Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit: Klik di sini
NOTIS
Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, saya AZIZAN BIN ABU BAKAR, I/C 5980324 dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni homoseksual dengan Anwar Bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya.
Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya iaitu Datin Seri Wan Azizah.
Sepanjang bekerja di bawah naungan beliau, Anwar, saya sering dipanggil untuk melakukan perkara terkutuk itu walaupun untuk beberapa kali saya cuba menolaknya. Sifat rakusnya membayangkan beliau seorang yang boleh dikategorikan sebagai 'kronik' sehingga membuatkan jiwa dan mental saya begitu tertekan.
Perasaan bersalah akhirnya menguasai diri saya apabila setiap kali terpandang wajah Datin Seri Wan Azizah yang begitu tinggi akhlaknya.
Akhirnya saya telah membuat keputusan untuk berhenti dari terus menjadi hamba homoseksual Anwar Bin Ibrahim.
Sekali lagi dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya, saya bersumpah membuat pengakuan ini tanpa mempunyai niat atau motif tertentu samada secara peribadi atau politik untuk menjatuhkannya.
Pengakuan ini dibuat berdasarkan kesedaran dan keinginan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan insan-insan yang teraniaya seperti saya.
Saya tidak keberatan untuk dipanggil bagi menjelaskan kedudukan dengan lebih terperinci.
Akhir sekali saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil kira pandangan ini secara serius supaya supaya pemimpin ini diberikan hukuman yang setimpal demi kebaikan dan pengajaran kepada pemimpin lain.
Dengan Nama Allah sekali lagi saya AZIZAN BIN ABU BAKAR bersumpah bahawa segala laporan di atas dibuat dengan kerelaan hati saya tanpa desakan, tuntutan dan tekanan dari pihak-pihak tertentu.
Segala-galanya adalah benar demi menyelamatkan bangsa dan negara.
AMIN.
Pengakuan bersumpah
t.t
(all info below are hand written) 5980324 54
Jln Bersatu 1 Taman Bersatu 48000 Rawang 5hb. Aug, 1997
2) Anwar arah cungkil rahsia Ummi, Azizan
KUALA LUMPUR, Selasa - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Cawangan Khas (SB) untuk mengesan serta mencungkil maklumat daripada Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar kerana menulis surat mengandungi dakwaan salah laku seksualnya, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.
Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Datuk Amir Junus berkata, arahan itu dikeluarkan pada pertemuan pertama dengan Anwar pada jam 10 malam 12 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri.
Ketika itu, katanya, beliau bersama bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd Said Awang menemui Anwar di rumahnya selepas menerima panggilan telefon daripada pegawai pengiring Timbalan Perdana Menteri, Asisten Superintendan Zull Aznam Haron.
Amir, saksi ke-11 pendakwa, ketika ditanya oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail mengenai apa yang berlaku dalam pertemuan dengan Anwar malam itu, berkata:
"Semasa dalam bilik bacaan rumah Anwar, tertuduh telah pun memaklumkan kepada kami mengenai ID14 (surat Ummi Hafilda dan pengakuan Azizan). Anwar juga bertanya kepada kami adakah kami juga mendapat ID14 ini. Selain itu, tertuduh telahpun menyatakan bahawa surat ini (ID14) ditulis oleh Ummi Hafilda. Tertuduh telah menceritakan tentang masalah Ummi Hafilda dengan keluarganya".
Abdul Gani: Ketika itu apakah jawatan yang dipegang tertuduh?
Amir: Ketika itu, tertuduh adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Abdul Gani: Sewaktu di bilik bacaan, adakah kamu memaklumkan apa-apa kepada tertuduh?
Amir: Kami telah memaklumkan kepada tertuduh bahawa ID14 ini, kami telah perolehi salinannya daripada IGP (Ketua Polis Negara).
Abdul Gani: Seterusnya apa berlaku?
Amir: Seterusnya tertuduh telah mengarahkan kami mengesan Ummi Hafilda dan Azizan serta mencungkil segala maklumat daripada mereka kenapa kedua-duanya membuat dakwaan seperti dalam ID14.
Abdul Gani: Adakah kamu menyatakan apa-apa pada tertuduh selepas beliau memberi arahan itu?
Amir: Saya mendengar SP1 (Mohd Said) berkata; "We Will look into the matter".
Menjawab soalan Abdul Gani, Amir memberitahu mahkamah, keesokannya beliau mengadakan perbincangan dengan Mohd Said untuk memantau Ummi Hafilda dan Azizan secara lebih berkesan.
Katanya, selepas perbicangan itu, Mohd Said mengarahkan Asisten Komisioner Mazlan Mohd Din mengenal pasti Ummi Hafilda dan Azizan serta memperluaskan siasatan berkenaan.
Menurut Amir, pada malam itu, beliau menerima panggilan telefon daripada Zull Aznam untuk datang ke rumah Anwar pada jam 10 malam.
Ditanya siapa yang mengarahkan beliau datang ke rumah Anwar, beliau berkata Zull Aznam memberitahunya, Anwar yang mengarahkan beliau dan Mohd Said datang ke rumahnya.
Abdul Gani: Apa yang berlaku ketika kamu bertemu Anwar dalam bilik bacaan?
Amir: Dalam bilik bacaan itu kami berbincang mengenai ID14 dan kami juga menyatakan bahawa kami belum dapat mengesan Ummi Hafilda dan Azizan.
Abdul Gani: Apa-apa lagi dimaklumkan kepada tertuduh?
Amir: Saya telah memaklumkan bahawa ID14 yang kami perolehi ialah diberi kepada IGP oleh Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob.
Abdul Gani: Selepas itu apa berlaku?
Amir: Selepas itu, tertuduh telah mengarahkan kami untuk mengesan Ummi Hafilda dan Azizan dengan secepat mungkin dan menemuduga mereka serta "gempar" mereka.
Abdul Gani: Apabila tertuduh katakan "gempar" Ummi Hafilda dan Azizan, apa yang datuk faham mengenai perkataan itu?
Amir: Daripada air muka; nada dan suara, saya yang berasal daripada Pulau Pinang, perkataan "gempar" yang dimaksudkan itu adalah untuk "menakutkan".
Abdul Gani: Adakah kamu tahu tertuduh minta datuk "gempar" Ummi Hafilda dan Azizan?
Amir: Daripada permintaan itu, untuk mengempar Ummi Hafilda dan Azizan supaya mereka tidak menyebarkan dakwaan yang terkandung dalam ID14.
Pendakwa kemudian mengemukakan nota fail yang ditulis oleh Amir mengenai pertemuannya dengan Anwar pada 12 dan 13 Ogos 1997. Nota itu kemudian diterima sebagai barang kes pendakwa (P42).
Amir memberitahu mahkamah, dalam pertemuannya dengan Mohd Said di pejabatnya pada 15 Ogos 1997, Mazlan memaklumkan kepada mereka mengenai perkembangan siasatan ke atas ID14 serta terdapat satu surat layang bertajuk "Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim" telah tersebar.
Katanya, beliau kemudian menerima panggilan daripada Zull Aznam yang Anwar mengarahkan mereka ke rumahnya pada jam 2 petang hari yang sama.
Sebelum itu, Amir memberitahu mahkamah, pada 8 Ogos 1997, KPN telah memberitahunya mengenai surat perihal salah laku timbalan perdana menteri dan arahannya kepada beliau.
Menurutnya, dalam pertemuan itu Mazlan juga memaklumkan kepada KPN mengenai "Ops Solid Grip".
Amir berkata, pada 11 Ogos 1997, beliau bersama Mazlan pergi ke pejabat KPN untuk memberi taklimat mengenai risikan dan maklumat surat berkenaan serta taklimat mendalam berhubung "Ops Solid Grip".
Kepada satu soalan, Amir berkata KPN kemudian menyerahkan satu salinan surat perihal salah laku timbalan perdana menteri; laporan khas dan pengakuan bersumpah Azizan.
Menurutnya, KPN juga mengarahkan mereka membuat siasatan penyebaran surat itu dan mengawasi keadaannya.
Amir berkata, dalam pertemuan seterusnya dengan KPN, mereka memberitahu, ID14 tidak tersebar luas dan penulisnya, Ummi Hafilda berusaha untuk menyampaikan surat itu kepada Perdana Menteri.
Berita Harian 24 November 1998
3) Anwar mahu jumpa Azizan
KUALA LUMPUR, Khamis - Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) II Datuk Amir Junus memberitahu mahkamah, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu datang ke pejabat SB bagi menemui Azizan Abu Bakar selepas bekas pemandu itu ditangkap.
Amir berkata, pada 18 Ogos 1997, kira-kira jam 8.30 malam, Anwar menghubunginya melalui telefon untuk memberitahu beliau mahu bertemu Azizan yang ditahan di pejabat SB.
(Azizan sebelum itu ditahan di rumah Dr Ristina Majid di Bangsar pada 17 Ogos 1997).
Bagaimanapun, katanya, selepas beliau menasihati bekas Timbalan Perdana Menteri itu supaya tidak berbuat demikian, Anwar mencadangkan supaya Azizan dibawa ke rumahnya.
Menurutnya, Azizan kemudian dibawa ke rumah Anwar pada jam 11.45 malam itu oleh Deputi Superintendan Abdul Aziz Hussin.
Timbalan Kanan Pendakwa Raya Abdul Gani Patail: Seterusnya apa yang berlaku di kediaman rasmi tertuduh.
Amir: Lebih kurang jam 11.45 malam, saya bersama SP1 (bekas Pengarah Cawangan Khas Datuk Mohd Said Awang) sampai di rumah tertuduh dengan membawa surat ID17 dan ID18 (surat kenyataan umum penafian Azizan dan Ummi Hafilda Ali) dan memberi kepada tertuduh surat itu.
Abdul Gani: Sewaktu di rumah tertuduh, adakah kamu memaklumkan apa-apa kepada tertuduh.
Amir: Saya telah memaklumkan kepada tertuduh bahawa Ummi Hafilda dan Azizan telah dibebaskan dengan ikat jamin polis.
Abdul Gani: Apabila kamu menyerahkan ID17 dan ID18 kepada tertuduh, adakah tertuduh membaca kedua-dua surat itu.
Amir: Selepas saya dan SP1 menyerah ID17 dan ID18 kepada tertuduh, tertuduh telah membaca kedua-dua surat itu.
Abdul Gani: Selepas itu, apa berlaku.
Amir: Selepas membaca surat ID17 yang ditulis Azizan, tertuduh meluahkan perasaan yang surat ini bolehlah diterima tetapi apabila membaca ID18 yang ditulis Ummi Hafilda, tertuduh kurang puas hati dan bukan seperti yang dikehendaki.
Abdul Gani: Kamu kata tertuduh luah perasaan. Bagaimana, tertuduh meluahkan perasaan terhadap kedua-dua surat itu.
Amir: Bagi surat Azizan (ID17) tertuduh kata ini 'bolehlah' tetapi bagi ID18 (surat Ummi Hafilda), 'bukan macam ini'.
Menurutnya, surat itu diserahkan kepada Anwar di bilik bacaan rumah Anwar, ketika beliau bersama Anwar dan Mohd Said.
Abdul Gani kemudian menunjuk satu nota fail bertarikh 19 Ogos 1997 yang ditandatangani Amir.
Abdul Gani: Sila baca surat ini.
Amir: (membaca kandungan surat itu) Surat pengakuan Ummi Hafilda dan Azizan. Lewat malam 18 Ogos 1997, Pengarah Cawangan Khas dan saya telah diarah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memaklumkan tentang perkembangan terbaru hasil siasatan terhadap Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar.
Sehubungan itu, Pengarah Cawangan Khas dan saya sampai ke kediaman rasmi Anwar pada tengah malam, 18 Ogos 1997. Turut bersama ke kediaman Anwar ialah Azizan. Sebaik sahaja sampai, surat Ummi Hafilda dan Azizan diserahkan kepada Anwar dan selepas itu Azizan pergi menemui Anwar dan berbual dengannya.
