MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

07/01/2009

Anwar mahu Kuala Terengganu percepat menuju Putrajaya



Anwar mahu Kuala Terengganu percepat menuju Putrajaya


Oleh G.MANIMARAN


KUALA TERENGGANU: Selepas dua sasaran untuk membentuk kerajaan persekutuan gagal, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan harapan itu hari ini dengan mengatakan bahawa "kemenangan di Kuala Terengganu" akan membantu mempercepatkan rancangan pihaknya bertapak di Putrajaya.

"Jangan selesa dengan kehadiran yang ramai (ketika ceramah perdana malam tadi dan ketika penamaan calon). Kita mahukan kemenangan yang lebih meyakinkan dan proses perjalanan ke Putrajaya dipercepatkan," kata beliau ketika berucap merasmikan Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu di sini, pagi ini.


Ia merupakan majlis kedua Anwar selepas berucap dalam ceramah perdana malam tadi.


Anwar meletakkan sasaran 16 September lalu sebagai tarikh awal untuk membentuk kerajaan pusat diterajui Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.


Kemudian ia gagal menjadi kenyataan, beliau menjangkakan ia boleh dilakukan menjelang Hari Raya Aidiladha bulan lalu.


Anwar dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, menggantinya isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.


Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh juga bertumpu kepada aspek membentuk kerajaan baru dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.


Bagaimanapun ketika ditemui wartawan pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata sasaran pihaknya itu bukan tidak menjadi, tetapi belum menjadi kenyataan.


Pun begitu, katanya, matlamat utama pihaknya sekarang ialah membolehkan penduduk Kuala Terengganu mempunyai seorang wakil rakyat yang boleh mewakili kepentingan rakyat, bukannya kepentingan diri dan kroni.


Barisan Nasional (BN) meletakkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu manakala PAS, anggota komponen Pakatan Rakyat, menurunkan Mohd. Ahmad Wahid Endut manakala calon Bebas ialah Azharudin Mamat @ Adam.


Kempen bermula semalam selepas proses penamaan calon manakala pengundian pula diadakan 17 Januari.

sumber - Mstar.online




Baca selanjutnya...

AnwarGate: Campur tangan Amerika di Parlimen



AnwarGate: Campur tangan Amerika di Parlimen


+++++Video setakat ini sahaja+++++






Baca selanjutnya...

Anwar perlu buktikan bukan homoseksual



Anwar perlu buktikan bukan homoseksual


Oleh Yahaya Ismail

Anwar memang menafikan perbuatannya itu. Dia menganggap itu fitnah besar dari Mahathir dan mereka yang mengelilingi perdana menteri juga takut terhadap kewibawaannya. Ini cakap besar dari Anwar yang hilang semua jawatan kerajaan dan parti akibat moralnya yang rendah. Peleknya hingga sekarang dan parti akibat moralnya yang rendah. Peleknya hingga sekarang Anwar tidak menyaman malu mereka yang menuduhkan melakukan homoseksual.

Sejak setahun yang lalu warkah Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar kepada perdana menteri telah mendedahkan perilakunya yang buruk ini. Namun, Anwar bin Ibrahim berasal dari Ceruk Tok Kun, tidak terlintas hendak menyaman kedua-dua insan yang prihatin terhadap maruah diri, keluarga, bangsa, agama dan tanahair. Para penyokongnya patut memikirkan hal ini juga agar tidak dianggap sebagai penyokong-penyokong buta.

Di sini disenaraikan sembilan pertuduhan terhadap Anwar seperti mana yang dikemukakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30hb September 1998.

RASUAH

(1) “Bahawa kamu pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Encik Mohd Azmin bin Ali, yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkna harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah :

(a) Campurtangan dalam siasatan tersebut, dan

(b) Mempengaruhi Datuk Shafee bin Yahya Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes tersebut bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya, dan dengan perbuatan kamu itu, Encik Mohd Azmin Ali telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970”.

(2) Bahawa kamu dari 12 haribulan Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah :

Mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 11, Polis Diraja Malaysia

(3) “Bahawa kamu, pada 27 haribulan Ogos 1997, di kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah :

Mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 11, Polis Diraja Malaysia menggesa Azizan Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan akibatnya Azizan Abu Bakar telah memberikan kenyataan bertulis seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu), Darurat, 1970”

(4) “Bahawa kamu pada 12 haribulan Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos 1997, di Kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah :

Mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cwangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 11, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Ummi Hafilda bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan dan prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda bt Ali telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2 (1), Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970”.

(5) “Bahawa kamu pada 27 haribulan Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No. 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah :

Mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 11, Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya memberi kenyataan umum bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda bt Ali telah memberikan kenyataan umum bertulis betarikh 29 haribualn Ogos 1997 seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2 (1), Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1997”.

SEKS

(1) “Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan April 1994 di No. 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Hairany bin Mohd Naffis dengan....(huraian perkataan) dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan.”

(2) “Bahawa kamu, pada suatu malam dalam bulan Mei 1994 lebih kurang jam 7.45 di unit No. 10-7-2 Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Azizan bin Abu Bakar dengan .......(huraian perlakuan) dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan”.

(3) “Bahawa kamu, pada suatu malam dalam bulan April 1998, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri No. 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dengan .......(huraian perlakuan) dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan”.

(4) “Bahawa kamu, pada suatu malam dalam bulan Mac 1993 di No. 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Munawar Ahmad Aness dengan......(huraian perlakuan) dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan”. Satu lagi kes berhubungan dengan seks di luar tabii telah dikemukakan di Mahkamah Seksyen, Petaling Jaya pada 30hb September lalu. Pertuduhan itu adalah seperti berikut:-

(5) “Bahawa kamu, pada suatu hari 3 Disember 1992 antara 4.50 dan 5.50 petang di Hotel Hilton, Petaling Jaya, di bilik No. 758 telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mior Abdul Razak bin Yahya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan”. (Kes ini dihadapkan di Mahkamah Seksyen, Petaling Jaya 30 September 1998.


Ibrahim Ali, seorang sahabat karib Anwar di zaman perjuangan pelajar dulu, pernah menggesa Anwar bersumpah dengan Al-Quran sekiranya dia tidak melakukan hubungan seks yang memalukannya. Biarlah Allah yang menentukan nasibnya dan bersumpahlah dengan kitab Allah untuk menyatakan kebenarannya. Bila ditanya wartawan kepada Anwar mengenai permintaan Ibrahim Ali itu, Anwar sengaja tidak mahu menjawab soalan tersebut.

Bagaimanapun orang ramai berasa senang kerana Dr Harun Din, pendakwah bebas yang terkenal, kini menafikan bahawa dia terlibat dalam reformasi Anwar dan menerima hakikat bahawa mahkamah akan memberikan keputusan yang adil kelak. Sebagai seorang ulama yang berhemah tinggi Dr Harun Din tidak mahu namanya tercemar kerana mempertahankan Anwar sebelum mengetahui keputusan mahkamah mengambil sikap seperti ulama Dr Harun Din yang mahukan Anwar diadili oleh mahkamah untuk mendapat keadilan.

Sekiranya ingin dibuat upacara bersumpah lebih baik diadakan di Masjid Negara. Dr. Harun Din boleh menguruskannya kerana beliau dihormati ramai. Jemputlah para mufti, alim ulama dari dalam dan luar negara, para pemimpin negara dan rakyat jelata menjadi saksi upacara tersebut. Minta Anwar bersumpah dan juga Ummi Hafilda yang menulis warkah untuk PM dan juga Azizan bin Abu Bakar mangsa homoseksual Anwar.

Oh, ya jangan lupa minta juga Shamsidar, isteri Azmin, mengangkat sumpah dan juga Azmin sekali untuk menjelaskan kepada umum bahawa mereka suami isteri tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam skandal seks Anwar. Sebagai pejuang Islam yang yakin dengan kekuasaan Allah Ta’ala maka wajarlah Anwar bin Ibrahim bersumpah di khalayak ramai untuk memulihkan semula kreadibilitinya sebagai pemimpin Islam yang masih jauh untuk sampai ke peringkat para wali dan anbia.

Kita bukan mencari kesalahan siapa-siapa. Kita, rakyat jelata, cuma mahu kebenaran dipertahankan, kejujuran dan keadilan diperlihatkan dan restu Allah dipohonkan. Inilah hasrat rakyat kepada Anwar agar dia sebagai pemimpin yang berjiwa Islam tidak membohongi rakyat dan juga Allah Ta’ala.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Anwar & Nalla – Seks + Judi & Konspirasil", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1998.








Baca selanjutnya...

Anwar: Hudud tidak dipaksa ke atas bukan Islam




Anwar: Hudud tidak dipaksa ke atas bukan Islam


Oleh G.MANIMARAN


KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.


Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.

"Tiada niau untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.


Ia merupakan ceramah besar pertama selepas penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terenggani pagi semalam.


Malah ia juga adalah kenyataan pertama Anwar mengenai hudud sejak ia muncul dua minggu lalu.


Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.


"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.


"Ronnie Liu (daripada DAP) mungkin kata Kristian adalah lebih baik manakala saya kata Islam lebih baik.


"Tetapi umumnya kami mempunyai matlamat sama untuk menjadikan negara lebih baik," katanya.


Isu undang-undang hudud dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu forum di Kota Bahru lebih dua minggu lalu.


Dalam forum tersebut, Khairy meminta Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan pendiriannya mengenai hudud dan Husam menegaskan parti itu akan melaksanakan hudud dan qisas sebaik sahaja pakatan pembangkang memerintah negara ini.


sumber - Mstar online



Baca selanjutnya...

06/01/2009

Anwar sengaja larikan diri ketika penamaan calon P036 ?




Anwar sengaja larikan diri ketika penamaan calon P036 ?


Hari ini penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu - P036 - yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru BN, PAS dan Bebas; Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN), Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat @ Adam (Bebas)

Hari ini juga menyaksikan ketidakhadiran Anwar Ibrahim ketua Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS yang sepatutnya dilakukan sebagai pemimpin de factor PKR dan Ketua Pembangkang.

Kenapa Anwar tidak hadir ketika PAS memerlukan sokongan ketua PR di sana ? Kenapa Anwar sengaja memilih tarikh sekitar penamaan calon P036 untuk melakukan lawatan lawatan ke luar negara ?

Penting sangatkah lawatan ke Dubai dan Turki dibuat ketika ini, apakah tidak boleh ditunda ke tarikh lain.

