MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Sep 2009

Anwar : Mana Keadilan untuk Saiful ?

Oleh Gelagat Anwar

Anwar nampaknya sudah menggunakan segala ruang perundangan bagi memastikan kesnya tertangguh, dan terus tertangguh lagi. Nampak sangat ada usaha untuk ’strike off’ sahaja kes ini; apatah lagi apabila Saiful membayangkan bahawa dirinya dicari oleh Anwar kebelakangan ni. Saiful katanya sudah nekad untuk tidak akan berbincang sebarang ‘harga’ kepada keadilan yang dicarinya. Maklum, Saiful dah pertaruhkan semua – maruah diri, keluarga, masa depan seluruhnya bagi menentukan keadilan diperolehi. Tetapi setakat ini, keadilan masih belum nampak bayang.

Anwar nampaknya cuba mencari ‘helah perundangan’ dalam memastikan kes ini akan tutup begitu sahaja. Kalangan peguam ’senior’ pun sudah mula meragui keperluan usaha ini dilakukan sedemikian rupa; sekiranya Anwar tidak bersalah. Apalah salahnya untuk membenarkan mahkamah mendengar kesnya secara terbuka. Namun, di atas kelemahan ‘perincian perundangan’, Anwar masih mempunyai masa untuk melakukan apa sahaja untuk memastikan dia terlepas.

Kita berharap, pihak PDRM memberikan sepenuh perhatian kepada ‘persoalan keselamatan’ dalam tempoh mahmakah terus ditangguh dan dinafikan sidangnya ini. Kita tidak mahu, sebagai saksi penting – Saiful terpaksa dihujani dengan pelbagai tekanan daripada mana-mana pihak. Tekanan emosi. Tekanan kewangan. Tekanan keselamatan. Semuanya boleh dilakukan oleh orang yang ‘desperate’ dalam mencari ruang untuk bernafas.

Rakyat pastinya sedih, kerana keadilan kepada Saiful masih dinafikan. Inilah kononnya seorang individu yang menegakkan ‘rule of law’. Sikit-sikit, rule of law. Merusuh sedikit – rule of law. Apakah Anwar lupa dengan prinsip ‘rule of law’ kali ini. Atau ‘rule of law’ kepada Anwar ada definisi yang tersendiri. Itu yang rakyat mahu tahu. Anwar kena faham, selagimana dia menangguhkan kes – selagi itulah orang akan mengatakan ada ‘nilai’ kepada tuduhan sodominya itu.

Anwar mesti konsisten dalam perjuangannya. Tidak berkata lain, dan mengamalkan sesuatu yang lain. Jika ‘keadilan’ buat seorang insan kerdil bernama Saiful pun, tidak mampu Anwar penuhi – apakah kita mampu meletakkannya sebagai ‘model’ kepada retorik ‘rule of law’? Anwar sudah tidak jantan untuk berhadapan dengan sistem perundangan. Itu yang kita maksudkan.

Branding ‘rule of law’ versi Anwar ini amat mengelirukan. Rule of law – seharusnya tidak membuatkan ADUN Perak mengamuk dan meroyan tidak tentu hala. Tapi Anwar benarkan. Anwar tidak waima sekalipun mengutuk usaha menidakkan titah Tuanku Sultan Perak. Di mana ‘rule of law’nya?

Anwar mesti menghormati Saiful sebagai seorang insan yang memerlukan ‘keadilan’. Anwar juga menuntut ‘keadilan’ yang serupa. Anwar seharusnya lebih berani membenarkan mahkamah mengkaji kedudukan dan kebenaran yang ada, berdasarkan bukti dan jalur undang-undang. Mengapa tidak? Anwar seharusnya bertanya kepada ‘conscience’ dirinya; apakah aku ini sudah mengamalkan apa yang aku percaya? Kalau benar aku tidak bersalah, apa yang perlu aku takutkan?

Anwar seharusnya mengotakan janjinya untuk menegakkan ‘rule of law’ dan membenarkan kesnya disebutkan tanpa sebarang protes. Hentikanlah segala usaha sabotaj dan cuba menekan Saiful. Hentikan segala permainan ‘broker politik’ murahan yang mahukan Saiful menarik balik laporannya. Hentikan segala usaha ‘buy over’ di saat-saat akhir ini.

Benarkan ‘rule of law’ mengambil tempatnya….boleh ke Pak Sheikh?

sumber - gelagat anwar


Tiada ulasan: