya.

Dibawah, saya paparkan beberapa individu penting yang pernah terlibat dengan pergerakan Reformasi 1998 yang kini sudah meninggalkan Dato' Seri Anwar Ibrahim atas beberapa sebab. Walaubagaimanapun, ada yang tidak pernah menyatakan alasan sebenar mereka , tetapi sebagai manusia yang berakal, tentu kita boleh mentafsirnya.



Zainur Zakaria(kanan), bekas peguam bela DSAI, satu masa dahulu pernah bermusuh dengan Tun. Beliau juga pernah dipenjarakan seketika semasa memperjuangkan keadilan DSAI pada tahun 1998. Kini, beliau sudah tidak lagi bersama DSAI malah sudah baik dengan musuhnya dahulu, Tun Mahathir. Lihat sahaja gengaman tangan yang erat serta keceriaan yang terpancar pada wajah mereka berdua setelah 11 tahun. (gambar diatas)



Saudara Ezam Md Noor. Pernah dipenjara dan di ISA. Beliau adalah tonggak utama gelombang REFORMASI dan salah seorang pengasas Parti KeADILan pada tahun 1998. Kini 2008/09, beliaulah penentang No 1 individu yang pernah diperjuangkannya dahulu.




Dr Chandra Muzaffar, bekas Timbalan Presiden Parti KeADILan, penyokong kuat DSAI semasa peristiwa 1998, kini sudah meninggalkan DSAI.




Datuk K.S. Nallakaruppan, rakan karib DSAI selama lebih 30 tahun. Pernah dipenjarakan akibat mempertahankan perjuangan DSAI. Kini sudah meninggalkan DSAI akibat hilang kepercayaan.




Kecuali Allahyarham Christopher Fernando yang telah meninggal dunia, hanya SN Nair(tengah) yang masih kekal bersama DSAI untuk kesnya pada kali ini. Raja Aziz Adruse(paling kanan) pula pernah menarik diri semasa perbicaraan 98. Mungkinkah ada yang akan menarik diri pada kes kali ini? Wallahualam..




Datuk Seri Dr Zambry(kiri), pernah ditahan ISA semasa memperjuangkan DSAI semasa 1998. Kini, duduk disebelah Tun Mahathir yang pada satu ketika dahulu ditentangnya.

DAN RAMAI LAGI......

Terdapat ramai lagi individu-individu yang saya tidak paparkan disini. Cukuplah sekadar contoh-contoh yang berada diatas dipaparkan. Jika anda mahu lebih dari itu, anda boleh 'search' di internet.

Izinkan saya ambil kata-kata Sir Winston Churcill(bekas Perdana Menteri Britain) ;

"A lie gets halfway around the world before the truth has a chance to get its pants on"

Bagaimana peristiwa 11 tahun yang lalu dan yang terkini ini(kes saya) akan berakhir? Adakah ia satu kebenaran atau kebatilan? Saya sudah pun tahu jawapannya, dan kini giliran anda pula..

Jadi, saya mohon kepada anda, tidak kira sama ada yang percaya atau tidak supaya mendoakan agar perbicaraan kes saya ini dapat dijalankan dengan syarat TIADA LAGI PENANGUHAN bagi anda sendiri mengetahui Kebenaran yang sebenar. Selagi ia dibiarkan begitu sahaja, selagi itulah ia akan menjadi satu persoalan yang tiada kesudahannya.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI



Baca selanjutnya...

2009 Jul 12

AMK PKR Ampang Serang Anwar


++video setakat ini sahaja++






Baca selanjutnya...

Kebebasan dan demokrasi senjata utama lumpuhkan negara Islam - Anwar Ibrahim

Oleh AIDCNews

Kebebasan dan demokrasi adalah kunci persefahaman hubungan antara Islam dan Barat, begitulah kesimpulan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, semasa berucap di Persidangan Antara Agama, Perth, Australia (Perth Interfaith Conference), 11 Julai.

Menurut Anwar, intipati ajaran Islam menganggap 'kebebasan' adalah satu daripada objektif tertinggi dalam hukum Tuhan yang menyerupai ciri-ciri perlembagaan demokrasi iaitu kebebasan hak asasi, kebebasan bersuara menentang kezaliman, seruan untuk pembaharuan terhadap hak milik harta.

Menurutnya, hanya kebebasan dan demokrasi sahaja dapat melumpuhkan agenda sesetengah pihak di negara Islam yang mahu menubuhkan sebuah 'negara Islam' berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Keghairahan pihak tertentu melaungkan slogan 'negara Islam' itu akan mewujudkan semangat jihad dan lebih cenderung dengan aktiviti teroris.


Selain Anwar, perceramah lain yang turut berceramah dalam persidangan antara agama di Perth itu adalah Reverend Professor James Haire, former President of the Uniting Church in Australia and the current Executive Director of the Australian Centre for Christianity and Culture, Imam Afroz Ali, Founder and President of Al-Ghazzali Centre, Dr. Wan Azizah, president of the People’s Justice Party of Malaysia and Father Charles Waddell, Interfaith Delegate of the Catholic Church.

Semasa Presiden Bush, beliau telah menumpukan usaha melawan teroris di dunia Islam itu dengan memberi bantuan kewangan kepada program 'kebebasan' dan 'demokrasi' di dunia Islam. Namun usaha Presiden Bush menemui jalan buntu kerana Presdien Bush menjalan dasar terpilih, iaitu sesetengah negara Islam, Bush menyokong program 'kebebasan' dan 'demokrasi', tetapi di sesetengah negara Islam lain Bush menyokong golongan autokrasi (kuku besi).

Walaupun, di sesetengah negara muslim yang diperintah oleh autokrasi itu terdapat golongan moderat dan pembaharuan (yang sama aspirasi dengan Amerika Syarikat), tetapi Presiden Bush memilih pendekatan untuk menyokong autokrasi. Menurut Anwar, inilah faktor utama agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi' gagal dilaksanakan sepenuhnya di negara-negara muslim itu.

Menurutnya lagi, hanya Turki sahaja berjaya menjadi model 'kebebasan' dan 'demokrasi' serta kegiatan teroris dapat dibendung sepenuhnya di negara itu.

Dasar tidak bijaksana pentadbiran washington merupakan penyumbang kegagalan agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi', misalnya operasi CIA menumbangkan Perdana Menteri Iran, Mossadegh, semasa pemerintahan Shah Iran Pahlavi, kerana selepas itu Iran jatuh ke tangan Republik Islam, Ayatollah Khomeini.

Anwar berharap, Presiden Obama tidak mengulangi kesilapan sama yang pernah dilakukan oleh presiden-presiden Amerika Syarikat sebelum ini, dalam menjayakan agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi' di dunia Islam.

Selain Anwar, perceramah lain yang turut berceramah dalam program itu adalah Reverend Professor James Haire, former President of the Uniting Church in Australia and the current Executive Director of the Australian Centre for Christianity and Culture, Imam Afroz Ali, Founder and President of Al-Ghazzali Centre, Dr. Wan Azizah, president of the People’s Justice Party of Malaysia and Father Charles Waddell, Interfaith Delegate of the Catholic Church.

sumber - AIDCNews

Artikel lain berkaitan :

. 11 Julai Anwar Ke Perth : diiktiraf tokoh Islam Pluralis Interfaith Conference Perth



Baca selanjutnya...

