MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Jan 2009

The Christian Federation of Malaysia (CFM) tuntut Bible dalam Bahasa Malaysia



The Christian Federation of Malaysia (CFM) tuntut Bible dalam Bahasa Malaysia


Ada pepatah Melayu, “Bagi betis, hendak peha”. Setelah Mahkamah memutuskan bahawa perkataan ‘Allah’ dibenarkan digunakan sebagai ganti nama Tuhan oleh orang Kristian, kini mubaligh mereka mahukan dakwah ugama nasrani ini dibenarkan dalam bahasa Melayu pula, iaitu bahasa kebangsaan.

Laporan The Star

Allow Bible in Bahasa Malaysia: Christian Federation

By ROYCE CHEAH


PETALING JAYA: The Christian Federation of Malaysia (CFM) has called on the Government to re-look its restriction on Bibles written in Bahasa Malaysia.

CFM vice-chairman Rev Dr Eu Hong Seng said considering that Bahasa Malaysia is the national language, it was perplexing that the Bible in Bahasa Malaysia was classified under Section 22 of the Internal Security Act as a document “prejudicial to the national interest and security of the Federation.”

“Though special exemption was made for this Bible to be used by Christians in churches, in this modern day and age when almost anything can be accessed on the Internet, it is regrettable that our Holy Scriptures are still seen as ‘prejudicial to the security’ of the country,” Dr Eu said.

Dr Eu made this suggestion at the CFM’s open house which Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi attended, referring to a previous statement that Abdullah had made, saying that his last mission before he leaves office next March would be to cool racial and religious tensions in the country.

“This is our wish for Christmas and we know these things will certainly ease tensions and it will definitely have a positive impact on your legacy,” Dr Eu said.

He also thanked Abdullah for opening up democratic space, which has brought greater freedom of expression.

He also pledged that the CFM would stand committed to and fervent in nation building.


*********************************************


Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda lebih 17 juta rakyat Malaysia.


Jika dikaji dari sudut kesesuaian pengunaan Bahasa Melayu dalam injil dan khutbah gereja pula, persepsi yang melambangkan golongan yang mewakili pengunaan bahasa itu perlu sangat diambil kira.

Definisi ‘Melayu’ itu ialah “Orang berketurunan Melayu, mengamalkan budaya, adat resam dan cara hidup orang Melayu dan berugama Islam”. Ini bermakna, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan sebagai bahasa ibunda oleh orang orang yang ‘berketurunan Melayu, mengamalkan budaya, adat resam dan cara hidup orang Melayu dan berugama Islam’.

Oleh demikian, pengunaan Bahasa Melayu dalam dakwah Kristian melambangkan bahawa proses pengkristianan orang Melayu Malaysia, secara terancang dan berstruktur, sudah bermula dan berlaku dengan secara terbuka, termasuk mendapat ‘kebenaran’ pihak berkuasa.

Ini adalah sesuatu permintaan yang wajar dikira sebagai ‘Kurang Ajar’, terutama sekali semasa perayaan Hari Krismas; perayaan suci memperingati kelahiran Nabi Isa A.S., yang mensyirikan tauhid ugama Kristian sebagai ‘Anak Tuhan’.

Dalam masyarakat majoriti Islam Malaysia, sesuai dengan semangat muhibbah dan saling menghormati antara kaum dan kepercayaan ugama, toleransi menghormati hak rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan ‘Ugama Persekutuan Malaysia’ iaitu Islam dijaga.

Maka dengan itu, perayaan Hari Krismas, walaupun hanya melibatkan golongan minoriti, masih lagi diberikan penghormatan dan diberikan cuti umum. Berbanding dengan negara dimana ugama rasmi ialah Kristian seperti UK, perayaan orang Islam seperti Eidul Fitri tidak diiktiraf langsung.


Permintaan NGO Kristian ini sama sekali tidak sepatutnya berlaku. Had menghormati hak dan peluang dan ruang untuk mereka mengamalkan ugama mereka, selagi tidak bercanggah dengan Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia dan kepentingan memelihara kedudukan Islam kepada orang Melayu, warga majoriti tanahair perlu dipertimbangkan dan tidak dilanggari, walaupun dengan apa sudut intepretasi yang diberikan.

Namun atas apa jua alasan, sejajar dengan arus globalisasi dan keterbukaan masyarakat dunia mempunyai akses kepada jaringan maklumat, had ini perlu dihormati dan pantau, agar ‘toleransi’ yang golongan majoriti berikan itu tidak dicalari dengan cabaran ala intelektual.


Kepentingan mengada had ini bukan setakat memelihara persepsi semata mata. Dalam keadaan dimana maklumat, termasuk dakwah sengaja disalurkan secara licik mengunakan pelbagai media, samada secara tersurat atau tersirat, dijangkakan akan memberikan kesan strategik kepada orang Melayu. Lebih lebih lagi pendekatan, medium dan kaedah mengunakan alat hiburan, alat propaganda seperti media eletronik, secara halus akan mempengaruhi akal dan lambat laun, akidah orang Islam. Apatah lagi sekiranya medium ini dimudahkan dengan dibenarkan dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda majoriti rakyat Malaysia.

Dunia hiburan semasa dengan imbuhan teknologi terkini, ialah alatan propaganda paling effektif untuk mempengaruhi minda orang Melayu-Islam, terutama golongan muda. Sekiranya propaganda dan ‘dakwah strategik’ ini berterusan secara terancang, terurat dan tersirat, dan orang Melayu mempunyai rujukan mudah iaitu injil dalam Bahasa Melayu, apakah akan berlaku kepada iman anak muda Melayu, sekarang dan akan datang?


Persoalan sekarang, dimana had kemahuan dan permintaan golongan minoriti negara ini berbanding dengan menjaga kepentingan, perasaan dan maruah golongan majoriti, dengan memanipulasikan ‘toleransi, menghormati hak orang lain, semangat muhibbah dan keperluan untuk bergerak maju kehadapan sejajar dengan arus globalisasi’. Lebih lebih lagi, sudut perundangan, nilai sejagat dan hak asasi diperkuda dan manipulasikan sebegitu rupa, sehingga menghalang permintaan dan tidak membenarkan sering kali dipertontonkan kepada dunia luar sebagai “Majoriti menindas hak dan kepentingan minoriti”.

Dalam konteks ‘bahasa dan toleransi’ ini, baru baru ini golongan minoriti ini juga yang begitu lantang mempertahankan kunun kunun ‘hak’ mereka mengekalkan sekolah vernakular, walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan tafsiran berbeza. Menarik balik kemudahan (privilege) yang mereka anggap sebagai ‘hak’ ini akan sewenang wenangnya dikudakan sebagai menafikan hak asasi mereka dan ini akan dipolitikan, bukan setakat dalam negara, malah dipersada antarabangsa.

Jelas bahawa golongan minoriti ini menghamburkan kedudukan ‘hak’ atas kepentingan mereka dan memanipulasikan keadaan, atas kesesuaian keadaan.


Permintaan ini secara tidak langsung memberi kesan moral kepada kedudukan mutlak kuasa Raja Raja Melayu keatas Islam sebagai tunggak ugama Persekutuan Malaysia dan kebudayaan Melayu dimana merangkumi Bahasa Melayu, kini sengaja dicabar secara terancang.

Apakah orang Melayu, sebagai kekuatan asas politik yang mendukung kuasa memerintah Malaysia semenjak Merdeka, akan membuat kompromi sekali lagi, atas alasan lemah ‘toleransi dan semangat menghormati hak orang lain’ dan membiarkan Bahasa Melayu yang melambangkan jiwa Bangsa Melayu di’sundal’kan, membelakangkan ‘roh’ definisi Melayu itu sendiri?

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

sumber - bigdogdotcom.wordpress.com


Artikel lain yang berkaitan :

1. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

2. Hati-hati dengan slogan Harapan Baru, Anwar Ibrahim

3. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?

4. Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama


5. Anwar Ibrahim disanjung oleh Majlis Gereja

6. Anwar cadang pindaan akta untuk mudahkan murtad ?






4 ulasan:

LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Jangan layan persatuan bodoh ni yang nak memurtadkan Melayu Islam

adam d'Ant berkata...

Jgn buat bohong lah Cik Fernandez oiiii...dtglah ke UK ni tgk adekah paderi Christian menggunakan perkataan 'ALLAH' utk menggantikan tuhan? Plz lah..get your facts right!

Another thing,apake jadahnya BIBLE tuh beriya2 hendak diterjemahkan dalam bahasa Melayu sedangkan majority penganut2nya adalah mereka2 yang boleh berbahasa Inggeris dan lain2,jadi apa logiknya untuk bible diterjemahkan kebahasa Melayu melainkan ada udang disebalik batu untuk mengelirukan umat2 Islam bahawa setelah BIBLE diterjemahkan dalam bahasa Melayu diikuti dengan perkataan 'ALLAH' untuk tuhan didalam bible maka mudahlah umat2 Islam untuk dimurtadkan.

Bible tak sama dengan Al-Quran and never will.The present bible is not the original version and has been major 're-construction and alteration'....especially the part that mentioning the last prophet Muhammad SAW!

Melampau2lah korang ni sekarang...Harap kerajaan tidak akan melayan permintaan munafik kafirun laknatullah ini!

Kumbang berkata...

Wow tak ada apa nak cakap..semua dah disampaikan oleh Adam...hehe

cik kiah berkata...

Ni la jadinya kalau bagi muka sikit kat depa yang tak reti nak berterima kasih.

Tak usah dilayan depa yang sengaja nak memurtadkan umat Islam