dari egroup AIDC
Memang kita tidak pernah terfikir Aminah Wadud diambil kontrak mengajar sebagai Profesor Madya selama 3 tahun di UIA (1989-1993) adalah seorang Islam Liberal. Baru-baru ini sahaja kita ketahui dia adalah seorang Islam Liberal apabila menimbulkan kontoversi menjadi imam solat Jumaat di US.
Kita tidak tahu berapa jumlah pelajar UIA yang telah terpengaruh menjadi penganut Islam Liberal ini, kerana ia bersifat subjektif, sama seperti umum tidak mengetahui latar belakang Aminah Wadud ketika diambil di UIA. Sama juga, kita tidak mengetahui apakah Malek Imtiaz, bekas pelajar UIA menjadi pendokong Islam Liberal Malaysia hari ini kerana faktor asuhan Aminah Wadud atau tidak.
Kerana Islam Liberal adalah gerakan merosakkan agama secara halus, maka sudah pasti kegiatan rekrut dijalankan secara sistematis dan rahsia. Tiada penanda aras untuk menentukan tahap pengaruhnya, kecuali golongan yang telah mengikuti dalam kumpulan itu.
Tetapi yang pastinya, pihak berkuasa di UIA ketika itu, sangat mengenali siapa Aminah Wadud, walaupun masyarakat umum tidak mengenali siapakah tokoh itu. Sebelum seseorang pensyarah diambil proses tapisan dilakukan dengan teliti terutamanya dari segi latar belakangnya. Faktor lain yang sangat penting adalah pengesahan individu berkuasa di UIA yang mencadangkan nama pensyarah tersebut.
Anwar Ibrahim menjadi Presiden UIA mulai tahun 1988 dan dia berkuasa di UIA sehingga habisnya karier dalam kerajaan 1998. Berkuasanya jawatan PRESIDEN, dia boleh melantik sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai menjadi rektor UIA. Dalam kes ini, Anwar memilih Dr Abdul Hamid Abu Sulaiman, warganegara Arab saudi yang menetap di Washington, Amerika Syarikat sebagai Rektor UIA .
Masyarakat umum tidak tahu pun Abdul Hamid adalah rakan baik Anwar yang bersama-sama menubuhkan IIIT (The International Institute of Islamic Thought ) di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat pada tahun 1981. Seorang lagi yang dilantik Anwar adalah Dr Jamal Berzinji, juga warganegara Amerika Syarikat. Kita tidak kenal siapakah mereka ini. Rupa-rupanya meraka ini datang dari kelompok yang sama, aktivis IIIT yang bergurukan seorang tokoh bernama Dr Ismail Faruqi
Begitu juga dengan Aminah Wadud, dia juga warganegara Amerika Syarikat yang diambil kontrak dari tahun 1989 - 1993, yang ketika itu Anwar berkuasa sebagai Presiden UIA.
Keberkesanan pengaruh ISLIB
Seperti di Indonesia, mereka bermula dengan kumpulan kecil, tetapi menjadi badan yang amat berpengaruh hari ini. Sama juga di Malaysia, tiada siapa berani melabelkan Anwar sebagai Islam Liberal sebelum tahun 2005.
Mat Sabu (PAS) pernah melabelkan Anwar sebagai Islam Amerika pada tahun 1990-an apabila melihat grand design Anwar dan IIIT di UIA, tetapi masyarakat tidak dapat mengaitkan Islam Amerika dengan Islam Liberal kerana konsep kefahaman ISLIB ketika itu masih belum popular.
Tetapi selepas 2005, nama Anwar mula dikaitkan dengan Islam Liberal setelah melihat kegiatannya selama dua tahun di Amerika Syarikat (2005-2007) dan melihat agenda tersembunyi badan pemikirnya, IKD.
SIS (Sister In Islam) adalah kelompok paling minoriti di Malaysia. Keahliannya terlalu sedikit jika mahu dinisbahkan dengan jumlah penduduk Malaysia, tetapi walaupun bilangannya sedikit, SIS menjadi masalah besar kepada Islam di Malaysia, sehingga PAS mencadangkan pengharaman SIS dalam muktamarnya baru-baru ini.
Bermakna bukan bilangan ahli dan jumlah yang dipengaruhi yang menjadi pertimbangan di sini, tetapi proses pembesaran dan cubaan merebak harus dibendung terlebih dahulu.
Tetapi, pada hemat saya pendokong-pendokong Islam Liberal di Malaysia tidak mementingkan berapa ramai ahli mereka, kerana mereka tahu amat sukar merekrut ahli, tetapi apa yang dilakukan oleh mereka adalah memilih ahli-ahli terbaik di kalangan yang terbaik. Zainah Anwar, walaupun dia nampak seorang, tetapi impaknya amat besar hingga PAS terpaksa mengemukakan usul dalam muktamarnya.
Begitu juga Malik Imtiaz, walaupun dia nampak keseorangan, tetapi dia berani menongkah arus, termasuk diancam bunuh ketika menjadi peguam pemerhati pembela kes murtad Lina Joy. hari ini semua kes-kes murtad di Malaysia hampir kesemuanya dibela olehnya.
Tetapi hari ini, kerajaan Selangor yang dipimpin oleh PKR yang bermentorkan Anwar Ibrahim membersihkan semua imej negatif Malik Imtiaz dengan melantiknya sebagai peguam kerajaan Selangor.
Banyak misteri dan konspirasi Islam Liberal di Malaysia. Terlalu banyak rahsia dalam rahsia. Seperti apabila Anwar dipecat daripada UMNO, pada malam yang sama pejabat IIIT cawangan Malaysia di UIA PJ telah dibakar...pada malam yang sama rektor UIA, Abdul Hamid Sulaiman, meletakkan jawatan sebagai rektor dengan notis 24 jam, dan kembali semula ke Amerika Syarikat dengan penuh misteri....
sumber - egroup AIDC
3 ulasan:
Kalau dulu PAS yang beria-ia ingin memerangi islam liberal, namun kini pas bersama-sama dengan anwar duk sibuk nak sebar agenda islam liberal melalui khalid gereja dan nizar lilin
Siapa yang lantik Aminah Wadud di UIA pada pandangan saya adalah sama seperti SIAPA YANG MEMBENARKAN SISTER IN ISLAM meracuni pemikiran umat melayu yang cetek agama dengan hujah2 mereka.. Oleh itu pada pandangan saya.. mereka 2 yang tidak rasa bersalah dengan hadirnya SIS dibumi Malaysia ini adalah sama melakukan kesilapan semasa perlantikan Aminah Wadud di UIA dulu.. Ini adalah sebahagian contoh kehidupan yang kita lalui tanpa kita menyedari kesilapan yang kita lakukan..
Kita ni umat yang suka melihat keburukan orang sahaja..
Kita ini umat yang suka berbalah..walaupun lidah kata bersatu..namun disudut hati berkata..jangan bersatu!!!
Tertarik dengan ayat "Terlalu banyak rahsia dalam rahsia".
Teringat pula kata-kata Dr Fadhilah Kamsah ketika beliau menganalisa tandatangan Dr M & Nuar Berahi masa saya menghadiri kursus beliau tahun sekitar tahun 1999-2000 dulu.
Katanya (sambil menunjukkan t/tangan Dr M), "Tandatangan ini menunjukkan pemiliknya masih ada beberapa cita-cita yang belum dicapai, cuma tak sebanyak dahulu", sambil membandingkan dengan tandatangan Dr M sewaktu muda.
Selepas itu beliau menunjukkan analisis tandatangan Nuar Berahi sambil mengatakan, "Ini tandatangan Anwar Ibrahim. Banyak rahsia."
Catat Ulasan