Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit: Klik di sini
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
KUALA LUMPUR, – Ketua Penerangan WIRA, sebuah sayap pemuda di bawah PERKASA, bagi Wilayah Persekutuan, menyenaraikan 22 alasan tentang ancaman Melayu-Islam di Pulau Pinang :
1) Wakil Rakyat Islam & Melayu dalam Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah diberi kuasa tadbir sebenar. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya bukan Kerajaan Campuran 3 Parti tetapi sebaliknya ditadbir sepenuhnya oleh Kepimpinan Sosialis DAP yang anti-Islam & anti-Melayu.
2) Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Melayu tidak diiktiraf oleh Sosialis DAP Pulau Pinang. Ahli Majlis berbangsa Melayu dipecat kerana memboikot majlis angkat sumpah YDP MPPP.
3) Minuman keras dibenarkan di majlis rasmi Kerajaan Sosialis Pulau Pinang. Arak dibenarkan dijual secara terang-terangan ketika sambutan Hari Belia Negeri Pulau Pinang di Autocity.
4) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang mendesak supaya jawatan Exco Tanah diberi kepadanya. Taktik ini serupa dengan cara Lee Kuan Yew menghancurkan Ketuanan Melayu di Singapura.
5) DAP Pulau Pinang campur tangan dalam pengurusan zakat negeri. Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang mahu guna kutipan wang zakat para asnaf bagi kegunaan orang bukan Islam.
6) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang rampas tanah seluas 140 ekar kawasan Melayu di Pondok Upeh Balik Pulau untuk membina pusat pengajian tinggi ala-Singapura. Projek Universiti Nanyang Singapura ini akan mengakibatkan gangguan geo-politik Melayu Pulau Pinang.
7) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang desak supaya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tender PDC & PBA bagi menjayakan Misi Sosialis DAP meskipun wujud ‘Konflik Kepentingan’.
8) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang menipu orang Islam kononnya mahu mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi membiarkan pusat-pusat judi, rumah-rumah urut serta premis-premis arak & premis-premis maksiat berleluasa tanpa kawalan.
9) Ketua Menteri Sosialis Pulau Pinang menghapuskan syarat mewajibkan pemaju swasta bina rumah kos rendah. Akibatnya Melayu Pulau Pinang menjadi semakin sukar memiliki rumah.
10) Masjid Jalan Kelawei dilambatkan penyiapannya melalui syarat Sosialis MPPP, sedangkan gereja-gereja, tokong-tokong & kuil-kuil dibiarkan tumbuh macam cendawan selepas hujan.
11) Tender perolehan kerajaan negeri dibuka sebebas-bebasnya secara Sosialis kepada kontraktor bukan Melayu. Jadi, ribuan kontraktor Melayu Pulau Pinang terpaksa gulung tikar.
12) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang luluskan syarat pertukaran tanah pertanian kepada tanah perkuburan cina walaupun 30% sudah didominasi oleh jirat Cina. Orang Melayu Pulau Pinang menjadi semakin tersepit kerana masalah kekurangan tanah perkuburan Islam yang serius.
13) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang membangunkan marina, resort & hotel mewah di Pulau Betong sebagai strategi secara langsung untuk menghalau keluar orang Melayu Balik Pulau.
14) Ahli Majlis MPPP pula dihina oleh Sosialis DAP Pulau Pinang hanya kerana beliau mahukan Melayu kuat demi menguatkan Islam, walaupun beliau sendiri seorang berbangsa Cina.
15) Kerajaan Sosialis negeri mempermainkan Warga Emas Melayu Pulau Pinang dengan menyuruh mendaftar bagi mendapatkan bantuan tetapi hanya diberi beras 10 kg seorang.
16) Kerajaan Sosialis Pulau Pinang telah mengarahkan gerai-gerai kepunyaan penjaja-penjaja kecil Melayu ditutup walaupun mereka hanya melakukan kesalahan-kesalahan biasa.
17) Perbelanjaan Keraian Kerajaan Sosialis Pulau Pinang telah semakin meningkat dengan ketara kerana bertambahnya perbelanjaan pembelian arak para penyokong Sosialis DAP.
18) Pentadbiran Lim Guan Eng menghina Khalifah Umar Abdul Aziz. Kerajaan Sosialisnya bayar elaun guru KAFA RM50 sebulan seorang, sedangkan Kerajaan Pusat bayar RM500.
19) Lim Guan Eng sanggup membuat apa sahaja demi Politik Sosialisnya. Kerajaan negeri kerugian puluhan juta ringgit ketika membatalkan saman parking PBT pesalah sebangsanya.
20) Dasar Kelulusan Terbuka Sosialis Tukar Syarat Tanah dilaksanakan di kawasan Melayu, di mana status tukar syarat tanah pertanian kepada kediaman dilakukan tanpa sekatan.
21) Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dibentuk bagi melaksanakan Visi Sosialis DAP bagi menguburkan terus Melayu Pulau Pinang. Sasaran pertamanya ialah Tanah Wakaf Melayu.
22) Jawatan Gred 48 ke atas perlu mendapatkan kebenaran Ketua Menteri Pulau Pinang. Kini, Ketua Penolong Pegawai Daerah Balik Pulau, iaitu kawasan Melayu, seorang Sosialis DAP.
Ketua Penerangan WIRA PERKASA Wilayah Persekutuan merayu sokongan umat Islam dan bangsa Melayu yang tidak rela & tidak redha ke atas Sosialis untuk terus bertapak walau seinci pun walau sesaat pun lagi di bumi bertuah Malaysia yang kita cintai ini, agar bersatu hati tanpa mengira apa jua fahaman parti politik, demi menentang Agenda Sosialis Kerajaan Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN ! MERDEKAKAN PULAU PINANG DARI KERAJAAN SOSIALIS DAP !
Yang benar kerana Islam & Melayu,
Ab Halim Tuah bin Rahmat KETUA PENERANGAN WIRA PERKASA WILAYAH PERSEKUTUAN
3 hari yang berlalu benar-benar mengeluh resah beberapa pimpinan pkr selangor. ada kabaran diterima mengatakan nama ezam mohd nor kembali meniti di bibir beberapa pimpinan tertinggi pkr selangor. bermola dengan adun-adun melayu pkr,ketua bahagian dan ajk, ahli-ahli majlis pkr yang melayu cina dan india, beberapa ketua AMK bahagian selangor kabarnya coba-coba menghampiri ezam.
hendak dikatakan ribut tiada lah sangat, namun ribut 2 kejadian terbaru benar-benar membikin ribut di kalangan pkr selangor. kes rumah anwar diserbu oleh landlord (kondo liwat) kini menjadi bahan bualan,ditambah dengan kejadian hebat kebangkitan melayu dalam krisis kuil di seksyen 23 shah alam, membuatkan telefon sel kepunyaan ezam berdering tanpa henti sejak 3 hari lepas.
agak mengejutkan tatkala 3 hari kebelakangan ini hampir sebahagian pimpinan pkr begitu rakus untuk mencari ezam. ada bertanya di mana gerangan rumahnya, nomor telefon sel terbaru ezam hatta ada segelintir adun coba-coba membuat temujanji berbuka puasa bersama beliau.cerita panas ini telah disampaikan oleh bekas setiausaha pkr selangor dan bekas setiausaha AMK pusat.
gap bertanya apa kejadah gila mereka menyerbu ezam, sedangkan selama ini ezamlah manusia dianggap musuh paling utama dikalangan pimpinan pkr malaysia ? bodoh atau mereka sudah datang gila !?
bisik dan risik ropanya mereka ketandusan jiwa, akal resah melanda,hati tiada tenteram kerna melihatkan gawat politik selangor. mudah cerita ropanya mereka meminta nyawa.kerajaan selangor bisa tombang pada bila-bila masa sahaja.
ada kalangan mereka, saling coba tikam menikam diantara. ada dikalangan mereka bersedia mendedahkan dokumen dan rasuah penyelewengan kuasa. sumpah mereka kononnya mereka senantiasa bersama ezam dalam membenteras rasuah dan korupsi dalam pakatan selangor.gap kata pada 2 pegawai khas ezam, mereka ini mintak nyawa ke ?!
umum harus mengetahui sejarahnya, bahawa sebilangan besar adun,ahli majlis dari pkr selangor merupakan anak buah ezam. maka tiada mengejutkan lah kiranya bekas bos mereka di cari kembali setelah sekian lama menjadi si tanggang politik yang lupa bosnya.
ezam telah mengambil langkah politik yang bijak walaupun bisa mendapat pangkat dan darajat dalam pkr ,namun persoalan akhlak dan nasib umat dijadikan perkiraan. di kala tumbang 5 negeri ke tangan pakatan barulah dia mengistiharkan dirinya masuk semula ke dalam umno. alasannya mudah, anwar (pakatan) itu bakal memusnahkan nasib umat melayu dan islam ! hari ini alasan ezam itu benar-benar berlaku ! anwar dan pakatan memang pengkhianat bangsa.
aku menyeru kepada seluruh penyokong dan ahli pakatan dari pas dan pkr, kembalilah bertaubat. kami sedia memaafkan kesalahan kamu.
Menurut sumber, orang yang pertama menghasut pemilik kuil Seksyen 19 untuk menolak tapak Seksyen 18 ialah ADUN Batu Tiga, YB Rodziah. Ini kerana tapak tersebut berada berdekatan dengan rumahnya di Seksyen 18.
Tinjauan bloger semalam mendapat tapak kuil seksyen 18 tersebut berada bertentangan dengan rumah YB Rodziah tetapi dipisahkan oleh Sungai dan juga sebuah nusery tanaman.
Apakah benar YB Rodziah menggunakan pengaruh dan kuasanya untuk menghasut pemilik kuil agar berpindah ke Seksyen 23?
Jika ini benar bermakna Rodziah hanya bercakap soal tolak ansur agama sedangkan beliaulah culprit sebenar dalam isu ini.
Bersengkongkol dengan Khalid Samad dan kerajaan negeri beliau mengutarakan cadangan di Seksyen 23 kerana di situ terdapat ramai orang bukan penyokong beliau.
Rodziah, Khalid jangan cakap tak serupa bikin. Dulu nak bina gereja pun kau orang tentang sekarang kau orang nak bina kuil pulak depan rumah orang Melayu.
Kerajaan Selangor cadang Seksyen 23 tapak baru kuil
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini memilih satu kawasan di Seksyen 23 di sini untuk dicadangkan sebagai tapak baru bagi memindahkan Kuil Sri Maha Mariamman di Seksyen 19.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Othman Omar turun padang hari ini meninjau lokasi pemindahan kuil itu.
"Hasil tinjauan Kerajaan Negeri ke Sekyen 18, 19, 20 dan 23 Shah Alam, sebuah lokasi yang terletak di dalam kawasan Seksyen 23 dicadangkan sebagai tapak baru pembinaan kuil untuk menggantikan Kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19," kata kerajaan negeri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Kerajaan negeri akan memaklumkan dan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19 mengenai tapak baru tersebut. Sebelum ini, cadangan untuk memindahkah kuil itu ke sebuah tapak kawasan industri di Jalan Dividen 23/6 di Seksyen 23 dibantah penduduk sehingga mencetuskan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 28 Ogos lepas yang dicemari dengan insiden mengarak kepala lembu.
Pada sesi dialog bersama penduduk Sabtu lepas, Menteri Besar akur untuk menangguhkan cadangan pemindahan kuil itu.
Ramai pihak menyifatkan permohonan ketua pembangkang, Anwar Atarturk untuk membatalkan pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat beliau sebagai tidak munasabah.
Namun itulah manusia bernama Anwar, hanya mahu keadilan pada dirinya sahaja. Sekiranya benar beliau tidak bersalah dalam kes liwat tersebut biarlah perbicaraan diteruskan, mana mungkin kita melihat perbicaraan yang tidak mempunyai pasukan pendakwa hanya pasukan peguambela sahaja. Ini sebenarnya lagi tidak adil pada Saiful Bahari.
Difahamkan Anwar sengaja meminta semakan kehakiman bagi membatalkan pasukan pendakwaan ini bagi tujuan untuk melengah-lengahkah kes tersebut dari dibicarakan dan membolehkan dia memomokkan cerita bahawa pasukan berkuasa zalim dan tidak adil. Kalau tidak percaya bacalah kenyataan dilaman blognya, dimana beliau mendakwa pasukan pendakwaraya sengaja menanguhkan kes liwatnya. Namun hakikatnya beliau yang sengaja mencari apa sahaja alasan untuk ditangguh kes liwatnya.
Pasukan pendakwaan dikatakan terdiri daripada tujuh anggota itu diketuai oleh Penguam Cara Negara 1, Datuk Idrus Harun dan Anwar telah membuat permohonan bagi membatalkan pasukan pendakwaan tersebut pada 11 Ogos lalu.
Adalah tidak logik Anwar takutkan pasukan pendakwaraya, ini kerana pasukan penguambelanya yang baru dikatakan telah diisi dengan bintang-bintang All Star, umpama pendahulu pasukan liga Premier England.
Sementara Mohd Saiful Bukhari Azlan, orang yang menjadi saksi utama kes liwat Anwar mempersoalkan 'layanan VVIP' yang diberikan kepada penasihat PKR itu. Beliau berkata Datuk Seri Anwar meminta agar seluruh pasukan pendakwaan dibatalkan kerana mereka dilantik Peguam Negara.
"Jika permohonan beliau diluluskan, maka tidak ada orang boleh mendakwanya (Anwar). Ini kerana kuasa melantik pasukan pendakwaan terletak di tangan Peguam Negara," kata Saiful.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, meminta kerajaan memberi penjelasan kepada rakyat kenapa perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar masih tertangguh hingga sekarang.
Menurutnya, Anwar tidak seharusnya melakukan sesuatu yang menjurus kepada ketidakadilan terhadap pihak lain.
"Cuba kalau dia berada di tempat Saiful, sudah tentu dia mahu kes ini dipercepatkan," tegas Ibrahim Ali yang merupakan ahli parlimen Pasir Mas.
Oleh NORAINI ABD. RAZAK noraini.razak@utusan.com.my
KES Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pertama kali disebut di Mahkamah Sesyen pada 10 September tahun lepas.
Bermula dari tarikh itu, proses menuntut keadilan baik di pihak yang didakwa mahupun yang mendakwa bermula. Atas nama keadilan juga, barisan hakim dari satu mahkamah ke satu mahkamah mendengar dengan tekun dan sabar setiap permohonan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.
Juga atas nama keadilan, mahkamah memperkenankan satu demi satu penangguhan yang dipohon oleh bekas timbalan perdana menteri itu sehinggakan diam tak diam kes tersebut menjangkau usia setahun pada bulan depan.
Sedangkan atas nama keadilan, penangguhan untuk tempoh sedemikian rupa sama sekali tidak patut berlaku. Ia bertentangan dengan prinsip justice delayed justice denied.
Bukankah satu bentuk penangguhan keadilan untuk Anwar jika niatnya benar-benar untuk membuktikan kepada dunia bahawa tuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah palsu belaka jika kes tersebut asyik ditangguhkan.
Maka jika keadilan tertangguh, bukankah bermakna hak seseorang untuk mendapatkan keadilan dinafikan.
Jika diikut logik akal, manusia tidak akan bertangguh untuk mencari kebenaran jauh sekali mahu mencipta sejuta alasan untuk membersihkan nama daripada dikaitkan dengan tuduhan jenayah dan salah laku moral yang dipandang jijik oleh masyarakat.
Tentunya bagi si pengadu yang pernah berkhidmat dengan tertuduh - dia tidak mahu kes tersebut ditangguhkan. Namanya sudah cukup buruk, imejnya juga sudah teruk terpalit dengan pelbagai tuduhan termasuk kononnya sedang menderita penyakit kelamin.
Mohd. Saiful mahu perbicaraan kes tersebut disegerakan. Tempoh hampir setahun baginya terlalu lama dan memberi kesan jangka panjang jika diukur dari pelbagai sudut.
Selagi kesnya tidak selesai, anak muda berusia 23 tahun itu tidak bebas menjalani kehidupan seperti biasa. Sebagai pengadu yang mendakwa telah diliwat oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 26 Jun tahun lalu, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Saiful tidak boleh menjelajah ceruk rantau seperti mana yang dilakukan Anwar.
Banyak perkara, pengakuan dan sumpah yang perlu dijaga oleh si pengadu.
Kesemuanya itu hanya boleh dibentangkan menerusi proses undang-undang di mahkamah yang dimulakan dengan sumpah "tiada yang benar melainkan benar belaka."
Sebab itu apabila pasukan peguam Anwar mengemukakan satu demi satu bantahan, bermula dengan pembentangan hujah di mahkamah mana kes itu sepatutnya didengar sehinggalah yang terbaru iaitu kelmarin - mahu barisan pendakwa sedia ada digugurkan - ternampak seolah-olah proses untuk mendedahkan segala bukti dan keterangan di pihak pengadu cuba disekat dan dilewat-lewatkan.
Penangguhan kes tersebut yang masuk kali kelima jika diteliti ada matlamat tersendiri sesuai dengan taktik serta gerakan perang saraf yang menjadi senjata utama Anwar.
Beliau menggunakan istilah demi keadilan dengan memporak-perandakan proses menuntut keadilan itu sendiri sehingga ke satu peringkat orang ramai tidak lagi percaya kepada pengadu, saksi pendakwa waima hakim yang mengadili kes itu.
Sebab itu, siri bantahan pasukan peguam Anwar dilihat berkisar kepada soal mahkamah yang layak mendengar kesnya, barisan pendakwa yang kononnya mempunyai kepentingan bercanggah lantaran pernah menganggotai kes mata lebamnya. Begitu juga dengan dokumen dan barangan kes yang diminta dibekalkan kepadanya menggunakan proses undang-undang.
Bantahan tersebut diulang-ulang supaya boleh meresap ke fikiran orang ramai dan apabila tiba masanya kelak (tidak mustahil ketika Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir) barulah kes tersebut dapat dibicarakan.
Anwar mahu mahkamah, hakim, pendakwa, saksi dan audien yang mendengar kes tersebut bersetuju dengan hujah-hujahnya kelak - itu baru keadilan namanya, itu juga ketelusan, itu juga kedaulatan undang-undang.
Manakala jika ada satu pihak dilihat condong kepada pengadu biar pun kecenderungan itu berasaskan kepada fakta dan undang-undang, akan bergemalah kata-kata mahkamah berat sebelah, hakim dibeli, pendakwa ada teori konspirasi dan saksi-saksi dirasuah.
Itulah corak keadilan yang diperjuangkan oleh ketua pembangkang. Sedangkan satu pihak lagi terikat. Lantaran apa sahaja kenyataan, pengakuan atau berita yang datang daripada mulutnya di luar mahkamah akan dibalas dengan tohmahan dan fitnah di pihak penyokong Anwar dalam siri jelajah negara.
Tetapi di manakah keadilan jika satu pihak beria-ia menangguhkan keadilan dengan alasan 'demi keadilan' dan satu pihak lagi mahu proses mencari keadilan disegerakan.
Ini kerana lantaran penangguhan demi penangguhan amat jelas boleh saja menjejaskan kes liwat yang mengaibkan itu.
Bilakah kedua-dua pihak akan bertemu pada satu noktah supaya segala-galanya dapat dirungkai dan diselesaikan.
Juga supaya teka-teki sama ada benar Anwar meliwat atau Mohd. Saiful mengada-adakan cerita dia diliwat dapat dijawab.
Persoalan bila, itu yang menarik perhatian. Jika trend memohon dan membenarkan penangguhan dibenarkan dari semasa ke semasa, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2011 mungkin jawapannya.
Ketika itu proses perbicaraan baru hendak bermula. Akan ada tuntutan penangguhan lagi. Akan ada pelbagai gangguan di peringkat ini pun telah boleh dijangka.
Jika peringkat sebutan sehingga kini masih gagal diselesaikan dan tidak diketahui bila akan disempurnakan, tentunya cabaran untuk proses perbicaraan adalah lebih panjang.
Sepanjang tempoh itu, Anwar boleh menjelajah di dalam dan luar negara. Pelbagai cerita boleh disebarkan bagi meyakinkan rakyat bahawa kes tersebut tidak memihak kepada beliau.
Senarai alasan telah direka sejak awal lagi - pendakwa ada kepentingan, saksi disogok, hakim berat sebelah dan tertuduh mereka-reka cerita.
Manakala Mohd. Saiful yang sehingga kini menuntut hak supaya kesnya didengar secepat mungkin terus dibelenggu persepsi buruk terutama di mata penyokong Anwar.
Justeru apa pun keputusan mahkamah kelak, reaksi biasa - Anwar mangsa konspirasi, Mohd. Saiful diperalatkan kerajaan.
Jangan nanti akibat melayan permohonan penangguhan yang keterlaluan, mahkamah yang sepatutnya menjadi tempat untuk mencari keadilan, tidak dapat berfungsi sedemikian.
Mahkamah akan menjadi bahan mainan Anwar untuk mencari 'keadilan' yang bersesuaian dengan kehendak serta fahamannya.
Lebih daripada itu, jika benar semua pihak inginkan keadilan, maka setiap proses tidak boleh dilengah-lengahkan - bertindak dengan bijaksana dan berkesan lantaran penangguhan keterlaluan akan menafikan keadilan.
1. Kekalutan yang melanda PKR bukan sahaja berlaku di Shah Alam, tempiasnya juga melanda rumah AnWAR di Bukit Segambut! Diberitakan minggu lalu, selain pening kepala dengan TS Khalid Ibrahim, AnWAR juga terpaksa bersoal jawab dengan isterinya Wan Azizah yang telah 'diserang' oleh isteri pemilik kondominium tempat AnWAR melakukan perbuatan terkutuk luar tabi'e.
2. Pemilik kondominium tersebut, Hj. Hasanuddin Hamid dan isterinya Puan Shamsiah merupakan teman keluarga yang rapat dengan keluarga AnWAR sekian lama. Hj. Hasanuddin, bekas ahli Lembaga Pengarah Dialog Group Berhad, sebuah syarikat senarai awam tersohor dalam industri gas dan petroleum. Memperolehi kekayaan yang tiada taranya semasa AnWAR menjadi Menteri Kewangan. Hj. Hasanuddin meninggalkan Dialog Group tahun 1998 dengan pampasan cukup besar dan menjadi aktivis PAS hingga sekarang.
3. Puan Shamsiah amat rapat dengan Wan Azizah, baiknya mereka hingga Puan Shamsiah menjadi tempat mengadu anak-anak AnWAR/Wan Azizah sedikit masa lalu (Wan Azizah dikenali dengan sifat kedekutnya, w/pun punya wang hasil sumbangan sahabat-sahabat koporat AnWAR ketika beliau dalam penjara). Kayanya keluarga Hj. Hasanuddin/Pn. Shamsiah hingga boleh terbang ke Itali untuk menempah sebuah Ferari sebagai hadiah harijadi anak mereka.
4. Umum mengetahui Hj. Hasanuddin membataskan hubungannya dengan AnWAR setelah timbul dakwaan AnWAR meliwat di premis miliknya di Bukit Damansara. Puan Shamsiah (mungkin arahan suaminya) juga membataskan perhubungan keluarga mereka dengan Wan Azizah w/pun anak-anak AnWAR cuba meneruskan hubungan seperti biasa. Difahamkan AnWAR dan Wan Azizah yang menggalakkan anak-anak mereka menghubungi keluarga Hj. Hasanuddin bagi menggambarkan kepada umum tiada apa-apa yang berlaku.
5. Minggu lalu, hari Sabtu pagi, tanpa diketahui punca sebenar, tiba-tiba Puan Shamsiah datang ke rumah AnWAR di Bukit Segambut menemui Wan Azizah sambil marah-marah. x-pkr difahamkan pelawaan masuk ke dalam rumah oleh Wan Azizah disambut dengan kata-kata marah oleh Pn. Shamsiah. Diberitakan lagi, sambil bising-bising, Pn. Shamsiah memaki AnWAR yang disifatkannya sebagai manusia lupa diri yang membuat kerja kotor di dalam hartanya. Menurut Pn. Shamsiah lagi, mereka sekeluarga berasa malu kerana turut dikaitkan dengan kes AnWAR.
6. Mereka juga kini mengalami kesukaran kerana unit kondo tersebut kini adalah 'crime scene' atau tempat kejadian. Hasrat untuk menjual premis tersebut selepas ini juga bakal menemui kesukaran kerana unit tersebut telah terpalit dengan 'perlakuan' AnWAR dan harga mungkin jatum merudum w/pun harga unit-unit lain di kawasan yang sama mungkin terus melonjak naik. Ironinya, Wan Azizah hanya berdiam diri mendengar kata-kata Pn. Shamsiah (mungkin setuju atau tergamam?).
7. x-pkr difahamkan pemandu peribadi AnWAR, En. Abdullah Sani yang berusaha menenangkan Pn. Shamsiah! AnWAR pula kononnya tiada di rumah ketika itu (diragui kerana pemandu peribadinya sedang menyiapkan kereta).
Penangguhan kes liwat oleh AnWAR sendiri bukan sahaja membuatkan masyarakat beranggapan yang beliau bersalah atau takutkan sesuatu. Permainan 'fail dan tangguh' ini juga membuatkan keluarganya dimaki dan dihina oleh mereka yang pernah bersahabat dengan suatu masa dahulu.
Namun AnWAR tidak pernah peduli, yang penting baginya adalah menangguhkan kes selama mana mungkin. Persoalan juga berkisar tentang Wan Azizah apabila beliau berdiam diri apabila dimaki oleh sahabat baiknya. Apakah diamnya tanda setuju dengan makian Pn. Shamsiah itu.
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Kerajaan diminta memberi penjelasan kepada rakyat mengapa perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih tidak dapat berlangsung sehingga kini.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai pemimpin yang selalu melaungkan keadilan terhadap semua pihak, Anwar tidak seharusnya melakukan sesuatu yang menjurus kepada ketidakadilan kepada pihak lain.
"Atau mungkin Anwar Ibrahim ini tidak peduli soal Saiful dapat keadilan atau tidak?
"Cuba kalau dia berada di tempat Saiful, sudah tentu dia mahu kes ini dipercepatkan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Mohd. Saiful mempersoalkan layanan yang diberikan terhadap bekas majikannya itu sehingga perbicaraan sebenar masih tidak dapat berlangsung sehingga kini.
Ini berikutan Anwar diberi terlalu banyak ruang mengemukakan permohonan demi permohonan termasuk yang tidak berasas hingga timbul persoalan sama ada layanan sama akan diberikan jika ia dilakukan oleh rakyat biasa.
Dalam hubungan ini, Ibrahim berkata, Anwar sengaja meminta penangguhan tersebut kerana takut untuk mendengar keputusan mahkamah.
"Sebab itu dia guna undang-undang untuk minta macam-macam, sebab mahu tangguhlah. Mungkin juga dia mahu kes ini berlarutan sehingga pilihan raya umum akan datang, ada la dia modal nak bercakap," jelasnya.
Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feris Omar berpendapat, menteri terbabit dan Peguam Negara perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa kes ini ditangguhkan begitu lama.
"Alasan-alasan itu perlu dijelaskan kepada rakyat memandangkan perbicaraan ini mendapat perhatian ramai," katanya.
Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, Anwar memang bijak mengambil kesempatan terhadap kelemahan undang-undang di negara ini.
"Apa yang Anwar buat ikut peraturan. Sebab itulah mahkamah kena benarkan permohonan tersebut. Kita juga perlu menghormati undang-undang,'' katanya.
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail nazuri@bharian.com.my
SHAH ALAM: Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menafikan beliau menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan, kelmarin, bagi membincangkan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas negeri itu sebaliknya berkata, pertemuan hampir tiga jam itu bagi membincangkan pembangunan Islam dan hal ehwal berkaitan umat Islam.
Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, pertemuan dengan Sultan Sharafuddin selaku Ketua Agama Islam negeri itu juga bagi mendapatkan pandangan baginda mengenai perkara tertentu membabitkan Islam dan umatnya.
"Tiada kaitan (perbincangan mengenai pelantikan sebagai Menteri Besar). Kami hanya berbincang mengenai hal ehwal Islam seperti penjualan arak, bidang kuasa pegawai masjid dan mendapatkan baginda mengenai isu tertentu di Selangor," katanya.
Beliau ditemui ketika bersama-sama Sultan Sharafuddin menyertai umat Islam berbuka puasa dan menunaikan solat Tarawih di Masjid al-Munawarah di Seksyen 27, di sini, malam tadi.
Kenyataan Hasan itu disokong Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani. Beliau menegaskan pertemuan itu adalah bagi membincangkan isu agama di negeri itu.
Tak adalah...itu temberang (dakwaan bakal menggantikan Abdul Khalid)," katanya yang enggan mengulas lanjut pertemuan lebih tiga jam antara Sultan Selangor dan Hasan itu.
Difahamkan pertemuan itu berkaitan beberapa isu membabitkan umat Islam di negeri itu yang mencetuskan kontroversi seperti penjualan arak di kawasan majoriti Islam dan pemberian kuasa kepada pegawai masjid untuk menahan orang Islam yang melakukan jenayah syariah.
PETALING JAYA: Nampaknya perjalanan politik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah sangat berliku.
Beliau bukan sahaja diselubungi dengan misteri dan kontroversi malah jika dilihat daripada usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor dan parti yang beliau wakili, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang, adalah amat jelas sekali mereka sedang berusaha untuk tidak melayakkannya terus memegang jawatan Adun lagi.
Ini amat jelas sekali apabila usaha sedang dibuat untuk merujukkannya kepada Jawatankuasa Ketelusan, Akauntabiliti dan Kompetensi Negeri atau Selcat yang pernah membicarakan bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak lama dulu.
Selcat telah pun memanggil Badrul untuk mengadap Selasa ini. Jawatankuasa itu akan meminta penjelasan akan dakwaan yang mengatakan beliau telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Adun sejak kebelakangan ini.
Ramai yang melihat peranan Selcat lebih bermotifkan tindakan politik daripada mencari kebenaran.
Para pemerhati politik termasuklah dari kalangan PKR sendiri kini melihat tekanan yang sedang dikenakan ke atas Badrul adalah satu usaha untuk mendesak beliau melepaskan kerusinya secara terhormat bagi membolehkan satu lagi pilihan raya kecil diadakan.
Kekhuatiran PKR yang paling besar ialah sekiranya Badrul meninggalkan mereka dan menyertai UMNO.
Malah keluar PKR dan berfungsi sebagai wakil rakyat bebas sekali pun kini dilihat sebagai sesuatu yang sangat dikhuatiri oleh parti itu setelah apa yang telah terjadi di Perak dan yang terbaru melibatkan Adun mereka di Kedah.
Pada masa yang sama, Tan Sri Khalid Ibrahim telah berkata kedudukan Badrul sebagai wakil rakyat PKR akan ditentukan selepas 23 September. Menteri Besar itu hendak berbincang dengan Speaker berhubung kedudukan Badrul terlebih dahulu.
Pada masa yang sama, masalah besar Badrul ialah beliau telah menyepikan diri untuk satu jangka waktu yang panjang berhubung kontroversi dirinya itu.
Beliau mendiamkan diri seribu bahasa. Begitu ramai wartawan malah mStar sendiri cuba menghubunginya tetapi panggilan telefon atau sms nya tidak berjawab.
Keputusannya untuk membisu menambahkan lagi spekulasi dan cakap-cakap mengenai misteri "kehilangannya" itu.
Akhirnya Badrul bersuara Jumaat lepas dalam satu interbiu bersama akhbar The Star.
Beliau menafikan segala dakwaan orang politik termasuk Khalid yang mengatakan beliau sedang berhadapan dengan masalah sakit mental akibat kemalangan kereta tidak lama dahulu.
Tidaklah diketahui apakah tekanan sebenar yang sedang dihadapi oleh Badrul tetapi ada yang berkata, ia ada kaitan dengan ketidakpuasan hati beliau dan beberapa Adun PKR yang lain berkaitan peruntukkan pembangunan untuk kawasan mereka yang kini dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Politik Menteri Besar.
Mereka berpakat untuk tidak mengadakan sebarang hubungan sama ada dengan Menteri Besar, Pejabat Menteri Besar mahupun kepimpinan PKR Negeri.
Adalah tidak pasti sejauh manakah atau apakah strategi yang akan digunakan oleh Badrul dalam menangani masa depan politiknya kini.
Terdapat juga penyokongnya meminta beliau menyaman Menteri Besar kerana menuduh beliau sakit mental secara umum tanpa bukti kukuh mahupun bukti perubatan yang sah.
Dan di sebalik itu semua, Badrul masih kelihatan menunaikan solat terawih bersama-sama masyarakat di kawasan yang beliau wakili walaupun teman-teman wakil rakyatnya dalam PKR masih terus berkata, tahap pemikirannya kini adalah tidak stabil
Oleh Siti Mariam Md. Zain dan ROHANI IBRAHIM pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 6 Sept. – Penangguhan perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran seolah-olah pemimpin pakatan pembangkang itu takut kepada kebenaran.
Penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar yang juga bekas timbalan presiden parti itu ketika dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional berkata, tindakan Anwar itu suatu pembaziran kos, waktu dan tenaga manusia di mahkamah.
“Saya bukanlah hendak membuat kesimpulan dalam perkara ini. Namun inilah gambaran yang dapat dilihat.
“Kenapa hendak tangguh kalau kita tidak salah. Anwar seolah-olah takut pada sesuatu. Takut pada kebenaran yang akan terbongkar dalam perbicaraan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Chandra berkata, kes berkenaan sangat penting kepada masyarakat apatah lagi ia melibatkan isu moral.
“Justeru sebagai seorang pejuang rakyat dan pejuang keadilan kononnya, Anwar perlu memastikan perbicaraan beliau selesai secepat mungkin.
“Anwar perlu bersikap adil kepada mahkamah, rakyat dan yang paling penting mangsa atau pengadu dalam kes berkenaan,” jelasnya.
Tambah Chandra, mahkamah tidak harus dipersalahkan ekoran penangguhan demi penangguhan yang berlaku.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, sikap pemimpin pembangkang itu yang sering mencari alasan bagi menangguhkan perbicaraan di mahkamah hanya mengundang tanda tanya masyarakat.
‘‘Kesimpulan kita, dia (Anwar) takut kes dia berjalan. Kalau dia tak bersalah, hadapi di mahkamah. Yang buat demonstrasi jalanan apa hal?
‘‘Orang ramai juga akhirnya akan sampai pada kesimpulan, yang berlaku semua ini ialah kerana dia takut dengan kes dia,” katanya di sini semalam.
Bekas pembantu peribadi Anwar iaitu Saiful Bukhari Azlan dalam blognya baru-baru ini menyatakan rasa kesal terhadap penangguhan kes liwat yang dihadapi oleh bekas majikannya itu ekoran tindakan Anwar mengemukakan beberapa permohonan berkaitan dengan kes tersebut.
Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata ‘‘Jika Anwar tidak bimbang, tak bersalah, hadapi sahaja kes. Apa juga pembelaan, buat di dalam mahkamah. Bukan buat huru-hara di jalan”.
Beliau yakin apa yang berlaku hari ini terutama di Perak adalah antara strategi Anwar mengelak berdepan dengan proses keadilan.
Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan usaha Anwar yang mahu membatalkan kumpulan pendakwaan terhadap kes itu atas sebab-sebab tertentu.
‘‘Bagaimana kalau saya pula kata, R. Sivarasa tidak dibenarkan menjadi peguam bela Anwar kerana Sivarasa adalah seorang yang berkepentingan kepada Anwar selain dia juga ialah ahli Parlimen pembangkang. Boleh saya kata begitu?
‘‘Kalau saya tak boleh buat begitu, bagaimana dia boleh lakukan kepada unit pendakwaan kita dengan mengatakan pendakwa ini satu masa dulu kononnya pernah buat laporan tidak betul. Ini tak logik, mengarut,” katanya.
Beliau berkata, Anwar sepatutnya mempertikaikan tanggungjawab seseorang hakim sama ada berlaku adil atau tidak bukan terhadap kumpulan pendakwa raya.
‘‘Yang patut dia bimbang ialah hakim bukan pendakwa itu. Pendakwa, dia mendakwa sahaja. Kalau dia marah pada Anwar, apa benda pun yang dia boleh buat pada Anwar?
‘‘Tetapi kalau hakim itu merupakan orang yang mungkin keadilannya berat sebelah, kita boleh minta supaya dia tidak dibenarkan mengadili kes,” katanya.
Sikap talam dua muka Anwar Ibrahim terserlah apabila baru-baru ini beliau telah menjanjikan dua perkara yang berlainan kepada dua golongan yang berbeza iaitu kaum Cina dan kaum Islam.
The fiery orator had earlier admitted to troubles creeping up on the fledgling three-party alliance.
But he tried to play down their severity, calling them “one or two problems” and painting a picture that there were open channels among his own PKR, the secular DAP and the Islamist PAS.
To the non-Muslim crowd in the hall, Anwar said he had just had a long two-way talk with the DAP’s Lim Kit Siang and Lim Guan Eng before swinging into Perak, and will be speaking with PAS’ Datuk Seri Hadi Awang and his No. 2 soon.
He added the alliance leadership will be meeting next Thursday. (10 September 2009).
Curiously, he gave a very slight but tellingly different message to a majority Malay-Muslim audience at the Surau Nurulhuda at Batu 6 an hour later.
"I will separate from the DAP,” he vowed to the large number of serban-wearing Muslim men seated in the audience, should the secular party dispute the position of Bahasa Melayu, the powers of the Malay rulers, the rights of Malays and their religion. - Malaysian Insider.
Kita tentu menggelengkan kepala melihat gelagat Anwar Ibrahim yang memutarbelitkan sentimen kepercayaan penyokong beliau sendiri.
Betulkah Anwar Ibrahim mahu berpisah daripada DAP seperti yang beliau janjikan di surau NurulHuda, tempat ibadat yang suci lagi mulia?
Apakah Anwar Ibrahim hanya sekadar menyedapkan hati penyokong-penyokong Islam beliau yang semakin hari semakin tawar hati dengan aktiviti beliau yang semakin kerap bersekongkol dengan parti 'langkah mayatku dulu' DAP?
Anwar Ibrahim telah berjanji akan berpisah dengan DAP dengan syarat-syarat yang beliau sendiri letakkan dan seperti yang kita ketahui, parti DAP telah melanggar beberapa syarat itu!Dan beliau berani sungguh berbohong di dalam surau!
Apakah Anwar Ibrahim akan berpegang kepada janji beliau itu?
Atau, penyokong-penyokong beliau yang sebenarnya ditipu hidup-hidup dan bulat-bulat oleh si pengkhianat bangsa ini?
Malah, peristiwa protes pembinaan kuil yang berlaku di Selangor baru-baru ini dan ura-ura yang mengatakan akan berlaku perubahan parti politik di dalam kerajaan negeri Selangor jelas menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya tidak mampu untuk membendung dan menasihati kroni-kroni politik beliau di Selangor.
Anwar Ibrahim juga sebenarnya tidak boleh duduk diam melihat situasi politik yang semakin meruncing di Selangor. Beliau tahu bahawa beliau sedang mengira hari untuk menyaksikan kejatuhan kerajaan 'bidan terjun' Pakatan Rakyat di sana!
Malah situasi di Pulau Pinang di mana peniaga-peniaga kecil orang Melayu dianak tirikan dan ditendang keluar daripada tempat perniagaan mereka di masa bulan Ramadhan juga menunjukkan ketidakmampuan Anwar Ibrahim untuk menasihati pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang.
Hakikatnya, parti DAP hanya memperalatkan Anwar Ibrahim untuk kepentingan politik mereka sahaja. Anwar Ibrahim bakal seperti hampas kelapa yang akan dibuang begitu sahaja apabila santannya sudah diambil!
Apa orang PAS, DAP atau PKR nak kata katalah. Apa orang besar atau berpangkat mahu menganggap bantahan yang dibuat – termasuk dalam isu kepala lembu - katalah.
Hakikatnya berkat bantahan dan kesungguhan rakyat Selangor menentang cadangan Kerajaan Selangor memindahkan kuil Hindu di Seksyen 19, Shah Alam ke Seksyen 23, kini mencapai kejayaan untuk sementara.
Semalam Kerajaan Negeri memutuskan untuk memembekukan rancangan memindahkan kuil berkenaan, ekoran bantahan keras penduduk Seksyen 23 - tempat kuil itu hendak dipindahkan - dalam sesi dialog pada sebelah pagi.
Bercakap kepada pemberita di kediaman rasminya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Khalid berkata rancangan pemindahan kuil yang mencetuskan kontroversi itu, dibekukan sehingga tapak alternatif yang sesuai dikenalpasti.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail turut hadir.
Khalid berkata, selepas kerajaan negeri bertemu PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor), MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam), maka kita akan kemukakan cadangan mengenai pemindahan kuil tersebut," katanya.
Ditanya sama ada pemindahan kuil itu ke Seksyen 23 dibatalkan, Khalid mengulangi bahawa "ia dibekukan".
Khalid Samad yang masih mahu menegakkan benang basah menyifatkan insiden pagi tadi berpunca daripada salah faham semata-mata ekoran terdapat anggapan bahawa keputusan telah dibuat.
Yang peliknya pada sesi dialog itu kerajaan negeri membenarkan petugas Unit Amal PAS memasuki dewan di MBSA, tempat dialog itu diadakan. Ini menyebabkan kemarahan penduduk. Menteri Besar mengakui ia bertujuan membantu pasukan penguatkuasa mengawal keadaan.
Dialog hampir dua jam itu tidak berjalan lancar apabila penduduk sering menyampuk dan mempertikaikan penjelasan yang diberikan. Hanya kedengaran bunyi bising dan ungkapan tidak puas hati seperti "tipu", "kamu mahu keputusan" dan "ya atau tidak?".
Ia bermula apabila penduduk enggan membenarkan Khalid Samad berucap kerana didakwa tidak mempunyai kuasa membuat apa-apa. Mereka juga enggan mendengar penjelasan lain dan menuntut Khalid Ibrahim membuat keputusan segera sama ada untuk mengekalkan cadangan itu atau memindahkannya ke tempat lain.
Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen yang kecoh itu dimulakan dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Apabila majlis dibuka kepada soalan, rata-rata penduduk Melayu mendominasi sesi itu bagi melepaskan geram kepada kerajaan pakatan pembangkang Selangor yang didakwanya sebelum ini lambat memberikan respons untuk berbincang.
Ketegangan itu dilihat sampai ke kemuncaknya apabila seorang penduduk setempat beragama Hindu yang tampil memberikan cadangannya, hampir dibaling dengan kerusi.
Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalau keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.
Yang pasti dialog pagi semalam sudah menjelaskan betapa rakyat Selangor yang beragama Islam, khususnya yang berada di Shah Alam, tidak lagi boleh berharap kepada Ahli Parlimen dan ADUN mereka – kerana mereka pun sama.
Kemarahan juga menggambarkan betapa dua Khalid – Khalid Ibrahim dan Khalid Samad akan berdepan dengan banyak lagi bantahan kerana kejadian pagi semalam bolehlah dianggap permulaan.
Selain nama Saiful Bukhari nama yang sering menjadi igauan kepada Anwar Atartuk ialah Musa Hasan iaitu Ketua Polis Negara, sebab itu sekiranya boleh Anwar ingin mengenepikan nama tersebut dalam persekitan yang perlu dihadapinya. Jika Saiful Bukhari beliau takut kerana menjadi Saksi utama kepada Kes liwatnya hingga begitu beria-ia mohon digugurkan kes tersebut. Musa Hasan pula dibenci oleh Anwar kerana Musa Hassan banyak mengethui segala skandal dirinya semenjak diminta membatu menyiasat kes Anwar pada 1997.
Bagi memburukkan imej kepada Anak ustaz Hassan Azhari ini, Anwar telah melakukan pelbagai cara seperti mana dia mengambil langkah memburukkan musuh politiknya yang lain. Yang terbaru dengan akuan sumpah seperti tertera di laman Malaysia Today dan mengarahkan Mahfuz Omar mereka cerita bahawa Musa Hasan disambung kerana kaitan dengan Al-tantunya.
Anwar juga meminta PAS memanipulasi isu ini hingga mencadangkan kepada Agung supaya menolak pemyambungan kontrak sebagai Ketua Polis Negara, begitulah terdesaknya anwar yang seolah ketakutan dengan wajah dan nama Musa Hassan. Namun hasrat Anwar terlayu lesu, apabila kontrak perkhidmatan Ketua Polis negara itu disambung.
Walaupun di laman blognya tidak diceritakan sedikit pun mengenai kebenciannya terhadap Musa Hassan namun umum tahu kenapa Anwar begitu membenci Ketua Polis Negara itu. Seperti dinyatakan oleh blog Unspinner Musa Hasan merupakan pegawai polis yang bertangungjawab mencungkil dan menyiasat kes salah laku Seks Anwar pada tahun 1997 seperti yang dituduh oleh Ummi Hafilda.
Menurut laman itu, Anwar agak terkejut juga apabila seorang pegawai Polis CID Iaitu Musa Hasan berani datang untuk menyoal dia danAnwar terpaksa menjawab soalan pegawai polis yang yang hanya berpangkat SAC pada masa itu.
Dalam kenyataannya kepada Musa Hassan Anwar telah menafikan semua tuduhan yang dibuat oleh Ummi dan Azizan dan mengarah diberhentikan penyiasatankerana YAB Perdana Menteri telah setuju bahawa kes tersebut adalah fitnah.
Anwar sedar bahawa Musa adalah seorang pegawai Polis yang tidak takut menjalankan tugas. Jesteru itu dia meminta Polis menangkap Ummi dan Azizan. Kemudian bila Polis jalankan tugas untuk menyiasat kes ini ke akar umbinya, Anwar cemas dan memberi arahan untuk dihentikan penyiasatan.
Namun begitu sebagai pegawai polis yang memegang prinsip kebenaran, Musa Hassan tidak tunduk arahan Anwar Ibrahim dan meneruskan siasatannya kerana fail mesti ditutup dengan kemas (dan bukan tergantung tanpa kesudahannya).
Maka dua hari kemudian pada pagi 2hb September 1997, Musa telah memberitahu kepada ASP Zul Aznam (ADC Anwar Ibrahim) bahawa dia perlu menyoal beberapa orang lagi termasuk Mohamed Azmin Ali, Shamsidar Taharin, Dato Nallakaruppan, Aton (orang gaji di rumah Shamsidar) dan juga ASP Zul Aznam.
Permintaan Musa Hassan ini telah menjadikan Anwar menjadi cemas dan panik lantas disuruhnya Azmin membawa Musa datang berjumpa dengannya. Azmin lantas menghubungi Musa Hassan pada 11.50 pagi dan meminta Musa hadir ke pejabat Anwar dengan secepat mungkin. Musa sampai di pejabat Anwar setengah jam kemudian pada 12.20 pm.
Pada perjumpaan ini Anwar telah menegur Musa Hassan kerana masih meneruskan siasatan untuk menyoal Azmin, Shamsidar dan Dato Nallakaruppan kerana Ummi dan Azizan telah pun menulis pengakuan bahawa tuduhan mereka semuanya fitnah saja.
Dari rentetan itu Musa merasa sangat pelik kerana sepanjang pengetahuannya inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana seorang pegawai Polis pangkat SAC telah dipanggil ke pejabat Timbalan Perdana Menteri dan diarahkan oleh seorang TPM untuk menghentikan siasatan jenayah.
Lantas Musa membantah arahan Anwar Ibrahim itu dan menyatakan bahawa dia mempunyai tanggung jawab untuk selesaikan siasatan untuk menutup fail dengan rapi.
Mungkin ini yang menyebabkan Anwar terlalu takut dengan Musa Hassan, lantas untuk memburukkan kredibiliti musuhnya itu dicipta akuan bersumpah mengaitkan Musa Hassan dalam kegiatan Kongsi Gelap.
Dalam zaman hari ini akuan bersumpah bukanlah sesukar mana untuk dilakukan malah sesiapa pun boleh melakukannya, sediankan duit sahaja. Melainkan ia bersumpah mengikut cara islam tentu banyak perkiraan akan diambil untuk melaksanakannya.
Dalam hal ini Anwar sendiri pun tidak berani bersumpah dlam kes liwatnya, yang hanya dia tau menyuruh balacinya membuat akuan bersumpah sahaja terhadap musuh politiknya. Bukan sahaja Musa Hassan yang pernah kena malah Najib sendiri pun pernah dikenakan oleh Anwar dalam akuan bersumpah ini, walaupun realitinya masih belum pasti benar.
Sedikit pergeseran berlaku apabila isu sensitif mula dibangkitkan oleh peserta dialog dan menimbulkan ketegangan sehingga dialog terpaksa diberhentikan dengan Khalid sekali lagi berjanji untuk menyelesaikan isu berkenaan ala Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang senantiasa berjanji untuk menyelesaikan masalah penduduk Kampung Buah Pala dan ditepati beliau dengan lenyapnya Kampung Buah Pala di peta negeri Pulau Pinang.
Pergeseran yang berpunca daripada isu sensitif ini Kumbang rasa boleh dielakkan dengan kebijaksanaan kerajaan negeri memahami aspirasi penduduk seksyen 23 yang terdiri daripada pelbagai agama. Malangnya keputusan dibuat secara terburu-buru dan segala bantahan tidak diendahkan serta segala kesalahan dicampakkan ke bahu lawan mereka UMNO yang mereka katakan sengaja menimbulkan kekecohan. Hal ini menyebabkan rakyat semakin meluat dan inginkan perubahan drastik dalam kepimpinan kerajaan negeri Selangor.
Angin perubahan ini dirasai dengan tiba-tiba satu sms singgah di telefon bimbit rakan blogger Kumbang, Pisau yang berbunyi seperti di bawah :
UNTUK SEBARAN SEGERA !
TRAGEDI PERAK AKAN BERULANG DI SELANGOR ! Marilah kita sama2 berdoa agar kerajaan rakyat pimpinan ts khalid kekal memerintah slgr.Sumber dari pejabat DSAI mengatakan 11 adun PR akan keluar parti dan akan jadi adun bebas. 5 pas,3 pkr dan 3 dap. Ini semua kerja jahat BN. Jika tiada pilihan ts khalid akan mengadap sultan hari selasa ini utk mohon bubarkan dun. Semua cabang dan ranting diminta bersedia utk gerakan jentera p/raya.. Sama2 kita pertahankan kerajaan rakyat selangor drp terus menjadi mangsa politik jahat BN.
Sms ini antara lain membuktikan penubuhan kerajaan negeri yang baru kini giat berlangsung di Selangor yang mana kepimpinan Khalid Ibrahim akan ditunjukkan jalan keluar oleh adun-adun yang memahami aspirasi rakyat.
Perjumpaan Hassan Ali dengan Sultan Selangor semalam juga menimbulkan pertanyaan adakah ia sekadar taklimat penguatkuasaan arak di Selangor atau perbincangan mengenai penubuhan kerajaan negeri baru dengan Hassan Ali sebagai menteri besar?
Hal ini diperkuatkan lagi dengan Hassan Ali dikatakan mengelak untuk ditemubual wartawan di perkarangan istana. Seolah-olah sesuatu hal penting dibincangkan dan bukan hanya sekadar sebuah taklimat.
Krisis dalam PKR melibatkan Khalid Ibrahim dan Azmin Ali kian hangat apabila Khalid Ibrahim dikatakan disingkir kedudukannya sebagai Ketua Cabang(bahagian) Selangor yang menjadikan Khalid sebagai Menteri Besar tanpa jawatan di peringkat cabang atau bahagian. Hal ini ternyata menyebabkan Khalid Ibrahim boleh dipertikaikan kedudukannya sebagai Menteri Besar.
Perkara ini menyebabkan dalam PKR sendiri menyaksikan usaha mengangkat Azmin Ali sebagai menteri besar giat dijalankan untuk mengelakkan adun-adun dalam Pakatan Pembangkang mengalihkan sokongan mereka.
Perkara ini antara lain menyaksikan dua individu kini dikatakan berpotensi dan bersaing untuk menjadi Menteri Besar dalam angin perubahan di negeri Selangor iaitu Hassan Ali dan Azmin Ali. Yang mana Kumbang pasti, 2 individu ini ternyata jelek dengan pemerintahan boneka Khalid Ibrahim yang membebankan dan menjadikan rakyat Selangor kian menderita.
Kita tunggu siapa yang akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas ini. Samada Hassan Ali atau Azmin Ali. Apa yang pasti hal ini akan menyebabkan Anwar Ibrahim semakin risau dan ketakutan melihatkan sokongan yang berkurangan dari kalangan rakyat dan parti gabungan yang diketuai beliau.
Musa Hassan dilanjutkan kontrak, Selangor terlepas dan mungkin Kedah selepas ini membuatkan Anwar Ibrahim semakin tidak keruan dan impian menjadi Perdana Menteri mungkin tinggal angan-angan.
HARAPAN banyak pihak dan orang ramai untuk mengikuti perbicaraan sebenar kes dakwaan liwat Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, dalam masa terdekat, tidak kesampaian.
Sejak kes tersebut disebut pertama kali Ogos lalu, sampai kini, ia belum dapat dibicarakan antaranya kerana Anwar mengemukakan permohonan demi permohonan untuk penangguhan. Nampaknya motto baru Anwar ialah Tangguh Tetap Tangguh berbeza dengan Lawan Tetap Lawan ketika kempen pilihan raya umum lalu.
Terbaru, kes tersebut akan dipanjangkan lagi pada bulan Oktober. Maknanya, sudah dua kali Ramadan dan Aidilfitri terpaksa dilalui oleh Saiful dengan perasaan tertekan menanti kesnya. Awang sudah banyak kali menulis tentang penangguhan perbicaraan utama kes berkenaan dan tidak terkejut dengan perkembangan tersebut. Selanjutnya di Mingguan Malaysia, 6 September 2009
[Ulasan] Terima kasih Awang Selamat serta seluruh warga Utusan Melayu kerana prihatin dan tidak putus-putus membela nasib saya untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya.
Saya ini hanya insan kerdil(tiada pengaruh dan kuasa), lawan saya pula adalah antara 100 orang yang terpengaruh di dunia(Times Top 100 2008), bagaikan tikus dengan gajah. Hatta, penulisan dan liputan berita yang diberi sedikit sebanyak telah/dapat membantu dalam perjuangan saya dalam mendapatkan keadilan yang tidak kunjung tiba ini.
Setuju dengan Awang, kali ini, motto tertuduh ''Tangguh tetap Tangguh'', bukan lagi ''Lawan tetap Lawan''. Ada juga rakyat diluar sana kata ''Lari tetap Lari'' dan macam-macam lagi.
Mengenai dua Aidilfitri dan Ramadhan yang terpaksa dikorbankan, saya redha. Bukan sahaja itu, malah banyak lagi yang terpaksa saya korbankan. Tidak mengapa, adat perjuangan, mesti perlu berkorban. Namun, saya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada serta ketenangan yang diberi-Nya.
Saya pasti, banyak hikmah disebalik semua ini kerana Allah swt Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Akhir kalam, walaupun kita tidak pernah bertemu/kenal, keikhlasan serta sokongan Awang dan Utusan Melayu amat saya dan seluruh keluarga hargai. Semoga budi dan jasa Awang serta warga Utusan sekalian dibalas Allah swt. Amin
TINDAKAN Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang menunding jari kononnya UMNO terlibat dalam perhimpunan dan perarakan kepala lembu ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dilihat sebagai usaha terdesak beliau untuk melindungi kegagalan beliau dan juga ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail dalam isu pembinaan kuil di Seksyen 23.
Khalid Samad yang sebelum ini berjuang habis-habisan supaya kalimah Allah boleh digunakan digereja terpaksa mencari `kambinghitam’ untuk menghalalkan keputusan exco Selangor yang mahukan kuil didirikan di Seksyen 23 dimana majoriti penduduknya adalah Islam dan Khalid akhirnya tidak ada pilihan dan mengheret UMNO untuk menutup kelemahan pimpinannya sebagai seoarang pemimpin PAS dan MP Shah Alam.
Khalid yang berganding bahu dengan Rodziah Ismail,yang selama ini begitu hebat mempertahankan Kugan, penjenayah yang mati dalam tahanan polis terpaksa menggadaikan maruah kepimpinan Islamnya untuk tunduk kepada kemahuan exco supaya kuil tersebut tetap didirikan.
Tindakan Khalid dan Rodziah ini dilihat bacul dan menyalahkan UMNO lagi memperlihatkan kebodohan serta kebebalannya sebagai seorang pemimpin PAS di parlimen tersebut dan mengheret UMNO itu dilihat juga sebagai cuba mengaburi mata pengikut dan penyokong pembangkang, kononnya beliau tidak bersalah.
Namun penipuan Khalid untuk berselindung di sebalik apa yang dinyatakan gagal apabila semua pihak yang terlibat menyalahkan Khalid dan Rodziah kerana tidak mempertahankan kawasan itu daripada dicerobohi oleh kuil Hindu yang dimaksudkan itu dan beberapa kain rentang yang dipamerkan jelas menjadikan Khalid dan Rodziah sebagai sasaran kemarahan penduduk dari seksyen itu.
Khliad yang selama ini berselindung disebalik imej Islamnya hanyalah sekadar menjadi patunng dan tukang angguk kepada kehendak serta tuntutan rakan-rakan mereka dari kaum India terutama daripada parti KeADILan dan sebagai mewakili kawasan Parlimen Shah Alam, tindakan Khalid yang tidak mempertahankan majority penduduk di kawasan itu sebagai satu tindakan yang paling tidak bertanggungjawab serta memalukan.
Tidak cukup mengheret UMNO, Khalid juga secara kurang ajar telah menyalahkan pihak polis dan menuduh pasukan keselamatan itu bersekongkol dengan UMNO untuk meniupkan api benci kepada penduduk kawasan tersebut bagi menentang keputusan kerajaan negeri dengan mengadakan demonstrasi sambil arak kepala lembu.
Polis dan KDN mengecam tindakan Khalid ini dan mencabar Khalid untuk membuktikan namun Khalid barangkali tersilap kerana menganggap dia boleh celupar dan kurang ajar seperti dalam Dewan Rakyat kerana ada akta melindungi menjadi tidak tentu hala dan kita percaya akan ada beberapa pihak lagi yang akan diheret oleh Khalid bagi menutup segala kepincangan beliau sebagai pemimpin Islam dan juga MP Shah Alam.
Rakyat Selangor yang semakin tersedar dari segala penipuan pembangkang mula bangkit mempertahankan hak mereka yang sekian lama telah ditipu oleh pemimpin di Negeri Selangor dan kita juga yakin, akan muncul beberapa siri pemberontakan daripada rakyat Selangor sendiri yang mula tidak puas hati dengan corak serta pentadbiran Pakatan di Negeri Selangor yang banyak menafikan hak-hak orang Islam di negeri itu.
Untuk Khalid Samad dan Rodziah Ismail, mereka tidak ada pilihan.Mereka perlu berdepan dengan kemuncak kemarahan penduduk dari Seksyen 23. Penduduk yang selama ini telah dibeli undi oleh PAS dan KeADILan untuk menyokong mereka dalam PRU12 lalu sudah mula terasa bahawa mereka telah ditipu dan pendedahan beberapa blog yang mendakwa bahawa yang terlibat secara langsung mengadakan demontrasi baru-baru ini adalah daripada orang kuat kedua parti itu dan UMNO sendiri tidak terlibat secara langsung.
Apakah semangat Dato Harun akan berulang kembali dibumi Selangor? Kita tunggu kesudahan kepada segala episod yang sedang dimainkan oleh Khalid dan Rodziah ini..
Artikel ini disalin semula oleh pendekar siong, Baling Kedah yang dipetik daripada Kamarulz.blogspot. com berkenaan dengan pendedahan mengenai peranan badan pemikir Anwar, IKD sebagai penyebar Islam Liberal di Malaysia. Klik di sini
Nampaknya peranan IKD sebagai penyuluh Islam Liberal di Malaysia, bukan lagi rahsia, tetapi sudah diketahui umum dan disalin dari blog ke blog untuk peringatan dan pengetahuan semua rakyat Malaysia.
Tahniah! Teruskan usaha penyebaran ini, agar lebih ramai yang sedar tentang apa itu Islam Liberal, siapa di belakangnya dan apakah peranan IKD dan Anwar Ibrahim dalam menyemarakkan gelombang kebangkitan Islam Liberal di Malaysia. Lagi banyak sebaran berbentuk email berantai lagi bagus, kerana semakin ramai yang akan tahu dan akan mengambil langkah untuk membendungnya.
Berikut dibuat sedikit petikan dan analisis tentang tulisan tersebut;
"Institut Kajian Dasar (IKD) yang berpangkalan di Jalan Telawi, Bangsar adalah satu organisasi yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam usaha menyebarkan fahaman Islam Liberal di Malaysia ini. IKD turut mempunyai link dengan Jaringan Islam Liberal (JIL), satu organisasi dakwah Islam Liberal yang terbesar di Indonesia. JIL dipelopori oleh Cak Nur (Nurcholisch Madjid) iaitu bapa Islam Liberal Indonesia"
"IKD mendapat sumber kewangan daripada Konrad Adenauer Foundation (KAF), sebuah yayasan kebajikan yang berpangkalan di Jerman. Yayasan ini sangat aktif memberikan sumbangan kepada pertubuhan-pertubuh an yang mendokong fahaman Islam Liberal di dunia ini. IKD dipimpin oleh saudara Khalid Jaafar (Calon PKR di Parlimen Bukit Katil, Melaka). Khalid Jaafar adalah orang kuat kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Selain itu IKD turut didokong oleh YB Amiruddin Shaari (ADUN PKR Batu Caves) selaku Koordinator IKD"
Penulis merumuskan IKD merupakan penyuluh Islam Liberal kerana mempunyai link dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) Indonesia dan ditaja oleh Yayasan Kristian-Yahudi Jerman serta dipimpin oleh pemikir Islam Liberal Malaysia, Khalid Jaafar, bekas Setiausaha Akhbar, Anwar Ibrahim dan aktivis PKR.
Kemudian penulis mendedahkan kegiatan IKD untuk penyebarluaskan Islam Liberal di Malaysia;
"IKD banyak menerbitkan buku-buku dan artikel-artikel yang mendukung fahaman Islam Liberal. Mereka kini giat menerbitkan bahan bacaan di dalam bentuk saiz poket dan dijual di banyak toko-toko buku ilmiah. Tajuk buku-bukunya seperti tajuk yang baik dan membincangkan hal ehwal Islam tetapi hakikat yang sebenarnya ialah karya-karya berkenaan dicemari dengan fahaman Islam Liberal. IKD menggunakan bidang penulisan (buku & arkitel) untuk menyebarkan fahaman Islam Liberal"
"IKD turut sama menyebarkan fahaman PLURALISME agama(semua agama adalah benar). Satu fahaman yang sangat merbahaya. Fahaman ini mengatakan bahawa semua agama adalah sama dan semua agama akan menuju kebenaran. Pluralisme agama juga menyatakan bahawa semua agama akan menuju ke syurga serta tiada bezanya antara Islam dan Kristian kerana semuanya sama belaka. Fahaman ini jelas sekali bertentangan dengan ayat Al-Quran yang mengatakan bahawa hanya Islam sahaja agama yang diiktiraf dan diredhai oleh Allah manakala agama lain adalah tertolak. Antara buku terbitan IKD ialah "Islam dan Dasar Pemerintahan" oleh Ali Abdul Raziq"
"Islam dan Dasar Pemerintahan karya Ali Raziq merupakan antara buku paling kontroversi dalam dunia pemikiran Islam khususnya di Mesir dan di Timur Tengah. Buku ini diterbitkan pada 1926, saat berkembangnya gerakan Islam yang pada ketika itu cuba mempertahankan negara-negara Arab dari kuasa imperalis Barat selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah pada awal 1920-an. Menerusi buku ini, yang juga merupakan kajian penulisnya terhadap sistem khilafah, merumuskan tesis bahawa tidak ada asas atau gesaan membina sebuah negara Islam (daulah Islamiah) dalam sumber utama Islam iaitu Al-Quran dan Hadith. Berdasarkan penemuan dan kajian terhadap dalil-dalil Al-Quran, Hadis, penilaian semula terhadap ijmak (Ali Raziq mendapati dakwaan bahawa ijmak tentang kewajipan menegakkan Negara Islam sebenarnya tidak benar dan tidak pernah terhasil), dan petunjuk-petunjuk sejarah, beliau merumuskan bahawa agama dan negara wajib dipisahkan"
"Buku ini jelas menentang konsep negara Islam dan menentang konsep Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas perlembagaan negara. Buku ini mengatakan bahawa agama dan negara perlu dipisahkan yakni mengamalkan pemerintahan SEKULAR. Buku ini turut menyatakan tiada konsep negara Islam yang sebenarnya. Jelas sekali, bahawa buku terbitan IKD ini adalah terpesong daripada ajaran Islam sebenar"
Pertamanya, jika Yayasan Kristian Kristian-Yahudi Jerman sanggup melabur jutaan ringgit kepada Anwar dan IKD, dari 1987 hingga sekarang, apakah hasilnya ? Apa yang dikehendaki oleh pihak penaja itu setelah menghanguskan jutaan ringgit untuk membela Anwar ? Mereka (Yayasan Kristian-Yahudi) hanya mahukan satu perkara iaitu Anwar dan IKD perlu merombak dominasi Islam di Malaysia. Dalam erti kata lain Islam mesti dirosakkan atau sekurang-kurangnya diliberalkan.
Kedua, kenapakah IKD memperdagangkan semula buku itu. Sudahlah kos operasi IKD dan kos percetakan buku itu ditaja sepenuhnya oleh KAF, tetapi IKD pula turut menjual di pasaran terbuka. Bermakna IKD mendapat dua keuntungan, satu duit dari Yayasan Kristian-Yahudi Jerman untuk menampung kos percetakan, kedua duit dari rakyat Malaysia yang menyumbang saham untuk proses penyebaran Islam Liberal di Malaysia.
Ketiga, kenapakah Yayasan Kristian-Yahudi berminat dengan buku tulisan 'tokoh' Islam, sekiranya tidak menguntungkan mereka. Lebih baik cetak dan sebar buku Kristian. Yayasan Kristian-Yahudi tahu jika dicetak buku Kristian, masyarakat Islam akan menolak mentah-mentah kerana mengangap itu merupakan propanganda Krsitian. Jadi untuk lebih berkesan meracuni pemikiran umat Islam di Malaysia, dipilihnya buku karya Ali Raziq yang tajuknya berbaur Islam, "Islam dan Dasar Pemerintahan" .
Awas, jangan terpedaya dengan nama pengarang Islam, Ali Raziq dan tajuk Islam kerana didalamnya adalah racun yang boleh membunuh pemikiran yang ditanam sebelum ini bahawa Islam dan pemerintahan tidak dapat dipisahkan. Buku itu menggunakan Al Quran dan hadis untuk menjustifikasikan bahawa tidak pernah wujud konsep Negara Islam yang diperjuangkan PAS dan tidak pernah wujud Islam dan pemerintahan adalah dua entiti yang sama. Buku itu merumuskan Islam dan pemerintahan perlu dipisahkan yang menepati ciri pemerintahan Sekular.
Ali Raziq adalah bekas ulama Mesir dan dicabut gelaran ulama/sheikh oleh persidangan ulama Mesir pada tahun 1926. Buku itu diharamkan dan Ali Raziq dilucutkan kelayakan menulis dan mengajar agama. Pada tahun 2004, setelah berkurun lamanya buku itu diharamkan oleh ulama Mesir, maka dengan beraninya IKD menterjemahkan semula buku itu ke dalam bahasa Melayu dan dicetak untuk bacaan umat Islam di Malaysia. Penterjemah buku itu adalah penulis IKD bernama Al Mustaqeem Mahmod Radhi, bekas pelajar lulusan Jordan.
Selain menjadi penulis upahan di IKD, Al Mustaqeem juga merupakan Pengarah Eksekutif MEGC (Middle Eastern Graduate Center), satu NGO cawangan IKD yang juga ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Kristian-Yahudi, KAF. Al Mustaqeem juga terlibat aktif dalam kumpulan The Reading Group (RG), satu kumpulan gabungan Islam Liberal dari tiga negara, Malaysia, Indonesia dan Singapura. Klik di sini
Seterusnya penulis membuat kesimpulan bahawa maklumat IKD penyebar Islam Liberal adalah benar dengan hujahnya;
"Mungkin ramai di kalangan pembaca merasa sangsi dengan tulisan penulis ini. Maka, sesiapa yang masih ragu sama ada IKD adalah pelopor Islam Liberal di Malaysia ataupun tidak, boleh terus bertanya kepada Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) yang dipimpin oleh Ust Dr. Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor. Ini kerana PUMPP adalah NGO Islam yang paling aktif menentang fahaman Islam Liberal"
"Selain PUMPP, pertubuhan seperti TERAS (Teras Pengupayaan Melayu), API (Angkatan Pemuda-Pemudi Islam Pulau Pinang) dan juga WADAH (Wadah Percerdasan Umat Negeri Pulau Pinang) turut sama aktif menangkis serangan Islam Liberal di Malaysia"
"Penulis masih ingat ketika menghadiri satu seminar mengenai pencerahan anjuran IKD di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur pada tahun 2005. Ketika itu memang jelas dan terang, IKD berjuang menyebarkan fahaman Islam Liberal sehingga menempelak Ustazah Harlina Halizah Siraj (Ketua Muslimat JIM) yang mempertahankan ajaran Islam tulen. Sesiapa yang tidak percaya, pergi lah bertanya kepada Ustazah Harlina Halizah Siraj mengenai siapa sebenarnya IKD"
"Note : Anda juga boleh bertanya kepada Ustaz Hafiz Nordin (Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang), Ustaz Hafiz Lubis (Timbalan YDP ABIM Kedah), En. Nizam Mashaar (Setiausaha Agung PUMPP), saudara Shamsul Ery (Presiden API), Cikgu Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS) atau Ustaz Fadhullah Jamil (YDP WADAH Pulau Pinang). Mereka di atas adalah antara insan yang kuat menentang fahaman Islam Liberal di Malaysia"
Banyak fakta menarik yang cuba diyakinkan kepada kita. Pertama, kebanyakan yang menentang Islam Liberal adalah daripada Persatuan Ulama Malaysia (PUM), khususnya PUM Pulau Pinang yang merupakan temapt kelahiran Anwar Ibrahim.
Adakah Anwar Ibrahim terkait dengan perkara ini ? Jawapannya YA. Jika PUM menyerang IKD sebagai penyebar Islam Liberal bermakna PUM menyerang Anwar Ibrahim kerana IKD adalah badan pemikir Anwar. Khalid menjalankan misi merencanakan Islam Liberal di Malaysia atas arahan atau sekurang-kurang di bawah restu Anwar, kerana Anwar sudah tahu apa misi terakhir badan penajanya, KAF.
Kedua, tokoh-tokoh utama PUM seperti Ustaz Abdul Ghani Samsudin dan Ustaz Dr. Wan Mohd Salim Wan Mohd Nor adalah bekas kawan baik Anwar dan pernah terlibat dalam ABIM. Misalnya jawatan terakhir Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin adalah Timbalan Presiden ABIM pada tahun 1985/87. Ketika itu, Anwar telah memasuki UMNO dan dari luar, dia cuba meremote ABIM dengan melantik Presiden proksi yang sealiran dengan Anwar iaitu Dr Siddiq Fadhil.
Anwar berusaha menyingkirkan Ustaz Abdul Ghani daripada menjadi Presiden ABIM selepas Dr Siddiq Fadhil, kerana aliran pemikiran Ustaz Abdul Ghani tidak sama dengan aliran pemikiran Anwar. Justeru itu, Ustaz Abdul Ghani disingkirkan daripada jawatan Timbalan Presiden ABIM dan diganti dengan Abd. Halim Muhamadi.
Selepas Ustaz Ghani disingkirkan Dr Siddiq Fadhil menyerahkan jawatan Presiden ABIM kepada orang yang sealiran dengan Anwar iaitu Muhamad Nur Manuty. Selepas itu, Anwar melantik Dr Siddiq Fadhil sebagai panel pemikir IKD dengan gaji yang lumayan. Dan Muhamad Nur Manuty pula terlibat menyokong Anwar dalam keadilan hingga ke hari ini.
Apa terjadi kepada Ustaz Abdul Ghani Shamsudin setalah disingkirkan dari ABIM ? Dia dan rakan-rakan ABIM yang sealiran dengannya telah keluar beramai-ramai dan menubuhkan persatuan islam baru yang dinamakan Persatuan Ulama Malaysia (PUM), di mana Ustaz Abdul Ghani sebagai Presiden. Seterusnya Ustaz Abdul Ghani meletak jawatan sebagai Presiden PUM dan menyertai PAS serta bertanding dalam pilihanraya lalu (kalah).
Sekarang Ustaz Abdul Ghani merupakan Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat dan menubuhkan sebuah NGO yang dinamakan Majlis Himpunan Ulama atau ringkasnya SHURA.
Pihak pertama yang mengesan kelainan pemikiran Anwar Ibrahim ketika berada di Amerika Syarikat adalah PUM. Sehingga sekarang laman web PUM menyiarkan video ucapan Anwar Ibrahim di New York, Amerika Syarikat, pada 1 Disember 2005 anjuran NED (National Endowment for Democracy) yang inti utama ucapan itu menyeru umat Islam menyokong Amerika Syarikat serta menolak kepimpinan ulama. Kepimpinan ulama dilink dengan teroris yang diperangi oleh Amerika Syarikat. Begitulah intipati ucapan Anwar yang memberi kesan mendalam kepada PUM.
Untuk mengesahkan apa yang diucapkan oleh Anwar seperti dalam video yang disiarkan oleh NED itu, Ustaz Abdul Ghani melalui kapasitinya Presiden SHURA telah menjemput Anwar untuk berucap di Hotel De Palma, Ampang pada tahun 2006 untuk bercakap berkenaan Islam dan hak asasi manusia.
Ternyata ucapan Anwar di hadapan ahli SHURA dan PUM di Hotel De Palma itu sama intipatinya dengan yang diucapkan oleh Anwar di New York, pada tahun 2005. Sejak itu, PUM mengesahkan Anwar merupakan penganut Islam Liberal dan berusaha untuk menyebarkan di Malaysia, jadi PUM bertindak untuk membendungnya.
Tetapi PUM menghadapi masalah besar. Tersepit di tengah kemelut politik. Ustaz Abdul Ghani adalah Setiausaha Dewan Ulama PAS dan Anwar pula Penasihat umum PKR, di mana PKR dan PAS merupakan parti gabungan di dalam PR (Pakatan Rakyat), yang Anwar Ibrahim merupakan ketuanya.
Jadi apa jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini ?
Anwar nampaknya sudah menggunakan segala ruang perundangan bagi memastikan kesnya tertangguh, dan terus tertangguh lagi. Nampak sangat ada usaha untuk ’strike off’ sahaja kes ini; apatah lagi apabila Saiful membayangkan bahawa dirinya dicari oleh Anwar kebelakangan ni. Saiful katanya sudah nekad untuk tidak akan berbincang sebarang ‘harga’ kepada keadilan yang dicarinya. Maklum, Saiful dah pertaruhkan semua – maruah diri, keluarga, masa depan seluruhnya bagi menentukan keadilan diperolehi. Tetapi setakat ini, keadilan masih belum nampak bayang.
Anwar nampaknya cuba mencari ‘helah perundangan’ dalam memastikan kes ini akan tutup begitu sahaja. Kalangan peguam ’senior’ pun sudah mula meragui keperluan usaha ini dilakukan sedemikian rupa; sekiranya Anwar tidak bersalah. Apalah salahnya untuk membenarkan mahkamah mendengar kesnya secara terbuka. Namun, di atas kelemahan ‘perincian perundangan’, Anwar masih mempunyai masa untuk melakukan apa sahaja untuk memastikan dia terlepas.
Kita berharap, pihak PDRM memberikan sepenuh perhatian kepada ‘persoalan keselamatan’ dalam tempoh mahmakah terus ditangguh dan dinafikan sidangnya ini. Kita tidak mahu, sebagai saksi penting – Saiful terpaksa dihujani dengan pelbagai tekanan daripada mana-mana pihak. Tekanan emosi. Tekanan kewangan. Tekanan keselamatan. Semuanya boleh dilakukan oleh orang yang ‘desperate’ dalam mencari ruang untuk bernafas.
Rakyat pastinya sedih, kerana keadilan kepada Saiful masih dinafikan. Inilah kononnya seorang individu yang menegakkan ‘rule of law’. Sikit-sikit, rule of law. Merusuh sedikit – rule of law. Apakah Anwar lupa dengan prinsip ‘rule of law’ kali ini. Atau ‘rule of law’ kepada Anwar ada definisi yang tersendiri. Itu yang rakyat mahu tahu. Anwar kena faham, selagimana dia menangguhkan kes – selagi itulah orang akan mengatakan ada ‘nilai’ kepada tuduhan sodominya itu.
Anwar mesti konsisten dalam perjuangannya. Tidak berkata lain, dan mengamalkan sesuatu yang lain. Jika ‘keadilan’ buat seorang insan kerdil bernama Saiful pun, tidak mampu Anwar penuhi – apakah kita mampu meletakkannya sebagai ‘model’ kepada retorik ‘rule of law’? Anwar sudah tidak jantan untuk berhadapan dengan sistem perundangan. Itu yang kita maksudkan.
Branding ‘rule of law’ versi Anwar ini amat mengelirukan. Rule of law – seharusnya tidak membuatkan ADUN Perak mengamuk dan meroyan tidak tentu hala. Tapi Anwar benarkan. Anwar tidak waima sekalipun mengutuk usaha menidakkan titah Tuanku Sultan Perak. Di mana ‘rule of law’nya?
Anwar mesti menghormati Saiful sebagai seorang insan yang memerlukan ‘keadilan’. Anwar juga menuntut ‘keadilan’ yang serupa. Anwar seharusnya lebih berani membenarkan mahkamah mengkaji kedudukan dan kebenaran yang ada, berdasarkan bukti dan jalur undang-undang. Mengapa tidak? Anwar seharusnya bertanya kepada ‘conscience’ dirinya; apakah aku ini sudah mengamalkan apa yang aku percaya? Kalau benar aku tidak bersalah, apa yang perlu aku takutkan?
Anwar seharusnya mengotakan janjinya untuk menegakkan ‘rule of law’ dan membenarkan kesnya disebutkan tanpa sebarang protes. Hentikanlah segala usaha sabotaj dan cuba menekan Saiful. Hentikan segala permainan ‘broker politik’ murahan yang mahukan Saiful menarik balik laporannya. Hentikan segala usaha ‘buy over’ di saat-saat akhir ini.
Benarkan ‘rule of law’ mengambil tempatnya….boleh ke Pak Sheikh?
Berucap pada program lawatan ke negeri Pahang dalam majlis Jamuan Teh, di Kampong Bukit Pak Silap pada 18 Ogos 2007, Anwar Ibrahim telah mengeluarkan bait-bait berikut : (klik sini)
“Kita sudah merdeka 50 tahun. Apa makna kemerdekaan jika kita tidak boleh bersuara. Apa erti kemerdekaan jika kita merasakan diri kita tidak ada hak ke atas negara ini. Sebab itu sebagai rakyat kita kena tahu hak kita. Kita kena berjuang membela hak kita,” katanya.
Anwar turut mengesa rakyat agar lebih berani memperjuangkan kebebasan bersuara kerana jika tidak berbuat demikian tidak ada ertinya negara mencapai kemerdekaan selama 50 tahun.
Ya betulll tu Anwar...apa gunanya kemerdekaan jika kita tidak berani memperjuangkan hak serta kebebasan bersuara. Jangan jadi bacul macam Si Kitul..jangan jadi pengecut macam Si....put (sori..penulis takde idea).
Bukan setakat itu sahaja perjuangan Anwar Ibrahim mengenai kebebasan bersuara, malah kempen tersebut turut dipanjangkan dalam blog beliau dengan artikel yang bertajuk Perutusan Hari Kebebasan Akhbar(klik sini) .
Antara bait-bait tulisan beliau yang boleh penulis petik daripada artikel tersebut adalah...
"Pincanglah demokrasi sekiranya salah satu dari sendi utamanya iaitu kebebasan akhbar dan hak untuk bersuara di cengkam atau dikawal oleh penguasa"....
lagi...
"Hari ini Pakatan Rakyat ingin mengulangi iltizam kami terhadap kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat".
Nah...sungguh padu dan mantap seruanmu wahai Anwar Ibrahim. Maka lahirlah generasi yang berani dalam memperjuangkan hak kebebasan bersuara di negara ini atas alasan kononnya mahukan keadilan..mahukan pembelaan. Anwar Ibrahim pasti berbangga kerana seruan beliau mengenai kebebasan bersuara disahut oleh sebilangan rakyat Malaysia.
Kebebasan bersuara tidak berhenti setakat itu sahaja. Pada 5 Sepember 2009, pendekatan ini diambil oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendengar suara hati, rintihan dan bantahan yang dikemukakan penduduk Seksyen 23 Shah Alam berhubung dengan isu kuil dikawasan tersebut.
Turut hadir dalam sesi dialog(versi kebebasan bersuara Anwar Ibrahim) itu ialah Exco kerajaan negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail, anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Othman Omar.
Namun, kusangka panas hingga ke petang namun hujan beserta ribut petir ditambah sedikit taufan melanda Khalid Ibrahim. Beliau menerima layanan sewajarnya atas tiket 'kebebasan bersuara'.
'MB bodoh’ dan 'Khalid Babi’ serta macam-macam kata kesat menyelubungi Dewan Bankuet Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam dimana berlangsung sesi dialog Khalid Ibrahim dengan penduduk Seksyen 23 berhubung isu pembinaan kuil.Kira-kira 300 penduduk termasuk 40 kaum India hadir dailog itu.
Kalangan yang berang dengan keputusan kerajaan negeri hendak bina kuil Hindu dekat kawasan perumahan mereka juga boo kearah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ADUN Batu Tiga PKR Rodziah Ismail.Malah satu ketika seorang penduduk tunjuk tapak kasut kearah Khalid dan ramai yang menjerit ‘ penipu’ semasa Rodziah berucap.(klik sini dan sini)
Dailog selama sejam itu berakhir tanpa apa-apa keputusan dibuat.Sebelum itu penduduk tidak endahkan jaminan Menteri Besar kata nak kaji balik keputusan. Suasana juga agak tegang bila wakil penduduk India tetap mahukan kuil di Sek 23.Ia jadi lebih hangat bila dia kata orang India boleh tahan dengan laungan azan lima kali sehari.
KECOH...Tiada keputusan yang dapat dicapai dalam sesi dialog yang diadakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama-sama penduduk di Seksyen 23 Shah Alam mengenai penempatan semula isu kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Sebaliknya berlaku kekecohan ketika sesi dialog tersebut berlangsung.
Kesian...apalah nasibmu. Khalid Ibrahim & The Gang tak terdaya menghadapi 'kebebasan bersuara' penduduk Seksyen 23. Umpama ludah ke langit, kena muka sendiri.
Penulis cuma boleh cakap padan muka korang.
Adakah Anwar Ibrahim menyokong kebebasan bersuara ini? Ataupun hanya melepaskan batuk di tangga dalam mempertahankannya. Berlagak macam primadona. Macam cakap dia saja yang betul. Jangan pula anda mengenepikan hak bersuara rakyat dalam negeri yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat itu sendiri.
Khalid Ibrahim, yang mana lebih tajam, pedang atau lidah? Anda sudah rasa penangannya bukan? Jika anda masih belum sedar, maka kebebasan bersuara akan terus menjadi tunggangan yang diperalatkan.
Tertekan dengan kemarahan penduduk Islam Seksyen 23, Khalid Samad mengeluarkan satu surat terbuka yang diedarkan sebelum jumaat tadi. Beliau antara lain cuba mempertahankan tindakan beliau mencadangkan tapak kuil di Seksyen 23 yang berhampiran dengan kawasan majoriti penduduk Islam.
Beliau memetik ayat 8 surah al-Maidah yang berbunyi "bertindak adil! Ianya lebih rapat kepada ketaqwaan. Dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil..."
Aneh sungguh mengapa Khalid Samad hanya memetik sebahagian kecil ayat 8 surah al-Maidah. Mari kita baca keseluruhan ayat 8 dan juga 9 serta 10 yang berangkai dalam surah al-Maidah.
[Ayat : 8] Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
[Ayat : 9] Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal salih, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. [Ayat : 10] Dan orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Qur'an), merekalah ahli Neraka.
Mengapa Khalid Samad menyembunyikan ayat-ayat ini kuranglah kita ketahui.
Namun bolehkah umat Islam di Shah Alam percaya kepada Khalid Samad? Sebaik menang pilihan raya lalu beliau menunjukkan belang dengan berucap di dalam Gereka menyokong tuntutan Sidang Injil Borneo untuk menukar perkataan Tuhan/God kepada Allah dalam Bible bahasa Melayu.
Keadilan Dalam Neraca Apa?
Khalid Samad bercakap soal keadilan untuk penganut agama Hindu di negara ini. Apakah selama ini mereka tidak di layan dengan adil? Apakah tersergam indah kuil Batu Caves bukan bukti toleransi dan keadilan umat Islam negara ini? Apakah kewujudan bagai mahligai kuil-kuil Hindu di Sungai Way, Kinrara, Puchong, Klang, Shah Alam bukan bukti keadilan pemerintahan Islam di Selangor? Apakah pemberian cuti Thaipusam dan Deepavali di Selangor bukan bukti keadilan?
Kita ingin bertanya keadilan untuk siapa apabila Khalid Samad, Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail meluluskan pembinaan kuil di Seksyen 23 berhampiran penempatan majoriti penganut agama Islam tanpa mendapat pandangan mereka dahulu?
Keadilan ialah meletakkan sesuatu di tempatnya, bukannya memberi apa sahaja permintaan penyokong atau pengundi kita sehingga menindas orang lain.
Adilkah apabila mereka yang membeli rumah di kawasan tersebut tidak dipanggil untuk pendengaran awam sedangkan semasa membeli rumah tiada kuil di dalam pelan pembangunan?
Keadilan untuk siapa? untuk rakyat atau untuk kepentingan politik Khalid Samad?
Benarkah Kuil Hindu Perlu Berdekatan Rumah?
Hujah Khalid "Mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kediaman mereka? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang."
Wah mendengar hujahan ini tentulah kita berasa syahdu dan ada kebenarannya jika kita tidak memahami konsep kuil Hindu. Jika Khalid tidak faham biarlah kita fahamkannya.
Jauh tersebut untuk siapa dan dari mana? Apakah penganut Hindu seksyen 19 lebih dekat dengan seksyen 23 berbanding seksyen 22 dan 18? Yang mahu dipindahkan ialah kuil di Seksyen 19 jadi alasan jauh atas dua tapak cadangan kerajaan sebelum ini berbanding seksyen 23 tentulah boleh dipertikaikan rasionalnya.
Konsep kononnya tapak lama jauh dari penempatan orang tidak sesuai juga sangat melucukan.
Boleh Khalid beritahu apa logiknya kuil hindu di sebelah Midvalley yang tiada satu pun penempatan penduduk di bina begitu besar? Malahan ketika mahu membina Midvalley, penganut Hindu bertegas mahukan kuil di bina di situ berdasarkan terdapat tempat sembahyang kecil mereka di dalam hutan tersebut.
Boleh Khalid jelaskan apakah logik kenyataan beliau itu jika terdapat dua buah kuil Hindu yang besar dan luas di jalan Puchong-Shah Alam berhampiran Lebuh Raya Elit yang tiada satu pun penempatan penduduk?
Bagaimana pula Kuil Hindu berhampiran Angkasapuri yang asalnya sebuah kuil haram mahu terus kekal di situ apablia kerajaan mahu membina New Pantai Expressway walaupun tiada sebuah pun penempatan penduduk di situ?
Jadi rasional Khalid bahawa Kuil Hindu perlu dibina berhampiran penempatan penduduk adalah hujahan retorik semata-mata kepada orang Islam yang tidak memahami isu.
Khalid perlu menjawab mengapa semasa kerajaan Barisan nasional dahulu beberapa pemilik kuil termasuk pemilik di Seksyen 19 telah bersetuju berpindah ke Seksyen 22 dan Seksyen 18, namun apabila bertukar kerajaan ia menjadi sebaliknya?
Bukankah ini kerana Pakatan sendiri telah membuat janji pilihan raya secara sulit dengan pemilik kuil Seksyen 19 dan beberapa kuil lain untuk memberi kuasa mereka sendiri memilih di mana mahu meindahkan kuil tersebut?
Agama Jadi Bahan Jualan Politik
Khalid cuba meraih simpati dengan berkata beliau tidak peduli kalah dalam pilihan raya akan datang asalkan, "Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu. Seperti Kisah seorang raja Islam di Mysore, Banglore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada Islam, Hindu, Sikh. Sehingga hari ini rakyat India masih menceritakan mnengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil."
Adakah Tippu Sultan membina kuil Hindu di kawasan orang Islam? Ini merupakan satu pertanyaan yang sukar dijawab oleh Khalid. Keagungan Tippu Sultan hanyalah kerana pada zaman tersebut beliau membuat keputusan yang adil kepada semua orang bukannya membuat keputusan untuk meraih sokongan politik.
Khalid tahu sebahagian besar penduduk Seksyen 23 tidak menyokong beliau termasuk pemimpin pas di kawasan tersebut sendiri. Justeru beliau tidak peduli jika kawasan tersebut tidak mengundi beliau kerana undi kaum India di seluruh Shah Alam lebih banyak berbanding jumlah penduduk seksyen 23.
Usahlah berselindung disebalik nama agama Islam untuk mempertahankan tindakan politik membina kuil Hindu di Seksyen 23 ini. Jika benar ini satu bentuk keadilan kita mahu tahu mengapa Pas Shah Alam juga suatu ketika dahulu membantah pembinaan Gereja di Shah Alam?
Kita mahu tahu mengapa suatu ketika dahulu tiada pula slogan keadilan untuk semua penganut agama apabila kerajaan negeri membenarkan pembinaan gereja di Shah Alam. Sebaliknya hanya laungan kafir, taghut dan pengkhianat Islam diutarakan oleh Pas Shah Alam.
Hari ini kerana undi maka Khalid sanggup masuk ke gereja yang Pas kawasan beliau bantah dan tentang dulu untuk berucap dan menyokong pula tuntutan menukar perkataan Tuhan kepada Allah dalam Bible di Malaysia.
Orang Islam di Shah Alam tidak menentang pembinaan mana-mana rumah Ibadat kerana mereka sedar kepentingan toleransi beragama. Sebab itu ketika Pas membantah pembinaan gereja dahulu ia tidak mendapat sambutan penduduk setempat.
Hari ini yang dibantah bukan pembinaan kuil tapi lokasi yang tidak sesuai jadi janganlah Khalid cuba bermain kata-kata dan mahu menunjukkan "air mata buaya" kepada rakyat.
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Mohd. Saiful Bukhari Azlan, mangsa dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh, mempersoalkan layanan yang diberikan terhadap bekas majikannya itu sehingga perbicaraan sebenar masih tidak dapat berlangsung sehingga kini.
Ini berikutan Anwar diberi terlalu banyak ruang mengemukakan permohonan demi permohonan termasuk yang tidak berasas hingga timbul persoalan sama ada layanan yang sama akan diberikan jika ia dilakukan oleh rakyat biasa.
Saiful berkata, permohonan terbaru Anwar untuk menggugurkan kelayakan barisan pendakwa dalam kes tersebut, jelas bukan sahaja tidak berasas malah mempersendakan keadilan.
''Benar kata Timbalan Pendakwa Raya, permohonan ini sememangnya tidak berasas dan seperti mempersendakan keadilan. Namun, bagi saya, pihak tertuduh tidak mempedulikan semua itu.
''Asalkan, beliau dapat menangguhkan perbicaraan utama selama mana yang mungkin. Selain itu, tertuduh juga mahu kes ini digugurkan sebelum ia dibicarakan.
''Barangkali, inilah keistimewaan tertuduh bertaraf VVIP (kenamaan). Jika rakyat biasa, mungkin sudah lama ia tidak akan dilayan,'' katanya menerusi laman blog beliau, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.
Selepas tiga permohonan dikemukakan, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan satu lagi permohonan berkaitan kes liwat bekas pembantunya pada 11 Ogos lalu.
Permohonan demi permohonan yang difailkan oleh Anwar telah menyebabkan perbicaraan kes itu yang sepatutnya bermula pada 1 Julai lalu berkali-kali dijadualkan semula.
Terbaru pada 11 Ogos lalu Anwar mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah perisytiharan agar pasukan pendakwa raya sedia ada mengecualikan diri daripada terlibat mengendalikan pendakwaan atau rayuan kes tersebut.
Anwar, 62, didakwa atas tuduhan meliwat Saiful yang juga bekas pembantunya di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.
Sementara itu, Saiful dalam entri itu turut menyifatkan permohonan tertuduh yang difailkan 11 Ogos lalu sebagai hipokrit kerana jika ada musuh yang disyaki terlibat, maka Anwar pastinya akan secepat mungkin mendesak Peguam Negara yang sama supaya segera menjalankan pendakwaan.
''Namun, apabila diri sendiri didakwa, Peguam Negara yang sama tidak dibenarkan mendakwa serta beribu alasan lain diberi. Sungguh hipokrit.
''Bayangkan jika semua tertuduh yang didakwa bertindak seperti tertuduh, maka huru-haralah sistem perundangan dan kehakiman kita. Mana tidaknya, tertuduh kali ini memohon agar semua barisan pendakwaan digugurkan atas alasan mereka dilantik oleh Peguam Negara.
''Jika dibenarkan, maka tiada siapa yang boleh mendakwa tertuduh kerana kuasa melantik barisan pendakwaan hanya pada Peguam Negara,'' katanya.
Kami sedang mengumpul dana untuk server AIDC blog. Sesiapa yang berminat boleh salur sumbangan anda ke no akaun BANK ISLAM - 1303 5010 0580 99 (TETUAN AIDC MANAGEMENT).