MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Okt 2009

Kenapa Anwar Ataturk tidak balik iringi calon PAS di Bagan Pinang ?



Penamaan calon Parti Islam di Bagan Pinang semalam diiringi oleh Haji Hadi Awang (Presiden PAS), Salahudin Ayub (Naib Presiden PAS), Mustafa Ali (Setiausaha Agong PAS),Dr Zulkifli Ahmad (Pengarah Penyelidikan PAS Pusat) dan lain-lain pemimpin PAS Pusat dan negeri. Manakala PKR pula diwakili oleh Azmin Ali (Naib Presiden), Mustafa Kamil Ayub(Naib Presiden) dan Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor).

Anwar tidak ada dalam majlis mengiringi calon Parti Islam itu. Anwar ketika ini masih 'seronok' berada di Amerika Syarikat. Sehingga ke tarikh penamaan calon (3 Oktober), Anwar sudah 8 hari berada di Amerika Syarikat. Bila Anwar nak balik ke Malaysia, belum tahu lagi, sama ada sebelum pengundian atau selepas pengundian ?

Persoalannya kenapa Anwar Ataturk tidak berminat balik mengiringi calon Parti Islam ?

Pertama : Taraf Anwar sebagai bakal PM tidak perlu 'mencemar duli' untuk menghadiri penamaan calon Parti Islam. Taraf Anwar, selaku ketua PR dan ketua pembangkang hanya layak bersidang di Amerika Syarikat, bersama pemimpin-pemimpin Yahudi, termasuk Al Gore dan Richard Haass dari CFR.

Kedua : Taraf Haji Hadi Awang, Presiden Parti Islam hanya setaraf dengan Azmin Ali, Naib Presiden parti Amerika (PKR). Itupun belum layak lagi kerana Parti Islam menghantar ramai tokoh-tokoh besar parti iringi calon, tetapi Parti Amerika hanya hantar Azmin dan Mustafa Kamil Ayub. Wan Azizah (Presiden) tidak hadir, Dr Syed Husin Ali (Timbalan Presiden) pun tidak hadir.

Ketiga : Tugas Anwar sebagai ketua PR adalah melaporkan perkembangan semasa apa yang terjadi di Bagan Pinang kepada Al Gore dan Richard Haas, kerana Al Gore dan Richard Haas bertugas memantau perkembangan terkini luar negara untuk dilaporkan kepada Presiden Obama, manakala tugas Haji Hadi, Presiden Parti Islam adalah untuk bekerja bermati-matian memenangkan calon PR di Bagan Pinang.

Keempat : Jika calon Parti Islam telah menang, Anwar akan laporkan kepada Amerika, lihat calon kita telah menang. Parti Islam telah membuktikan mereka menurut arahan saya, mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kepada saya bahawa Parti Islam sekarang pro Amerika. Jika calon parti Islam tewas, lihat tanpa saya, parti Islam tiada kekuatan, kemenangan sebelum ini bukan aura Parti Islam, tetapi aura saya yang bernama Anwar Ibrahim!

Kelima : Anwar cuba sabotaj. Tanpa kehadirannya, Anwar mahu lihat sejauh manakah calon parti Islam akan mampu berjaya memenangi pilihanraya kecil itu. Jika selepas ini, calon Parti Islam tewas, parti Islam perlu akur dengan kehebatan aura Anwar Ataturk. konco-konco parti Islam seperti Dr Hassan Ali tidak perlu lagi membuat onar di Selangor, membuat drama bersiri untuk tunjuk lagak sebagai hero. Sekarang sudah terbukti, lakonan tidak berjaya, jadi Parti islam wajib mendengar arahan Anwar sebagai Ketua PR dan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat seratus peratus!

Keenam : Anwar tidak pentingkan masalah PR. Tidak peduli apa yang terjadi di Selangor. Apa yang terjadi di Bagan Pinang. Dia hanya pentingkan dirinya sahaja. Dia sedang melobi untuk mendapat pertolongan Amerika bagi menghadapi kes liwatnya nanti. Kes liwatnya lebih penting daripada kes-kes lain.

Berdasarkan keenam-enam faktor di atas, apakah faktor yang paling munasabah kepada Anwar tidak balik mengiringi calon PAS ?

Apakah ada faktor-faktor lain yang difikirkan logik ?. Kalau ada sila senaraikan di sini

sumber - NTanwar

Tiada ulasan: