MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Jun 2009

Anwar pernah dipenjara meliwat Azizan



Oleh Kumbang, AIDCclub


1) PENGAKUAN BERSUMPAH AZIZAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, saya AZIZAN BIN ABU BAKAR, I/C 5980324 dengan ini membuat pengakuan bersumpah bahawa saya telah menjadi mangsa hubungan sejenis yakni homoseksual dengan Anwar Bin Ibrahim yang kini memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Perbuatan terkutuk ini telah dilakukan untuk beberapa kali sekitar tahun 1992 tanpa kerelaan saya. Ianya kerap berlaku di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa tanpa pengetahuan umum dan isterinya.

Buat makluman, saya merupakan bekas pemandu peribadi kepada isterinya iaitu Datin Seri Wan Azizah.

Sepanjang bekerja di bawah naungan beliau, Anwar, saya sering dipanggil untuk melakukan perkara terkutuk itu walaupun untuk beberapa kali saya cuba menolaknya. Sifat rakusnya membayangkan beliau seorang yang boleh dikategorikan sebagai 'kronik' sehingga membuatkan jiwa dan mental saya begitu tertekan.

Perasaan bersalah akhirnya menguasai diri saya apabila setiap kali terpandang wajah Datin Seri Wan Azizah yang begitu tinggi akhlaknya.

Akhirnya saya telah membuat keputusan untuk berhenti dari terus menjadi hamba homoseksual Anwar Bin Ibrahim.

Sekali lagi dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya, saya bersumpah membuat pengakuan ini tanpa mempunyai niat atau motif tertentu samada secara peribadi atau politik untuk menjatuhkannya.

Pengakuan ini dibuat berdasarkan kesedaran dan keinginan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan insan-insan yang teraniaya seperti saya.

Saya tidak keberatan untuk dipanggil bagi menjelaskan kedudukan dengan lebih terperinci.

Akhir sekali saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil kira pandangan ini secara serius supaya supaya pemimpin ini diberikan hukuman yang setimpal demi kebaikan dan pengajaran kepada pemimpin lain.

Dengan Nama Allah sekali lagi saya AZIZAN BIN ABU BAKAR bersumpah bahawa segala laporan di atas dibuat dengan kerelaan hati saya tanpa desakan, tuntutan dan tekanan dari pihak-pihak tertentu.

Segala-galanya adalah benar demi menyelamatkan bangsa dan negara.

AMIN.

Pengakuan bersumpah

t.t

(all info below are hand written)
5980324 54

Jln Bersatu 1
Taman Bersatu
48000 Rawang
5hb. Aug, 1997




2) Anwar arah cungkil rahsia Ummi, Azizan

KUALA LUMPUR, Selasa - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Cawangan Khas (SB) untuk mengesan serta mencungkil maklumat daripada Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar kerana menulis surat mengandungi dakwaan salah laku seksualnya, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Datuk Amir Junus berkata, arahan itu dikeluarkan pada pertemuan pertama dengan Anwar pada jam 10 malam 12 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri.

Ketika itu, katanya, beliau bersama bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd Said Awang menemui Anwar di rumahnya selepas menerima panggilan telefon daripada pegawai pengiring Timbalan Perdana Menteri, Asisten Superintendan Zull Aznam Haron.

Amir, saksi ke-11 pendakwa, ketika ditanya oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail mengenai apa yang berlaku dalam pertemuan dengan Anwar malam itu, berkata:

"Semasa dalam bilik bacaan rumah Anwar, tertuduh telah pun memaklumkan kepada kami mengenai ID14 (surat Ummi Hafilda dan pengakuan Azizan). Anwar juga bertanya kepada kami adakah kami juga mendapat ID14 ini. Selain itu, tertuduh telahpun menyatakan bahawa surat ini (ID14) ditulis oleh Ummi Hafilda. Tertuduh telah menceritakan tentang masalah Ummi Hafilda dengan keluarganya".

Abdul Gani: Ketika itu apakah jawatan yang dipegang tertuduh?

Amir: Ketika itu, tertuduh adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Abdul Gani: Sewaktu di bilik bacaan, adakah kamu memaklumkan apa-apa kepada tertuduh?

Amir: Kami telah memaklumkan kepada tertuduh bahawa ID14 ini, kami telah perolehi salinannya daripada IGP (Ketua Polis Negara).

Abdul Gani: Seterusnya apa berlaku?

Amir: Seterusnya tertuduh telah mengarahkan kami mengesan Ummi Hafilda dan Azizan serta mencungkil segala maklumat daripada mereka kenapa kedua-duanya membuat dakwaan seperti dalam ID14.

Abdul Gani: Adakah kamu menyatakan apa-apa pada tertuduh selepas beliau memberi arahan itu?

Amir: Saya mendengar SP1 (Mohd Said) berkata; "We Will look into the matter".

