MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Okt 2008

Hubungan Anwar-Amerika bahayakan negara - Dr. Chandra Muzaffar




Hubungan Anwar-Amerika bahayakan negara - Dr. Chandra Muzaffar


DR. CHANDRA Muzaffar pernah menjadi ‘orang kuat’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika parti itu ditubuhkan pada tahun 1999.

Chandra memegang jawatan Timbalan Presiden PKR selama dua tahun sebelum menarik diri pada Disember 2001 atas sebab-sebab tidak sehaluan dengan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya tarik diri kerana perbezaan pendapat dan tidak bersetuju dengan Anwar,’’ katanya.

Menurut Chandra, Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana pendiriannya tidak konsisten, kurang jelas dan beliau mengamalkan politik perkauman.

Wartawan Utusan Malaysia, Nazrullah Rosli menemu bual Chandra, yang kini mengetuai Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), mengenai beberapa isu berkaitan Anwar dan peluang PKR pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

Utusan :Bagaimanakah saudara melihat kehadiran di ‘belakang tabir’ Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum kali ini?

CHANDRA: Pada hemat saya, prestasi PKR kali ini akan merosot kerana Anwar tidak akan berjaya meraih simpati kerana dia tidak berada dalam penjara seperti sebelum ini.

Pada pilihan raya 1999, Anwar menerima banyak ‘simpati’ kerana dia dipenjarakan dan ia menjadi faktor utama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menang di Parlimen Permatang Pauh.

Anwar sudah dibebaskan dari penjara dan faktor simpati sudah tidak wujud lagi. Dengan kata lain PKR dan Anwar yang merupakan pelaku utama parti itu kini akan mendapat layanan yang sama seperti pelaku politik parti-parti lain.

Ini juga bermakna segala kelemahan Anwar juga akan terdedah dan dia terpaksa menanggung risiko kerana rakyat akan menilai dirinya sama seperti mereka menilai pelaku politik lain.

Apakah punca PKR tidak diterima oleh majoriti rakyat di negara ini?

CHANDRA: Ada beberapa sebab termasuk pengakuan terbuka Anwar mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagaimana yang dinyatakannya pada kempen pilihan raya kali ini.

Seperti diketahui umum, DEB melindungi orang Melayu dari segi ekonomi.

Sebaliknya cadangan Anwar itu menimbulkan kemarahan orang Melayu yang tidak bersetuju dan menentang perbuatan menghapuskan DEB.

DEB bagi orang Melayu adalah sesuatu yang penting dan sekiranya ada pemimpin Melayu yang mahu menghapuskan DEB, ia satu perbuatan yang tidak boleh diterima.

Anwar juga dikaitkan secara tidak langsung dengan pertubuhan haram Hindraf. Dia secara terbuka mempertahankan perbuatan kumpulan itu.

Masyarakat Melayu tidak senang dengan pendirian politiknya ini. Dan ini membawa implikasi negatif kepada politik Anwar.


Bagaimana pula PKR pada mata masyarakat Cina dan India di negara ini?

CHANDRA: Kedua-dua kaum itu tahu pendirian Anwar semasa dalam kerajaan dulu berhubung beberapa isu melibatkan kepentingan dua kaum itu.

Apa yang diperjuangkannya sekarang jauh berbeza. Misalnya, dalam isu penggunaan bahasa di sekolah Cina, pendirian Anwar sering berubah berdasarkan kehendak golongan yang menjadi sasarannya.

Kalau dia hendak dapat sokongan dan perjuangkan orang Melayu, dia akan pilih isu-isu tertentu yang ada kaitan dengan orang Melayu.

Anwar bukan seorang yang berpegang pada prinsip dan dia hanya menyesuaikan diri dengan suasana, kehendak dan iklim politik semasa.

Contohnya, kalau mahu meraih sokongan kaum Cina, dia akan memperjuangkan isu masyarakat berkenaan dan melakukan perkara sebaliknya apabila mahu mendapatkan sokongan Melayu.

Jadi, matlamat Anwar dalam PKR jelas untuk kepentingan politik dirinya sendiri. Pengundi kaum Cina dan India tahu politik Anwar.


Apakah hubungan mesra Anwar dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat dan Barat menggugat sokongan rakyat kepada PKR?

CHANDRA: Bagi masyarakat Melayu dan bukan Melayu, mereka sedar tentang pendirian politik Anwar dalam soal hubungan antarabangsa.

Dia menjalinkan hubungan intim dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat (AS). Rakyat Malaysia tahu tentang dasar luar AS yang begitu agresif mahu menguasai dunia seperti di Asia Barat. AS mahu kekal berkuasa ke atas laluan strategik di rantau itu.

Anwar juga begitu akrab dengan golongan tertentu di AS, antaranya dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan yang juga bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang merupakan antara perancang utama Perang Iraq.

Anwar juga menjadi Pengerusi Yayasan Untuk Masa Depan yang ditubuhkan dan dilancarkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang kononnya untuk memperkenalkan demokrasi di Asia Barat.

Yayasan itu ditubuhkan oleh kuasa tertentu untuk kepentingan mereka. Anwar terlibat dalam usaha ini. Dia mendapat sokongan media Barat dan pemimpin tertentu di Barat.

Apakah pembabitan Anwar dengan Barat ini yang menyebabkan saudara menarik diri daripada PKR?


CHANDRA: Memang benar. Inilah yang menjadi faktor saya tarik diri pada Disember 2001. Saya lihat faktor ini melemahkan PKR dan mungkin menyebabkan komplikasi serius terhadap Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Hubungan Anwar dengan Amerika Syarikat dan Barat boleh membahayakan kedaulatan kita.

Jika hubungan seperti itu wujud, bagaimana dia boleh memimpin untuk kepentingan negara ini?

Secara umumnya, orang begini kalau memimpin negara, dia akan melemahkan kerajaan dan negara.

Sebab itulah selama dua tahun dalam PKR, saya tidak tunduk kepada kehendak Anwar kerana pendiriannya tidak konsisten dan tidak berterus terang.

Selain pendirian yang tidak konsisten dan kurang jelas, Anwar juga memainkan sentimen perkauman seperti terbukti pada pilihan raya kecil Lunas dulu.

Begitu juga dengan soal politik wang yang diheboh-hebohkan, sedangkan apa yang dilakukannya jauh berbeza. Dia cakap tak serupa bikin.

Sekiranya Anwar dapat menjadi Perdana Menteri, dia tidak akan memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Malah, seperti yang saya katakan, dia akan berkompromi dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat dalam soal kedaulatan dan kemerdekaan negara.


sumber - Utusan Malaysia


Tiada ulasan: