Dari Egroup AIDC
Setelah membaca tulisan adian husaini [klik di sini] baru kita tahu bahawa Irshad Manji, si lesbian dari Kananda, rupa-rupanya popular di kalangan Islam Liberal di Indonesia. Bukunya yang mendapat inspirasi daripada Salman Rushdie,"The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith", telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.
Kedatangan Irshad Manji ke Indonesia pada April 2008 untuk melancarkan bukunya dalam versi Indonesia (bertajuk "Beriman Tanpa Rasa Takut : Tantangan Umat Islam Saat Ini") telah diberi sambutan hangat di Universiti Gaja Mada.
Wartawan Jurnal Perempuan (edisi khusus Lesbian, 2008) memuji Irshad dengan tulisan bertajuk : "Irshad Manji, Muslimah Lesbian yang Gigih Menyeru Ijtihad"
Sampai begitu sekali pujian, seorang yang terang-terangan mengaku lesbian, mengaku berguru dengan Salman Rushdie [penulis Satanic Verses yang menulis menghina Rasulullah SAW] diberi label 'muslimah' dan digalakkan 'berijtihad'.
Menurut Adian Husaini, buku Irshad Manji adalah klon kepada buku Salman Rushdie yang bertunjangkan menghina Rasulullah dan mempertikaikan Al Quran kerana kedua-dua ini merupakan tunjang kepada Islam.
Selalunya serangan ke atas Rasulullah SAW dan Al Quran dilakukan oleh kaum orientalis [orang kafir mengkaji Islam], tetapi trend terkini dalam serangan itu, kaum orientalis pula berselindung di sebalik nama-nama Islam termasuk Salman Rushdie dan Irshad Manji.
Hal ini terbukti, apabila Manji mempertikaikan keaslian Al Quran, dia berpegang kepada pendapat Christoph Luxenberg, seorang paderi Kristian berasal dari Labenon.
Kata Manji :
”Jika Al-Qur’an dipengaruhi budaya Yahudi-Kristian – yang selari dengan dakwaan bahawa Al-Qur’an meneruskan wahyu-wahyu sebelumnya – maka bahasa Aramaik mungkin telah diterjemahkan oleh manusia ke dalam bahasa Arab. Atau kesalahan dalam proses menterjemahkan dalam kes istilah "hur", dan mungkin banyak lagi istilah yang diterjemahkan secara kurang tepat. Bagaimana jika semua ayat -ayat itu salah difahami?” (hal. 96).
Sebenarnya pendapat ini pun sangat lemah dan sudah dibahaskan secara ilmiah oleh sarjana Islam termasuk Dr. Syamsuddin Arif dalam bukunya, "Orientalis dan Diabolisme Intelektual", namun memang tugas musuh-musuh Islam akan terus menerus melakukan serangan walaupun hujahnya lemah.
Irshad Manji kagum Salman Rushdie
Pada tahun 2008, Manji telah menyertai New York University's Wagner School of Public Service dan menubuhkan satu jawatankuasa yang dinamakan 'The Moral Courage Project' yang bertujuan untuk merangsang kebebasan bersuara di kalangan generasi muda.
Dia juga merupakan senior fellow di European Foundation for Democracy di Brussels.
Pada 18 Januari 2009, The Moral Courage Project yang dipengerusikan oleh Manji telah menjemput Salman Rushdie, untuk berdiskusi dengannya di 92nd Street Y, New York City.
Diskusi 'dua tokoh' itu turut dipromosi oleh kumpulan Jewish(Yahudi Amerika). Klik di sini.
"Muslim tidak boleh ditakut-takutkan untuk mengkritik Islam, itu adalah kebebasan bersuara dan kebebasan intelektual",kata Salman dalam majlis itu. Klik di sini
Pada tahun 1989, Salman pernah difatwakan hukuman mati oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, pemimpin Tertinggi Iran kerana menulis novel menghina Rasulullah SAW bertajuk 'The Satanic Verses'(1988)
Tujuan Manji menjemput Salman berdiskusi dengannya untuk membuktikan bahawa penulis murtad itu tidak bahaya dan pendapatnya perlu diketengahkan selaras dengan kebebasan bersuara.