Sedangkan ketika Khalid Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil Ijok, Anwar sanggup membatalkan semua programnya di luar negara dan berkampung di Ijok bagi memenangkan kawannya ?

Apakah Abdul Wahid Endut (PAS) bukan kawan Anwar dalam PR ? Apakah benar, Anwar tidak berpuas hati dengan pemilihan calon di Kuala Terengganu kerana Anwar lebih sukakan Syed Azman dari team Erdogan ?

Di mana semangat kesetiakawanan PR ketika menghadapi saat-saat genting pun, ketuanya tidak hadir ?




Perkara ini sebenarnya tidak menghairankan kerana Anwar pernah melakukan perkara sama ketika calon PAS bertanding dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir dahulu.

Dalam pilihanraya kecil itu, Anwar hanya hadir sekali sahaja dalam ceramah besar di stadium mini Pasir Mas, lepas itu Anwar cepat-cepat kembali ke Kuala Lumpur dengan alasan ingin kembali segera ke Amerika Syarikat kerana mempunyai urusan sangat penting.

Walhal pada keesokannya Anwar terus ke Sarawak untuk berunding dengan parti-parti pembangkang di sana. Selepas rundingan di Sarawak barulah Anwar berangkat ke Amerika.

Soalnya penting sangatkah rundingan di Sarawak yang belum lagi mempunyai pilihanraya berbanding dengan Pengkalan Pasir yang sedang kritikal menghadapi pilihanraya ?


email dari molePKR



Baca selanjutnya...

Isu Manikavasagam: MB Selangor serah pada Anwar



Isu Manikavasagam: MB Selangor serah pada Anwar


Oleh G.MANIMARAN

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan isu bekas timbalannya, S. Manikavasagam kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dicari penyelesaian.

"Bagi saya ini adalah isu yang sudah selesai. Manikavasagam selepas ini akan mengadakan pertemuan dengan Anwar dan beliau akan berbincang untuk menyelesaikan perkara-perkara yang dibangkitkan," kata Khalid yang juga Menteri Besar Selangor ketika ditemui di sini.


Beliau berkata, adalah wajar isu Manikavasagam dibincangkan dan diselesaikan di peringkat kepimpinan Anwar selaku Ketua Umum parti itu.


"Lagipun dalam isu ini saya merupakan pihak yang berkepentingan. Oleh itu, adalah wajar saya serahkan kepada Anwar untuk berbincang," kata beliau ketika ditemui pada majlis penamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu di sini hari ini.


Manikavasagam, yang kini menghadiri berada di India, dijangka mengadakan pertemuan dengan Anwar selepas pertengahan bulan ini.


Pada 31 Disember lalu, Manikavasagam yang juga Ahli Parlimen Kapar meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor berkuat kuasa serta-merta.


Manikavasagam mendakwa beliau kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri Selangor diterajui Khalid.


"Saya merasa kecewa terhadap kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajui PKR yang tidak menilai jasa-jasa ahli Parlimen yang dipilih rakyat," kata Manikavasagam.


Dalam pada itu, dalam surat peletakan jawatan yang dihantar kepada Khalid beliau berkata: "Memandangkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat diterajui PKR tidak menilai pandangan ahli Parlimen yang dipilih rakyat, saya dengan ini memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Selangor."


Sambil mengakui wujud beberapa isu termasuk soal peruntukan wakil rakyat, Khalid berkata, seharusnya Manikavasagam telah menulis surat kepada Anwar jika berhadapan dengan isu.


Mengenai pengganti Manikavasagam di peringkat Selangor, Khalid memberitahu, pihaknya sudah ada beberapa calon daripada pemimpin sedia ada dalam PKR.


"Kami ada beberapa nama seperti R. Sivarasa (Ahli Parlimen Subang) dan Dr. Xavier A. Jeyakumar (Exco Kerajaan Selangor).


"Tetapi Sivarasa juga merupakan Naib Presiden (peringkat pusat). Malah, kita juga mempertimbangkan beberapa nama lain," katanya.


Khalid menambah, nama calon berkenaan akan diputuskan dalam mesyuarat bulanan PKR bulan depan.


sumber - Mstar.online



Baca selanjutnya...

Luahan tidak puas hati Manikavasagam, Ahli Parlimen PKR Kapar



Luahan tidak puas hati Manikavasagam, Ahli Parlimen PKR Kapar


Oleh Azizah Mokhtar, Sinar Harian

KAPAR – Ahli Parlimen Kapar, S. Manikasavagam menyatakan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akhir Disember lalu tidak mempunyai sebarang muslihat tertentu atau meraih publisiti murahan.

Manikavasagam berkata tindakannya itu dianggap tepat sebagai satu cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap beberapa keputusan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Menurutnya, Kerajaan Selangor di bawah PR yang diterajui PKR tidak menilai pandangan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat menyebabkannya berasa kecewa sehingga beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan itu.

“Isu berkaitan pemindahan pusat operasi bas ke Klang Sentral adalah antara punca saya meletakkan jawatan kerana kerajaan negeri seperti tidak peka dengan nasib peniaga di perhentian bas lama yang ditutup.

“Bagaimanapun penyebab utama saya meletakkan jawatan ialah kerana sudah tidak tahan dengan ‘gelagat’ Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga yang menggunakan dana untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa dengan sewenang-wenangnya,” katanya.

Manikavasagam juga mendakwa beliau sebelum ini tidak berpuas hati dengan tindakan pucuk pimpinan PR Selangor yang memilih Rodziah sebagai ADUN ‘angkat’ kepada DUN Sementa setelah kerusi DUN tersebut di menangi calon dari Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Palil pada pilihan raya umum lalu.
“Mengapa Rodziah dipilih sebagai penyelia dan penyelaras di DUN Sementa sedangkan beliau sudah dipilih sebagai Exco?

“Sebagai Ahli Parlimen pembangkang, saya tidak diberikan dana oleh Kerajaan Pusat untuk digunakan bagi urusan pentadbiran dan membantu rakyat di Parlimen Kapar.

“Saya difahamkan setiap DUN di bawah Parlimen ini iatu DUN Meru, DUN Sementa, DUN Sungai Pinang dan DUN Selat Klang akan memberi sejumlah dana untuk membantu saya.

“Namun sepanjang lebih 10 bulan saya menduduki kerusi Parlimen boleh dikatakan saya terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk membuat aktiviti rakyat dan membantu mereka yang menghadapi pelbagai masalah,” katanya.

Beliau memaklumkan memang ada DUN terbabit menyumbangkan sejumlah dana kepadanya tetapi jumlah itu tidak mencukupi dan beliau terpaksa menggunakan wang elaun bulanannya sebagai Ahli Parlimen untuk menampung segala perbelanjaan itu.

Dakwanya lagi, Rodziah tidak mengendahkan tuntutan perbelanjaan yang dibuatnya untuk beberapa aktiviti rakyat dan membantu penduduk yang menghadapi DUN Sementa.

“Sejak selepas pilihan raya pada Mac tahun lalu sehingga kini, saya telah mengeluarkan perbelanjaan hampir RM68,000 bagi Parlimen Kapar dan DUN Sementa dan saya telah menghantar semua tuntutan perbelanjaan kepada beliau sebagai penyelaras di DUN tersebut.

“Tapi sehingga kini saya hanya menerima bayaran tuntutan sebanyak RM12,000 sahaja dan sikap tidak prihatin beliau itu amat mengecewakan kerana setahu saya DUN Sementa menerima peruntukan RM370,000 dari kerajaan negeri,” kata Manikavasagam.

Menurutnya, jumlah perbelanjaan kini bertambah kepada hampir RM100,000 dan bagaimana beliau hendak membantu rakyat sekiranya tidak mempunyai dana mencukupi dan tidak mendapat kerjasama dari DUN terbabit terutamanya daripada pihak Rodziah.

“Parlimen Kapar mempunyai jumlah pengundi seramai 114,000. Ia menjadikannya satu kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi terbanyak dan terbesar di negara ini.

“Bermacam-macam masalah membebani rakyat di bawah jagaan saya, jadi bagaimana saya mampu untuk membantu mereka sekiranya saya tidak mempunyai dana cukup untuk digunakan terutamanya di DUN Sementa, katanya.

Manikavasagam berkata, pihaknya agak pelik dengan tindakan Rodziah yang membuka sebuah pejabat di Sungai Kapar Indah dengan perbelanjaan ribuan ringgit dan diuruskan oleh beberapa individu dalam PKR Kapar yang sebelum ini ‘menghilangkan diri’ pada pilihan raya lepas apabila PKR Pusat memutuskan beliau bertanding di kerusi Parlimen Kapar.

“Dahulu mereka membantah saya dicalonkan di sini apabila saya menang kerusi ini mereka kini timbul semula dan menjadi orang kepercayaan Rodziah untuk mentadbir kawasan DUN Sementa serta menggunakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri.

“Saya berasa curiga ke manakah perginya wang peruntukan itu kerana apabila saya membuat tuntutan perbelanjaan pelbagai alasan diberikan oleh mereka. Mana mungkin dalam masa lapan bulan wang peruntukan itu sudah habis digunakan, katanya yang juga Ketua PKR DUN Sementa.

Sinar Harian (5 Januari 2009)



Baca selanjutnya...

Anwar Ibrahim Pemimpin Bersih ?



Anwar Ibrahim Pemimpin Bersih ?


Oleh Yahaya Ismail

Apakah kalian boleh menerima Anwar sebagai pemimpin Islam kalau benar dia mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang? Kalau anda anggap itu fitnah mengapa tidak mendesak Anwar mengheret Ummi dan keluarga Pak Ali ke mahkamah kerana menabur fitnah memburuk-burukkan imejnya sebagai pemimpin Islam? Mengapa diam membisu hingga sekarang? Mengapa takut bertindak? Apakah yang hendak disembunyikan dari pengetahuan umum?

Oleh kerana Anwar memperalatkan setengah pelajar universiti yang terlalu dangkal pengetahuan dan sepak terajang politik untuk mendewa-dewakan dirinya sebagai pejuang Islam mengapa tidak bertanya kepada Anwar apakah benar dia bermukah dengan isteri orang? Minta dia bersumpah di masjid dan menjunjung Al-Quran di khalayak ramai di hadapan para alim ulama dan para pelajar dan rakyat jelata dan berkata dengan nama Allah bahawa dia tidak bermukah dengan isteri orang. Nah, sila lakukan upacara sumpah secara betul dengan disaksikan alim ulama dan seluruh rakyat. Bukanlah masuk ke dalam masjid tergesa-gesa lalu berkata aku bersumpah dalam masjid tanpa didengari dan disaksikan beribu rakyat dan lepas itu membohongi rakyat bahawa dia telah bersumpah dalam masjid!

Pelek bin ajaib mereka yang kononnya berakhlak mulia, pelajar-pelajar berjiwa Islam termasuk juga setengah yang bergelar ulama (atau ulam-ulama) tidak pernah bertanya kepada Anwar secara terbuka apakah dia sanggup menyaman malu adik-adik Azmin Ali, setiausaha sulitnya yang isterinya dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Anwar. Sebagai orang Islam kita merujuk kepada Al-Quran dan hadith Nabi terlebih dahulu, lepas itu pendapat-pendapat dari alim ulama dan juga akal fikiran kita sendiri.

Apakah mereka yang taksub dengan Anwar tidak pernah menggunakan akal fikiran mereka yang bebas dan bernas secara terbuka dan berani menanya Anwar apakah dia mempunyai skandal seks dan hubungan sulit dengan Shamsidar? Apakah jendela intelek mereka tertutup rapat dan mereka menjadi koro dan lemah bercampur takut untuk menyoal Anwar tentang skandal ini?

Ini soal maruah, soal harga diri. Kalau Anwar berdegar-degar bercakap tentang akhlak yang mulia dan mengecam setengah pemimpin politik yang dianggap tidak berakhlak mulia, nah, tunjukkanlah kepada dunia bahawa anda seorang pejuang Islam dan pemimpin politik yang berakhlak mulia. Pilih antara dua – saman malu Ummi Hafilda yang menulis warkah kepada PM atau bersumpah di masjid di khalayak ramai.

Datuk Musa Hitam, sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri, telah menyaman malu penulis Syed Hussien al nujum kerana mengatakan dia “pembunuh” dalam peristiwa Memali. Dia menang. Tengku Razaleigh Hamzah juga menyaman sebuah akhbar luar negara kerana mengatakan dia terlibat dalam skandal BMF di Hong Kong. Dia menang dan penerbitan tersebut terpaksa membayar ganti rugi berjumpah berjuta ringgit.

Mengapakah Musa Hitam dan Tengku Razaleigh menyaman pihak yang membuat tuduhan palsu dan menghina mereka di khalayak ramai? Mereka menganggap diri mereka tercemar oleh tuduhan-tuduhan palsu tersebut dan mereka ingin mempertahankan maruah dan harga diri mereka.

Mereka sedar mereka tidak melakukan apa yang dituduh oleh pihak penerbit dan penulis. Mereka tidak menyuruh orang lain menyaman bagi pihak mereka. Mereka sendiri bertindak menyaman kerana maruah dan harga diri mereka terjejas. Mahkamah yang membuat keputusan dan mereka sanggup ke depan untuk membersihkan nama mereka.

Mereka menganggap mereka difitnah dan mereka bertindak bagi membersihkan nama baik masing-masing sebagai pemimpin politik dan sebagai manusia biasa. Kalau Anwar menganggap dia tidak ada hubungan sulit dengan Shamsidar dan itu hanya fitnah belaka, nah, samanlah Ummi Hafilda dan keluarga Pak Ali? Juak-juaknya dan alim ulama yang membuntuti (jangan salah tafsir “bukan main buntut”) Anwar patut menggesa dan memaksa Anwar menyaman mahu keluarga Pak Ali untuk membersihkan diri dan jiwanya dari apa yang dikatakan sebagai fitnah itu.

Tan Sri Musa Hitam dan Tengku Razaleigh tidak menepuk dada dan mengangkat diri sendiri sebagai pejuang Islam dan insan berakhlak mulia. Tapi bilamana mereka difitnah mereka terus menyaman untuk membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa tuduhan terhadap mereka adalah palsu dan bermotif jahat untuk menjatuhkan air muka mereka. Anwar menganggap skandal seksnya sebagai fitnah dan keterlaluan.

Okay, good, saman Ummi Hafilda kerana mendedahkan skandal seksnya dengan kakak ipar gadis tersebut? Buktikan kepada para pelajar, alim ulama, sahabat handai, rakan-rakan dari kalangan bukan Islam dan juga Bill Clinton bahawa aku, Anwar bin Ibrahim, tidak mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang dan juga tidak melakukan hubungan sejenis dan Azizan Abu Bakar atau siapa saja jantan atau pondan yang ada di atas dunia mayapada ini.

Kalau hanya menelan bulat-bulat, seperti ular sawa menelan kambing, apa yang dikatakan Anwar tanpa mendesak dia menyaman malu mereka yang kononnya memfitnahkannya maka sikap anda itu bolehlah dianggap seperti itik jawa pulang petang. Seekor melintas jalan dan digelek oleh lori sampah yang lain pun turut melintasi jalan walaupun sudah melihat sahabat handai bergelimpangan dibaham tayar lori.

Apakah daya walau pun ada otak dan intelek tetapi tidak boleh berfikir secara kritis maka nasib kalian samalah dengan itik jawa pulang petang. Walaupun Anwar bersilat dan berkuntau dengan kata-katanya yang berputar-putar seperti berkuntau dengan kata-katanya yang berputar-putar seperti mesin rumput kontraktor kelas F menolak penglibatannya dalam skandal seks namun dia tidak dapat menyakinkan sebilangan besar rakyat Malaysia.

Ingat kisah Bill Clinton yang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan Monica Lewinsky yang bekerja di pejabat Rumah Putih? Clinton dikatakan menyuruh Monica menghisap kemaluannya (oral sex). Ini hobi Clinton barangkali. Selama lapan bulan dia menafikan kepada seluruh rakyat Amerika dan dunia (melalui CNN, CBS, CNBC dan lain-lain jenis media) bahawa dia tidak ada hubungan kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa dia sebenarnya mempunyai hubungan seks dan wanita muda yang ayu tersebut! Dia terpaksa mengaku kerana rakyat Amerika mahu dia bercakap benar dan jangan berbohong kepada mereka.

Akhirnya dengan penuh rasa malu dia terpaksa mengaku bahawa dia mempunyai hubungan seks dengan gadis tersebut. Dia meminta rakyat Amerika, keluarga Lewinsky dan Monica memaafkannya. Kini terpulanglah kepada rakyat Amerika untuk menerima dan menolaknya sebagai presiden Amerika. Nampaknya rakyat Amerika sedar Clinton juga tidak bermoral dan sudah ada usaha untuk membawa Clinton ke pengadilan gara-gara nafsunya yang membara dan membakar sukma.

Itu kisah hobi Clinton. Tapi hobi Anwar, menurut warkah Ummi dan Azizan kepada PM, lain pula sifatnya. Azizan bersumpah dengan nama Allah, berkata Anwar meliwatnya. Ummi dan Azizan berkata Anwar juga mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar, isteri Azmin, kakak ipar Ummi. Ini bermakna Anwar lebih hebat dari Clinton. Clinton suka pada wanita muda yang genit, berdada besar tapi tak suka main buntut (No male buttocks please I’m an American President) dan juga tidak mempunyai ghairah untuk menggoda dan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

Nampaknya Clinton pun ada perkara yang dia sanggup buat dan ada juga yang menjadi batas larangannya. Pondan atau jantan dia nahi nahi (no, no). Isteri orang juga nahi-nahi. Walaupun banyak gay bar dan gay club di US tapi Clinton nampaknya tak berselera dengan pondan dan gay. Dia juga tahu kisah Nabi Luth dan kehancuran Sodom dan Gomorrah yang terdapat dalam kitab Injil dan juga Al-Quran.

Walaupun Anwar berkata itu semua fitnah untuk menghancurkan kerjaya politiknya tapi anih bin ajaib dia tidak pula berani menyaman malu orang yang dikatakan membuat fitnah itu.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Anwar dan Nalla Seks + Judi dan Konspirasi", Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1998.


Baca selanjutnya...

05/01/2009

Anwar Ibrahim - Pemimpin Islam Liberal Alaf Baru



Anwar Ibrahim - Pemimpin Islam Liberal Alaf Baru


Ramai yang mungkin pernah mendengar "Islamic Liberal".. namun ramai yang kurang mengetahui pergerakan Islam Liberal ini sudah bergerak berleluasa di serata dunia.

Islam Liberal merupakan salah satu ideologi di mana ianya merupakan satu konsep yang mengambarkan "pengasingan kuasa". Jika kita merujuk dalam konsep Islam Liberal ini pula, Islam ini dipisahkan daripada ras-ras agama dan kehidupan dan Islam hanyalah bersifat agama semata-mata dan tidak boleh disamakan dengan kehidupan. Akan tetapi Islam sebenarnya "syumul" yakni Islam merupakan kehidupan kita setiap masa " The Way Of Life".

Usaha mereka ini nyatalah amat bahaya dan boleh menghilangkan akidah umat Islam di seluruh dunia. Jika kita tidak membendung perkara ini, maka tidak hairanlah ada wanita yang sanggup menjadi imam lalu mengimamkan solat Jumaat dan ada masyarakat cuba untuk mengunakan dan memanipulasikan Islam untuk kepentingan individu..

Di negara kita satu konsep yang cuba dibawa oleh pemimpin pembangkang adalah konsep yang dinamakan sebagai "Neo Islamic Conservative". Di mana ianya merujuk kepada konsep "Neo Conservative" iaitu "orang-orang yang tidak mengamalkan konsep Yahudi mengaku diri mereka adalah orang dan golongan Yahudi" mereka ini menyokong penuh dan menganggap diri mereka adalah bangsa Yahudi tetapi mereka hanyalah Yahudi di mata sahaja.. sebagai contoh kumpulan-kumpulan yang dikenali sebagai Neo Conservative ini adalah "Black Jews of Halem".



( Gambar di atas adalah pemimpin Amerika yang menggelar diri mereka sebagai Neo-Conservative, Lihatlah kebanyakannya merupakan rakan dan sahabat karib Anwar Ibrahim)


( Condoleezza rice juga merupakan anggota kumpulan " Black Jews of Harlem")


"Neo Islamic Conservative" ini kini telah cuba dibawa oleh Ketua Pembangkang kita pada hari ini iaitu Saudara Anwar Ibrahim masuk ke negara kita. Anwar cuba untuk mewujudkan konsep Islam baru yang lebih liberal yakni Islam yang hanya pada nama kita sahaja.

