MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Jun 2009

Saya bukan 'office boy' Anwar, kata Husam



Datuk Husam Musa menolak andaian beliau rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim antara punca beliau tewas pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS.

Katanya, ramai lagi pemimpin PAS rapat dengan Anwar termasuk Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Ada masanya saya jadi perunding (dengan pakatan pembangkang)parti, maka nampak macam itu. Tetapi sesetengah pihak cuba beri gambaran dan perangkap porak peranda,” katanya pada sidang media di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu.


Husam yang dikaitkan dengan Kumpulan Erdogan yang pro- Anwar, tewas kepada penyandang jawatan itu, Nasharuddin Mat Isa yang memperolehi 480 undi dalam pemilihan parti itu di Muktamar Tahunan PAS ke 55 di stadium berkenaan.

Exco Kerajaan Kelantan itu yang sebelum ini adalah Naib Presiden PAS mendapat 281 undi manakala seorang lagi calon Mohamad Sabu memperolehi 261 undi.

Menurut Husam, beliau bukan budak pejabat yang boleh terperangkap dengan perkara seumpama itu.

“Saya bukan office boy, kalau office boy saya tak tanding timbalan presiden. Saya ada prinsip dan tahu apa saya buat,” ujarnya.

Beliau juga percaya kekalahannya tidak akan menjejaskan hubungan PAS dengan PKR dan DAP.

Husam menjelaskan, beliau membangkitkan isu menolak gagasan kerajaan perpaduan bukan untuk menang pemilihan parti tetapi tidak mahu PAS mengadakan rundingan dengan UMNO.

Beliau yakin walaupun tewas, pandangan politiknya yang menolak idea kerajaan perpaduan itu akan diteruskan oleh barisan jawatan kuasa PAS Pusat serta Naib Presiden yang baru dipilih.

Husam mendakwa majoriti ahli jawatankuasa yang baru dan naib presiden dapat laksanakan pandangan politiknya kerana mereka konsisten dengan ketetapan yang diambil PAS berhubung isu itu sebelum ini.

“Pandangan saya, PAS mesti menggantikan UMNO untuk Islam dan kebaikan negara. Tiada jalan pintas kerjasama dgn UMNO melalui apapun cara. Sebab itu saya bertanding,” jelasnya.

Ditanya punca lain beliau tewas, Husam menyalahkan media serta faktor luaran dan dalaman parti.

“Walaupun kalah, saya tak suka salah orang lain. Tetapi faktor dalaman dan luaran menentang saya termasuk dalam blog Anti Husam yang timbul macam-macam cerita dan jadikan saya kambing hitam. Saya berjuang bukan untuk tempat tapi prinsip,” tegasnya.

Katanya, beliau juga tidak berkempen secara agresif selain banyak eleman tidak menyebelahinya termasuk program parti yang sedikit sebanyak berat sebelah.

“Saya tahu cabaran berat depan saya terutama tak boleh mengkritik secara terbuka sedangkan maklumat sebelah pihak disebarkan melalui pelbagai cara dan kerana itu tentulah kalah lebih mudah daripada menang,”.

sumber - agendadaily

Tiada ulasan: