MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Jun 2009

Nasharuddin kekal timbalan...'Erdogan' kecundang

Semua sudah jelas. Kumpulan Erdogan atau yang pro Anwar Ibrahim kecundang pada pemilihan jawatan utama PAS. Datuk Husam Musa yang dilihat sebagai teraju utama kumpulan Erdogan dan diwar-warkan sebagai tokoh muda yang bakal membawa PAS menjadi parti lebih terbuka, kecundang di tangan penyandang Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dengan majoriti 199 undi.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilhan PAS, Datuk Mustapa Ali, Nasharuddin memperolehi 480 undi menewaskan Husam yang hanya memperolehi 281 undi manakala seorang lagi pencabar Mohamad Sabu memperolehi 261 undi, kurang 20 undi yang diperolehi oleh Husam.

Keputusan ini juga menimbulkan tandatanya kedudukan Husam dan Mohamad dalam parti itu kerana sebelum ini adalah Naib Presiden PAS.

Manakala bagi jawatan Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperolehi 877 undi dipilih bersama-sama dengan bekas Ketua Pemuda yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (824 usi) dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar (663 undi).

Daripada 1,044 perwakilan, hanya 1,026 perwakilan sahaja yang mengundi. Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden, hanya empat sahaja undi rosak.

Kejayaan Nasharuddin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden mengalahkan Husam dikatakan merupakan isyarat yang jelas penolakan para perwakilan PAS terhadap kumpulan yang dilihat rapat dengan Anwar Ibrahim.

Bagi jawatankuasa Pas Pusat, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin terpilih menduduki tempat pertama dengan undi yang terbanyak iaitu 854 undi.

Keputusan penuh seperti berikut:

PRESIDEN (Menang Tanpa Bertanding)

Abdul Hadi Hj Awang

TIMBALAN PRESIDEN

Nasharudin Mat Isa

NAIB PRESIDEN

Tuan Ibrahim Tuan Man, (877)
Salahuddin Ayub (824)
Mahfuz Omar(663)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mohamad Nizar Jamaluddin(854)
Idris Haji Ahmad (799)
Kamarudin Jaffar (769)
Azizan Abd Razak (653)
Hasan Mohd Ali 642)
Mohd Hatta Md Ramli (638)
Abdul Ghani Samsudin (637)
Abu Bakar Chik (622)
Mohamed Hanipa Maidin (619)
Amiruddin Hamzah (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali (589)
Ab Ghani Abdul Rahman (584)
Dzulkefly Ahmad (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (530)
Hashim Jasin (522)
Mazlan Aliman (513)
Taib Azamudden Md Taib (508)
Mujahid Yusof Rawa. (488)

sumber - agendadaily

2 ulasan:

Blog Politik Mahasiswa-Pemikiran Maharaja Zhou berkata...

Kemenangan Nasharuddin memberi makna mendalam kepada golongan ustaz2 dan tarbiyyah PAS dari zaman kampus.Kemenangan ini memberi isyarat kepada mereka di luar, bahawa sokongan mereka kepada Pres adalah solid.

Ini membawa kebaikan kepada PAS tetapi kurang baik kepada "musuh" samada UMNO ataupun PKR.Maknanya saf pimpinan PAS adalah sekata dan sekepala,bermakna tiada pecah belah dalam PAS.

Jika Husam dan Erdogan menang,PAS akan menghadapi zaman perpecahan.Golongan ulamak,ustaz,lebai kampung dan tarbiyyah tulen PAS akan dipinggirkan.Ini akan menyebabkan PAS kekurangan tenaga dan cantas-mencantas akan berlaku di semua peringkat seperti mana yang berlaku di Kelana Jaya,yang mana Roslan SMS tewas.

Ucaptama Pres dan Ketua Dewan Ulamak berjaya menakutkan perwakilan utk terus wala'dan thiqah kepada kepimpinan ulama'.Ini bermakna grand design yang berlaku dan dirancang rapi sejak tahun 1987,dan hampir berjaya tahun ini (selepas gol.yg sama berjaya menjatuhkan Ust Hassan Syukri dalam pemilihan yg lepas)telah gagal.

Ini bermakna PAS mengutamakan prinsip yakni Islam di atas dan bukan kekuasaan seperti yang cuba dibawa oleh Husam Musa.

Unknown berkata...

Pas masih belum 'selamat' sepenuhnya. Walaupun Erdogan kalah dalam merebut jawatan tertinggi Pas, namun separuh dari saki bakinya masih menguasai AHLI JAWATANKUASA KERJA. Antaranya :

1. Mohamad Nizar Jamaluddin(854)
2. Kamarudin Jaffar (769)
3. Mohd Hatta Md Ramli (638)
4. Abdul Ghani Samsudin (637) - Dulu Erdogan sekarang Kem Ulamak
5. Mohamed Hanipa Maidin (619)
6. Amiruddin Hamzah (606)-
7. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali (589)
8. Dzulkefly Ahmad (576)
9. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (530)
10. Mujahid Yusof Rawa. (488)
11. Mahfuz Omar(663)- Naib Presiden

Bukankah puak Erdogan masih menguasai separuh dari Ahli Jawatankuasa Kerja? Maknanya, Pas masih belum 'bersih' sepenuhnya dari cangkaman Erdogan ini. Yang kalah hanya KETUANYA sahaja, tetapi anak2 kakinya masih berpaut lagi.