Golongan-golongan Islamic Conservative ini menyokong pembangunan Islam tetapi dalam masa yang sama dia juga menolak mengikut kehendak interest mereka. mereka ini cuba mewujudkan sebuah negara yang lebih liberal dan bersekongkol dengan barat untuk membina pakatan yang kuat supaya golongan ini bakal menguasai dan menghapuskan Islam (Kesyumulan Islam) di Malaysia khususnya dan negara-negara Islam yang lain.


Usaha ini haruslah disekat dan dibenteras awal. Pengaruh "Neo Islamic Conservative" kini sudah mula dilihat di dalam Parti PAS dengan tertubuhnya Group yang dikenali sebagai Group ERDOGAN di dalam PAS.

Kumpulan ini sememangnya mempunyai modus operandi yang tinggi. Parti PAS merupakan parti yang majoritinya merupakan ahli yang beragama ISLAM. Maka dengan mendapat tempat dan menguasai parti PAS, maka mereka mudah untuk menyebarkan ajaran "Neo Islamic Conservative" ini kepada masyarakat kita.

Marilah sahabat-sahabat kita dedahkan agenda Anwar Ibrahim ini..

salam...

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

sumber - brokenthecode.blogspot.com





Baca selanjutnya...

Penyokong PKR Dedah Rahsia Manikavasagam Letak Jawatan


+++video setakat ini sahaja+++






Baca selanjutnya...

Rahsia Tugasan Anwar Ibrahim di Amerika Syarikat


+++video setakat ini sahaja+++






Baca selanjutnya...

04/01/2009

"Erdogan Model Pemimpin Islam : Berani ke atas Hamas tetapi berbaik dengan Israel" kata Anwar Ibrahim

Dari kiri Anwar Ibrahim, Recep Tayyip ErdoÄŸan (Perdana Menteri Turki) dan Abdullah Gul (Presiden Turki). Anwar memuji Erdogan sebagai model pemimpin Islam. . Anwar tidak memilih parti Saadet pimpinan Necmettin Erbakan. Menurut Erbakan mereka menubuhkan Saadet sebagai warisan Parti Refah dan menentang polisi Erdogan dan parti AKP yang memperjuangkan Muslim Moderat yang pro Amerika - Israel. Bacaan lanjut klik di sini


"Erdogan Model Pemimpin Islam : Berani ke atas Hamas tetapi berbaik dengan Israel" kata Anwar Ibrahim


Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, seorang tokoh antarabangsa yang memberikan inspirasi kepada ramai Muslim di Asia Tenggara, mengatakan kemungkinan penolakan permintaan Turki untuk menyertai European Union (EU) atau Kesatuan Eropah akan dilihat oleh kesemua Muslim di seluruh dunia sebagai sikap "tidak" toleran Eropah kepada Islam.

Selepas perbalahan politik yang sengit dengan mentornya, Mahathir Muhammad pada 1998,Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara dalam kurungan seorang diri selama 6 tahun dan hanya dibebaskan pada 2004.

Semasa Anwar Ibrahim menghadiri satu persidangan bertajuk "Islam dan demokrasi : adakah ia berkesan? Perspektif di Asia Tenggara" sebagai penceramah utama di Brussels, beliau dalam temu bual eksklusif bersama Today's Zaman, telah memberi amaran kepada EU tentang kemungkinan wujud kesan sampingan daripada dunia Muslim akibat penolakan permintaan Turki itu.

Anwar Ibrahim dikenali sebagai tokoh penting dalam dunia Muslim dan merupakan seorang penyokong kuat Turki dalam proses perubahannya. Beliau amat marah dengan pengundian EU tersebut apabila Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy, ketika itu cuba menghalang kemasukan Turki sebagai salah satu anggota EU.

"Sarkozy merupakan seorang yang angkuh dan jahil. Dia ternyata memainkan sentimen populis dengan menjadi juara anti-Muslim dan anti-imigran, merupakan sentimen yang agak kuat di Perancis," katanya.

Pemimpin Malaysia, yang telah dipilih sebagai "Asian of the Year" oleh Newsweek International pada 1998 itu, menjelaskan kemungkinan penolakan Turki oleh EU akan dilihat oleh Muslim di seluruh dunia sebagai satu penolakan terhadap Islam, dan memberi amaran kepada Brussels untuk bersikap jujur terhadap Ankara.

"EU mendakwa mereka bukan menentang Islam. Tetapi Muslim secara jelas melihatnya sebagai satu penolakan terhadap negara Islam. Ini akan dilihat sangat negatif oleh dunia Muslim, " kata Anwar Ibrahim, dan menekankan bahawa Muslim akan melihat bahawa orang Eropah tidak jujur serta "anda tidak boleh mempercayai mereka."

Recep Tayyip ErdoÄŸan (kiri), Perdana Menteri Turki mewakili parti Muslim Moderat, AKP dan Necmettin Erbakan (kanan) mewakili Parti Muslim, Saadet. Erbakan merupakan bekas pemimpin parti Refah dan Perdana Menteri Turki pada tahun 1996. Erbakan digulingkan daripada Perdana Menteri oleh pihak tentera pada tahun 1998 dan parti Refah diharamkan. Selepas itu Erbakan menubuhkan parti Fazilet dan Saadet, manakala Erdogan menubuhkan parti AKP.


Kita tidak bercakap tentang al-Qaeda

Anwar memuji parti yang memerintah Turki sekarang, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dan mengenai kepimpinannya, Anwar menghuraikan lebih lanjut kenapa dunia Muslim akan mengambil pengajaran yang sangat negatif dengan penolakan Turki oleh EU itu.

"Mesejnya jelas walaupun Muslim yang paling moderat tetapi mereka tetap tidak dialu-alukan. Kita tidak bercakap tentang al-Qaeda; kita bercakap tentang Parti AKP. Kumpulan Muslim yang paling toleran; namun mereka tetap tidak mendapat toleransi daripada Eropah. Mesejnya akan terus membara, selagi anda mempunyai identiti Muslim, mereka ditanyakan dengan banyak soalan. Orang Eropah akan mempunyai banyak kesulitan dengannya. "


Anwar Ibrahim percaya penolakan Turki akan menjadi masalah kepada EU apabila semakin banyak negara Eropah Timur pada masa ini akan menjadi ahli.

"Pertamanya, secara geopolitik adalah benar [untuk dilakukan]. Apakah penjelasan yang boleh anda berikan untuk membawa kesemua negara Eropah Timur, tetapi tidak Turki?....[Penerimaan Turki] adalah jalan terbaik untuk memastikan kejayaan sebuah negara Muslim yang boleh dijadikan model," katanya.


Beliau secara dekat mengikuti hubungan antara Turki-EU dan berpendapat bahawa Muslim di seluruh dunia mempunyai minat mendalam, melihat apa yang berlaku di antara Ankara dan Brussels di atas dua sebab.

"Pertama, Turki sangat penting, salah sebuah daripada negara Muslim yang memainkan peranan utama. Turki negara yang berjaya. Kedua, untuk melihat sikap orang Eropah. Mereka bercakap tentang kebebasan dan maruah lelaki - wanita, kemudian kita juga perlu untuk melihat sama ada mereka akan membenarkan sebuah negara majoriti penduduk Muslim akan menjadi ahli EU. Mereka kata mereka tidak mengamalkan diskriminasi berdasarkan warna, bangsa atau kepercayaan. Mari kita lihat," katanya lagi.


Turki menjadi model dunia Muslim

Menyentuh sama ada Turki boleh dijadikan sebagai satu model kepada dunia Muslim, Anwar Ibrahim mengesahkannya bahawa Turki merupakan model yang terbaik dalam kes ini.

Menurutnya, Turki merupakan negara moden, demokratik dengan ekonomi pasaran yang berfungsi dan telah menjuarai banyak isu yang menarik perhatian dunia Islam.

"Lihat apa yang dilakukan oleh Turki di Darfur, apa yang mereka lakukan di Aceh. Saya telah bertemu dengan gabenor Aceh. Dia memilih bantuan Turki dengan menyatakan bahawa bantuan itu salah satu yang terbaik. Bersih, tiada rasuah. Anda tahu kenapa? Kerana orang Turki hidup di dalam suasana yang demokratik dan mereka cuba untuk menjadi Muslim yang baik," katanya.


Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan pendapat mengatakan Turki tidak sesuai digambarkan sebagai satu model terbaik dunia Islam apabila wujudnya tentangan kumpulan militan sekularisme Turki yang menjadi satu ancaman kepada ramai Muslim yang warak. Khususnya, berkenaan kes pengharaman terhadap wanita bertudung yang mempunyai kesan negatif terhadap keseluruhan dunia Muslim, khasnya dunia Arab.

Anwar menjelaskan bahawa isu itu berpunca daripada tentera, bukannya kemahuan rakyat Turki. Dalam kes pengharaman wanita bertudung , katanya : "Seseorang perlu membezakan antara suara rakyat Turki yang bebas dan suara muncung senjata. Orang Arab lebih tahu tentang perkara ini," memetik kata-kata Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip ErdoÄŸan, salah seorang pemimpin paling berani dalam dunia Islam, Anwar Ibrahim berpendapat Muslim memerlukan pemimpin sepertinya (ErdoÄŸan).



Foto atas, Recep Tayyip ErdoÄŸan melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Bush, Amerika Syarikat. Foto di bawah, ErdoÄŸan turut melakukan kunjungan hormat kepada Ehud Olmert di Israel. Ketika itu Olmert merupakan Perdana Menteri Israel.



"Kita memerlukan pemimpin seperti ErdoÄŸan. Dunia Islam perlu pemimpin seperti itu, kita mempunyai asas Islam yang kuat tetapi kita tidak pernah mendakwa mewakili Muslim atau mendakwa untuk menjadi parti agama – seorang pemimpin yang mempunyai keberanian hebat terhadap Iraq, Iran, Hamas dan pada masa yang sama mempunyai hubungan baik dengan Israel " kata Anwar Ibrahim.


[Nota AIDC : Menurut laporan Julia Kirby (Pembantu Penyelidik, Pew Forum on Religion & Public Life , Amerika) yang mewawancara Anwar Ibrahim, di Amerika Syarikat pada Jumaat, 7 April 2006, Anwar secara tegas menjelaskan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju dengan HAMAS di Palestin, tetapi tetap menerimanya kerana telah dipilih oleh rakyat mereka. Oleh itu peranan pemimpin dunia Islam lain khususnya Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip ErdoÄŸan diperlukan untuk menuetralkan pegangan pemimpin HAMAS. Anwar juga turut melahirkan kemarahan kepada pentadbiran Washington kerana mencurigai kehadiran Erdogan menemui HAMAS. Kata Anwar, Perdana Menteri Erdogan telah memberikan taklimat ringkas kepadanya tentang apa yang berlaku semasa lawatan ke Palestin itu, dan pada fikirannya Erdogan seorang yang berani untuk menunjukkan kepada HAMAS bahawa beliau menghormati keputusan rakyat Palestin, dan dalam masa sama meyakinkan HAMAS supaya lebih bersederhana, serta mempelawa menjadi sekutu kepada Amerika. Kata Anwar lagi, Turki telah memaklumkan kepada HAMAS; “Ya, kami mampu untuk bekerja bersama dengan Amerika Syarikat untuk mencari persefahaman.” Rujuk laporan Pew Forum on Religion & Public Life tentang sikap Anwar dan Erdogan terhadap isu HAMAS, klik di sini ]


Mengulas mengenai isu pengasingan di antara tentera dengan Parti AKP untuk pilihan raya presiden yang akan datang, Anwar Ibrahim memuji tentera Turki tetapi menyeru mereka untuk menjauhkan diri daripada politik.

"Mereka boleh menjadi benteng keselamatan. Semasa saya berada dalam kerajaan dan menangani isu Bosnia, saya telah mendapat keistimewaan daripada tentera Turki secara dekat dan saya berasa amat kagum terhadap mereka, [untuk] disiplin dan keazaman mereka. Mereka perlu menjadi askar yang profesional tetapi hal politik perlu diuruskan oleh ahli politik, bukan oleh rasa hati tentera," katanya.


Anwar Ibrahim merupakan penceramah antarabangsa yang terkenal dalam topik "Islam dan demokrasi, kebebasan, pengurusan dan keperluan sikap kebertanggungjawaban". Beliau secara konsisten menegaskan Islam dan demokrasi adalah serasi.

Apabila ditanya mengapa terlalu sedikit demokrasi dalam dunia Muslim, beliau berkata sikap kebertanggungjawaban yang lemah seperti kepimpinan politik yang tidak munasabah adalah puncanya.

"Kepimpinan dalam dunia Islam tidak mewakili orang ramai. Mereka kebanyakannya rejim tentera. Negara Muslim yang paling popular mengamalkan demokrasi adalah Indonesia. Muslim di India juga menyertai proses demokratik dan mempunyai populasi Muslim yang kedua paling besar di dunia. Turki pula dianggap salah sebuah negara yang amat penting dan menjadi juara dalam demokrasi walaupun negara itu berada dalam ancaman. Di Timur Tengah, Iran adalah negara demokrasi semasa berada di bawah pemerintahan Musaddak (1). Dia (Musaddak) telah digulingkan oleh CIA dan perisikan British. Iraq semakin hampir kepada demokrasi sehingga Saddam. Juga Mesir, di bawah Raja Farouk, menuju ke arah pilihan raya yang demokratik sebelum rampasan kuasa dilakukan ke atasnya . Ianya hanya pemimpin tentera yang dilatih oleh Barat – dilatih oleh British atau Amerika – yang akhirnya melancarkan satu rampasan kuasa," katanya.

Dua kerajaan Iran berbeza; Musaddak (kiri) Perdana Menteri Iran semasa rejim Dinasti Pahlavi dan Mahmoud Ahmadinejab (kanan), Presiden Iran warisan Revolusi Islam, Ayatollah Ruhollah Khomeini. Anwar memilih zaman Musaddak sebagai zaman demokrasi berbanding dengan zaman Ahmadinejab




Sokongan demokrasi Barat bercanggah ke atas dunia Muslim


Anwar Ibrahim mengutuk Barat yang kononnya mendesak demokrasi dalam dunia Muslim dan meminta Muslim untuk menyokong kebebasan serta mengutamakannya.

"Sebagai Muslim adalah tugas saya untuk menyokong dengan kuat kebebasan individu. Kebebasan hak individu termaktub dengan jelas dalam Syariah. Kenapa Nabi Muhammad berjuang menentang Jahiliah Quraisy. Dia (Nabi Muhammad)berjuang untuk kebebasan. Bukan untuk menjadi hamba kepada manusia, wang atau kuasa tetapi hamba kepada Tuhan," katanya.


AIDC menterjemah artikel Today's Zaman, Selçuk Gültaşli, 2007. Artikel asal klik di sini


Nota :

(1) Mussadak atau Mossadegh adalah nama gelaran kepada Mohammad Mosaddeq, Perdana Menteri Iran (1951 - 1953). Beliau dipilih menjadi Perdana Menteri (PM) semasa pemerintahan Dinasti Pahlavi, di bawah Raja Mohammad Reza Pahlavi atau Raja Shah Mohamad. Raja Shah Mohammad adalah putera kepada Shah Reza Pahlavi (Raja Pertama Dinasti Pahlavi) yang telah diangkat oleh pakatan Barat diketuai Amerika Syarikat setelah ayahnya (Shah Reza) dibuang negara oleh kuasa-kuasa Barat itu.

Semasa pemerintahan Raja Shah Mohamad, beliau bertelagah kuasa dengan Mussadak yang juga diangkat oleh Amerika. Pertelagahan berpunca daripada usaha Mussadak yang mahu memiliknegara industri minyak, sedangkan Raja Shah Mohamad mahu mewarisi sistem ayahnya, industri minyak dikekalkan kepada pihak British. Syarikat minyak British yang telah bertapak di Iran adalah AIOC (Anglo-Iranian Oil Company) atau British Petroleum dan sekarang dikenali BP.

Akibat kemelut itu, Raja Shah Mohammad kemudiannya melarikan diri keluar negara. Musaddak pula telah disingkirkan melalui rampasan kuasa oleh Jeneral Fazlollah Zahedi (proksi Raja Shah Mohammad) pada 19 Ogos 1953. Di belakang Jeneral Fazlollah dibiayai oleh Pihak British dan kerajaan Amerika melalui operasi CIA yang kenali sebagai "28 MORDAD 1332". Musaddak telah ditahan dan dipenjara selama tiga tahun. Selepas itu Raja Shah Mohammmad kembali semula ke Iran dan Musaddak pula diletakkan di bawah tahanan dalam rumah sehingga dia meninggal dunia.

Raja Shah Mohammad mengukuhkan pentadbirannya dengan melantik Perdana Menteri boneka dan menubuhkan badan perisikan Iran, yang dikenali sebagai SAVAK untuk menghancurkan kumpulan-kumpulan yang menentangnya.

Pada pertengahan tahun 1970, muncullah sebuah gerakan Islam yang dipimpin oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini menggulingkan Raja Shah Mohammad yang disokong oleh British dan Amerika. Kemenangan Revolusi Islam pimpinan Ayatollah Ruhollah Khomeini itu telah menamatkan pemerintahan kuku besi Dinasti Pahlavi dan berakhirnya cengkaman kuasa Barat khususnya Amerika di Iran.

Bacaan lanjut klik di sini dan di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Kisah di belakang tabir Erdogan, Abdullah Gul dan AKP di Turki..

2. Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), Parti Islam Turki?




Baca selanjutnya...

Teguran DAP tidak hormati Anwar - penganalisis



Teguran DAP tidak hormati Anwar - penganalisis


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


PETALING JAYA: Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memastikan pemimpin parti itu lebih berdisiplin menggambarkan pakatan pembangkang itu masih berada dalam proses penyesuaian dalaman.


Perkara sedemikian dilihat oleh penganalisis politik tempatan sebagai tindakan tidak matang kerana ia menunjukkan kerapuhan sistem pakatan yang mereka amalkan.


Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman berkata situasi sedemikian menggambarkan seolah-olah Anwar tidak dihormati.


Jelasnya perkata itu juga menunjukkan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS masih belum mempunyai seorang ketua yang disegani.


"Walaupun Anwar kini sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat, namun tindak tanduk mereka seolah-olah tidak menghormati Anwar sebagai ketua.


"Malah mereka juga dilihat seperti sedang tercari-cari seorang pemimpin yang disegani," katanya kepada mStar Online.


Semalam Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan supaya Anwar memastikan pemimpin-pemimpin PKR lebih berdisiplin dalam usaha mengekalkan Pakatan Rakyat terus diterima rakyat.


Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terkini iaitu terdapat beberapa pemimpin PKR bergaduh dengan pemimpin PAS di Perak yang boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.


Ahmad berkata sepatutnya Guan Eng tidak membuat teguran terbuka melalui media kerana tindakan tersebut sedikit sebanyak boleh mengeruhkan hubungan parti komponen dalam pakatan pembangkang itu.


"Sepatutnya tegurlah dalam mesyuarat atau secara bertulis kerana melalui cara itu nampak lebih baik dan elok," katanya.


Malah jelas beliau lagi teguran terbuka seumpama itu juga boleh menyebabkan hati penyokong PKR mahupun PAS terguris.


"Tindakan Guang Eng itu juga boleh menyebabkan ramai yang berkecil hati dan terguris kerana ia seolah-olah menggambarkan pimpinan kedua-dua parti berkenaan tidak berjaya mengawal ahli-ahlinya," katanya.


Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berpendapat 'perbalahan pandangan' yang wujud dalam Pakatan Rakyat akan terus berterusan.


"Teguran Guan Eng itu ada asasnya kerana mereka sememangnya akan terus berbalah sesama sendiri untuk satu tempoh yang lama.


"Malah saya juga menjangkakan proses orientasi barisan pembangkang itu akan berterusan hingga satu penggal," katanya.


Jelasnya antara PKR, PAS dan DAP mereka masih belum betul-betul mengenali antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai matlamat dan ideologi yang berbeza.


"Latar belakang mereka berbeza, agenda dan ideologi juga berbeza kerana pakatan itu hanya bersatu dalam pilihan raya dengan sasaran untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN).


"Kemudian lepas pilihan raya mereka kembali bawa haluan masing-masing dengan cara dan pemikiran yang berbeza-beza," katanya.


Bagaimanapun beliau berkata teguran Guan Eng itu kena pada tempatnya.


"Mungkin Guang Eng sedar perbalahan antara PKR dan PAS akan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kepimpinan negara.


"Beliau mungkin juga tidak mahu pergaduhan PKR dan PAS akan turut mengheret DAP dalam masalah yang timbul," katanya.

sumber - Mstar.online




Baca selanjutnya...