100 hari PM Najib - Anwar yang pening

Oleh x - pkr

1. Genap 100 hari DS Najib menjadi PM. Pelbagai langkah dan strategi telah diumum bagi memaksima usaha pemulihan ekonomi negara. Saya pasti banyak lagi langkah sedang dirangka bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintahan negara. TPM TS Muhyiddin setakat ini juga menunjukkan prestasi baik menjadi 'orang nombor dua' yang punya wawasan membawa Malaysia ke hadapan.


2. selama 100 hari ini juga AnWAR terkial-kial mencari rentak lagu baru untuk terus mengaburi mata rakyat. AnWAR cukup tercabar dengan langkah liberalisasi ekonomi DS Najib. Inilah dasar yang dijaja AnWAR untuk dilaksana jika beliau berkuasa semasa fenomena 16 September 'diributkan' AnWAR. AnWAR terlalu obses dengan Adam Smith yang menganjurkan pasaran ekonomi terbuka teruja memburukkan DEB ketika itu.

3. Setelah PM merealisasikan dasarnya, AnWAR tetap tidak mahu mengakui dasar PM itu bakal merubah lanskap ekonomi negara sementara hak-hak bumiputera terus dipelihara. AnWAR tetap mencerca dasar yang dibawa PM sebagai dasar retorik yang tidak akan mengubah apa-apa dalam perkembangan ekonomi negara. AnWAR 'malu mata' gamaknya untuk mengakui dasar positif yang dibawa PM itu.

4. Langkah politik AnWAR juga agak terbatas sekarang. Beliau kini bertemu "buku dengan ruas". Pasti pengalaman menjadi Naib Ketua Pemuda di zaman AnWAR membolehkan DS Najib membaca setiap 'silat politik' AnWAR. Gelanggang persilatan AnWAR kini dipagar tanpa beliau melihatnya. Langkah terbaik AnWAR kini mahu mengumpan lawannya masuk ke gelanggang beliau agar bersilat jurus yang sama juga tidak dilayan!

5. Isu liwat beliau sekadar menambah kekusutan AnWAR. Di sebalik ketidak yakinan AnWAR kepada sistem kehakiman negara (spt ug diucapkan dlm byk ceramah beliau), AnWAR terus 'meliwat' sistem kehakiman negara dengan niat mahu melambat atau menggugurkan kesnya. Pelbagai provokasi cuba dibuat AnWAR agar PM dan kerajaan dilihat mencampuri urusan kehakiman, namun hanya penyokong AnWAR yang tidak rasional itu saja yang mempercayainya.

Inilah antara sebab mengapa AnWAR beria-ia mahu menggagalkan peralihan kuasa kepimpinan negara tempohari. Pelbagai usaha dibuat AnWAR, namun ketentuan Allah itu tetap benar. Kini AnWAR dilaporkan cuba membina 'jambatan' dengan DS Najib. Sementara di depan penyokongnya AnWAR mencaci dan menghina PM, di belakang penyokongnya, AnWAR menghantar beberapa utusan kepada PM.

Sebenarnya niat AnWAR terarah kepada campurtangan cabang eksekutif agar menggugurkan kes liwat beliau. Namun PM sendiri tentunya lebih tahu 'game' yang cuba dimain oleh AnWAR dan PM tahu bagaimana untuk 'react' dari tindakan AnWAR ini. Seperti slogan PM, " 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", tentunya PM sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat dari mengutamakan kes AnWAR yang merupakan krisis moral beliau sendiri....

100 hari pertama DS Najib sebagai PM benar-benar membuat AnWAR sesak nafas. Mahu maju ke hadapan, berundur ke belakang, bergerak ke sisi kiri atau kanan, semuanya serba tak kena buat AnWAR! Sikap keterbukaan kerajaan bakal mematangkan rakyat untuk menilai siapa AnWAR Ibrahim sebenarnya.....

"SELAMAT 100 HARI SEBAGAI PM YAB DATUK SERI NAJIB"

sumber - x-pkr


Baca selanjutnya...

Foto Obama jeling remaja Brazil popular di internet


OBAMA diperhatikan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy (kanan) memandang belakang Tavares dalam sesi bergambar di sidang G8, kelmarin. Gambar kecil wajah Tavares.


ROME: Golongan muda dari negara membangun serta industri bersatu di L'Aquila di Itali ketika pemimpin Kumpulan Negara Lapan (G8) mengadakan sidang kemuncak.

Mereka dikenali sebagai 'Junior 8' atau J8 hadir bagi membincangkan tema kemiskinan dan pemanasan global. Seorang wakil setiap delegasi nasional berpeluang bertemu pemimpin negara mereka untuk mengambil gambar, Khamis lalu.

Wakil Brazil dari Rio de Janeiro, Mayara Tavares, 16, yang alam perjalanan bertemu Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, mendapat perhatian Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy serta Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Gambar yang seolah-olah menunjukkan Obama memandang punggung gadis itu kini amat popular di internet. Laman Drudge Report membuat lawak kejadian itu dengan menyiarkan foto itu menggunakan tajuk : 'Second stimulus package' (pakej rangsangan kedua).

Presiden Amerika itu ditunjukkan berada rapat dengan jelitawan Brazil dalam gaya lebih berwaspada. Laman J8 memberitahu latar belakang gadis itu:

"Mayara Tavares berusia 16 tahun dan tinggal di pinggir Rio de Janeiro, Brazil. Beliau mewarisi minat nenek dan bapanya untuk mengambil bahagian dalam masyarakat dan pergerakan sosial selain menjadi seorang aktivis memperjuangkan bagi hak kanak-kanak dan dewasa dalam masyarakatnya.

"Beliau baru-baru ini bertindak sebagai penyelidik dengan menemuramah masyarakat mengenai kehidupan mereka dan bagaimana rasanya hidup sebagai setinggan di bandar Rio de Janeiro.

"Menerusi hasil kerjanya inilah beliau cuba memperbaiki kehidupan masyarakat miskin di sebahagian besar pusat bandar, inisiatif dijalankan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Unicef, di Brazil. Beliau juga menjadi seorang anggota Forum Belia dalam kawasannya dan berharap terus membabitkan rakan sebayanya dalam kerja ini."

Lula memberi Obama sehelai jersi sukan Brazil yang ditandatangani pemain pasukan Brazil pada pertemuan sebelah pagi. Lula berasa megah dengan perlawanan bola sepak 28 Jun lalu di antara Amerika dan Brazil menyaksikan kekalahan Amerika dengan jaringan 3-2. - Agensi

sumber - berita harian



Baca selanjutnya...

Demo AMK Ampang - ada kaitan dengan Khalid gagap?



Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Akhbar tabloid Sinar Harian, 10 Julai melaporkan, sekumpulan 50 orang ahli PKR Ampang berperang mulut sesama sendiri, selepas mendengar ceramah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim didewak Dato Ahmad Razali Ampang. AIDC News pula melaporkan kekecohan pada program yang dihadiri Anwar itu wujud kerana bantahan AMK Ampang tehadap perlantikan 3 ahli Majlis MPAJ yang didakwa mengenepikan suara akar umbi keadilan. Menurut blog tersebut juga kekecohan itu merupakan kemuncak ketidakpuashatian ahli AMK terhadap kepimpinan negeri (menteri besar Khalid Ibrahim) yang dilihat tidak mengambil serius aduan ahli diperingkat akar umbi.

Maklumat dari PKR Ampang mengatakan kekecohan itu diterajui oleh Aman Shah dan Farizman Shah sebagai simbol protes kepada kepimpinan negeri yang dilihat gagal mengotakan janji untuk memberi keadilan sebenar kepada ahli dan rakyat negeri Selangor.

Dan pada masa yang sama kelompok ahli keadilan melihat kepimpinan negeri gagal menterjemahkan kembali apa tindakan yang seharusnya dilakukakan seperti yang sering dilaungkan oleh sewaktu berkempen didalam pilihanraya sebelum ini. Desas desus juga wujud mengatakan keberanian kumpulan tersebut melakukan tindakan sedemikian kerana mereka mendapat sokongan dari Adun Bukit Antarabangsa iaitu YB Azmin Ali. Adakah ini bermakna Azmin Ali sebenarnya sudah nampak melihat wujud kelemahan ketara kepada pentadbiran Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Sehingga kini masih tiada penjelasan tepat diberikan oleh Khalid mengenai beberapa tuduhan yang dilemparkan kepadanya seperti isu pembelian Lembu korban di kawasan Parlimen diwakilinya di Bandar Tun Razak dan isu penggunaan peruntukkan duit kerajaan negeri untuk membiayai kereta peribadinya. Yang dilakukannya adalah menukarkan pegawai kerajaan berjawatan tetap di Pejabat Menteri Besar dan mengantikannya dengan 16 orang pegawai lantikan kontrak. Tindakan Khalid ini dilihat oleh sesetengah ahli PKR, sebagai perkara tidak sepatutnya berlaku, kerana ia akan mewujudkan jurang yang jauh dengan kakitangan awam.

Mungkin Azmin menyedari perkara ini dan menerima sungutan dari pegawai dan kakitangan awam kerajaan negeri Selangor yang tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Khalid Ibrahim. Sehubungun itu, dapat dikatakan kemungkinan aksi kekecohan di Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang sebenarnya sudah dirancang oleh ahli parti untuk memberi mesej kepada MB supaya memperbetulkan corak pentadbiran serta dirinya, supaya dapat mengelakkan imej parti tercemar.

Kerana menjadi persoalan kepada orang ramai kenapa kumpulan Aman Shah itu begitu berani berdemonstasi di hadapan Anwar Ibrahim, sedangkan mereka mengetahui Anwar pada masa sama sedang memikirkan untuk mengelakan diri dari menghadapi tuduhan kes liwat dengan Saiful Bukhari, melainkan kumpulan tersebut mendapat sokongan dari pihak lain didalam parti.

sumber - tomyampoktek



Baca selanjutnya...

2009 Jul 11

Mungkinkah terdapat tali barut Anwar di pejabat Peguam Negara ?

Oleh AIDCNews

Mungkinkah ada dalang atau tali-barut Anwar Ibrahim di pejabat Peguam Negara ?. Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Datuk Wira Syed Ali Alhabshee apabila diminta mengenai isu penangguhan perbicaraan kes liwat Anwar.

Kes Anwar yang sepatutnya dibicarakan pada 8 Julai, ditangguhkan kepada 15 Julai, dengan alasan ketua peguambela Anwar, Sulaiman Abdullah tidak sihat.

“Semuanya adalah perancangan Anwar untuk melambat-lambatkan proses perbicaraan sehingga menjejaskan kredibiliti mahkamah,” jelas Syed Ali AlHabshee, dalam laman UMNO bahagian Cheras.

Katanya, hari ini peguambela Suleiman Abdullah sambung cuti sakit menyebabkan kes tersebut ditangguhkan dan tidak mustahil selepas ini Anwar pula yang akan cuti sakit.


Menurut Syed Ali lagi, peguambela yang mewakili Anwar difahamkan akan menfailkan notis supaya pendakwaan kes tidak diletakkan di bawah Peguam Negara, Ghani Patail.

Dalam reaksi spontannya beliau berkata, ini semua cubaan untuk melengah-lengahkan kes liwat Anwar dan secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti mahkamah.

Rabu depan mahkamah difahamkan akan memutuskan permohonan Anwar untuk dapatkan dokumen kes dan selepas itu barulah kes pertuduhan sebenar (liwat) akan dimulakan.

“Ini hanya akan memakan masa dan dalam tempoh itu, tidak mustahil Anwar akan cari helah lain lagi,” tambahnya.

Menurut beliau, Anwar amat licik permainan politiknya dan beliau menggunakan taktik psikologi supaya kesnya cair di mahkamah sehingga orang ramai termasuk pihak yang mendakwa menjadi bosan.

“Apabila sudah bosan, kes itu tidak lagi menjadi perhatian umum dan Anwar berasa lebih selesa,” katanya.

Sementara itu, Syed Ali menggesa supaya jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dilucutkan serta merta sehingga kes pertuduhan liwatnya selesai.

Beliau mendakwa, kewibawaan Dewan Rakyat turut tercemar kerana mempunyai Ketua Pembangakang yang masih berdepan dengan masalah undang-undang.

Sehubungan itu, beliau mencabar wakil rakyat pembangkang mengemukakan usul supaya jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangakang diserahkan kepada mereka yang tidak berdepan dengan masalah di mahkamah.

“Pembangkang masih ada Haji Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang termasuk Ibrahim Ali, mereka boleh dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen,” ujarnya.

sumber - AIDCNews


Baca selanjutnya...

Surat terbuka kepada Dr Wan Azizah sekeluarga

Oleh The Unnspinners

Kepada Dr Wan Azizah, YB Nurul Izzah serta keluarga Anwar Ibrahim,

Surat terbuka ini mempunyai niat yang baik, ia itu untuk menjaga nama baik orang Islam dan juga untuk menyatukan masyarakat Malaysia.

Dr Wan Azizah, tiada orang lain yang lebih mengenali seorang suami melainkan isterinya. Dr Wan mesti tahu perangai dan tabiat si suami Anwar Ibrahim lebih rapat dan akrab daripada sesiapa lagi.

Pada 1999 Mahkamah telah jatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas Anwar Ibrahim, suami Dr Wan, bukan atas kesalahan meliwat sesiapa pun tetapi atas kesalahan menyalahgunakan kuasa mengarah Polis menangkap dua orang yang tidak bersalah, Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar, menyeksa mereka dan memaksa mereka berdua menarik balik tuduhan bertulis (cukup dengan tandatangan, nama penuh dan nombor kad pengenalan) yang dibuat oleh Ummi dan Azizan bahawa suami Dr Wan ia itu Anwar Ibrahim, terlibat dalam perhubungan sulit dengan Syamsidar Taharin dan mungkin juga wanita yang lain.

Bukti yang jelas telah di perkenalkan dalam Mahkamah, yang tidak dapat dinafikan oleh sembilan orang peguam bela yang mewakili Anwar, bahawa Anwar telah panik dan amat takuti surat yang ditulis oleh Ummi itu. Apabila tiba giliran Anwar pula untuk disoal oleh peguam dalam mahkamah, Anwar sendiri mengaku dia telah mengarah Polis supaya 'gempar sikit-sikit cukuplah' terhadap Ummi dan Azizan.

Yang peliknya Polis pula menangkap Ummi dan Azizan dan kurungkan mereka berdua bukan di lokap tetapi di sebuah hotel lima bintang ! !

Anwar jelas mahukan Polis gempar sikit-sikit Ummi dan Azizan. Soalannya kenapa? Apakah sebabnya seorang Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sanggup mengarah Polis menangkap dan menyeksa dua orang manusia yang amat kerdil dan paling insignificant dalam negara kta dan juga dalam kehidupan seorang TPM seperti Ummi dan Azizan?

Apakah tidak pernah ada orang yang membuat tuduhan gila terhadap Anwar sebelum itu? Tidakkah orang pernah menulis surat dan sebarkan fitnah terhadap Anwar? Apakah setiap kali seseorang itu membuat tuduhan gila terhadap Anwar, Polis menangkap mereka dan menyeksa mereka di hotel lima bintang?

Dr Wan Azizah, disini saya tidak perlu lagi menanya banyak soalan lagi. Sebagai isteri Dr Wan sendiri tahu bahawa tuduhan Ummi itu memang benar. Dr Wan sendiri tahu bahawa Anwar Ibrahim, suami Dr Wan, memang mempunyai tabii seks yang luar biasa. Dr Wan sendiri tahu akan hubungan sulit antara Anwar dan Syamsidar. Kesan DNA atas tilam itu memang benar. Dr Wan lebih tahu tentang Nallakaruppan yang kerap mengunjungi rumah Dr Wan. (Apa sudah jadi kepada Nalla - apakah Nalla masih boleh masuk terus hingga ke dapur ataupun dia telah diharamkan daripada memasuki rumah ? Menari atas pentas bersama suami masih nampak OK) Dr Wan lebih tahu orang yang telah merosakkan nama baik Anwar Ibrahim tidak lain tidak bukan melainkan Nallakaruppan.

Tetapi Nalla cuma tukang sediakan umpan. Makhluk ganas yang sedia membaham umpan itu tidak lain tidak bukan tetapi hawa nafsu liar suami Dr Wan. Namanya Anwar Ibrahim.

Kemudian timbul pula kes liwat dan fe'el homoseks. Di sini pun Dr Wan yang akan lebih ariff tentang tabii suami sendiri. Jika suami Dr Wan mirip kepada kelakuan yang luar daripada biasa, Dr Wan sendiri yang akan lebih tahu.

Dr Wan pun kenal Sukma Dermawan yang si suami Dr Wan kata adalah adik angkatnya. Apakah tidak cukup adik-beradik dalam keluarga Pak Ibrahim sehingga suami Dr Wan rasa terdesak hendak adik angkat seorang lagi?

Dan Dr Wan pun lebih sedar bahawa pada masa Sukma tinggal bersama di rumah Dr Wan, suami Dr Wan kerap keluar daripada bilik tidur pada waktu lewat malam. Soalannya simple saja : sekarang Sukma sudah tidak tinggal bersama lagi dengan Dr Wan. Apakah suami Dr Wan masih keluar daripada bilik tidur pada lewat malam?

Dr Wan Azizah sendiri tahu akan tabii seks Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah tahu bahawa Anwar memang terlibat dalam hubungan sulit dengan wanita lain dan juga dalam homoseks.

Kita sanjung tinggi korban dan kesabaran seorang isteri untuk membela suaminya tetapi jangan pula hingga sanggup gadaikan maruah Dr Wan dan anak-anak sendiri. Mereka pun sudah dewasa. Nurul Izzah sekarang sudah jadi YB. Jangan pula sehingga sanggup memalukan orang Islam dengan mengulangi segala pembohongan suami Dr Wan. Jangan pula hingga sanggup memfitnah Dr Mahathir, Dato Najib, Kerajaan dan sesiapa sahaja sebagai berkonspirasi untuk jatuhkan politik suami Dr Wan padahal yang menimbulkan masalah ini adalah hawa nafsu seks liar Anwar Ibrahim.

Jangan pula sanggup menghina orang Islam dengan menggunakan tudung sebagai topeng untuk menipu mereka. Di manakah conscience Dr Wan? Jelas disini Dr Wan dan si suami tidak lagi takut kepada Tuhan. Jelas bahawa Dr Wan dan si suami tidak peduli langsung kehakiman besar yang bakal menimpa kita semua.

Tetapi ingatlah satu perkara yang pasti akan berlaku. Sama ada Mahkamah akan mendapatinya bersalah atau tidak, sudah pasti masyarakat umum akan kenali tabiat buruk suami Dr Wan. Suami Dr Wan, Anwar bin Ibrahim akan terdedah sebagai seorang pengamal seks luar tabii ia itu homoseks. Semua orang akan tahu perihal suami Dr Wan.

Lepas itu pula mereka akan mula menyoal tabiat dan perangai Dr Wan sendiri. Mungkin Dr Wan sendiri juga suka akan seks luar tabii. Oleh sebab itu Dr Wan sanggup membohong dan menipu orang untuk membela seorang suami yang kronik mental dan hawa nafsu seksnya. Jelas Dr Wan sanggup melihat seluruh negara kita huru hara dan kucar kacir hanya untuk mempertahankan hawa nafsu seks liar si suami. Tidak lama kemudian, nama Dr Wan sendiri serta nama seisi keluarga terutama sekali YB Nurul Izzah, akan tercemar sama sekali.

Apakah ini perjalanan hidup yang telah ditakdirkan untuk Dr Wan serta seisi keluarga? Apakah Dr Wan sanggup melihat semua ahli keluarga sendiri dikenalpasti sebagai anak yang menyokong ayah dan ibu yang sanggup membohong rakyat, menghina kepercayaan orang Islam dan menggadaikan keamanan negara hanya untuk menutup dan mempertahankan hawa nafsu seks liar seorang suami yang songsang?

Fikirlah baik-baik.

Saya cadangkan begini sajalah. Dr Wan Azizah serta keluarga mempunyai banyak duit - kalau tidak beratus juta Ringgit pun, sekurang-kurangnya berpuluh juta Ringgit. Duit ini suami Dr Wan dapat bila dia menjadi Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Duit rasuah lah tu. Dengan kereta Mercedes, Lexus, Cadillac, rumah banglo, duduk First Class dalam kapalterbang dan lain-lain itu.

Takpalah. Ambil lah duit tu dan berhijrahlah ke Australia atau ke Amerika Syarikat dan mulakanlah satu penghidupan yang baru disana. Jauh daripada pandangan sesiapa pun. Habiskan lah masa yang masih ada bersama anak dan cucu dan jagalah anak dan cucu dengan baik supaya mereka akan membesar menjadi manusia yang baik.

Tidakkah itu satu wawasan hidup yang akan lebih berbaloi dan akan lebih berguna? Lebih baik daripada hidup membohong dan menipu, dan menarik perhatian umum setiap hari. Perhatian umum yang makin sedar bahawa Dr Wan pun kaki bohong juga. Di Mahkamah hari itu tak sampai 100 orang penyokong yang datang padahal yang dijanjikan leboh 5000 orang. Di padang MPPJ pula tak sampai 4000 orang penyokong datang mendengar pada hal yang dijanjikan lebih 100,000 orang.

Orang sudah muak, sudah jelak, sudah nak muntah.

Ambillah duit berpuluh juta Ringgit yang masih ada dan berhijrah sajalah. Pergilah ke mana-mana dan mulakan penghidupan baru.

sumber - the unspinners



Baca selanjutnya...

Pengakuan Penulis Pidato Anwar di depan Imam Masjid Negara


++video ini setakat ini sahaja++






Baca selanjutnya...

Bridget Welsh agen CIA campurtangan kes liwat Anwar

Oleh GAP

kes liwat anwar attaturk terhadap saiful bukhari sudah memasuki fasa ke 2,iaitu cubaan campur tangan CIA dalam menjatuhkan kredibiliti sistem kehakiman malaysia.

maklumat ini gap terima sebentar tadi. datangnya dari 'orang kuat' anwar sendiri.mesyuarat yang dihadiri oleh 4 orang.. 1pimpinan tertinggi pkr,xxxx, xxxxxx dan kumpulan gap di petaling jaya.

siapa bridget welsh ? beliau merupakan pembantu profesor di southeast asia studies program,john hopkins university school of advance international studies di washington. anwar attaturk pernah di jemput untuk menjadi profesor kangkung jemputan di john hopkins.

daripada kerjasama inilah maka bridget welsh pernah diberikan ruang untuk menulis di beberapa web pembangkang antaranya malaysiakini,malaysian insider,malaysia today selain punyai kolum khas dalam guardian uk dan AP.tujuannya untuk melakukan karektor assasination kepada pemimpin negara terutamanya najib.

berdasarkan maklumat yang kami terima, bridget welsh adalah seorang agen CIA yang bertugas sebagai master spinner kepada pelajar-pelajar luar yang datang belajar di john hopkins. nurul izah yang sedang menyambung pengajian master nya di john hopkins juga mendapat layanan istimewa di sana.

perhatikan artikel-artikel tulisan bridget welsh yang sempat gap kumpulkan, serangan lebih menjurus kepada melakukan politikal damage kepada najib dan senantiasa mewar-warkan anwar sebagai pemimpin muslim liberal.

kenapa KDN membiarkan bridget welsh bermaharajalela memburukkan negara ?

7 jul 2009
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/31490-anwar-heads-for-court-again

15 april 2009
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/23352-najibs-disappointing-start--bridget-welsh-

27 mar 2009
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/21453-unknown-najib-ready-to-lead-malaysia

29 aug 2008
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/8248-a-blogger-takes-office-in-malaysia

29 aug 2008
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/8245-sodomy-and-the-backlash


sumber - gerakan anti-pkr


Baca selanjutnya...

Siapa orang kanan 'bela' Anwar ? Khalid Ibrahim atau Azmin Ali ?



Oleh NTAnwar, AIDCclub

Apabila Khalid Ibrahim menawarkan Selangor sebagai medan untuk menerangkan isu liwat Anwar, ramai berpendapat Khalid Ibrahim lah pendekar nombor 1, Anwar Ibrahim.

Tetapi perlu difikir sekali lagi, ceramah penerangan PKR yang diadakan di seluruh Selangor itu, untuk membela Anwar atau secara tersirat untuk membela Khalid Ibrahim sendiri ?


Persoalan ini ditimbulkan, kerana selepas seminggu ceramah penerangan PKR, yang bermula di stadium mini Kajang (2 Julai), Azmin Ali dua hari lepas, bersuara lantang membuat kenyataan kontroversi berkenaan kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor. Klik di sini

Kata Azmin, Khalid Ibrahim perlu merombak semula portfolio anggota exco kerajaan negeri Selangor, bukan berasaskan kepada parti atau kaum seperti yang diamalkan sekarang, tetapi berasaskan kepada keberkesanan prestasi melaksanakan kerja.

Apakah kenyataan yang sengaja dibuat oleh orang kesayangan Anwar ini (Azmin Ali), di media kerajaan (bernama) ingin memberitahu masyarakat luar, bahawa kena hati-hati dengan Khalid Ibrahim, dia bukanlah pendekar nombor wahid Anwar Ibrahim, dia ada masalahnya sendiri.

Barangkali bahasa tersirat Azmin, jangan terpedaya dengan 'sokongan' Khalid sebagai tuan rumah isu liwat, kerana Khalid bukan semata-mata untuk 'menyelamatkan' maruah Anwar, tetapi tujuan utamanya untuk menimbuskan segala permasalahannya sendiri.

Bila ahli-ahli PKR Selangor didendangkan dengan nyanyian lagu-lagu liwat Anwar, maka tertimbuslah segala salah laku Khalid. Bila ahli-ahli PKR Selangor terbuka mata hanya tertumpu kepada batang tubuh Anwar, maka tertutuplah mata kepada Khalid.

Sebab itu, Azmin Ali bangkit dengan kenyataan kontroversinya, "Khalid Ibrahim harus rombak semula semua exco Selangor yang bermasalah supaya kerajaan Selangor lebih efeksen".

Dari segi logik, ketika Anwar berhempas pulas menongkah arus melawan pertuduhan liwat di mahkamah dan ketika Selangor mengadakan gerak gempur besar-besar mengadakan kempen penerangan bela kes liwat Anwar, Azmin Ali tidak perlu bersuara lantang, mengalih isu dengan menuding jari kepada Khalid Ibrahim pula.

Logiknya ketika ini, time tidak sesuai untuk Azmin melontarkan 'bom tangan' kepada Khalid. Sepatutnya Azmin mendiamkan diri dengan masalah lain, kecuali turut sama mengikut arus ciptaan Khalid membina momentum, membina sokongan akar umbi menyokong Anwar. Tetapi ketika kerahan akar umbi ahli-ahli PKR di Selangor sedang digempur besar-besaran, Azmin pula melontar 'bom tangan' kepada Khalid. Kenapa?

Adakah Azmin sudah dapat mencium bau lain yang tidak dapat dihidu oleh ahli-ahli PKR lain ?

Nampak seperti ada 'rahsia besar' yang cuba diselindungkan oleh Azmin. Walaupun, dia sendiri bersuara lantang, tetapi dia sendiri tidak menjelaskan secara terperinci maksudnya itu.

Kenapa ketika ini, Azmin meninggikan suara, mengatakan exco Khalid tidak cekap ?. Kenapa pula Azmin dengan beraninya menggesa Khalid memecat exco-exconya yang 'tidak cekap itu' dan menggantikan dengan orang lain yang lebih cekap, tanpa mengira 'kaum' dan 'parti' ?

Kenyataan Azmin yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu itu, akan mengundang beberapa spekulasi lain : Siapa exco yang tidak cekap itu ? Tidak cekap dari sudut apa, adakah penyelewengan atau salah guna kuasa ? Kenapa perlu diganti dengan 'exco baru' tanpa mengira kaum dan parti. Adakah parti-parti komponen PR di Selangor (PKR, DAP dan PAS) bermasalah dan Khalid gagal menguruskannya ?

Jika diukur secara rawak, bermula dari sesi penerangan gerak gempur bela kes liwat Anwar, dari 2 Julai di stadium mini Kajang, hingga ke Dewan Dato Ahmad Razali, Ampang (8 Julai), berapa kerat sokongan rakyat Selangor berjaya dikerah oleh Khalid ? Berapa ramai ahli-ahli PAS dan DAP teruja untuk turut serta dalam gerombolan gerak gempur bela Anwar itu ?

Sudah pasti jawapannya amat menyedihkan. yang hadir, rata-rata hard core yang sedia ada di kalangan ahli-ahli PKR. Kurang dari 3 peratus ahli-ahli PAS dan DAP yang turun ke gelangang ceramah, walaupun de facto PKR menjadi penceramah utamanya. Kenapa terjadi begitu ? Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat Selangor ? Adakah Khalid gagal membina 'Pakatan Rakyat' (PKR,PAS dan DAP) yang benar-benar kukuh di Selangor.

Bukti paling jelas ketika 8 Julai, ketika Anwar hadir ke mahkamah, hanya 50 hard core PKR yang hadir, di mana 'menghilangnya' 4,950 ahli lagi sepertimana yang dijanjikan oleh Shamsul Iskandar Mat Akin ?

Sedangkan gerak gempur 'bina momentum' sokong Anwar sudah digerakkan seminggu lebih awal. Gerak gempur meraih sokongan bela Anwar di Selangor bermula pada 2 Julai, tetapi yang hadir sokong Anwar di mahkamah, 8 Julai hanya 50 orang. Kenapa ?

Sepatutnya, pada 8 Julai tempohari, Shamsul Iskandar dan Tian Chua, tidak perlu lagi menjadi kepala 'tukang jerit'. Shamsul perlu memerhatikan dari jauh sahaja, untuk menjaga auranya sebagai Ketua AMK PKR Pusat. Tian Chua pula sepatutnya boleh berehat daripada melakonkan aksi-aksi demonstator jalanan, kerana kini dia sudah bergelar YB Parlimen Batu.





KEJAM sungguh Khalid Ibrahim kerana gagal menurunkan 'rakyat Selangor' bela Anwar, hinggakan YB Parlimen Batu dan Ketua AMK PKR sendiri terpaksa menjadi tukang jerit!

Adakah 'bau' ini, faktor penyebab, Azmin melontarkan 'bom tangan' kepada Khalid ?

Paling menarik, ketika Anwar menjelajah bela diri di 'mahkamah rakyat' pada sebelah malam selepas menghadiri Mahkamah Tinggi (8 Julai), Anwar sendiri dikejutkan dengan 'protes' daripada AMK PKR Ampang. Klik di sini

Akhbar tabloid Sinar Harian, 10 Julai melaporkan, sekumpulan 50 orang ahli PKR Ampang berperang mulut sesama sendiri, selepas mendengar ceramah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Sepatutnya program ceramah Ketua Umum PKR, disokong sebulat suara oleh ahli-ahli PKR, kenapa perlu berperang mulut sesama sendiri ? Sepatutnya ketika Anwar menghadapi saat-saat kritikal yang perlukan sokongan semua ahli-ahlinya, semua ahli bersatu padu bela Anwar, tetapi ketika ini juga muncullah masalah-masalah lain ?

"Ceramah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan bertujuan memberi penerangan berkaitan kes liwatnya malam kelmarin, bertukar kecoh apabila penyokong yang mendakwa mereka ahli PKR Ampang berperang mulut dengan ahli PKR lain. Kumpulan seramai 50 orang itu yang menjerit ‘Kita Mahukan Hak’ sambil membawa sepanduk ‘Kita Mahukan Perubahan’ itu menjadikan suasana hangat apabila mereka tidak sabar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Anwar sebaik beliau selesai menyampaikan ceramah" lapor Sinar Harian.

Lebih menarik lagi, ada spekulasi lain turut didedah dengan mengatakan, 'demonstrasi' dan 'protes' di Ampang pada malam itu sengaja dirancang. Katanya ada 'orang besar' PKR sengaja mensabotaj dan memalukan Anwar sendiri pada malam itu.

Kalau benar, siapa 'dalang' yang menjadi perancang protes itu. Siapakah 'orang besar PKR' yang menjadi pembaling batu sembunyi tangan itu ? Dan paling persoalan paling menarik, kalau benar dirancang, apakah motifnya ?

Sebenarnya ada 'rahsia besar' yang akan berlaku di Selangor. Konspirasi besar itu belum lagi terdedah kepada umum. Kritikan Azmin Ali, kehadiran 50 penyokong PKR 8 Julai dan 'protes' di Ampang hanya bunga-bunga api. Kayu belum dinyalakan sepenuhnya!

Saya buka gelanggang dengan membaca bunga-bunga api. Ada 'rahsia besar' yang belum didedahkan!

sumber - NTAnwar



Baca selanjutnya...

2009 Jul 10

Anwar Ibrahim `Aung San Suu kyi' Malaysia

Oleh Malaysiaaktif

Nampaknya badan kehakiman dan keadilan telah menghulurkan kail yang sangat panjang untuk menjerat Anwar Ibrahim sehingga orang ramai tidak lagi dapat mengingatkan sudah berapa kali umpan habis ditelannya.

Badan kehakiman dan keadilan masih belum mahu merentap talinya kerana percaya dengan cara ini ia dapat membuktikan bahawa Malaysia adalah benar-benar sebuah negara yang demokratik yang membenarkan rakyatnya mengeksploitasi undang-undang sehingga ke ruang yang terakhir.

Dalam kes liwat Anwar, orang ramai sudah bosan sehingga penyokongnya sendiri pun yang ingin melihat kes ini diselesaikan dengan segera sudah tidak yakin lagi kepada kesungguhan mahkamah untuk membicarakannya. Maka itu mereka memulaukan tunjuk perasaan sokong Anwar kerana kecewa untuk mendapatkan kepastiannya. Maka itu hanya 100 orang sahaja yang hadir daripada 10,000 yang di jangkakan.

Yang jelas ialah Anwar Ibrahim bermain surung papan tarik papan dengan mahkamah. Dia tidak mahu kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan mahu dikekalkan di Mahkamah Sesyen. Tentunya orang ramai bertanya adakah dia telah yakin bahawa jika dibicarakan di Mahkamah Sesyen maka beliau pasti mendapat keadilan dan Hakim Mahakamah Tinggi adalah penyokong kerajaan? Inilah gambaran yang cuba diberikannya dengan menunjukan ketidakyakinanya itu bagi menghakiskan imej badan kehakiman dan keadilan di negara ini..

Hakikat yang sebenar ialah beliau tidak mahu dibicarakan langsung kerana beliau tidak pernah melakukan dosa liwat. Dikenali sebagai orang yang suka mengambil anak-anak muda lelaki yang `jambu'? bekerja dengannya bukan berarti dia suka liwat.

Permohonannya yang terbaru untuk melewatkan lagi kesnya didengar kerana takut perkara-perkara yang memalukan terdedah ialah beliau mengemukakan satu lagi permohonan meminta pasukan pendakwaan mengecualikan diri mereka daripada terlibat dan mengendalikan dakwaan terhadapnya. Dalam kata-kata lain dia mahu dibatalkan sahaja semua tuduhan terhadapnya.

Hari Rabu lalu kes liwat ketua pakatan pembangkang itu ditangguhkan bagi kali keempat kerana peguamnya Sulaiman Abdullah telah dimasukan ke Hospital Kuala Lumpur kerana tidak sihat , tetapi khabar angin yang bertiup kencang mengatakan Sulaiman sudah tidak yakin lagi untuk mempertahankan kes ini. Lagi pun beliau seorang Islam yang cukup beriman. Setakat ini tidak ada seorang pun peguam Melayu dan Islam yang mahu mempertahankan kes Anwar ini kerana takut menanggung dosa.

Kes Anwar akan didengar semula pada 15 Julai serentak dengan permohonannya yang terbaru . Bolehkah kita bayangkan seorang rakyat biasa yang dituduh merogol atau sekurang kurangnya berkhalwat dibatalkan tuduhan terhadapnya dengan begitu sahaja?.

Adalah jelas bahawa Anwar Ibrahim telah mengeksploitasi apa juga ruang undang-undang supaya kesnya tidak didengar langsung di mahkamah atau dibatalkan. Usaha ini tidak sahaja dijalankan menerusi peguam tetapi juga menerusi media asing dan juga kerajaan kerajaan yang pro kebebasan dan homoseksual.

Pihak British telah pun menggunakan agensi beritanya Reuter yang mempunyai orang upahan Anwar di dalamnya dengan mempromosikan imej Anwar sebagai setaraf dengan pejuang demokrasi dan kemanusiaan Burma (Myanmar) Aung San Suu Kyi.

Agen Singapura di Malaysia, portal berita Malaysian Insider telah pun menggunakan sebuah rencana Reuter yang cuba menghakiskan keyakinan terhadap pimpinan baru Malaysia Datuk Seri Najib dengan mengaitkan kes Anwar sebagai tanda tiada kebebasan mahkamah di Malaysia dan Najib sama dengan sikap Tun Dr.Mahathir terhadap Anwar Ibrahim.

Rencana ini mengemukakan Anwar sebagai senasib dengan Aung San Suu Kyi. Dari segi perjuangan untuk hak kemanusiaan memang penglibatan Anwar tidak boleh dinafikan kerana implikasi kesnya adalah beliau memperjuangkan kebebasan amalan homoseksual yang menyebabkan beliau amat popular di kalangan gay di Malaysia sekarang ini.

Bahawa hanya segelintir manusia sahaja yang datang untuk menjerit reformasi menyokong Anwar Ibrahim dalam menghadapi tuduhan liwat di Mahkamah Tinggi termasuk beberapa orang gay jelas menunjukkan pada umumnya orang sudah muak dengan penangguhan kes Anwar dan di suatu pihak lagi mereka tidak lagi dapat menerima sikap Anwar mempermain-mainkan mahkamah.

Ini juga menyebabkan umum bertanya apakah badan kehakiman dan keadilan kita mempunyai penghormatan diri apabila ternampak ia berada dalam ketakutan menghadapi ugutan dari seoarang ahli politik jalanan yang dari masa ke masa menggunakan unsur-unsur kekerasan untuk membersihkan dirinya.

Adakah mana-mana mahkamah atau hakim di Malaysia akan memberikan layanan yang istimewa kepada rakyat biasa atau kepada bukan orang politik seperti yang diberikan kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim?

Adakah badan kehakiman dan keadilan percaya bahawsa keadilan dan kebebasan Malaysia hanya akan diyakini oleh rakyat dan dunia dengan memberikan layanan istimewa kepada Anwar Ibrahim tanpa memberikan perhatian yang berat dan adil kepada pengadu?

Tidakah badan kehakiman dan keadilan sedar bahawa imej mereka sekarang ialah sebuah institusi yang pengecut, penakut dan tidak berkuasa dan tidak mempunyai kewibawaan? Tidakkah mereka sedar bahawa mereka dilihat sebagai telah tunduk kepada kuasa politik dan bukan kuasa rakyat dan tuntuan keadilan ?

Sebenarnya badan kehakiman dan keadilan Malaysia sekarang berhadapan dengan suatu cabaran terhadap integritinya yang meliputi imej kebebasan dan kredebiliti yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah negara kecuali dalam kes Anwar Ibrahim.

sumber - malaysiaaktif



Baca selanjutnya...

Kini Nik Aziz pula meraban



Oleh Mohd Sayuti Omar (MSO)

SATU masa dulu sekitar tahun 90-an seorang ahli parlimen bergelar ustaz meminta saya memohon maaf kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebabnya, kata bekas wakil rakyat itu kerana saya derhaka kepada Tok Guru. Saya dikatakan derhaka kerana mengkritik dan menegur sikap Tok Guru itu menerusi buku berjudul “Kesan dan Akibat – Pindaan Perlembagaan Kelantan.”

Apa yang saya kritik dalam buku itu ialah mengenai sikap Tok Guru itu yang bercakap berubah-rubah dan tidak konssten, meraban. Saya mengistilahkan sikap itu sebagai berdolak dalih.

Permintaan bekas ahli Parlimen itu dibuat menerusi seorang bekas kawan saya, (bukan orang itu tetapi orang lain).

Saya menjawab kepada orang yang menyampaikan permintaan bekas wakil rakyat berkenaan; Kenapa saya harus memohon maaf, dan bila saya derhaka kepada tok guru? Apakah kritikan kepada orang politik dianggap derhaka? Apakah konotasi derhaka sebenarnya?

Selepas itu saya bersemuka dengan bekas wakil rakyat berkenaan di parlimen. Saya bertanya beliau apakah istilah yang boleh saya pakai terhadap seseorang yang bercakap tidak betul dan merubah-rubah isi kata-katanya? Saya tidak mahu menanyai hukumnya, tetapi bertanya apakah sifat orang berkenaan.

Hari ini cakap begini esok cakap lain pula dan lusa menarik balik apa yang dicakapkan. Kata saya kepada bekas wakil rakyat itu kalau dalam bahasa Inggeris orang yang bercakap tidak tetap dan berubah-rubah dipanggil over laping. Atau dalam bahasa Kelantan dikatakan ‘belawak” (bohong). Manakala dalam bahasa Arabnya disebut munafik.

Orang munafik kalau menurut ustaz-ustaz otodoks di kampung-kampung bila mati nanti lidahnya akan dipotong ataupun disula dengan api neraka.

Saya bertanya kepada bekas wkail rakyat, bila Tok Guru Nik Aziz cakap begitu apakah istilah yang tepat untuk dipakai? Perkataan apakah yang tepat untuk dikiaskan? Dia tidak menjawab dan hanya diam saja seolah cuba menafikan yang dia ada mengatakan sesuatu kepada saya.
Dan saya merasakan tuduhan beliau ke atas saya derhaka kepada Tok Guru itu tidak betul.

Tidak menurut sifat-sifat derhaka yang sebenarnya. Ia dibuat kerana rasa taksub dan teruja bekas wakil rakyat itu kepada Tok Guru berkenaan. Menegur sesuatu kesalahan seseorang bukan derhaka tetapi tanggungjawab yang perlu dilakukan dengan bijaksana.

Moral kisah yang saya cuplikkan itu bagi menunjukkan bahawa perangai Nik Aziz bercakap tidak betul dan berputar-putar itu bukan baru berlaku. Ianya sudah lama diamalkan sebelum ini. Kalau orang mengatakan dia nyanyuk dengan cakap yang tidak istiqamah itu adalah tidak betul. Dia bukan nyanyuk tetapi itu mungkin tektik politiknya. Mungkin strateginya untuk jadi poplar.

Mungkin Nik Aziz menerima pakai berbohong itu adalah sebagai strategi politik yang ampuh. Mungkin dia tahu hukumnya mengenai itu. Mungkin juga dia menerima pakai istilah bohong sunat yang diamalkan oleh para pengawal poligami! Ataupun berbohong itu adalah keistimewaan yang Pas berikan kepada orang yang memegang jawatan Mursyidul Am.

Sebab seseorang yang memegang jawatan Mursyidul Am tentulah mereka yang bertaraf ulama, suci, terhindar dari dosa besar dan dosa kecil. Mempunyai moral yang baik, akhlak yang baik dan saksyiah yang tinggi dan luhur. Makanya mereka yang memiliki kecemerlangan itu tidak mungkin mudah untuk ‘berjibah’ dengan dosa-dosa kecil dan dosa besar.

Justeru apabila Nik Aziz berdolak dalih atau berbohong dalam kes membabitkan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ia tidak menghairankan kerana itulah stail Tok Guru itu. Jika diperhatikan apa yang berlaku ke atas Nasharudin jelas Timbalan Presiden Pas itu menjadi mangsa stail politik Nik Aziz yang dibatasi susila Melayu dan Islam!

Hari ini beliau telah menjadikan Nasharudin sebagai bola politiknya. Dia boleh tendang ke mana saja dia suka. Sekajap dia suruh Nasharudin letak jawatan, keluar Pas dan menyertai Umno. Pada masa lain pula dia menanfikan apa yang dihemburkan itu dan meminta maaf. Nik Aziz melihat semua itu hanya sebagai satu tektik saja tanpa merasai perasaan orang lain.

Serangan atau tendangan kepada Nasharudin tidak habis-habis. Terbaru dia meminta Nasharudin berkempen di Manik Urai pula. Sebelum ini dia yang melarang Nasharudin daripada hadir ke Manik Urai. Macam-macam alasan digunakan bagi menghalkan tindakan itu, kononya untuk mengelakkan Nasharudin dari diboo.

Anihnya perbuatan Nik Aziz itu tidak dicela oleh orang Pas. Kedudunaya sebagai Menteri Besar Kelantan, sebagai Mursyidul Am dan panggil Tok Guru seolah menghalalkan untuk dia melakukan itu semua. Orang Pas jadi malu mata untuk menegur kesalahan Nik Aziz dan rela membiarkan dilarut dalam kesalahan yang dilakukan.

Apa yang dilakukan ke atas Nasharudin sebenarnya sesuatu yang teruk dan melampau. Ia tidak sepatutnya dilakukan oleh orang berjawatan Mursyidul Am. Kalau perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang terdesak dan gilakan kedudukan, ada kulihanya. Tetapi bila Nik Aziz sendiri turut sama bersikap sebagai orang pendendam ia memberi gambaran nilai saksyiah yang murni sudah tidak ada dalam Pas.

Kalaulah orang seperti Nik Aziz boleh bercakap bohong, bermain politik sesama sendiri, apalah lagi pemimpin lain yang cetek dan kewarakannya boleh dipertikaikan serta menerima bulat-bulat politik sekular apalah hendak diharapkan kepada mereka untuk membawa kebenaran dan kemurnian dalam Pas.

Cara Nik Aziz layan Nasharudin seolah Nashardin seroang ahli biasa Pas dan langsung tidak menghormati kepada kedudukan Nasharudin sebagai timbalan presiden yang dipilih oleh muktamar. Satu masa dia berpegang kepada keputusan muktamar, misalnya mengenai konsensus sokongan kepada Pakatan Rakyat yang dibuat di muktamar Ipoh tetapi dalam masa lain dia sendiri memungkiri keputusan muktamar.

Justeru itu kalau sekiranya Nasharudin terus merasa ‘malu mata’ untuk tidak turun ke Manik Urai walaupun Nik Aziz merayu dan mempelawanya janganlah marahkan kepada Nasharudin. Sebagai orang yang ada perasaan, hati, perut dan pedal Nasharudin juga harus membela dirinya sendiri yang sudah dicarik-carikan itu.

Elok juga kalau Nasharudin tidak duduk satu pentas dengan Nik Aziz di Manik Urai. Saya cukup bimbang kalau Nasharudin duduk sepentas nanti ia akan dieksplotasikan oleh orang tertentu untuk terus memburukkan Nasharudin. Tidak mustahil kalau kehadiran itu kelak akan dipusing menjadi cerita lain pula kononya Nasharudin yang menangis-nangis meminta untuk turun ke Manik Urai. Dalam politik apa saja boleh berlaku. Jadi bagi mengelakan kecelakaan berlaku bertimpa-timpa Nasharudin kena bijak mentafsiran pelawaan itu.

Persoalanya apakah bila tiba-tiba Pas Kelantan teringat kepada Nasharudin menandakan Pas ada masalah di Manik Urai? Biasanya kalau manusia sudah sakit dan terhimpit mulalah dia merab tidak tentu fasal. Waktu inilah baru dia teringat kepada waris waras yang selama ini dijauhinya. Dasar manusia!

sumber - msomelayu



Baca selanjutnya...

Azmin Ali dakwa Tan Sri Khalid bermasalah di Selangor?

Oleh AIDCNews

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Bukit Antarabangsa, Azmin Ali meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merombak portfolio anggota exco kerajaan negeri sekarang.

"Pelantikan ahli exco tidak boleh berdasarkan parti dan kaum, tetapi lebih kepada keupayaan mereka untuk mentadbir dengan berkesan," kata Azmin seperti yang dilaporkan Bernama semalam.

Kenyataan Azmin yang merupakan orang kepercayaan Anwar Ibrahim itu telah mengejutkan banyak pihak kerana kenyataan tersebut boleh ditafsir daripada pelbagai sudut.

Pertama, exco kerajaan negeri Selangor, banyak masalah sehingga menyebabkan kerajaan negeri di bawah Tan Sri khalid tidak efektif.

Kedua, kepimpinan Tan Sri Khalid sendiri bermasalah dan tidak mampu memberikan arahan efektif kepada para exconya.

Walau apapun tafsirannya, tetapi dengan kenyataan terbuka Azmin Ali dibuat kepada media, menyebabkan Tan Sri Khalid sekali lagi menjadi tumpuan umum, seolah-olah wujud sesuatu yang tidak kena dengan pentadbirannya itu.

Ada pendapat yang mengatakan rombakan jawatan Pengarah Pilihanraya yang disandang oleh Azmin Ali sebelum ini, semata-mata untuk membolehkan Azmin membantu sepenuh masa kepimpinan Tan Sri Khalid di Selangor.

Rombakan jawatan itu dibuat oleh Anwar Ibrahim, beberapa bulan lepas, setelah terdapat laporan kegagalan Tan Sri Khalid mentadbir Selangor.

Apabila Azmin Ali sendiri membuat kenyataan seperti di atas, mengesahkan lagi bahawa pemerintahan Tan Sri Khalid berada dalam kancah masalah

sumber - AIDCNews



Baca selanjutnya...