MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Jun 2009

Husam salahkan perwakilan PAS tidak faham mesej



Jimadie Shah Othman | Jun 6, 09 12:45pm
Walaupun gagal merebut kerusi timbalan presiden PAS, Datuk Husam Musa yakin, ketiga-tiga naib presiden yang baru terpilih, akan terus menolak sebarang kerjasama dengan Umno.


Menurutnya, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta separuh daripada ahli jawatankuasa yang baru itu, berkongsi pandangan politik yang sama dengan beliau.

Tuan Ibrahim dan Salahuddin dilihat lebih rapat dengan kumpulan profesional manakala Mahfuz pula dilihat bersikap berkecuali.

Dalam pemilihan tersebut, Tuan Ibrahim yang Pesuruhjaya PAS Pahang, mendapat 871 undi; diikuti oleh Salahuddin yang juga bekas ketua Dewan Pemuda PAS (824) dan Mahfuz yang juga ketua Penerangan PAS memperolehi 636 undi.

Dua lagi calon - Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof Rawa mendapat 277 undi manakala Exco Kerajaan Kelantan, Nik Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undi

Mujahid bagaimanapun berjaya terpilih menganggotai Jawatankuasa Pusat PAS.

Husam juga berikrar akan terus memantau perkara itu yang telah ditolak dalam muktamar tahunan mereka sebelum ini, walaupun tanpa jawatan.

"Saya mungkin janggut tak cukup panjang. Mungkin perwakilan tidak suka saya. Ia lebih kepada (faktor) saya," katanya berseloroh.

Husam diminta mengulas sama ada mesej beliau tidak diterima perwakilan.


1 ulasan:

Unknown berkata...

Hua..hua..

Kalau dah kalah tu terima je lah Husam. Jangan nak u-turn tak tentu pasal. Apasal pulak kerjasama dengan UMNO yang kamu nampak.Muhasabah diri tu kenapa orang tak undi kamu.

Jawapan sebiji cam bapak didik kamu. Kalau diri kalah,mulalah salahkan orang lain. Tiba2 UMNO yang jadi mangsanya. Sah,tak ada point nak cakap tu. Mesti frust tertonggeng ni!!! Sebab tu merapu..meraban tak tentu hala