MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Okt 2008

Anwar Ibrahim jawab isu Yahudi kepada pelabur asing di Hong Kong



Anwar Ibrahim jawab isu Yahudi kepada pelabur asing di Hong Kong


Oleh : Bruce Einhorn


Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sekarang merupakan tokoh pembangkang hebat, telah berada di Hong Kong semalam untuk memberikan ucapan dalam satu persidangan pelabur CLSA.

Selama bertahun-tahun, Anwar merupakan seorang yang amat setia kepada Mahathir Mohamad (terkenal dengan nama buruk kerana menyalahkan golongan Yahudi di atas kemelesetan Malaysia semasa krisis kewangan pada akhir 90-an). Kemudian beliau dan Dr. M berkelahi secara terbuka dan Anwar dihantar ke penjara selama beberapa tahun sebelum mahkamah tinggi negara mengarahkan beliau dibebaskan.

Berbalik soal politik selepas memenangi satu pilihan raya kecil bulan lepas, sekarang Anwar telah menggambarkan dirinya sebagai seorang yang menyokong perubahan dalam penyatuan dan bukannya perpecahan.

“Saya selalu dipanggil sebagai "agen Yahudi" atau "agen Amerika", tetapi saya fikir semua itu telah berlalu,” keta beliau kepada hadirin CLSA, menurut seseorang yang turut sama hadir.

Dengan penuh harapan, beliau menambah “Kami sekarang bergerak ke arah zaman pluralistik, dunia kepelbagaian budaya. Pergerakan ini menyebabkan saya menjadi seorang yang optimis.”

(Nota : Istilah pluralistik sering digunakan oleh kumpulan Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia, yang dipopularkan oleh Prof Dr Nurcholish Madjid pengasas Yayasan Paramadina Indonesia. Yayasan itu ditaja oleh badan penaja Amerika iaitu Ford Foundation dan The Asia Foundation untuk mewujudkan masyarakat Islam Indonesia yang sama rata dari segi agama - pluralisme agama. Maklumat lanjut klik artikel 1 dan artikel 2)


Jadi, untuk mengambilkira formula terdahulu, (dituduh agen Yahudi), adakah Anwar Ibrahim baik dari kacamata Yahudi ?. Mungkin.. (nota : walaupun penulis artikel ini tahu jawapannya, tetapi dia meninggalkan persoalan dengan perkataan "mungkin")

Tetapi Anwar merupakan seorang ahli politik yang tahu untuk menyampaikan mesejnya kepada pendengarnya, memberitahu golongan Barat tentang sesuatu (yang lain) dan kepada rakyat Malaysia perkara yang lain pula.

Satu contoh yang ringkas : Saya pernah menemuramahnya di bilik istirahatnya di Kuala Lumpur 10 tahun lepas, sebaik sahaja beliau bergaduh dengan Dr. M. Dengan wakil media berada di sekelilingnya, Anwar duduk bersama saya dan beberapa wartawan asing yang lain dan merungut bahawa kerajaan menggunakan taktik Gestapo terhadapnya.(Nota : Gestapo merujuk kepada polis rahsia Jerman yang kejam semasa Nazi - Masyarakat Barat terutamanya Amerika dan Yahudi benci kepada kekejaman Nazi khususnya pembunuhan beramai-ramai Yahudi di Jerman - 'holocoust')

Pada hari berikutnya, beliau bercakap dalam satu perhimpunan awam (majoriti Melayu)dan merungut dengan cara yang sama tentang penindasan yang dihadapinya. Kecuali pada kali ini, beliau menyatakan kerajaan sedang menggunakan taktik Mossad terhadapnya. (Nota : Mossad merujuk kepada polis rahsia Israel yang terkenal melakukan tindakan kotor ke atas dunia Islam khususnya di Palestin - Masyarakat Melayu beragama Islam benci kepada kekejaman Israel)

Lucu, bagaimana ungkapan berubah apabila beliau sedang bercakap dengan masyarakat tempatan dan bukan wartawan Barat.


Nota : Artikel terjemahan AIDC tulisan Bruce Einhorn dari BusinessWeek, 25 September. Tajuk asal artikel tersebut adalah, "Malaysia's Anwar Ibrahim meets investors in Hong Kong".

Artikel terjemahan lain :

1. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

2. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara

3. Yayasan Hantu : Foundation For The Future

4. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

5. Anwar cadang pindaan akta untuk mudahkan murtad ?

6 ulasan:

sumandak bayu berkata...

Hebat sungguh lakonan Bro Anwar, Sumandak yakin beliau ni dah masak dengan pelbagai teori NAZI, YAHUDI dan Amerika hingga mampu mengubah watak dalam sekelip mata....

Baik undi Bro Anwar PELAKON TERHEBAT ERA ABAD 21 ni

NORA berkata...

Salam....

Lakonan adalah specialization Anwar. Dari kes 1998,bakat lakonan makin teserlah. Kalu nak list kat dalam ini pun tak muat page. Baca saja artikel penipuan Anwar yang ditulis oleh AIDC... bila pegi mahkamah, sakit belakang pun datang... Sebenarnya sakit hati yang lebih... Kalau hati busuk dan sakit, seluruh badan juga akan menanggungnya. Tak ada kerja dah 10 tahun boleh sakit sana sini. Asyik jalan oversea, makan di hotel2 mewah, doktor pakar dari luar, juga masih sakit. Adakah tanda keberkatan kalau sebegitu rupa.
Pak Lah dan juga Che Det, yang jadi Pemimpin Negara, umur lebih tua, tidak pernah dengar mereka merungut sakit itu, sakit ini walaupun memang mereka kurang sihat kadang kala. Itulah bezanya pemimpin sejati dgn pemimpin Jenin.

kalau dah tabiat menipu, sampai sudah la perangai akan begitu. Nabi kata, kalau dah 40 umur pun perangai tak berubah, susah bangat akan berubah. Ni dah 61...Hmmm tak taw la nak cakap macamana. Nak kesian pun rasa tak kena.

AIDC berkata...

sumandak bayu dan joyah..

Apa yang kalian rasa tentang artikel terjemahan itu adalah persoalan 'lakonan' yang bawa maksud lidah bercabang..

Seingat saya, penulis awal malaysia-today, di bawah kolum batu giling, kirdatun borhan pernah menyebut, Anwar akan menyenangkan semua khalayak yang ditemuinya.

Tun pun pernah kata, kalau anwar jumpa cina, cina akan suka. Jumpa India, India akan suka. Jumpa Jews, jews pun akan suka..

Persoalannya dalam politik, adakah boleh melampaui sempadan agama. Seolah2 politik lebih besar drp tiket agama.Politik merentasi sempadan, tanpa batas, itu yang dikata oleh Ezam sebagai justifikasi kenapa dia tak bersama Anwar dan PKR.

Persoalannya politik jenis apa ini ? Politik menghalalkan cara ?

Ku Li mungkin akan bubar S46, kerana mungkin tak sanggup berkompromi apabila persoalan bangsa dan agama sudah dihujung tanduk..

Mungkin barangkali, PKR tak akan dibubar, kerna persoalan bangsa dan agama bukan agenda Anwar dan PKR..

Mungkin Anwar sanggup buat apa sahaja, termasuk melewati sempadan agama. Misalnya Ku Li tak sanggup pinta bantuan dana asing dan jews, tetapi Anwar mungkin sanggup buat apa sahaja asal tercapai cita2nya..

Mungkin. Itu yang disimpulkan oleh Bruce Einhorn, penulis BusinessWeek.

Kata-kata "mungkin" daripda penulis itu juga memberi seribu makna tersirat..

Mungkin penulis itu Bruce Einhorn juga berbangsa Yahudi, dia faham dua situasi berbeza yang dilafazkan Anwar.

Berhadapannya (10 tahun lalu) bersama wartawan barat (kebanyakan berbangsa Yahudi), Anwar guna istilah 'Gestapo'..Yahudi benci istilah ini..

Berhadapan dengan masyarakat Melayu-Islam, Anwar guna istilah "Mossad"..Melayu-Islam benci istilah ini..

Persoalannya, secara tersirat, penulis Barat itu mula curagai kepada Anwar.

Bolehkah cakap Anwar dipegang?, pertanyaan ini pernah disoal oleh Ahmad Lutfi Othman, dalam buku2 politiknya 10 tahun lalu..

Persoalannya, benarkah penulis Barat itu mulai mencurigai Anwar ? Kalau curigai apa alasannya?

Cukup kuatkah kalau alasannya, penulis hanya beri contoh perbandingan istilah 'gestapo' dan 'mossad' utk menyakinkan Yahudi mnolak Anwar ?

Itu yang sumandak bayu dan joyah rasa dalm bentuk lakonan..manakala penulis Bruce Einhorn pula meninggalkan tanda tanya rasanya dengan perkataan 'MUNGKIN'.

Apa maksud 'MUNGKIN' yang dirasakan oleh Bruce Einhorn, hanya dia sahaja tau jawapannya..

Tetapi saya pula ada rasa lain...

AIDC

NORA berkata...

Salam saudara AIDC dan semua,

Saudara Bruce Einhorn hanya memberikan contoh yang paling simple, maka ada juga kemungkinan dia mempunyai contoh-contoh yang lebih berat... MUNGKIN .... jadi, my humble opinion, terlalu banyak perkara2 MUNGKIN yang diketahui oleh penulis tersebut. Kerana jika dia mahu menafikan kenyataan tersebut, sebagai penulis, dia akan gunakan perkataan 'may be not/no' iaitu mungkin tidak. dan contoh simple yang diberi pasti tidak menjuruskan pemikiran kita kearah sesuatu yang memberikan kepastian.

wallahu'alam

AIDC berkata...

salam joyah,

satu kupasan yang menarik.

Komen pertama, saya tinggalkan dengan persoalan, 'Tetapi saya pula ada rasa lain....'

Apa yang saya rasa lain ?

Di sini saya lontarkan beberapa sudut fikir, apa yang saya rasa bila membaca artikel tulisan Bruce Einhorn itu khususnya apabila penulis itu menulis spesifik berkenaan kata2 anwar di depan pelabur asing, Hong Kong.

Kata Anwar, “Saya selalu dipanggil sebagai "agen Yahudi" atau "agen Amerika", tetapi saya fikir semua itu telah berlalu,”

1. Anwar sedar dia sering dituduh agen Amerika dan agen Yahudi. Sedar kerana dituduh berulang2 kali.

Persoalannya kenapa tuduhan sama dibuat berulang2 kali. Tiada asas, tiada bukti ?

2. Apa Anwar jawab kpd pelabur asing (kebanyakan Yahudi ?) di hong kong berkenaan tuduhan agen Yahudi ? Setuju atau tak setuju ? Kalau setuju apa hujah2 dan kalau tak setuju apa hujah2nya ?

Apakah tulisan penulis BusinessWeek memetik kata2 Anwar, "saya fikir semua itu telah berlalu" membawa maksud, Anwar bersetuju dituduh sebagai agen Yahudi dan dia tak kisah kerana masa sekarang hampir semua umat Islam (termasuk PAS) di Malaysia tak sensitif dgn tuduhan itu ?

3. Kenapa Anwar masih 'ulang2'(seronok?) isu dituduh 'agen Amerika' dan 'agen yahudi' pada bulan September baru2 ini di depan pelabur asing (Yahudi?) di Hong Kong, sedangkan dia sendiri kata isu itu telah lama berlalu ?

4. Sepatutnya audiens ceramh itu Anwar bercakap mengenai masalah ekonomi negara dan dunia dan bukannya menjawab isu-isu politik yang dituduh kepadanya di Malaysia. Mereka adalah pelabur asing, apa kaitannya dgn Malaysia ? Kenapa pula forum ekonomi, lebih difokus kpd persoalan agenda peribadi politik Anwar di Malaysia ?

5. Kenapa pula penulis BusinessWeek, lebih berminat mencatatkan tuduhan Anwar sebagai Agen Yahudi berbanding dgn bahan berita lain ? Apakah "Agen Yahudi" merupakan bahan paling menarik kepada Bruce Einhorn ?

6. Premis kepada hujah ini, saya ingin bertanya layakkah Anwar dijemput berceramah di forum pelabur asing, sedangkan dia bercakap mengenai politiknya di Malaysia. Kalau layak atas kapasiti apa, dia dijemput? dan apa motif terakhir penganjur (US ?) menjemputnya?

7. Sebagai perbandingan, jika Anwar bercakap di depan khalayak PAS, adakah dia juga seronok angkat bakul sendiri dituduh 'agen Yahudi'

8. Saya kira, dia amat seronok, dia selalu sebut dlm ceramah2nya di depan khalayak Melayu Islam di Malaysia. Apakah hujah Anwar di depan Melayu- Islam sama dgn hujah Anwar di depan pelabur asing, di hong kong?

9. Jawapannya tak sama, di depan Melayu Islam, dia sendiri tak menafikan dia agen Yahudi tetapi menuduh pula Tun M dan UMNO yang membayar pelobi Yahudi (Jack Abramoff) berjumpa dgn Bush ?

10. Macam mana Anwar dapat info, Malaysia membayar pelobi Yahudi jumpa dgn Bush ? Adakah Anwar dapat maklumat dalaman drp US?

11. Bukankah Jack Abramoff merupakan pelobi Anwar yang digunakan oleh Dr Jamal Berzinji, IIIT (kawan baik Anwar)untuk membebaskan Anwar dari penjara pada 2004 ?

Klik link ini.. http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2005/09/20/AR2005092001758.html

12. Kalau benar, Malaysia bayar Jack Abramoff, saya tidak hairan, kerana mengambarkan betapa susahnya nak berjumpa dgn Presiden Bush..

13. Anwar pula bagaimana ? Adakah dia susah berjumpa Bush ? Perlukah dia membayar pelobi untuk berjumpa Bush?. Saya tak fikir susah dan tak perlu bayar pelobi..dan dia sendiri pernah mengaku sebelum ini..di mana pengakuan Anwar..Jawapannya..belek semula satu persatu tulisan saya sebelum ini..

Terima kasih Joyah kerana sudi berkongsi bercambah alam fikir, sekurang2nya tulisan saudari buka ruang fikir dimensi baru..

Tetapi saya masih belum puas menulis, ada rasa lain yang belum saya catatkan di ruang terhad itu..apa agaknya rasa itu ?

ml berkata...

AI has a tongue of a serpent!