MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Jan 2009

Luahan tidak puas hati Manikavasagam, Ahli Parlimen PKR Kapar



Luahan tidak puas hati Manikavasagam, Ahli Parlimen PKR Kapar


Oleh Azizah Mokhtar, Sinar Harian

KAPAR – Ahli Parlimen Kapar, S. Manikasavagam menyatakan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akhir Disember lalu tidak mempunyai sebarang muslihat tertentu atau meraih publisiti murahan.

Manikavasagam berkata tindakannya itu dianggap tepat sebagai satu cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap beberapa keputusan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Menurutnya, Kerajaan Selangor di bawah PR yang diterajui PKR tidak menilai pandangan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat menyebabkannya berasa kecewa sehingga beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan itu.

“Isu berkaitan pemindahan pusat operasi bas ke Klang Sentral adalah antara punca saya meletakkan jawatan kerana kerajaan negeri seperti tidak peka dengan nasib peniaga di perhentian bas lama yang ditutup.

“Bagaimanapun penyebab utama saya meletakkan jawatan ialah kerana sudah tidak tahan dengan ‘gelagat’ Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga yang menggunakan dana untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa dengan sewenang-wenangnya,” katanya.

Manikavasagam juga mendakwa beliau sebelum ini tidak berpuas hati dengan tindakan pucuk pimpinan PR Selangor yang memilih Rodziah sebagai ADUN ‘angkat’ kepada DUN Sementa setelah kerusi DUN tersebut di menangi calon dari Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Palil pada pilihan raya umum lalu.
“Mengapa Rodziah dipilih sebagai penyelia dan penyelaras di DUN Sementa sedangkan beliau sudah dipilih sebagai Exco?

“Sebagai Ahli Parlimen pembangkang, saya tidak diberikan dana oleh Kerajaan Pusat untuk digunakan bagi urusan pentadbiran dan membantu rakyat di Parlimen Kapar.

“Saya difahamkan setiap DUN di bawah Parlimen ini iatu DUN Meru, DUN Sementa, DUN Sungai Pinang dan DUN Selat Klang akan memberi sejumlah dana untuk membantu saya.

“Namun sepanjang lebih 10 bulan saya menduduki kerusi Parlimen boleh dikatakan saya terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk membuat aktiviti rakyat dan membantu mereka yang menghadapi pelbagai masalah,” katanya.

Beliau memaklumkan memang ada DUN terbabit menyumbangkan sejumlah dana kepadanya tetapi jumlah itu tidak mencukupi dan beliau terpaksa menggunakan wang elaun bulanannya sebagai Ahli Parlimen untuk menampung segala perbelanjaan itu.

Dakwanya lagi, Rodziah tidak mengendahkan tuntutan perbelanjaan yang dibuatnya untuk beberapa aktiviti rakyat dan membantu penduduk yang menghadapi DUN Sementa.

“Sejak selepas pilihan raya pada Mac tahun lalu sehingga kini, saya telah mengeluarkan perbelanjaan hampir RM68,000 bagi Parlimen Kapar dan DUN Sementa dan saya telah menghantar semua tuntutan perbelanjaan kepada beliau sebagai penyelaras di DUN tersebut.

“Tapi sehingga kini saya hanya menerima bayaran tuntutan sebanyak RM12,000 sahaja dan sikap tidak prihatin beliau itu amat mengecewakan kerana setahu saya DUN Sementa menerima peruntukan RM370,000 dari kerajaan negeri,” kata Manikavasagam.

Menurutnya, jumlah perbelanjaan kini bertambah kepada hampir RM100,000 dan bagaimana beliau hendak membantu rakyat sekiranya tidak mempunyai dana mencukupi dan tidak mendapat kerjasama dari DUN terbabit terutamanya daripada pihak Rodziah.

“Parlimen Kapar mempunyai jumlah pengundi seramai 114,000. Ia menjadikannya satu kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi terbanyak dan terbesar di negara ini.

“Bermacam-macam masalah membebani rakyat di bawah jagaan saya, jadi bagaimana saya mampu untuk membantu mereka sekiranya saya tidak mempunyai dana cukup untuk digunakan terutamanya di DUN Sementa, katanya.

Manikavasagam berkata, pihaknya agak pelik dengan tindakan Rodziah yang membuka sebuah pejabat di Sungai Kapar Indah dengan perbelanjaan ribuan ringgit dan diuruskan oleh beberapa individu dalam PKR Kapar yang sebelum ini ‘menghilangkan diri’ pada pilihan raya lepas apabila PKR Pusat memutuskan beliau bertanding di kerusi Parlimen Kapar.

“Dahulu mereka membantah saya dicalonkan di sini apabila saya menang kerusi ini mereka kini timbul semula dan menjadi orang kepercayaan Rodziah untuk mentadbir kawasan DUN Sementa serta menggunakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri.

“Saya berasa curiga ke manakah perginya wang peruntukan itu kerana apabila saya membuat tuntutan perbelanjaan pelbagai alasan diberikan oleh mereka. Mana mungkin dalam masa lapan bulan wang peruntukan itu sudah habis digunakan, katanya yang juga Ketua PKR DUN Sementa.

Sinar Harian (5 Januari 2009)


4 ulasan:

ronaldo berkata...

Inilah kerajaan tanpa rasuah, korupsi, kronisma dan nepotisma yang diwar-warkan oleh Anwar. Pengikut setia pulak, nampak mcm PKR sudah tidak memberi keuntungan, mula buka pekung didada. Kasihannnnnnnn.

Bijak berkata...

Wang, wang dan wang. semuanya mengenai wang. Bagaimana dengan tuduhan2 rasuah, penyalahgunaan wang yang sering dilemparkan kepada kerajaan. Apakah motif PKR sebenarnya. membuncitkan perut masing2 dgn wang haram. Semua mahu hidup kaya raya, mahu senang lenang dengan modal menipu rakyat. Pergi jahaman PKR!!!

akram berkata...

Salam aidc,

Adakah benar semua ini atau sekadar lakonan PKR untuk mengaburkan pandangan rakyat. Adakah beliau mahu dilihat sebagai hero kampung pisang kerana kononnya membela nasib rakyat kawasan beliau. Dan dibelakang kita, dia dan anwar ketawa bersama-sama, bergurau mesra atas keberkesanan lakonan mereka.

PKR memang tak berguna dimata rakyat dan sentiasa jadi tak guna sampai bila-bilapun selagi anwar dan kafir-kafir mahu meneruskan agenda-agenda jahat mereka.
kaum-kaum cina menjadi semakin kurang ajar disebabkan kejahatan
PR dan tiada tindakan keras dari kerajaan untuk pastikan mereka ini terkubur.

ChelsyB berkata...

~orang kampung semua dah tau!~
~orang luar negara juga sudah sangsi~
~orang yang taksub aje yang masih setia~

NO to AL-JUBURI!