MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Nov 2008

Strategi RAND Corporation kaderkan Anwar Ibrahim sebagai Muslim Moderat



Strategi RAND Corporation kaderkan Anwar Ibrahim sebagai Muslim Moderat


Oleh : AIDC

Laporan terbitan RAND Corporation bertajuk "Building Moderate Muslim Networks" (Membina Rangkaian-rangkaian Muslim Moderat), mendedahkan pelbagai strategi kenapa Amerika Syarikat bersungguh membina rangkaian Muslim Moderat di seluruh dunia Islam, strategi-strategi pembinaan rangkaian dan menterperincikan secara mendalam apakah fungsi-fungsi mereka serta bentuk negara Islam yang diimpikan oleh negara pembekal demokrasi itu. Dalam laporan itu turut dicatatkan, Anwar Ibrahim merupakan satu-satunya tokoh dari Malaysia yang turut disenaraikan dalam rangkaian kader tersebut.

RAND Corporation hargai jasa Anwar

Dalam bahagian penghargaan laporan itu RAND Corporation mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar Ibrahim dari Malaysia, bekas Timbalan Perdana Menteri dan ketika itu sedang mengajar di Universiti Georgetown, Amerika.

Tiada nama lain yang dicatatkan dalam buku itu dari Malaysia kecuali nama Anwar Ibrahim sahaja, tetapi tujuh nama disebut dari Indonesia, empat orang dari Filipina dan tiga orang dari Singapura.



Dari Indonesia adalah : Ahmad Syafii Maarif, bekas Pengerusi Muhammadiyah; Abdul Mu'ti, Pengerusi Pemuda Muhammadiyah Pusat; Azyumardi Azra, Rektor Universiti Islam Negeri; Ulil Abshar-Abdalla(foto), moderator Jaringan Islam Liberal (JIL); M Syafi'i Anwar, Pengarah Eksekutif Pusat Islam Antarabangsa & Pluralisme (ICIP); Jusuf Wanandi, Pengerusi Lembaga Pengarah - Pusat Strategik Dan Kajian Antarabangsa (CSIS)/ Presiden The Jakarta Post Daily dan Rizal Sukma Pusat Kajian Strategik Dan Antarabangsa Jakarta.



Dari Filipina : Carolina Hernandez, Presiden Institut Strategik dan Kajian-kajian Pembangunan (ISDS); Amina Rasul-Bernardo , Majlis Islam Dan Demokrasi Filipina (foto); Carmen Abubakar, Institut Kajian-kajian Islam Universiti Filipina dan Taha Basman, Pusat Islam Moderat Filipina (CMM).

Singapura : Duta besar Tommy Koh; Sue-Ann Lee, penganalisis Islam Singapura dan Suzaina Kadir, Universiti Nasional Singapura.

Berdasarkan nama-nama di atas, kebanyakan aktivis Islam yang dijemput untuk memberi idea adalah kelompok yang dilabel sebagai Muslim Liberal yang terlibat dalam memperjuangkan demokrasi, liberalisme dan pluralisme agama.

Menurut RAND sumbangan tokoh-tokoh di atas sebagai pengumpulan maklumat asas daripada pihak Islam sendiri, terutamanya berkaitan dengan tred dan kaedah paling berkesan mengembangkan idea Muslim Moderat. Aktivis-aktivis bukan Islam seperti Carolina Hernandez,Tommy Koh dan Sue-Ann Lee turut juga dijemput atas alasan 'berkepakaran' dalam analisis Islam.

Berkenaan dengan Anwar Ibrahim pula, RAND Corporation mengambarkan sebagai tokoh yang paling berwibawa di kalangan umat Islam di Malaysia. Beliau disandarkan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, yang seolah-olah mewakili seluruh rakyat Malaysia.

Seterusnya RAND Corporation mengucapkan terima kasih kepada kalangan akademik, badan penyelidik, NGO terutamanya dari Amerika Syarikat yang telah bekerjasama menjayakan pembentukan modul Muslim Moderat itu.


Antara nama dan badan yang disenaraikan adalah : Hillel Fradkin, Pengarah,Center on Islam, Democracy & the Future of the Muslim World, Hudson Institute; Duta Dennis Ross dan Robert Satloff dari The Washington Institute Untuk Dasar Timur Dekat; Joseph Crapa, Tad Stahnke, Dwight Bashir, Dan Scott Flipse dari US Commission on International Religious Freedom; Paul Paul Marshall dari Freedom House; Abdeslam Maghraoui dan Mona Yacoubian dari United States Institute of Peace; Daniel Pipes dan Stephen Schwartz, pemikir Yahudi yang kritikal mengenai Islam; Adam Garfinkle, Radwan Masmoudi dari the Center for the Study of Islam and Democracy (CSID); Michael Whine, Pemangku Pengarah Hubungan Jemaah Yahudi British.



Selain itu badan itu turut berterima kasih kepada John Esposito, Universiti Georgetown; Steven Cook, Council on Foreign Relations; ; Juliette Kayyem, Universiti Harvard; Duta Daniel Kurtzer, Princeton University; Joseph Nye, Universiti Harvard; Gary Sick, Columbia University; Ross Johnson, yang menjayakan Projek Radio Liberty dengan kerjasama CIA; J. Scott Carpenter, Timbalan Setiausaha Negara untuk Timur Hampir; Alberto Fernandez, Biro Hal-ehwal Ketimuran Dekat,Jabatan Negara; serta pegawai kerajaan AS berkhidmat di dalam the United States Agency for International Development (USAID) dan Jabatan Negara, serta ahli-ahli kakitangan kongres.

Manakala dari Timur Tengah, turut disenaraikan nama-nama berikut : Shamlan Al-Essa, Pengarah, Pusat Strategik dan Kajian Masa Hadapan, Universiti Kuwait; Ahmed Bishara, Setiausaha Kuwait National Democratic Movement; Mohammed Al-Jassem, ketua pengarang akhbar Al-Watan, Kuwait; Shafeeq Ghabra, Presiden Universiti Amerika Kuwait dan Mohamed Al Roken, Dekan Fakulti Penolong Sharia Law Di UAE Universiti Di Al Ain;


Menurut RAND Corporation pertemuan antara tokoh-tokoh Islam dengan tokoh-tokoh bukan Islam dari Amerika (terutamanya Yahudi) yang dianggap sebagai pengkaji Islam ini diistilahkan sebagai program-program 'engagement' (rundingan) antara dunia Barat dengan dunia Islam.

Walaupun pada hakikatnya proses 'rundingan' dianggap sebagai berat sebelah kerana lebih ramai tokoh bukan Islam berbanding dengan tokoh Islam, malahan juga tokoh-tokoh Islam yang dijemput dicurigai latar belakangnya kerana pihak RAND Corporation hanya menjemput tokoh-tokoh Islam yang sealiran dan pro kepada Barat.

Dalam erti kata lain, bukan berlaku proses 'engagement' sepertimana yang didakwa oleh RAND Corporation sebaliknya proses memberi input atau mendapatkan maklumat-maklumat mengenai cara paling berkesan untuk mewujudkan rangkaian Muslim Moderat mengikut acuan Barat.


Siapa penyunting laporan ?

Laporan itu disunting oleh Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz dan Peter Sickle, diterbitkan pada tahun 2007, dengan tajaan Smith Richardson Foundation.



Angel M. Rabasa Penganalisis Dasar Kanan di RAND Corporation. Dia merupakan ketua penganalisis selepas 11 September (Disember 2004) yang telah menyelesaikan suatu projek pada masa depan berkenaan dengan keganasan global khusus berkenaan dengan dunia Islam bertajuk: “Beyond Al Qaeda: Countering Terrorist and Other Non-Traditional Threats.”

Beliau juga terlibat dalam the International Institute for Strategic Studies (IISS). Sebelum menyertai RAND Corporation, beliau bertugas di pelbagai jawatan politik-ketenteraan di bawah Jabatan Negara Amerika dan Pertahanan.



Cheryl Benard pula adalah pengalisis kanan di RAND Corporation yang turut menjadi Penolong Pengarah di Alternative Strategy Institute (ASI) yang terlibat secara langsung dalam mempromosikan kebebasan media, wanita dan pembangunan belia.

Beliau yang juga berkelulusan Hubungan Antarabangasa di Universiti Amerika Beirut, merupakan isteri kepada Zalmay Khalilzad, duta Amerika ke United Nations. Selain itu belau menjadi Pengarah Initiative for Middle Eastern Youth, RAND Center for Middle East Public Policy Office Washington.

Selain itu buku ini juga turut disunting oleh dua orang penganalisis RAND Corporation iaitu Lowell H. Schwartz dan Peter Sickle yang dianggap mempunyai kepakaran masing-masing dalam bidang tertentu.


Latar belakang RAND Corporation

The RAND adalah singkatan kepada "Research and Development" ditubuh pada 1946 sebagai satu projek penyelidikan (Projek Rand) khusus untuk Pasukan Tentera Udara Amerika(United States Army Air Forces) . Projek RAND ini dibangunkan oleh Douglas Aircraft (Douglas Aircraft Company) di Santa Monica, California. Dua tahun kemudian (1948), dengan bantuan tajaan Ford Foundation, Projek RAND telah menjadi institusi penyelidikan tersendiri yang dinamakan RAND Corporation. Klik di sini

RAND Corporation menjadi badan penyelidikan rahsia (covert) dan terbuka (overt) untuk dasar luar Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Pada awalnya banyak menjalankan penyelidikan rahsia hanya untuk membekalkan maklumat kepada Tentera Udara Amerika, tetapi setelah kejayaan hasil penyelidikannya,yayasan kewangan milik Yahudi, Ford Foundation mula melaburkan dana untuk menjadikan badan penyelidikan itu badan bebas yang rasmi.

Pada awalnya Ford Foundation telah menyumbang sebanyak satu juta dolar kepada Rand pada tahun 1952, dengan itu secara automatik, Pengerusi RAND adalah Presiden Ford Foundation.

Pada hari ini RAND Corporation dibantu oleh tiga yayasan kewangan Yahudi paling kaya iaitu Ford Foundation, Rockefeller Foundation, dan Carnegie Foundation.

Dua pertiga penyelidikan Rand melibatkan isu-isu keselamatan negara yang dibahagikan kepada Projek Tentera Udara , Arroyo Center (berkhidmat keperluan tentera) dan Institut Penyelidikan Pertahanan Negara (menyediakan penyelidikan dan analisis untuk Office Secretary Defense, Joint Staff, dan agensi-agensi pertahanan).

Hanya satu pertiga penyelidikan Rand ditumpukan kepada aspek-aspek lain seperti kesihatan, pendidikan, jenayah dan ekonomi antarabangsa. Klik di sini


Smith Richardson Foundation

Selain RAND Foundation, laporan "Building Moderate Muslim Networks" mendapat tajaan khusus daripada satu lagi yayasan kewangan iaitu The Smith Richardson Foundation (SRF). SRF ditubuhkan pada 1935 oleh H. Smith Richardson, Sr dan isterinya Grace Jones Richardson.

Pada 1973, R. Randolph Richardson memegang presiden SRF. Richardson berminat menaja think tanks dan sarjana-sarjana yang memperjuangkan pasaran bebas dan pro demokratik.

Pada 1992, Presiden SRF dipegang oleh Peter L Richardson, anak saudara lelaki R. Randolph Richardson. Sehingga kini SRF berminat menaja program-program: Keselamatan Antarabangsa Dan Program Dasar Luar Dan Domestik Program Polisi Awam Amerika. Klik di sini

SRF turut disenggarakan oleh Eugene Stetson, Jr., menantu Richardson (Skull and Bones, 1934) yang telah bekerja untuk Prescott Bush sebagai penolong pengurus cawangan New York Brown Brothers Harriman.

Hubungan SRF dengan CIA amat rapat. Pada lewat tahun 50-an, yayasan ini membantu Allen Dullen, Pengarah CIA dalam menjayakan agenda untuk "psychological warfare" (peperangan psikologi).

Sepanjang 1990, seorang penyiasat mendedahkan H Smith Richardson, Presiden SRF mewujudkan Pusat Latihan Kepimpinan khusus untuk melatih agen-agen CIA. Panduan latihan yang sistematik itu sama seperti melatih menjadi seorang jeneral dalam angkatan tentera Amerika Syarikat. Bacaan lanjut klik di sini

Bermakna SRF menjalankan dua operasi iaitu operasi overt (terbuka) sebagai penaja, dan operasi covert (tertutup) sebagai tempat latihan ejen CIA.

Untuk operasi overt, SRF telah menaja lebih 266 badan yang stategik antaranya : Center for Strategic and International Studies(CSIS), $3,135,061, American Enterprise Institute(AEI), $2,942,532, Paul H. Nitze School of Advanced International Studies (SAIS) di Universiti John Hopkins; $2,680,334, Brookings Institute, $2,629,870, RAND Corporation, $1,854,061, Hudson Institute, $1,595,510, National Institute for Public Policy, $1,534,334, Urban Institute, $1,492,624, Freedom House, Inc., $1,109,500 dan Council on Foreign Relations(CFR), $883,023. Klik di sini

Hampir kesemua senarai organisasi yang ditaja oleh SRF di atas mempunyai kaitan dengan Anwar Ibrahim.



Kandungan laporan


Laporan ini mendedahkan modus operandi RAND Corporation untuk mewujudkan rangkaian Muslim Moderat dan Muslim Liberal di seluruh dunia sebagai usaha untuk melawan Muslim Radikal atau Muslim fundamentalis.

Walaupun Muslim Moderat dan Muslim Liberal adalah kumpulan majoriti dalam sesebuah negara Islam, namun kerana tidak mempunyai sumber kewangan, kumpulan ini telah ditewaskan oleh kumpulan minoriti yang dilabel sebagai Muslim fundamentalis.

Oleh itu resolusi laporan ini mencadangkan agar kerajaan Amerika membantu menyalurkan sumber kewangan untuk menggalakkan rangkaian Muslim Moderat dan Muslim Liberal supaya menjadi rangkaian yang kuat di seluruh negara Islam.

Operasi ini pernah dilakukan oleh kerajaan Amerika semasa perang dingin dengan menyebarkan idea-idea demokrasi.

Dalam laporan ini juga disebut garis panduan tajaan dan syarat antara penerima dengan penaja. Penaja akan memberi bantuan berdasarkan keperluan dan penerima akan menjalankan operasi dengan matlamat yang telah ditetapkan. Dalam menjalankan operasi ini, kerajaan Amerika tidak bertindak secara rasmi sebaliknya menggunakan institusi lain berselindung di sebalik yayasan.


Dokumen Jabatan Keselamatan Negara AS telah dirangka pada September 2002 menjelaskan strategi yang paling halus untuk memastikan keberkesanan perlaksaannya. Dokumen itu menyebut sebab utama munculnya Muslim Radikal kerana kekurang demokrasi dan ini telah disebut oleh Presiden Bush dalam ucapannya.

Dalam ucapan itu, Presiden Bush menekankan konsep “Freedom Agenda”(Agenda Kebebasan) merupakan “strategi utama” dalam Perang Global Mengenai Keganasan. Perang itu bukan berbentuk perang fizikal, sebalik 'perang idea' dalam mempromosi demokrasi, pembangunan masyarakat sivil dan diplomasi awam.


Promosi Demokrasi

Usaha mewujudkan “masyarakat demokrasi" sama ada secara terbuka atau sulit, perlulah mengangkat nilai liberal, toleransi, pluralisme, kedaulatan undang-undang, dan menghormati hak asasi manusia. Penekanan kepada nilai-nilai demokratik dari segi politikal dan persekitaran sosial yang memudahkan pembentukan rangkaian-rangkaian Muslim Moderat.

Ini selaras dengan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Negara dan USAID ( United States Agency for International Development ) mempunyai tugas khusus untuk mengembangkan promosi demokrasi ke seluruh dunia.

Untuk menterjemahkan matlamat dasar ini kepada bentuk tindakan, Jabatan Negara dan USAID perlu mengikat kontrak dengan NGO dengan bantuan kewangan diberikan oleh lima agensi kerajaan Amerika iaitu, NED (Pembiayaan Nasional untuk Demokrasi), IRI (Institut Republikan Antarabangsa), NDI (Institut Demokrasi Nasional), Asia Foundation dan CSID (Pusat Kajian Islam dan Demokrasi) Ini adalah badan-badan tanpa keuntungan yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Untuk Timur Tengah, diwujudkan MEPI ( Middle East Partnership Initiative) untuk menyebarkan demokrasi dalam empat bidang, pembaharuan politik, pembaharuan ekonomi, pendidikan dan kebebasan wanita secara memberi bantuan kewangan kepada NGO yang berinovasi dan dasar fleksibel. Untuk mencapai matlamat itu sebuah pejabat baru telah diwujudkan di Jabatan Negara iaitu NEA (Department State's Bureau of Near Eastern Affairs).

