MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Okt 2009

Anwar putar belit sejarah penubuhan UIA

Dari kiri sedang duduk, A. Hamid Abu Sulaiman, Jamal Barzinji dan Anwar Ibrahim


Bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Datuk Dr Ariffin Suhaimi meminta semua pihak agar tidak memutar belitkan sejarah penubuhan universiti itu bagi kepentingan politik masing-masing.

Beliau berkata penubuhan UIA adalah ilham Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang telah mencadangkan penubuhannya di Emiriyah Arab Bersatu semasa lawatan rasmi ke Asia Barat pada Januari 1982.

"Fakta di atas perlu saya jelaskan kerana ada pihak yang memutarbelitkan sejarah penubuhan UIA (dengan menyatakan bahawa ia) sebagai hasil usaha dan ilham Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan.

Ariffin berkata kertas cadangan terperinci penubuhan universiti itu telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan yang ketika itu diterajui oleh Datuk Amar Dr Sulaiman Daud.

"Saya telah dilantik sebagai projek-koordinator untuk penubuhan universiti itu pada April 1982 dan tugas ini telah saya lakukan di bawah arahan Dr Sulaiman," katanya.

UIA telah ditubuhkan secara rasmi pada 20 Mei 1983. Rektornya yang pertama ialah Muhammad M. Abdul Rauf.

Menurutnya, Anwar hanya terlibat secara langsung dengan UIA apabila beliau dilantik sebagai Presiden universiti itu pada 1988 bagi menggantikan allahyarham Tun Hussein Onn.

Beliau berkata Anwar selepas itu telah melantik sahabatnya Dr AbdulHamid AbuSulayman, seorang warganegara Arab Saudi yang menetap di Washington, Amerika Syarikat sebagai Rektor UIA.

"Di bawah pentadbiran Rektor ini (Dr AbdulHamid), pelaksanaan konsep pendidikan Islam menjadi kabur dan diketepikan," katanya.

Menurut beliau, konsep pendidikan yang dianjurkan oleh Dr AbdulHamid ialah "Intellectualization of Islam" iaitu satu konsep yang bercanggah dengan falsafah asal universiti berkenaan.

"Pada hemah saya konsep "Intellectualization of Islam" ini adalah konsep "Westernization of Islam" dan, jika ada orang yang bertanggungjawab memesongkan dasar falsafah UIA, (dia) ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui sahabatnya Dr AbdulHamid," katanya.

Beliau berharap pentadbiran UIA yang baru selepas ini akan berusaha meletakkan kembali UIA kepada dasar falasafahnya yang asal seperti dicadangkan oleh Dr Mahathir.

Dr AbdulHamid yang meletak jawatan pada tahun ini telah digantikan oleh seorang rakyat Malaysia iaitu Prof Dr Mohd Kamal Hassan.

Jawatan Anwar sebagai Presiden UIA juga telah diambil alih oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak.

sumber - geocities.com

Artikel lain berkaitan :

. Siapa Lantik Aminah Wadud bekerja di UIA ?

. Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anwar hanya pernah menjadi presiden UIA .
Anwar diingati apabila kerap kali menyemarakkan semangat mahasiswa di UIA dengan idealogi beliau sehinggakan ramai pengikutnya di sana.

Cuma itu. penubuhan UIA beliau tiada kena mengena. Seperti perhimpunan bersih Anwar tiada kena mengena, hanya menempel dan cerita satu dunia macam itu semua kerja dia.