Menjawab soalan Abdul Gani, Amir memberitahu mahkamah, keesokannya beliau mengadakan perbincangan dengan Mohd Said untuk memantau Ummi Hafilda dan Azizan secara lebih berkesan.

Katanya, selepas perbicangan itu, Mohd Said mengarahkan Asisten Komisioner Mazlan Mohd Din mengenal pasti Ummi Hafilda dan Azizan serta memperluaskan siasatan berkenaan.

Menurut Amir, pada malam itu, beliau menerima panggilan telefon daripada Zull Aznam untuk datang ke rumah Anwar pada jam 10 malam.

Ditanya siapa yang mengarahkan beliau datang ke rumah Anwar, beliau berkata Zull Aznam memberitahunya, Anwar yang mengarahkan beliau dan Mohd Said datang ke rumahnya.

Abdul Gani: Apa yang berlaku ketika kamu bertemu Anwar dalam bilik bacaan?

Amir: Dalam bilik bacaan itu kami berbincang mengenai ID14 dan kami juga menyatakan bahawa kami belum dapat mengesan Ummi Hafilda dan Azizan.

Abdul Gani: Apa-apa lagi dimaklumkan kepada tertuduh?

Amir: Saya telah memaklumkan bahawa ID14 yang kami perolehi ialah diberi kepada IGP oleh Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob.

Abdul Gani: Selepas itu apa berlaku?

Amir: Selepas itu, tertuduh telah mengarahkan kami untuk mengesan Ummi Hafilda dan Azizan dengan secepat mungkin dan menemuduga mereka serta "gempar" mereka.

Abdul Gani: Apabila tertuduh katakan "gempar" Ummi Hafilda dan Azizan, apa yang datuk faham mengenai perkataan itu?

Amir: Daripada air muka; nada dan suara, saya yang berasal daripada Pulau Pinang, perkataan "gempar" yang dimaksudkan itu adalah untuk "menakutkan".

Abdul Gani: Adakah kamu tahu tertuduh minta datuk "gempar" Ummi Hafilda dan Azizan?

Amir: Daripada permintaan itu, untuk mengempar Ummi Hafilda dan Azizan supaya mereka tidak menyebarkan dakwaan yang terkandung dalam ID14.

Pendakwa kemudian mengemukakan nota fail yang ditulis oleh Amir mengenai pertemuannya dengan Anwar pada 12 dan 13 Ogos 1997. Nota itu kemudian diterima sebagai barang kes pendakwa (P42).

Amir memberitahu mahkamah, dalam pertemuannya dengan Mohd Said di pejabatnya pada 15 Ogos 1997, Mazlan memaklumkan kepada mereka mengenai perkembangan siasatan ke atas ID14 serta terdapat satu surat layang bertajuk "Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim" telah tersebar.

Katanya, beliau kemudian menerima panggilan daripada Zull Aznam yang Anwar mengarahkan mereka ke rumahnya pada jam 2 petang hari yang sama.

Sebelum itu, Amir memberitahu mahkamah, pada 8 Ogos 1997, KPN telah memberitahunya mengenai surat perihal salah laku timbalan perdana menteri dan arahannya kepada beliau.

Menurutnya, dalam pertemuan itu Mazlan juga memaklumkan kepada KPN mengenai "Ops Solid Grip".

Amir berkata, pada 11 Ogos 1997, beliau bersama Mazlan pergi ke pejabat KPN untuk memberi taklimat mengenai risikan dan maklumat surat berkenaan serta taklimat mendalam berhubung "Ops Solid Grip".

Kepada satu soalan, Amir berkata KPN kemudian menyerahkan satu salinan surat perihal salah laku timbalan perdana menteri; laporan khas dan pengakuan bersumpah Azizan.

Menurutnya, KPN juga mengarahkan mereka membuat siasatan penyebaran surat itu dan mengawasi keadaannya.

Amir berkata, dalam pertemuan seterusnya dengan KPN, mereka memberitahu, ID14 tidak tersebar luas dan penulisnya, Ummi Hafilda berusaha untuk menyampaikan surat itu kepada Perdana Menteri.

Berita Harian 24 November 1998


3) Anwar mahu jumpa Azizan

KUALA LUMPUR, Khamis - Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) II Datuk Amir Junus memberitahu mahkamah, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu datang ke pejabat SB bagi menemui Azizan Abu Bakar selepas bekas pemandu itu ditangkap.

Amir berkata, pada 18 Ogos 1997, kira-kira jam 8.30 malam, Anwar menghubunginya melalui telefon untuk memberitahu beliau mahu bertemu Azizan yang ditahan di pejabat SB.

(Azizan sebelum itu ditahan di rumah Dr Ristina Majid di Bangsar pada 17 Ogos 1997).

Bagaimanapun, katanya, selepas beliau menasihati bekas Timbalan Perdana Menteri itu supaya tidak berbuat demikian, Anwar mencadangkan supaya Azizan dibawa ke rumahnya.

Menurutnya, Azizan kemudian dibawa ke rumah Anwar pada jam 11.45 malam itu oleh Deputi Superintendan Abdul Aziz Hussin.

Timbalan Kanan Pendakwa Raya Abdul Gani Patail: Seterusnya apa yang berlaku di kediaman rasmi tertuduh.

Amir: Lebih kurang jam 11.45 malam, saya bersama SP1 (bekas Pengarah Cawangan Khas Datuk Mohd Said Awang) sampai di rumah tertuduh dengan membawa surat ID17 dan ID18 (surat kenyataan umum penafian Azizan dan Ummi Hafilda Ali) dan memberi kepada tertuduh surat itu.

Abdul Gani: Sewaktu di rumah tertuduh, adakah kamu memaklumkan apa-apa kepada tertuduh.

Amir: Saya telah memaklumkan kepada tertuduh bahawa Ummi Hafilda dan Azizan telah dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Abdul Gani: Apabila kamu menyerahkan ID17 dan ID18 kepada tertuduh, adakah tertuduh membaca kedua-dua surat itu.

Amir: Selepas saya dan SP1 menyerah ID17 dan ID18 kepada tertuduh, tertuduh telah membaca kedua-dua surat itu.

Abdul Gani: Selepas itu, apa berlaku.

Amir: Selepas membaca surat ID17 yang ditulis Azizan, tertuduh meluahkan perasaan yang surat ini bolehlah diterima tetapi apabila membaca ID18 yang ditulis Ummi Hafilda, tertuduh kurang puas hati dan bukan seperti yang dikehendaki.

Abdul Gani: Kamu kata tertuduh luah perasaan. Bagaimana, tertuduh meluahkan perasaan terhadap kedua-dua surat itu.

Amir: Bagi surat Azizan (ID17) tertuduh kata ini 'bolehlah' tetapi bagi ID18 (surat Ummi Hafilda), 'bukan macam ini'.

Menurutnya, surat itu diserahkan kepada Anwar di bilik bacaan rumah Anwar, ketika beliau bersama Anwar dan Mohd Said.

Abdul Gani kemudian menunjuk satu nota fail bertarikh 19 Ogos 1997 yang ditandatangani Amir.

Abdul Gani: Sila baca surat ini.

Amir: (membaca kandungan surat itu) Surat pengakuan Ummi Hafilda dan Azizan. Lewat malam 18 Ogos 1997, Pengarah Cawangan Khas dan saya telah diarah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memaklumkan tentang perkembangan terbaru hasil siasatan terhadap Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar.

Sehubungan itu, Pengarah Cawangan Khas dan saya sampai ke kediaman rasmi Anwar pada tengah malam, 18 Ogos 1997. Turut bersama ke kediaman Anwar ialah Azizan. Sebaik sahaja sampai, surat Ummi Hafilda dan Azizan diserahkan kepada Anwar dan selepas itu Azizan pergi menemui Anwar dan berbual dengannya.

Amir kemudian memberitahu mahkamah bahawa beliau kurang ingat sama ada Azizan juga turut berada di dalam bilik bacaan berkenaan ketika surat ID17 dan ID18 diserah kepada Anwar.

Menurutnya, beliau dan Mohd Said sekali lagi pergi ke rumah Anwar pada 27 Ogos 1997, kira-kira jam 10 malam, selepas tertuduh mengkehendaki satu surat pengakuan lain daripada Ummi Hafilda dan Azizan.

"Kenyataan umum yang dikehendaki Anwar ialah satu kenyataan yang lebih komited, meyakinkan dan tegas serta menafikan dan menarik balik kesemua dakwaan yang terkandung dalam ID14 (surat Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri)," katanya.

Amir kemudian ditunjukkan sebuah nota fail bertarikh 28 Ogos 1997 yang ditandatangani bekas Timbalan Pengarah SB itu.

Abdul Gani: Sila baca nota fail ini.

Amir: (membaca kandungan surat itu) Surat pengakuan Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar. Pada malam 27 Ogos 1997, Pengarah Cawangan Khas dan saya telah diarah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pergi ke rumahnya untuk berbincang pengakuan Ummi Hafilda dan Azizan. Anwar berkata yang dia tidak berpuas hati dengan pengakuan mereka kerana ianya tidak kukuh dan menyakinkan.

Anwar secara khusus mengarahkan supaya Ummi Hafilda dan Azizan digesa membuat pengakuan lain yang lebih komited dan menyakinkan. Tindakan yang diambil menentukan kedua-dua mereka menarik balik tuduhan.

Berita Harian 26 November 1998

Tiga artikel di atas diambil dari blog Carl-88


sumber - analisis ringan



Tiada ulasan: