Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal
23 May
Malam tadi, saya, Azizah dan keluarga meraikan sahabat kami Dr A. Hamid Abu Sulaiman dan isterinya Faekah serta Dr Jamal Barzinji dan isterinya Suzanne bersama keluarga dan teman-teman lama termasuk dari ABIM, JIM, Persatuan Profesional Muslim pensyarah UIA.
Kedua mereka pernah aktif dalam FOSIS dan MSA US dan Canada. Kami bersama di bawah pimpinan Almarhum Prof Ismail al Faruqi dan kemudiannya Sheikh Taha Jabir Al-Elwani.
Namun saya gembira kerana setelah dipaksa berundur dari jawatan Rektor UIA 10 tahun lalu, baru kini beliau diberikan anugerah.
ANWAR IBRAHIM
Satu tulisan menarik menyingkap sejarah lama..
Siapakah sahabat-sahabat Anwar yang disenaraikan di atas...Apakah benar perkenalan Anwar dengan sahabat-sahabat itulah bermulanya titik pemisah antara Anwar dan PAS..
Dr A. Hamid Abu Sulaiman, Dr Jamal Barzinji, Almarhum Prof Ismail al Faruqi, Sheikh Taha Jabir Al-Elwani dan Anwar Ibrahim sendiri adalah pengasas IIIT (The International Institute of Islamic Thought ).
Mentor mereka adalah Almarhum Prof Ismail al Faruqi, bekas Professor of Religion di Universiti Temple Amerika Syarikat.
IIIT Ditubuhkan di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat pada tahun 1981.
Pada tahun 1982 pula Anwar sertai UMNO yang dianggap sebagai peristiwa paling mengecewakan kepada pendokong gerakan Islam terutamanya PAS.
Tragedi 1982
Subki Latif (bekas pesuruhjaya PAS Wilayah) menamakan tahun 1982 sebagai tragedi malang gerakan Islam kerana sejak Anwar umum masuk UMNO (1982) gerakan Islam berpecah kepada dua iaitu satu kumpulan menyokong PAS dan satu kumpulan lagi sokong UMNO.
Sedangkan sebelum itu Subki Latif (bekas wartawan Utusan Malaysia) meramalkan Anwar sebagai Presiden PAS menggantikan Dato Asri Muda (Presiden PAS yang dianggap nasionalis) dalam salah satu buku politiknya.
Sabery Chik, Husam Musa, Roslan Kasim yang menjadi aktivis PMIUM di UM ketika itu merujuk "Tragedi 1982" sebagai zaman perpecahan gerakan Islam yang diceritakan peristiwa di "rumah Concita" PJ, penyokong ABIM dan PAS telah menggunting tilam terbelah dua, sedangkan sebelum ini mereka tidur satu bantal, satu tilam.
Sebenarnya banyak aktiviti Anwar di peringkat antarabangsa khususnya di Amerika Syarikat tidak diketahui oleh penyokong bawahan PAS. Kalau terdengar pun mereka akan menolak mentah-mentah dan dianggap sebagai fitnah kerana lebih terpedaya dengan kata-kata Anwar berucap di depan para penyokong PAS.
Memang menjadi kebiasaan Anwar, suka bercakap dalam nada yang samar-samar supaya mempunyai ruang untuk menyelamatkan diri. Anwar lebih suka menyembunyikan identitinya khususnya hubungan dengan pihak luar yang dianggap menjadi musuh PAS.
Misalnya coretan Anwar mengenai "Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal", Anwar tidak menceritakan secara jelas siapakah mereka dan kaitan dengan IIIT.
Jika ditulis mereka adalah IIIT, akan terbuka lagi satu ruang mengenali siapakah Anwar dan fail lampau akan mula terselak.
Pada tahun 1981, "geng Islam Amerika" (diketuai almarhum Ismail Faruqi) menubuhkan IIIT, di Amerika Syarikat.
Hal ini tidak diketahui penyokong PAS. Mereka hanya tahu Anwar menubuhkan PKPIM (1968) dan ABIM (1971).
Manakala PKPIM & ABIM pula dikaitkan dengan PAS.Sedangkan dalam masa sama, Anwar ke luar negara bergiat dengan WAMY dan menubuhkan IIIT yang amat berlawanan dengan konsep dipejuangkan PAS.
Rundingan Anwar ke UMNO
Almarhum Ismail Faruqi, datang ke Malaysia pada 1981 dan mengadakan rundingan dengan Dr Mahathir untuk membincangkan kemasukan Anwar ke dalam UMNO.
Tulisan Zafar Bangash, disiarkan dalam Muslimmedia 1998 menyebut;
"The other, much larger issue is the question of how Anwar had ended up in Mahathir's cabinet in the first place. This marriage of convenience was comsumated by the late Ismail R Faruqi. The year was early 1981 when professor Faruqi was visiting Malaysia.
It was professor Faruqi's desire to get Anwar and Mahathir together (Anwar had been a student of Faruqi's). Mahathir had a number of conditions which he outlined in a letter date January 11, 1981, to Faruqi, who was then staying at the Kuala Lumpur Hilton, before taking Anwar onboard. These were:
1: ABIM must cease all association with PAS or other political parties; there should be no members from either group in the other, nor should ABIM members fight elections on PAS tickets.
2: ABIM should not condemn the New Economic Policy as un-Islamic but should instead clearly and openly support government attempts to better the lot of the Malay/Muslims and bumiputra in the economic and education fields;
3: ABIM should not condemn the Malay Educational policy.Almarhum juga berbalas-balas surat dengan Anwar mengenai rundingan masuk UMNO"
Untuk membaca surat-surat Dr Mahthir, Almarhum Faruqi dan Anwar. Sila klik laman Anwarlink bahagian surat lama.
Sedangkan dalam ceramah-ceramah Anwar di pentas PAS, beliau dengan penuh pujian mengaku gurunya tidak lain tidak bukan adalah pendokong-pendokong PAS.
Anwar penuh semangat sebut nama almarhum ustaz Fadzir Nor, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan beberapa lagi nama tokoh2 PAS yang berpengaruh. Penyokong PAS pun bertakbir!
Walhal guru dan sahabat Anwar sebenar adalah rakan-rakannya dalam IIIT, berpengkalan di Amerika Syarikat!
Betul-betul double standard! Siapa penipu dan siapa kena tipu ?
Selepas ketiadaan almarhum al-Faruqi, IIIT diketuai oleh Sheikh Taha Jabir Al-Elwani. Dr Jamal Barzinji pula dilantik sebagai Naib Presiden IIIT.
Semasa Anwar menjadi TPM dan Presiden UIA, beliau melantik A. Hamid Abu Sulaiman sebagai rektor UIA dan ditubuhkan IIIT cawangan Malaysia di UIA PJ.
Sejarah ini dirakamkan sepintas lalu dalam video Siapa Anwar (siri 3)
IIIT sendiri pernah didakwa mempunyai link dengan Al-Qaeda pada tahun 2003, tetapi segera dinafikan oleh Wan Azizah (mewakili Anwar di penjara) menegaskan IIIT bukan teroris.
Benar, seperti kenyataan Wan Azizah, IIIT tiada link dengan al Qaeda, sebaliknya mempunyai link secara langsung dengan kerajaan Amerika.
Taha Jabir al Alwani dan Jamal Barazanji adalah bekas board of directors CSID (The Center for Study of Islam and Democracy)yang ditaja oleh NED dan USAID.
Untuk lebih memahami apa itu CSID dan Islam Moderate, sila lihat video "siapa Anwar" siri 4 dan siri 5.
Taha Jabir al Alwani adalah Presiden Cordoba Universiti Amerika Syarikat yang giat mempromosi Muslim-Christian Understanding dengan kerjasama Washington Theological Consortium.
Usaha-usaha Muslim-Christian Understanding mendapat tajaan penuh daripada Yayasan Amerika yang dinamakan Carnegie Corporation of New York.
John Hopkins Universiti, tempat Anwar (School of Advanced International Studies -SAIS) turut disenaraikan sebagai penerima dana Carnegie Corporation of New York. Beliau dicadangkan oleh Paul Wolfowitz yang pernah menjadi dekan SAIS, John Hopkins Universiti.
Kemudian Anwar berpindah di Center of Muslim and Christian Understanding (CMCU), Georgetown Universiti di bawah seliaan John Esposito (anak buah almarhum Ismail al Faruqi)
Anwar pendokong IFC ?
Di Amerika, kumpulan IIIT dikenali sebagai pelopor Muslim-Christian Understanding, tetapi di Malaysia kumpulan ini dikenali pula sebagai pelopor Interfaith Council (IFC), diusahakan oleh Malaysian Interfaith Network (MIN) dan ditaja Yayasan Jerman, Konrad Adenuer Foundation (KAF).
Selain menubuhkan IIIT cawangan Malaysia di UIA PJ, Anwar turut menubuhkan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) sebagai kelangsungan IIIT Amerika Syarikat.
Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali, dekan ISTAC bersama-sama dengan Anwar Ibrahim menandatangani Amman Interfaith pada Julai 2006.
Di Malaysia pula, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali lebih dikenali pelopor IFC dan menjadi ahli jawatankuasa MIN .
Anwar pula mengelakkan diri daripada majlis berkaitan MIN dan IFC, kerana menjaga status politiknya bersama PAS tetapi kenyataan-kenyataan media berkaitan dengan interfaith, suara Anwar lebih kepada lidah IFC!
Oleh itu tidak hairanlah Charles Kurzman, Professor of Sociology at University of North Carolina di Chapel Hill, Amerika Syarikat (Antara pelopor Islam Liberal) menyenaraikan Anwar dan IIIT sebagai rangkaian Islam Liberal dalam bukunya "Liberal Islam" 1998, terbitan Oxford University Press.
Isyarat Mohamad Sabu
Jadi apa agenda Anwar Ibrahim dan sahabat-sahabat IIIT ke atas dunia Islam ? Adakah agenda IIIT sama dengan agenda PAS?
Sehingga pada tahun 1998, Mohamad Sabu (sekarang Naib Presiden PAS) menyeru kepada penyokong PAS supaya berhati-hati dengan Anwar kerana Anwar dituduh bawa agenda Islam Amerika!
Apa salahnya Islam Amerika ?
Apakah Mohamad Sabu dapat mengesan bau sebenar "Anwar Ibrahim" kerana beliau juga bekas aktivis ABIM?.
Adakah Beliau lebih mengetahui siapakah Anwar kerana pernah berada dalam inner circle demonstrasi dan ABIM, berbanding dengan penyokong biasa yang mula mengetahui apabila telah terbukti seperti tragedi 1982..
Apakah Mohamad Sabu, memberi amaran supaya berhati-hati dengan Anwar kerana beliau boleh bertukar kulit mengikut kesesuaian tempat dan masa ?
Barangkali ketika inipun Mohamad Sabu juga telah menghidu bau nafas Anwar bersama Yahudi, ketika ternampak kelibat Paul Wolfowitz saling mengenyit mata di Munich ?
Barangkali juga penyokong PAS biasa masih menolak mentah kaitan Anwar-Yahudi kerana terpedaya dengan kata-kata lunak Anwar berbaur al Quran dan Hadis di pentas-pentas PAS..
Biasalah kebenaran ambil masa lama untuk terselak, kecuali setelah muncul pengumuman dari mulut Anwar seperti tragedi 1982..
Persoalannya adakah Anwar akan mengakui hubungan sulitnya itu sedangkan sikapnya suka menyembunyikan identiti sebenar dirinya..
Anwaribrahimdotcom
27 Mei 2008
8 ulasan:
You see, naivety doesn't sell an idea. And neither pettiness make learned people look down upon themselves by buying cheap conspiracie. If we were to say Anwar met Wolfowitz,what will we say about Mahathir paying for that in order to meet Bush, the father of Paul, and in the process using our money?
http://www.theage.com.au/news/world/did-mahathir-pay-16m-to-meet-bush/2006/02/15/1139890806086.html?page=2
Ali Baba has given a detailed info on the above issue.
The Hidden Side: Why Did Mahathir Pay $1.6 M To Jewish Lobbyists?
More expose:
The Hidden Side: Is Dr Mahathir A Freemason? Why Support Atatürk
Don't share the secret with others. Ok?
Why Did Khairy Choose The Emperor's New Clothes' Name For His Boutique: Secret
salam semua....
Sollu Alannabiy !!!! SElawat atas Nabi..
Nape? sbb syaitan dok dlm hati x selawat nabi.
Orang Arab jika bergaduh, dia akan kata 'sollu alannabiy'
tanda dia mahu berdamai...
kita ?? bila lagi ??
nak terus bergaduh ?
Ezam masuk UMNO nak kecoh ?
Tun Mahathir keluar nak heboh?
apa ni ? kata nak jaga ketuanan melayu agama negara tapi dok bergaduh...
mcm mana tak bergaduh hati dok pelihara syaitan ....
sembahyang tak tahu ke mana...
harta halal haram tak kira...
hasad dengki disimpan...
iri hati tak ada link dgn org berkuasa.
mcm 2 lagi cinta dunia ..
sampai orang nak tadbir negeri susah ...
kalu negara tergadai siapa salah ??
semua yg dok tulis dan heboh bab nak biar kita semakin bergduh.
itulah pengkhianat sebenarnya...
dengar bisikan iblis hingga negara huru hara...
maaflah cakap kasar sikit tetapi itulah pahit bak ubat bagi penyakit.
Mari kita menulis rapatkan hubungan sama kita dan buang sengketa...
Kita sudah tiada masa....Melayu kan gagah di Nusantara jika kita sedar kita menjadi mainan orang tertentu agar sibuk bergaduh di tengah gelanggang bak ayam sabung...
sekarang cari 'batu api' yang menghasut kita...
buang 'munafik' ini dari terus duduk dalam negara....
singkirkan orang ini...nanti jika dibiar negara akan huru hara.
Panglima Perang Cyber
salam..
terima kasih atas pandangan..sepatutnya semua berpandangan begitu seperti yang anda sarankan..
cuba juga toleh kepada parti pembangkang..adakah mereka pratikkan saranan anda..
mat sabu misalnya, apa isi kandungan ceramahnya..dulu kini dan selamanya..apa isinya..
bukankah semasa anwar berada dalam umno, mat sabu yang tuduh anwar ibrahim al juburi??? bukankah beliau yang popularkan label tu...
anwar sendiri pun manusia..bukan malaikat, bukan nabi atau rasul..apa isi kandungan ceramahnya..
apa yang ditohmah kepada Tun M, najib dan pak lah, malah kepada semua pemimpin umno..
kapal selam..altantuya..kroni..rasuah..betulkah semua tuduhan tu..adakah benar2 shahih fitnah atau fakta??
adakah ceramah2 mat sabu atau anwar itu bertujuan utk menyatukan "perpaduan' atau "memecahbelahkan" ?
cuba fikir semula secara mendalam..
anwaribrahimdotcom
31 Mei
Mengenai Charles Kurzman, Liberal Islam bukan bermaksud Islam Liberal yg sentiasa cuba utk menghalalkan yg haram, seperti yg disebut oleh Charles Kurzman:
"As noted in the introduction to the Liberal Islam anthology, I use the term "liberal" to refer to basic themes in the history of liberalism, such as As noted in the introduction to the Liberal Islam anthology, I use the term "liberal" to refer to basic themes in the history of liberalism, such as democracy, freedom of thought, social equality, and human progress. The term "liberal" has a variety of meanings, to be sure, and its reputation in much of the Islamic world has been tainted by its hypocritical introduction under colonialism. Thus these links, and the Liberal Islam anthology itself, include some authors and activists who may not consider themselves "liberal," though they deal seriously with liberal themes. The term "liberal" has a variety of meanings, to be sure, and its reputation in much of the Islamic world has been tainted by its hypocritical introduction under colonialism. Thus these links, and the Liberal Islam anthology itself, include some authors and activists who may not consider themselves "liberal," though they deal seriously with liberal themes.
Liberal di sini bermaksud giat memperjuangkan isu-isu demokrasi, kebebasan berfikir dan has asasi manusia yg sangat selari dgn Islam (sila cari koman Dr.Asri, Mufti Perlis baru-baru ini)
Bukan DSAI seorang sahaja ada diseneraikan, seperti ulama besar Dr Yusuf Qardawi, Persatuan Nahdatul Ulama Indonesia, malah Chandra Muzaffar pun ada.
Salam..
mengapa perlu kita mempersoalkan uslub dakwah orang lain yang kononnya tak selari dengan kita. Nabi dan Allah pun tidak menentu dara berdakwah yang rigid..selagi tidak bertentangan dengan Islam. So apa salahnya IIIT ?...juga digolognkan DSAI sebagai islam liberal. Siapakah yang melebelkannya itu. muslim ke ? atau ulamak besar ke kita. Atau sudah terkeliru. Sekali kita kutuk orang kafir..kemudian kita terima pulak hujah dia kononnya DSAI liberal. Siapa kah yang terkeliru.
Tentang berkawan dengan yahudi... Pls. baca tentang sirah rasulullah. Banyak cerita tentang interaksi baginda dengan yahudi..sampai ke tahap menyuap nasi ke mulut yahudi. Bersalah kah itu.
Berbicara biar berilmu. Jangan seperti tikus membaiki labu. Wallahua'lam
Catat Ulasan