03/01/2009

Kalimah ALLAH Majalah Kristian : Anwar Ibrahim sudah beri lampu hijau

Ketua Biskop Kristian Katolik Dato Murphy Pakiam (no 2 dari kanan) bersama Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di Rumah Terbuka Kristian anjuran Christian Federation of Malaysia bertempat di Archdiocesan Pastoral Institute, Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur pada 25 Disember 2007

Kalimah ALLAH Majalah Kristian : Anwar Ibrahim sudah beri lampu hijau


Menghairankan mengapa puak Kristian mahu gunakan kalimah ALLAH dan Bahasa Malaysia didalam penerbitan majalah mereka selepas lebih 50 tahun merdeka. Adakah ini peluang terbaik mereka apabila melihat orang Melayu yang beragama Islam sesama sendiri berbalah. Adakah disebabkan sokongan ( lampu hijau )yang diberikan oleh Khalid Samad dan Anwar untuk menggunakan nama Allah membuatkan mereka semakin besar kepala.





Tidakkah kedua-dua manusia yang bertopengkan ugama ini boleh dianggap petualang bangsa dan ugama sehingga membuatkan puak Kristian sudah berani cuba memijak kepala umat Islam dinegara ini . Adakah dengan kemenangan mereka didalam pru-12 lepas memberi mereka " lesen besar " untuk menyakitkan umat Islam dinegara ini? Ditambah pula dengan sokongan hebat kedua-dua petualang bangsa ini?

"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."

Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.

Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia begitu terdesak memohon menggunakan istilah Arab "Allah" menggantikan "Tuhan"? Kenapa minta di depan Anwar ? Kenapa baru sekarang dan tidak dari dahulu lagi ?

Kenapa Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak memohon kalimah Arab "Rab" yang bermaksud "Tuhan" dan kenapa hanya pohon kalimah "Allah" ?

Saya melihat semua ini mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat. Apakah ini bermaksud untuk mengelirukan orang-orang Melayu supaya tidak dapat membezakan kalimah "Allah" dalam Bible dengan kalimah "Allah" dalam Al Quran ? Motifnya seperti mahu merencanakan projek mengkristiankan Melayu secara besar-besaran.

Ya benar seperti didakwa Irene Fernandez, tidak dinafikan bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab. Sebenarnya penggunaan Allah telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Kebanyakan Nasrani (Kristian) pada masa itu berpegang kepada syariat nabi Isa - bukan seperti Kristian zaman sekarang.

Rata-rata orang Arab Kristian memegang kepada kepercayaan Christian Orthodox , seperti di Palestine, Lebanon , Syria , Jordan dan sebagainya.

Namun begitu, majoriti Kristian menafikan kewujudan ‘Allah ‘ terutamanya Bible dalam bahasa Hebrew atau pun Greek.


Dato Murphy Pakiam, Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (sebelah kanan Anwar) merupakan tetamu kehormat Anwar Ibrahim dalam Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri 2007 di kediaman rasmi Anwar di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur.


Datuk Murphy Pakiam (no 2 dari kanan) bergambar bersama aktivis dan NGO PKR yang mendapat dana Yayasan Kristian-Yahudi dari Amerika. Dari kiri, Lee Khai Loong (Ketua Koodinator Youth For Change-YFC-), Elizabert Wong (Aktivis Suara Rakyat Malaysia-SUARAM- dan Hak Asasi Malaysia-HAKAM - sekarang exco kerajaan Selangor), Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif SUARAM), Cynthia Gabriel (Aktivis SUARAM), Datuk Murphy dan Tian Chua (Aktivis SUARAM, HAKAM dan Ketua Penerangan PKR). Semua NGO ini ditaja oleh NED yang juga merupakan penaja utama Anwar. Lihat bukti klik di sini.


Maka jelaslah penafian ini menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat bahwa kewujudan perkataan Allah di dalam Bible sejak dari dahulu lagi. Buktinya baca disini... .

Persoalannya;

1) Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri, menolak kalimah "Allah" di dalam Bible asal?

2. Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat ? Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada Allah ?

2) Adakah dengan menggantikan kalimah "Allah", Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam Bible ?. baca disini...

Maka jelaslah, pada saya, usaha penukaran istilah Tuhan di dalam Bible di Malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat

Mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi keliru, melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu, orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah Allah di dalam kitab Bible.

Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa “Bible is Corrupted”.

Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘words of God’ sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia ?

Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan ‘holy’?

Berlainan dengan AlQuran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat-ayat Al-Quran itu.

Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah di’edit’ dan dikotori oleh tangan manusia. Malangnya manusia yang dulunya berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh Islam kononnya atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION”

Apakah niat sebenar Anwar, untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ? Wajarkah semata-mata mahu meraih sokongan dan populariti, agama dan kalimah "Allah" diperjudikan ?

Oleh itu, tindakan kerajaan Malaysia menolak penukaran istilah Tuhan di dalam Bible kepada Allah memang tepat dan merupakan tindakan yang bijak.

Semoga ketulenan dan kesucian agama Islam serta kesejahteraan umat Islam di Malaysia akan sentiasa dilindungi Allah , Ameen ya rab Al’Alameen.

Berbalik kepada kenyataan Teresa Kok...kalau selama ini beliau suka menyaman sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkannya, bagaimana pula jika Umat Islam pula menyaman Teresa Kok kerana kenyataannya menyinggung perasaan umat Islam dan dikuatiri akan menjadi konflik antara ugama kemudian kelak..

Kenyataan Teressa Mangkok menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia..kalau dia boleh saman Utusan kerana " azan " mengapa Orang Islam tak boleh menyaman Teresa Kok kerana kenyataan yang tak bertanggungjawab????

Salam perjuangan

Tamingsari


Komen Tamingsari berasaskan artikel bertajuk " Teresa Kok kecewa KDN haram Herald guna nama Allah". Klik di sini





Baca selanjutnya...

Teresa Kok kecewa KDN haram Herald guna nama Allah




Teresa Kok kecewa KDN haram Herald guna nama Allah


Jan 2, 09 7:44pm

Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan akhbar mingguan Kristian Herald edisi Bahasa Malaysia sebagai "hadiah terburuk" tahun ini kepada penganut agama itu, kata ahli parlimen Seputeh.

"Tindakan KDN itu sangat tidak adil dan tidak munasabah kepada penganut Kristian yang hanya boleh membaca Bahasa Malaysia,” kata Teresa Kok.

"Ramai penganut Kristian dapat memantapkan kepercayaan mereka melalui Bahasa Malaysia dan selama ini beribadat dengan bahasa kebangsaan."

Beliau, yang juga exco kerajaan Selangor, mengulas sikap kementerian itu baru-baru ini yang diambil sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung pertikaian penggunaan kata 'Allah' dalam penerbitan itu dengan KDN.

Mingguan itu – diedarkan di kalangan 850,000 penganut Katolik di Malaysia – hampir ditarik balik lesen penerbitannya tahun lalu kerana menggunakan nama "Allah" sebagai terjemahan perkataan "Tuhan".

Pihak berkuasa melarang perkataan "Allah" digunakan dengan alasan ia hanya boleh digunakan oleh orang Islam.

Tarikh penggantungan tersebut yang berkuatkuasa kelmarin akan berakhir selepas mahkamah memutuskan sama ada akhbar tersebut boleh menggunakan “Allah” atau sebaliknya.

Teresa menyifatkan tindakan KDN itu mendahului mahkamah yang belum diketahui keputusannya dengan pasti.

"Penggantungan KDN itu sehingga mahkamah putuskan, yang tidak sesiapa tahu bila, ibarat meletakkan kereta kuda di depan haiwan itu, kerana kementerian telah merampas keputusan mahkamah itu!" tambahnya.

Beliau berkata, kementerian menafikan hak bersuara dan mengeluarkan pendapat apabila mencampuri kandungan sebuah akhbar Kristian yang hanya dijual kebanyakannya kepada penganut Katolik, dan bukannya untuk edaran umum.

Sehubungan itu, beliau menggesa menteri berkenaan Datuk Seri Syed Hamid Albar menyemak semula keputusan Unit Penerbitan dan Unit Kawalan Teks al-Quran yang disifatkannya melanggar perlembagaan negara dan menambahkan kebencian masyarakat Kristian terhadap kerajaan BN.

sumber - Malaysiakini

Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

2. The Christian Federation of Malaysia (CFM) tuntut Bible dalam Bahasa Malaysia

3. Hati-hati dengan slogan Harapan Baru, Anwar Ibrahim

4. Anwar Ibrahim disanjung oleh Majlis Gereja

5. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?


Baca selanjutnya...

Konspirasi Anwar Ibrahim - Paul Wolfowitz di dunia Muslim dan Malaysia



Konspirasi Anwar Ibrahim - Paul Wolfowitz di dunia Muslim dan Malaysia


MBoz's diary

Berita Iraq menikmati bajet yang berlebihan ketika AS menunjukkan kelemahan di bawah beban defisit membangkitkan permintaan Iraq untuk menggunakan kos tersebut untuk dibayar kepada usaha pembangunannya semula, sebagai anugerah justifikasi selepas tamatnya riwayat politik kepercayaan seorang arkitek perang Iraq, Paul Wolfowitz bahawa perang tersebut dapat dilaksanakan dengan “harga yang murah,” dan Iraq dapat membayar semula dan kita (Amerika) musnah dengan duitnya sendiri.

Kesemua ini adalah mengarut, sudah tentu sebagai satu cara untuk menjustifikasikan pembatalan tanggungjawab di atas kemusnahan yang disebabkan oleh kita.

Ia juga satu peringatan bahawa orang seperti Wolfowitz, walaupun dibuktikan salah dalam setiap arahannya dan diaibkan secara politik secara berganda, telah berakar umbi dengan kukuh di pusat kekuasaan global yang telah berapa kali mereka melakukan kerosakan tetapi mereka masih digunakan perkhidmatannya.

Ini seperti campuran Woody Allen's "Zelig" dan Terminator – lelaki yang sentiasa menunjukkan dirinya sentiasa penting dan.....hanya..tidak akan...mati...

Anda juga dapat menemui cengkaman Wolfowitz dipanjangkan ke Malaysia, di mana pemimpin politik pembangkang Anwar Ibrahim terkenal kerana berhubung dengannya :

Sekarang salah seorang daripada tokoh paling terkenal di dunia Islam bernama Anwar Ibrahim – bersama rakan - rakan di Barat termasuk bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, Paul Wolfowitz dan bekas Presiden Bank Dunia, James Wolfensohn – Anwar mengetuai pakatan pembangkang yang berjaya menjejaskan pakatan Barisan Nasional secara teruk.

Antara matlamat Anwar : meruntuhkan satu sistem tindakan berdasarkan etnik (affirmative-action programs) secara bersungguh-sungguh yang sebelum ini telah membantu etnik Melayu menguasai Barisan Nasional untuk memerintah negara pelbagai kaum selama 50 tahun.

Jelaslah, matlamat khusus Anwar (affirmative-action programs), serupa dengan tindakan neocon yang menjadikan kumpulan pemikir Yahudi di Amerika itu menjuarai negara selama bertahun-tahun, dan Wolfowitz meneruskan taktik yang sama untuk menjadi juara di seluruh dunia, walaupun selepas dia mengulangi kegagalannya:

Menurut rekod, Paul Wolfowitz amat tertarik dengan pembangunan dan ekonomi yang demokratik yang telah berlaku di Taiwan selama beberapa dekad, dia berkata bahawa cabaran seterusnya adalah untuk membawa kejayaan ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Taiwan perlu dijadikan sebagai pengkalan rakan perniagaan yang terbaik di dunia,” katanya, dengan mengambil Ireland sebagai contoh yang merendahkan cukai, tidak mengetatkan peraturan dan memperbaiki infrastruktur fizikal.

Sesungguhnya, dengan dasar seperti itu telah dilaksanakan dengan baik di negara kita (Amerika) sendiri sejak akhir-akhir ini, kesannya pembangunan ekonomi kita runtuh, kita mendapat krisis makanan yang teruk, dan kegagalan menghasilkan kekayaan yang secara keseluruhannya ?.

Adakah mereka ini (neocon) tidak pernah mempelajari kesilapan-kesilapan masa lalu?

Apabila berbicara tentang 'affirmative-action programs' dan Anwar Ibrahim, dia dilihat menjalankan pelbagai jenis pekerjaan upahan kepada Wolfowitz dan teman wanitanya, Shaha Riza (Anwar budak suruhan Wolfowitz dan Shaha Ali Riza):

Selepas setahun, Anwar Ibrahim dilantik menjadi pengerusi Foundation for the Future (Yayasan Masa Hadapan),pada 1 Oktober 2006, dia menulis kepada Robin Cleveland, pembantu kanan Wolfowitz di Bank Dunia dan meminta pemindahan Shaha Riza dari State Department (Jabatan Negara) ke Foundation for the Future.


Surat Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Foundation for the Future kepada Robin Cleveland, memohon penukaran Shaha Ali Riza dari Jabatan Negara ke Foundation For The Future


Dua bulan kemudian, selepas Cleveland mengarahkan Timbalan Presiden Sumber Manusia Bank Dunia untuk meluluskan pemindahan itu, Bank Dunia telah menekan suis OK. Surat Anwar dan dokumen bank yang lain berkaitan dengan penukaran itu tidak menyebut bahawa Anwar Ibrahim merupakan seorang rakan lama Wolfowitz.

Salah seorang ahli politik Muslim yang terkenal, Anwar Ibrahim merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dia dan Wolfowitz bertemu dan bersahabat pada pertengahan 1980-an, ketika itu Wolfowitz adalah duta A.S. ke Indonesia, berdasarkan laporan yang dinyatakan oleh Aasil Ahmad, penasihat kepada Anwar.

Pada tahun 1998, selepas memberikan ucapan dalam satu perhimpunan besar anti kerajaan, Anwar telah ditahan dan kemudian telah dipenjarakan atas tuduhan rasuah dan liwat. Semasa berada dalam penjara, Wolfowitz merupakan juara dalam bercakap mengenai Anwar.

Sebaik sahaja selepas serangan 9/11, Anwar Ibrahim, yang masih dipenjarakan, menulis satu esei mengutuk serangan itu dan menyeru Muslim supaya mengecam diktator Iraq yang menderitakan masyarakat Muslim.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan taktik keji memburuk-burukkan yang dikenakan terhadap Anwar oleh parti memerintah, dan secara umumnya membantu meningkatkan suasana panas di blog Malaysia untuk membelanya, namun kehadiran Wolfowitz dalam sejarah politik Anwar merupakan satu peringatan yang jelas bahawa terdapat elemen gangguan yang berlebihan untuk membuatkan anda berfikir dua kali.

Sama ada di Taiwan, Malaysia, atau Washington D.C., orang seperti Wolfowitz akan berterusan menyelinap masuk ke dalam badan politik dan mengganggu perdebatan untuk mempromosi kegagalan pro-perang mereka, dasar pro kepada ahli korporat apabila seseorang memberikan kuasa kepada mereka.

Seperti seorang penyibuk utama, walaupun tidak diundang, mereka masih datang dan membawa nasib malang ke mana sahaja mereka pergi.


AIDC menterjemah artikel The Agonist, 13 Ogos 2008, bertajuk "Paul Wolfowitz: The Ultimate Bad Penny". Artikel asal klik di sini


Artikel lain yang berkaitan :

1. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

2. Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

3. Apabila Iraq dan Afghanistan diserang, Anwar jadi Office Boy Amerika

4. Konspirasi Wolfowitz-Shaha-Anwar : SAIS, SAIC dan CIA..

5. Yayasan Hantu : Foundation For The Future

6. Di sebalik Anwar Ibrahim & Foundation For The Future

7. Anwar letak jawatan Pengerusi Foundation For The Future !

8. Pakatan Al Gore dan Anwar Ibrahim serang Malaysia


9. Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar

10. Kenapa Yahudi-Amerika suka Anwar?

11. Komplot Neocon & Israel Musnahkan Umat Islam

12. Anwar Ibrahim jawab isu Yahudi kepada pelabur asing di Hong Kong

13. Hubungan Anwar-Amerika bahayakan negara - Dr. Chandra Muzaffar

14. Lelaki Muslim bernama Anwar Ibrahim dari kaca mata Barat..

15. Hati-hati dengan Anwar, pesan Dr Yusof Qardawi..

16. Anwar Ibrahim : Masa Depan Demokrasi Muslim

17. Anwar beritahu Amerika Osama Laden pengganas Islam

18. Adakah Anwar berstatus warganegara Amerika?

19. Anwar Ibrahim 100 Tokoh Dunia (TIME)




Baca selanjutnya...

02/01/2009

Komplot Neocon & Israel Musnahkan Umat Islam




Komplot Neocon & Israel Musnahkan Umat Islam


Oleh Steve Clemons

Dalam isu terbaru mengenai Dasar Luar Amerika, Joshua Muravchik – seorang pemikir neokonservatif (di American Enterprise Institute)– telah menerbitkan rencana luar biasa bertajuk, "Operation Comeback" yang menawarkan mea culpa (pengakuan terhadap kesalahan lalu) kerana terlalu banyak dasar luar neocon telah menghuru-harakan Amerika dan menyebabkan imej keberanian melampau Presiden Amerika bahawa dia lah pihak yang memulakan perang dunia ketiga terhadap negara Muslim.

Rencana Muravchik ditulis sebagai memo kepada “rakan neokonservatifnya yang lain.”

Terdapat banyak perkara yang menarik dalam cebisan ini, tetapi ini adalah sebahagian bahan kempen (parti Republikan) yang ditujukan kepada setiap pengundi:

Persediaan untuk Mengebom Iran

Jangan tersilap (memilih), Presiden Bush perlu mengebom kemudahan nuklear Iran sebelum meletak jawatan. Itulah sepatutnya tetapi tidak dapat dibayangkan jika Iran akan menerima sebarang pendorong keamanan untuk meninggalkan keinginannya kerana bom.

Pemerintahnya (Iran) adalah fanatik, berideologikan agama yang tidak akan menukar sesuatu pegangan yang mereka percaya sebagai status kuasa besar dengan semangkuk sup yang teruk. Walaupun di Iraq semakin baik, Iran yang bersenjatakan nuklear akan mensia-siakan sebarang perkembangan ini. Tiada pengganas yang paling berani dan pejuang jihad lebih berani selain daripada Iran yang bersenjatakan nuklear.

Kecaman keras dunia terhadap Bush apabila dia memetik picu senjata yang akan membingitkan telinga kepada setiap rumah. Ini akan menjadi suntikan semangat untuk organisasi seperti MoveOn.org.

Kita perlu membina strategi yang lebih intelek sekarang dan bersedia untuk mempertahankan tindakan apabila serangan berlaku. Secara khusus, kita perlu membantu orang ramai membayangkan apa yang akan terjadi kepada dunia sekiranya Iran yang bersenjatakan nuklear terus dominan.

Selain bahaya serangan Iran terhadap Israel atau bom beg baju di Washington, ia juga bermaksud berakhirnya rejim pengawalan senjata global dan bermulanya dominasi Iran di Timur Tengah.

Mencegah perkara ini sangat perlu. Terdapat keperluan yang amat mendesak dalam perang ideologi (demokrasi) ke atas Iran pada hari ini adalah sesuatu perlu, ia seakan-akan sama dengan Congress for Cultural Freedom of the Cold War (Kongres untuk Kebebasan Budaya Perang Dingin melawan Komunis), satu lingkaran global untuk golongan intelektual dan tokoh umum yang berkongsi penumpuannya terhadap demokrasi.

Pemimpin lingkaran global itu yang boleh menjalankan misi ini mungkin termasuk Tony Blair, Vaclav Havel, dan Anwar Ibrahim.



Tony Blair sedang meletakkan satu kalungan bunga kepada Tentera British di Jerusalem



Tony Blair (kanan) bersama Tzipi Livni, Menteri Luar Israel (kiri)


Saya tidak mahu menghalang kemahuan Iran untuk membangunkan nuklear, dan saya percaya bahawa ramai di kalangan elit pemerintah Iraq mahukan senjata nuklear, walaupun mereka mempunyai sebab-sebab untuk mengelakkan jalan tersebut – tetapi percakapan seperti ini mengenai pengeboman Iran akan melemahkan kredibiliti Amerika dan keupayaan kita untuk mempengaruhi pilihan Iran.

Pujian terhadap Josh Muravchik kerana pendedahan kebenarannya.

Pengundi perlu mempertimbangkan pandangan Josh Muravchik itu apabila mereka bertanya apakah yang akan berlaku dalam jadual pentadbiran Perang Salib Bush.

Sebelum mengakhiri catatan ini, biar saya tawarkan satu imej visual tentang pengeboman yang akan menyebabkan Iran menyerah kalah – sama ada seseorang percaya bahawa tindakan seperti itu akan terjadi atau tidak.

