MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Dis 2008

Hati-hati dengan slogan Harapan Baru, Anwar Ibrahim



Hati-hati dengan slogan Harapan Baru, Anwar Ibrahim


Pada petang semalam, saya sedang memandu kereta dari Puchong menuju ke Bukit Jalil. Saya teruja dengan satu papan tanda di tapak pembinaan berhampiran dengan Taman Awam Bukit Jalil yang berbunyi "adanya Harapan".."There is hope". Saya menjangkakan ini merupakan papan itu sebagai satu iklan pembinaan bangunan pejabat baru PKR kerana penggunaan slogan "harapan" sinonim dengan PKR dan Anwar Ibrahim selalu menyebut slogan itu secara berulang-ulang. Malah semasa Kongres PKR baru-baru ini, Anwar Ibrahim dan PKR menggunakan slogan " Harapan Baru" sebagai tema besar hala tuju parti mereka. Maknanya, slogan "Harapan" melekat di minda saya sebagai sinonim dengan dengan Anwar dan PKR.

Saya teruja dengan slogan papan tanda itu dan memberhentikan kereta untuk melihat sendiri apakah makna slogan tersebut. Saya melihat di sebelah papan tanda itu,tiang-tiang sedang dicacakkan menandakan satu projek pembangunan akan dilaksanakan.


Papan tanda misteri.."Adanya harapan..There is hope"..seninom dengan slogan Anwar Ibrahim "Harapan Baru"



Papan tanda "adanya harapan" akan menimbulkan tanda tanya kepada setiap orang awam yang melalui jalan itu..Apakah itu "adanya harapan" ? Apakah projek pembinaan itu ? Apa kaitan "adanya harapan" dengan projek pembinaan itu ?..



Terlintas di fikiran saya, "Apakah PKR akan membuat stadium baru atau bangunan pejabat baru PKR yang besar sebagai menandakan kemenangan mereka di Selangor dan Wilayah Persekutuan".

Saya sempat mengambil beberapa keping foto papan tanda, projek pembinaan 'adanya harapan' untuk koleksi peribadi. (dua foto seperti di atas)

Sekembalinya ke rumah, saya membuka alamat website yang dicatatkan di papan tanda itu, www. calvary. org.my untuk mengetahui lanjut apakah projek pembinaan slogan "adanya harapan" itu.

Saya terkejut, laman Calvary bukannya laman PKR sebaliknya laman Gereja Calvary Malaysia, beralamat di Calvary Church, 2 Jalan Damansara Endah, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia. tel. (603) 7728 6000 | fax. (603) 7728 8037 | email@calvary.org.my.


Saya mencari-cari di laman itu, kaitan slogan 'adanya harapan' yang saya tonton di papan tanda di kawasan berhampiran Stadium Bukit Jalil dengan laman Gereja Calvary Malaysia.

Di bawah tajuk Calvary Convention Centre (CCC), klik di sini, saya menjumpai apa yang saya cari sebelum ini. Rupa-rupanya bukan stadium PKR atau bangunan baru PKR tetapi satu projek pembinaan Pusat Konvesyen Majlis Gereja Calvary.

Berikut merupakan senarai kronologi dari mesyuarat perancangan pada Februari 2008 hingga proses pembinaan dari Mei - Oktober 2008




Mesyuarat Persatuan Kristian Calvary.... Februari 2008, ketika menjelang ambang PRU 12



Kerja-kerja pembinaan mula dilakukan pada Mei 2008.... Setelah dua bulan PRU 12 yang menyaksikan PKR berjaya menafikan 2/3 kerusi di parlimen Malaysia



Tapak pembinaan.... Jun 2008



Tapak pembinaan.... Julai 2008



Tapak pembinaan.... Ogos 2008



Tapak pembinaan.... September 2008



Tapak pembinaan.... Oktober 2008




Beginilah bentuk model Calvary Convention Centre (CCC) jika siap sepenuhnya. Bentuk yang paling moden dengan peralatan yang serba moden. Mampu menampung lebih 5,000 penganut Kristian untuk latihan agama Kristian di Malaysia




Laman itu menyebut CCC dibina untuk menampung kegitan Gereja Calvary yang holistik, untuk peringkat dalam negara dan luar negera. Auditoriumnya memuatkan 5,000 kerusi untuk kegiatan pendidikan dan latihan Kristian khusus untuk golongan muda di Malaysia.

"The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.

