MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Jan 2009

Anwar: Hudud tidak dipaksa ke atas bukan Islam




Anwar: Hudud tidak dipaksa ke atas bukan Islam


Oleh G.MANIMARAN


KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.


Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.

"Tiada niau untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.


Ia merupakan ceramah besar pertama selepas penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terenggani pagi semalam.


Malah ia juga adalah kenyataan pertama Anwar mengenai hudud sejak ia muncul dua minggu lalu.


Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.


"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.


"Ronnie Liu (daripada DAP) mungkin kata Kristian adalah lebih baik manakala saya kata Islam lebih baik.


"Tetapi umumnya kami mempunyai matlamat sama untuk menjadikan negara lebih baik," katanya.


Isu undang-undang hudud dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu forum di Kota Bahru lebih dua minggu lalu.


Dalam forum tersebut, Khairy meminta Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan pendiriannya mengenai hudud dan Husam menegaskan parti itu akan melaksanakan hudud dan qisas sebaik sahaja pakatan pembangkang memerintah negara ini.


sumber - Mstar online


6 ulasan:

mahacu berkata...

Sdr AIDC,

Di dalam blog Tulang Besi ada disebut oleh seorang komentar:

"Alhamdulillah, Tuan Guru Nik Aziz sudah pun mengingatkan sebentar tadi dalam ceramah perdana di kg tanjung kuala terengganu turut hadir Dato Seri Anwar Ibrahim, Presiden pas, nasaruddin, mustapa ali, wahid endut, dato zahar, yb tien chua.

Secara sindiran Tuan Guru Nik Aziz mengingatkan Allah Taala sentiasa melihat segala berbuatan pemimpin yang membelakangkan suara ramai tidak kira samada perbuatan di pihak mereka atau perbuatan di pihak kita dia kena menjawab dihadapan Allah Taala dan akan menanggung akibat dari perbuatan nya. Insyallah.

Sudah nampak satu cahaya berlaku perubahan kepimpinan di muktamar."

Boleh tuan cari video utk confirm Nik Aziz kata mcm tu?

AIDC berkata...

Salam maha2020..

Alhamdulillah..kalau benar apa yang dikata sudah mula bersinar cahaya kebenaran. Insya Allah dipanjatkan doa akar akan meresap ke akar umbi..

setakat ini saya belum terjumpa video yang dimaksudkan itu. Kalau tuan jumpa dahulu, elok diemail kepada saya aidceditor@yahoo.com

saya mohon semua team AIDC agar turut mencari sama..mungkin rangkaian kita yang berada di Terengganu boleh membantu..

nanti jika berkesempatan kita ym personally..

mahacu berkata...

wa alaikumussalam

Insha Allah, kalau ketemu saya akan postkan kepada pihak tuan.

Video tersebut menarik untuk melihat siapa yg berada di majlis itu,yakni adakah kumpulan ada sama ataupun tidak.Jika tidak, maknanya kump. tersebut memboikot majlis tersebut di KT.

Kedua,sejauh mana benarnya Nik Aziz kata begitu?Jika benar,maknanya,Nik Aziz sedang ditunggang oleh kump Erdogan untuk serangan taktikal di kemudian hari utk merebut kuasa dalam PAS dalam muktamar bakal menjelang.

wassalam

rizal berkata...

mana boleh mcm tu dlm hudud semua umat manusia tk kira ugama...dan bangsa tak terlepas dari hukum ALLAH

acap berkata...

anwar sokong hukum hudud ?? haha , ak x nmpak ap2 pon yang anwar ni sekular lah, liberal alaf baru lah, sekutu amerika lah, seperti yang diperjuangkan oleh AIDC and co. UMNO yang dikatakan memperjuangkan melayu islam perintah lebih 51 tahun negara x pernah nak laksanakan HUDUD, hukum Allah, malah islam hadari ciptaan manusia diperjuangkan. anwar bukan liberal, sekular, dia pejuang menegakkan HUDUD, hukum islam bersama PAS. ak x heran DAP tentang sebab mereka bukan islam, tetapi UMNO SENDIRI YANG TENTANG.

NTanwar berkata...

Macam terkejut ja..Anwar sokong hudud..napa terkejut, tak percaya ?

Tak heran dengan Anwar, dia boleh sokong semua, termasuk Annapolis summit yang mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara SAH

Napa tak percaya ? kawan Anwar, Steve Clemons sendiri ceritakan..

Tak percaya klik di sini

Gus Dur lagi tak nampak anwar ni sekular ka, liberal alaf baru ka, sekutu amerika ka...sebab itu Gus Dur sering datang membela Anwar termasuk berkempen untuk memenangkan Anwar di Permatang Pauh.

Gus Dur pun tak nampak juga, sebab itu dia kata 'cara' Saiful pegang Al Quran bukan budaya Islam, sebab semasa Gus Dur angkat sumpah jadi Presiden Indonesia wajib pegang Al Quran dan Al Quran diangkat di kepala Gu Dur.