Pengeboman Iran akan mewujudkan satu “Lebuh Raya Besar Pengganas” dengan rangkaian pengganas dan pemberontak yang marah kepada AS yang berkaitan dengan Iran, Iraq dan Syria – yang betul-betul bersempadan dengan Israel.

Walaupun Iran dipersalahkan kerana membangunkan Hezbollah dan sayap militan Hamas, namun aktiviti pengganas seperti itu akan menyebabkan Iran keluar daripada Lebuh Raya Besar Pengganas dan menenggelamkan apa sahaja yang kita belum lihat sebelum ini.


AIDC menterjemah artikel Steve Clemons, The Washington Note, bertajuk "Reminder to Voters: Bush's Neocons Want to Bomb Iran - The Washington". Artikel asal klik di sini




Baca selanjutnya...

Guan Eng mahu Anwar jamin pemimpin PKR berdisiplin




Guan Eng mahu Anwar jamin pemimpin PKR berdisiplin


PULAU PINANG: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan pemimpin parti itu lebih berdisiplin dalam usaha mengekalkan Pakatan Rakyat terus diterima rakyat.

"Anwar harus memastikan pemimpin-pemimpin PKR lebih berdisiplin," katanya mengulas soalan wartawan berhubung terdapat beberapa pemimpin PKR bergaduh dengan pemimpin PAS di Perak baru-baru ini yang boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan ini.


Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Pakatan Rakyat akan melihat sejauh mana pergaduhan yang timbul antara pemimpinpemimpin berkenaan dan akan mencari jalan bagi mengatasinya.


"Saya rasa mungkin satu atau dua pemimpin PKR yang bergaduh dengan PAS. Pakatan Rakyat akan lihat sejauh mana perkara itu (pergaduhan) dan akan mencari jalan untuk mengatasinya," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.


Sementara itu, Lim berkata DAP akan menyokong penuh calon Pakatan Rakyat dari PAS yang bertanding pada pilihan raya kecil itu.


"Daripada segi calon, terpulang pada parti itu (PAS) dan DAP sebagai komponen dalam Pakatan Rakyat akan menyokong serta bekerjasama bagi memastikan calon yang telah dipilih itu memenangi pilihan raya kecil itu," katanya.


Semalam Presiden PAS Datuk Seri Abdul hadi Awang mengumumkan anggota Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS.

sumber - mstar.online



Baca selanjutnya...

01/01/2009

The Christian Federation of Malaysia (CFM) tuntut Bible dalam Bahasa Malaysia



The Christian Federation of Malaysia (CFM) tuntut Bible dalam Bahasa Malaysia


Ada pepatah Melayu, “Bagi betis, hendak peha”. Setelah Mahkamah memutuskan bahawa perkataan ‘Allah’ dibenarkan digunakan sebagai ganti nama Tuhan oleh orang Kristian, kini mubaligh mereka mahukan dakwah ugama nasrani ini dibenarkan dalam bahasa Melayu pula, iaitu bahasa kebangsaan.

Laporan The Star

Allow Bible in Bahasa Malaysia: Christian Federation

By ROYCE CHEAH


PETALING JAYA: The Christian Federation of Malaysia (CFM) has called on the Government to re-look its restriction on Bibles written in Bahasa Malaysia.

CFM vice-chairman Rev Dr Eu Hong Seng said considering that Bahasa Malaysia is the national language, it was perplexing that the Bible in Bahasa Malaysia was classified under Section 22 of the Internal Security Act as a document “prejudicial to the national interest and security of the Federation.”

“Though special exemption was made for this Bible to be used by Christians in churches, in this modern day and age when almost anything can be accessed on the Internet, it is regrettable that our Holy Scriptures are still seen as ‘prejudicial to the security’ of the country,” Dr Eu said.

Dr Eu made this suggestion at the CFM’s open house which Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi attended, referring to a previous statement that Abdullah had made, saying that his last mission before he leaves office next March would be to cool racial and religious tensions in the country.

“This is our wish for Christmas and we know these things will certainly ease tensions and it will definitely have a positive impact on your legacy,” Dr Eu said.

He also thanked Abdullah for opening up democratic space, which has brought greater freedom of expression.

He also pledged that the CFM would stand committed to and fervent in nation building.


*********************************************


Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda lebih 17 juta rakyat Malaysia.


Jika dikaji dari sudut kesesuaian pengunaan Bahasa Melayu dalam injil dan khutbah gereja pula, persepsi yang melambangkan golongan yang mewakili pengunaan bahasa itu perlu sangat diambil kira.

Definisi ‘Melayu’ itu ialah “Orang berketurunan Melayu, mengamalkan budaya, adat resam dan cara hidup orang Melayu dan berugama Islam”. Ini bermakna, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan sebagai bahasa ibunda oleh orang orang yang ‘berketurunan Melayu, mengamalkan budaya, adat resam dan cara hidup orang Melayu dan berugama Islam’.

Oleh demikian, pengunaan Bahasa Melayu dalam dakwah Kristian melambangkan bahawa proses pengkristianan orang Melayu Malaysia, secara terancang dan berstruktur, sudah bermula dan berlaku dengan secara terbuka, termasuk mendapat ‘kebenaran’ pihak berkuasa.

Ini adalah sesuatu permintaan yang wajar dikira sebagai ‘Kurang Ajar’, terutama sekali semasa perayaan Hari Krismas; perayaan suci memperingati kelahiran Nabi Isa A.S., yang mensyirikan tauhid ugama Kristian sebagai ‘Anak Tuhan’.

Dalam masyarakat majoriti Islam Malaysia, sesuai dengan semangat muhibbah dan saling menghormati antara kaum dan kepercayaan ugama, toleransi menghormati hak rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan ‘Ugama Persekutuan Malaysia’ iaitu Islam dijaga.

Maka dengan itu, perayaan Hari Krismas, walaupun hanya melibatkan golongan minoriti, masih lagi diberikan penghormatan dan diberikan cuti umum. Berbanding dengan negara dimana ugama rasmi ialah Kristian seperti UK, perayaan orang Islam seperti Eidul Fitri tidak diiktiraf langsung.


Permintaan NGO Kristian ini sama sekali tidak sepatutnya berlaku. Had menghormati hak dan peluang dan ruang untuk mereka mengamalkan ugama mereka, selagi tidak bercanggah dengan Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia dan kepentingan memelihara kedudukan Islam kepada orang Melayu, warga majoriti tanahair perlu dipertimbangkan dan tidak dilanggari, walaupun dengan apa sudut intepretasi yang diberikan.

Namun atas apa jua alasan, sejajar dengan arus globalisasi dan keterbukaan masyarakat dunia mempunyai akses kepada jaringan maklumat, had ini perlu dihormati dan pantau, agar ‘toleransi’ yang golongan majoriti berikan itu tidak dicalari dengan cabaran ala intelektual.


Kepentingan mengada had ini bukan setakat memelihara persepsi semata mata. Dalam keadaan dimana maklumat, termasuk dakwah sengaja disalurkan secara licik mengunakan pelbagai media, samada secara tersurat atau tersirat, dijangkakan akan memberikan kesan strategik kepada orang Melayu. Lebih lebih lagi pendekatan, medium dan kaedah mengunakan alat hiburan, alat propaganda seperti media eletronik, secara halus akan mempengaruhi akal dan lambat laun, akidah orang Islam. Apatah lagi sekiranya medium ini dimudahkan dengan dibenarkan dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda majoriti rakyat Malaysia.

Dunia hiburan semasa dengan imbuhan teknologi terkini, ialah alatan propaganda paling effektif untuk mempengaruhi minda orang Melayu-Islam, terutama golongan muda. Sekiranya propaganda dan ‘dakwah strategik’ ini berterusan secara terancang, terurat dan tersirat, dan orang Melayu mempunyai rujukan mudah iaitu injil dalam Bahasa Melayu, apakah akan berlaku kepada iman anak muda Melayu, sekarang dan akan datang?


Persoalan sekarang, dimana had kemahuan dan permintaan golongan minoriti negara ini berbanding dengan menjaga kepentingan, perasaan dan maruah golongan majoriti, dengan memanipulasikan ‘toleransi, menghormati hak orang lain, semangat muhibbah dan keperluan untuk bergerak maju kehadapan sejajar dengan arus globalisasi’. Lebih lebih lagi, sudut perundangan, nilai sejagat dan hak asasi diperkuda dan manipulasikan sebegitu rupa, sehingga menghalang permintaan dan tidak membenarkan sering kali dipertontonkan kepada dunia luar sebagai “Majoriti menindas hak dan kepentingan minoriti”.

Dalam konteks ‘bahasa dan toleransi’ ini, baru baru ini golongan minoriti ini juga yang begitu lantang mempertahankan kunun kunun ‘hak’ mereka mengekalkan sekolah vernakular, walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan tafsiran berbeza. Menarik balik kemudahan (privilege) yang mereka anggap sebagai ‘hak’ ini akan sewenang wenangnya dikudakan sebagai menafikan hak asasi mereka dan ini akan dipolitikan, bukan setakat dalam negara, malah dipersada antarabangsa.

Jelas bahawa golongan minoriti ini menghamburkan kedudukan ‘hak’ atas kepentingan mereka dan memanipulasikan keadaan, atas kesesuaian keadaan.


Permintaan ini secara tidak langsung memberi kesan moral kepada kedudukan mutlak kuasa Raja Raja Melayu keatas Islam sebagai tunggak ugama Persekutuan Malaysia dan kebudayaan Melayu dimana merangkumi Bahasa Melayu, kini sengaja dicabar secara terancang.

Apakah orang Melayu, sebagai kekuatan asas politik yang mendukung kuasa memerintah Malaysia semenjak Merdeka, akan membuat kompromi sekali lagi, atas alasan lemah ‘toleransi dan semangat menghormati hak orang lain’ dan membiarkan Bahasa Melayu yang melambangkan jiwa Bangsa Melayu di’sundal’kan, membelakangkan ‘roh’ definisi Melayu itu sendiri?

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

sumber - bigdogdotcom.wordpress.com


Artikel lain yang berkaitan :

1. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

2. Hati-hati dengan slogan Harapan Baru, Anwar Ibrahim

3. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?

4. Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama


5. Anwar Ibrahim disanjung oleh Majlis Gereja

6. Anwar cadang pindaan akta untuk mudahkan murtad ?







Baca selanjutnya...