MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Ogo 2008

Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar

Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat sedang berkata sesuatu kepada Anwar Ibrahim sambil diperhatikan oleh Ali Al Kamali (Pengarah Urusan Datamatix) dan Mary Robinson, bekas Perdana Menteri Ireland 1990-1997). Gambar di atas dirakam pada 18 Nov 2006 di Bustan Al-Arab Hotel Dubai, ketika Al Gore merasmikan majlis penyampaian Anugerah Middle East “3rd Banking Excellent Award” anjuran Datamatix.

Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar


Dua hari lepas, 6 Ogos 2008, satu pertemuan sulit telah diadakan di Singapura. Dari Amerika, Al Gore mendarat di Singapura untuk membincangkan strategi terbaru menghadapi kes liwat Anwar itu. Turut hadir bersama beliau ialah Ed Andara (senator kanan Filipina), Chairul Tandjung (pengusaha TransTV Indonesia) dan Tan Sri Khalid Ibrahim (orang kanan Anwar)

Apa yang mereka bincangkan dalam pertemuan sulit di Singapura itu? Kehadiran wakil Indonesia dan Filifina sudah membayangkan rupa bentuk strategi terbaru menggunakan pakatan ASEAN untuk menekan Malaysia ?

Perutusan ringkas Al Gore kepada Anwar

Pada 1 Ogos lalu, Al Gore telah hantar perutusan ringkas menyokong Anwar berbunyi berikut :

Statement of Former Vice President Gore

(Nashville, TN). The real tragedy is that the government of Malaysia engages in character assassination to silence an effective leader of the political opposition. Twice, now, the government has used the same tactic in an effort to politically destroy Anwar Ibrahim. In the process, however, it is damaging its own credibility at home and abroad. The means exist for the government to allow this situation to be quickly resolved, simultaneously restoring dignity to Anwar Ibrahim and to itself. I hope greater wisdom will prevail.


Daripada kenyataan itu Al Gore masih berpegang kepada teori awal 1998, iaitu kes liwat Anwar 2008 berasaskan Teori Konspirasi. Berbeza dengan 1998, Al Gore lebih bercorak optimis dan menyeru rakyat Malaysia bangkit menentang kerajaan Malaysia tetapi kenyataan kali ini tidak mempunyai nada sedemikian.

Malah jika diteliti secara mendalam, kenyataan ringkas Al Gore itu, terbayang nada pesimisitik seolah-olah yakin jika Anwar didapati bersalah di mahkamah atas tuduhan meliwat nasib Anwar sebagai ikon antarabangsa dan dalam negara akan musnah.

Al Gore menggunakan istilah ‘pembunuhan watak Anwar secara senyap’. Istilah itu amat bisa kerana watak Anwar akan terbunuh secara perlahan-lahan, jika DNA liwat terpalit di tubuhnya.

Apakah yang mendorong bekas Naib Presiden Amerika yang pro Demokrat itu membuat kenyataan sedemikian rupa ? Adakah beliau juga turut kecewa dengan sikap Anwar yang telah beralih kem kepada penyokong Republikan melalui Paul Wolfowitz setelah kem Demokrat tumbang menjelang 2001 ?

Anwar anak buah Al Gore

Al Gore atau nama penuhnya Albert Arnold Al Gore adalah bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (1993-2001) merupakan rakan sekutu Bill Clinton daripada parti Demokrat.

Ketika Al Gore berkuasa di dalam kerajaan Amerika, Anwar pula merupakan 'Orang No 2' terpenting di Malaysia berjawatan sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM).

Anwar sudah menjangkakan beliaulah yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas itu, jadi untuk menjadi PM yang teragung di rantau Asia, Anwar mesti tunduk kepada kuasa tunggal dunia iaitu Amerika Syarikat. Anwar percaya bahawa hanya dengan restu Amerika sahaja seseorang pemimpin itu mampu dinobatkan menjadi pemimpin agung Asia.

Jika berjaya, maka akan tercatat dalam buku sejarah Asia nama Anwar dibaca oleh generasi seterusnya sebaris dengan Mahatma Gandhi atau Jose Rizal. Itupun yang sentiasa diidamkannya.

Sebab itu tidak hairan jika Anwar sanggup menyalahgunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan dengan membazirkan duit rakyat Malaysia sebanyak RM 38 million bayar kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) semata-mata untuk mencipta namanya di Amerika.

Anwar telah mengarahkan badan pemikirnya, Institut Kajian Dasar (IKD), diketuai oleh Kamaruddin Jaafar menjalinkan kerjasama dengan badan pelobi Amerika (APPC) yang berpusat di Asia itu.

Kerjasama IKD dan APPC pada tahun 1994-1998 telah melonjakkan nama Anwar di Amerika melalui Projek Dailog Pasifik. Dari tirai pejabat White House, Al Gore sering diceritakan tentang kehebatan Anwar dari Malaysia melalui wakil-wakil Amerika yang dihantar khusus menemui Anwar.

Dua orang wakil Al Gore yang sering berjumpa Anwar di Malaysia ialah Wiliam Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika) dan Madeline AlBright (Setiausaha Negara).

Sebab itu apabila Anwar dipecat daripada jawatan kerajaan Malaysia dan didakwa di mahkamah, Al Gore panik dan turun sendiri ke Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan kepada Anwar.

Al Gore mengecam kerajaan Malaysia dan memuji-muji keberanian rakyat Malaysia yang menyokong REFORMASI ke atas Anwar. Sokongan terbuka ke atas Anwar itu diucapkan dalam Majlis Makan Malam Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur pada 16 November 1998.

Tonton video di bawah bukti ucapan Al Gore sokong Reformasi Anwar 1998



Barangkali ketika itu Al Gore berpendapat dengan menunjukkan sokongan terbuka Amerika kepada Reformasi Anwar akan lebih menyemarakkan lagi gelombang reformasi rakyat menumbangkan kerajaan pimpinan Dr Mahathir.

Mungkin Al Gore mengharapkan dengan kebangkitan rakyat itu, Dr Mahathir akan segera tumbang dan Kerajaan Rakyat kembali berkuasa dan segera membebaskan Anwar untuk dinobatkan semula menjadi PM.

Malangnya, harapan Al Gore tidak menjadi kenyataan, malah anak buahnya kekal ditahan di penjara dan rakyat kembali menyokong Dr Mahathir.

Sama ada disedari atau tidak, kenyataan sokongan Al Gore kepada Anwar secara terbuka itulah yang menjadi titik permulaan api reformasi mulai malap, dan rakyat kembali beri sokongan kepada kerajaan.

Kenapa sokongan Al Gore membawa padah ? Al Gore tidak sensitif dengan iklim politik Malaysia yang majoritinya beragama Islam dan menolak Amerika yang sudah diketahui umum sebagai proksi kepada Israel.

Umat Islam walau di mana-mana sekalipun akan menolak Amerika dan sekutunya Israel yang terbukti menindas umat Islam di dunia. Rakyat Malaysia yang beragama Islam akan menolak mana-mana pemimpin yang dianggap sebagai proksi Amerika di Malaysia.

Itulah sentimen rakyat Malaysia yang gagal difahami oleh Al Gore.

Transit Agenda Amerika di Institusi Pendidikan

Apabila Anwar bebas pada 2004, Anwar telah menggunakan transit pertama di United Kingdom sebagai transit permulaan ke Amerika Syarikat. Transitnya menggunakan gelaran ‘pensyarah pelawat’ berpengkalan di institusi pendidikan iaitu di St. Anthony’s College, Oxford UK (2004-2005).

United Kingdom juga rakan sekutu Amerika. Terdapat banyak badan pemikir Amerika berpengkalan di UK. Dari transit di UK, Anwar mengatur program-program berjumpa tokoh-tokoh Amerika yang berpengkalan di sana.

Selepas itu Anwar berpindah transitnya ke Amerika dengan menggunakan modus operandi yang sama iaitu menggunakan gelaran ‘pensyarah pelawat’ di School of Advanced International Studies, Johns Hopkins University (2005-2006) dan School of Foreign Service, Georgetown University(2006-2007)

Menariknya Johns Hopkins dan Georgetown university dianggap sebagai pusat 'menjinakkan' aktivis Islam yang pernah dilabel radikal serta tempat bertelurkan rangkaian neo-konservatif.

Apakah ini bermakna kedua-dua institusi pendidikan merupakan kilang proses 'turning over' dari aktivis Islam kepada aktivis pro-neocons yang ditransformasi kepada jenama baru, Inter-religious understanding ?

Nama pun ‘pensyarah pelawat’, bermakna Anwar bukan sepenuh masa terlibat dalam aktiviti pengajaran di institusi itu, jadi banyak masa selebihnya akan dimaafatkan Anwar untuk mengatur agenda politik peribadinya untuk mengukuhkan kedudukan sebagai salah seorang kakitangan kerajaan Amerika yang boleh dipercayai.

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan semasa menjadi pensyarah pelawat di UK atau Amerika, masa Anwar lebih banyak dihabiskan untuk politik berbanding dengan pegajaran dalam kuliah. Bermakna ‘pensyarah pelawat’ sebagai tiket untuk melindungi identiti diri supaya tidak dikenali sebagai operator kerajaan Amerika.

Al Gore bina kembali imej Anwar

Semasa Anwar berpengkalan di UK, Al Gore telah melantiknya pada 23 Februari 2005, sebagai Lembaga Penasihat Generation Investment Management Group yang berpengkalan di London dan Washington.

Badan itu dianggap sebagai badan pemikir kem Demokrat yang dipengerusikan oleh Al Gore. Badan itu juga dianggap sebagai tempat berhimpunnya wakil-wakil negara yang pro Amerika beraliran Demokrat. Dua orang anak buah Al Gore yang disayangi adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia dan Mary Robinson dari Ireland.



Sedikit fakta tentang Mary Robinson. Beliau merupakan bekas Presiden Ireland (1990-1997) dan selepas itu dilantik menjadi peneraju United Nations High Commissioner for Human Rights. Semasa Anwar berada dalam penjara, Mary Robinson merupakan orang yang bertanggungjawab menggerakkan sokongan antarabangsa melobi bebaskan Anwar melalui NGO biayaannya terutamanya Amnesty International dan badan Hak Asasi Manusia.

Satu lagi badan pemikir demokrat Amerika berpengkalan di London adalah AccountAbility (Institute of Social and Ethical AccountAbility). Pada Mac 2006, Al Gore telah melantik Anwar sebagai Presiden kehormat badan itu.

Badan itu ditaja sepenuhnya oleh USAID (United State Agency For International Development) dan BAT (British America Tobacco)



Selain UK, Al Gore juga mempunyai rangkaiannya di Timur Tengah iaitu melalui badan yang dinamakan Datamatix . Anwar telah menerima anugerah Datamatix Global Visionary Award’ dalam program ‘Middle East Excellent Award’ pada 25 Mei 2005. Program itu dirasmikan oleh Al Gore.



Al Gore turut menyenaraikan nama Anwar sebagai wakil Malaysia dalam Jeddah Economic Forum 2006 yang diadakan di Jeddah Hilton. Mary Robison turut disenaraikan sebagai wakil Ireland.



‘Jeddah Economic Forum 2006’ yang diadakan pada 11-13 Februari 2006 juga telah dirasmikan oleh Al Gore.

Al Gore turut melantik Anwar sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengarah East West Foundation (Yayasan Timur Barat) yang berpusat di Amerika Syarikat. Yayasan itu diketuai al Gore. Pertemuan ahli yayasan itu dibuat secara berkala dan Anwar dibayar elauan bulanan yang amat lumayan kerana menganggotai yayasan itu.

Pada 15 Oktober 2007, Anwar menulis surat ucap tahniah kepada Al Gore terpilih hadiah Nobel Keamanan.

Untuk menggambarkan keakraban itu, Anwar turut menceritakan bahawa Al Gore pernah mengirimkan kepadanya buku tulisan bekas Naib Presiden itu bertajuk "The Assault On Reason"

Anwar pro Demokrat atau Republikan ?

Persoalan ini pernah dipersoalkan kerana Anwar dilihat berpihak di kedua-dua kem politik terbesar Amerika itu. Ketika di penjara, Anwar mengutus surat kepada Wolfowitz di Pentagon yang menyatakan sokongan di atas tindakan Amerika menyerang Iraq dan menuduh Sadam Husin diktator.

Wolfowitz asalnya dari Demokrat telah berpindah ke kem Repbulican sehingga diberi jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika. Malah Wolfowitz orang pertama melawat Anwar di Munich dan telah mengatur karier Anwar di Amerika termasuk pensyarah pelawat di John Hopkins dan Georgetown, serta memberi jawatan sebagai konsultan di Bank Dunia dan melantiknya sebagai Presiden di Foundation for The Future.

Bermakna Anwar pada awalnya dari jalur demokrat berpaksikan Al Gore dan Bill Clinton telah berpindah ke kem Republikan, Dick Cheney dan Presiden Bush melalui Wolfowitz.

Jadi apakah stand sokongan Anwar, adakah Republikan atau Democrat ?

Sifat Anwar adalah menyatakan sokongan yang samar-samar supaya mempunyai jalan selamat untuk melepaskan diri. Ini bersesuaian dengan sifatnya boleh berubah pendirian dalam sekelip mata, jadi tidak hairan jika Obama menjadi Presiden Amerika, beliau akan kembali sokong demokrat.

Kenyataan yang samar-samar itu untuk membolehkan Anwar mendapat keuntungan politik peribadinya mengikut kesesuaian masa.

Misalnya pada 2007, dalam majlis Foreign Correspondence Club of Thailand (FCCT) Anwar ditanya mengenai pendiriannya tentang pegangan Islamnya.

“Apakah aliran Islam yang anda (Anwar) anuti. Adakah anda boleh berkompromi dengan Islam Libral atau Islam Progresif ?”, tanya wartawan dalam program itu.

Jawapan Anwar juga samar-samar. Kebiasaan beliau tidak menjawab soalan yang ditanya tetapi memberi jawapan lain bahawa beliau menganut fahaman “Liberal Demokrat”. Apakah “Liberal Demokrat” bermaksud ‘Islam Liberal dan Demokrat’ ?

Jadi jawapan berselindung begini akan mengesahkan Anwar penganut Islam Liberal yang berpaksikan demokrasi.

Malah lebih menarik lagi dalam program itu juga Anwar turut ditanya pendiriannya tentang homoseksual.

“Jika anda menjadi PM adakah anda tidak akan mendiskriminasi amalan homoseksual di Malaysia ?. tanya wartawan itu lagi.

Anwar juga menjawab secara samar-samar yang seolah-olah turut memberi sokongan kepada amalan homoseksual di Malaysia. Beliau berkata amalan homoseksual adalah hak asasi manusia beliau tidak berniat untuk menghukum orang yang terlibat dengan amalan itu.

Persoalan mengenai pegangan Islam dan homoseksual sering ditanya kepada Anwar di media-media Barat kerana kedua-dua berkait rapat dengan dirinya. Apatah lagi Anwar ketika muda dikenali sebagai Pejuang Islam tetapi kontradik dengan watak yang dipamerkan kerana pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan homoseksual.

Siapa mentor Anwar ; Al Gore atau Wolfowitz ?

Pertemuan sulit Al Gore semalam di Singapura membincangkan strategi seterusnya untuk membantu Anwar menghadapi kes liwat 2008 membayangkan Anwar masih lagi anak buah Al Gore.

Apatah lagi sikap seorang lagi serigala (Wolfowitz) berdiam diri tanpa sebarang kenyataan sejak bekerja di think tank Republican (Institute American Enterprise-IAE). Apakah Wolfowitz mengambil sikap seperti Bush, mahu melhat sejauh manakah Anwar masih berpengaruh di Malaysia ketika kem Demokrat berlumba-lumba menghampiri Anwar ?

Atau sebenarnya Anwar tidak pro Demokrat atau Republican, tetapi menyokong neo-konservatif yang didalangi oleh Yahudi Amerika dari kedua-dua kem.

Pilihan Anwar menyokong neo-konservatif adalah langkah yang bijak kerana jika salah satu kem (Demokrat atau Republikan) berkuasa di Amerika, Anwar tetap boleh berperanan di negara kuasa dunia itu.

Apatah lagi neo-konservatif merupakan dalang di sebalik kem Demokrat dan Republikan yang menguasai kerajaan Amerika dan menyokong Israel.


AIDC
8 Ogos 2008


9 ulasan:

Jong berkata...

Salam,
Terima kasih kerana melakukan pendedahan ini.
Wassalam.

Unknown berkata...

satu artikel yang menarik...
Kesimpulannya..Anwar ni merupakan penyokong kuat neo konservatif...
Sbb itu Anwar ni 2 in 1 iaitu pro demokrat dan republikan, Dua2 blh masuk...
motifnya utk mendapat nama di Amerika Syarikat..
Kiranya Anwar ini dianggap sebagai 'anak emas' Amerika..

NORA berkata...

Great Job AIDC!!! More and more facts are coming. Anwar proudly said that he was invited by al-Gore for breakfast in Singapore. Wow, so plenty of time for a breakfast and for PM to be. Well, i believe he just provoke the media and all of us. To show how influential he is, sampai al-Gore sendiri turun padang.

Thanks and keep it up :)

BELIA WAJA WATAN berkata...

The truth is out there ....

Unknown berkata...

Kesimpulan yang dapat dibuat:

1.Manusia bernama Anwar Ibrahim menyokong Israel & Amerika.

2.Menolak Iraq dan negara-negara Islam

3.Al-Gore adalah godfathernya

4.Al-Gore mentor Paul Wolfowitz

ml berkata...

Herannya, dia tak complain pulak sakit pinggang terbang sampai ke Spore breakfast dengan mamat amerika nih. He wanted so much to sit 'side by side' with all these so-called world leaders.

sheena berkata...

Duduk dalam lock-up jap, sakit belakang, complain kpd. seluruh M'sia. Jet-setting sana-sini,duduk lama dalam plane, tak sakit apa-apa.

Dalam kubur, sesiapa pun tak boleh nak tolong.

1997-98: Anwar, whilst a Deputy PM of malaysia, was also Director in IMF (International Monetary Fund).

Stan berkata...

Cakap banyak-banyak..Macam mana dengan 530 Million RM sebagai komisen untuk pembelian kapal selam? Kamu fikir dia sahaja? BN pun sahaja....Bangsa Melayu dah biasa...Saya malulah..ternampak bangsa Melayu tidak jalankan tanggungjawab sendiri..asalkan kutuk orang lain..beli nombor ekor..pergi dangdut and pub minum...banyak kes rogol..apa ni bangsa Melayu...Tak boleh control nafsu sex...cucu pun mau rogol..Mana Sharlinie? Fikir

Unknown berkata...

stan,

u bangsa ape yer?..senang i nak jawab comment u