These activities include the hosting of international, regional and national
conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation?s young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.

The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements." Klik di sini



Lokasi CCC..The Calvary Convention Centre seluas 4.9 hektar di kawasan tanah yang telah diluluskan di Bukit Jalil. Klik di sini


Setelah selesai meneroka di internet tiga perkara yang terlintas di fikiran saya;

Pertama; Slogan Harapan Baru yang digunakan oleh Anwar Ibrahim rupa-rupanya lebih dekat dengan agama Kristian. Kalau tidak dekat, kenapakah di papan tanda yang saya lihat itu, mereka gunakan slogan "adanya harapan", sedangkan sepatutnya di papan tanda itu diletakkan secara direct 'projek pembinaan The Calvary Convention Centre'. Apa maksudnya slogan "adanya harapan" dengan projek pusat majlis gereja Calvary itu ? Jadi dengan ini membenarkan kata-kata Mohamad Sabu yang pernah berkata, Anwar Ibrahim lebih sesuai untuk menarik bukan Melayu di Malaysia. Apa sahaja slogan yang Anwar gunakan bukan untuk menarik undi Melayu, tetapi untuk menarik sokongan bukan Melayu..

Kedua; Barangkali 'adanya harapan' berkait rapat dengan slogan "harapan Baru" yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim kerana projek ini dibina selepas selesainya PRU 12, setelah PKR berjaya mengurangkan 2/3 kerusi di parlimen dan menguasai Selangor dan Wilayah Persekutuan. Projek ini mula dirancang bulan Februari 2008 (sebulan sebelum PRU 12) dan benar-benar dibina selepas PRU 12. Jadi hipotesis saya, Persatuan Kristian sengaja memilih saat-saat kritikal politik Malaysia (menjelang PRU), ketika itu mereka mengadakan deal dengan Anwar. Seminggu sebelum PRU, Persekutuan Majlis Gereja Majlis telah mengadakan perbincangan tertutup dengan Anwar Ibrahim dan mereka telah bersetuju dengan beberapa beberapa perjanjian, sekiranya PKR berjaya dalam PRU itu. Terlintas di fikiran saya, inilah sebahagian hasil perjanjian Anwar dan Majlis Gereja sebelum PRU lalu kerana projek pembinaan dibina sebaik sahaja PKR berjaya menguasai Selangor dan Wilayah Persekutuan ?

Ketiga; Sekiranya sebesar itu Persatuan Gereja Calvary akan membina pusat konvesyen mereka, apakah nasib generasi muda Malaysia akan datang. Apakah golongan muda Melayu akan diKristiankan secara besar-besaran pada masa akan datang ? Wajarkan Majlis gereja Malaysia membina pusat konvesyen sebesar itu sedangkan penagnut mereka hanya 15 peratus di negara ini ? Jadi kalau 15 peratus, mereka ingin tampung siapa di pusat konvesyen itu ?

Itu persoalan-persoalan yang bermain di fikiran saya yang belum terjawab hingga sekarang..mampukah kita bertahan dengan serangan Anwar Ibrahim yang dibantu dari Persatuan Kristian dari dalam dan luar negara ?

Saya masih mengaru-garu kepala, mencari jawapan yang tidak pasti..


Semoga catatan ini berguna untuk renungan kita bersama. Amin.


Faizal Hakim


22 ulasan:

Azizahns berkata...

terima kasih faizla kerana memabawa isu ini. inilah yang sangat dibimbangkan.

saya sendiri tak pernah lagi dengar pr nak bina masjid atau nak bina bangunan untuk orang melayu.

yang saya dengar untuk bina kandang babi dan sekarang nak bina gereja.

ini semua buat hati menangis.

OD berkata...

salam org bodoh..
puak kristian tu dah lama guno pakai perkataan "harapan", "goal"..ado masalah ke kalau anwar guno gak? kamus dewan pun ado perkataan harapan..cubo selak tgk maksud..laie satu..projek start bulan mei 2008...den nak tau lulusnya bilo? sapo luluskan?

apo pun..den pun tak setuju pembinaan bosar2 mcm ni sedangkan negara kita ni NEGARA ISLAM..ya tak? hehe..

Kumbang berkata...

Itu yang dipelikkan Faizal dan Azizah..Anwar banyak menggunakan istilah yang datang daripada pelbagai agama. Inilah ciri pluralisme yang kita takutkan...
mungkin ada sesuatu di sebaliknya..

azreen berkata...

OD
bila memberi komen gunalah bahasa yg sopan jika benar kamu mengaku kamu "bukan melayu yang bangsat". memberi salam adalah perkara yang baik tetapi mengapa mesti menggunakan perkataan bodoh?

Bersama-samalah kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita, dan bimbing lah ahli keluarga dan masyarakat kita ke jalan yang benar..insyaallah kita semua akan mendapat rahmat dariNya dan dilindungi dari kesesatan di dunia ini..

azj berkata...

saya tak tahu anda sengaja nak mengelirukan atau mmg tak faham bahasa inggeris. kalau tgk kat papan mesyuarat tuh dia tulis superstructure kick off meeting ( 12 feb 2008 ). jadi sub structure dah siap dulu baru handover ke superstructure contractor. jadi kalau 12 feb 2008 dah siap sub structure, bermakna kelulusan memang dah lama diberikan. Janganlah kita selewengkan fakta kerana mengejar matlamat politik kita.

Wan Hasbul Hadi berkata...

bukan ke projek ni diluluskan sebelum PRu12?

apekene dgn term yg anwar pakai tu?
dimana silap nye?

sumandak bayu berkata...

Salam bro...

biasanya bila kita nak guna ape juga slogan hendaklah direalisasikan seiring dengan matlamat dan objektif kita... tapi dalam bab Anwar ni terlalu banyak pembohongan yang dah dibuat nikan lagi nak uar-uarkan slogan "adanya HARAPAN".

Harapan ape nak bagi... memang mana2 agama pun akan menyuarakan harapan dalam ape jua tindakan yang bakal kita nak buat... jadi jan lah sampai nak bagi salam kat orang 'bodoh' pula hish terlalu diajarlah OD ni....

Ape pun MAN tetap amat2 meragu harapan ape yang Anwar dapat bagi kat Malaysia ni dah janji buat kerajaan baru tak tercapai-capai jugak.... siap lagi nak tawan Sabah... jan buat mimpi di siang hari plus menyambung tradisi Mat Jenin....

Kumbang berkata...

Odin yang pandai...

Jika kerajaan yang terdahulu luluskan...

kenapa kerajaan sekarang tak boleh hentikan dan beri tekanan?

begitu juga dengan projek babi dan kilang arak di Selangor?

tahu pula mengenai negara Islam..

"Tak pandai menari nak salahkan lantai pula"

p/s: orang pandai tak cakap orang lain bodoh

sangtawal berkata...

salam aidc..

terima kasih diucapkan kepada penghantar e-mail..
maklumat yang anda berikan amat berguna sekali.

kepada aidc..teruskan usaha saudara untuk memastikan rakyat sedar akan halatuju perjuangan anwar ini yang ternyata semakin jauh menyonsang arus!

memang benar,target anwar adalah untuk menarik sebanyak mungkin orang bukan melayu bersamanya.

Namun,yang saya hairankan,Pas sanggup bersesongkol dengan PR demi sedikit habuan kuasa di dunia...

hari ini saya menjengok ke harakah daily..terkejut saya bila membaca artikel di bahagian wanita dan agama itu ada artikel yang agak condong kepada pluralisme.walaupun kritikan penulis berdasarkan sebuah filem agenda zionis ,namun nampaknya penulis seakan memasukkan jarum pluralisme yang halus kedalam minda pembaca harakahdaily yang kebanyakan orang islam melayu dan orang pas.Ia juga ditulis sempena hari natal.Dengan memuji motif dan pengajaran dari filem tersebut...biarpun secara jelas filem itu telah menukar persepsi dan minda penonton iaitu bagaimana dua watak yang berlainan agama boleh bertukar identiti dan agama...walaupun secara olok olok..tapi zionis tetap mempunyai agenda dan rancangan licik mereka untuk memesongkan akidah umat islam.
penulis artikel ini juga nampaknya menyokong "masyarakat convicencia" yang disebut oleh anwar dalam perutusan hari natal dalam blognya!

sila rujuk disini untuk membacanya sendiri -

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18467&Itemid=1

sudah pasti...harakah kini menjadi pak turut kepada perjuangan anwar..mungkinkah harakah kini dikonkong oleh endogan??

Pok Nik Klate berkata...

Mental block..Apa2 kesalahan mai kita pakat letak pada kerajaan dulu.Apa guna ada kerajaan baru kalau tak boleh nak overule kerajaan dulu? Bodoh dan tolol sangat kah kerajaan baru..kalau tolol..mengaku tak apa. Jangan bodoh sombong. Batalkan saja mana2 projek yang diluluskan oleh kerajaan dulu kerana kamu dah berkuasa. Rumah Zakaria Derus pon boleh diruntuhkan..tak kan tak boleh CCC. Gunakan akal utk berfikir.. jangan guna lidah.

Kumbang berkata...

Sokong Pok Nik haha..bagus

Permaidani Dunia berkata...

'Tahniah' inilah kejayaan terbesar Pakatan Rakyat terhadap org Islam dan org melayu.

Sedarlah semua.Perjuangan Pakatan Rakyat hanya fatamorgana.Tidak ada arah tujuan.

Adakah kita mahu melihat Agama Islam kita semakin hari semakin dipijak dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat?

Pas hanya berdiam diri.Dimana pembelaan dan perjuangan Islam yang telah dicanang di ceramah-ceramah dan di markas-markas Pas?
Sebaliknya DAP yg bermaharajalela.

Fikir-fikirlah.

Pejuang Bangsa berkata...

tahniah AIDC kerana membongkar benda ini yang sy rasa bakal membawa malapetaka kepada anak muda melayu nanti ..

sy rasa kelulusan pembinaan pusat gereja ini ada kena mengena dgn anwar kerana sy pernah melihat dahulu surat masa sokongan kuat persatuan Gereja di sabah kepada anwar semasa di Permatang Pauh ..

dalam masa yg singkat mereka membina projek ini ...mmg projek ini sudah lama dirancang tetapi tidak mendapat kelulusan kerajaan BN dahulu dan bila PKR memerintah ,cepat pembinaannya dilakukan ..

beruang berkata...

Salam dan silamat sejahtela sumua

Aiyya, wa sutah lama talak kasi komen lalam ini blog. Wa manyakk sibuk sama wa punya study. Minta maaf lorrrr. Bapak wa pesan, kena belajat bersungguh-sungguh, jangan jadi boloh macam itu Bapak Liwat sama dia punya penyokong, sampai tua pun boloh selta kaki penipu.

Halapan Balu bagi kelajaan Balu- Halapan akan tinggal halapan, sebab meleka ini sumua talak otak, mimpi saja dali lulu sampai sikalang. Apa pelkala yang meleka sulah buat selain dali kutuk-kutuk kelajaan, bohong sana sini, beli janji palsu pda sumua lakyat, idea-idea boloh yang menyentuh sensitiviti olang, Islam, Melayu selta memprovoke bangsa-bangsa lain supaya mencabar olang-olang Melayu dan Islam. Usaha meleka sendili talak nampak sampai sikalang.

Wa lasa, jika pelkala yang belkaitan denagn isu keagamaan halus dipandang selius oleh sumua olang-olang Islam. Kita talak boleh diam dili. Bapak Liwat selta anjing-anjing selta khinzir-khinzir negala mesti dihapuskan. Selagi meleka ada, selagi itulah meleka akan bikin najis lalam negala kita.

Arif berkata...

Harapan... hope.

"Hatikvah", lagu kebangsaan Israel yang bernada mendayu seumpama hymn - perkataan "hatikvah" itu membawa maksud "the hope" atau "harapan".

IkanStim berkata...

ada xdisini yg bkn anti anuar?aku nk dgr pnjelsan dari pihak pmbangkang pasal calvary tu.

ataupun pihak anwardotcom boleh rekemen mana2 web pmbngkang?

thnx

ronaldo berkata...

Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau tak ada gula, masakan ada semut-semut yang menghurung. Kalau tak ada bangkai, masakan ada lalat-lalat dan gagak yang berkeliaran.

Dengar dengan telinga, fahami dengan akal dan hati. Buka minda. Sampai bila mahu menyiksa diri untuk menerima penipuan demi penipuan. Jiwa yang bersih hanya mahukan kedamaian dan kejayaan buat bangsa, agama dan negara yang tercinta.

Maklin Masiau berkata...

Projek tu dilulus masa BN perintah Selangor. Kenapa tak salahkan yg meluluskan?Ni nak paksa org lain yg hentikan..u dah tengok dlm perjanjian or kelulusan.pasti ada klausa yg membolehkan tindakan perundangan diambil sekiranya kelulusan ditarik. Jgn jadi org bodoh..asyik tiupkan sentimen.org mcm u lah yg merosakkan keamanan dan perpaduan di Malaysia. U tak boleh bezakan kah makna konsep HAK dengan KEBEBASAN BERAGAMA. Saya sangat kecewa dengan fikiran sempit anda.

Kumbang berkata...

Maklin itu alasan orang malas...
Salahkan kerajaan terdahulu,habis mereka buat apa?

Bukan nak timbulkan sentimen...
kami cuma mahu Anwar dan PAS yang dikatakan sebagai pejuang radikal membela umat Islam satu ketika dahulu membuktikan apa yang mereka cakap dahulu.Dahulu jika seperti perkara ini timbul mereka terlebih dahulu menyalak dan melalak serta begitu sensitif. Kini, lembut gigi dari lidah.

Kami lihat dasar perjuangan mereka telah berubah. Lihat isu sensitif terhadap umat Islam ini pun beliau tidak lagi ambil berat sedangkan dahulu mereka berkobar-kobar.

Kami tidak bencikan khristian dan tidak menyemai fikiran sempit..
cuma kami mahu tunjukkan bagaimana saudara Anwar Ibrahim ini sudah tidak sensitif lagi mengenai agama,bangsa dan negaranya.

Kepada anda yang menerima manfaat pasti anda menyokongnya, tapi kami yang menerima kesannya. Dimanakah keadilan?

Maklin Masiau berkata...

klu gitu situasinya praise the Lord.jgn smpi YG MEMINTA yg jadi mangsa. Semua org rakyat Malaysia berhak utk meminta/memohon dan terpulang kpd kerajaan utk mempertimbang.Jgn smpi kerana kebencian yg MELAMPAU terhdp anwar maka keamanan dan perpaduan yg ada hancur kerana sentimen.Tumpukan kpd isu dan bukan kpd substansinya. Penyelesaian sentiasa ada selagi ada ruang utk berbincang.TQ

Kembara Politik berkata...

Bila berjuang kerana agama kita dan bangsa kita depa cakap kita bermain sentimen.

Bila DAP dan aktivisnya persoal pelbagai perkara termasuk bidang kuasa mahkamah Syariah, fatwa Islam depa dakwa itu hak asasi bersuara.

Lucu kan? Depa je yang boleh bersuara, (depa punya suara dinamakan perjuangan). Kita punya suara dilabel rasist dan meniupkan sentimen? Lawak apa namanya ni?

NTanwar berkata...

Perkataan 'Reformasi' atau 'Perubahan' sebenarnya berasal dari perkataan 'Reform Judaism' atau Reformasi Yahudi yg diperjuangkan oleh kaum Yahudi di Eropah untuk membebaskan diri mereka dari ditindas selama berabad2 oleh kaum kulit putih di Eropah.

Reform Judaism atau Reformasi Agama Yahudi dilakukan oleh ulamak Yahudi setelah melihat ramai org2 Yahudi yg berkahwin atau assimilate dengan kaum kulit putih eropah yg boleh menyebabkan penduduk Yahudi pupus.

Jadi mereka mengadakan reformasi dalam agama Yahudi yg mengatakan setiap Yahudi harus menganut ajaran politik, tidak mengamalkan ajaran agama Yahudi semata-mata dan menubuhkan negara Israel. Orang yg pertama mengemukakan idea Reform Judaism ini ialah Ahad Ha'aam (Asher Greensberg) pada tahun 1823 yg mana beliau berpendapat org Yahudi mestihah mempunyai wadah politik (political platform) untuk menyatukan Yahudi dari segi bahasa, ugama, budaya, ideologi di seluruh dunia.

Daripada Reform Judaism (yg dibangga2kan Anwar) inilah lahirnya Zionisme wadah secara politik untuk menyatukan org2 Yahudi di seluiruh dunia, Revolusi Peranchis 1776 (sekularisme) yg membebaskan org Yahudi dari penindasan di Eropah, Darwinisme, Komunisme yg semuanya angkara dari konspirasi Reform Judaism yg sgt2 dibanggakan oleh Anwar Ibrahim.

Reformasi atau Perubahan yg ideanya dimulakan oleh org Yahudi sebenarnya utk kepentingan politik, ekonomi dan agama orang2 Yahudi bukannya untukl membebaskan dunia dari penindasan seperti yg terpengaruh dalam pemikiran Anwar Ibrahim.