Pada tahun 2004, Amerika Syarikat, bersama-sama rakan kongsi dan ketua-ketua negara berlapan kuasa-kuasa ekonomi utama (G8), telah bersetuju menyuntik satu pendekatan baru dengan pelancaran BMENA (Broader Middle Timur Dan Afrika Utara Inisiatif)

Pada tahun 2005, Condoleeza Rice (Setiausaha Negara Amerika) telah mengumumkan dua NGO yang mempromosi demokrasi di Timur Tengah iaitu "Fund for the Future" dan "the Foundation for the Future", dalam mesyuarat BMENA di Manama, Bahrain. Klik di sini

Pada 2006 Jabatan Negara dan BMENA melantik Anwar Ibrahim (Malaysia), Rahma Bourqia (Morocco), Bakhtiar Amin (Iraq) sebagai jawatankuasa pemilih untuk melantik Ahli Lembaga Pengarah Foundation for the Future. Klik di sini.

Usaha merealisasikan Foundation For The Future itu dianggap rancangan paling berjaya Amerika yang meniru model kejayaan Asia Foundation dan usaha mengembangkan demokrasi di Timur Tengah.

Berdasarkan ulasan ini, Anwar Ibrahim sekali lagi dilibatkan khusus dalam pembentukan NGO tajaan Amerika di Timur Tengah. Walaupun pada awalnya, Anwar menyembunyikan fakta sebenar kaitan NGO itu dengan Amerika, namun akhirnya beliau terpaksa akur dan meletakkan jawatan dalam penglibatan dengan NGO itu apabila dipersoalkan di parlimen Malaysia. Bacaan lanjut, klik artikel 1, artikel 2, artikel 3 dan artikel 4.


Pembangunan Masyarakat Sivil

Menggalakkan demokrasi adalah seiring dengan kemajuan masyarakat sivil. Ini menjadi masyarakat lebih liberal dari setiap aspek, sama ada persamaan hak jantina, pendidikan, agama dan sosial.

Di Timur Tengah, Amerika telah membantu membiayai radio dan satelit penyiaran televisyen iaitu Radio Sawa dan Al Hurra (US Middle East Television Network). Walaupun kos pembiayaannya besar iaitu $700 juta setahun, atau sepuluh kali ganda jumlah yang diperuntukkan untuk MEPI, namun Radio Sawa atau Al Hurra telah berjaya membentuk pemikiran positif masyarakat dalam membentuk sikap-sikap masyarakat Islam terhadap dasar-dasar Amerika.

Setelah kejayaan Radio Sawa dan Al Hurra dianggap proksi untuk kerajaan Amerika, laporan ini mencadangkan perbelanjaan yang sama juga diperuntukkan untuk menaja kedai-kedai media tempatan dan wartawan-wartawan yang melaksanakan kerja menurut arahan ke arah membentuk agenda yang demokratik dan pluralistik.


Strategi Untuk Membina Muslim Moderat


Langkah pertama adalah persetujuan kerajaan Amerika dan sekutu-sekutunya untuk membina rangkaian Muslim Moderat mengikut kaedah berikut :

1. Menentukan kriteria yang membezakan antara Muslim Moderat dan Muslim Fundamentalis. Kejelasan taktif Muslim Moderat ini penting kerana dibimbangi golongan Muslim Radikal dan oportunis melakukan penyamaran menjadi Muslim Moderat.

2. Mewujudkan pangkalan data antarabangsa rangkaian Muslim Moderat meliputi aspek individu, kumpulan, organisasi, institusi, parti politik dan sebagainya.

3. Proses pemantauan mekanisme-mekanisme, penapisan, dan menyelia program-program, projek-projek, dan keputusan-keputusan yang telah dan bakal dilaksanakan.


Untuk membina jaringan rangkaian Muslim Moderat, laporan itu mencadangkan keutamaan seharusnya diberi kepada :

1. Muslim Liberal dan akademik Islam sekular yang cerdik pandai
2. Sarjana-sarjana muda dalam bidang keagamaan yang moderat
3. Aktivis-aktivis masyarakat
4. Kumpulan-kumpulan wanita yang memperjuangkan persamaan jantina
5. Wartawan-wartawan dan penulis-penulis yang berfikiran moderat.

Dari segi bantuan kewangan, laporan ini mencadangkan penajaan diberikan kepada aspek berikut :

1. Pendidikan demokratik, terutamanya program-program yang melibatkan penggunaan teks-teks dan tradisi-tradisi Islam untuk ajaran-ajaran Islam yang berasaskan nilai-nilai demokratik dan pluralisme.

2. Media. Menaja berkembangnya media moderat sebagai usaha untuk membendung dominasi media anti demokratik dan unsur-unsur Islam yang konservatif.

3. Kesamaan jantina. Memperjuangkan hak-hak isu wanita dan peguambela hak-hak wanita . Promosi kesamaan jantina adalah satu komponen penting dalam mempercepatkan kewujudan Muslim Moderat.


Teks-teks penting berasal daripada para pemikir, cerdik pandai, aktivis-aktivis, dan pemimpin-pemimpin Islam, sama ada dari Turki, Indonesia, dan di tempat lain diterjemahkan ke dalam bahasa Arab atau dari bahasa Arab diterjemahkan ke bahasa tempatan serta disebarkan dengan meluas.


Laporan ini juga mencadangkan diadakan satu bengkel di Washington sebagai usaha mendapatkan input dan sokongan ke arah pembinaan rangkaian Muslim Moderat di peringkat antarabangsa. Bengkel itu juga sebagai persediaan untuk menganjurkan Kongres Kebebasan Beragama dengan meniru model Kongres Kebebasan Kebudayaan (Congress of Cultural Freedom).

Jika perancangan ini berjaya, tempat persidangan antarabangsa perlu dipilih berdasarkan kepentingan simbolik untuk umat Islam, misalnya diadakan di Córdoba Sepanyol. Dalam persidangan itu akan dilancarkan sebuah organisasi rasmi yang akan bertindak melawan Muslim Radikal.


Cabaran Muslim Radikal

Dalam bab ini, laporan ini menyentuh mengenai cabaran-cabaran yang telah dilakukan oleh Muslim Radikal dalam usaha menggagalkan pembinaan rangkaian Muslim Moderat.

Laporan ini menyebut, secara umum, golongan radikal ini telah berjaya menakutkan, mengetepikan dan mendiamkan golongan Muslim Moderat. Perkara ini pernah berlaku di Mesir, Iran, dan Sudan, dimana golongan cerdik pandai Islam liberal dibunuh atau dipaksa melarikan diri ke seberang laut.

Di Indonesia, golongan radikal telah mengambil jalan keluar dengan cara melakukan keganasan dan ancaman keganasan untuk mengugut penentang-penentangnya. Fatwa-fatwa dikeluarkan yang memberi kuasa pembunuhan seorang Muslim Liberal sama seperti murtad. Ahli-ahli kumpulan radikal menyerang tempat kediaman dan rumah-rumah ahli-ahli Mazhab Ahmadiyah dan gangguan syarahan umum bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid (Gus Dur). Taktik yang sama turut berkembang di barat, terutama di Eropah, di mana golongan Islam liberal dan Islam sekular telah menerima ancaman-ancaman bunuh (Salman Rusdie?).


Modus operandi Pembinaan Rangkaian Muslim Moderat

Dalam penjelasan lanjut mengenai modul pembinaan rangkaian Muslim Moderat oleh RAND Corporation ini, Angel Rabasa penganalisis kanan RAND Corporation menjelaskan berikut :

"Perjuangan dalam kebanyakan dunia Islam hari ini adalah perang idea". Katanya lagi "Ini bukan satu bentuk peperangan antara tamadun -bukan Islam lawan barat - tetapi peperangan idea antara Islam sesama Islam dalam menentukan takrif mereka, Islam Liberal atau Islam Radikal".

Menurut Rabasa lagi Amerika Syarikat mempunyai satu tanggungjawab penting memberi bantuan kepada Islam Moderat sama seperti peranan yang telah dimainkan oleh Amerika dalam peperangan dengan komunis. Semasa perang dingin, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya untuk membina kebebasan dan jaringan demokratik dengan menyediakan institusi serta pasukan bertindak balas yang telah diserapi oleh ideologi komunis iaitu melalui kumpulan politik, belia, pertubuhan-pertubuhan pelajar dan kelompok-kelompok lain. Menurutnya selepas kejayaan ke atas Perang Dingin, maka kini usaha ditumpukan kepada Islam.

Dalam menentukan takrif Muslim Moderat, Rabasa menyenaraikan definisi berikut : Orang yang memperjuangkan demokrasi; memperjuangkan hak asasi manusia termasuk kesamaan jantina dan kebebasan agama; penerimaan sumber undang-undang tanpa mazhab dan melawan keganasan.

Menurut Rabasa lagi "Perancangan ini dibuat bukan untuk menguruskan kumpulan,tetapi Amerika hanya bertindak memberi bantuan. Mereka bebas untuk meneruskan aktiviti-aktiviti mereka sendiri."

Bagi membantu permulaan kejayaan, laporan itu mengesyorkan satu persidangan antarabangsa dilakukan sepertimana model dalam perang dingin iaitu Congress Cultural Freedom. Pendapat Rabasa, klik di sini

Menurut Rabasa lagi Washington telah membiayai penubuhan CSID bertujuan untuk mempertemukan sarjana-sarjana dan aktivis aktivis bagi menggalakkan demokrasi dalam dunia Islam. CSID merupakan pusat untuk menarik kumpulan-kumpulan Muslim Moderat dalam perbincangan mengenai demokrasi dan cara-cara melaksanakannya di negara masing-masing. Klik di sini

Menurut csidonline.org, Muslim Moderat adalah golongan yang menolak keganasan dan teokrasi; mengislahkan persatuan-persatuan mereka berdasarkan nilai-nilai Islam keadilan, persamaan, dan kebertanggungjawaban. Ringkasnya, mereka mahu membentuk demokratik selaras nilai-nilai Islam. Pergerakan Islam Moderat hari ini telah berkembang di Turki melalui AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan) dan al-Nahda Party di Tunisia.

Anwar Ibrahim menerima Anugerah Muslim Moderat 2005, Anjuran CSID, Amerika Syarikat.


Menurut CSID lagi antara tokoh-tokoh Muslim Moderat terkemuka hari ini antaranya Anwar Ibrahim (Malaysia); Saadeddine Al-Othmani (Maghribi) dan Abdurrahman Waheed ( Indonesia).

Satu kajian yang dibuat oleh Gallup Poll (2006)ke atas sepuluh buah negara majoriti Islam menunjukkan umat Islam mahu sebuah kerajaan demokratik. Ini bermaksud yang mereka mahu adalah sebuah negara demokrasi ditadbir oleh prinsip Islam, dan mereka menolak teokrasi. Majoriti mereka mahu “ketua-ketua agama" hanya dijadikan penasihat kepada penggubal undang-undang, dan bukannya merupakan penggubal undang-undang atau ahli-ahli politik di kalangan mereka. Klik di sini


AIDC
25 November 2008


Artikel lain yang berkaitan :

1. Strategi Rand Corporation, Amerika merosakkan Islam di Indonesia

2. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?

3. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito

4. Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia.

5. FNF memperkasakan Demokrasi Liberal di negara - negara Islam

6. Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama

7. Agenda 'Muslim Moderate' Anwar dan kesannya kepada PAS

8. Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ?

9. Dalang Sebenar Forum Peluk Islam

10. Masih berbisakah tangan Anwar dalam PAS ?

11. Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal di Malaysia ?

12. Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..

13. Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September?

14. “Kita mesti galakkan IFC dan debat terbuka” kata Anwar Ibrahim

15. Setelah "Reformasi" tumbangkan "diktator" : Berjayakah projek liberalisme di Indonesia

16. JIL, CIA, Asia Foundation rancak serang Muslim Indonesia

17. Muslim Moderat Halalkan Homoseksual ?

18. Pengaruh 'belajar Islam’ dari orientalis..

19. Menyemai benih demokrasi tulen di dunia Muslim

20. Memahami makna 'Muslim Moderat'

21. Tiba masanya tamatkan riwayat racun demokrasi liberal..

22. Anwar Ibrahim : Masa Depan Demokrasi Muslim

23. Rakan-rakan Pakatan berusaha memahami Anwar Baru - Muslim Moderate..









Tiada ulasan: