Oleh AIDC
Apabila menonton video khas yang dirakam bertajuk 'Wacana Empat Tokoh di Florence, Italy', dapat dirasakan ada sesuatu visi penting Anwar yang ingin disampaikan kepada rakyat Malaysia. Wacana empat tokoh di Florence itu antara Anwar Ibrahim , Amartya Sen , Emma Rothchild dan Michel Camdessus .
Kepentingan wacana itu terbukti apabila Anwar membuat dua versi; pertama tulisan di blognya (anwaribrahimblog) dan kedua versi video yang dimuatkan di youtube (seperti yang ditontonkan di atas). Walaupun video itu dirakam semula selepas program diadakan dalam bentuk satu hala, hanya melalui penceritaan semula oleh Anwar apa yang berlaku dalam dalam wacana itu. Penceritaan pula menggunakan nada bahasa biasa (tidak seperti yang biasa ditonton di pentas ceramah) menguatkan lagi bahawa terdapat mesej penting yang ingin diberitahu kepada rakyat Malaysia khususnya Melayu.
Anwar selalu menggunakan dwi bahasa (Melayu/Inggeris) jika dirasakan mesej itu mahu disampaikan kepada masyarakat Melayu dan bukan Melayu (dalam dan luar negara) dan Anwar hanya akan menggunakan Bahasa Melayu, jika mesej itu hanya ingin disampaikan kepada masyarakat Melayu. Itu tipikal biasa Anwar.
Mesej dalam tulisan di blog
Anwar memulakan penulisan begini : "Saya diperingat berulangkali bahawa wacana ilmiah kurang menarik bagi majoriti pengunjung blog. Kendati begitu saya mohon kesabaran saudara-saudari untuk merenung sajenak himbauan saya mengenai wacana empat tokoh. Sesungguhnya islah dan reformasi akan hanya bermakna jika kita turut memantap ilmu dan memperkasa budaya"
"Bertempat di Villa Malafrasca. Ada kelainan dalam sesi menarik - wacana bersama Amartya Sen, Emma Rothchild, Michel Camdessus dan saya. Amartya kini Prof Ekonomi di Harvard, terkenal dengan karya Development as Freedom dan Identity and Violence. Beliau juga adalah pemenang hadiah nobel (ekonomi). Emma adalah Profesor Sejarah dan Falsafah di Cambridge dan dianggap pakar mengenai pemikiran serta gagasan Adam Smith. Michel pernah bertugas sebagai Gabenor Bank Negara Perancis dan KP IMF. Dan Anwar…..suami Azizah..:)"
"Arakian sehari suntuk sejak 8 pagi hingga 4 ptg kami ngobrol serius menyinggung isu pembangunan, keadilan, kepercayaan dan agama, ilmu dan sejarah. Wacana yang amat menyegarkan dirakam sapenuhnya dan akan diterbitkan"
"Perbahasan bermula dengan kami bergilir merumuskan isu kepercayaan -agama dan pembangunan, samada mampu mendorong pertumbuhan atau merobohkan asas tradisional".
"Wacana tidak harus terbatas kapada kerangka pemikiran barat saperti faham demokrasi atau kebebasan menurut telunjuk pentadbiran Presiden Bush. Michel Camdesus menyorot kepada idealisme eropah diera pencerahan (enlightenment) dan renaisans"
"Saya menegaskan ramuan kepelbagaian, kebebasan dan tradisi keilmuan Islam sehingga berupaya memperkenalkan karya agung Yunani ke dunia Eropah, Convivencia di Andalusia yang melahirkan raksasa ilmu saperti Ibn Rush malah Maimonides, filasuf yahudi".
"Amartya Sen meninjau pengalaman Hindu dan Islam, India dan Cina yang berrencam tetapi memperkaya seandainya mampu menghindar aliran pelampau"
"Sesi petang tertumpu kepada permasalahan ekonomi dengan tata tempang, kekuatan dan kelemahan WTO, IMF, Bank Dunia dan PBB. Semua ini dibahas dengan mengambil kira peranan nilai, akhlak dan etika. Khazanah dari pemikir dicambah dengan merujuk kepada Al-Ghazali dan Al-Biruni"
"Saya ulangi gesaan Muhammad Iqbal mengenai ijtihad. Amartya Sen merujuk kepada Asoka, Akbar, dan Al-Biruni. Beberapa prinsip asas berakar dalam tradisi lama dan harus dimekar menurut konteks semasa"
"Emma Rothchild merujuk kpd Adam Smith - an inquirt into the nature and causes of the wealth of nations"
"Berbeda dengan tafsiran tokoh ekonomi semasa, Adam Smith dalam karya tersebut dan dalam 'the theory of moral sentiment' menekankan aspek keadilan kesejahteraan rakyat terbanyak"
"Beliau menyanggah kecenderungan ketua gereja dan pemerintah yang mengongkong atau pedagang yang tamak, gelojoh dan menipu"
"Menurutnya:Fear is in almost all cases a wretched instrument of government, and ought in particular, never to be employed against any order of men who have smallest pretensions of independency"
"Kami merujuk juga kpd pendekatan sederhana - awsatuha - yang dikaitkan dengan tahap kefahaman bukan kedangkalan. Demikian pula menurut Emma Rothchild tatkala menukil hujah David Hume mengenai keupayaan ilmu mengasah kesederhanaan - mildness and moderation"
"Di Badia Fiesolana -5 ptg hingga 8 mlm - Teatro: Public Debate European University Institute menghimpun ratusan sarjana dan pemerhati politik eropah untuk menyaksikan perdebatan 4 tokoh. Saya turut terharu dengan penghormatan yang diberikan oleh mereka terutama kenyataan awal bicara oleh Amartya Sen dan Emma. Perbincangan lebih menjurus kepada dasar dan keganasan Amerika, kelompok fanatik Islam, kegagalan Eropah muncul sebagai gergasi ekonomi yang mempertahan keadilan".
"Kami ditempatkan di villa lama yang dibina di abad ke 14 milik Bartolomeo Diniccolo, seorang pemuka Florentine. Villa kemudian dipindah kepada Bartolomeo di Filippo Valori wakil Pope Clemente VII yang berjaya merampas Florence dalam tahun 1530, tetapi Valori dipancung dan villa kemudiannya dirampas. Villa tua dengan pemandangan indah tanpa TV untuk memungkinkan wacana dilanjut hingga lewat malam"
Membaca catatan asal Anwar klik di sini
Mesej Anwar dalam rakaman video
Anwar memulakan bicara dengan memberi latar sejarah Florence, Italy. Katanya Florence adalah tempat penting kerana di sini bermulanya era 'pencerahan' (enlightenment).
Seperti dalam tulisannya, Anwar memberi sedikit latar belakang ahli panel. Berkenaan dengan Amartya Sen, Anwar berkata, beliau adalah tokoh penting yang menyanggah pemikiran Dr Mahathir(Malaysia), Lee Kuan Yew (Singpura) dan Suhartho(Indonesia) yang mengenepikan demokrasi dan hak asasi.
Dalam wacana itu, Anwar kata, beliau menekankan bahawa "agama tidak harus dilihat dalam kontek yang terbatas, faham sekular yang melampau yang menolak keperluan asas etika dan moral yang ada dalam semua agama dan mengaitkan dengan kekuatan Al Ghazali dan AlBiruni serta keperluan ijtihad (pemikiran semula) oleh Iqbal"
Kata Anwar, "Emma Rothchild meminta kita mengkaji semula pemikiran Adam Smith yang tidak melihat pertumbuhan ekonomi dari sudut tamak haloba, golongan kaya memunggah kekayaan melampau dan membiarkan soal rasuah, penipuan, penindasan berleluasa"
Berkenaan dengan Michel Camdessus, Anwar kata, "beliau penganut Katholik yang setia, melihat perkembangan Eropah tidak terikat dengan faham kebendaan yang kuat. Beliau mengatakan Eropah harus berkembang dengan kembali kepada tradisi agama yang toleran dan mengambil kira perubahan yang berlaku dengan lain-lain penganut agama di Eropah"
Kata Anwar pada sebelah petang kami berempat dihadapkan di depan sarjana antara 200 hingga 300 orang seluruh Eropah kebanyakan Italy dan negara jiran untuk merumuskan pendapat masing-masing.
Anwar mengakhiri sidang video itu dengan berkata, "Saya mendapat kesan yang cukup positif dari percambahan idea dan pemikiran begini kerana ia tidak banyak dan hampir tidak berlaku di Malaysia"
Memahami mesej tersirat Anwar melalui simbol istilah
Walaupun Anwar menggunakan bahasa biasa tetapi beliau menggabungkan tiga elemen penting dalam semua bentuk ucapan/tulisannya iaitu retorik, perlambangan istilah/simbol dan teknik perbandingan.
Pencerahan-enlightenment
Bagi peminat 'Pencerahan' yang dilatih oleh Khalid Jaffar di Institut Pemikiran Anwar, IKD akan tergoda apabila Anwar menulis dan mengungkap istilah 'enlightenment'.
Pencerahan (Enlightenment) merujuk kepada zaman Eropah Moden (cerah) setelah berakhirnya zaman pertengahan Eropah (gelap). Itu yang ditegaskan Anwar pada mula bicara video, "Florence adalah tempat penting kerana di sini bermulanya era 'pencerahan' (enlightenment) di Eropah"
Pencerahan juga membawa maksud liberalisme. Bapa falsafah pencerahan/enlightenment/liberalisme adalah John Locke (1632M-1704M) seorang ahli falsafah Eropah, beragama Kristian yang mengemukan teori kebebasan berpolitik yang dikembangkan dari falsafah Kristian.
Menurut John Locke konsep liberalisime bermaksud mewujudkan Negara Liberal, iaitu pembahagian di antara hak individu dan hak pemerintah. Hak individu adalah hak kebebasan dan hak asasi. Manakala hak pemerintahan pula hak pembahagian kekuasaan antara Legislatif, Eksekutif dan Federatif.
Konsep liberalisme politik John Locke ini kemudiannya dikembangkan kepada konsep Liberalisme agama yang sekarang ini lebih dikenali sebagai Pluralisme Agama (persamaan antara agama) atau bahasa mudah disebut Islam Liberal.
Seterusnya konsep ini dikembangkan kepada aspek ekonomi, Liberalisme ekonomi yang sekarang ini lebih dikenali sebagai sistem pasaran bebas, tanpa campur tanpa kerajaan kerajaan dalam memberikan hak-hak keistimewaan kepada kaum tertentu seperti DEB.
Bermakna zaman pencerahan/enlightenment/liberalisme adalah usaha mewujudkan sebuah Negara Liberal dalam semua aspek politik, ekonomi dan agama.
Memahami simbol-simbol Islam yang ditulis dan diungkap
Bagi golongan penentang Islam Liberal yang sedang berkembang pesat di Indonesia, seperti Adian Husaini, beliau meletakkan beberapa penanda aras untuk mengklasifikasi penganut Islam Liberal berasaskan istilah dan simbol yang sering digunakan oleh mereka. Klik di sini
Antaranya yang biasa digunakan adalah 'Pluralisme' yang bermaksud persamaan antara agama. Tetapi bagi penganut Islam Liberal, mereka tidak akan mengaku sebagai penganut Islam Liberal dan sering menggunakan pelbagai istilah yang akhirnya membawa maksud pluralisme. Antaranya 'kepelbagaian agama', 'mencari persamaan antara agama', 'toleransi antara agama' dan sebagainya.
Misalnya istilah masyarakat Madani yang dipopularkan oleh Anwar pada lewat tahun 90-an, dipanjangkan ke Indonesia oleh Nurcholish Madjid (Pelopor Islam Liberal Indonesia) sebagai masyarakat Pluralisme. Jika Nurcholish Madjid tidak menyatakan persamaan, mungkin hari ini kita masih terkeliru dengan mengatakan kedua-dua istilah itu membawa maksud yang sama. Klik di sini
Begitu juga dengan terma "demokrasi" sering disebut oleh Nurcholich Madjid dan pelopor Islam Liberal di Indonesia sebagai sebahagian daripada inti perjuangan mereka. Kebetulan pula Anwar, sekitar tahun 2005-2007, sering berceramah di luar negara atas tema "Islam dan Demokrasi"
Walaupun berbeza dari segi penggunaan istilah namun sepuluh inti penting ajaran Islam Liberal telah diseragamkan di seluruh dunia Islam iaitu pertama, memperjuangkan Pluralisme dan Liberalisme; kedua, menggesa agar Pintu Ijtihad (Penafsiran semula) dibuka; ketiga, memihak kepada minoriti; keempat, menyakini kebebasan beragama; kelima, menyakini dialog antara agama; keenam, memperjuangkan hak kebebasan asasi dan hak wanita; ketujuh, memperjuangkan tradisi keilmuan berasaskan pemikiran berbanding dengan pelaksanaan hukum Islam; kelapan, mengagumi pemikiran barat atau orientalis; kesembilan, memperjuangkan keserderhanaan Islam atau Muslim Moderat dan kesepuluh memperjuangkan pemisahan antara urusan agama dan politik. Klik di sini
Jika separuh daripada sepuluh ciri diatas berjaya dilaksanakan maka akan terbentuk "Negara Liberal" sepertimana yang digagaskan oleh John Locke. Bermakna penggunaan istilah 'pencerahan' juga membawa maksud 'pencerahan agama' atau 'Islam Liberal'. Klik di sini
Dalam tulisan dan ucapan Anwar di atas, beliau menggunakan beberapa istilah yang menepati ciri-ciri Islam Liberal. Misalnya "Wacana ilmiah empat tokoh penting" membawa maksud 'dialog antara empat tokoh penting yang berlainan agama'. Anwar (Islam); Amartya Sen (Athies), Emma Rothchild (Yahudi) dan Michel Camdessus .(Kristian)
Kebetulan pula Forum atau Wacana itu bertajuk "Faith and Economics" (Kepercayaan dan ekonomi).
Anwar sendiri menulis bahawa intipati penting ucapannya dalam wacana itu adalah "menegaskan ramuan kepelbagaian, kebebasan dan tradisi keilmuan Islam sehingga berupaya memperkenalkan karya agung Yunani ke dunia Eropah, Convivencia di Andalusia yang melahirkan raksasa ilmu saperti Ibn Rush malah Maimonides, filasuf yahudi.
Anwar sering menekankan konsep 'masyarakat Convivencia' yang juga merujuk kepada 'masyarakat Madani' atau 'masyarakat Pulraslime dan Liberalisme'. Klik di sini
Sekali lagi perkara sama ditegaskan dalam ucapannya yang dirakam dengan mengatakan, "agama tidak harus dilihat dalam kontek yang terbatas, faham sekular yang melampau yang menolak keperluan asas etika dan moral yang ada dalam semua agama dan mengaitkan dengan kekuatan Al Ghazali dan AlBiruni serta keperluan ijtihad (pemikiran semula) oleh Iqbal"
Satu lagi kaedah mengenali pemikiran Islam Liberal adalah mengenal pasti siapakah guru atau sumber rujukan pemikirannya. Pertama mereka bergurukan dan memegang falsafah golongan Barat atau kaum orientalis dan kedua mengambil sumber-sumber rujukan daripada golongan Islam Liberal di seluruh dunia.Klik di sini
Golongan Islam Liberal yang menjadi rujukan kumpulan ini seperti Ali Abd. Raziq, Fazlur Rahman, Abdurrahman Wahid (Gus Dur), Syed Hussein Nasr, Muhamad Iqbal dan lain-lain. Senarai kumpulan Islam Liberal yang dibuat oleh Charles Kurzman klik di sini dan Klik di sini
Anwar tulis, "Saya ulangi gesaan Muhammad Iqbal mengenai ijtihad. Amartya Sen merujuk kepada Asoka, Akbar, dan Al-Biruni. Beberapa prinsip asas berakar dalam tradisi lama dan harus dimekar menurut konteks semasa"
Apa pentingnya pemikiran Amartya Sen & Adam Smith ?
Berkenaan dengan Amartya Sen, Anwar berkata, "beliau adalah tokoh penting yang menyanggah pemikiran Dr Mahathir(Malaysia), Lee Kuan Yew (Singpura) dan Suhartho(Indonesia) yang mengenepikan demokrasi dan hak asasi".
Manakala mengenai Adam Smith pula, Anwar berkata, "Emma Rothchild meminta kita mengkaji semula pemikiran Adam Smith yang tidak melihat pertumbuhan ekonomi dari sudut tamak haloba, golongan kaya memunggah kekayaan melampau dan membiarkan soal rasuah, penipuan, penindasan berleluasa"
Apakah pemikiran Amartya Sen dan Adam Smith sehinggakan Anwar anjur kita bersama mengkajinya ?
Amartya Sen menjadi bahan rujukan pemikiran Anwar. Hampir semua ceramah Anwar di luar negara, beliau berusaha mengutip pendapat Amartya Sen. Anwar tulis dalam blognya, "di Washington. Beliau (Amartya Sen) mengundang saya dan Azizah sebagai tetamu khas dimajlis tersebut. Agak menarik gurauannya menyindir kalangan yang menganggap rakyat Asia belum bersedia menerima demokrasi. Menurutnya, budaya India sejak ribuan tahun segar dengan wacana dan perdebatan. Telaah saja Ramayana dan Mahabarata, Kautilya dizaman silam; toleransi dizaman Mogul dan perjuangan nasionalisme yang menjanjikan kebebasan, demokrasi dan keadilan" klik di sini
Berdasarkan tulisan ini jelaslah pendapat Amartya Sen adalah sinonim dengan perjuangan Barat (khususnya Amerika) yang memperjuangan demokrasi, kebebasan, hak asasi dan keadilan sosial.
Amartya Sen, seorang yang tidak mempercayai agama (atheist), berasal dari India, tetapi bekerja dan menetap di Amerika. Pada tahun 1998, beliau memenangi hadiah Nobel kerana menghargai jasanya memperjuangkan ekonomi kebajikan, feminisme (hak-hak wanita)dan politik liberalisme.
Beliau berkahwin dengan Emma Rothschild, daripada keluarga Yahudi yang menguasai industri Bank di London. klik di sini
Siapa pula Adam Smith dan apakah pemikirannya ? Adam Smith adalah kelahiran Scotland yang dianggap bapa pencerahan Scotland (Scottish Enlightenment) yang kemudian pemikirannya terkenal di Eropah Barat pada abad ke 18 hingga ke hari ini. Beliau dianggap pelopor ekonomi moden yang bertunjangkan sistem pasaran bebas dan kapatisme.
Selain bidang ekonomi beliau terkenal sebagai pejuang demokrasi dan hak asasi yang mementingkan kebebasan, akal sihat, serta kebebasan bersuara. Klik di sini
Dari sudut agama, Adam Smith mengamalkan fahaman "Deisme" iaitu satu fahaman mempercayai kekuatan diri sendiri (akal) dan kombinasi alam semesta yang memasuki alam "Tuhan Pribadi". Fahaman ini menolak konsep wahyu, alam ghaib dan mujizat.
Deism menonjol di abad ke-17 dan 18 serentak bersama zaman pencerahan (Enlightenment), di Eropah, Perancis dan Amerika Syarikat. Kebanyakan mereka dilahirkan sebagai Kristian hanya pada nama tetapi tidak patuh sama ada kepada Tuhan Tritunggal, gelas Yesus, keajaiban, atau keadaan tidak berdosa sama sekali dari Kitab Suci. Namun begitu, Deism kemudiannya sangat dipengaruhi oleh kelompok agama lain, seperti Unitarianisme, yang kemudian dikembangkan menjadi Unitarian Universalisme. Klik di sini
Fakta yang disembunyikan Anwar ?
Terdapat beberapa fakta yang sengaja disembunyikan Anwar, misalnya siapakah penganjur sebenar wacana itu selain European University Institute di Florence, Italy ?
Menurut laporan tahunan EUI 2008 (European University Institute), program itu diadakan pada Mac 2007, anjuran bersama EUI dengan kerjasama IMF (The International Monetary Fund).
Laporan itu menyebut "The forum was organized and moderated by James Boughton of the IMF's Policy Development and Review Department and Harold James, the Princeton historian and author of International Monetary Cooperation Since Bretton Woods"
Dari kiri: Amartya Sen, Anwar Ibrahim, Emma Rothschild, Michel Camdessus dan Professor Harold James....sumber foto klik di sini
Sebab itu, salah seorang ahli panel forum itu adalah Michel Camdessus, bekas IMF Managing Director. Michel Camdessus merupakan kawan lama Anwar. Pada tahun 1997, ketika itu Anwar adalah Menteri Kewangan Malaysia, Michel Camdessus telah melantik Anwar sebagai chairman of the development committee of the World Bank and the IMF. Klik di sini
Laporan itu menyebut Michel Camdessus dalam forum itu, "explained that his active interest in these questions had been triggered by discussions with Czech President Václav Havel and with Pope John Paul II in 1991. Throughout the rest of his time at the IMF, he had taken every opportunity to meet with religious leaders of all faiths. Economists, he concluded, had much to learn from people whose life task was to foster human development and human dignity. Without a sense of universal ethics and individual responsibility, economic development was unlikely to flourish. To buttress the point, Camdessus paraphrased a line often attributed to André Malraux, that "the 21st century will be a century of ethics, or it will not be at all."
Berkenaan dengan Anwar pula laporan itu menyebut "Anwar supported Camdessus' concept of responsibility and universal faith as the basis for human dignity and leadership. As an illustration of the dangers of ignoring these relationships, he gave examples of the suspension of habeas corpus rights in some countries that seriously set back efforts in the developing world to campaign for the spread of human rights"
Membaca lengkap laporan itu klik di sini
AIDC
23 Januari 2009
Artikel lain berkaitan :
1. Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama
2. Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..
3. Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia
4. “Kita mesti galakkan IFC dan debat terbuka” kata Anwar Ibrahim
5. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?
6. Muslim Moderat Halalkan Homoseksual ?
7. Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika
8. Hati-hati dengan slogan Harapan Baru, Anwar Ibrahim
9. Agenda RAND Corporation : Antara Anwar Ibrahim & Abdurrahman Wahid, siapa lebih berperanan ?
10. Strategi RAND Corporation kaderkan Anwar Ibrahim sebagai Muslim Moderat
11. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian
12. Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September ?
4 ulasan:
1. Anwar dalam video itu ada menyebut beliau rindu akan suasana perbincangan dan percambahan idea yang tidak berlaku di Malaysia.
2. Apa maksud beliau dengan pernyataan di atas? Adakah beliau minta Forum Peluk Islam diadakan lagi? Forum seperti itukah yang dirindukan oleh Anwar. Forum yang boleh bincang dan hentam agama Islam secara terbuka.
3. Islam adalah agama yang cukup lengkap. Tapi kenapa Anwar minta Islam di Malaysia lebih demokrasi dan toleransi?
4. Kenapa Anwar bersungguh2 hendak perkenal Islam Liberal di Malaysia? Adakah beliau telah buat sesuatu perjanjian dengan pihak penaja beliau? Adakah Anwar kesuntukan masa? Adakah kedudukan Anwar sedang di kaji oleh pihak penaja?
Salam AIDC,
Kumbang sudah faham mesej tersirat itu.Orang yang berfahaman liberal memang mahu orang Islam dalam setiap wacana mereka untuk
'menghalalkan' dan mempromosikan idealogi mereka pada umat Islam. Anwar yang tidak sedar digunakan mereka kerana 'dipuji melambung' begitu gembira menghadiri wacana sebegitu.
Kumbang mahu menganalisis berkenaan hal ini. sebelum itu Kumbang mahu rehat dulu. Tunggu..
Anwar sudah lama sedar tentang perkara ini. Kerana dia dibayar & ditaja sepenuhnya oleh penajanya,dia mesti bawa apa yang disuruh oleh penajanya.
Anwar hanyalah bertopengkan Islam untuk menarik sokongan rakyat Malaysia. hakikat sebenarnya dia hanya 'Islam Jadian'
Kalaulah dia benar-benar mahu memperjuangkan Islam, dia akan menentang sepenuh hati Islam liberal. Tapi,kenapa dia pula yang bersungguh-sungguh mahu memberi nyawa & roh Islam Liberal supaya diterima semula. Kenapa perlu di rebranding?
Tidak cukup kuatkah agama Islam di matanya. Kenapa perlu dipersoal tentang Islam.
menyampah betul aku tengokkan si Anwar celaka ni !!!
berlagak macam terror tapi bodoh bangang ...
sudahlah tu Anwar, kau baliklah ke Tanah Melayu ni - mengucap dua kalimah syahadah balik !!! banyakkan beristighfar, bertaubat sungguh2 ...
bubarkan saje PKR tu !!!
Catat Ulasan