Manji juga mengakui Salman Rushdie lah merupakan pendorong utamanya untuk menulis buku, "The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith" (Masalah dalam Islam Hari Ini : Seruan kepada Muslim untuk reformasi kepercayaannya)
"Aku masih ingat ketika bertanya kepada Salman Rushie, (ketika mula menulis buku ini) kenapa dia memberikan semangat kepada seorang muslim muda sepertiku, untuk menulis sesuatu yang boleh mengundang malapetaka ke dalam kehidupannya. Tanpa ragu-ragu sedikit pun, dia menjawab, "Kerana sebuah buku lebih penting daripada kehidupan" (hal. 322).
Irshad Manji pun kagum Anwar Ibrahim
Dalam bab 8, bukunya, Irshad Manji turut menyentuh tentang Anwar Ibrahim. Nama Anwar ditulis sebagai model kebebasan bersuara dalam dunia Islam.
Pada tahun 1994, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, memberikan ceramah di Georgetown University bertajuk “Perlunya Dialog Peradaban”. Anwar mengakui bahawa “kebodohan, ketidakadilan, korupsi, kemunafikan, dan terkikisnya kebaikan moral amat berleluasa dalam masyarakat Islam kini. “Akan tetapi,” Anwar mengingatkan, “pelanggan media massa yang mudah ditipu masa kini akan memberi kesan bahawa dunia Islam hanya dihuni oleh para fundamentalis yang keras dan mengancam.”
Menurutnya, peradaban muslim “telah menerbitkan banyak kisah cinta.” Anwar memberikan contoh “kisah mempesona” tentang Layla dan Majnun. “Menurut kisah itu, seorang lelaki muda (Majnun) dicemuh dan ditertawakan kerana minatnya terhadap seorang gadis(Layla), kerana menurut mata dunia, penampilan fizikal Layla yang kurang menawan. Lelaki muda itu menjawab: ‘Untuk melihat kecantikan Layla, seseorang itu perlu memiliki mata Majnun.’”
Menurut Manji, tujuan peradapan Muslim memperbanyakkan penerbitan kisah cinta untuk memperbodohkan rakyat, supaya rakyat sering terpesona dengan kisah-kisah itu dan melupakan masalah pokok berkaitan dengan hak asasi dan kebebasan.
Manji kagum dengan ketokohan Anwar yang dilihatnya sebagai simbol hak asasi manusia dan seorang yang berani bersuara untuk melakukan 'reformasi' termasuk menentang ketuanya sendiri, Dr Mahathir Mohamad.
Berdasarkan intipati ceramah Anwar Ibrahim, 'Perlunya Dialog Peradaban', Manji merumuskan bahawa Anwar Ibrahim menggalakkan kebebasan bersuara dan perdebatan dalam sesuatu perkara.
Berdasarkan seruan ini, Manji mengesyorkan agar kaum wanita muslim dan bukan muslim perlu mempersoalkan dasar-dasar fundamentalis yang dikenakan kepada mereka.
Gesa Manji, "
Pertanyaan-pertanyaan seperti, ”Mengapa begitu mudah mengerah ribuan orang Islam ke jalan raya untuk mengkritik larangan Perancis yang melarang pemakaian tudung (hijab), tetapi kenapa tidak mengerahkan para demonstran tersebut ke jalan raya untuk memprotes pemaksaan menyeluruh ke atas pemakaian hijab di Arab Saudi?”...Hak apa yang benar-benar dinikmati oleh kaum wanita dan minoriti-minoriti agama dalam demokrasi seperti itu ?” Klik di sini
sumber - egroup AIDC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan