Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit: Klik di sini
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
When he was in the Government holding the portfolio of Finance Minister, Anwar Ibrahim was so close to the King of Gamblers in this side of the world, the late Tan Sri Lim Goh Tong. Often times, Anwar would go on short breaks or spend weekends with his family in Genting Highlands, fully sponsored by Genting.
The Special Assistant to Lim Goh Tong, who at that time was an Indian, also spent much of his working hours at Anwar’s office. Today, it has been reported that Anwar is aggressively helping the man to explore business opportunities overseas.
It is also well-known that Anwar is very close to another casino owner, Tan Sri Vincent Tan. Whenever he goes abroad, Vincent will assign a special representative to tag along with the entourage so as to take care of Anwar’s welfare.
The years may have passed and much water has flowed under the bridge but the bond of friendship between Anwar and Tan Sri Vincent Tan is as strong as ever. The PKR headquarters, identified by the glaring red neon sign with the word KEADILAN at the front is very hard to miss.
The building, located near the Damansara Toll Plaza is the product of Anwar’s arrangements with Datuk Danny Tan, Tan Sri Vincent Tan’s brother.
ini berita yang baru kami terima. kabarnya anwar attaturk akan bersumpah di masjid besar port dickson selepas solat jumaat ini .anwar attaturk akan bersumpah di masjid dan melafazkan kata dia tidak pernah meliwat saiful bukhari !
CUMA
kita nak tanya pada anwar attaturk, sumpah yang bagaimana hendak dia lakukan ?
sumpah laknat sepertimana beraninya pengakuan saiful atau sumpah biasa sepertimana yang pernah anwar lakukan 10 tahun lepas sewaktu era reformasi di johor. ' saya bersumpah tuduhan dr mahathir adalah fitnah semata-mata'.
AYUH KITA AKAN SAKSIKAN PERISTIWA BESAR INI ! JIKA ANWAR BENAR, DIA HARUS/WAJIB BERSUMPAH LAKNAT !
PUTRAJAYA, 7 Okt - Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia pada Rabu meminta polis segera menyiasat dakwaan kononnya bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sumber kewangan berjumlah RM3 bilion.
Pengerusi yayasan itu S. A. Vigneswaran membuat laporan mengenai perkara tersebut di Balai Polis Putrajaya, di sini, petang Rabu.
Vigneswaran, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan berkata siasatan itu perlu bagi mengetahui sama ada terdapat unsur penyalahgunaan kuasa atau duit rakyat telah diselewengkan.
Isu Anwar mempunyai sumber kewangan sebanyak itu pernah dibangkitkan pada 1999 dan dibangkitkan semula baru-baru ini.
Di Bagan Pinang sewaktu berkempen bagi pihak calon PAS dan meraikan sambutan Pesta Tanglung, Bekas MB Perak DS Nizar telah mencadangkan kepada orang Cina agar menolak BN kerana dianggap sama dengan suku kaum Monggol yang suatu ketika dahulu pernah menyerang wilayah-wilayah di negara China dan membunuh ramai orang awam disana.
Tersenyum seketika melihat saranan Nizar ini, kalau begitu jahatnya perangai orang Mongol ini bermakna segala tuduhan dan kaitan Najib dengan Altantunya juga adalah tidak masuk akal kerana Altantunya juga adalah warga Monggolia, memang berdasarkan sejarah orang Monggol memang bengis dan jahat, mereka sanggup melakukan apa sahaja asal niat utama tercapai.
Itulah yang membawa kepada kejayaan golongan nomad masyarakat Monggol menewaskan begitu banyak kerajaan-kerajaan wilayah di China dan seterusnya mewujudkan dinasti sendiri hingga menguasai sebahagian besar benua Asia. Di China, pemerintahan Monggol dikenali dengan nama Dinasti Yuan, dikatakan berlaku perang yang besar antara penduduk asal Cina dengan golongan yang menyokong Disnasti Yuan.
Kalau kita membaca kisah Hulagu Khan - Khabar Hitam dari Timur ,ada diceritakan banyak kisah yang menceritakan pemerintahan Monggol tidak begitu menyenangi masyarakat Islam. Disini timbul persoalan sebenarnya penyebab utama yang membuatkan Hulagu Khan (Monggol) begitu kemaruk ingin memusnahkan kota Baghdad yang lebih dikenali dengan kota 1001 malam selain mahu memenuhi impian datuknya, Gengkis Khan.
Pada zaman pemerintahan Gengkhis Khan, tembok China telah berjaya dirobohkan dan negara itu ditakhluki. Gengkhis Khan selepas itu telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha penaklukan di kawasan-kawasan di Timur Tengah.
Kawasan yang menjadi sasaran dan belum ditakhlukinya ialah Kota Baghdad yang dipimpin oleh kerajaan Bani Abbasiyyah. Bani Abbasiyyah dikatakan memerintah selama 508 tahun yang melibatkan sehingga 37 orang khalifah dan yang terakhir ialah Al-Musta'shim Billah (640H-656H). Pada era Abbasiyyah, Kota Bhagdad telah berkembang menjadi pusat perkembangan pelbagai cabang ilmu, sehingga ramai para ilmuwan islam telah dilahirkan dan pelbagai kajian perubatan, sains dan sosio budaya telah dilakukan.
Sewaktu era ini telah muncul nama-nama seperti Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Hayyan, Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Hanbali, Al-Khawarizmi dan pelbagai nama lagi yang menandakan kehebatan ilmu dunia islam. Selain itu segala ilmu dari Yunani dan Parsi juga telah turut diterjemahkan dan sebagai puncak kecermerlangan Perpustakaan Baitul Hikmah telah didirikan. Dikatakan juga para penduduk Eropah telah datang ke kota Baghdad untuk mempelajari ilmu pengetahuan dan berlakunya pelbagai pertukaran ilmu dan budaya. Pendek kata, Kota Baghdad pada masa itu bolehlah kita katakan sebagai world center of knowledge.
Namun begitu, apa yang paling sadis sekali terpahat di dalam sejarah Islam, kota Bahgdad yang bagaikan world center of knowledge itu telah dimusnahkan 100% sehingga tidak boleh bangun-bangun lagi oleh satu bangsa yang buta huruf, tidak pandai membaca atau menulis.
Para Sarjana sehingga kini masih memperbincangkan kenapa Hulagu Khan dan konco-konconya sanggup memusnahkan semua buku-buku di Kota Baghdad. Dikatakan semasa itu Kitab-kitab telah dibakar dan abu daripada kitab-kitab yang dibakar itu dibuang ke Sungai Dajlah sehinggakan hitam sungai tersebut.
Ada juga pendapat mengatakan kitab yang dibuang ke Sungai Dajlah telah membuatkan dakwat daripada kitab tersebut menghitamkan Sungai Dajlah. Begitulah hebat banyaknya ilmu masyarakat pada masa tersebut.
Mujur ada Era Uthmaniyyah menyusuli selepas kejatuhan Abbasiyah, Jika tidak mungkin 656H itu adalh tarikh terakhir umat Islam menguasai dunia. Namun begitu, walaupun Empayar Uthmaniyyah ialah sebuah kerajaan yang lebih hebat berbanding Abbasiyyah, namun dari segi kecemerlangan ilmu pengetahuan dan hasilnya pelbagai ilmuan islam, kerajaan Abbasiyyah tidak mampu ditandingi.
Kemusnahan kota Baghdad menjadi titik mula runtuhnya semangat keilmuan di kalangan umat Islam. Walaupun secara lahiriah, tentera Monggol merosakkan kota Baghdad, membakar buku-buku, membunuh rakyat, memperkosa wanita dan lain-lain kejahatan lagi, tetapi jikalau kita betul-betul meneliti peristiwa itu, saya selalu berfikir begini, mungkinkah Hulagu Khan sebenarnya mahu mencabut akar ilmu dari umat Islam yang berpusat di Baghdad pada ketika itu agar umat Islam musnah 100%.
Mungkin boleh dikatakan, walaupun buku-buku umat Islam yang dimusnahkan dan dicampak ke Sungai Dajlah, sebenarnya tentera Monggol juga berjaya mencampakkan sekali roh-roh cintakan ilmu di kalangan umat Islam ke dalam Sungai Dajlah. Adakah hanya Hulagu Khan yang terlibat di dalam konspirasi ini? Saya rasa tidak.
Di dalam buku Hulagu Khan - Khabar Hitam dari Timur ini sendiri, penulis ada menyatakan Hulagu Khan membenci Islam kerana dihasut oleh puak Kristian Eropah. Isteri Hulagu Khan sendiri ialah orang Kristian. Kita perlu sedar juga, peristiwa kemusnahan Kota Baghdad ini berlaku setelah peristiwa Salahuddin Al-Ayubi menewaskan puak Salib di Hittin.
Mungkin akibat masih ada dendam yang belum terbalas, maka Hulagu Khanlah calon yang paling sesuai untuk memusnahkan satu lagi kuasa Islam pada masa itu.
Peristiwa Hulagu Khan di kota Baghdad perlu diambil iktibar dari pelbagai sudut. Mustahil bukan sebuah kuasa besar yang memerintah selama 500 tahun boleh musnah sekelip mata oleh satu kuasa yang buta ilmu pengetahuan jikalau mahu dibandingkan dengan Bani Abbasiyyah sendiri. Itulah sejarah. Bukan tidak pernah dikhabarkan oleh Allah. Jikalau kita melupaiNya, kita akan dibiarkan musnah dengan sejarah yang hampir sama.
Hari ini Altantunya dianggap watak bersih kepada rakyat Malaysia, seolah-olah ia lambang kepada keadilan sebenar. Sehingga ada dikalangan kita mengangap seolah Altantunya adalah seumpama Mahsuri gadis suci yang mati dibunuh oleh pembesar. Namun masyarakat kita secara amnya tidak pernah mengkaji siapa Altantunya dan latar belakangnya. Kalaulah kata-kata Nizar kaum Monggol adalah jahat seperti dilakukan kepada etnik Cina di Tanah Besar, adakah boleh sekarang kita menyiasat siapa Altantunya sebenarnya.
Tulisan semberono yang mengaitkan Najib dengan Altantunya adalah tidak ubah seperti suatu fitnah yang direka-reka. bukankah elok kalau datang perkara seumpama ini kita berpandukan kepada ayat Al_Quran :
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita maka hendaklah kamu menyelidiknya terlebih dahulu, supaya kamu tidak (terburu-buru) membuat satu tindakan ke atas satu-satu kaum di dalam keadaan jahil, maka kamu menjadi menyesal kerana tindakan yang telah kamu lakukan (Al-Hujurat: 6). Dalam ayat ini merujuk kepada orang fasik, bayangkan dia orang itu munafik atau sekutu dengannya.
Hari ini tukang yang bawa cerita itu adalah jelas ada kaitan dengan golongan yang bencikan islam dan boleh dipertikaikan kredibilitinya, dari Raja Petra yang mendokong islam Liberal sehinggalah si penulis upahan yang mengamalkan biseksual, Arnaud Dubus, kedua-duanya hanyalah proksi golongan yang mempunyai agenda peribadi dan boleh dipertikaikan kredibiliti.
Mengikut maklumat daripada rakan-rakan blogger, kini wujudnya ramai talibarut Anwar Ibrahim di dalam UMNO dan agensi kerajaan serta kementerian.
Inilah perkara yang paling menyedihkan bagi Kumbang sepanjang berjuang menentang Anwar Ibrahim, kerana segala usaha menentang beliau dimatikan oleh talibarut beliau di dalam kerajaan.
Bermula daripada bebasnya Anwar Ibrahim daripada penjara pada tahun 2004 hingga sekarang pelbagai layanan istimewa diberi kepada beliau dan seperti ada jentera yang membantu beliau untuk menjadi Ketua Pembangkang paling banyak mendapat layanan istimewa di dunia. Dasar keterbukaan yang diperkenalkan kerajaan yang kononnya senjata paling ampuh kini menjadi senjata makin tuan.
Rakyat Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana penangguhan perbicaraan tuduhan kes liwat Anwar Ibrahim sekian kali ditangguhkan dengan pelbagai alasan sehingga ada blogger yang menulis mahkamah kini condong kepada Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim dan Komplot Pembangkang kini senang sekali menerima maklumat kelas pertama dalaman UMNO dan kerajaan. Maklumat yang diterima itu kemudiannya dicanangkan di dalam media mereka serta memberi kesan buruk kepada kerajaaan dan melonjakkan nama Anwar Ibrahim di mata rakyat.
Dokumen kerajaan mengenai PKFZ yang terbocor pada pertengahan september lalu menjadi bukti penglibatan talibarut Anwar Ibrahim. Begitu juga Raja Petra yang mendedahkan dokumen itu di blognya Malaysia Today begitu senang diseludup ke luar negara.
Adakah Anwar Ibrahim dan jentera Komplot Pembangkang sebegitu efisyen dalam merisik rahsia dalaman UMNO dan Kerajaan? Adakah mereka juga pakar dalam aspek seludup dan menyeludup?
Kumbang rasa tidak sebegitu. Kerana pasti ada tangan-tangan yang membantu dan bersimpati kepada Anwar Ibrahim dan Komplot Pembangkang.
Justeru itu kerajaan dan UMNO serta Barisan Nasional perlu melakukan pembersihan di semua agensi kerajaan,kementerian dan kepimpinan parti.
Jika masih menganggap ia perkara kecil, tunggu PRU ke-13 nanti UMNO dan Barisan Nasional pasti akan menerima penalti.
Buat apa disimpan orang yang tidak setia, kelak nanti anda yang merana.
Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini.
Dari kiri sedang duduk, A. Hamid Abu Sulaiman, Jamal Barzinji dan Anwar Ibrahim
Bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Datuk Dr Ariffin Suhaimi meminta semua pihak agar tidak memutar belitkan sejarah penubuhan universiti itu bagi kepentingan politik masing-masing.
Beliau berkata penubuhan UIA adalah ilham Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang telah mencadangkan penubuhannya di Emiriyah Arab Bersatu semasa lawatan rasmi ke Asia Barat pada Januari 1982.
"Fakta di atas perlu saya jelaskan kerana ada pihak yang memutarbelitkan sejarah penubuhan UIA (dengan menyatakan bahawa ia) sebagai hasil usaha dan ilham Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan.
Ariffin berkata kertas cadangan terperinci penubuhan universiti itu telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan yang ketika itu diterajui oleh Datuk Amar Dr Sulaiman Daud.
"Saya telah dilantik sebagai projek-koordinator untuk penubuhan universiti itu pada April 1982 dan tugas ini telah saya lakukan di bawah arahan Dr Sulaiman," katanya.
UIA telah ditubuhkan secara rasmi pada 20 Mei 1983. Rektornya yang pertama ialah Muhammad M. Abdul Rauf.
Menurutnya, Anwar hanya terlibat secara langsung dengan UIA apabila beliau dilantik sebagai Presiden universiti itu pada 1988 bagi menggantikan allahyarham Tun Hussein Onn.
Beliau berkata Anwar selepas itu telah melantik sahabatnya Dr AbdulHamid AbuSulayman, seorang warganegara Arab Saudi yang menetap di Washington, Amerika Syarikat sebagai Rektor UIA.
"Di bawah pentadbiran Rektor ini (Dr AbdulHamid), pelaksanaan konsep pendidikan Islam menjadi kabur dan diketepikan," katanya.
Menurut beliau, konsep pendidikan yang dianjurkan oleh Dr AbdulHamid ialah "Intellectualization of Islam" iaitu satu konsep yang bercanggah dengan falsafah asal universiti berkenaan.
"Pada hemah saya konsep "Intellectualization of Islam" ini adalah konsep "Westernization of Islam" dan, jika ada orang yang bertanggungjawab memesongkan dasar falsafah UIA, (dia) ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui sahabatnya Dr AbdulHamid," katanya.
Beliau berharap pentadbiran UIA yang baru selepas ini akan berusaha meletakkan kembali UIA kepada dasar falasafahnya yang asal seperti dicadangkan oleh Dr Mahathir.
Dr AbdulHamid yang meletak jawatan pada tahun ini telah digantikan oleh seorang rakyat Malaysia iaitu Prof Dr Mohd Kamal Hassan.
Jawatan Anwar sebagai Presiden UIA juga telah diambil alih oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selepas pembebasan Anwar Ibrahim pada 2 September 2004, beliau segera bergegas ke Munich untuk menjalani pembedahan sakit tulang belakangnya.
Seterusnya Anwar sering berada diluar negara sepertimana dalam ceramahnya beliau jelaskan di Malaysia “tak boleh nak cari makan…..”
Bertempat di “negara orang puteh”, bekas banduan Sungai Buloh ini telah ditawarkan beberapa jawatan seperti Visiting Fellow/Senior Associates di St Anthony College Oxford, Senior Visiting Fellow Johns Hopkins School Washington dan Visiting Professor di School Of Foreign Service Georgetown University.
Kesemua tugas yang diterima ini sudah tentulah membuatkan beliau terlalu sibuk dan jarang sekali pulang ke tanahair Malaysia.
Namun begitu, apabila terhidangnya peluang untuk menjejakkan kaki disini, ada pula agenda tersembunyi yang bersarang dikepala mahkluk yang bernama Anwar Ibrahim ini…. Apatah lagi sekiranya berpeluang untuk pulang bersendirian tanpa Wan Azizah dan ahli keluarga yang lain….!
Silakan baca kisah menarik ini yang DIBONGKARKAN oleh salah seorang bekas orang kuat Anwar suatu ketika dahulu, Klik Sini
PORT DICKSON – “Dia nak kempen, tak mengapa... biarlah. Memang hak dia untuk datang dan kita pun berkempen juga. Jadi, tak ada masalah, tengok nanti siapa yang rakyat pilih,” kata calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Samad.
Ketua UMNO Telok Kemang itu merujuk kepada berita mengenai kemungkinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu Pas berkempen di Bagan Pinang, tiga hari terakhir sebelum hari pembuangan undi.
Mohd Isa berkata beliau sedikit pun tidak gentar dengan kehadiran Anwar dan menyifatkan kedatangan Anwar ke bandar peranginan itu tidak semestinya dapat mempengaruhi pengundi memilih Pas. Sebaliknya ia sekadar memeriahkan suasana.
“Orang pun tahu siapa Anwar, kira okeylah,” katanya ketika ditemui pemberita di jamuan Aidilfitri untuk individu dalam pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan keluarga di rumah komuniti, Telok Kemang, di sini semalam.
Mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang menggelarkan beliau sebagai ‘ikon pembangunan palsu’ dengan mengaitkan beberapa projek pembangunan terbengkalai semasa beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Isa berkata:
“Nak gelar, gelarlah Tapi Telok Kemang nampak lebih maju daripada Kubang Kerian. Yang ‘palsu’ sebenarnya dia kerana tak bangunkan Kubang Kerian. Kesian lebih baik dia tumpukan kawasan dia, tak usah ajar saya uruskan kerana saya dah uruskan cukup lama.
“Nampak tak pembangunan yang saya buat di Port Dickson dan Negeri Sembilan, sedangkan dia sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian, apa dia buat?”
Mohd Isa yakin mendapat pengundi di Bagan Pinang, termasuk yang di atas pagar, tetapi enggan meletakkan sasaran peratusan yang bakal mengundi beliau nanti.
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 10 Disember ini pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar.
Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, Hilmiah Yusof di kamar beliau hari ini.
Dalam saman yang difailkan pada 6 Mac tahun lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selaku plaintif menamakan Chandra sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) itu telah membuat komen berunsur fitnah terhadapnya dalam satu forum anjuran Star Publication Berhad pada 3 Mac 2008.
Berikutan itu, dakwa beliau, kata-kata Chandra telah disiarkan dalam akhbar The Star di bawah tajuk Disaster if Anwar is PM dan akhbar New Straits Times di bawah tajuk Chandra breaks silence on Anwar pada 5 Mac lalu.
Apa yang dibawa oleh Anwar Ibrahim adalah modus operandi Islam Liberal atau Islam Moderat. Salah satu agenda Yahudi adalah memperkenalkan kefahaman Islam Liberal atau Islam Moderat kepada umat Islam dengan sasarannya agar dapat melemahkan umat Islam dengan menekankan kepada KEADILAN dan KESAKSAMAAN di kalangan manusia. Maka hujahnya, untuk berlaku ADIL dan SAKSAMA maka kita menghormati PERBEZAAN walaupun perbezaan itu bermaksud hingga kepada melangkaui SYARIAT agama.
Ia bisa sahaja kerana menurut mereka, semua manusia boleh berijtihad menggunakan Al Quran. Maka berijtihadlah orang-orang Islam yang terpedaya dengan modus operandi mereka ini dengan mengeluarkan fatwa-fatwa yang aneh-aneh yang dipanggil sebagai gerakan MEREFORMASIKAN Islam atau gerakan MENULENKAN ajaran Islam.
Sayang sekali, mereka tidak pernah belajar tentang syarat-syarat BERIJTIHAD itu, padahal ia hanya milik para ulamak-ulamak muktabar bukan milik semua orang Islam yang kadang-kadang hanya memberi pendapat dengan merujuk kepada terjemahan Al Quran di dalam Bahasa English atau Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia.
Namun lagak mereka seperti mereka berpengetahuan setaraf Imam Al Ghazali atau Imam Syafei. Sedangkan jika mereka cuba memperuntukkan sedikit masa untuk kenal ulamak-ulamak muktabar ini, mereka akan terkedu dan ternganga memikirkan betapa hebatnya ilmu yang ada di akal dan hati mereka dan betapa tawaduknya mereka ini dengan ilmu dan betapa berakhlak dan beradabnya mereka dengan ilmu. Sayang kemuliaan para ulamak ini mereka sangsikan tetapi yang mereka puja ialah para orientalis yahudi dan nasrani yang mereka iktiraf sebagai guru mereka di dalam memahami Islam.
Mereka juga para penganut Islam Liberal dan Islam Demokrat ini kadang-kadang menggunakan nama pejuang Islam yang tulen seperti Hassan Al Banna, dan menfitnah beliau sebagai pelopor kepada gerakan meliberalkan Islam. Sedangkan Hassan Al Banna adalah penganut fahaman ASWJ yang tulen dan dibesarkan di dalam lingkungan kehidupan masyarakat Islam yang sangat tradisi dan seadanya.
Bacalah riwayat Hassan Al Banna, anda akan merasa sangat terharu dengan pejuangannya. Beliau seorang yang sangat berakhlak, sangat tinggi disiplin dan berjiwa tegar di dalam memperjuangkan Islam, namun atas kesilapannya melibatkan diri di dalam politik, maka ia membawa kehancuran kepada perjuangannya. Allah SWT menyayangi beliau, dan menyelamatkan beliau dari membawa perjuangannya bersekongkol dengan sistem politik yang tidak islamik. InsyaAllah, kematian beliau itu adalah yang terbaik untuknya.
Tidak ada orang yang lebih memahami perjuangan Ikhwan Muslimin seperti Hassan Al Banna sendiri. Maka tanpa kehadirannya, perjuangan Ikhwan Muslimin kini seakan kehilangan arah. Pelbagai versi fahaman sudah berleluasa di dalam Ikhwan Muslimin itu sendiri. Maka, ia hanya tinggal sebagai nama gerakan sedangkan roh perjuangan sebenar yang mahu dititip oleh Hassan Al Banna sudah tiada.
Berbalik kepada fahaman Islam Liberal sebagai ciptaan Yahudi yang saya hujahkan itu, diMalaysia ini, Anwar Ibrahim adalah jentera atau alat yang digunakan oleh Yahudi untuk memastikan bahawa Islam Liberal ini dapat mencengkam pemikiran orang Islam di Malaysia ini.
Dengan kuasa politik pembangkang yang ada di tangan Anwar Ibrahim, maka beliau telah memastikan bahawa setiap parti di dalam pakatan pembangkang mempunyai anak-anak didiknya bagi menyuntik fahaman Islam Liberal ini kepada orang-orang Islam yang jumud dan tersihir dengan fahaman Islam Liberal ini.
Maka perkara yang pelik-pelik dan aneh-aneh yang berlaku sekarang ini dan disebut TIDAK APA-APA atau BUKAN ANCAMAN atau ATAS SEMANGAT PAKATAN adalah kejayaan manis Anwar Ibrahim mengkeldai dan mengkudakan pemimpin-pemimpin Islam tersebut.
Namun, lihatlah nanti, saya percaya Anwar bukan dijatuhkan orang ISlam yang sudah jadi kuda dan keldainya tetapi Anwar Ibrahim akan ditakdirkan dibuang oleh para pencipta dan tuannya Yahudi itu kerana "terlalu meroyan" untuk menjadi PM.
Walaupun keletihan kerana baru pulang dari Bagan Pinang atas urusan kerja dan urusan peribadi, sempat juga Demang menjengah beberapa blog sahabat Demang. Antaranya ialah blog Dr Novandri Hasan Basri.
Anda boleh baca di sini sahaja atau terus ke blog beliau. Klik di sini untuk melihat sumber asal.
Dr Novandri Hasan Basri
Penulis hairan dengan komentar-komentar yang penulis terima yang masih mempertahankan bahawa kes liwat Anwar Ibrahim digugurkan kerana beliau tidak melakukan perbuatan tersebut.
Realitinya, Kes liwat tersebut digugurkan di atas sebab-sebab teknikal dan bukannya kerana beliau tidak melakukannya.
Pada 2 September 2004, 2 daripada 3 hakim di dalam Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi di Malaysia) membuat keputusan untuk mengenepikan tuduhan meliwat ke atas Anwar Ibrahim di atas sebab-sebab teknikal yang bercanggah di dalam kes tersebut.
Bagaimana pun, kesemua hakim bersependapat bahawa bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah menjuruskan Anwar Ibrahim kepada melakukan aktiviti homoseksual.
Di dalam penggulung kes tersebut, hakim tersebut berkata :-
"We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen." - Malaysian Story
Clause di atas jarang berkumandang apabila kita membicarakan isu Anwar Ibrahim. Ramai yang tidak tahu mengenai clause tersebut terutamanya orang kampung dan rakyat yang tidak fasih bahasa Inggeris dan mereka yang malas untuk mencari bukti serta menerima sahaja segala maklumat tanpa berfikir.
Fanatik Anwar Ibrahim sebolehnya tidak mahu mempercayai clause tersebut walau pun mereka juga sebenarnya ragu-ragu tentang 'minat dua alam' Anwar Ibrahim ini.
Demang tak nak komen apa-apa. Anda timbang-timbangkanlah sendiri.
Dari kiri, Hassan Al Banna, Jamal Al Banna dan Tariq Ramadhan
Oleh Adian Husaini
assalaamu'alaikum wr. wb.
Beberapa waktu lalu, ketika saya menghadiri satu majlis di Kota Semarang, Jawa Tengah, seorang pensyarah Universiti Diponegoro Semarang, menghadiahkan kepada saya satu “buletin dakwah” bernama AL-WAASIT”. Menurutnya, buletin itu diberi secara percuma di masjid-masjid di Semarang. Melihat isinya, pensyarah itu khuatir buletin dakwah tersebut merupakan salah satu jurus liberalisasi Islam di Indonesia.
Sekilas pandang buletin ini menampilkan citra Islam yang kuat. Setidak-tidaknya namanya yang berbahasa Arab, iaitu Al Waasit. Di penjuru atas (kiri) muka depan terdapat satu simbol 'dacing' berwarna hitam di dalam lingkaran dan berlatar belakangkan warna hijau, dengan tulisan : Buletin Al Waasit “Pemikiran Islam Moderat”.
Turut disertakan alamat redaksi iaitu: Gd Albana Center Jl Palikali Raya No 16 Rt 03/04, Kel. Kukusan, Kec. Beji, Kota Depok. Selain itu terdapat alamat web iaitu www.alwaasit.com. Dinyatakan sidang redaksi bulletin. Pembina: H M Tareeq Ramadhan Lc. Pemimpin Umum : Agung Suprianto. Redaksi : Muhayat Rusma Ady Lc; M. Rofik Lc; Muchtar Mawardi MA. Design Layout: Ichal. Kawasan sebaran meliputi: Wilayah JABODETABEK, BANDUNG, SEMARANG, PEMALANG, SOLO, YOGYAKARTA, SURABAYA.
Kerana alamat buletin itu di Depok, beberapa mahasiswa Universiti Indonesia (UI) kemudian mengambil usaha untuk menyiasat lebih lanjut buletin Al-WAASIT tersebut. Berdasarkan penelitian mereka, terdapat beberapa keganjilan. Alamat di web-nya berbeza dengan alamat yang tertulis, iaitu Gd Albana Center Lt.2 JL Palikali Raya No 3. Website ini adalah dokumentasi beberapa edisi Al Waasit. Tidak semua edisi dimuat turun dalam halaman ini. Hanya terdapat edisi 209-217.
Menurut penyiasatan para mahasiswa UI ke alamat yang tertera dalam buletin Al-Waasit, ternyata alamat yang ditulis dalam edisi 213 (Jl Palikali Raya No 16) tidak ditemui 'gedung Albana Center' dan juga Yayasan Azhary.
Begitu juga dengan alamat yang tertera di website mereka (Jl Palikali Raya No 3). Alamat tersebut hanya alamat rumah beberapa petak, tidak ada lantai dan tidak ditemui Yayasan Azahry mahupun Gedung Albana Center.
Beberapa orang penduduk tempatan yang ditanya tentang Yayasan Azahry, Buletin Al Waasit serta beberapa nama pengurusnya, semuanya menjawab tidak tahu.
Entah mengapa buletin yang terbit setiap Jumaat ini menggunakan nama Gedung Albana Center sebagai markasnya. Begitu juga nama Tareeq Ramadhan Lc, yang merupakan cucu Hasan al-Banna.
Mungkin pengelolanya ingin memberi impak kepada pembaca bahawa buletin ini mempunyai hubungannya dengan gerakan Ikhwanul Muslimin. Yang jelas, buletin ini dikelola dengan cukup profesional, khususnya dari segi teknik penulisan. Dalam websitenya, buletin ini menyebut nama-nama masjid yang menjadi sasaran penyebarannya.
Nama “al-Banna” memang banyak dikutip oleh kaum liberal untuk menjustifikasi pendapatnya. Untuk membetulkan justifikasi fahaman Pluralisme Agama, dalam bukunya, 'Islam dan Pluralisme', Jalaluddin Rakhmat juga mengutip pendapat Jamal al-Banna,(tokoh Islam Liberal Mesir) dengan menekankan, “Jamal al-Banna adalah aktivis Muslim, anggota al-Ikhwan al-Muslimun. Kita mungkin menyebutnya fundamentalis dan anti-Barat.”
Dipetik pendapat Jamal al-Banna, yang menyatakan: “Saya berkata kepada mereka bahawa Thomas Alfa Edison akan masuk surga kerana telah menemui lampu yang kemudian digunakan oleh manusia sebagai penerang.” Lalu, Jalaluddin Rakhmat membuat komentar, “Jamal al-Banna berubah dari seorang eksklusif (tertutup) menjadi seorang pluralis.”
Tidak hairan, jika di Indonesia, beberapa buku Jamal al-Banna juga sudah diterjemahkan. Meskipun bersaudara dengan Hasan al-Banna, tetapi fikiran Jamal al-Banna memang banyak berbeza dengan saudaranya itu. Satu pendapat Jamal al-Banna yang agak aneh, misalnya, tentang negara Madinah yang dikatakannya:
“Negara Madinah belum boleh dikatakan sebuah negara dalam pengertian negara yang menganut sistem politik, kerana Negara Madinah belum mempunyai tentera yang profesional, belum mempunyai penjara yang tetap, dan belum mempunyai institusi polis, dan juga belum mewajibkan sistem sewa.” (Lihat, Jamal al-Banna, Runtuhnya Negara Madinah (terj.), Yogyakarta: Pilar Media, 2005:48).
Nampaknya, strategi untuk “mengasosiasikan diri” (menggabungkan diri) dengan al-Banna itulah, maka nama Gedung Albana center dimunculkan. Begitu juga nama HM Thariq Ramadhan. Meskipun tidak terlalu agresif, beberapa edisi bulletin al Waasit sudah menyebar aroma Pluralisme Agama.
Dalam edisi 213, Al Waasit muncul dengan tajuk 'Toleransi Merupakan Makna Lain Idul Qurban'. Tajuk tulisan ialah Surat Al Baqarah Ayat 62 yang ertinya “Sesungguhnya orang-orang mu’min, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Sabiin, sesiapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
Nampaknya, pengelola buletin ini sedar, bahawa buletin ini disasarkan kepada jemaah sholat Jumaat, sehingga ide-idenya disunting secara halus. Pada edisi 210, diturunkan artikel berjudul “Membangun Sinergi Keberagaman dalam Multikulturalitas.” Berikut petikan :
“Pendekatan multikulturalisme (pelbagai budaya/agama) ini sangat penting dikembangkan agar kita tidak mengalami kehilangan orientasi dan kebingungan eksistensial dalam menghidupkan kembali pluralitas budaya dan agama. Inti dari multikulturalisme adalah kesediaan menerima kelompok lain sebagai kesatuan, tanpa mempedulikan perbezaan budaya, etnik, gender, bahasa, ataupun agama. Multikulturalisme memberikan penegasan bahwa dengan segala perbezaannya itu mereka adalah sama di dalam ruang masyarakat. Multikulturalisme menjadi seperti respons polisi baru terhadap kepelbagaian, dan komuniti-komuniti yang berbeza itu dalam negara.”
Juga dikatakan: “Multikulturalisme memberikan nilai positif terhadap kepelbagaian budaya. Kesinambungan lebih lanjut adalah kesediaan untuk memberikan apresiasi konstruktif terhadap segala bentuk tradisi budaya, termasuk agama. Berbagai- bagai budaya yang beraneka justeru memperkaya kehidupan sosial, tentu sebaliknya agama juga menganggap kepelbagaian tradisi budaya memperkaya pemahaman keagamaan.”
Lebih jauh lagi, kita semak lagi buletin Jumaat ini:
“Dalam usaha membangun hubungan sinergi antara agama dan multikulturalisme, dua perkara diperlukan. Pertama, adalah mengembangkan kepelbagaian humanis-posdogmatik. Kepelbagaian agama yang menembusi sampai kepada dimensi hakikat atau esensi beragama. Secara individu beragama tujuannya untuk mencerahkan diri sehingga kedamaian sejati terus bersemayam. Secara sosial beragama bertujuan untuk mewujudkan kesejukan, ketentraman dan keharmonian bersama.
Untuk ini diperlukan reinterpretasi atas doktrin-doktrin keagamaan ortodoks yang sementara ini dijadikan dalih untuk bersikap eksklusif dan opresif. Reinterpretasi itu dilakukan sedemikian rupa sehingga agama bukan saja bersikap reseptif terhadap kearifan tradisi lokal, melainkan juga memandu di barisan depan untuk menjadikan demokrasi dapat dibangunkan dalam masyarakat beragama.
Dalam masyarakat multikultural yang memprasyaratkan wujudnya persefahaman satu bentuk budaya dengan budaya yang lain, keagamaan humanis-posdogmatis lebih menguntungkan walaupun sikap kegamaan yang menekankan kepada simbol-simbol kekerasan, kebencian, tuduh-menuduh dan kafir-mengkafirkan...
Banyak faktor yang menyebabkan terjadinya hal yang sangat disayangkan itu, di antaranya adalah faktor teologi. Diharapkan melalui tulisan singkat ini dapat ‘mencabar’ kita untuk mengembangkan pendidikan tersebut di kalangan umat yang harus melakukan transformasi menjadi masyarakat demokratis.”
Itulah sebahagian isi buletin al Waasit edisi 210 yang mempromosikan paham multikulturalisme. Kita pernah membahas fahaman ini, dan bagaimana fahaman ini memang sedang dijaja kepada umat Islam, melalui pelbagai cara. Bagi kita yang sudah biasa membaca beberapa bulletin yang diedarkan di masjid-masjid ketika solat Jumaat, barangkali akan merasa tidak terlalu akrab dengan isi dan istilah-istilah yang digunakan dalam buletin Al-Waasit tersebut.
Tetapi, kita perlu faham, bahawa ini adalah langkah awal. Meskipun sudah mendapat dukungan media massa yang sangat kuat, nampaknya kaum liberal masih belum merasa puas hati sebelum menmbahkan sebaran di arena solat Jumaat. Beberapa tulisan menyebutkan, bahawa khutbah-khutbah Jumaat masih belum berjaya dimasuki oleh kaum liberal. Kerana itulah, tidak hairan, jika buletin Jumaat pun dijadikan sasaran liberalisasi.
Jika kita lihat pada edisi 217 yang juga beredar sampai ke Semarang, maka akan nampak secara halus dalam usaha mengubah persepsi kaum Muslim tentang kesesatan Ahmadiyah. Edisi ini diberi judul “MENYIKAPI ‘Kesesatan’ AHMADIYAH”. Sengaja kata ‘Kesesatan’ diberi tanda petik, untuk memberi kesan, bahawa soal sesat atau tidaknya Ahmadiyah, masih merupakan wilayah yang boleh diperdebatkan
Ditulis oleh buletin ini: “Perkembangan terakhir Jemaah Ahmadiyah mengeluarkan klarifikasi dalam bentuk ‘Press Release’ yang mengandungi 12 penjelasan berkait dengan hal-hal yang selama ini dipersoalkan oleh sebahagian umat Islam, hingga dinyatakan sesat oleh MUI(Majlis Ugama Indoensia).”
Juga terdapat ungkapan: “Terlepas dari kontroversi sesat atau tidaknya ajaran Jamaah Ahmadiyah, serahkan persoalan ini kepada pihak-pihak yang berwibawa dan mempunyai kompetensi.”
Perhatikanlah ungkapan “yang selama ini dipersoalkan oleh sebahagian umat Islam”! Ungkapan itu sengaja ditulis untuk memberi kesan, bahawa soal kesesatan Ahmadiyah adalah masalah “sebahagian umat Islam”, bukan masalah seluruh umat Islam. Padahal, dalam soal Ahmadiyah ini, tidak ada perbezaan pendapat di antara umat Islam.
Perhatikan juga ungkapan: “Terlepas dari kontroversi sesat atau tidaknya ajaran Jamaah Ahmadiyah dan seterusnya...!
Inilah cara yang sangat halus untuk memesong pembaca buletin, bahawa soal kesesatan Ahmadiyah adalah masalah kontroversi, soal perbezaan pendapat. Padahal, kita tahu, soal kesesatan Ahmadiyah bukanlah soal kontroversi. Semua institusi Islam yang berwibawa menyatakan bahawa Ahmadiyah memang sesat, kerana mengakui kenabian Mirza Ghulam Ahmad.
Jika dicari perbezaan pada setiap masalah agama, pasti akan ditemui. Ketika ini, sudah ramai cendekiawan yang menyatakan, bahawa perkawinan sejenis adalah halal, wanita boleh menjadi Imam dan khatib solat Jumaat, Muslimah boleh menikah dengan lelaki non-Muslim, dan sebagainya. Bahkan, ada yang menyatakan, bahawa menjadi pelacur adalah tindakan mulia.
Kaum liberal juga menyatakan, bahawa wilayah seni tidak perlu dimasuki oleh nilai-nilai agama, kerana itu mereka memiliki nilai sendiri. Jadi, boleh saja, orang membukaauratnya, kerana tuntutan senerio.
Apakah kerana wujud sebahagian pendapat yang terpencil seperti itu, lalu setiap masalah dikatakan kontroversi, dan tidak ada kesepakatan? Tentu saja tidak. Zina tetap haram, meskipun sebahagian pelacur sudah menggunakan dalil agama untuk menghalalkannya. Judi tetap haram, meskipun ada sebahagian orang yang menghalalkannya.
Bahkan ada juga kaum Muslim yang terlibat dalam perniagaan perjudian. Jika ada orang Islam yang menghalalkan perjudian, maka bukan bererti haramnya judi adalah soal perbezaan pendapat. Maka, meskipun ada yang menghalalkan perkawinan muslimah dengan lelaki non-Muslim, bukan bererti soal tersebut adalah masalah perbezaan pendapat. Meskipun ada kelompok tertentu yang menyatakan solat lima waktu belum wajib, maka bukan bererti kewajiban solat adalah masalah khilafiah(perbezaan pendapat). Jadi, jika ada pendapat terpencil, lalu boleh dijadikan justifikasi, bahawa suatu masalah adalah masalah khilafiah.
Apapun motif dan tujuannya, kes buletin Al-Waasit ini hendaknya menyedarkan kita, bahawa kaum liberal dan semua pendukungnya tidak pernah ridha sebelum kaum Muslim mengikuti jalan fikiran dan jalan hidup mereka. Segala cara dan media mereka gunakan. Sampai Buletin Jumaat pun digunakan.
Wallahu A’lam.
AIDC menterjemah artikel Adian Husaini. Artikel asal klik di sini
Cerita-cerita ngeri dan kejahatan mengenai tindakan anggota komunis yang menyerang pasukan keselamatan dan orang awam sering dipertuturkan sehingga ke hari ini. Ia merupakan imej ganas dan kejam PKM pimpinan Chin Peng yang kesannya masih dirasai hingga ke hari ini terutama oleh mereka yang terlibat secara langsung.
Sementara itu kita jangan lupa bahawa ramai anggota tentera dan pihak keselamatan kita terbunuh ketika bertugas mengawal negara daripada ancaman komunis . Daripada serang hendap hinggalah kepada kejadian sabotaj terhadap keaamanan negara.
Itu masih belum di kira mereka yang cacat anggota seumur hidup seperti putus kaki dan tangan, buta, hilang ingatan dan sebagainya akibat terkena jerangkap samar angkara dipasang pihak komunis.
Malah masih ramai bekas anggota keselamatan ini yang sanggup berkorban jiwa dan raga mempertahankan negara dari ancaman komunis pimpinan Chin Peng ini, masih hidup terlantar diseluruh negara. Dan sabatan tahun kempen Rayuan Hari Pahlawan diadadakan dinegara kita sebagai mesej memberi bantuan kepada golongan seperti ini yang bermati-matian menyumbang kenapa negara.
Ini adalah fakta sejarah dan ia tidak mampu diubah. Sekiranya ada cadangan dan usaha untuk membenarkan Chin Peng kembali ke negara ini, mereka perlu mengambil kira aspek sejarah ini yang sudah pasti tidak berbohong kepada kita.
Walaupun kini dia dilihat tidak lagi mengancam keselamatan negara, namun perbuatan lampaunya masih dirasai terutama yang terlibat secara lansung memerangi PKM pimpinan Chin Peng.
Hari ini ideologi komunis di seluruh dunia kini telah berubah namun tidak bermakna Chin Peng boleh diangakat sebagai Hero rakyat Malaysia, dinegara lain bekas pemimpin komunis di dihukum kerana jenayah perang yang dilakukan. malah Pol Pot di hatuhkan hukuman mati Kemboja.
Manusia bergelar Chin Peng juga banyak melakukan kejahatan dan kesengsaraan penduduk Malaysia. Sehingga kini dia terlepas daripada berdepan dengan hukuman walaupun terlibat dengan segala tindakan kejam sewaktu menjadi pemimpin PKM. Namun yang anehnya ada golongan dalam negara kita termasuk Anwar Ibrahim yang cuba mengangkat Chin Peng sebagai wira dan pejuang bangsa.
Seharusnya tindakan mahkamah yang menolak permohonannya untuk kembali dan menetap di negara kita diraikan penuh kesyukuran kerana bimbang akan merosakkan instutusi masyarakat dan keharmornian.
Walaupun orang berhujah dia adalah kelahiran Malaysia, namun kejahatan yang dilakukannya tidak memberi makna tindakkannya yang melakukan pemberontakan dahulu mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia.
Walaupun ada pihak bersimpati dengan nasib Chin Peng yang kini sudah berusia 85 tahun dan ingin kembali tinggal di Malaysia. Bagaimana pula sensitiviti dan sentimen mereka yang pernah menjadi mangsanya dan kini masih hidup?
Kenapa tidak ditanya perasaan hampir 2,000 bekas anggota tentera yang cacat dan masih hidup serta keluarga mereka masih menanggung trauma akibat pertempuran dengan komunis dahulu?
Adakah nyawa kira-kira 5,000 anggota keselamatan yang gugur ketika ketika mempertahankan negara daripada ancaman komunis pimpinan Chin Peng itu tidak ada nilai apabila hari ini tiba-tiba kita mahu memberi layanan istimewa kepadanya?
Sepatutnya Chin Peng diheret ke mahkamah dan dibicarakan atas segala keganasan dan pembunuhan yang dilakukannya. Layanan ke atasnya perlu sama seperti Pol Pot dan ramai lagi pemimpin Khmer Rouge yang kini dibicarakan oleh tribunal antarabangsa di Kemboja.Atas hujah apa pun, dia tidak layak diangkat sebagai pejuang bangsa oleh rakyat Malaysia.
*artikel ini disunting semula berdasarkan rencana tulisan Aznan Bakar.
KUALA LUMPUR 5 Okt. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan perkara sebenar di sebalik akuan berkanun yang pernah dibuat bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap beliau kira-kira 10 tahun lalu.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, dakwaan Abdul Murad bahawa Anwar terlibat dalam mengawal 20 akaun induk melibatkan nilai RM3 bilion sehingga kini masih menjadi tanda tanya.
Katanya, justeru penjelasan lengkap perlu diberikan oleh Anwar kepada rakyat kerana dakwaan itu dibuat secara khusus terhadap beliau selain melibatkan suatu tuduhan serius.
''Kita nak tahu apa cerita sebenar. Betulkah dia ada punca kewangan sampai RM3 bilion. Jadi perlu dijelaskan balik secara lebih terperinci berhubung isu RM3 bilion yang pernah dinyatakan dalam akuan berkanun Abdul Murad.
''Kita juga mahu tahu kenapa Abdul Murad membuat akuan itu tetapi kemudiannya dikatakan berpatah balik, adakah dia juga menghadapi tekanan seperti yang dibayangkan Datuk S. Nallakarupan?'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nallakarupan yang dikenali sebagai bekas rakan karib kepada Anwar mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai pelbagai sumber seperti yang pernah didedahkan Abdul Murad.
Sehubungan itu Nallakarupan tidak rasa terkejut dan hairan sekiranya keluarga mangsa liwat yang melibatkan Anwar sebagai tertuduh berasa cukup tertekan dalam menantikan perbicaraan sebenar berlangsung.
Pada 26 Oktober 1999, Abdul Murad mendedahkan dalam akuan berkanunnya bahawa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.
Dalam akuan berkanun itu, Abdul Murad turut mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk tersebut untuk memajukan cita-cita politiknya.
Mengulas luahan Azlan Mohd. Lazim, bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari, Mohd. Zin berkata, tekanan yang dihadapi mereka cukup hebat kerana berhadapan dengan tertuduh yang diketahui mempunyai pelbagai sumber.
Katanya, sebab itu adalah sesuatu yang tidak adil bagi pihak Anwar untuk mengemukakan permohonan-permohonan yang dilihat hanya berniat bagi melengahkan perbicaraan sebenar kes tertuduh.
Its been such a long time missing here in this Blog updates…, sorry..., bizie giler la. Had many assignment on my jobs and banyak pula majlis dibulan bulan raya nie..
Well, dalam bulan raya ini pun ada juga yang nak langsungkan majlis pertunangan dan pernikahan. Last weekend aktres terkenal Umie Aida dah pun umumkan siapakah bakal suami yang berjaya menambat hatinya, aduuhh..!
Haaah..!! Terkejut jugak bila baca news pasal majlis pertunangan Umie, sebab bakal suaminya pernah terlibat dengan kes pemecatan Anwar Ibrahim somewhere in 1998…
Yes, I’m very sure. Penerbit Buku “50 Dalil Kenapa Anwar Tak Boleh Menjadi PM” yang pernah menggegarkan persada politik tanahair tahun 1998, Khairuddin Hassan now is back into mainstream media bila Umie Aida memperkenalkannya sebagai bakal suami dimajlis pertunangan mereka minggu lalu.
Majlis pertunangan Umie Aida – Datuk Paduka Khairuddin Hassan telah dilangsungkan disebuah Penthouse mewah, I-Zen di Mont Kiara. Penthouse yang sememangnya very very High Class…, I’ve been there, hanya mereka yang benar benar mampu saje boleh memilikinya…! Menurut berita laman web dunia hiburan, penthouse tersebut bakal menjadi kediaman mereka once their wedding ceremony is done, bertuahnya Umie….
I still remember in 1998, sebelum Anwar Ibrahim dipecat, ada sebuah buku bertajuk “50 Dalil Kenapa Anwar Tak Boleh Jadi PM” telah mula tersebar, if I’m not mistaken edarannya sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung UMNO 1997.
When Anwar instructed all his peguam dapatkan injunksi Mahkamah untuk mengharamkan pengedaran buku tersebut, Khairuddin pula bertindak sebagai penerbit buku 50 Dalil juga berusaha membatalkan injunksi tersebut.
Last year masa pemilihan UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin ada offered himself bertanding jawatan Ketua Bahagian menentang Datuk Seri Dr Ibrahim Saad. Here is the article, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/22/nation/21882040&sec=nation
Tahniah buat Umie Aida, semoga jodoh berpanjangan sehingga ke anak cucu…
Kepada Datuk Paduka Khairuddin, jomlah join us, we must not allow MAHKLUK seperti Anwar Ibrahim memimpin negara ini…!
Setelah membaca tulisan adian husaini [klik di sini] baru kita tahu bahawa Irshad Manji, si lesbian dari Kananda, rupa-rupanya popular di kalangan Islam Liberal di Indonesia. Bukunya yang mendapat inspirasi daripada Salman Rushdie,"The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith", telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.
Kedatangan Irshad Manji ke Indonesia pada April 2008 untuk melancarkan bukunya dalam versi Indonesia (bertajuk "Beriman Tanpa Rasa Takut : Tantangan Umat Islam Saat Ini") telah diberi sambutan hangat di Universiti Gaja Mada.
Wartawan Jurnal Perempuan (edisi khusus Lesbian, 2008) memuji Irshad dengan tulisan bertajuk : "Irshad Manji, Muslimah Lesbian yang Gigih Menyeru Ijtihad"
Sampai begitu sekali pujian, seorang yang terang-terangan mengaku lesbian, mengaku berguru dengan Salman Rushdie [penulis Satanic Verses yang menulis menghina Rasulullah SAW] diberi label 'muslimah' dan digalakkan 'berijtihad'.
Menurut Adian Husaini, buku Irshad Manji adalah klon kepada buku Salman Rushdie yang bertunjangkan menghina Rasulullah dan mempertikaikan Al Quran kerana kedua-dua ini merupakan tunjang kepada Islam.
Selalunya serangan ke atas Rasulullah SAW dan Al Quran dilakukan oleh kaum orientalis [orang kafir mengkaji Islam], tetapi trend terkini dalam serangan itu, kaum orientalis pula berselindung di sebalik nama-nama Islam termasuk Salman Rushdie dan Irshad Manji.
Hal ini terbukti, apabila Manji mempertikaikan keaslian Al Quran, dia berpegang kepada pendapat Christoph Luxenberg, seorang paderi Kristian berasal dari Labenon.
Kata Manji :
”Jika Al-Qur’an dipengaruhi budaya Yahudi-Kristian – yang selari dengan dakwaan bahawa Al-Qur’an meneruskan wahyu-wahyu sebelumnya – maka bahasa Aramaik mungkin telah diterjemahkan oleh manusia ke dalam bahasa Arab. Atau kesalahan dalam proses menterjemahkan dalam kes istilah "hur", dan mungkin banyak lagi istilah yang diterjemahkan secara kurang tepat. Bagaimana jika semua ayat -ayat itu salah difahami?” (hal. 96).
Sebenarnya pendapat ini pun sangat lemah dan sudah dibahaskan secara ilmiah oleh sarjana Islam termasuk Dr. Syamsuddin Arif dalam bukunya, "Orientalis dan Diabolisme Intelektual", namun memang tugas musuh-musuh Islam akan terus menerus melakukan serangan walaupun hujahnya lemah.
Irshad Manji kagum Salman Rushdie
Pada tahun 2008, Manji telah menyertai New York University's Wagner School of Public Service dan menubuhkan satu jawatankuasa yang dinamakan 'The Moral Courage Project' yang bertujuan untuk merangsang kebebasan bersuara di kalangan generasi muda.
Dia juga merupakan senior fellow di European Foundation for Democracy di Brussels.
Pada 18 Januari 2009, The Moral Courage Project yang dipengerusikan oleh Manji telah menjemput Salman Rushdie, untuk berdiskusi dengannya di 92nd Street Y, New York City.
Diskusi 'dua tokoh' itu turut dipromosi oleh kumpulan Jewish(Yahudi Amerika). Klik di sini.
"Muslim tidak boleh ditakut-takutkan untuk mengkritik Islam, itu adalah kebebasan bersuara dan kebebasan intelektual",kata Salman dalam majlis itu. Klik di sini
Pada tahun 1989, Salman pernah difatwakan hukuman mati oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, pemimpin Tertinggi Iran kerana menulis novel menghina Rasulullah SAW bertajuk 'The Satanic Verses'(1988)
Tujuan Manji menjemput Salman berdiskusi dengannya untuk membuktikan bahawa penulis murtad itu tidak bahaya dan pendapatnya perlu diketengahkan selaras dengan kebebasan bersuara.
Manji juga mengakui Salman Rushdie lah merupakan pendorong utamanya untuk menulis buku, "The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith" (Masalah dalam Islam Hari Ini : Seruan kepada Muslim untuk reformasi kepercayaannya)
"Aku masih ingat ketika bertanya kepada Salman Rushie, (ketika mula menulis buku ini) kenapa dia memberikan semangat kepada seorang muslim muda sepertiku, untuk menulis sesuatu yang boleh mengundang malapetaka ke dalam kehidupannya. Tanpa ragu-ragu sedikit pun, dia menjawab, "Kerana sebuah buku lebih penting daripada kehidupan" (hal. 322).
Irshad Manji pun kagum Anwar Ibrahim
Dalam bab 8, bukunya, Irshad Manji turut menyentuh tentang Anwar Ibrahim. Nama Anwar ditulis sebagai model kebebasan bersuara dalam dunia Islam.
Pada tahun 1994, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, memberikan ceramah di Georgetown University bertajuk “Perlunya Dialog Peradaban”. Anwar mengakui bahawa “kebodohan, ketidakadilan, korupsi, kemunafikan, dan terkikisnya kebaikan moral amat berleluasa dalam masyarakat Islam kini. “Akan tetapi,” Anwar mengingatkan, “pelanggan media massa yang mudah ditipu masa kini akan memberi kesan bahawa dunia Islam hanya dihuni oleh para fundamentalis yang keras dan mengancam.”
Menurutnya, peradaban muslim “telah menerbitkan banyak kisah cinta.” Anwar memberikan contoh “kisah mempesona” tentang Layla dan Majnun. “Menurut kisah itu, seorang lelaki muda (Majnun) dicemuh dan ditertawakan kerana minatnya terhadap seorang gadis(Layla), kerana menurut mata dunia, penampilan fizikal Layla yang kurang menawan. Lelaki muda itu menjawab: ‘Untuk melihat kecantikan Layla, seseorang itu perlu memiliki mata Majnun.’”
Menurut Manji, tujuan peradapan Muslim memperbanyakkan penerbitan kisah cinta untuk memperbodohkan rakyat, supaya rakyat sering terpesona dengan kisah-kisah itu dan melupakan masalah pokok berkaitan dengan hak asasi dan kebebasan.
Manji kagum dengan ketokohan Anwar yang dilihatnya sebagai simbol hak asasi manusia dan seorang yang berani bersuara untuk melakukan 'reformasi' termasuk menentang ketuanya sendiri, Dr Mahathir Mohamad.
Berdasarkan intipati ceramah Anwar Ibrahim, 'Perlunya Dialog Peradaban', Manji merumuskan bahawa Anwar Ibrahim menggalakkan kebebasan bersuara dan perdebatan dalam sesuatu perkara.
Berdasarkan seruan ini, Manji mengesyorkan agar kaum wanita muslim dan bukan muslim perlu mempersoalkan dasar-dasar fundamentalis yang dikenakan kepada mereka.
Gesa Manji, "
Pertanyaan-pertanyaan seperti, ”Mengapa begitu mudah mengerah ribuan orang Islam ke jalan raya untuk mengkritik larangan Perancis yang melarang pemakaian tudung (hijab), tetapi kenapa tidak mengerahkan para demonstran tersebut ke jalan raya untuk memprotes pemaksaan menyeluruh ke atas pemakaian hijab di Arab Saudi?”...Hak apa yang benar-benar dinikmati oleh kaum wanita dan minoriti-minoriti agama dalam demokrasi seperti itu ?” Klik di sini
Dalam politik sesungguhnya tidak ada musuh yang kekal abadi, tapi yang ada adalah memanipulasi kepentingan yang wujud didepan mata. Siapa yang bijak berpolitik si polan itulah yang dapat meraih habuan. Di Indonesia nampaknya itulah yang menjadi kenyataan apabila Presiden SBY melalui Parti Demokrat, akhirnya memberikan sokongan kepada Taufik Kemas, Ketua Dewan Pembina PDIP menjadi Ketua MPR setaraf Speker Parlimen Di Malaysia, sekaligus mengenepikan Hidayat Nurwahid dari PKS yang menduduki kerusi tersebut penggal lalu.
PDIP selama lima tahun (2004-2009), meletakkan dirinya sebagai parti pembangkang, dan dalam pilihanraya Presiden yang lalu, Megawati menjadi salah satu penentang SBY. Tapi, melalui lobi yang sangat intensif dari kubu SBY, dan sikap Taufiq Kemas, yang pragmatis, akhirnya Megawati bersedia menjadi sebahagian dari pemerintahan SBY, dan sebagai tanda persetujuan Taufik Kemas dihantar nama sebagai calon Ketua MPR.
Sementara itu, PKS yang sudah ‘all out’ membela dan mendukung SBY, kini ditinggalkan SBY. Walhal, para pemimpin PKS mengatakan, sebelum pemilihan Ketua MPR, mereka memegang janji SBY, yang ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada Hidayat. Tapi, kini kenyataannya yang dipilih SBY tak lain adalah Taufik Kemas.
Untuk menunjukkan sokongan politik Presiden SBY, sewaktu pelantikan Taufik Kemas, sebagai Ketua MPR, Presiden SBY telah menghadirkan diri. Ini sebenarnya hakikat dan membuka tabir yang selama ini masih menjadi misteri ke mana langkah Presiden SBY sebenarnya setelah berakhirnya pilihanraya presiden. Arah poliltik SBY kini dilihat cuba mengajak parti-parti besar yang mempunyai sokongan hingga keseluruh pelusuk Indonesia untuk bersama pemerintahannya.
Dikatakan juga Presiden SBY akan cuba menarik Prabowo (parti Gerindra), dan diberi jawatan menjaga Kementerian Pertanian, sesuai dengan gagasan Prabowo sewaktu bersama Megawati dalam pilihanraya Presiden yang ingin membela para petani, hingga menjadi kekuatan kempennya yang lalu.
Dengan situasi ini, Parti PKS yang sebelum ini kuat mengerahkan seluruh jenteranya secara ‘all out’ menyokong Partai Demokrat dan SBY tentu kecewa apabila ditinggalkan begitu saja. oleh SBY. Saat menjelang pilihanraya lalu, di mana-mana di Jakarta dan seluruh Indonesia termasuk kubu kuatnya di Sumatera tersebar, sepanduk yang berbunyi, “SBY presidenku, dan PKS partiku”.
Tapi, kini segalanya telah berubah. Janji tinggal janji, jika sebelum ini PKS sudah dikecewakan apabila Boediono yang cenderung kepada sistem kapitalis Amerika dan disokong Jaringan Islam Liberal (JIL) dipilih SBY sebagai calon Naib Presiden kini kecewa PKS lagi parah apabila diketepikan dalam banyak hal dalam susun atur kabinet SBY.
Burhanuddin Muhtadi dari Lembaga Survey Indonesia menyatakan, gabungan PDIP dan Demokrat sebenarnya akan mejejaskan hubungan Demokrat dengan parti yang menyokong SBY diperingkat awal seperti PKS.
Sementara itu, Presiden PKS, Tifatul Sembiring, menyatakan, ‘PKS ditipu”, tegasnya kepada Republika.
Sesudah ketua MPR dilantik kini masyarakat Indonesia sedang menungu penyusunan kabinet, pasca pelantikan Presiden SBY. PKS yang terlalu kecewa dengan senario semasa sudah tentu ingin lebih banyak jawatan sebagai mengantikan kehilangan Jawatan Ketua MPR kepada PDIP.
Menjadi persoalan sebenarnya kenapa SBY menyingkir begitu banyak peranan PKS, walhal bukan sedikit jasa PKS meletakkan SBY di tampuk Presiden. Dan yang menghairankan SBY lebih berminat memilih PDIP sebagai rakan sekutu yang baru. Walhal disebalik parti PDIP adalah kumpulan-kumpulan pertubuhan yang ada kaitan dengan Parti Kristian di Indonesua yang menjadi musuh kepada parti PKS.
Mungkin bagi mereka yang baru mengenali Anwar, ‘angin’ dan ‘tsunami’ Anwar belum mereka kenal dan faham sepenuhnya. Ramai yang mengatakan dahulu, sewaktu Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, masalah paling ketara Anwar adalah – ‘temper’ dan anginnya yang kadangkala tidak mampu diramal. Ramai yang dah cuba nasihatkan, termasuk dato’ Dr Siddiq Fadhil – tetapi tidak berkesan.
Anwar baru ini naik angin kerana kehadiran di Bagan Pinang tidak seperti yang Anwar harapkan. Hanya 500 orang yang hadir, sedang Anwar sudah memaklumkan kepada Pengerusi PKR Negeri bahawa dia mengharapkan kehadiran lebih 3′000 orang. Kamarul Bahrin pun sanggup berjanji kepada Anwar bahawa dia akan memastikan pengundi turun dengan full force. Kamarul akan memastikan event ini akan memberikan semangat politik kepada PKR/PAS dalam pertembungan dengan BN di Bagan Pinang.
Sementara BN sedang membuat ‘calculation’ tentang calon terbaik di Bagan Pinang, Anwar menjangkakan ‘open house’ PR di Bagan Pinang akan memberikan petanda positif kepada PRK nanti. Momentum politik ini mesti tepat dan berpanjangan. Jangan sekadar asal buat dan laksana sahaja. Anwar memang pantang bab ‘mediocrity’ ini. Dia tidak boleh terima.
Makanya, berbakul si Pengerusi PKR Negeri kena balun dengan Anwar kerana kelemahan tersebut. Anwar mengatakan bahawa dia pasti akan dimalukan BN kerana melaksana program sekadar ‘melepas batuk di tangga’. Pengundi tidak ramai. Penyokong masih sibuk dengan keluarga. Kamarul pun kena seranah tak cukup tanah. Kata orang yang ada dalam kereta dengan Anwar, ’sampai dah tak cukup ayat Anwar balun’.
Anwar memang berhak berasa risau kerana ini pertaruhan yang sangat penting buat dirinya. Dia nak buktikan bahawa dia mampu membuat kejutan dengan memperoleh kemenangan di Bagan Pinang. Tetapi dengan respons terbaru yang dia peroleh, nampaknya Anwar sudah maklum bahawa peluangnya sangat tipis.
Ini yang Anwar tidak boleh terima, Anwar masih merasakan dia adalah ’supremo’ politik di Malaysia. Dia yang menentukan sama ada Malaysia ini akan ‘berubah’ atau tidak. Kalau kalah di Bagan Pinang, apa maknanya kepada politik Anwar? Segala-galanya ‘at stake’. Termasuk lah kes dirinya sendiri yang akan berlangsung di mahkamah. Kalau Anwar kalah di Bagan Pinang, memang menempah petaka besar kepad politik PKR.
Malahan, sudah ada di kalangan ‘inner circle’ yang mencadangkan Anwar ‘membeli’ Isa Samad untuk bersama dengan PKR. Anwar memang kenal Isa lama – tetapi Anwar juga tahu bahawa ‘harga’ yuran perpindahan Isa bukannya kecil. Walaupun kurang tinggi, Isa ibarat Maradona dalam politik Negeri Sembilan. Kalau Isa sudah menggelecek politik NS, ada potensinya untuk suasana jadi terbalik.
Sayangnya, cubaan Anwar gagal. Isa Samad tetap dicalonkan oleh UMNO/BN. Pada ketika yang sama pembangkang menuduh Isa Samad sebagai korup dan sebagainya; mereka berusaha dengan keras untuk membeli Isa. So, siapa yang lebih korup?
"Sepanjang pagi Sabtu di Washington DC, dan inshaAllah lewat malam nanti saya hanya menelaah buku, meneliti laporan dan menyiapkan kuliah dan ucapan memenuhi program Isnin hingga Rabu" [Kata Anwar Ataturk di blognya, anwaribrahimblog.klik di sini]
Sabtu yang sibuk Anwar di Amerika
Ingatkan hari Sabtu, Anwar sibuk bermesyuarat dengan Al Gore atau Ricard Haas, di Amerika Syarikat, sebab sebelum ini, Anwar menulis membayangkan dirinya super hebat bermesyuarat sana sini, hingga terpaksa baca buku atas kapal terbang, rupa-rupanya dari pagi hingga ke malam, Anwar sibuk membaca buku.
Buku apa yang dibaca itu, hingga ke lewat malam ? Ini senarai tajuk buku yang ditulis Anwar;
1. A Common Word and the Future of Christian-Muslim Relations 2. Changing Course : A New Direction for US Relations with the Muslim World 3. The Future of US – Kurdish Relations 4. Interfaith dialogue: A Guide for Muslims 5. American Arabs and Political Participation 6. Tilson Tongue: More Mortgage Meltdown 7. Richard Haas: War of Necessity, War of Choice: A Memoir of Two Iraq Wars 8. Michael Sandel: Justice – What’s The Right Thing To Do?
Kalau diteliti satu persatu buku-buku yang dibaca untuk dijadikan bahan ceramah kita sudah dapat buat kesimpulan bahawa Anwar menggunakan hujah-hujah yang ditulis oleh orientalis/sarjana Amerika untuk menjustifikasi kaedah ke atas dunia Islam dari sudut 'demokrasi' dan 'persefahaman antara agama' (interfaith) khususnya di Timur Tengah.
Anwar mewakili Muslim (Amerika) yang bercakap kepada dunia Muslim supaya menyokong Amerika Syarikat. Dunia Muslim mesti menerima 'demokrasi' kerana dalam 'demokrasi' inti utamanya 'kebebasan' dan 'persefahaman antara agama'. Inilah kesimpulan daripada kesemua buku-buku yang dibaca oleh Anwar.
Tidak ada bahan rujukan Anwar yang anti-Amerika. Kesemuanya pro-Amerika untuk mencari strategi baru bagi menakluk dunia Islam.
Alahai Anwar...
Di Malaysia pun, kamu ghairah membawa demokrasi dan persefahaman antara agama(IFC), sanggup gadai kalimah 'ALLAH' kepada Kristian, bela Forum Memeluk Islam anjuran Bar Council, sokong Lina Joy, Siti Fatimah@Reevathi murtad dan gesa rakyat Malaysia supaya ambil IFC sebagai satu cara hidup!
Di Perth, Australia, kamu ghairah memperlekeh umat Islam yang berdemonstrasi mempertikaikan Kartun Darnish yang menghina Nabi Muhamad SAW. Kamu kata yang berdemonstrasi adalah umat Islam miskin di Pakistan yang terpaksa kumpul duit 15 tahun untuk beli sebuah motorsikal kecil. Betapa hinanya umat Islam yang berdemonstrasi membela Nabi Muhamad SAW di sisi kamu. Mentang-mentanglah kamu dibayar lumayan oleh Amerika, kamu sanggup menghina umat Islam sendiri.
Paling tak dapat diterima, mentang-mentanglah nak menjaga hati kaum Kristian, kamu mengatakan diri kamu pun memuja Jesus (Isa), bukannya memuja Nabi Muhamad SAW. Ini betul-betul ayat dajal!
Sekarang idea-idea "demokrasi Islam" yang kamu perkatakan di Malaysia dan Perth, kamu nak lanjutkan lagi keseluruh dunia Islam Timur Tengah, ke Doha, Baharain, Iraq, Iran, Kuwait, Sudan, Arab Saudi dan sebagainya.
Itulah sebab kamu dan kumpulan-kumpulan Islam moderat yang sealiran dengan kamu menghantar surat kepada Presiden Barack Obama pada 10 Mac 2009, supaya Amerika Syarikat memberi dana yang lebih kepada kumpulan kamu untuk melaksanakan 'demokrasi Islam' di Timur Tengah
Kandungan surat kumpulan kamu kepada Presiden Obama mendesak agar demokrasi Islam Islam dilaksanakan di Timur Tengah yang matlamat utama memperjuangkan kebebasan beragama, persamaan taraf lelaki-wanita, hak asasi manusia dan menguatkan golongan moderat/sekular serta memusnahkan golongan fundamentalis. Klik di sini
Alahai Anwar Ataturk,
Mentang-mentanglah kamu berlatarbelakangkan gerakan Islam (ABIM), akhirnya kamu merelakan diri diperalatkan oleh Yahudi/Nasrani untuk merosakkan Islam semula.
Sampai bila kamu menjadi penyambung lidah syaitan Amerika/Yahudi itu ? Sampai mata tertutup dan jasad ditelan bumi ?
Sabtu yang sibuk di Malaysia, pilihan kecil Bagan Pinang
Anwar seolah-olah lupa asal usul. Dia adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketua Pakatan Rakyat dan Ketua Ahli Parlimen Pembangkang Malaysia. Itulah tugas yang diamanahkan kepadanya di Malaysia , sebagai seorang ahli politikus!
Tetapi, pada hari Sabtu, ketika Parti Islam menghantar calon bertanding di Bagan Pinang, Anwar menyendiri di Amerika dengan membaca buku-buku, dari pagi hingga ke malam.
Tiada sekelumitnya rasa perihatinnya serta sokongan kepada calon Parti Islam, melainkan dia lebih mementingkan dirinya dan sahabat-sahabat Nasrani/Yahudinya di Amerika Syarikat!
Sepatutnya ketika calon Parti Islam bertanding, dia sebagai ketua PR, walaupun tidak dapat balik ke Malaysia(sibuk sangat ke? penting ke?), sekurang-kurang menghantar tulis kata semangat kepada calon Parti Islam di blog.
Nampak sangat calon Parti Islam tidak penting kepada Anwar dan seolah-olah sedang merestui agar calon Parti Islam kalah!
Sebab itu benar kata Karpal Singh, Anwar tidak layak jadi ketua PR, PR mesti mencari calon lain yang lebih berwibawa. Anwar perlu bertaubat!
Anwar mungkin tidak balik berkempen ?
Sebelum ini sudah terbukti, Anwar tidak balik mengiringi calon Parti Islam di Bagan Pinang. Dia tidak sibuk di Amerika, tetapi sengaja menyibukkan diri dengan buat sibuk-sibuk!
Hari ini, Anwar ada ceramah di Amerika. Itu pun buat-buat sibuk. Bukan dengan restu kerajaan Malaysia. Anwar bukan PM. Bukan TPM. Bukan Menteri Luar. Rasa-rasanya bukan juga dengan restu Parti Islam, tetapi tak tahulah kalau Parti Islam pun telah berubah sikap mahu mendapat pertolongan Amerika Syarikat dengan menghantar Anwar. Rasa-rasanya bukan. Jadi kalau semuanya bukan, Anwar sibuk di Amerika kerana siapa dan untuk apa serta bekerja kepada siapa ?
Anwar tulis, hari Rabu ini, dia masih sibuk berceramah di Amerika lagi. Alahai sibuk betul Anwar. Mentang-mentang dapat habuan lumayan, hingga ditinggal rakyat marhean di Bagan Pinang.
Ceh! Konon nak perjuang untuk rakyat marhaen, tetapi menetap di hotel, bersama borjuis-borjuis Yahudi!
Bermakna, sekiranya Anwar masih sibuk dengan urusan di Amerika sehingga ke Rabu ini, nampak gayanya Anwar tidak akan balik berkempen untuk calon Parti Islam yang akan membuang undi pada Ahad ini.
Tu dia, dari penamaan calon hingga kempen, Anwar langsung tak tolong calon parti Islam!
Inilah model terbaik ketua PR, pentingkan diri sendiri, berdiskusi untuk menyokong borjuis-borjuis Yahudi Amerika, tetapi dalam masa sama mengerahkan seluruh tenaga Parti Islam untuk memastikan kemenangan di Bagan Pinang.
Itulah maknanya peranan Anwar sebagai "perantara Timur dan Barat". Di Timur, Anwar pegang parti Islam, di Barat, Anwar pegang Yahudi. Anwar pula berada di tengah-tengahnya!
Tanpa disangka-sangka sebuah majalah The Economist, milik Yahudi (keluarga Rothschild) yang berpengkalan di London boleh berpaling tadah dan menggelarkan Anwar sebagai seekor binatang "The Chameleon'.
Dalam bahasa Melayu "The Chameleon" adalah binatang "Sesumpah" yang boleh bertukar warna, mengikut keadaan dan tempat.
Kita tidak tahu apakah motif majalah milik Yahudi itu menggelarkan Anwar sedemikian rupa. Chameleon atau sesumpah adalah binatang yang tidak boleh dipercayai kerana berubah watak mengikut tempat dan keadaan. Maknanya binatang itu tidak mempunyai pendirian yang jelas.
Dalam Utusan Malaysia, 5 Oktober 09, turut menyiarkan tulisan bekas pembantu Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengatakan Anwar kepanikan apabila majalah Yahudi menggelarkannya sebagai 'Malaysia's Chameleon' atau 'Sesumpah Malaysia', sehingga terpaksa ke Amerika Syarikat untuk membersihkan namanya. Amerika mengharapkan beliau (Anwar) membawa dan mengekalkan imej Islamik (bagi menarik sokongan masyarakat Islam terhadap AS) namun yang terjadi sebaliknya.
"Kini, dikhabarkan beliau (Anwar) sedang cuba meyakinkan mereka (AS) kembali serta memohon pertolongan daripada mereka untuk kes moralnya, buat kali kedua," katanya dalam blognya, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kini dilaporkan masih berada di AS sejak beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu untuk bertemu dengan beberapa pemimpin di sana termasuk bekas Naib Presiden negara itu, Al Gore. Klik di sini
Apa yang ingin disampaikan dalam laporan itu adalah Anwar gagal melaksanakan misinya di Malaysia untuk menarik majoriti kaum di Malaysia (Melayu/Islam) supaya menyokong Amerika Syarikat.
Anwar dan Parti Keadilan Rakyat dilihat oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai parti yang pro bukan Melayu yang merupakan kaum minoriti di negara ini, manakala kaum Melayu secara perlahan-lahan telah menolak Anwar dan partinya. Anwar juga menyedari perkara ini dan lebih berminat menarik kumpulan bukan Melayu, manakala kumpulan Melayu diserahkan sepenuhnya kepada PAS.
Kalau inilah andaiannya, mungkin logik. Kerana majoriti kaum di Malaysia adalah Melayu dan Anwar gagal memikatnya, sebaliknya Anwar berjaya memikat kaum minoriti iaitu Cina dan India serta kumpulan Kristian. Sedangkan majoriti kaum Melayu diserahkan kepada PAS yang diketahui umum sebagai anti Amerika Syarikat.
Kegagalan Anwar yang paling ketara apabila gagal mengotakan janjinya untuk mengambilalih kerajaan persekutuan dan menjadi PM, pada 16 September 2008. Sehingga ke hari ini, janji Anwar hanya tinggal janji sahaja.
Apakah ini yang dimaksudkan majalah The Economist sebagai 'Malaysia's Chameleon' ?
Apakah dengan menggelarkan Anwar sebagai 'Malaysia's Chameleon' itu bermulalah siri serangan media Yahudi ke atas Anwar ?
Kenapa pula media Yahudi perlu menyerang Anwar, sedangkan media rangkaian Yahudi termasuk Time, pernah menobatkan Anwar sebagai 100 manusia paling berpengaruh di dunia ? Klik di sini
Malah, The Jerusalem Post, sebuah akhbar harian Israel pernah meramalkan Anwar sebagai 'Bakal Perdana Menteri Malaysia' pada 20 Mac tahun lalu. Klik di sini
Tetapi apabila rencana terbaru majalah The Economist pada 30 Julai 2009, yang mula menyindir Anwar sebagai sesumpah, tentunya akan mengundang seribu persoalan.
Adakah ini petanda, bermulanya ketidakpercayaan Yahudi kepada Anwar yang gagal melaksanakan misinya ?
Apakah Anwar berjaya menyakinkan semula rangkaian Yahudi, setelah berkampung lebih daripada seminggu di Amerika Syarikat ? Dan sehingga sekarang Anwar masih belum pulang ke Malaysia, meninggalkan semua acara penting di Malaysia, termasuk mengadakan 'Rumah Terbuka' (yang setiap tahun dilakukan) dan meninggalkan acara mengiringi calon PAS di Bagan Pinang, walaupun sepatutnya Anwar hadir sebagai komitmen sebagai ketua PR
Apa yang sebenarnya dilakukan oleh Anwar di Amerika Syarikat, sehingga sanggup berkampung lebih daripada seminggu ? Kenapa Anwar begitu terdesak berkampung di Amerika Syarikat dan meninggalkan semua urusan politik di Malaysia ?
Setakat hari ini, cabaran www.umno-reform2.com mengenai siapa cuba menjatuhkan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor masih lagi tidak dijawab oleh Nazree Yunus – Pengerusi GERAK. Mungkin kita terlalu kecil untuk pengerusi itu menjawab tetapi pendedahan terus akan dilakukan.
Setakat ini PAS masih senyap apabila kami menuduh mereka terlibat dalam konspirasi menjatuhkan MB Selangor. Namun antara nama yang kami terima – nampak bersetuju untuk MB Selangor di ganti adalah Azmin Ali, Hasan Ali dan wakil mereka dikatakan hadir membantu usaha untuk menjatuhkan Khalid. Secara teori tikal kejatuhan Khalid akan memberi laluan kepada 2 calon lain untuk jawatan MB Selangor – Azmin Ali dan Hasan Ali. Ini secara kolektif dari bahan temu bual yang kami himpunkan – dan cara-cara yang digunakan amat adalah berbeza.
Jentera parti Selangor dengan kepimpinan PRK di gunakan oleh Azmin – menurut satu kenyataan yang kami terima dan PAS menggunakan GERAK untuk terus menjatuhkan Khalid. Sebenarnya justifikasi untuk mendesak Khalid Ibrahim undur juga timbul dari kalangan golongan reformasi.
Dalam isu GERAK – kami telah mencabar Sdra Nazree Yunus untuk mendedahkan, kerana sekiranya tidak maka kemungkinan dalam saman Khalid terhadap GERAK maka perkara ini akan muncul juga. Untuk tujuan itu, kami sekali lagi mencabar Nazree untuk tampil ke hadapan kerana nama-nama berikut mungkin amat signifikan bagi Pengerusi Gerak dalam isu mendakwa Khalid Ibrahim dalam isu rasuah lembu dan kereta.
Adakah Nazree ingat pada nama-nama berikut : Setiausaha Politik kepada Tn Hj Hadi Awang, Roslan SMS – PAS Selangor. Kami mendapat maklumat dan kami juga mempunyai sebab nama-nama berikut kami keluarkan kemungkinan untuk menyegarkan ingatan Nazree dalam isu pembabitan PAS dalam usaha menjatuhkan Khalid Ibrahim.
Ramai yang sudah tahu Anwar sanggup meninggalkan penyokongnya dan parti komponen Komplot Pembangkang,PAS yang kini berkempen untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang untuk beraya bersama-sama rakan-rakan yahudi beliau di Amerika Syarikat demi meminta 3 talian nyawa daripada mereka iaitu ;
1) Membersihkan imejnya yang tercemar kerana pembohongan 16 September. 2) Bajet Politik Pembangkang dan kelengkapan Pilihanraya Kecil. 3)Mendapatkan nasihat dan pertolongan mengenai kes Liwat yang bakal berlangsung.
Untuk mengaburi kita semua pelbagai laporan dan titipan perjalanan ditulis di dalam blog beliau bagi menunjukkan beliau kini sibuk memperjuangkan agama Islam di peringkat antarabangsa. Sedangkan sudah menjadi rahsia umum, Anwar kini sedang sibuk melobi rakan-rakan yahudi beliau di Amerika kerana dikatakan mereka semakin hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim selaku pejuang Islam.
Buktinya akhbar The Economist milik yahudi di Amerika Syarikat sanggup menggelar beliau dengan gelaran Malaysia's Chameleon iaitu sesumpah, binatang yang dapat menukar warna kulit badannya mengikut tempat dan suhu.
Adakah Anwar seperti sesumpah?
Gelaran ini diberikan ada asasnya kerana Anwar telah membuktikan kejayaan beliau dengan merampas pentadbiran negara pada 16 September 2008 dengan mengumpul 30 kerusi dibeli dari IKEA dan menubuhkan kerajaan Mat Jenin pertama Malaysia.
Terbaru jawatan yang dijanjikan beliau kepada Salleh Man calon PAS PRK Permatang Pasir iaitu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang telah diberikan kepada orang lain. Sebagai alasan untuk menutup malu,Yang Dipertuan Agong dikatakan telah memperkenankan calon lain iaitu bekas pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Ellias Zakaria sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebelum PRK Permatang Pasir.
Persoalan Kumbang, jika benar sudah ada calon lain kenapa berjanji kepada penduduk Permatang Pasir?
Adakah jika PAS menang di Bagan Pinang mereka akan menerima nasib yang sama?
Apakah janji yang akan diucapkan selepas ini?
Anwar yang digelar sebagai sesumpah yang dapat menukar warna kulit badannya mengikut tempat dan suhu juga sering dikatakan menukar intonasi percakapan dan janji apabila berucap di hadapan majoriti kaum yang berbeza.
Jika berada di kawasan orang Cina dan India. Anwar berucap "Ini Malaysia Melayu Punya,Cina Punya,India Punya" maka beliau melaksanakan apa yang beliau ucapkan khas kepada masyarakat India dengan hilangnya Kampung Buah Pala daripada peta Pulau Pinang.
Jika berada di kawasan orang melayu Anwar berucap "Siapa kata saya tak perjuangkan orang Melayu dan Islam?" Maka beliau melaksanakan apa yang beliau ucapkan ini pula dengan memarahi Zulkifli Nordin yang menyertai bantahan Forum Memeluk Islam tahun lalu dan berdiam diri apabila Ronnie Liu mengisytiharkan bahawa beer halal.
Inilah hakikat yang sedang dinikmati oleh penduduk Pulau Pinang, Selangor,Kelantan dan Kedah. Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Komplot Pembangkang yang hanya tahu berjanji dan berretorik tentang keadilan dan berkebajikan.
Tetapi hasilnya hanya "cakap tak serupa bikin" dan kini rakyat Kedah menderita kerana Sampah, Selangor yang semakin Bankrupt, Pulau Pinang menghapuskan Kampung Buah Pala dari peta dunia dan rakyat Kelantan terus dilanda kemiskinan.
Adakah ini dinamakan keadilan dan berkebajikan?
ntuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini.
Sejak dari awal kes Liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim timbul AS telah mula menunjukkan minat untuk memberi ‘bimbingan’ terhadap kerajaan Malaysia. Tom Casey jurucakap Jabatan negara Amerika Syarikat dipetik sebagai berkata,
"The main point for us is that the rule of law needs to stand above politics," (Yang penting bagi kami (US) adalah kedaulatan undang-undang perlu mengatasi politik)[NST 08/07/01]
"And we would certainly oppose any use of law enforcement or judicial procedures for anything other than legitimate purposes of the law," (Kami sesungguhnya menentang segala bentuk penguatkuasaan undang-undang dan tatacara perundangan melainkan untuk keperluan undang-undang yang sah).[NST 08/07/01]
Komen AS tersebut terus mendapat reaksi balas dari (bekas) Menteri Luar Malaysia, Dr Rais Yatim yang telah menghantar surat bantahan kepada AS dan menggesa agar kuasa dunia tersebut tidak mencampuri urusan dalaman sesebuah negara.
Niat AS untuk campur tangan semakin jelas apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa secara rasmi pada 7 Ogos 2008. Keputusan pejabat peguam negara mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim amat tidak disenangi oleh Amerika Syarikat. Seorang pegawai Jabatan Negara berkata,
"Kita memandang berat banyak persoalan serius yang dibangkitkan di Malaysia, termasuk oleh Majlis Peguam, berhubung kes ini," [Malaysiakini 08/08/08]
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Nashville, Tennessee, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore menuduh kerajaan Malaysia melakukan serangan peribadi supaya pemimpin parti politik pembangkang yang efektif tidak dapat bersuara. [Mstar08/08/07]
Campur tangan terbaru ini telah menyebabkan Wisma Putra mengadakan siri penerangan di luar negara untuk menjawab persepsi negatif yang dihamburkan terhadap kerajaan Malaysia. Tekanan yang dikenakan terhadap Malaysia bukanlah suatu yang baru, dahulu sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh untuk kes yang sama pada tahun 1998 AS amat berminat untuk membela Anwar.
AS cuba bertindak sebagai penyelamat kepada kemelut yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia dengan berjalan seiring dengan aspirasi gerakan reformasi.
AS sebenarnya menunggu saat dan ketika untuk melebarkan pengaruhnya di Malaysia, perkiraan politiknya untuk menguasai Selat Melaka sebagai jalan perdagangan yang menghubungkan antara China dan Eropah masih menjadi impian yang tidak pernah padam.
Dengan ‘bergerak seiring’ dengan gerakan popular di Malaysia, AS cuba untuk menonjolkan dirinya sebagai polis dunia. Taktik yang sama juga digunakan oleh AS di Iraq, dengan slogan kebebasan, rakyat Iraq terpesona namun akhirnya kebebasan yang diharapkan oleh rakyat Iraq tidak pernah kunjung tiba.
Agak menghairankan mengapa AS tidak berminat terhadap ratusan lagi orang lain yang kena dakwa di Malaysia, walaupun terdapat dari kalangan yang didakwa ialah orang-orang politik yang berpangkat tinggi?
Apa yang tidak kena dengan undang-undang di Malaysia menurut pandangan AS, walhal undang-undang di Malaysia adalah sama dengan undang-undang yang diterapkan di AS?
Apakah ‘undang-undang’ yang menjadi minat Amerika atau ‘Anwar Ibrahim’ itu sendiri?
Kami sedang mengumpul dana untuk server AIDC blog. Sesiapa yang berminat boleh salur sumbangan anda ke no akaun BANK ISLAM - 1303 5010 0580 99 (TETUAN AIDC MANAGEMENT).