Amir kemudian memberitahu mahkamah bahawa beliau kurang ingat sama ada Azizan juga turut berada di dalam bilik bacaan berkenaan ketika surat ID17 dan ID18 diserah kepada Anwar.
Menurutnya, beliau dan Mohd Said sekali lagi pergi ke rumah Anwar pada 27 Ogos 1997, kira-kira jam 10 malam, selepas tertuduh mengkehendaki satu surat pengakuan lain daripada Ummi Hafilda dan Azizan.
"Kenyataan umum yang dikehendaki Anwar ialah satu kenyataan yang lebih komited, meyakinkan dan tegas serta menafikan dan menarik balik kesemua dakwaan yang terkandung dalam ID14 (surat Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri)," katanya.
Amir kemudian ditunjukkan sebuah nota fail bertarikh 28 Ogos 1997 yang ditandatangani bekas Timbalan Pengarah SB itu.
Abdul Gani: Sila baca nota fail ini.
Amir: (membaca kandungan surat itu) Surat pengakuan Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar. Pada malam 27 Ogos 1997, Pengarah Cawangan Khas dan saya telah diarah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pergi ke rumahnya untuk berbincang pengakuan Ummi Hafilda dan Azizan. Anwar berkata yang dia tidak berpuas hati dengan pengakuan mereka kerana ianya tidak kukuh dan menyakinkan.
Anwar secara khusus mengarahkan supaya Ummi Hafilda dan Azizan digesa membuat pengakuan lain yang lebih komited dan menyakinkan. Tindakan yang diambil menentukan kedua-dua mereka menarik balik tuduhan.
Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri | Jun 7, 09 4:31pm Datuk Husam Musa memohon penjelasan daripada Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din memberi penjelasan berhubung ucapannya mengenai "musuh dalam selimut" parti itu.
Husam, yang gagal dalam percubaan merebut jawatan timbalan presiden semalam, berkata penjelasan ungkapan tersebut "mustahak".
"Saya minta Dr Haron menjelaskan ungkapan itu dalam kertas kerja tersebut," katanya, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan sebagai mantan naib presiden PAS hari ini di muktamar PAS di Stadium Malawati, Shah Alam.
"Penjelasan (ungkapan) mustahak."
Dua minggu sebelum persidangan, Dr Haron berkata PAS harus berhati-hati terhadap musuh parti, termasuk tajaan Umno atau negara asing, yang bakal menguasai pucuk pimpinan parti.
Ketika bercakap di seminar kepemimpinan ulama 23 Mei lalu, tokoh ulama PAS itu berkata musuh-musuh parti berpeluang menaikkan pemimpin tertentu melalui liputan meluas di media.
"Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti (organ rasmi) Harakah dan (mingguan politik) Siasah atau media-media lain.
"Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti," katanya, seperti dalam satu teks ucapan di Markaz Tarbiyah PAS di Gombak.
"(Keahlian terbuka PAS) ini akan membuka peluang besar kepada Umno dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.
"Sehingga kini kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat di dalam organisasi Islam di peringkat dunia."
Menjawab pertanyaan Husam, pengamal perubatan alternatif itu bagaimanapun menafikan ucapannya ditujukan kepada pihak tertentu, sebaliknya menyatakan ia dibuat secara umum.
Dr Haron juga berkata "Husam tidak pernah cakap dengan saya secara peribadi" tentang perkara tersebut.
"Saya ingat, tidak ada saya sebut ("musuh dalam selimut"). Saya tidak kata dalam PAS ada musang berbulu ayam. Dan saya tidak kata ada musuh dalam selimut.
"Tetapi saya sebut, musuh sentiasa ada, mungkin sebutan itu orang mengulas dan menambah," jelasnya, sambil meminta maaf jika ucapannya itu disalahfaham.
Bekas pensyarah agama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga mengingatkan penyokong PAS supaya berhati-hati dengan laporan media "selain Harakah dan Siasah" yang belum dapat dipastikan kesahihan laporan mereka.
Mengulas lanjut isu "musuh dalam selimut", Dr Haron hari ini berkata, dengan keahlian parti mencecah jutaan orang, sudah tentu musuh besar seperti Amerika Syarikat dan Israel merancang menggendalakan agenda Islam yang ingin dibawa PAS.
Dr Haron sebelumnya mengkritik sikap tidak patuh kepada pemimpin dan "lawan taukeh" yang disifatkannya sebagai "penyakit parti politik tidak Islam" agar tidak berjangkit ke dalam PAS.
Tidak jelas sama ada ungkapan ini ditujukan kepada Husam atau pemimpin lain yang menolak saranan kerajaan perpaduan seperti anjuran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan dengan laungan takbir daripada kira-kira 2,000 hadirin yang hadir.
Muktamar PAS menerima usul bagi mendesak kerajaan mengharamkan pertubuhan wanita terkenal Sisters In Islam (SIS) jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.
Usul yang dibawa PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas di hari terakhir di muktamar ke-55 yang bermula sejak Jumaat lalu di Shah Alam.
"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.
"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya," usul tersebut dipetik.
Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.
Gesaan menyiasat dan mengharamkan SIS antara 12 usul yang diterima tanpa bahas di muktamar tersebut.
PETALING JAYA: Kemenangan pro-kerajaan perpaduan dalam pemilihan PAS semalam menjadi petanda ramai perwakilan parti itu memikirkan kepentingan umat Islam dalam kerangka yang lebih luas.
“Dalam ertikata lain banyak pihak yang memikirkan Islam sebagai panduan politik, bukan mempolitikkan Islam,” kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui khidmat pesanan ringkas kepada mStar Online hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kemenangan Nasharudin Mat Isa mempertahankan kerusi Timbalan Presiden yang disandangnya selama tiga penggal berturut-turut.
Nasharudin dilihat sebagai kumpulan yang mendokong kepimpinan pro-muzakarah dengan Umno menang dengan majoriti 199 undi menewaskan dua calon, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu yang dikaitkan dengan kumpulan ‘Erdogan’ dalam PAS.
Keputusan pemilihan itu PAS juga menggambarkan trend kepimpinan golongan ulama dalam PAS menguasai jawatan-jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan berterusan selaras dengan gagasan kepimpinan ulama yang dibentuk lebih dua dekad lalu.
Malah ia juga mencerminkan usul Dewan Ulama PAS Khamis lalu yang mahukan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan salah satu kerusi Naib Presiden diperuntukkan kepada golongan ulama.
Salah seorang Naib Presiden PAS yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh undi terbanyak bagi kerusi tersebut meramalkan persekitaran perwakilan memberi mandat kepada golongan ulama akan berterusan.
Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Dr Asri berkata PAS perlu mempunyai identiti tersendiri dan bukannya dipandu oleh kepentingan pihak lain.
“Saya mengharapkan kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan,” katanya.
Datuk Husam Musa menolak andaian beliau rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim antara punca beliau tewas pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS.
Katanya, ramai lagi pemimpin PAS rapat dengan Anwar termasuk Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Ada masanya saya jadi perunding (dengan pakatan pembangkang)parti, maka nampak macam itu. Tetapi sesetengah pihak cuba beri gambaran dan perangkap porak peranda,” katanya pada sidang media di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu.
Husam yang dikaitkan dengan Kumpulan Erdogan yang pro- Anwar, tewas kepada penyandang jawatan itu, Nasharuddin Mat Isa yang memperolehi 480 undi dalam pemilihan parti itu di Muktamar Tahunan PAS ke 55 di stadium berkenaan.
Exco Kerajaan Kelantan itu yang sebelum ini adalah Naib Presiden PAS mendapat 281 undi manakala seorang lagi calon Mohamad Sabu memperolehi 261 undi.
Menurut Husam, beliau bukan budak pejabat yang boleh terperangkap dengan perkara seumpama itu.
“Saya bukan office boy, kalau office boy saya tak tanding timbalan presiden. Saya ada prinsip dan tahu apa saya buat,” ujarnya.
Beliau juga percaya kekalahannya tidak akan menjejaskan hubungan PAS dengan PKR dan DAP.
Husam menjelaskan, beliau membangkitkan isu menolak gagasan kerajaan perpaduan bukan untuk menang pemilihan parti tetapi tidak mahu PAS mengadakan rundingan dengan UMNO.
Beliau yakin walaupun tewas, pandangan politiknya yang menolak idea kerajaan perpaduan itu akan diteruskan oleh barisan jawatan kuasa PAS Pusat serta Naib Presiden yang baru dipilih.
Husam mendakwa majoriti ahli jawatankuasa yang baru dan naib presiden dapat laksanakan pandangan politiknya kerana mereka konsisten dengan ketetapan yang diambil PAS berhubung isu itu sebelum ini.
“Pandangan saya, PAS mesti menggantikan UMNO untuk Islam dan kebaikan negara. Tiada jalan pintas kerjasama dgn UMNO melalui apapun cara. Sebab itu saya bertanding,” jelasnya.
Ditanya punca lain beliau tewas, Husam menyalahkan media serta faktor luaran dan dalaman parti.
“Walaupun kalah, saya tak suka salah orang lain. Tetapi faktor dalaman dan luaran menentang saya termasuk dalam blog Anti Husam yang timbul macam-macam cerita dan jadikan saya kambing hitam. Saya berjuang bukan untuk tempat tapi prinsip,” tegasnya.
Katanya, beliau juga tidak berkempen secara agresif selain banyak eleman tidak menyebelahinya termasuk program parti yang sedikit sebanyak berat sebelah.
“Saya tahu cabaran berat depan saya terutama tak boleh mengkritik secara terbuka sedangkan maklumat sebelah pihak disebarkan melalui pelbagai cara dan kerana itu tentulah kalah lebih mudah daripada menang,”.
KEGAGALAN Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa untuk merampas kerusi Timbalan Presiden Pas dan menendang Nasharudin Mat Isa keluar dari ibu pejabat agung di Jalan Raja Laut sesuatu yang mengejutkan ramai pihak. Paling mengejutkan ialah mereka di luar sana, anak-anak muda dan mereka yang menerima konsep liberalisasi dan modenisasi politik yang dicanang oleh Husam.
Secara umum anak-anak muda yang baru menjejak kaki ke gelanggang siasah – berusia 25 tahun hingga 45 tahun atau yang tetas dan terbuka mata sejak meletusnya reformasi 1998, melihat Husam sebagai tokoh baru menjadi idola mereka. Husam adalah pemimpin masa depan yang bakal menerajui Pas dan politik bangsa negara. Husam dicami sebagai pemimpin pemangkin kekuatan Pas dengan pendekatan dan lenggang lengguknya berpolitik melewati ruang kepompong Pas.
Tidak dinafikan aura Husam memang hebat. Beliau sudah berjaya mencetakkan dirinya sebagai pemimpin nasional. Gaya, perwatakan dan penerimaan umum ke atasnya ada iras-iras penampilan ‘kewayangan’ politik Anwar Ibrahim.
Kesempatannya menduduki kerusi Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan memberi kesempatan baik untuk beliau menampil dan mengasah bakatnya dalam politik menungkah arus.
Walaupun kedudukan Husam nombor tiga dalam hieraki Pas, tetapi sikap, pemikiran dan penampilannya menunjukkan dia setanding dan membayangi kehebatan Anwar. Dalam satu-satu masa lain dalam konteks Pakatan Rakyat beliau dilihat sebagai presiden de facto Pas seperti mana Anwar satu masa dulu presiden de facto kepada PKR.
Inilah hakikat yang ada kepada diri ketua Pas kawasan Pas Kubang Kerian Kelantan itu. Jadi apabila beliau kalah pagi tadi, menyebabkan para penyokong Husam merasakan bagai dalam satu mimpi saja. Mereka terpinga-pinga sukar untuk mempercayai bahawa tokoh bintangan mereka telah terjelapak ke bumi. Apa lagi media penyokongnya telah membuat sebaran awal kononnya beliau menang besar.
Kekalahan Husam itu memberi petunjuk dan membawa implikasi tertentu kepada dirinya dan juga individu lain. Yang jelasnya penolakan Husam oleh para perwakilan itu menunjukkan aura dan arus di luar sana tidak cukup kuat untuk merombak serban dan mencabut kopiah para perwakilan. Kekuatan di luar hanya gah yang tidak menggerunkan perwakilan.
Kekalahan itu tentulah memeranjatkan pengamal media atau pun bloger yang menyinsing lengan, tidak tidur malam, membuka surat khabar lama mencari bahan untuk berkempen dan mendaulatkan Husam sebagai pemimpin hebat sejak beberminggu-minggu lalu. Mungkin masih ada kalangan blogger tidak membuka laptop kerana tidak sanggup melihat laporan mengenai kekalahan bekas Naib Presiden Pas selama dua penggal itu yang berjaya hanya meraih 281 undi saja.
Betapa tidak jika ditinjau ke laman blog dan media internet, hampir seluruh berpihak kepada Husam. Semuanya teruja dengan Husam dan seolah-olah melihat Husam adalah Ahmad al Fateh yang akan membuka pintu Putrajaya bersama Pas. Seolah segala-galanya pada Husam. Dari sudut tertentu Husam lebih hebat daripada Anwar Ibrahim itu sendiri khasnya tentang kebersihan jiwa dan peribadinya?
Tetapi bagi orang yang memahami, kenal sepak terajang politik dan kamil dengan sifat dan sikap politik Pas yang berorentasikan Islam tidak mudah terpesona dengan segala lambungan dan junjungan ke atas Husam yang melampau-lampau. Para perwakilan menilai dari sudut dan perspektifnya sendiri dan bukan retorik. Sebab Islam itu sendiri bukan bahan retorik atau mainan. Islam itu ialah hakiki!
Mata yang memandang Husam diluar berbeza dengan mata yang melihat dari dalam dewan muktamar. Saya sudah menyatakan ini. Di luar, mata mereka dikenakan kanta sentuh ketaksuban yang tebal. Manakala di dalam dewan, perwakilan yang dikenakan dengan kanta sentuh yang tebal dengan kepentingan parti dan perjuangan dan mengkesampingkan agenda politik keorangan.
Begitu juga. Di luar atau mereka yang tidak pernah berada di laman Pas melihat Husam dari jauh, dari atas pentas. Penglihatan itu semuanya indah dan mempersonakan. Manakala di dalam (orang Pas) melihat dengan kedirian dan pengalaman mereka bersama Husam di mana setiap aroma yang keluar dari tubuh Husam dihidunya. Betapa pun di luar sana ribuan orang yang suka Husam namun mereka tidak dapat memberi oksigen langsung semasa pemilihan.
Saya yakin kalau pengundian di buat di luar, Husam akan mendapat undi tertinggi manakala dua calon lagi akan kalah teruk.
Saya cukup yakin seramai 741 para perwakilan iaitu kira-kira 70% yang menolak beliau ialah menolak gagasan politik dan keperibadian Husam dan juga gaya dia berpolitik. Jumlah ini bukan sedikit ianya harus dikaji dan dianalisa oleh Husam. Jika beliau mahu kembali ke persada kekuasaan Pas, maka beliau kena perbetulkan kekhilafan dan keterlanjuran yang beliau lakukan baik sedar atau tidak.
Kesilapan lain Husam ialah bukan kerana tidak cukup hebat. Husam cukup hebat berbanding dengan sesiapa sahaja dalam Pas. Ini juga hakikat. Mungkin beliau merasa seronok tetapi melupai aspek lain. Bahawa Pas tidak boleh digerakan dengan kehebatan seseorang. Kalau ia tidak selari dengan kehendak parti dia akan ditentang tidak kira siapa.
Sejarah yang menimpa, bekas Presiden Pas, Mohd Asri Muda, bekas Setiasusaha Agung Abu Bakar Hamzah, bekas Naib Presiden, Nakhaei Ahmad dan beberapa pemimpin lain sepatutnya diambil iktibar olehnya. Orang ini semua hebat, tetapi bila ia cuba membawa pemikiran melencung dari gagasan dan prinsip parti maka mereka akhirnya ditolak tanpa ada simpati dan kompromi.
Kesilapan lain Husam ialah cara beliau berkempen. Husam begitu percaya kepada bentuk kempen agresifnya yang sistemetik! Kempen bentuk baru ini juga satu testing kepada Pas sendiri. Saya tidak nampak ianya dinasihati atau dipantau oleh Husam seluruhnya. Kebanyakan blog adalah dibangun sukarela atas minat dan berkenan mendalam kepada Husam. Mereka ini juga suka kepada Pakatan Rakyat dan menolak sama sekali idea perbincangan dengan Umno.
Bagaimana pun disebabkan bahan kempen mereka ini tidak diselia maka timbullah kecelaruan. Husam terlampau mempamerkan keghairahan (excited) untuk menduduki kerusi berkenaan. Sikap ini pada bila-bila masa bertentangan dengan prinsip dan akhlak parti Pas. Dan bagi ahli Pas seperti mana kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilih, Mustafa Ali sesiapa yang kuat berkempen biasanya akan kalah. Signal awal itu tidak dipedulikan Husam untuk menarik brek jentera kempennya dari terus melampau. Malahan beliau jadikan kata-kata Mustafa itu sebagai musuhnya pula.
Tetapi sebagai pemimpin futurustik yang kaya dengan idea, sukar untuk menerima nasihat dan signal begitu. Bahkan mungkin beliau beranggapan ianya satu halangan atau tektik untuk menggoncangkan mimpinya untuk berkuasa.
Hakikat ini jelas dalam blog-blog menyokong Husam di mana kritikan dan sanggahan terhadap idea yang cuba membetulkan tindakan dan aksi politik Husam dilawan dan dibelasah secara emosional dan keras. Nampak sekali sikap keras pedal dan keras kepala ini menggambarkan akan sikap ego tinggi bakal MB Kelantan itu.
Kekalahan Husam boleh dirumuskan;
1. Gagasan politiknya; liberalisme dan modenisasinya kontradik dengan gagasan parti yang dibawa oleh Presien. Gagasannya baik dan bernas tetapi silapnya beliau tergesa-gesa mahu melaksanakan tanpa melihat kepada keupayaan dirinya.
2. Bentuk kempen yang agresif, mendahului kaedah dan amalan sebelum ini dan bahan kempen yang tidak dipantau menyebabkan ia bersifat emosi dan menyimpang dari amalan Pas.
3. Menyerlah keghirahan yang tinggi untuk membuat perubahan ke atas parti. Sikap ini dianggap sebagai gelojoh dan kurang fatanah.
4. Kenyataan-kenyataan yang bersifat ego dan terlalu profesional misalnya pertandingan itu sebagai mesej teguran kepada parti, ataupun meletakkan dirinya sebagai harapan masa depan parti sekaligus merendahkan pencapaian orang lain. Sikap sebegini tidak berapa disenangi oleh veteran Pas.
Saya tidak nampak penyertaan Mohamad Sabu sebagai penghalang kepada Husam. Kerana kalau Husam memang sudah kuat, mantap dan diterima Pas, siapa pun dan berapa ramai calon bertanding, perwakilan akan tetap memilihnya untuk digandingkan dengan Abdul Hadi Awang.
Kekalahan Husam itu sedikit sebanyak memberi implikasi dan persepsi buruk kepada kemuliaan Musyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Husam secara sedar atau tidak telah mempergunakan Nik Aziz sebagai menguatkan sokongan kepadanya dengan mempamirkan kononnya beliau menjadi kesayangan kepada Nik Aziz.
Kegagalan Husam menterjemahkan bahawa dia adalah segala-galanya bagi Nik Aziz satu kesalahan besar seumpama beliau memasuki perangkap harimau dan menguncinya dari luar kemudian melemparkan anak kunci ke dalam sungai berarus deras.
Kekalahan Husam itu memberi pengajaran cukup berguna kepadanya bagi beliau membuat mahasabah dirinya dari dalam dan luar. Kekalahan itu adalah jadam pahit yang harus beliau telan kerana penyakit yang ada pada dirinya sangat memerlukan ubat sepahit jadam.
Bermula hari ini Husam hendaklah menjadikan jadam sebagai bil suplimen dalam meniti hari-hari sebagai seorang ahli biasa Pas yang hanya memegang jawatan ketua Pas Kubang Kerian.
Kickdefella (blogger upahan Husam) bersama tok guru Nik Abd. Aziz
Oleh Kickdefella
Analisa ringkas – keputusan perwakilan menunjukkan kemenangan kepada calon-calon pro Pakatan Rakyat dengan 12 orang dari mereka memenangi pertandingan bagi 18 jawatan AJK PAS Pusat. Keputusan Naib Presiden memihak kepada Husam Musa bila ketiga-tiga yang dikatakan menjadi pilihan Husam menang.
Mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim juga menang dengan undi besar.
Jika dilihat analisa itu, seharusnya Husam telah menang. Tetapi Husam tewas besar.
Bagaimanapun, Husam (Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan) tewas bersama Dato’ Mohd Amar (yang disebut bakal MB Kelantan dan seorang Ulama, Ahli exco dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan), Dato’ Takiyuddin Hj Hassan (Ahli Exco dan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan) dan Dato’ Anuar Tan (Ahli Exco dan Bendahari PAS Kelantan). Keempat-empat mereka adalah pembantu-pembantu Nik Aziz dan mereka tewas bersama 3 lagi tokoh PAS Kelantan.
Hanya Dato’ Kamaruddin Jaafar, Setiausaha Agung PAS yang disebut sebagai sahabat baik Anwar Ibrahim adalah calon dari Kelantan yang menang.
Analisa jelas menunjukkan tidak berlaku trend menolak calon Ulama, Pro Pakatan, Profesional atau Pro UMNO. Yang jelas menjadi mangsa ialah kesemua orang kanan Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Apakah yang berlaku adalah manifestasi penolakan atau undi tidak perjaya kepada Nik Aziz oleh Perwakilan PAS atau ianya hanya satu kebetulan. Para perwakilan harus bertanya, apakah mereka memang berniat menolak calon-calon dari Kelantan?
Ini bagaimanapun adalah petanda baik bagi Kelantan. Setidak-tidaknya pemimpin-pemimpin kanan PAS Kelantan boleh fokus kepada mempertahankan Negeri Kelantan, sama ada melalui sudut kewangan maupun tenaga kepakaran mereka.
Penulis baru sahaja menerima berita gembira dengan kekalahan Team Erdogan dalam PAS. Kekalahan ini menandakan bahawa segala percaturan yang dibuat oleh Anwar kesemuanya mengalami kegagalan.
Kekalahan Husam Musa menunjukkan ada sinar emas di antara PAS dan UMNO untuk membentuk semacam pakatan strategik untuk membangunkan Ummah Islam Di Malaysia. Semoga ianya menjadi realiti dalam perpaduan Umat Melayu-Islam!
Bukan sekali Anwar mengalami kegagalan. Malah, Sejak dari dahulu lagi apa yang dirancangkan oleh Anwar semuanya tidak menjadi. Kenapa ini selalu berlaku? mungkin ada hikmah yang harus ditelusuri dan difikirkan dalam fenomena ini. Inilah jikalau seseorang itu terlalu bersifat ideal-teorikal dalam pemikirannya sehingga nilai praktikal tidak pernah dilakukan.
Kesemua grand design Anwar gagal. Sejak menjadi mantan Timbalan Perdana Menteri, hanya selangkah sja lagi impian beliau menjadi perdana menteri Malaysia juga akhirnya menemui kegagalan. Anwar dilihat gagal memimpin diri sendiri dengan menyalahi aturan tabii manusia. Bukan setakat gagal mengawal emosi diri, malah juga gagal dalam pentadbiran ekonomi semasa beliau memegang jawatan Menteri kewangan dahulu.
Bukan setakat itu, malah Anwar juga gagal dalam gagasan membentuk kerajaan pada 16 september yang lalu. Kegagalan memancing ahli parlimen untuk melompat parti malah menjadi bahan jenaka oleh semua lapisan masyarakat. Malah gagasan 16 september itulah yang menjadi punca krisis kemelut di Perak sebagai merujuk kata-kata karpal Singh yang mendesak supaya Anwar Ibrahim bertaubat. Namun dengan selambanya beliau seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan. Sifat Anwar yang suka membaling batu kemudian sembunyikan tangan. melihatkan sifat kebaculannya. Sifat orang bacul dan pondan yang memang tidak layak memimpin Malaysia.
Kini, situasi juga serupa. Dengan melihat kekalahan Husam Musa dalam merebut jawatan Timbalan Presiden mengesahkan grand design Anwar ternyata gagal dalam menguasai parti Islam di Malaysia. Husam Musa dilihat salah satu partikel Anwar Ibrahim dalam PAS untuk menghancurkan nilai-nilai asas perjuangan PAS.
Sudahlah Anwar gagal menguasai parti Melayu-Islam dalam UMNO pada zaman dulu, kini juga beliau gagal membina jaringan proksinya untuk menguasai PAS dalam peringkat atasan kepimpinan Ulama.
Dalam kes liwat pula, Anwar dilihat awal-awal lagi kalah apabila beliau enggan bersumpah dengan nama Allah dalam membersihkan namanya. Jikalau beliau benar, bersumpah sajalah. Sumpah adalah salah satu jalan yang tidak memerlukan duit, tenaga dan masa panjangpun untuk membuktikan diri dalam keadaan benar. Namun, beliau enggan berbuat demikian. Sekali lagi Anwar gagal dalam pembelaan dirinya dalam konteks holistik-simplistik.
Anwar juga akan gagal dalam percaturan mahkamah nanti kerana ada desas desus mengatakan bahawa banyak bukti telah dikumpulkan untuk membuktikan yang Anwar sememangnya seorang peliwat. Kegagalan Anwar dalam pembelaan dirinya menampakkan bahawa Kebenaran itu ada di mana-mana dan ia datang tanpa dipaksa. Tunggu dan sabarlah menanti keputusannya di bulan Julai nanti.
Semacam ada satu ketentuan Ilahi apabila satu persatu tindakan dan taktiknya gagal dalam menguasai Malaysia. Seakan Allah ingin menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman seorang pemimpin Liberal-moderat ini.
Malaysia telah diramal oleh Dr. Yusuf al-Qardawi seorang pemikir Mesir akan menjadi seperti Andalusia. Andalusia merupakan sebuah negara idealis dengan gagasan Islam-Sains centrikal yang melahirkan banyak tokoh ilmuwan dan sarjana Islam pada masa lampau.
Jikalau Anwar berjaya dibuktikan meliwat dalam tempoh yang perbicaraan nanti, maka negara akan kembali aman. Negara akan laju melangkah ke alam cyber-Islam. Salah satu bentuk keberjayaan Islam di bumi tercinta ini sedangditransformasikan. Semoga Malaysia selamat daripada tokoh Liberal-Moderat yang bertunjangkan fahaman Humanisme yang mematikan Teologi sebenar di bumi Malaysia.
Apa yang ada pada Anwar? Apa yang beliau ada hanyalah air liur basi yang terlalu teorikal yang tidak praktikal dan langsung tidak berguna digunakan di alam sebenar.
Anwar, terimalah takdir sebagai iktibar yang berharga. Apakah engkau tidak melihat dan mempercayai Qada' dan Qadar Allah yang menguasai setiap kejadian di setiap penjuru bumi??? Bukalah mata dan minda untuk merenungi di setiap kejadian yang berlaku di dada masa agar ia mematangkan pemikiran kita untuk terus tunduk kepada Sang Pencipta dengan mengikuti segala lunas-lunas kemanusian yang sebenar .
Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menafikan kekalahannya untuk merebut jawatan timbalan presiden PAS, sebagai tanda penolakan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat di negeri itu.
"PAS tidak bergantung kepada tokoh," katanya Husam ketika ditemui wartawan di muktamar PAS di Shah Alam hari ini.
Di kalangan masyarakat PAS, Husam dilihat sebagai 'anak emas' kepada Nik Aziz yang juga merupakan mursyidul am PAS.
husam musa 02Berikutan itu, timbul tanggapan seolah-olah kekalahan Husam itu juga mencerminkan penolakan terhadap kepimpinan Nik Aziz.
Dalam pemilihan kali ini, Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS dengan memperolehi 480 undi, Husam (281) dan seorang lagi calon Mohamad Sabu mendapat 261 undi.
Ekoran kekalahan beliau, Husam dan Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan naib-naib presiden PAS, tidak lagi memegang sebarang jawatan tinggi parti di peringkat pusat.
Keputusan pemilihan tersebut diumumkan oleh Datuk Mustafa Ali mengumumkankeputusan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi ini.
Ditanya tentang masa depan karier politiknya, Husam hanya mengatakan perkara itu tidak penting kerana beliau "dari mula menggangotai PAS sebagai aktivis".
Bagaimanapun, tambahnya, pelbagai pihak mempunyai peranan dalam parti itu mengikut kedudukan masing-masing.
"Mana boleh terpinggir, melukut pun ada peranannya," katanya di hadapan kira-kira 50 wartawan yang mengerumuni beliau bagi mendapat reaksinya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas isu kerajaan perpaduan yang dicadangnya presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Husam berkata:
"Sampai hari ini saya tak faham macam mana ia boleh berjaya. Saya tak faham, kalau kita katakan Afrika Selatan atau England, itu berlaku apabila tidak ada satu parti yang ada majoriti dalam parlimen.
"Dalam keadaan itu, semua parti bersedia bekerjasama. Tetapi dalam kes di Malaysia, Umno dan BN telah ada majoriti. Dan Umno tidak tawarkan pembangkang menyertai kerajaan," katanya.
Jimadie Shah Othman | Jun 6, 09 12:45pm Walaupun gagal merebut kerusi timbalan presiden PAS, Datuk Husam Musa yakin, ketiga-tiga naib presiden yang baru terpilih, akan terus menolak sebarang kerjasama dengan Umno.
Menurutnya, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta separuh daripada ahli jawatankuasa yang baru itu, berkongsi pandangan politik yang sama dengan beliau.
Tuan Ibrahim dan Salahuddin dilihat lebih rapat dengan kumpulan profesional manakala Mahfuz pula dilihat bersikap berkecuali.
Dalam pemilihan tersebut, Tuan Ibrahim yang Pesuruhjaya PAS Pahang, mendapat 871 undi; diikuti oleh Salahuddin yang juga bekas ketua Dewan Pemuda PAS (824) dan Mahfuz yang juga ketua Penerangan PAS memperolehi 636 undi.
Dua lagi calon - Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof Rawa mendapat 277 undi manakala Exco Kerajaan Kelantan, Nik Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undi
Mujahid bagaimanapun berjaya terpilih menganggotai Jawatankuasa Pusat PAS.
Husam juga berikrar akan terus memantau perkara itu yang telah ditolak dalam muktamar tahunan mereka sebelum ini, walaupun tanpa jawatan.
"Saya mungkin janggut tak cukup panjang. Mungkin perwakilan tidak suka saya. Ia lebih kepada (faktor) saya," katanya berseloroh.
Husam diminta mengulas sama ada mesej beliau tidak diterima perwakilan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Muktamar PAS ke-55, Dato' Mustafa Ali mengumumkan, Ustaz Nasharudin Mat Isa menang jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Sementara, bagi jawatan Naib Presiden, Salahudin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar menewaskan dua lagi pencabar, Mujahid Yusof Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.
Kini sah sudah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat gandingan baik dan masa depan politik Husam dalam PAS menjadi tanda tanya.
Bagaimana dengan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri dalam tempoh yang singkat? Apakah tindakan beliau seterusnya?
Apa keadaan pun, Husam tetap tegas bahawa PAS tidak boleh menjalin kerjasama dengan Umno.
Jika dilihat betapa kerasnya Husam dalam isu ini, sedangkan Presiden PAS nampaknya lebih berlembut – bayangkan, jika Husam menang, PAS akan menghadapi masalah.
Presidennya kata A tetapi Husam kata B. Yang pasti, sekiranya Husam menjadi Timbalan Presiden, Abdul Hadi akan berdepan dengan Timbalannya yang akan membantah untuk membentuk kerajaan perpaduan yang memungkinkan kepada kerjasama PAS dan UMNO.
Husam yang kalah jawatan Timbalan Presiden PAS dengan tegas mengatakan: ''Kita mahu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi (sama taraf dengan UMNO)."
Sebaliknya, beliau lebih sedia untuk mengadakan kerjasama dengan parti di bawah pakatan pembangkang kerana ia dilihat taraf semua parti adalah sama.
Dalam pada itu, Husam menjelaskan sekiranya perbincangan untuk mengadakan kerajaan perpaduan itu mahu dilaksanakan juga, adalah lebih baik ia dilakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Ini kerana beliau mahu memastikan kerusi PAS benar-benar cukup kuat untuk mengukuhkan kedudukan parti itu dalam kerajaan.
Husam yang bertanding Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini, menolak sebarang idea penggabungan dengan Umno kerana banyak sebab. Menurutnya melalui kerjasama itu, pemimpin PAS sudah tentu tidak akan menjadi perdana menteri.
No 1: Menjadi Perdana Menteri. (Hasrat PAS ialah menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang untuk membolehkan Presidennya menjadi Perdana Menteri. Persoalannya bila? Di mana mahu diletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim?)
Kata Husam: "Jika Umno dikalahkan kemudian dan mereka mahu bekerjasama dengan kita maka OK lah... kalau PAS di atas dan Umno di bawah itu OK, jangan Umno di atas kerana tidak akan ada perubahan... apa yang penting bagi kita adalah perubahan.”
No2: PAS di atas, UMNO di bawah baru OK. (PAS begitu yakin dapat mengganti UMNO di peringkat pusat dan akan hanya bekerjasama apabila UMNO sudah tidak dominan lagi – tiada lagi Barisan Nasional. Selagi ada BN, UMNO sukar ditumbangkan.)
Bagi Husam, kerjasama yang dipraktikkan oleh PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP melalui pakatan pembangkang tidak akan berlaku dengan UMNO.
Katanya: "Saya sayang PAS, kalau PAS menjadi tambahan kepada Umno, PAS akan menjadi kuda tunggangan, PAS tidak akan mendapat lebih banyak kerusi, Umno akan terus menjadi parti dominan... jadi habislah PAS."
No3: PAS akan jadi kuda tunggangan (Pemimpin pemuda PAS mengatakan parti itu kini menjadi kuda tunggangan pakatan pembangkang. Siapa yang menunggang siapa? Bukankah kini adanya PAS dalam pakatan menunjukkan bukan Islam menunggang orang Islam?)
Bagi Husam, melalui kerjasama dengan UMNO, PAS tidak akan menjadi parti yang dominan dalam pakatan itu, malah ia juga tidak akan mendapat kerusi lebih daripada Umno.
No4: Mendapat kerusi lebih daripada UMNO (Mendapatkan kerusi dalam pilihan raya bukan kerana yakin akan menang sesebuah kerusi dipertandingkan tetapi juga melalui tolak ansur dan persefahaman antara parti seperti diamalkan dalam BN. Jelas pemimpin PAS tamak dalam menentukan kerusi yang mahu dipertandingkan.)
Semua yang disebutkan di atas adalam kenyataan Husam seperti dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama, ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Muktamar Pas ke-55 di sini, hari ini.
Sebaliknya, Presiden PAS beliau yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara Pas dengan Umno yang beliau cadangkan sebelum ini dapat dilaksanakan di masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.
Katanya, hasrat itu digagaskan selepas pilihan raya umum Mac lalu dengan tujuan mencari jalan kompromi dalam pembentukan kerajaan pada ketika itu dan ia diterima secara positif bukan saja dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang malah pemimpin UMNO sendiri.
Bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Pas ke-55 di Stadium Malawati di Shah Akam semalam, Abdul Hadi menjelaskan bahawa hasrat Pas untuk mewujudkan kerajaan perpaduan itu telah dimaklumkan kepada rakan-rakan Pas dalam pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
"Mereka menerimanya dengan baik," katanya.
Abdul Hadi berkata beliau yakin cadangan itu dapat mendekatkan rakyat yang berbeza fahaman politik dan mempereratkan hubungan parti-parti politik demi kepentingan negara.
Kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja diherdik oleh Husam tetapi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang berkata cadangan pembentukan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat pemimpin Pakatan Rakyat dan beliau hanya mengetahuinya menerusi laporan media.
"Saya tidak tahu apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Abdul Hadi mengenai kerajaan perpaduan, tetapi terpaksa membuat komen demi kepentingan penyokong Pakatan Rakyat," katanya dalam laman blognya.
Lim mahu mendapatkan komen berhubung kenyataan Abdul Hadi mempertahankan cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan.
Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar, berkata idea kerajaan perpaduan bersama BN adalah idea politik yang terkebelakang dan tidak progresif.
"Pengalaman politik kompromi seumpamanya pernah berlaku pada 1978 antara Pas dan BN yang akhirnya tidak memperlihatkan sebarang manfaat. Justeru, idea ini sudah ditolak oleh pemimpin PKR. Cadangan bekerjasama oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kerajaan BN pula khusus untuk perkara untuk kepentingan rakyat, seperti masalah ekonomi negara dan tidak mengaitkan kerajaan perpaduan," katanya.
Bagi Abdul Hadi, beliau yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara Pas dengan Umno yang beliau cadangkan sebelum ini dapat dilaksanakan di masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.
Abdul Hadi berkata beliau yakin cadangan itu dapat mendekatkan rakyat yang berbeza fahaman politik dan mempereratkan hubungan parti-parti politik demi kepentingan negara.
Yang pasti, ketika Abdul Hadi benar-benar yakin kerajaan perpaduan akan mendatangkan banyak keuntungan, khususnya unttuk orang Islam di negara ini, Husam berpendirian cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan parti itu.
Jelas bagi Husam bukan soal kepentingan perpaduan seluruh rakyat diutamakan tetapi di mana kedudukan beliau sendiri (bercita-cita menjadi Perdana Menteri) dan PAS terus kuat untuknya mendapatkan kuasa.
Dengan kembalinya Nasharudin, Abdul Hadi akan dapat menarik nafas lega dan usaha serta apa yang diperkatakannya di muktamar ini lebih mudah untuk dilaksanakan. Persoalannya, biarpun kalah - Husam dan penyokongnya tidak akan berdiam diri.
Bukan Abdul Hadi sahaja yang akan kena tempias tetapi Nasarudin akan berdepan dengan tugas tinggi menggunung – menjamin pengaruh Husam tidak melonjak dan membantu Presiden melaksanakan kerajaan perpaduan yang mendapat tentangan Husam dan DAP.
Jun 6, 09 12:18pm Datuk Husam Musa boleh memenangi jawatan timbalan presiden seandainya jika membabit satu lawan satu dengan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, demikian menurut kalangan perwakilan PAS.
Nasharuddin berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden dengan memperoleh 480 undi. Manakala Husam pula mendapat 281 dan seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapat 261 undi.
Keputusan itu menunjukkan undi yang diperolehi Husam dan Mohamad Sabu - bila digabungkan - berjumlah 452 - iaitu 62 undi lebih tinggi daripada undi yang diperolehi Nasharuddin (46.8%).
Husam dan Mohamad Sabu berkongsi pendirian menolak sebarang kerjasama dengan Umno. Manakala Nasharuddin pula adalah dari golongan ulama yang pro-muqabalah dengan parti tersebut.
Oleh itu, kalangan perwakilan berpendapat, seandainya pertandingan bagi jawatan tersebut hanya antara Husam dan Nasharuddin - maka peluang untuk exco kerajaan negeri Kelantan menang adalah lebih cerah.
Sebelum ini memang ada terdengar desas-desus mengenai usaha-usaha untuk memujuk Mohamad Sabu menarik daripada bertanding jawatan tersebut, untuk mencerah lagi peluang Husam.
Bagaimanapun, difahamkan usaha tersebut tidak berjaya. Malah Mohamad Sabu sendiri pernah menafikan ada usaha-usaha ke arah itu.
Sementara itu, daripada 18 calon yang terpilih menganggotai Jawatankuasa Pusat PAS - 12 daripadanya adalah dari senarai yang dikatakan diedar oleh penyokong Husam.
Bagaimanapun, difahamkan, tidak semua daripada 12 orang itu dilihat sebagai pro kumpulan Erdogan.
Enam daripada mereka dilihat rapat dengan kumpulan Erdogan - Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Kamaruddin Jaafar, Syed Azman Syed Nawawi, Dr Lo' Lo Ghazali, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Dr Hatta Ramli.
Bagaimanapun, ahli parlimen Shah Alam dari kumpulan Erdogan - Khalid Abdul Samad - gagal dipilih.
Manakala yang lainnya dari senarai yang sama tetapi dilihat lebih neutral ialah Abdul Ghani Abdul Rahman, Amiruddin Hamzah, Taib Azamudden Md Taib, Datuk Seri Azizan Abd Razak, Abdul Ghani Samsudin and Mazlan Aliman.
Semua sudah jelas. Kumpulan Erdogan atau yang pro Anwar Ibrahim kecundang pada pemilihan jawatan utama PAS. Datuk Husam Musa yang dilihat sebagai teraju utama kumpulan Erdogan dan diwar-warkan sebagai tokoh muda yang bakal membawa PAS menjadi parti lebih terbuka, kecundang di tangan penyandang Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dengan majoriti 199 undi.
Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilhan PAS, Datuk Mustapa Ali, Nasharuddin memperolehi 480 undi menewaskan Husam yang hanya memperolehi 281 undi manakala seorang lagi pencabar Mohamad Sabu memperolehi 261 undi, kurang 20 undi yang diperolehi oleh Husam.
Keputusan ini juga menimbulkan tandatanya kedudukan Husam dan Mohamad dalam parti itu kerana sebelum ini adalah Naib Presiden PAS.
Manakala bagi jawatan Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperolehi 877 undi dipilih bersama-sama dengan bekas Ketua Pemuda yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (824 usi) dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar (663 undi).
Daripada 1,044 perwakilan, hanya 1,026 perwakilan sahaja yang mengundi. Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden, hanya empat sahaja undi rosak.
Kejayaan Nasharuddin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden mengalahkan Husam dikatakan merupakan isyarat yang jelas penolakan para perwakilan PAS terhadap kumpulan yang dilihat rapat dengan Anwar Ibrahim.
Bagi jawatankuasa Pas Pusat, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin terpilih menduduki tempat pertama dengan undi yang terbanyak iaitu 854 undi.
Keputusan penuh seperti berikut:
PRESIDEN (Menang Tanpa Bertanding)
Abdul Hadi Hj Awang
TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa
NAIB PRESIDEN
Tuan Ibrahim Tuan Man, (877) Salahuddin Ayub (824) Mahfuz Omar(663)
AHLI JAWATANKUASA KERJA
Mohamad Nizar Jamaluddin(854) Idris Haji Ahmad (799) Kamarudin Jaffar (769) Azizan Abd Razak (653) Hasan Mohd Ali 642) Mohd Hatta Md Ramli (638) Abdul Ghani Samsudin (637) Abu Bakar Chik (622) Mohamed Hanipa Maidin (619) Amiruddin Hamzah (606) Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali (589) Ab Ghani Abdul Rahman (584) Dzulkefly Ahmad (576) Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (530) Hashim Jasin (522) Mazlan Aliman (513) Taib Azamudden Md Taib (508) Mujahid Yusof Rawa. (488)
SHAH ALAM: Nasharudin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS buat penggal ketiga berturut-turut.
Ahli Parlimen Bachok itu menerima 480 undi untuk merekodkan majoriti 200 undi dalam pertarungan tiga penjuru yang diadakan semalam.
Husam yang sebelum ini disebut sebagai pemenang berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat awal pagi tadi, hanya menerima 281 undi manakala Muhamad Sabu pula mendapat 261 undi.
Kemenangan itu membolehkan beliau terus bergandingan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah menang tanpa bertanding.
Pemilihan jawatan itu hanya mencatatkan empat undi rosak. Seramai 1,026 mengundi pada pemilihan kali ini.
Keputusan rasmi diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Mustafa Ali kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Jawatan Naib Presiden dimenangi oleh Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 871 undi, Salahuddin Ayub (820) dan Datuk Mahfuz Omar (636).
Ketiga-tiga mereka merupakan muka baru jawatan itu.
Dua calon lain yang kalah ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa (272) dan Nik Amar Nik Abdullah (333).
SHAH ALAM: Datuk Paduka Husam Musa dipercayai menang tipis jawatan Timbalan Presiden PAS dalam persaingan tiga penjuru.
Berdasarkan maklumat keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat 2 pagi tadi, Naib Presiden PAS itu menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Nasharudin Mat Isa dan juga Mohamad Sabu.
Berada di tempat kedua ialah Nasharudin yang menyandang jawatan itu sejak 2005.
Ketika ditemui, wakil dan pembantu ketiga-tiga calon berkenaan enggan berkata apa-apa tetapi difahamkan perbezaan undi Husam dan Nasharudin sangat kecil.
"Kami difahamkan perbezaan undi sangat kecil," kata satu sumber kepada mStar Online.
Proses kiraan final di Stadium Malawati selesai kira-kira 1.40 pagi tadi. Pengiraan undi bermula 8.30 malam iaitu tiga jam selepas pengundian berakhir.
Pemilihan jawatan itu menjadi tumpuan di sebalik polemik mengenai peranan golongan ulama dan profesional dalam PAS.
Di sebalik keputusan Timbalan Presiden itu yang terlalu "ketat", fokus juga beralih tempat bagi saingan Naib Presiden.
Bagaimanapun difahamkan, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar dipercayai memenangi jawatan Naib Presiden.
Lima orang bertanding merebut tiga kerusi Naib Presiden. Dua yang lain ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah.
Jawatan Naib Presiden kosong selepas tiga penyandangnya memutuskan untuk tidak mempertahankan kedudukan masing-masing. Dua daripada mereka, Husam dan Muhamad Sabu bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hanya akan mengumumkan keputusan rasmi pagi ini, dijangka pukul 10 pagi.
Proses pengundian yang bermula petang tadi dan berakhir dua jam berikutnya iaitu pada pukul 5.40 petang.
Seramai 1,044 mengundi pada pemilihan kali ini termasuk 971 perwakilan.
Jawatan Presiden dikekalkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa cabaran.
Hanya beberapa negara boleh ditawarkan kehidupan rutin seperti negara Israel berkaitan kekeliruan kemodenan dan primitif, kesucian dan kekotoran, bahang dan dingin. Di tempat mana lagi seseorang itu boleh meneruskan kehidupan daripada sebuah padang pasir yang tandus dan cahaya matahari yang panas membahang kepada tempat peranginan ski sejuk slalom, pergunungan Alp, daripada seorang ahli fizik nuklear makmal ke sebuah penjara maut terhormat, atau daripada satu perarakan jemaah haji yang serius turun ke Via Dolorosa untuk satu parti keasyikan yang dipenuhi dengan alkohol, dadah dan seks?
Sementara kita menghadapi Hamas di selatan, Hizbullah di utara dan Iran di timur, orang Yahudi masih mencari masa dan alasan untuk menentang satu sama lain. Oleh itu secara semula jadinya, Israel juga secara tidak langsung menjadi perintis dan penyebab kejatuhan masa depan golongan homoseksual, seperti yang ditunjukkan dalam peristiwa-peristiwa mutakhir ini.
Memandangkan pemimpin-pemimpin Israel agak keberatan untuk membenarkan satu perarakan riang kaum gay dalam kawasannya , dan larangan homoseksual secara rasmi dikuatkuasa sejak dua dekad sebelum Israel mencapai status taraf negara, rakyat cenderung berfikir bahawa pendirian Israel terhadap homoseksual adalah lebih cenderung kepada Timur Tengah berbanding dengan Eropah. Sebenarnya hujah itu tidak berasas.
Pada tahun pertama penubuhan negara Israel, peguam negara, Haim Cohn, memutuskan untuk mengabaikan undang-undang homoseksual walaupun dia diarahkan untuk menguatkuasakannya, dan dia mengabaikan daripada mengenakan tindakan terhadap mereka yang melakukan hubungan homoseksual.
Kepasifannya ini adalah sejajar dengan bidang kerja peguam negera, yang memutuskan sama ada kesalahan tertentu undang-undang sebenarnya harus diikuti dengan dakwaan ataupun tidak, dengan jelas, dia melonggarkan had-hadnya. Negara Israel tidak melarang mereka melakukan hubungan homoseksual, walaupun secara rasmi ianya haram.
Keputusan beraninya itu, disambut dengan sorakan gembira dari rakyat bahagian tengah Israel.
Dahulu semasa saya menjadi pengarang berita, saya bertemu satu foto telegram dari Kaherah yang memaparkan kumpulan homoseksual ditahan beramai-ramai. Kemudian saya mengikuti kes Mahathir Mohamad , pemimpin Malaysia memecat timbalan berbakatnya, Anwar Ibrahim, dan mendakwanya atas pertuduhan liwat serta memenjarakannya atas dasar "jenayah."
Ketika mengikuti cerita-cerita tersebut dari Mesir dan Malaysia, saya sentiasa berbangga dengan kebijaksanaan dan keberanian Haim Cohn, yang lebih ketara melindungi kaum homoseksual kerana dia seorang Yahudi yang tajam daya pemerhatian.
Sebenarnya, ketika ditanya oleh orang-orang Yahudi Amerika dalam sidang media, berkenaan dengan apa yang sepatutnya mereka berperanan terhadap larangan homoseksual di Timur Tengah, saya berkata mereka boleh melobi kumpulan homoseks yang berpengaruh di Amerika untuk menentang rejim-rejim Arab homofobia (ketakutan kepada homoseksual), dan untuk mengkontraskan apa yang terjadi di sana (Timur Tengah) dengan apa yang berlaku di sini (Amerika).
Berkaitan dengan perkara ini; Di Greenwich, New York Village yang sangat liberal, polis telah menyerbu sebuah bar gay pada musim bunga tahun '69. Kini perniagaan bar gay telah beroperasi secara bebas dalam semua bandaraya besar Israel, termasuk Baitulmuqaddis, sama seperti homoseksual di sini (Amerika) yang dibenarkan menyertai tentera dan perkhidmatan asing.
Berkenaan dengan bar gay di Manhattan - Stonewall Inn - pelanggan-pelanggannya telah melawan semula tindakan polis pada hari yang malang '69 itu, dan mencetuskan rusuhan-rusuhan lain yang akhirnya hak-hak pergerakan homoseksual telah diiktiraf. Satu acara khas dijadikan acara tahunan di New York iaitu sambutan "perarakan homoseks". Di tempat inilah merupakan asal idea perarakan homoseks.
Kita, orang - orang Yahudi secara refleks bersimpati dengan golongan gay yang menjadi mangsa prasangka, diskriminasi dan penindasan. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai masalah melanda dan golongan homoseksual terpaksa berjuang untuk keselamatan maruah mereka, sudah banyak dugaan yang dilalui oleh mereka, terpaksa bergelut untuk mempertahankan hak mereka.
Ini juga merupakan penyebab di mana golongan homoseksual mula berkurangan dan lelaki normal kian bertambah.
Serangan terhadap homoseksual yang paling teruk adalah mensasarkan kawasan awam - alam luas yang terletak di antara undang-undang, kerajaan dan norma-norma.
Bermulanya tuntutan-tuntutan sah untuk menempatkan homoseksual dalam jawatan awam berprofil tinggi kemudian bergerak kepada tuntutan-tuntutan untuk kebebasan perkahwinan pasangan homoseksual.
Jika lelaki dan wanita dibenarkan membayar satu negara - rabbi(ketua agama orang yahudi), secara logiknya, kenapa tidak tawaran sama diberikan kepada sepasang lelaki, dan jika seorang lelaki yang berkahwin dan wanita menerima tawaran ini atau bantuan gadai janji, mengapa tidak kepada sepasang wanita, dan jika satu pasangan lelaki wanita berhak mendapatkan elaun-elaun kanak-kanak, kenapa tidak kanak-kanak bagi sepasang homoseks?
Ini sudah tentu soalan-soalan rumit yang sukar untuk dijawab oleh masyarakat yang toleran menyelesaikannya dengan mudah. Walau bagaimanapun, kumpulan homoseksual akan melakukan dengan baik, menunaikan apa yang terbaik dari segi moral, tidak semestinya dari segi sosial, apatah lagi dari segi politik.
Dari segi sosial, heteroseksual (hubungan berlainan jenis) berpaksi kepada sel keluarga akan sentiasa kekal : asas keluarga manusia. Untuk memahami apa yang terjadi seterusnya perlu dirujuk kepada sejarah Eropah.
Di Eropah, sejarah sel keluarga untuk beberapa generasi dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kepentingan diri sendiri, anti kepaderian, budaya kerja dan dasar pengluasan kuasa kumpulan homoseks, seperti menyindir satu cerita dalam majalah Time baru-baru ini.
Dalam pada itu, tiada seorang pun dari kumpulan homoseksual yang mengisytiharkan perang terhadap keluarga tradisional, kadar kelahiran adalah negatif. Orang-orang Eropah kini menyedari terdapat satu pertembungan antara kemerosotan demografi mereka dan kemasukan pendatang - pendatang Islam yang mereka tidak ingini, dan orang -orang Eropah kini mula hidup tanpa memikirkan sejarah sel kekeluargaan mereka.
Aktivis pergerakan Gay akan berkata atas premis ini mereka menyokong pemadaman sejarah sel keluarga. Tetapi fakta itu, ramai yang berfikir akan mengancam mereka. Kepada mereka, serangan homoseks terhadap asas awam adalah satu masalah, kerana mereka menghormati masyarakat gay, manakala golongan homoseksual di Mesir membuatkan mereka tidak selesa, serta tidak mahu anak mereka membesar sebagai pasangan gay.
Secara politik, homoseksual universal merupakan satu gerakan perjuangan yang berkembang dengan pantas, menarik perhatian banyak pihak dan pihak pro keluarga akan menerima tindak balas yang hebat yang hanya menunggu masa, seperti sebahagian zaman post - liberal, selepas zaman gelap Eropah.
Baru-baru ini, di Israel, satu perarakan homoseks yang menggemparkan dengan penuh teka-teki. Kegigihan mereka berjuang mengenai hak-hak mereka di Israel yang sepatutnya mereka tinggal dengan aman . Itu adalah emosi yang mereka ketengahkan di Baitulmuqaddis mengenai provokasi sebahagian besar masyarakat lampau Baitulmuqaddis yang berfikiran orthodok.
Mereka bukan berarak hanya tiga jam, tetapi seumur hidup, rakyat bahagian tengah Israel telah meminjamkan mereka sebelah telinga, tetapi amatlah menyedihkan apabila mereka datang untuk menggangu bandar, masyarakat kehilangan sumber yang serius, toleran dan duniawi - rakyat merasakan bandar raya ini adalah tempat pencarian 'Sisyphean' untuk keseimbangan antara kepentingan hak minoriti dan majoriti.
Pada ketika ini disedari bahawa tindakan Haim Cohn dahulu merupakan model yang terbaik untuk Israel.
AIDC menterjemah artikel The Jerusalem Post, akhbar harian online Israel. Artikel asal klik di sini
HUSAM MUSA sedang bertungkus lumus untuk menang jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar yang bakal diadakan nanti. Husam yang selama ini begitu hebat mengkritik UMNO dan kepimpinan parti tertua dalam Negara ini akhirnya dilihat sebagai pemimpin munafik.
Baginya UMNO itu jijik, tidak layak bersekutu dengan PAS, DAP dan PKR lebih utama dalam memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, itu fikiran yang ada pada Husam tapi bila beliau terlibat dalam pertandingan, beliau menggunakan apa sahaja untuk menang baik memfitnah serta memburukkan calon lawannya.
Selama ini beliau menuduh dan mendakwa UMNO mengamalkan politik wang, perkauman serta berbagai-bagai lagi, akhirnya tuduhan tersebut terkena batang hidungnya sendiri apabila dipercayai bahawa dia turut menawarkan ganjaran kepada perwakilan supaya memilihnya untuk jawatan itu. Disamping fitnah dan hasutan kepada perwakilan menolak Timbalan Presiden yang sedia ada, Nasharudin Mat Isa.
Husam juga menyanggah Nasharuddin Mat Isa kononnya Nasharuddin menggerakkan usaha pencantuman PAS-UMNO demi kepentingan Melayu dan Islam, bagi Husam tindakan Nasharuddin itu tidak selaras dengan egos PAS tetapi Husam juga sama sifatnya apabila menggunakan Saifuddin Nasution untuk bertemu dengan Perdana Menteri Najib. Kalau Nasharudin dikatakan to liberal tetapi tidak pada dia.
Sejak berkawan rapat dengan Anwar Ibrahim akhirnya telah menjadikan Husam lupa pada teras perjuangan PAS, lupa pada prinsip perjuangan Negara Islamnya, lupa halal haram dan sejak menjadi sekutu kepada DAP, Husam dilihat sudah tidak tahu mebezakan yang mana makruf dan yang mana mungkar, yang mana Islam dan yang mana kafir.
Sikap yang beliau tunjukkan terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri dan perubahan konsep kepimpinan Husam hari ini banyak dipengaruhi oleh mentornya Anwar Ibrahim dan kita percaya sekiranya Husam menang Timbalan Presiden UMNO, Husam dan PAS akan lebih sekular daripada apa yang beliau katakan kepada UMNO selama ini. Rupanya Husam seperti musang berbulu ayam..Awas kita orang Islam dalam menilai pemimpin seperti ini. Kita bimbang hanya kerana mahu kuasa, mereka ini sanggup menggadaikan Islam dengan harga yang cukup murah.
10 DALIL HUSAM MUSA TAK LAYAK UNTUK TIMBALAN PRESIDEN PAS
1. Husam Percaya dan Beramal Dengan Amalan Khurafat
Diberitakan Husam begitu mempercayai dan beramal dengan amalan-amalan sedemikian. Beliau memang diketahui beramal dengan amalan tariqat (saya kurang pasti tariqat apa). Dan kebanyakan tariqat adalah sesat.
Yang paling mengejutkan saya ialah, saya mendapat tahu bahawa Husam pernah (bukan sekali) mandi bunga di kubur? Yang pastinya amalan tersebut adalah satu bentuk khurafat yang ditolak oleh Islam. Siapakah yang mengajarnya? Tok Guru manakah yang diikutinya. Saya tak percaya Tok Guru Nik Aziz akan bersetuju dengan amalan sedemikian.
Bertaubatlah Husam sebelum terlambat. Dan kepada perwakilan muktamar, sudah menjadi wajib kepada anda untuk menolak calon sebegini daripada memimpin sebuah Parti Islam.
2. Husam Amalkan Rasuah Dan Politik Wang
Baru-baru ini tersebar meluas satu sms yang menjemput pimpinan kawasan dan perwakilan untuk menghadiri majlis dialog dengan calon Timbalan Presiden, Husam Musa di Batu Gajah, Perak. Dan peserta yang menghadiri majlis dialog tersebut telah dijamu dengan makan malam. Budaya siapakah yang Husam nak bawa ini? Bukankah ini budaya UMNO? Bukankah berkempen dengan menjamu orang makan seperti itu adalah rasuah kerana mengharapkan undi mereka?
Saya juga mendengar Husam memperuntukkan sejumlah wang yang mencecah jutaan ringgit untuk menggerakkan jentera kempennya ke seluruh Malaysia termasuk membayar blogger-blogger upahan untuk berkempen untuknya dan memfitnah lawannya. Segala maklumat detail setiap perwakilan diperoleh dan culaan kepala dibuat ke atas setiap perwakilan. Perancangan dan penyusunan mereka ini seolah-olah mereka ingin berlawan dengan musuh seperti UMNO/BN dalam pilihan raya umum.
Begitu juga apabila akhbar Sinar Harian edisi KL menyiarkan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang kononnya kenyokong kumpulan Erdogan, Husam dan orang-orangnya telah membeli akhbar tersebut secara borong sebanyak 10,000 naskah dan diedarkan keseluruh Malaysia terutamanya kepada perwakilan muktamar.
3. Husam Pemecah belah Parti
Pertandingan merebut jawatan dalam PAS sepatutnya menjadi pertandingan antara adik beradik dan dibuat dalam suasana mahabbah dan ukhuwah. Itulah yang diajar sekian lama kepada ahli-ahli PAS.
Tetapi kali ini nampak ketara perbezaan suasana yang kita alami. Husam sedari awal pengumuman untuk bertanding telah membawa budaya asing ke dalam PAS. Tidak pernah berlaku dalam sejarah PAS pengumuman untuk bertanding dibuat di hadapan para wartawan melalui sidang akhbar. Itu budaya UMNO, itu budaya Shafie Afdal, itu budaya Zahid Hamidi dan sekarang telah menjadi budaya Husam dan Mahfuz.
Dan yang lebih menyedihkan dalam sidang akhbar tersebut beliau seolah-olah telah melancarkan serangan peribadi terhadap Ust Nasharudin. Beliau dengan selamba memfitnah yang Ust Nasa “to liberal” dengan UMNO dan “unacceptable”.
Dan yang paling menyedihkan lagi, saya mendengar bahawa dalam Mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan pada hari ini (02/06/09), Husam terang-terang menyebut sekiranya beliau terpilih menjadi Timbalan Presiden PAS nanti, beliau akan menganjurkan satu majlis untuk menolak kertas kerja yang dibentangkan oleh Ust Haron Din dalam Konvensyen Kepimpinan Ulama baru-baru ini. Husam juga menyebut akan mengambil tindakan termasuk memecat keahlian Ust haron Din dan Dato Mustafa Ali kerana kononnya mereka berdualah menjadi dalang UMNO di dalam PAS.
Jika beginilah sikap dan perangai calon Timbalan Presiden PAS, nescaya PAS akan berpecah belah dan Kepimpinan Ulama yang kita pertahankan selama ini akan berkubur sekiranya beliau menang. Maka akan bersuka rialah UMNO dan musuh-musuh Islam kelak.
4. Husam Menjadi Budak Suruhan Anwar
Kira-kira 2 minggu yang lepas, Husam bertemankan Saifudin Nasution pergi berMUQABALAH dengan Dato’ Sahlan, Setiausaha Politik Dato Najib, Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya. Untuk pengetahuan semua Sahlan bukan orang PAS, bukan orang PKR dan bukan DAP – dia ahli UMNO. Boleh pula pergi berunding dengan orang UMNO? Mandat mana pula yang dia dapat? Apakah tujuan rundingan tersebut?
Katanya Husam pergi bertemu dengan Sahlan dengan tujuan untuk berbincang tentang nasib yag bakal dihadapi oleh Anwar Ibrahim apabila kes liwatnya didengar dalam bulan Julai nanti. Husam dihantar oleh Anwar kununnya untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kes liwat tersebut diluar mahkamah.
Apa dah jadi ni? Begitu murahkah pimpinan PAS dipergunakan oleh Anwar Ibrahim. Sebab itu tidak hairanlah mengapa Husam merujuk kepada Anwar terlebih dahulu sebelum bersetuju bertanding menentang Usta Nasharudin. Dan tidak hairan juga kenapa Anwar begitu bersungguh-sungguh membantu Husam agar dapat memenangi pertandingan tersebut nanti.
Rasionalnya, kalau Husam menjadi Timbalan Presiden PAS, mudahlah untuk Anwar menggunakan PAS untuk berunding tentang nasib kes liwat beliau memandangkan hanya PAS yang mempunyai “bargaining power” dengan kerajaan UMNO/BN.
5. Husam Tidak Menjaga Adab Dan Akhlaq Islam
Sesiapa mengenali Husam secara dekat akan memahami bahawa Husam tidaklah begitu baik PR (public relation) nya. Beliau lebih suka menyendiri dan kurang beradab bila bermesyuarat. Biasanya kalau bermesyuarat, beliau akan datang lewat dan keluar awal. Dan dalam mesyuarat beliau jarang memberi perhatian, kadang-kadang membelek akhbar, kadang-kadang membelek Al-Quran tanpa memberi perhatian sewajarnya. Mungkin dia rasa mesyuarat tu membuang masanya kerana baginya yang hadir tu tak sama taraf dengan pemikirannya yang terlebih advance.
Husam bukanlah jenis yang mudah didekati. Sesiapa yang tidak mengenali beliau pasti akan kata dia sombong. Biasanya dia hanya melayan dengan baik orang-orang yang dia ada kepentingan sahaja.
Sewaktu kecoh isu Debat Husam & Zahid, maka terserlahlah perangai Husam yang sebenar kepada orang-orang yang belum mengenali beliau. Kebanyakan pekerja yang berada di studio TV3 pada hari berkenaan terkejut melihat perangai Husam yang pada mulanya mereka sanjung.
Apabila Husam datang ke studio tempo hari dengan Nazri Gerak beliau disuruh secara baik oleh Prof Agus untuk meneruskan debat dengan Ezam. Tetapi Husam dengan ego dan keras kepalanya memperlekehkan Ezam dan meminta Nazri Gerak menggantikan tempat beliau seolah-olah TV9 tu bapa dia yang punya.
Selepas Husam beredar, Prof Agus berpesan kepada Nazri Gerak supaya jangan mencontohi perangai Husam yang baginya sombong dan angkuh.
Ezam juga menunjukkan sms yang beliau terima daripada Husam pada awalnya yang memarahi beliau kerana menerima pelawaan untuk berdebat. Di antara kata-kata Husam dalam sms tersebut ialah “barua”.
6. Husam Gagal Di Kelantan
Seorang pemimpin yang berkesan, bukan hanya sekadar hebat beretorik ataupun berteori sahaja. Tetapi yang lebih penting dia mesti membuktikan dia mampu melaksanakan dan menjelmakan teorinya dalam bentuk kenyataan. Memberi idea tidak susah, berteori memang mudah, sesiapa sahaja boleh melakukannya. Tetapi melaksanakan idea tersebut hingga berjaya adalah satu perkara yang bukan mudah.
Pensyarah ekonomi boleh memberi 1001 teori ekonomi dan perniagaan, tetapi belum tentu dia akan berjaya kalau dia sendiri berniaga atau mengusahakannya.
Begitulah apa yang berlaku kepada Husam. Sebagai EXCO, beliau memang kelihatan terlalu banyak idea dan hebat berteori di Kelantan. Tetapi kebanyakan ideanya separuh masak atau sekerat jalan dan berakhir dengan kegagalan atau kerugian kepada kerajaan negeri.
Projek kambing jamnapari misalnya, memang idea Husam asalnya. Beliau begitu bersungguh-sungguh untuk menjayakannya sehingga mendahului Exco Pertanian. Pada awalnya, beliau menguruskannya bersendirian bersama rakan-rakanya tanpa pengetahuan Exco Pertanian. Tapi akhirnya bila projek tersebut gagal (disebabkan lebih banyak kambing yang mati daripada yang hidup), beliau cuba meletakkan kesalahan ke atas Exco pertanian.
Begitu juga dengan projek Skim Takaful Kifalah. Begitu hebat dicanangkan satu Malaysia tentang skim yang diasaskan oleh Husam itu. Hampir di setiap negeri dia menjual namanya dengan menjaja skim tersebut untuk menunjukkan kehebatan ideanya. Ramai yang kagum dengan peranan Husam dengan skim tersebut.
Tetapi akhirnya projek tersebut gagal dan mengalami kerugian hampir RM8 juta. Tok Guru Nik Aziz sendiri bersama-sama Exco yang lain tengah pening memikirkan bagaimana hendak mencari wang bagi menampung kerugian tersebut.
Dalam arena politik pun, Husam tidak kurang hebatnya berstrategi. Idea untuk membenarkan Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS adalah idea beliau. Tok Guru Nik Aziz bersetuju setelah Husam berjaya meyakinkan beliau dari segi strategi politik yang kononnya akan menguntungkan PAS. Akhirnya , apa dah jadi? Apa untung yang PAS dapat daripada Ibrahim Ali? Akhirnya Ibrahim Ali pun Husam dah tinggal bila si katak tu tak habis-habis mengkritik PAS dan PR.
Itulah dia Husam Musa yang begitu hebat dengan ideanya tapi selalu berakhir dengan kegagalan dan kerugian.
Saya tidak fikir kita memerlukan kepimpinan sebegini.
Dalam Perhubungan PAS Negeri pun Husam tidak kuat pengaruhnya. Biasanya beliau tidak banyak bercakap dalam Mesyuarat Perhubungan Negeri atau Dewan Harian kerana beliau tahu majoriti tidak suka kepadanya. Tokoh-tokoh besar PAS Kelantan seperti Dato Abdul Halim, Dato' Takiyudin,Ust Mat Iraq, Dato Nik Amar, Dato Ahmad Yaakob dll adalah di lihat tidak begitu menyukai Husam dan selalu tidak bersetuju dengan Husam dalam banyak hal.
Sebab itu tidak hairan mengapa Husam tidak mendapat pencalonan yang solid daripada negeri Kelantan sendiri untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.
Kalau di Kelantan pun Husam dah gagal, bagaimana kita dapat mengharap dia dapat memimpin dengan baik di pusat? Takutnya dia akan membawa "penyakit" negeri ke pusat.
7. Husam Tidak Mampu Memimpin Keluarga
Husam beruntung dikurniakan 7 orang anak. Dan lebih beruntung lagi kerana ketujuh-tujuhnya adalah anak lelaki. Tetapi tidak tahu di mana silapnya sehingga anaknya yang sulung pernah menjadi seorang penagih dadah. Dan katanya sehingga sekarang masih menerima rawatan di Indonesia.
Kalaulah keluarga sendiri, Husam gagal memimpin dan mendidik dengan baik, bagaimanakah nanti untuk memimpin dan mendidik jutaan ahli?
Saya tidak suka mendedahkan hal-hal peribadi sebegini di khalayak. Tetapi apabila anda menawarkan diri untuk memimpin sebuah gerakan Islam – anda sebenarnya membuka ruang untuk diri anda dikoreksi oleh ahli yang ingin anda pimpin. Supaya kelak, ahli tidak tersalah memilih pemimpin.
8. Husam Biasa Menipu
Mungkin Machievelli mendapat idea ini daripada pegangan “Takiyah” orang-orang Syiah? Yang ini mungkin Saudara Mohamad Sabu, Blogger Penarik Beca dan Blogger Faisal Tehrani ataupun mungkin Aris Awang boleh menjawab dengan detail.
Kalau menipu untuk maslahat umum tu saya tidak tahu hukumnya. Tapi kalau Presiden sendiri dia boleh tipu, ini adalah bertentangan dengan akhlak Islam dan berdosa besar.
Biarlah saya buat pengakuan disini : “Wallahi Wabillahi Watallahi, saya mendengar sendiri daripada mulut Tuan Guru Hj Hadi bahawa Husam penipu dan biasa berbohong padanya”
Mungkin pada waktu itu Presiden merujuk kepada perbincangan Husam dengan Tengku Razaleigh sewaktu Ku Li nak bertanding jawatan Presiden UMNO pada tahun lepas. Ya, Husam memang pergi berjumpa dengan Ku Li dan membuat beberapa tawaran kepada Ku Li termasuk nak angkat Ku Li sebagai Perdana Menteri pada waktu itu.
Begitu juga kisahnya apabila Tuan Guru Presiden bercakap tentang "Kerajaan Perpaduan" atau "Unity Government". Sebenarnya sebelum Tuan Guru Presiden melontarkan ideanya tentang Kerajaan Perpaduan, beliau terlebih dahulu menjelaskan dengan terperinci ideanya itu kepada Lujnah Politik dan AJK Pusat yang turut dihadiri oleh Husam. Tetapi apabila ada ahli kita bertanya Husam berkenaan idea tersebut, beliau dengan selamba menjawab dia tidak tahu menahu, Presiden hanya memandai sendiri. Tidakkah itu menipu namanya? Sepatutnya sebagai Naib Presiden beliau wajib membantu dan mendokong idea Presiden, bukan menempelak sedemikian rupa.
Begitulah Husam, menipu dan berbohong sudah menjadi amalan hidupnya .
9.. Husam Tidak Serasi Dengan Presiden
Husam sedang berusaha sedaya upaya untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa beliau amat serasi dengan Presiden. Tetapi benda yang tidak betul bukan senang untuk dibuat-buat. Kerana hakikatnya memang Husam tidak serasi dengan Presiden.
Tuan Guru Presiden bukannya pekak ataupun tuli sehingga tidak mendengar apa yang Husam "cakap-cakap" berkenaan dirinya. Sesiapa yang rapat dengan Husam akan selalu mendengar kritikan dan sindiran Husam terhadap Presiden yang baginya tidak mampu memimpin. Kalau Presiden sendiri diperlekehkan, bagaimana nak kata dia serasi dengan Presiden dan boleh membantu Presiden dengan berkesan?
Dalam STAR hari ini (01/06/09), Joceline Tan menulis lagi. Joceline Tan dikenali sebagai wartawan yang amat rapat dan begitu intim dengan Husam. Mungkin sampai peringkat Joceline Tan lebih mengetahui luar dan dalam Husam lebih daripada ahli PAS sendiri. Sebab itulah saya tidak hairan bagaimana Joceline Tan selalu mendapat maklumat terperinci berkenaan hal-hal dalaman parti. Kalau beliau membuat liputan berkenaan Mesyuarat Dewan Harian Pusat atau Mesyuarat AJK Pusat, beliau menulis seolah-olah beliau hadir di dalamnya dan mengetahui setiap inci isi mesyuarat.
Dalam nada terdesak kerana takut Husam kalah dalam pertandingan Timbalan Presiden (kerana mungkin baginya kalau Husam kalah, habislah sumber maklumat dalamannya), Joceline Tan menulis dan mengesahkan bahawa Tuan Guru Presiden lebih suka dan serasi dengan Ust Nasharudin seperti berikut :
"It is no secret, party President Datuk Seri Hadi Awang is also partial to Nasharudin although he has kept an "elegant silence", so to speak."
Jadi, kalau dah tahu bahawa Presiden tak suka dan tak serasi dengan beliau mengapa terhegeh-hegeh berkehendakkan jawatan Timbalan Presiden. Atau mungkinkah Husam mempunyai idea dan perancangan lain yang lebih besar untuk pemilihan 2 tahun yang akan datang?? Berhati-hatilah..
Berunding atau tidak, kerajaan perpaduan boleh ke tidak. Mana satu cakap nak dipegang. Cakap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah menang tanpa bertanding atau cakap Datuk Husam Musa yang ditonjolkan akan menang Tmbalan Presiden kerana mewakili kumpulan pro Anwar.
Persoalan ini memerlukan jawapan kerana jika Husam menang, idea Hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan mungkin akan mendapat tentangan daripada Timbalannya sendiri.
Kesimpulan ini amat mudah dibuat kerana Husam ketika ditemui wartawan selepas perasmian Muktamar Agung PAS Ke-55 jelas menolak sebarang usaha untuk berunding dengan UMNO.
Alasannya mudah sahaja, jika PAS bekerjasama dengan UMNO, PAS tidak akan menjadi parti dominan dan juga tidak mendapat kerusi yang lebih daripada UMNO.
Sedangkan Hadi pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dengan UMNO yang beliau cadangkan sebelum ini dapat dilaksanakan di masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.
Malah beliau berkata, idea tersebut bukan sahaja diterima baik oleh para pemimpin pembangkang tetapi juga di kalangan pemimpin UMNO sendiri.
Apatah lagi jelasnya, beliau telah memaklumkan kepada PKR dan DAP mengenai ideanya dan "mereka menerimanya dengan baik," kata Hadi.
Namun Husam pula di satu pihak begitu keras menolak idea menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO. Namun apa yang jelas, beliau menentang sebarang kerjasama dengan UMNO byukan kerana prinsip tetapi lebih kepada soal siapa lebih ‘besar”.
Abdul Hadi berkata, beliau yakin cadangan itu dapat mendekatkan rakyat yang berbeza fahaman politik dan mengeratkan hubungan parti politik demi kepentingan negara.
"Saya sayang PAS, kalau PAS menjadi tambahan kepada UMNO, PAS akan menjadi kuda tunggangan, PAS tidak akan mendapat lebih banyak kerusi, UMNO akan terus menjadi parti dominan... jadi habislah PAS.
"Jika UMNO dikalahkan kemudian dan mereka mahu bekerjasama dengan kita maka OK lah... kalau PAS di atas dan UMNO di bawah itu OK, jangan UMNO di atas kerana tidak akan ada perubahan... apa yang penting bagi kita adalah perubahan," katanya.
Seperkara lagi, Husam menolak sebarang bentuk penggabngan dengan UMNO kerana pemimpin PAS sudah tentu tidak akan menjadi Perdana Menteri.
Jika inilah hakikatnya, Hadi berhadapan dengan tugas berat sekiranya Husam menjadi Timbalan Presiden PAS.
Malah ia memerjelaskan lagi sikap Husam yang menolak UMNO bukan kerana prinsip perjuangan atau idealogi mahupun fahaman. Sebaliknya kuasa dan kedudukan serta pangkat yang diutamakan.
Berdasarkan keadaan itu, mudah difahami kenapa kumpulan pro Anwar dalam PAS atau lebih popular dengan gelaran ‘Erdogan” sanggup bekerjasama dengan DAP.
Matematiknya mudah sahaja mahu jadi ketua dan pegang kuasa. Buktinya lihat sahaja di Perak selepas pilihan raya umum 2008 walaupun DAP lebih kerusi daripada PAS dan PKR di Perak, tapi PAS boleh jadi Menteri Besar.
Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Husam.
Apa pun pendirian PAS bergantung kepada pasukan mana yang dipilih oleh perwakilan parti itu yang keputusannya akan diumum pagi Sabtu.
Yang pasti, Husam menang, Hadi akan berjuang keseorangan dalam membawa idea kerajaan perpaduan malah mungkin akan hadapi tekanan yang boleh menjejaskan keudukannya.
SHAH ALAM: Penubuhan kerajaan perpaduan yang disyorkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat reaksi berbeza pemimpin pari komponen Pakatan Rakyat - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, parti itu menolak syor pembentukan kerajaan perpaduan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
"Kami tolak cadangan pembentukan kerajaan perpaduan dengan Umno-BN (Barisan Nasional)," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Hadi bahawa konsep kerajaan perpaduan yang disyorkannya merupakan penyelesaian terbaik untuk pembangunan negara.
Malah Hadi memberitahu, gabungan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat telah menerima cadangan tersebut untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Bagaimanapun Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini menafikan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan dengan BN berjalan dengan baik.
"Pertamanya persoalan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan tidak pernah timbul atau dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat pemimpin Pakatan Rakyat.
"Keduanya soal cakap-cakap mengenai pembentukan kerajaan perpaduan antara Umno-PAS hanya dibaca melalui media, perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat," katanya.
SHAH ALAM: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, usul dewan tersebut yang mahukan tiga jawatan utama parti itu iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan satu kerusi Naib Presiden disandang oleh golongan ulama sepatutnya dibahaskan pada sesi perbahasan usul utama Ahad ini.
Beliau berkata, usul tersebut merupakan pandangan yang diluluskan oleh Dewan Ulama dan seharusnya dibahaskan bagi mendapatkan maklum balas daripada perwakilan.
"Ini pandangan ulama, maka perlu mendapat pandangan balas daripada dewan-dewan yang lain dan semua perwakilan.
"Kalau layak dibincang, bincang... kalau tak layak di mana tak layak, masing-masing ada hujah, mana yang kuat kita terima," katanya semasa ditemui di Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di sini hari ini.
Jawatankuasa usul yang bermesyuarat semalam memutuskan penolakan usul tersebut untuk dibincangkan pada muktamar kerana tidak memenuhi kriteria serta memerlukan pindaan perlembagaan parti.
Usul berkaitan peruntukan tiga jawatan berkenaan telah diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat semalam.
Bagaimanapun Harun berkata, alasan yang diberikan oleh jawatankuasa tersebut sebagai alasan yang tidak kemas.
"Tolak atau tidak itu bidang kuasa jawatankuasa usul, tapi alasan kerana melibatkan perlembagaan itu tidak kena.
"Bincang dulu, kalau setuju pinda, kalau tak setuju tak perlu pinda perlembagaan... tapi alasan itu tidak kemas," katanya.
Ditanya sama ada Dewan Ulama telah dimaklumkan secara rasmi mengenai penolakan tersebut, Harun berkata, hingga petang ini pihaknya masih belum menerima maklumat berkenaan.
"Belum lagi... belum secara rasmi, tengoklah mungkin malam ini saya cuba tanya dengan pihak jawatankuasa," katanya.
Usul kepimpinan ulama patut didebat - Dr Hassan Ali
Muda Mohd Noor | Jun 5, 09 7:48pm Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tidak tahu mengapa usul kepimpinan ulama ditolak tetapi berkata ia mungkin disebabkan oleh masalah teknikal.
"Lazimnya usul itu dibincangkan kerana ia bukan usul yang remeh. Ia patut didebatkan," katanya.
hasan ali hassan aliExco kerajaan negeri Selangor itu memberitahu demikian dalam sidang media di stadium Melawati Shah Alam hari ini, tempat berlangsungnya muktamar PAS.
Menurut Hasan, beliau menyertai PAS kerana kepimpinan ulama dalam parti Islam itu.
"Saya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor pendidikan moden, tidak cukup untuk membangunkan negeri ini tetapi saya perlukan panduan al-Quran," katanya.
Sementara itu, pengerusi jawatankuasa usul, Datuk Mahfuz Omar berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang setuju usul itu tidak dibahaskan dalam muktamar kali ini.
Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, jika usul ini dibahaskan kali ini ia tidak adil kepada jawatankuasa PAS pusat yang baru.
"Oleh kerana usul itu tidak memenuhi kriteria, kita serahkan kepada jawatankuasa yang baru untuk menentukannya," katanya ketika ditemui hari ini.
mahfuz omar 02Ketika ditanya mengenai status kelab penyokong PAS, Mahfuz berkata, pihaknya akan memutuskan secepat mungkin, selewat-lewatnya sebelum akhir tahun ini.
Katanya, pihaknya memerlukan masa kerana ia mungkin membabitkan pindaan perlembagaan parti.
Kami sedang mengumpul dana untuk server AIDC blog. Sesiapa yang berminat boleh salur sumbangan anda ke no akaun BANK ISLAM - 1303 5010 0580 99 (TETUAN AIDC MANAGEMENT).