HUSAM MUSA sedang bertungkus lumus untuk menang jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar yang bakal diadakan nanti. Husam yang selama ini begitu hebat mengkritik UMNO dan kepimpinan parti tertua dalam Negara ini akhirnya dilihat sebagai pemimpin munafik.
Baginya UMNO itu jijik, tidak layak bersekutu dengan PAS, DAP dan PKR lebih utama dalam memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, itu fikiran yang ada pada Husam tapi bila beliau terlibat dalam pertandingan, beliau menggunakan apa sahaja untuk menang baik memfitnah serta memburukkan calon lawannya.
Selama ini beliau menuduh dan mendakwa UMNO mengamalkan politik wang, perkauman serta berbagai-bagai lagi, akhirnya tuduhan tersebut terkena batang hidungnya sendiri apabila dipercayai bahawa dia turut menawarkan ganjaran kepada perwakilan supaya memilihnya untuk jawatan itu. Disamping fitnah dan hasutan kepada perwakilan menolak Timbalan Presiden yang sedia ada, Nasharudin Mat Isa.
Husam juga menyanggah Nasharuddin Mat Isa kononnya Nasharuddin menggerakkan usaha pencantuman PAS-UMNO demi kepentingan Melayu dan Islam, bagi Husam tindakan Nasharuddin itu tidak selaras dengan egos PAS tetapi Husam juga sama sifatnya apabila menggunakan Saifuddin Nasution untuk bertemu dengan Perdana Menteri Najib. Kalau Nasharudin dikatakan to liberal tetapi tidak pada dia.
Sejak berkawan rapat dengan Anwar Ibrahim akhirnya telah menjadikan Husam lupa pada teras perjuangan PAS, lupa pada prinsip perjuangan Negara Islamnya, lupa halal haram dan sejak menjadi sekutu kepada DAP, Husam dilihat sudah tidak tahu mebezakan yang mana makruf dan yang mana mungkar, yang mana Islam dan yang mana kafir.
Sikap yang beliau tunjukkan terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri dan perubahan konsep kepimpinan Husam hari ini banyak dipengaruhi oleh mentornya Anwar Ibrahim dan kita percaya sekiranya Husam menang Timbalan Presiden UMNO, Husam dan PAS akan lebih sekular daripada apa yang beliau katakan kepada UMNO selama ini. Rupanya Husam seperti musang berbulu ayam..Awas kita orang Islam dalam menilai pemimpin seperti ini. Kita bimbang hanya kerana mahu kuasa, mereka ini sanggup menggadaikan Islam dengan harga yang cukup murah.
10 DALIL HUSAM MUSA TAK LAYAK UNTUK TIMBALAN PRESIDEN PAS
1. Husam Percaya dan Beramal Dengan Amalan Khurafat
Diberitakan Husam begitu mempercayai dan beramal dengan amalan-amalan sedemikian. Beliau memang diketahui beramal dengan amalan tariqat (saya kurang pasti tariqat apa). Dan kebanyakan tariqat adalah sesat.
Yang paling mengejutkan saya ialah, saya mendapat tahu bahawa Husam pernah (bukan sekali) mandi bunga di kubur? Yang pastinya amalan tersebut adalah satu bentuk khurafat yang ditolak oleh Islam. Siapakah yang mengajarnya? Tok Guru manakah yang diikutinya. Saya tak percaya Tok Guru Nik Aziz akan bersetuju dengan amalan sedemikian.
Bertaubatlah Husam sebelum terlambat. Dan kepada perwakilan muktamar, sudah menjadi wajib kepada anda untuk menolak calon sebegini daripada memimpin sebuah Parti Islam.
2. Husam Amalkan Rasuah Dan Politik Wang
Baru-baru ini tersebar meluas satu sms yang menjemput pimpinan kawasan dan perwakilan untuk menghadiri majlis dialog dengan calon Timbalan Presiden, Husam Musa di Batu Gajah, Perak. Dan peserta yang menghadiri majlis dialog tersebut telah dijamu dengan makan malam. Budaya siapakah yang Husam nak bawa ini? Bukankah ini budaya UMNO? Bukankah berkempen dengan menjamu orang makan seperti itu adalah rasuah kerana mengharapkan undi mereka?
Saya juga mendengar Husam memperuntukkan sejumlah wang yang mencecah jutaan ringgit untuk menggerakkan jentera kempennya ke seluruh Malaysia termasuk membayar blogger-blogger upahan untuk berkempen untuknya dan memfitnah lawannya. Segala maklumat detail setiap perwakilan diperoleh dan culaan kepala dibuat ke atas setiap perwakilan. Perancangan dan penyusunan mereka ini seolah-olah mereka ingin berlawan dengan musuh seperti UMNO/BN dalam pilihan raya umum.
Begitu juga apabila akhbar Sinar Harian edisi KL menyiarkan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang kononnya kenyokong kumpulan Erdogan, Husam dan orang-orangnya telah membeli akhbar tersebut secara borong sebanyak 10,000 naskah dan diedarkan keseluruh Malaysia terutamanya kepada perwakilan muktamar.
3. Husam Pemecah belah Parti
Pertandingan merebut jawatan dalam PAS sepatutnya menjadi pertandingan antara adik beradik dan dibuat dalam suasana mahabbah dan ukhuwah. Itulah yang diajar sekian lama kepada ahli-ahli PAS.
Tetapi kali ini nampak ketara perbezaan suasana yang kita alami. Husam sedari awal pengumuman untuk bertanding telah membawa budaya asing ke dalam PAS. Tidak pernah berlaku dalam sejarah PAS pengumuman untuk bertanding dibuat di hadapan para wartawan melalui sidang akhbar. Itu budaya UMNO, itu budaya Shafie Afdal, itu budaya Zahid Hamidi dan sekarang telah menjadi budaya Husam dan Mahfuz.
Dan yang lebih menyedihkan dalam sidang akhbar tersebut beliau seolah-olah telah melancarkan serangan peribadi terhadap Ust Nasharudin. Beliau dengan selamba memfitnah yang Ust Nasa “to liberal” dengan UMNO dan “unacceptable”.
Dan yang paling menyedihkan lagi, saya mendengar bahawa dalam Mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan pada hari ini (02/06/09), Husam terang-terang menyebut sekiranya beliau terpilih menjadi Timbalan Presiden PAS nanti, beliau akan menganjurkan satu majlis untuk menolak kertas kerja yang dibentangkan oleh Ust Haron Din dalam Konvensyen Kepimpinan Ulama baru-baru ini. Husam juga menyebut akan mengambil tindakan termasuk memecat keahlian Ust haron Din dan Dato Mustafa Ali kerana kononnya mereka berdualah menjadi dalang UMNO di dalam PAS.
Jika beginilah sikap dan perangai calon Timbalan Presiden PAS, nescaya PAS akan berpecah belah dan Kepimpinan Ulama yang kita pertahankan selama ini akan berkubur sekiranya beliau menang. Maka akan bersuka rialah UMNO dan musuh-musuh Islam kelak.
4. Husam Menjadi Budak Suruhan Anwar
Kira-kira 2 minggu yang lepas, Husam bertemankan Saifudin Nasution pergi berMUQABALAH dengan Dato’ Sahlan, Setiausaha Politik Dato Najib, Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya. Untuk pengetahuan semua Sahlan bukan orang PAS, bukan orang PKR dan bukan DAP – dia ahli UMNO. Boleh pula pergi berunding dengan orang UMNO? Mandat mana pula yang dia dapat? Apakah tujuan rundingan tersebut?
Katanya Husam pergi bertemu dengan Sahlan dengan tujuan untuk berbincang tentang nasib yag bakal dihadapi oleh Anwar Ibrahim apabila kes liwatnya didengar dalam bulan Julai nanti. Husam dihantar oleh Anwar kununnya untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kes liwat tersebut diluar mahkamah.
