Oleh My Longest Yard, AIDCclub
Berucap pada program lawatan ke negeri Pahang dalam majlis Jamuan Teh, di Kampong Bukit Pak Silap pada 18 Ogos 2007, Anwar Ibrahim telah mengeluarkan bait-bait berikut : (klik sini)
“Kita sudah merdeka 50 tahun. Apa makna kemerdekaan jika kita tidak boleh bersuara. Apa erti kemerdekaan jika kita merasakan diri kita tidak ada hak ke atas negara ini. Sebab itu sebagai rakyat kita kena tahu hak kita. Kita kena berjuang membela hak kita,” katanya.
Anwar turut mengesa rakyat agar lebih berani memperjuangkan kebebasan bersuara kerana jika tidak berbuat demikian tidak ada ertinya negara mencapai kemerdekaan selama 50 tahun.
Ya betulll tu Anwar...apa gunanya kemerdekaan jika kita tidak berani memperjuangkan hak serta kebebasan bersuara. Jangan jadi bacul macam Si Kitul..jangan jadi pengecut macam Si....put (sori..penulis takde idea).
Bukan setakat itu sahaja perjuangan Anwar Ibrahim mengenai kebebasan bersuara, malah kempen tersebut turut dipanjangkan dalam blog beliau dengan artikel yang bertajuk Perutusan Hari Kebebasan Akhbar(klik sini) .
Antara bait-bait tulisan beliau yang boleh penulis petik daripada artikel tersebut adalah...
"Pincanglah demokrasi sekiranya salah satu dari sendi utamanya iaitu kebebasan akhbar dan hak untuk bersuara di cengkam atau dikawal oleh penguasa"....
lagi...
"Hari ini Pakatan Rakyat ingin mengulangi iltizam kami terhadap kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat".
Nah...sungguh padu dan mantap seruanmu wahai Anwar Ibrahim. Maka lahirlah generasi yang berani dalam memperjuangkan hak kebebasan bersuara di negara ini atas alasan kononnya mahukan keadilan..mahukan pembelaan. Anwar Ibrahim pasti berbangga kerana seruan beliau mengenai kebebasan bersuara disahut oleh sebilangan rakyat Malaysia.
Kebebasan bersuara tidak berhenti setakat itu sahaja. Pada 5 Sepember 2009, pendekatan ini diambil oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendengar suara hati, rintihan dan bantahan yang dikemukakan penduduk Seksyen 23 Shah Alam berhubung dengan isu kuil dikawasan tersebut.
Turut hadir dalam sesi dialog(versi kebebasan bersuara Anwar Ibrahim) itu ialah Exco kerajaan negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail, anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Othman Omar.
Namun, kusangka panas hingga ke petang namun hujan beserta ribut petir ditambah sedikit taufan melanda Khalid Ibrahim. Beliau menerima layanan sewajarnya atas tiket 'kebebasan bersuara'.
'MB bodoh’ dan 'Khalid Babi’ serta macam-macam kata kesat menyelubungi Dewan Bankuet Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam dimana berlangsung sesi dialog Khalid Ibrahim dengan penduduk Seksyen 23 berhubung isu pembinaan kuil.Kira-kira 300 penduduk termasuk 40 kaum India hadir dailog itu.
Kalangan yang berang dengan keputusan kerajaan negeri hendak bina kuil Hindu dekat kawasan perumahan mereka juga boo kearah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ADUN Batu Tiga PKR Rodziah Ismail.Malah satu ketika seorang penduduk tunjuk tapak kasut kearah Khalid dan ramai yang menjerit ‘ penipu’ semasa Rodziah berucap.(klik sini dan sini)
Dailog selama sejam itu berakhir tanpa apa-apa keputusan dibuat.Sebelum itu penduduk tidak endahkan jaminan Menteri Besar kata nak kaji balik keputusan. Suasana juga agak tegang bila wakil penduduk India tetap mahukan kuil di Sek 23.Ia jadi lebih hangat bila dia kata orang India boleh tahan dengan laungan azan lima kali sehari.
KECOH...Tiada keputusan yang dapat dicapai dalam sesi dialog yang diadakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama-sama penduduk di Seksyen 23 Shah Alam mengenai penempatan semula isu kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Sebaliknya berlaku kekecohan ketika sesi dialog tersebut berlangsung.
Kesian...apalah nasibmu. Khalid Ibrahim & The Gang tak terdaya menghadapi 'kebebasan bersuara' penduduk Seksyen 23. Umpama ludah ke langit, kena muka sendiri.
Penulis cuma boleh cakap padan muka korang.
Adakah Anwar Ibrahim menyokong kebebasan bersuara ini? Ataupun hanya melepaskan batuk di tangga dalam mempertahankannya. Berlagak macam primadona. Macam cakap dia saja yang betul. Jangan pula anda mengenepikan hak bersuara rakyat dalam negeri yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat itu sendiri.
Khalid Ibrahim, yang mana lebih tajam, pedang atau lidah? Anda sudah rasa penangannya bukan? Jika anda masih belum sedar, maka kebebasan bersuara akan terus menjadi tunggangan yang diperalatkan.
sumber - my longest yard
3 ulasan:
kebebasan bersuara hanya untuk golongan yang menyokong mereka sahaja.
bila rakyat membantah tindakan mereka, itu namanya hasutan dari puak BN
undi dan sokong lah Anwar Mutusamy A/L Muniandy lagi di pilihanraya akan datang.
baguih depa nih. Open minded.
nak mabuk disokong, nak tuka agama disokong (lina joy), liwat sokong, penyelewengan sokong, rasuah sokong, kroni sokong (anak bini main politik bawah tiket Anwar)
lepas nih nak rompak bank, bunuh org pun bule.. kalau kene tangkap.. failkan aje minta digugurkan kes..
wakakakakakakakak
Mohd, depa tu bukan setakat open minded tapi...
DOUBLE STANDARD
HIPOKRIT
BERPURA-PURA
SPIN
bla bla bla...and so on
Catat Ulasan