MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Okt 2009

"Saya tak gentar kedatangan Anwar"

PORT DICKSON – “Dia nak kempen, tak mengapa... biarlah. Memang hak dia untuk datang dan kita pun berkempen juga. Jadi, tak ada masalah, tengok nanti siapa yang rakyat pilih,” kata calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Samad.

Ketua UMNO Telok Kemang itu merujuk kepada berita mengenai kemungkinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu Pas berkempen di Bagan Pinang, tiga hari terakhir sebelum hari pembuangan undi.

Mohd Isa berkata beliau sedikit pun tidak gentar dengan kehadiran Anwar dan menyifatkan kedatangan Anwar ke bandar peranginan itu tidak semestinya dapat mempengaruhi pengundi memilih Pas. Sebaliknya ia sekadar memeriahkan suasana.

“Orang pun tahu siapa Anwar, kira okeylah,” katanya ketika ditemui pemberita di jamuan Aidilfitri untuk individu dalam pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan keluarga di rumah komuniti, Telok Kemang, di sini semalam.

Mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang menggelarkan beliau sebagai ‘ikon pembangunan palsu’ dengan mengaitkan beberapa projek pembangunan terbengkalai semasa beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Isa berkata:

“Nak gelar, gelarlah Tapi Telok Kemang nampak lebih maju daripada Kubang Kerian. Yang ‘palsu’ sebenarnya dia kerana tak bangunkan Kubang Kerian. Kesian lebih baik dia tumpukan kawasan dia, tak usah ajar saya uruskan kerana saya dah uruskan cukup lama.

“Nampak tak pembangunan yang saya buat di Port Dickson dan Negeri Sembilan, sedangkan dia sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian, apa dia buat?”

Mohd Isa yakin mendapat pengundi di Bagan Pinang, termasuk yang di atas pagar, tetapi enggan meletakkan sasaran peratusan yang bakal mengundi beliau nanti.

sumber - sinar


1 ulasan:

TebuHitam berkata...

Kedatangan Anu-war akan menambahkan lagi majoriti BN.Semua org tahu org ini memang penipu besar.

Jadi..Pastikan kehadiranya nnt kita BOOO.... ramai2.....