MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Jun 2009

Kemenangan pro- kerajaan perpaduan petanda baik - Dr Asri

PETALING JAYA: Kemenangan pro-kerajaan perpaduan dalam pemilihan PAS semalam menjadi petanda ramai perwakilan parti itu memikirkan kepentingan umat Islam dalam kerangka yang lebih luas.

“Dalam ertikata lain banyak pihak yang memikirkan Islam sebagai panduan politik, bukan mempolitikkan Islam,” kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui khidmat pesanan ringkas kepada mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kemenangan Nasharudin Mat Isa mempertahankan kerusi Timbalan Presiden yang disandangnya selama tiga penggal berturut-turut.

Nasharudin dilihat sebagai kumpulan yang mendokong kepimpinan pro-muzakarah dengan Umno menang dengan majoriti 199 undi menewaskan dua calon, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu yang dikaitkan dengan kumpulan ‘Erdogan’ dalam PAS.

Keputusan pemilihan itu PAS juga menggambarkan trend kepimpinan golongan ulama dalam PAS menguasai jawatan-jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan berterusan selaras dengan gagasan kepimpinan ulama yang dibentuk lebih dua dekad lalu.

Malah ia juga mencerminkan usul Dewan Ulama PAS Khamis lalu yang mahukan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan salah satu kerusi Naib Presiden diperuntukkan kepada golongan ulama.

Salah seorang Naib Presiden PAS yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh undi terbanyak bagi kerusi tersebut meramalkan persekitaran perwakilan memberi mandat kepada golongan ulama akan berterusan.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Dr Asri berkata PAS perlu mempunyai identiti tersendiri dan bukannya dipandu oleh kepentingan pihak lain.

“Saya mengharapkan kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan,” katanya.

sumber - mstar


Tiada ulasan: