MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Jan 2009

Kalimah ALLAH Majalah Kristian : Anwar Ibrahim sudah beri lampu hijau

Ketua Biskop Kristian Katolik Dato Murphy Pakiam (no 2 dari kanan) bersama Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di Rumah Terbuka Kristian anjuran Christian Federation of Malaysia bertempat di Archdiocesan Pastoral Institute, Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur pada 25 Disember 2007

Kalimah ALLAH Majalah Kristian : Anwar Ibrahim sudah beri lampu hijau


Menghairankan mengapa puak Kristian mahu gunakan kalimah ALLAH dan Bahasa Malaysia didalam penerbitan majalah mereka selepas lebih 50 tahun merdeka. Adakah ini peluang terbaik mereka apabila melihat orang Melayu yang beragama Islam sesama sendiri berbalah. Adakah disebabkan sokongan ( lampu hijau )yang diberikan oleh Khalid Samad dan Anwar untuk menggunakan nama Allah membuatkan mereka semakin besar kepala.





Tidakkah kedua-dua manusia yang bertopengkan ugama ini boleh dianggap petualang bangsa dan ugama sehingga membuatkan puak Kristian sudah berani cuba memijak kepala umat Islam dinegara ini . Adakah dengan kemenangan mereka didalam pru-12 lepas memberi mereka " lesen besar " untuk menyakitkan umat Islam dinegara ini? Ditambah pula dengan sokongan hebat kedua-dua petualang bangsa ini?

"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."

Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.

Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia begitu terdesak memohon menggunakan istilah Arab "Allah" menggantikan "Tuhan"? Kenapa minta di depan Anwar ? Kenapa baru sekarang dan tidak dari dahulu lagi ?

Kenapa Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak memohon kalimah Arab "Rab" yang bermaksud "Tuhan" dan kenapa hanya pohon kalimah "Allah" ?

Saya melihat semua ini mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat. Apakah ini bermaksud untuk mengelirukan orang-orang Melayu supaya tidak dapat membezakan kalimah "Allah" dalam Bible dengan kalimah "Allah" dalam Al Quran ? Motifnya seperti mahu merencanakan projek mengkristiankan Melayu secara besar-besaran.

Ya benar seperti didakwa Irene Fernandez, tidak dinafikan bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab. Sebenarnya penggunaan Allah telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Kebanyakan Nasrani (Kristian) pada masa itu berpegang kepada syariat nabi Isa - bukan seperti Kristian zaman sekarang.

Rata-rata orang Arab Kristian memegang kepada kepercayaan Christian Orthodox , seperti di Palestine, Lebanon , Syria , Jordan dan sebagainya.

Namun begitu, majoriti Kristian menafikan kewujudan ‘Allah ‘ terutamanya Bible dalam bahasa Hebrew atau pun Greek.


Dato Murphy Pakiam, Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (sebelah kanan Anwar) merupakan tetamu kehormat Anwar Ibrahim dalam Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri 2007 di kediaman rasmi Anwar di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur.


Datuk Murphy Pakiam (no 2 dari kanan) bergambar bersama aktivis dan NGO PKR yang mendapat dana Yayasan Kristian-Yahudi dari Amerika. Dari kiri, Lee Khai Loong (Ketua Koodinator Youth For Change-YFC-), Elizabert Wong (Aktivis Suara Rakyat Malaysia-SUARAM- dan Hak Asasi Malaysia-HAKAM - sekarang exco kerajaan Selangor), Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif SUARAM), Cynthia Gabriel (Aktivis SUARAM), Datuk Murphy dan Tian Chua (Aktivis SUARAM, HAKAM dan Ketua Penerangan PKR). Semua NGO ini ditaja oleh NED yang juga merupakan penaja utama Anwar. Lihat bukti klik di sini.


Maka jelaslah penafian ini menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat bahwa kewujudan perkataan Allah di dalam Bible sejak dari dahulu lagi. Buktinya baca disini... .

Persoalannya;

1) Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri, menolak kalimah "Allah" di dalam Bible asal?

2. Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat ? Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada Allah ?

2) Adakah dengan menggantikan kalimah "Allah", Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam Bible ?. baca disini...

Maka jelaslah, pada saya, usaha penukaran istilah Tuhan di dalam Bible di Malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat

Mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi keliru, melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu, orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah Allah di dalam kitab Bible.

Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa “Bible is Corrupted”.

Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘words of God’ sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia ?

Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan ‘holy’?

Berlainan dengan AlQuran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat-ayat Al-Quran itu.

Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah di’edit’ dan dikotori oleh tangan manusia. Malangnya manusia yang dulunya berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh Islam kononnya atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION”

Apakah niat sebenar Anwar, untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ? Wajarkah semata-mata mahu meraih sokongan dan populariti, agama dan kalimah "Allah" diperjudikan ?

Oleh itu, tindakan kerajaan Malaysia menolak penukaran istilah Tuhan di dalam Bible kepada Allah memang tepat dan merupakan tindakan yang bijak.

Semoga ketulenan dan kesucian agama Islam serta kesejahteraan umat Islam di Malaysia akan sentiasa dilindungi Allah , Ameen ya rab Al’Alameen.

Berbalik kepada kenyataan Teresa Kok...kalau selama ini beliau suka menyaman sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkannya, bagaimana pula jika Umat Islam pula menyaman Teresa Kok kerana kenyataannya menyinggung perasaan umat Islam dan dikuatiri akan menjadi konflik antara ugama kemudian kelak..

Kenyataan Teressa Mangkok menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia..kalau dia boleh saman Utusan kerana " azan " mengapa Orang Islam tak boleh menyaman Teresa Kok kerana kenyataan yang tak bertanggungjawab????

Salam perjuangan

Tamingsari


Komen Tamingsari berasaskan artikel bertajuk " Teresa Kok kecewa KDN haram Herald guna nama Allah". Klik di sini




4 ulasan:

GOMO berkata...

LAHKAHANAT-LAHKAHANAT INI SECARA TERANG-TERANGAN DALAM MEROGOL TANAH MELAYU INI!!!
LAHKAHANAT-LAHKAHANAT INI SUNGGUH LICIK DANTERANCANG SAMA SEKALI!!!
SATU DEMI SATU DIPINTA MEREKA BAGI MENGHAKIS KEISLAMAN DALAM TANAH MELAYU INI!!!

bungaraya berkata...

Anwar Ibrahim, semua dah sedia maklum..Ugama pun dipermainkannya untuk mendapat kuasa dan kedudukan.
Inikah pemimpin yang kita harap untuk berjuang demi agama? Sudah terang lagi bersuluh. Janganlah kita terpedaya dengan kata-kata manis yang terpancul dari mulut Anwar Ibrahim.

Panglima Perang Cyber berkata...

sumber dari UstazModen di http://ustazmoden.wordpress.com/2008/06/27/kalimah-allah-khusus-untuk-agama-dan-umat-islam-sahaja-jakim/



Kalimah Allah Khusus Untuk Agama Dan Umat Islam Sahaja - JAKIM


Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 telah memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Oleh itu, penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam di negara ini dalam bahan-bahan penerbitan tidak boleh dibenarkan. Umat Islam wajib menjaga kalimah Allah dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Muzakarah kali ini juga turut membincangkan isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa pada Muzakarah kali ke-51 bertarikh 11 Mac 2002 iaitu: “Mengikut kaedah syariah, PTPTN boleh mengenakan kos perkhidmatan mengikut perkiraan yang sebenar ke atas pinjaman yang diberikan kepada pelajar” adalah masih terpakai dan relevan dan PTPTN diminta mengemukakan garis panduan atau formula pembayaran balik pinjaman yang jelas berdasarkan perkiraan kos sebenar yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa supaya selaras dengan kehendak syarak.

Dalam majlis berasingan, ahli-ahli Muzakarah telah diraikan oleh Y.A.B. Ustaz Azizan bin Abd. Razak, Menteri Besar Kedah pada Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Amat Arif Dato’ Wira Sheikh Yahya bin Haji Jusoh, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Y.Bhg. Dato’ Sheikh Uzir bin Baharom, Yang di-Pertua Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Yang Berhormat EXCO-EXCO Kerajaan Negeri, Yang Berbahagia Dato’ Zakiah Kasim, Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Y. Bhg. Dato’ Rasli bin Hj. Basir, Pegawai Kewangan Negeri dan ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.

Sementara itu, Pengerusi JKF, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin dalam ucapan aluannya berkeyakinan dengan jalinan kerjasama yang padu dan fikrah yang sepakat demi memartabatkan syiar Islam, sebarang perubahan kepimpinan tidak akan menjejaskan peranan dan bidang tugas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Menurut beliau, tidak kira apa pun ideologi politik yang diikuti, namun sebagai umat Islam kita berada di landasan yang sama dalam menegakkan syiar Islam dan berpegang pada sumber yang satu iaitu al-Quranul Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang akan menyatukan umat Islam dan akan memberi kekuatan selama-lamanya.

Kembara Politik berkata...

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat

Ditulis oleh Harakah

Thursday, 03 January 2008

Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

"Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Harakah.

Kontroversi berhubung penggunaan kalimah 'Allah' timbul apabila akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' bagi merujuk kepada 'God' dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut.

Pemilik akhbar itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya akibat isu tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom, keputusan itu dibuat berasaskan 'kepada satu laporan yang dikemukakan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan kementerian berkenaan.

"Herald boleh guna perkataan lain tetapi bukannya 'Allah'; itu akan mengelirukan orang ramai," Johari dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.

Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang.

Menurutnya, Islam mengakui Kristian dan Yahudi adalah agama langit (samawi) tetapi setelah Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., ajarannya memansuhkan agama-agama samawi sebelumnya.

Akhbar terbabit sebelum ini pernah menyelitkan sebuah rencana di seksyen bahasa Melayu pada Mei lalu di bawah tajuk "Kasih Allah: Tidak membeza-bezakan" di muka surat 23 yang dilihat cuba mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam terutama golongan remaja.

Herald diterbitkan oleh The Archbishop of Kuala Lumpur bagi pihak The Bishops of Peninsular Malaysia, yang beralamat di Petaling Jaya.

Sumber: http://ulamak.pas.org.my/

ULAMAK PAS DAH BAGI LAMPU HIJAU RUPANYA! PUNAH PUNAH !