MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Sep 2009

Kenapa Khalid Samad pertahankan kuil ?


Oleh Selangordaily

Tertekan dengan kemarahan penduduk Islam Seksyen 23, Khalid Samad mengeluarkan satu surat terbuka yang diedarkan sebelum jumaat tadi. Beliau antara lain cuba mempertahankan tindakan beliau mencadangkan tapak kuil di Seksyen 23 yang berhampiran dengan kawasan majoriti penduduk Islam.

Beliau memetik ayat 8 surah al-Maidah yang berbunyi "bertindak adil! Ianya lebih rapat kepada ketaqwaan. Dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil..."

Aneh sungguh mengapa Khalid Samad hanya memetik sebahagian kecil ayat 8 surah al-Maidah. Mari kita baca keseluruhan ayat 8 dan juga 9 serta 10 yang berangkai dalam surah al-Maidah.

[Ayat : 8]
Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

[Ayat : 9]
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal salih, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[Ayat : 10]
Dan orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Qur'an), merekalah ahli Neraka.

Mengapa Khalid Samad menyembunyikan ayat-ayat ini kuranglah kita ketahui.

Namun bolehkah umat Islam di Shah Alam percaya kepada Khalid Samad? Sebaik menang pilihan raya lalu beliau menunjukkan belang dengan berucap di dalam Gereka menyokong tuntutan Sidang Injil Borneo untuk menukar perkataan Tuhan/God kepada Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Keadilan Dalam Neraca Apa?

Khalid Samad bercakap soal keadilan untuk penganut agama Hindu di negara ini. Apakah selama ini mereka tidak di layan dengan adil? Apakah tersergam indah kuil Batu Caves bukan bukti toleransi dan keadilan umat Islam negara ini? Apakah kewujudan bagai mahligai kuil-kuil Hindu di Sungai Way, Kinrara, Puchong, Klang, Shah Alam bukan bukti keadilan pemerintahan Islam di Selangor? Apakah pemberian cuti Thaipusam dan Deepavali di Selangor bukan bukti keadilan?

Kita ingin bertanya keadilan untuk siapa apabila Khalid Samad, Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail meluluskan pembinaan kuil di Seksyen 23 berhampiran penempatan majoriti penganut agama Islam tanpa mendapat pandangan mereka dahulu?

Keadilan ialah meletakkan sesuatu di tempatnya, bukannya memberi apa sahaja permintaan penyokong atau pengundi kita sehingga menindas orang lain.

Adilkah apabila mereka yang membeli rumah di kawasan tersebut tidak dipanggil untuk pendengaran awam sedangkan semasa membeli rumah tiada kuil di dalam pelan pembangunan?

Keadilan untuk siapa? untuk rakyat atau untuk kepentingan politik Khalid Samad?

Benarkah Kuil Hindu Perlu Berdekatan Rumah?

Hujah Khalid "Mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kediaman mereka? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang."

Wah mendengar hujahan ini tentulah kita berasa syahdu dan ada kebenarannya jika kita tidak memahami konsep kuil Hindu. Jika Khalid tidak faham biarlah kita fahamkannya.

Jauh tersebut untuk siapa dan dari mana? Apakah penganut Hindu seksyen 19 lebih dekat dengan seksyen 23 berbanding seksyen 22 dan 18? Yang mahu dipindahkan ialah kuil di Seksyen 19 jadi alasan jauh atas dua tapak cadangan kerajaan sebelum ini berbanding seksyen 23 tentulah boleh dipertikaikan rasionalnya.

Konsep kononnya tapak lama jauh dari penempatan orang tidak sesuai juga sangat melucukan.

Boleh Khalid beritahu apa logiknya kuil hindu di sebelah Midvalley yang tiada satu pun penempatan penduduk di bina begitu besar? Malahan ketika mahu membina Midvalley, penganut Hindu bertegas mahukan kuil di bina di situ berdasarkan terdapat tempat sembahyang kecil mereka di dalam hutan tersebut.

Boleh Khalid jelaskan apakah logik kenyataan beliau itu jika terdapat dua buah kuil Hindu yang besar dan luas di jalan Puchong-Shah Alam berhampiran Lebuh Raya Elit yang tiada satu pun penempatan penduduk?

Bagaimana pula Kuil Hindu berhampiran Angkasapuri yang asalnya sebuah kuil haram mahu terus kekal di situ apablia kerajaan mahu membina New Pantai Expressway walaupun tiada sebuah pun penempatan penduduk di situ?

Jadi rasional Khalid bahawa Kuil Hindu perlu dibina berhampiran penempatan penduduk adalah hujahan retorik semata-mata kepada orang Islam yang tidak memahami isu.

Khalid perlu menjawab mengapa semasa kerajaan Barisan nasional dahulu beberapa pemilik kuil termasuk pemilik di Seksyen 19 telah bersetuju berpindah ke Seksyen 22 dan Seksyen 18, namun apabila bertukar kerajaan ia menjadi sebaliknya?

Bukankah ini kerana Pakatan sendiri telah membuat janji pilihan raya secara sulit dengan pemilik kuil Seksyen 19 dan beberapa kuil lain untuk memberi kuasa mereka sendiri memilih di mana mahu meindahkan kuil tersebut?

Agama Jadi Bahan Jualan Politik

Khalid cuba meraih simpati dengan berkata beliau tidak peduli kalah dalam pilihan raya akan datang asalkan, "Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu. Seperti Kisah seorang raja Islam di Mysore, Banglore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada Islam, Hindu, Sikh. Sehingga hari ini rakyat India masih menceritakan mnengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil."

Adakah Tippu Sultan membina kuil Hindu di kawasan orang Islam? Ini merupakan satu pertanyaan yang sukar dijawab oleh Khalid. Keagungan Tippu Sultan hanyalah kerana pada zaman tersebut beliau membuat keputusan yang adil kepada semua orang bukannya membuat keputusan untuk meraih sokongan politik.

Khalid tahu sebahagian besar penduduk Seksyen 23 tidak menyokong beliau termasuk pemimpin pas di kawasan tersebut sendiri. Justeru beliau tidak peduli jika kawasan tersebut tidak mengundi beliau kerana undi kaum India di seluruh Shah Alam lebih banyak berbanding jumlah penduduk seksyen 23.

Usahlah berselindung disebalik nama agama Islam untuk mempertahankan tindakan politik membina kuil Hindu di Seksyen 23 ini. Jika benar ini satu bentuk keadilan kita mahu tahu mengapa Pas Shah Alam juga suatu ketika dahulu membantah pembinaan Gereja di Shah Alam?

Kita mahu tahu mengapa suatu ketika dahulu tiada pula slogan keadilan untuk semua penganut agama apabila kerajaan negeri membenarkan pembinaan gereja di Shah Alam. Sebaliknya hanya laungan kafir, taghut dan pengkhianat Islam diutarakan oleh Pas Shah Alam.

Hari ini kerana undi maka Khalid sanggup masuk ke gereja yang Pas kawasan beliau bantah dan tentang dulu untuk berucap dan menyokong pula tuntutan menukar perkataan Tuhan kepada Allah dalam Bible di Malaysia.

Orang Islam di Shah Alam tidak menentang pembinaan mana-mana rumah Ibadat kerana mereka sedar kepentingan toleransi beragama. Sebab itu ketika Pas membantah pembinaan gereja dahulu ia tidak mendapat sambutan penduduk setempat.

Hari ini yang dibantah bukan pembinaan kuil tapi lokasi yang tidak sesuai jadi janganlah Khalid cuba bermain kata-kata dan mahu menunjukkan "air mata buaya" kepada rakyat.

sumber - selangordaily


Tiada ulasan: