MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Sep 2009

Enigma YB PKR Pelabuhan Klang

Oleh ROZAID A. RAHMAN

PETALING JAYA: Nampaknya perjalanan politik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah sangat berliku.

Beliau bukan sahaja diselubungi dengan misteri dan kontroversi malah jika dilihat daripada usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor dan parti yang beliau wakili, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang, adalah amat jelas sekali mereka sedang berusaha untuk tidak melayakkannya terus memegang jawatan Adun lagi.

Ini amat jelas sekali apabila usaha sedang dibuat untuk merujukkannya kepada Jawatankuasa Ketelusan, Akauntabiliti dan Kompetensi Negeri atau Selcat yang pernah membicarakan bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak lama dulu.

Selcat telah pun memanggil Badrul untuk mengadap Selasa ini. Jawatankuasa itu akan meminta penjelasan akan dakwaan yang mengatakan beliau telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Adun sejak kebelakangan ini.

Ramai yang melihat peranan Selcat lebih bermotifkan tindakan politik daripada mencari kebenaran.

Para pemerhati politik termasuklah dari kalangan PKR sendiri kini melihat tekanan yang sedang dikenakan ke atas Badrul adalah satu usaha untuk mendesak beliau melepaskan kerusinya secara terhormat bagi membolehkan satu lagi pilihan raya kecil diadakan.

Kekhuatiran PKR yang paling besar ialah sekiranya Badrul meninggalkan mereka dan menyertai UMNO.

Malah keluar PKR dan berfungsi sebagai wakil rakyat bebas sekali pun kini dilihat sebagai sesuatu yang sangat dikhuatiri oleh parti itu setelah apa yang telah terjadi di Perak dan yang terbaru melibatkan Adun mereka di Kedah.

Pada masa yang sama, Tan Sri Khalid Ibrahim telah berkata kedudukan Badrul sebagai wakil rakyat PKR akan ditentukan selepas 23 September. Menteri Besar itu hendak berbincang dengan Speaker berhubung kedudukan Badrul terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, masalah besar Badrul ialah beliau telah menyepikan diri untuk satu jangka waktu yang panjang berhubung kontroversi dirinya itu.

Beliau mendiamkan diri seribu bahasa. Begitu ramai wartawan malah mStar sendiri cuba menghubunginya tetapi panggilan telefon atau sms nya tidak berjawab.

Keputusannya untuk membisu menambahkan lagi spekulasi dan cakap-cakap mengenai misteri "kehilangannya" itu.

Akhirnya Badrul bersuara Jumaat lepas dalam satu interbiu bersama akhbar The Star.

Beliau menafikan segala dakwaan orang politik termasuk Khalid yang mengatakan beliau sedang berhadapan dengan masalah sakit mental akibat kemalangan kereta tidak lama dahulu.

Tidaklah diketahui apakah tekanan sebenar yang sedang dihadapi oleh Badrul tetapi ada yang berkata, ia ada kaitan dengan ketidakpuasan hati beliau dan beberapa Adun PKR yang lain berkaitan peruntukkan pembangunan untuk kawasan mereka yang kini dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Politik Menteri Besar.

Mereka berpakat untuk tidak mengadakan sebarang hubungan sama ada dengan Menteri Besar, Pejabat Menteri Besar mahupun kepimpinan PKR Negeri.

Adalah tidak pasti sejauh manakah atau apakah strategi yang akan digunakan oleh Badrul dalam menangani masa depan politiknya kini.

Terdapat juga penyokongnya meminta beliau menyaman Menteri Besar kerana menuduh beliau sakit mental secara umum tanpa bukti kukuh mahupun bukti perubatan yang sah.

Dan di sebalik itu semua, Badrul masih kelihatan menunaikan solat terawih bersama-sama masyarakat di kawasan yang beliau wakili walaupun teman-teman wakil rakyatnya dalam PKR masih terus berkata, tahap pemikirannya kini adalah tidak stabil

sumber - mstar


Tiada ulasan: