Saya percaya kepada momentum rakyat yang mahukan perubahan seberapa segera.. dan saya juga begitu. Kalau boleh, mahu saja hari ini terus diadakan perubahan.. tanpa perlu menunggu 16 September. Pada pendapat saya, BN sukar untuk belajar jika tidak pernah jatuh..
Saya percaya kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai cita-cita murni untuk mencari dan mendapatkan sebuah kerajaan pemerintah yang adil, prihatin, berwawasan dan bijaksana. Saya percaya kepada pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan PAS..
Pada saya, YB Lim Guan Eng dan DAP amat fokus kepada prinsip perjuangan ‘Malaysian-Malaysia’ dari dulu sampai sekarang.. DAP dan LGE membangkang kerajaan sejak era Dr Mahathir lagi. Begitu juga dengan PAS, yang fokus kepada ‘Kepimpinan Ulama’.. dan mereka juga membangkang sejak era Tunku Abdul Rahman lagi..
Hairannya.. Amerika tidak menyokong mereka pun !!
Malahan, Lim Guan Eng dan anak kepada TG Nik Aziz juga pernah ditahan dibawah Akta ISA.. tetapi Amerika tidak pernah mengutuk dan mempersoalkan tindakan Kerajaan Malaysia tersebut..
Hairannya.. Kenapa Amerika beria-ria membela dan mempersoalkan kewajaran DS Anwar Ibrahim dikenakan tuduhan salahlaku oleh Kerajaan Malaysia.. Tahun 1998, Anwar disokong oleh Naib Presiden AS, Al-Gore .. Tahun 2008, Anwar disokong oleh Condolezza Rice..
Kenapa Amerika sahaja yang menyokong Anwar? .. dimana suara bantahan dari Rusia? .. dimana suara bantahan dari China? Kenapa hanya Amerika???.. padahal ekonomi Malaysia hanya berada pada tangga ke 16 sebagai rakan dagang AS.
Sebabnya.. DS Anwar adalah orang penting dalam organisasi Foundation of the Future .. Orang-orang yang pro-Anwar mestilah tahu dan sentiasa merujuk blog DS Anwar untuk berita-berita terkini, dan mereka sentiasa mendapat makluman terkini aktiviti DS Anwar dalam organisasi ini.. berikut adalah maklumat dalam Wikipedia..
” In July 2006, Anwar was elected Chair of the Washington-based Foundation for the Future [13]. In this capacity, he signed the October 1, 2006 letter to Robin Cleveland of the World Bank, requesting the transfer of the secondment of Shaha Riza from the US Department of State to the Foundation for the Future. This transaction led to Paul Wolfowitz’s resignation as president of the organization.[14] He was one of the signatories of A Common Word Between Us and You in 2007, an open letter by Islamic scholars to Christian leaders, calling for peace and understanding.”
Saya rasa.. semua orang sudah sedia maklum akan peranan ‘disebalik tabir’ Yahudi dalam pentadbiran Amerika, malahan calon Presiden mesti mendapat sokongan dan lobi Persatuan Yahudi Amerika untuk mencerahkan lagi peluang calon-calon tersebut.
Dan rakyat Malaysia pun sedar akan hal ini sudah sekian lamanya .. sejak DS Anwar berada dalam UMNO lagi..
Semasa Perang Dingin Amerika-Russia, terdapat satu penerimaan pemikiran kepada ‘Teori Domino’.. dimana kepercayaan fahaman komunisme akan berjangkit kepada negara-negara yang berdekatan dengan kuasa besar Komunis seperti Rusia. Dari Rusia-China-Vietnam-Burma-Thailand-Malaysia-Singapura-dll. (seperti alat permainan blok Domino).
Kerana itu Amerika mengambil langkah pro-aktif dengan menyekat fahaman ini dari terus tersebar dengan memperkenalkan idea ‘Demokrasi’ sebagai alternatif kepada idea ‘Komunisme’..
Bagaimanapun, setelah kejatuhan Rusia dibawah Mikhail Gorbachev.. Islam mula dilihat sebagai musuh utama kepada peradaban Amerika-Yahudi, oleh itu Amerika telah melancarkan pelbagai ideologi seperti ‘Liberalisme’, ‘Globabalisme’, ‘Human Rights’, ‘Terrorisme’ dan lain-lain untuk menyekat pengaruh Islamisasi dari terus berkembang..
Pentadbiran Amerika-Yahudi percaya.. Serangan melulu terhadap Islam akan menghasilkan lebih ramai pengganas baru dan bilangannya amat cepat berkembang sebelum mereka sempat membendungnya, kaedah menggunakan orang Islam sendiri sebagai ‘neutralise’ kepada umat Islam lebih praktikal dan berkesan walaupun memerlukan sedikit bantuan masa.
Seolah-olah anai-anai yang memakan kayu dari dalam.. akhirnya rumah tersebut akan roboh dengan sendirinya..
Dan inilah fungsi-fungsi utama Foundation For The Future, yang dibiayai oleh tabung Amerika untuk membantu NGO dan parti berhaluan kiri sesebuah kerajaan yang tidak sealiran dengan dasar Amerika.
Dan kenapa Foundation For The Future yang berpusat di Washington, dan dilancarkan oleh Condolezza Rice pada 12 November 2005 di Bahrain ini boleh menglibatkan DS Anwar bersama-sama mereka? Untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi hubungan Anwar-FFTF ini, anda boleh merujuk artikel AIDC dan Minda Cergas..
Berbalik kepada politik Malaysia.. semasa era pemerintahan Dr Mahathir, orang-orang Yahudi tidak gemar kepada beliau kerana dasarnya yang tidak mengiktiraf Israel sebagai negara berdaulat hasil krisis Israel-Palestin, malahan Dr Mahathir juga menuduh Yahudi memainkan peranan dalam krisis ekonomi 1997 dan mendakwa Yahudi mengawal dunia ini melalui proksi-proksinya.
Usaha Israel untuk menjalinkan hubungan dengan Malaysia sebenarnya bermula dari tahun 1956 lagi, tetapi sentiasa menemui jalan buntu.. Semenjak dari zaman Tunku Abdul Rahman dan dua PM yang berikutnya, usaha Israel tidak berjaya dan ini diburukkan lagi dengan pendirian keras Dr Mahathir terhadap Yahudi.. sehingga dirinya digelar Anti-Yahudi.
Bagaimanapun, pada tahun 1994, Malaysia mula berlembut dengan Israel dengan memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk berurusan dengan Israel atas hal-hal perniagaan. Pada tahun 1996, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia telah memberi kebenaran kepada bank Malaysia untuk membuat kerjasama dengan bank Israel.
Pada tahun 1997, semasa krisis mata wang.. DS Anwar cenderung kepada pendekatan pasaran bebas, pelaburan asing dan liberalisasi perdagangan, manakala Dr Mahathir cenderung kepada pengawalan matawang dan pengawalan pelaburan asing, disamping menuduh George Soros sebagai dalang krisis tersebut. Hal ini mencetuskan pertembungan pendapat sesama mereka..
Anehnya.. pada tahun 1998, DS Anwar telah dinobatkan ‘Asian of the Year’ oleh majalah Newsweek..
Anda boleh ikuti artikel “Jewish Political Studies Review-Malaysia : Anti-Semitism without Jews” untuk mengetahui sejarah politik Israel-Malaysia..
Oleh itu.. berdasarkan kepada pembacaan dan kajian saya yang tidak seberapa ini, dapatlah saya merumuskan bahwa :
1. Yahudi-Amerika mula memberi perhatian kepada Anwar, atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan pada Tahun 1994, .. membuka lembaran baru hubungan Israel-Malaysia dengan kelonggaran dasar Malaysia membenarkan hubungan dagang dengan Israel. Ianya seolah-olah menolong usaha Israel sejak tahun 1956 lagi untuk berurusan dengan Malaysia.
2. Yahudi-Amerika semakin tertarik kepada Anwar semasa krisis mata-wang 1997 diatas kepercayaannya kepada prinsip pasaran bebas, pelaburan asing tanpa had, liberalisasi perdagangan .. yang lebih menepati cita-cita Yahudi-Amerika terhadap pasaran ekonomi dunia sejagat. Dan Amerika tidak suka kepada Dr-Mahathir yang dianggap ultra-Melayu, anti-semitik dan campur-tangan kerajaan dalam ekonomi.
3. Prinsip demokrasi dan liberalisasi yang didokong oleh Anwar boleh menolong matlamat Yahudi-Amerika untuk meneutralkan orang-orang Islam yang ortodoks dan radikal, seterusnya .. menolong matlamat global Yahudi-Amerika untuk menyekat fahaman Islam yang radikal dari terus merebak.
4. Dengan gabungan fahaman Islam yang liberal dan kepercayaan kepada pasaran bebas, DS Anwar dilihat sebagai seorang calon yang mempunyai pakej lengkap agenda globalisasi Yahudi-Amerika .. sejajar dengan penghormatan negara-negara Asia dan Arab terhadap reputasi baik Malaysia sebagai model negara membangun yang berjaya.
5. Dengan memberi sokongan padu kepada DS Anwar, secara tidak langsung negara-negara Asia dan Arab yang kagum akan kejayaan Malaysia sebelum ini.. akan lebih menghormati DS Anwar dan mudah menerima buah fikiran beliau. Ini akan menolong mempercepatkan agenda Yahudi-Amerika untuk meneutralkan pemimpin-pemimpin negara lain.
Samada Anwar Ibrahim sememangnya proksi Amerika ..
atau beliau sedar tentangnya tetapi sengaja buat-buat tidak tahu ..
atau beliau tidak sedar bahawa dirinya dijadikan kuda tunggangan Yahudi-Amerika ..
terpulanglah kepada anda untuk menilainya.. Hanya Allah yang Maha Tahu.
sumber - cekka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan