MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Jun 2009

Kenapa semua Grand Design Anwar GAGAL?.



Oleh Emang Pyschotic Killer, AIDCclub

Sudah ketentuan Ilahi!!!

Penulis baru sahaja menerima berita gembira dengan kekalahan Team Erdogan dalam PAS. Kekalahan ini menandakan bahawa segala percaturan yang dibuat oleh Anwar kesemuanya mengalami kegagalan.

Kekalahan Husam Musa menunjukkan ada sinar emas di antara PAS dan UMNO untuk membentuk semacam pakatan strategik untuk membangunkan Ummah Islam Di Malaysia. Semoga ianya menjadi realiti dalam perpaduan Umat Melayu-Islam!


Bukan sekali Anwar mengalami kegagalan. Malah, Sejak dari dahulu lagi apa yang dirancangkan oleh Anwar semuanya tidak menjadi. Kenapa ini selalu berlaku? mungkin ada hikmah yang harus ditelusuri dan difikirkan dalam fenomena ini. Inilah jikalau seseorang itu terlalu bersifat ideal-teorikal dalam pemikirannya sehingga nilai praktikal tidak pernah dilakukan.

Kesemua grand design Anwar gagal. Sejak menjadi mantan Timbalan Perdana Menteri, hanya selangkah sja lagi impian beliau menjadi perdana menteri Malaysia juga akhirnya menemui kegagalan. Anwar dilihat gagal memimpin diri sendiri dengan menyalahi aturan tabii manusia. Bukan setakat gagal mengawal emosi diri, malah juga gagal dalam pentadbiran ekonomi semasa beliau memegang jawatan Menteri kewangan dahulu.

Bukan setakat itu, malah Anwar juga gagal dalam gagasan membentuk kerajaan pada 16 september yang lalu. Kegagalan memancing ahli parlimen untuk melompat parti malah menjadi bahan jenaka oleh semua lapisan masyarakat. Malah gagasan 16 september itulah yang menjadi punca krisis kemelut di Perak sebagai merujuk kata-kata karpal Singh yang mendesak supaya Anwar Ibrahim bertaubat. Namun dengan selambanya beliau seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan. Sifat Anwar yang suka membaling batu kemudian sembunyikan tangan. melihatkan sifat kebaculannya. Sifat orang bacul dan pondan yang memang tidak layak memimpin Malaysia.

Kini, situasi juga serupa. Dengan melihat kekalahan Husam Musa dalam merebut jawatan Timbalan Presiden mengesahkan grand design Anwar ternyata gagal dalam menguasai parti Islam di Malaysia. Husam Musa dilihat salah satu partikel Anwar Ibrahim dalam PAS untuk menghancurkan nilai-nilai asas perjuangan PAS.

Sudahlah Anwar gagal menguasai parti Melayu-Islam dalam UMNO pada zaman dulu, kini juga beliau gagal membina jaringan proksinya untuk menguasai PAS dalam peringkat atasan kepimpinan Ulama.

Dalam kes liwat pula, Anwar dilihat awal-awal lagi kalah apabila beliau enggan bersumpah dengan nama Allah dalam membersihkan namanya. Jikalau beliau benar, bersumpah sajalah. Sumpah adalah salah satu jalan yang tidak memerlukan duit, tenaga dan masa panjangpun untuk membuktikan diri dalam keadaan benar. Namun, beliau enggan berbuat demikian. Sekali lagi Anwar gagal dalam pembelaan dirinya dalam konteks holistik-simplistik.

Anwar juga akan gagal dalam percaturan mahkamah nanti kerana ada desas desus mengatakan bahawa banyak bukti telah dikumpulkan untuk membuktikan yang Anwar sememangnya seorang peliwat. Kegagalan Anwar dalam pembelaan dirinya menampakkan bahawa Kebenaran itu ada di mana-mana dan ia datang tanpa dipaksa. Tunggu dan sabarlah menanti keputusannya di bulan Julai nanti.

Semacam ada satu ketentuan Ilahi apabila satu persatu tindakan dan taktiknya gagal dalam menguasai Malaysia. Seakan Allah ingin menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman seorang pemimpin Liberal-moderat ini.

Malaysia telah diramal oleh Dr. Yusuf al-Qardawi seorang pemikir Mesir akan menjadi seperti Andalusia. Andalusia merupakan sebuah negara idealis dengan gagasan Islam-Sains centrikal yang melahirkan banyak tokoh ilmuwan dan sarjana Islam pada masa lampau.

Jikalau Anwar berjaya dibuktikan meliwat dalam tempoh yang perbicaraan nanti, maka negara akan kembali aman. Negara akan laju melangkah ke alam cyber-Islam. Salah satu bentuk keberjayaan Islam di bumi tercinta ini sedangditransformasikan. Semoga Malaysia selamat daripada tokoh Liberal-Moderat yang bertunjangkan fahaman Humanisme yang mematikan Teologi sebenar di bumi Malaysia.

Apa yang ada pada Anwar? Apa yang beliau ada hanyalah air liur basi yang terlalu teorikal yang tidak praktikal dan langsung tidak berguna digunakan di alam sebenar.

Anwar, terimalah takdir sebagai iktibar yang berharga. Apakah engkau tidak melihat dan mempercayai Qada' dan Qadar Allah yang menguasai setiap kejadian di setiap penjuru bumi??? Bukalah mata dan minda untuk merenungi di setiap kejadian yang berlaku di dada masa agar ia mematangkan pemikiran kita untuk terus tunduk kepada Sang Pencipta dengan mengikuti segala lunas-lunas kemanusian yang sebenar .

Wassalam....


Islamic Fundamentalist.
Cairo

sumber - emang-psychotic killer


2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Emang,

Yezzzaa...Cheq setuju dengan pandangan saudara. Jika sebelum ini, Anwar sangat seronok & ghairah kerana setiap kali Pilihanraya Kecil berlangsung, kemenangan berpihak kepadanya. Tapi, bagi proksinya ini,dia harus menerima hakikat bahawa di dalam PAS, orang tidak menyukainya / menolaknya.

Hanya Tuan Guru Nik Ajis sahaja yang pandai bermuka-muka dengan Anwar kerana mahu menjaga survival politik.

Terimalah hakikat Anwar...kamu sememangnya dinyah dari Pas. Sedarlah dari mimpi2 indah. Inilah akibatnya orang yang suka bercakap besar & nawaitu tidak betul. Jangan kamu ingat, kemenangan akan sentiasa berpihak kepada kamu.

Tanpa Nama berkata...

aku pon x phm ngan anwar nih. die slalu je ckp liwat 2 sumer fitnah kt die. tp biler saiful sumpah, x nk plak die sumpah. bukan ape. nih sumpah nk elak fitnah. kalo btol die x liwat, sumpah je la. pape pon. allah jugak yg tahu. aku x brani nk buat andaian pape. cume nk ckp. kepercayaan aku kt anwar dh lame ilang.