Apa dah jadi ni? Begitu murahkah pimpinan PAS dipergunakan oleh Anwar Ibrahim. Sebab itu tidak hairanlah mengapa Husam merujuk kepada Anwar terlebih dahulu sebelum bersetuju bertanding menentang Usta Nasharudin. Dan tidak hairan juga kenapa Anwar begitu bersungguh-sungguh membantu Husam agar dapat memenangi pertandingan tersebut nanti.
Rasionalnya, kalau Husam menjadi Timbalan Presiden PAS, mudahlah untuk Anwar menggunakan PAS untuk berunding tentang nasib kes liwat beliau memandangkan hanya PAS yang mempunyai “bargaining power” dengan kerajaan UMNO/BN.
5. Husam Tidak Menjaga Adab Dan Akhlaq Islam
Sesiapa mengenali Husam secara dekat akan memahami bahawa Husam tidaklah begitu baik PR (public relation) nya. Beliau lebih suka menyendiri dan kurang beradab bila bermesyuarat. Biasanya kalau bermesyuarat, beliau akan datang lewat dan keluar awal. Dan dalam mesyuarat beliau jarang memberi perhatian, kadang-kadang membelek akhbar, kadang-kadang membelek Al-Quran tanpa memberi perhatian sewajarnya. Mungkin dia rasa mesyuarat tu membuang masanya kerana baginya yang hadir tu tak sama taraf dengan pemikirannya yang terlebih advance.
Husam bukanlah jenis yang mudah didekati. Sesiapa yang tidak mengenali beliau pasti akan kata dia sombong. Biasanya dia hanya melayan dengan baik orang-orang yang dia ada kepentingan sahaja.
Sewaktu kecoh isu Debat Husam & Zahid, maka terserlahlah perangai Husam yang sebenar kepada orang-orang yang belum mengenali beliau. Kebanyakan pekerja yang berada di studio TV3 pada hari berkenaan terkejut melihat perangai Husam yang pada mulanya mereka sanjung.
Apabila Husam datang ke studio tempo hari dengan Nazri Gerak beliau disuruh secara baik oleh Prof Agus untuk meneruskan debat dengan Ezam. Tetapi Husam dengan ego dan keras kepalanya memperlekehkan Ezam dan meminta Nazri Gerak menggantikan tempat beliau seolah-olah TV9 tu bapa dia yang punya.
Selepas Husam beredar, Prof Agus berpesan kepada Nazri Gerak supaya jangan mencontohi perangai Husam yang baginya sombong dan angkuh.
Ezam juga menunjukkan sms yang beliau terima daripada Husam pada awalnya yang memarahi beliau kerana menerima pelawaan untuk berdebat. Di antara kata-kata Husam dalam sms tersebut ialah “barua”.
6. Husam Gagal Di Kelantan
Seorang pemimpin yang berkesan, bukan hanya sekadar hebat beretorik ataupun berteori sahaja. Tetapi yang lebih penting dia mesti membuktikan dia mampu melaksanakan dan menjelmakan teorinya dalam bentuk kenyataan. Memberi idea tidak susah, berteori memang mudah, sesiapa sahaja boleh melakukannya. Tetapi melaksanakan idea tersebut hingga berjaya adalah satu perkara yang bukan mudah.
Pensyarah ekonomi boleh memberi 1001 teori ekonomi dan perniagaan, tetapi belum tentu dia akan berjaya kalau dia sendiri berniaga atau mengusahakannya.
Begitulah apa yang berlaku kepada Husam. Sebagai EXCO, beliau memang kelihatan terlalu banyak idea dan hebat berteori di Kelantan. Tetapi kebanyakan ideanya separuh masak atau sekerat jalan dan berakhir dengan kegagalan atau kerugian kepada kerajaan negeri.
Projek kambing jamnapari misalnya, memang idea Husam asalnya. Beliau begitu bersungguh-sungguh untuk menjayakannya sehingga mendahului Exco Pertanian. Pada awalnya, beliau menguruskannya bersendirian bersama rakan-rakanya tanpa pengetahuan Exco Pertanian. Tapi akhirnya bila projek tersebut gagal (disebabkan lebih banyak kambing yang mati daripada yang hidup), beliau cuba meletakkan kesalahan ke atas Exco pertanian.
Begitu juga dengan projek Skim Takaful Kifalah. Begitu hebat dicanangkan satu Malaysia tentang skim yang diasaskan oleh Husam itu. Hampir di setiap negeri dia menjual namanya dengan menjaja skim tersebut untuk menunjukkan kehebatan ideanya. Ramai yang kagum dengan peranan Husam dengan skim tersebut.
Tetapi akhirnya projek tersebut gagal dan mengalami kerugian hampir RM8 juta. Tok Guru Nik Aziz sendiri bersama-sama Exco yang lain tengah pening memikirkan bagaimana hendak mencari wang bagi menampung kerugian tersebut.
Dalam arena politik pun, Husam tidak kurang hebatnya berstrategi. Idea untuk membenarkan Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS adalah idea beliau. Tok Guru Nik Aziz bersetuju setelah Husam berjaya meyakinkan beliau dari segi strategi politik yang kononnya akan menguntungkan PAS. Akhirnya , apa dah jadi? Apa untung yang PAS dapat daripada Ibrahim Ali? Akhirnya Ibrahim Ali pun Husam dah tinggal bila si katak tu tak habis-habis mengkritik PAS dan PR.
Itulah dia Husam Musa yang begitu hebat dengan ideanya tapi selalu berakhir dengan kegagalan dan kerugian.
Saya tidak fikir kita memerlukan kepimpinan sebegini.
Dalam Perhubungan PAS Negeri pun Husam tidak kuat pengaruhnya. Biasanya beliau tidak banyak bercakap dalam Mesyuarat Perhubungan Negeri atau Dewan Harian kerana beliau tahu majoriti tidak suka kepadanya. Tokoh-tokoh besar PAS Kelantan seperti Dato Abdul Halim, Dato' Takiyudin,Ust Mat Iraq, Dato Nik Amar, Dato Ahmad Yaakob dll adalah di lihat tidak begitu menyukai Husam dan selalu tidak bersetuju dengan Husam dalam banyak hal.
Sebab itu tidak hairan mengapa Husam tidak mendapat pencalonan yang solid daripada negeri Kelantan sendiri untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.
Kalau di Kelantan pun Husam dah gagal, bagaimana kita dapat mengharap dia dapat memimpin dengan baik di pusat? Takutnya dia akan membawa "penyakit" negeri ke pusat.
7. Husam Tidak Mampu Memimpin Keluarga
Husam beruntung dikurniakan 7 orang anak. Dan lebih beruntung lagi kerana ketujuh-tujuhnya adalah anak lelaki. Tetapi tidak tahu di mana silapnya sehingga anaknya yang sulung pernah menjadi seorang penagih dadah. Dan katanya sehingga sekarang masih menerima rawatan di Indonesia.
Kalaulah keluarga sendiri, Husam gagal memimpin dan mendidik dengan baik, bagaimanakah nanti untuk memimpin dan mendidik jutaan ahli?
Saya tidak suka mendedahkan hal-hal peribadi sebegini di khalayak. Tetapi apabila anda menawarkan diri untuk memimpin sebuah gerakan Islam – anda sebenarnya membuka ruang untuk diri anda dikoreksi oleh ahli yang ingin anda pimpin. Supaya kelak, ahli tidak tersalah memilih pemimpin.
8. Husam Biasa Menipu
Mungkin Machievelli mendapat idea ini daripada pegangan “Takiyah” orang-orang Syiah? Yang ini mungkin Saudara Mohamad Sabu, Blogger Penarik Beca dan Blogger Faisal Tehrani ataupun mungkin Aris Awang boleh menjawab dengan detail.
Kalau menipu untuk maslahat umum tu saya tidak tahu hukumnya. Tapi kalau Presiden sendiri dia boleh tipu, ini adalah bertentangan dengan akhlak Islam dan berdosa besar.
Biarlah saya buat pengakuan disini : “Wallahi Wabillahi Watallahi, saya mendengar sendiri daripada mulut Tuan Guru Hj Hadi bahawa Husam penipu dan biasa berbohong padanya”
Mungkin pada waktu itu Presiden merujuk kepada perbincangan Husam dengan Tengku Razaleigh sewaktu Ku Li nak bertanding jawatan Presiden UMNO pada tahun lepas. Ya, Husam memang pergi berjumpa dengan Ku Li dan membuat beberapa tawaran kepada Ku Li termasuk nak angkat Ku Li sebagai Perdana Menteri pada waktu itu.
Begitu juga kisahnya apabila Tuan Guru Presiden bercakap tentang "Kerajaan Perpaduan" atau "Unity Government". Sebenarnya sebelum Tuan Guru Presiden melontarkan ideanya tentang Kerajaan Perpaduan, beliau terlebih dahulu menjelaskan dengan terperinci ideanya itu kepada Lujnah Politik dan AJK Pusat yang turut dihadiri oleh Husam. Tetapi apabila ada ahli kita bertanya Husam berkenaan idea tersebut, beliau dengan selamba menjawab dia tidak tahu menahu, Presiden hanya memandai sendiri. Tidakkah itu menipu namanya? Sepatutnya sebagai Naib Presiden beliau wajib membantu dan mendokong idea Presiden, bukan menempelak sedemikian rupa.
Begitulah Husam, menipu dan berbohong sudah menjadi amalan hidupnya .
9.. Husam Tidak Serasi Dengan Presiden
Husam sedang berusaha sedaya upaya untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa beliau amat serasi dengan Presiden. Tetapi benda yang tidak betul bukan senang untuk dibuat-buat. Kerana hakikatnya memang Husam tidak serasi dengan Presiden.
Tuan Guru Presiden bukannya pekak ataupun tuli sehingga tidak mendengar apa yang Husam "cakap-cakap" berkenaan dirinya. Sesiapa yang rapat dengan Husam akan selalu mendengar kritikan dan sindiran Husam terhadap Presiden yang baginya tidak mampu memimpin. Kalau Presiden sendiri diperlekehkan, bagaimana nak kata dia serasi dengan Presiden dan boleh membantu Presiden dengan berkesan?
Dalam STAR hari ini (01/06/09), Joceline Tan menulis lagi. Joceline Tan dikenali sebagai wartawan yang amat rapat dan begitu intim dengan Husam. Mungkin sampai peringkat Joceline Tan lebih mengetahui luar dan dalam Husam lebih daripada ahli PAS sendiri. Sebab itulah saya tidak hairan bagaimana Joceline Tan selalu mendapat maklumat terperinci berkenaan hal-hal dalaman parti. Kalau beliau membuat liputan berkenaan Mesyuarat Dewan Harian Pusat atau Mesyuarat AJK Pusat, beliau menulis seolah-olah beliau hadir di dalamnya dan mengetahui setiap inci isi mesyuarat.
Dalam nada terdesak kerana takut Husam kalah dalam pertandingan Timbalan Presiden (kerana mungkin baginya kalau Husam kalah, habislah sumber maklumat dalamannya), Joceline Tan menulis dan mengesahkan bahawa Tuan Guru Presiden lebih suka dan serasi dengan Ust Nasharudin seperti berikut :
"It is no secret, party President Datuk Seri Hadi Awang is also partial to Nasharudin although he has kept an "elegant silence", so to speak."
Jadi, kalau dah tahu bahawa Presiden tak suka dan tak serasi dengan beliau mengapa terhegeh-hegeh berkehendakkan jawatan Timbalan Presiden. Atau mungkinkah Husam mempunyai idea dan perancangan lain yang lebih besar untuk pemilihan 2 tahun yang akan datang?? Berhati-hatilah..
( Rujukan : muktamarpas.blogspot.com)
sumber - malaysia hari-ini
2 ulasan:
Salam,
Anda dipelawa untuk buat komen.Walaupun berbeza tidak mengapa.Mungkin komen anda memberi mafaat kepada pembaca semua.
http://penpusaka.blogspot.com/
karut
Catat Ulasan