Dari Utusan Mingguan
HARAPAN banyak pihak dan orang ramai untuk mengikuti perbicaraan sebenar kes dakwaan liwat Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, dalam masa terdekat, tidak kesampaian.
Sejak kes tersebut disebut pertama kali Ogos lalu, sampai kini, ia belum dapat dibicarakan antaranya kerana Anwar mengemukakan permohonan demi permohonan untuk penangguhan. Nampaknya motto baru Anwar ialah Tangguh Tetap Tangguh berbeza dengan Lawan Tetap Lawan ketika kempen pilihan raya umum lalu.
Terbaru, kes tersebut akan dipanjangkan lagi pada bulan Oktober. Maknanya, sudah dua kali Ramadan dan Aidilfitri terpaksa dilalui oleh Saiful dengan perasaan tertekan menanti kesnya. Awang sudah banyak kali menulis tentang penangguhan perbicaraan utama kes berkenaan dan tidak terkejut dengan perkembangan tersebut. Selanjutnya di Mingguan Malaysia, 6 September 2009
[Ulasan] Terima kasih Awang Selamat serta seluruh warga Utusan Melayu kerana prihatin dan tidak putus-putus membela nasib saya untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya.
Saya ini hanya insan kerdil(tiada pengaruh dan kuasa), lawan saya pula adalah antara 100 orang yang terpengaruh di dunia(Times Top 100 2008), bagaikan tikus dengan gajah. Hatta, penulisan dan liputan berita yang diberi sedikit sebanyak telah/dapat membantu dalam perjuangan saya dalam mendapatkan keadilan yang tidak kunjung tiba ini.
Setuju dengan Awang, kali ini, motto tertuduh ''Tangguh tetap Tangguh'', bukan lagi ''Lawan tetap Lawan''. Ada juga rakyat diluar sana kata ''Lari tetap Lari'' dan macam-macam lagi.
Mengenai dua Aidilfitri dan Ramadhan yang terpaksa dikorbankan, saya redha. Bukan sahaja itu, malah banyak lagi yang terpaksa saya korbankan. Tidak mengapa, adat perjuangan, mesti perlu berkorban. Namun, saya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada serta ketenangan yang diberi-Nya.
Saya pasti, banyak hikmah disebalik semua ini kerana Allah swt Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Akhir kalam, walaupun kita tidak pernah bertemu/kenal, keikhlasan serta sokongan Awang dan Utusan Melayu amat saya dan seluruh keluarga hargai. Semoga budi dan jasa Awang serta warga Utusan sekalian dibalas Allah swt. Amin
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
sumber - mohdsaifulbukhari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan