Oleh Selangordaily
Menurut sumber, orang yang pertama menghasut pemilik kuil Seksyen 19 untuk menolak tapak Seksyen 18 ialah ADUN Batu Tiga, YB Rodziah. Ini kerana tapak tersebut berada berdekatan dengan rumahnya di Seksyen 18.
Tinjauan bloger semalam mendapat tapak kuil seksyen 18 tersebut berada bertentangan dengan rumah YB Rodziah tetapi dipisahkan oleh Sungai dan juga sebuah nusery tanaman.
Apakah benar YB Rodziah menggunakan pengaruh dan kuasanya untuk menghasut pemilik kuil agar berpindah ke Seksyen 23?
Jika ini benar bermakna Rodziah hanya bercakap soal tolak ansur agama sedangkan beliaulah culprit sebenar dalam isu ini.
Bersengkongkol dengan Khalid Samad dan kerajaan negeri beliau mengutarakan cadangan di Seksyen 23 kerana di situ terdapat ramai orang bukan penyokong beliau.
Rodziah, Khalid jangan cakap tak serupa bikin. Dulu nak bina gereja pun kau orang tentang sekarang kau orang nak bina kuil pulak depan rumah orang Melayu.
sumber - selangordaily
Kerajaan Selangor cadang Seksyen 23 tapak baru kuil
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini memilih satu kawasan di Seksyen 23 di sini untuk dicadangkan sebagai tapak baru bagi memindahkan Kuil Sri Maha Mariamman di Seksyen 19.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Othman Omar turun padang hari ini meninjau lokasi pemindahan kuil itu.
"Hasil tinjauan Kerajaan Negeri ke Sekyen 18, 19, 20 dan 23 Shah Alam, sebuah lokasi yang terletak di dalam kawasan Seksyen 23 dicadangkan sebagai tapak baru pembinaan kuil untuk menggantikan Kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19," kata kerajaan negeri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Kerajaan negeri akan memaklumkan dan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19 mengenai tapak baru tersebut. Sebelum ini, cadangan untuk memindahkah kuil itu ke sebuah tapak kawasan industri di Jalan Dividen 23/6 di Seksyen 23 dibantah penduduk sehingga mencetuskan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 28 Ogos lepas yang dicemari dengan insiden mengarak kepala lembu.
Pada sesi dialog bersama penduduk Sabtu lepas, Menteri Besar akur untuk menangguhkan cadangan pemindahan kuil itu.
sumber - mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan