MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Jun 2009

Husam tewas sebab rakus kuasa ?



Oleh Hambali Abd. Latiff

Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Muktamar PAS ke-55, Dato' Mustafa Ali mengumumkan, Ustaz Nasharudin Mat Isa menang jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Sementara, bagi jawatan Naib Presiden, Salahudin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar menewaskan dua lagi pencabar, Mujahid Yusof Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.

Kini sah sudah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat gandingan baik dan masa depan politik Husam dalam PAS menjadi tanda tanya.

Bagaimana dengan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri dalam tempoh yang singkat? Apakah tindakan beliau seterusnya?

Apa keadaan pun, Husam tetap tegas bahawa PAS tidak boleh menjalin kerjasama dengan Umno.

Jika dilihat betapa kerasnya Husam dalam isu ini, sedangkan Presiden PAS nampaknya lebih berlembut – bayangkan, jika Husam menang, PAS akan menghadapi masalah.

Presidennya kata A tetapi Husam kata B. Yang pasti, sekiranya Husam menjadi Timbalan Presiden, Abdul Hadi akan berdepan dengan Timbalannya yang akan membantah untuk membentuk kerajaan perpaduan yang memungkinkan kepada kerjasama PAS dan UMNO.

Husam yang kalah jawatan Timbalan Presiden PAS dengan tegas mengatakan: ''Kita mahu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi (sama taraf dengan UMNO)."

Sebaliknya, beliau lebih sedia untuk mengadakan kerjasama dengan parti di bawah pakatan pembangkang kerana ia dilihat taraf semua parti adalah sama.

Dalam pada itu, Husam menjelaskan sekiranya perbincangan untuk mengadakan kerajaan perpaduan itu mahu dilaksanakan juga, adalah lebih baik ia dilakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ini kerana beliau mahu memastikan kerusi PAS benar-benar cukup kuat untuk mengukuhkan kedudukan parti itu dalam kerajaan.

Husam yang bertanding Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini, menolak sebarang idea penggabungan dengan Umno kerana banyak sebab. Menurutnya melalui kerjasama itu, pemimpin PAS sudah tentu tidak akan menjadi perdana menteri.

No 1: Menjadi Perdana Menteri.
(Hasrat PAS ialah menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang untuk membolehkan Presidennya menjadi Perdana Menteri. Persoalannya bila? Di mana mahu diletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim?)

Kata Husam: "Jika Umno dikalahkan kemudian dan mereka mahu bekerjasama dengan kita maka OK lah... kalau PAS di atas dan Umno di bawah itu OK, jangan Umno di atas kerana tidak akan ada perubahan... apa yang penting bagi kita adalah perubahan.”

No2: PAS di atas, UMNO di bawah baru OK.
(PAS begitu yakin dapat mengganti UMNO di peringkat pusat dan akan hanya bekerjasama apabila UMNO sudah tidak dominan lagi – tiada lagi Barisan Nasional. Selagi ada BN, UMNO sukar ditumbangkan.)

Bagi Husam, kerjasama yang dipraktikkan oleh PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP melalui pakatan pembangkang tidak akan berlaku dengan UMNO.

Katanya: "Saya sayang PAS, kalau PAS menjadi tambahan kepada Umno, PAS akan menjadi kuda tunggangan, PAS tidak akan mendapat lebih banyak kerusi, Umno akan terus menjadi parti dominan... jadi habislah PAS."

No3: PAS akan jadi kuda tunggangan
(Pemimpin pemuda PAS mengatakan parti itu kini menjadi kuda tunggangan pakatan pembangkang. Siapa yang menunggang siapa? Bukankah kini adanya PAS dalam pakatan menunjukkan bukan Islam menunggang orang Islam?)

Bagi Husam, melalui kerjasama dengan UMNO, PAS tidak akan menjadi parti yang dominan dalam pakatan itu, malah ia juga tidak akan mendapat kerusi lebih daripada Umno.

No4: Mendapat kerusi lebih daripada UMNO
(Mendapatkan kerusi dalam pilihan raya bukan kerana yakin akan menang sesebuah kerusi dipertandingkan tetapi juga melalui tolak ansur dan persefahaman antara parti seperti diamalkan dalam BN. Jelas pemimpin PAS tamak dalam menentukan kerusi yang mahu dipertandingkan.)

Semua yang disebutkan di atas adalam kenyataan Husam seperti dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama, ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Muktamar Pas ke-55 di sini, hari ini.

Sebaliknya, Presiden PAS beliau yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara Pas dengan Umno yang beliau cadangkan sebelum ini dapat dilaksanakan di masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.

Katanya, hasrat itu digagaskan selepas pilihan raya umum Mac lalu dengan tujuan mencari jalan kompromi dalam pembentukan kerajaan pada ketika itu dan ia diterima secara positif bukan saja dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang malah pemimpin UMNO sendiri.

Bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Pas ke-55 di Stadium Malawati di Shah Akam semalam, Abdul Hadi menjelaskan bahawa hasrat Pas untuk mewujudkan kerajaan perpaduan itu telah dimaklumkan kepada rakan-rakan Pas dalam pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Mereka menerimanya dengan baik," katanya.

Abdul Hadi berkata beliau yakin cadangan itu dapat mendekatkan rakyat yang berbeza fahaman politik dan mempereratkan hubungan parti-parti politik demi kepentingan negara.

Kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja diherdik oleh Husam tetapi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang berkata cadangan pembentukan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat pemimpin Pakatan Rakyat dan beliau hanya mengetahuinya menerusi laporan media.

"Saya tidak tahu apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Abdul Hadi mengenai kerajaan perpaduan, tetapi terpaksa membuat komen demi kepentingan penyokong Pakatan Rakyat," katanya dalam laman blognya.

Lim mahu mendapatkan komen berhubung kenyataan Abdul Hadi mempertahankan cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan.

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar, berkata idea kerajaan perpaduan bersama BN adalah idea politik yang terkebelakang dan tidak progresif.

"Pengalaman politik kompromi seumpamanya pernah berlaku pada 1978 antara Pas dan BN yang akhirnya tidak memperlihatkan sebarang manfaat. Justeru, idea ini sudah ditolak oleh pemimpin PKR. Cadangan bekerjasama oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kerajaan BN pula khusus untuk perkara untuk kepentingan rakyat, seperti masalah ekonomi negara dan tidak mengaitkan kerajaan perpaduan," katanya.

Bagi Abdul Hadi, beliau yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara Pas dengan Umno yang beliau cadangkan sebelum ini dapat dilaksanakan di masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.

Abdul Hadi berkata beliau yakin cadangan itu dapat mendekatkan rakyat yang berbeza fahaman politik dan mempereratkan hubungan parti-parti politik demi kepentingan negara.

Yang pasti, ketika Abdul Hadi benar-benar yakin kerajaan perpaduan akan mendatangkan banyak keuntungan, khususnya unttuk orang Islam di negara ini, Husam berpendirian cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan parti itu.

Jelas bagi Husam bukan soal kepentingan perpaduan seluruh rakyat diutamakan tetapi di mana kedudukan beliau sendiri (bercita-cita menjadi Perdana Menteri) dan PAS terus kuat untuknya mendapatkan kuasa.

Dengan kembalinya Nasharudin, Abdul Hadi akan dapat menarik nafas lega dan usaha serta apa yang diperkatakannya di muktamar ini lebih mudah untuk dilaksanakan.
Persoalannya, biarpun kalah - Husam dan penyokongnya tidak akan berdiam diri.

Bukan Abdul Hadi sahaja yang akan kena tempias tetapi Nasarudin akan berdepan dengan tugas tinggi menggunung – menjamin pengaruh Husam tidak melonjak dan membantu Presiden melaksanakan kerajaan perpaduan yang mendapat tentangan Husam dan DAP.

sumber - hambali1


1 ulasan:

Unknown berkata...

Dulupun Pas kata pada DAP: Langkah mayatnya dulu kalau nak bergabung.

Nah, sekarang, bukankah mereka sudah bergabung. Jadi,DAP telah melangkah mayat siapa?

Kerajaan Perpaduan ini pun lambat laun akan terjadi juga. Kata2 orang Pas bukannya boleh dipegang. Hari ini kata ya, esok belum tentu lagi sama. Jadi,siapa yang munafik sebenarnya???