MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Okt 2009

Apabila Yahudi sudah tidak percaya janji Anwar Ataturk..



Oleh Analisisringan, AIDCclub

Ramai yang sudah tahu Anwar sanggup meninggalkan penyokongnya dan parti komponen Komplot Pembangkang,PAS yang kini berkempen untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang untuk beraya bersama-sama rakan-rakan yahudi beliau di Amerika Syarikat demi meminta 3 talian nyawa daripada mereka iaitu ;

1) Membersihkan imejnya yang tercemar kerana pembohongan 16 September.
2) Bajet Politik Pembangkang dan kelengkapan Pilihanraya Kecil.
3)Mendapatkan nasihat dan pertolongan mengenai kes Liwat yang bakal berlangsung.

Untuk mengaburi kita semua pelbagai laporan dan titipan perjalanan ditulis di dalam blog beliau bagi menunjukkan beliau kini sibuk memperjuangkan agama Islam di peringkat antarabangsa. Sedangkan sudah menjadi rahsia umum, Anwar kini sedang sibuk melobi rakan-rakan yahudi beliau di Amerika kerana dikatakan mereka semakin hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim selaku pejuang Islam.

Buktinya akhbar The Economist milik yahudi di Amerika Syarikat sanggup menggelar beliau dengan gelaran Malaysia's Chameleon iaitu sesumpah, binatang yang dapat menukar warna kulit badannya mengikut tempat dan suhu.

Adakah Anwar seperti sesumpah?

Gelaran ini diberikan ada asasnya kerana Anwar telah membuktikan kejayaan beliau dengan merampas pentadbiran negara pada 16 September 2008 dengan mengumpul 30 kerusi dibeli dari IKEA dan menubuhkan kerajaan Mat Jenin pertama Malaysia.

Terbaru jawatan yang dijanjikan beliau kepada Salleh Man calon PAS PRK Permatang Pasir iaitu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang telah diberikan kepada orang lain. Sebagai alasan untuk menutup malu,Yang Dipertuan Agong dikatakan telah memperkenankan calon lain iaitu bekas pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Ellias Zakaria sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebelum PRK Permatang Pasir.

Persoalan Kumbang, jika benar sudah ada calon lain kenapa berjanji kepada penduduk Permatang Pasir?

Adakah jika PAS menang di Bagan Pinang mereka akan menerima nasib yang sama?

Apakah janji yang akan diucapkan selepas ini?

Anwar yang digelar sebagai sesumpah yang dapat menukar warna kulit badannya mengikut tempat dan suhu juga sering dikatakan menukar intonasi percakapan dan janji apabila berucap di hadapan majoriti kaum yang berbeza.

Jika berada di kawasan orang Cina dan India. Anwar berucap "Ini Malaysia Melayu Punya,Cina Punya,India Punya" maka beliau melaksanakan apa yang beliau ucapkan khas kepada masyarakat India dengan hilangnya Kampung Buah Pala daripada peta Pulau Pinang.

Jika berada di kawasan orang melayu Anwar berucap "Siapa kata saya tak perjuangkan orang Melayu dan Islam?" Maka beliau melaksanakan apa yang beliau ucapkan ini pula dengan memarahi Zulkifli Nordin yang menyertai bantahan Forum Memeluk Islam tahun lalu dan berdiam diri apabila Ronnie Liu mengisytiharkan bahawa beer halal.

Inilah hakikat yang sedang dinikmati oleh penduduk Pulau Pinang, Selangor,Kelantan dan Kedah. Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Komplot Pembangkang yang hanya tahu berjanji dan berretorik tentang keadilan dan berkebajikan.

Tetapi hasilnya hanya "cakap tak serupa bikin" dan kini rakyat Kedah menderita kerana Sampah, Selangor yang semakin Bankrupt, Pulau Pinang menghapuskan Kampung Buah Pala dari peta dunia dan rakyat Kelantan terus dilanda kemiskinan.

Adakah ini dinamakan keadilan dan berkebajikan?

ntuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini.

sumber - analisisringan


Tiada ulasan: