Oleh Duncan Reid, The Vic Unity Newsletter
Dato Seri Dr Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Malaysia menyatakan dengan ironi bahawa ‘globalisasi yang menjurus kepada penyatuan sedang berlaku di era pemulihan agama dan pembangunan identiti budaya. Lebih daripada lain-lain desakan budaya, agama merupakan faktor tunggal yang paling penting dalam menghalang keseragaman.
Pada hari Jumaat, 21 Julai, Dr. Anwar Ibrahim memberi ucapan di hadapan 100 tetamu yang terdiri dari orang-orang Kristian dan Islam di dalam sebuah forum yang ditaja bersama oleh Victorian Council of Churches, The Islamic Concil of Victoria, The Centre for Dialogue di La Trobe University dan juga Bandar Darebin, mengenai “Dialog Peradaban”.
Beliau amat berkelayakan untuk menghuraikan theori ‘Pergeseran Antara Tamadun-Tamadun' oleh Samuel Huntingdon.
Di dalam forum tersebut, beliau menceritakan mengenai didikan Islam yang ketat oleh masyarakat Melayu yang membentuk kepercayaan dan identiti agamanya (“Saya tidak minum arak walaupun semasa berada di Melbourne”), dan juga mengenai minatnya terhadap sastera barat.
Beliau baru saja kembali dari Persidangan Shakespeare sebagai penceramah dasar dan sudah mampu untuk memetik kata-kata Daante, Akhmatova dan Tagore dengan fasih.
Beliau memberitahu, sepanjang tempoh 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam al_Quran, tetapi juga membaca korpus Shakespere sebanyak empat setengah kali, “dan jika Perdana Mentri membenarkan saya tinggal dipenjara untuk tempoh 6 bulan lagi, jumlah tersebut akan menjadi lima kali”.
"Saya bertanya kepada Brutus mengapa beliau membiarkan Mark Antony berkata-kata? Sebelum ini, saya tertanya-tanya mengapa Hamlet bertafakur sekian lama tanpa apa-apa tindakan, namun apabila berada dipenjara, saya memahami keadaan tersebut,” kata beliau.
Mesej yang cuba disampaikan oleh Dr. Ibrahim adalah ringkas: idenditi kita sebagai manusia tidak boleh diasing-asingkan. Kita memerlukan rasa rendah hati untuk mengakui bahawa diri kita adalah sebahagian dari tradisi budaya yang hebat, lebih hebat daripada tradisi yang tertentu dan kita memainkan peranan dalam proses pembinaan kematangan insan.
“ Mengapa tidak kita – Muslim, Kristian, Hindu, Budha- menjadi matang? Ini adalah lebih dari dialog kepercayaan yang merangkumi nilai, budaya-mengenai manusia secara menyeluruh. Konsep utama bukanlah tolak ansur, tetapi bagaimana untuk mengetahui, memahami dan menghargai antara satu sama lain, termasuk kepercayaan masing-masing.”
Anwar, dalam menenalpasti apa yang beliau lihat sebagai kegagalan pemerintahan dalam kebanyakan negara-negara Islam juga menyamakan situasi kritikal tersebut dengan keengganan neo-con untuk mempercayai keserasian Islam dan demokrasi.
“Anda tidak boleh memaksa demokrasi ke atas rakyat, tetapi keangkuhan kuasa telah menyebabkan berlakunya penolakan terhadap suara hati yang mempunyai dimensi spiritual dan laungan untuk keadilan dan hak samataraf bagi kedua-dua jantina, walaupun kadang kala ia muncul dalam panggilan yang asing seperti rundingan dan kerjasama"
Memetik kata-kata mendiang Herb Feith, Dr. Ibrahim berkata bahawa demokrasi berpelembagaan telah diterima sebagai sesuatu yang tulen kepada Negara-negara Islam.
Apa yang diperlukan sekarang ialah galakkan yang berterusan dengan kesabaran untuk menuju kearah undang-undang dan kebebasan badan kehakiman bagi Negara-negara Islam.
Apabila ditanya mengenai penggunaan kuasa secara beretika, Dr. Ibrahim menjawab bahawa itu adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk menerapkan pengaruh yang baik semasa berada didalm kerajaan.
“Semasa menjadi Pemangku Perdana Menteri, isteri saya selalu memberitahu yang saya tidak perlu mengingatkan rakyat bahawa saya pernah menjadi pemangku Perdana Menteri. Saya telah memperkenalkan undang-undang anti rasuah di Malaysia pada tahun 1997, di mana ia amat popular dikalangan rakyat, tapi tidak popular di kalangan menteri yang kononnya bersih."
Dr. Ibrahim juga memberitahu bahawa beliau tidak bersetuju dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir di atas kedudukan Australia dalam Asia, dan mengalu-alukan rakyat Autralia untuk melihat kita sebagai sebahagian dari Asia dan dalam masa yang sama, tidak menafikan warisan kebudayaan Kristian dan Eropah.
“Australia dan New Zealand harus menjadi sebahagian dari kumpulan itu”, bukan sebagai entity yang berasingan, tetapi sebagai komuniti antarabangsa dalam era kebangkita Asia"
Anwar Ibrahim bukanlah seorang secularist. Dia adalah pembela kepada kepercayaan dan nilai agama di dalam dunia yang menuju kea rah globalisasi.
Hanya dengan cara ini, sebagai jawapan kepada persoalan, bolehkah trend kehidupan kini yang menitikberatkan wang dari kualiti kehidupan diubah sebaliknya.
Dia berkata “Saya seorang yang optimis. Saya percaya pada kekuatan, kebijaksanaan dan kebaikan rakyat”
Nota : AIDC menterjemah artikel tulisan Rev Dr Duncan Reid dari the Victorian Council of Churches (Majlis Gereja-gereja Victorian), terbitan The Victorian Unity Newsletter (Council of Churches). Artikel asal bertajuk, "Current Issues : Dialogue of Civilisations…"
Artikel berkaitan :
1. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian
2. Anwar cadang pindaan akta untuk mudahkan murtad ?
3. Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ?
4. Dalang Sebenar Forum Peluk Islam
5. Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK
6. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?
7. Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar
8. Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal di Malaysia ?
9. Anwar telah khianat Islam ?
10. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara
9 ulasan:
Anwar Ibrahim tidak berhak memperkatakan tentang ISLAM kerana dia tak cukup ILMU ISLAM di DADA.. cuba beritahu pondok mana dia belajar agama?? universiti mana dia belajar agama?? berapa lama dia berguru dengan ulama besar di malaysia??
Salam
Aku nk komen panjang2 pun malas tapi kan aku rasa cm nk tergelak dgn few statement dlm artikel ni
1. Beliau memberitahu, sepanjang tempoh 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam al_Quran, tetapi juga membaca korpus Shakespere sebanyak empat setengah kali, “dan jika Perdana Mentri membenarkan saya tinggal dipenjara untuk tempoh 6 bulan lagi, jumlah tersebut akan menjadi lima kali”.
-----> tkpela dato seri, mungkin lepas ni dato seri akan diberi peluang lagi utk lepak 'didalam' bukan sahaja 6 bulan malah mungkin bertahun-tahun . mungkin dato seri boleh start planning utk tentukan karya mana pula untuk dikhatam kali ini.
2.“Anda tidak boleh memaksa demokrasi ke atas rakyat, tetapi keangkuhan kuasa telah menyebabkan berlakunya penolakan terhadap suara hati yang mempunyai dimensi spiritual dan laungan untuk keadilan dan hak samataraf bagi kedua-dua jantina, walaupun kadang kala ia muncul dalam panggilan yang asing seperti rundingan dan kerjasama"
------> bagaimana pula dgn apa yg telah dilakukan oleh dato seri? apakah dato seri fikir semua rakyat malaysia menyokong dato seri membina kerajaan dgn cara dato seri? bukankah itu juga satu paksaan? mungkin dato seri terlupa atau barangkali 'perasan' yg dato seri mempunyai sokongan jitu dari rakyat malaysia. PRU 12 telah menunjukkan pilihan rakyat ialah kerajaan sedia ada ini.
3.“Semasa menjadi Pemangku Perdana Menteri, isteri saya selalu memberitahu yang saya tidak perlu mengingatkan rakyat bahawa saya pernah menjadi pemangku Perdana Menteri. Saya telah memperkenalkan undang-undang anti rasuah di Malaysia pada tahun 1997, di mana ia amat popular dikalangan rakyat, tapi tidak popular di kalangan menteri yang kononnya bersih."
-----> malas dah aku nk ulas. sendiri mau ingat maaa.
4. Anwar Ibrahim bukanlah seorang secularist. Dia adalah pembela kepada kepercayaan dan nilai agama di dalam dunia yang menuju kea rah globalisasi.
----->sekular bermaksud pemisahan agama dari aspek kehidupan.adakah dato seri pembela dan membela agama? apakah maksudnya bila dato seri berkata 'there is no islamic state' . tidak mahu negara islam tetapi 'act' like not secularist.
kesimpulannya... ntah aku pun tak reti....
salam Iskandar dan zek,
Tulisan di atas adalah buah pandangan daripada Rev Dr Duncan Reid Presiden Majlis Gereja-gereja Victorian, Australia.
Itulah pandangan seorang paderi kepada 'muslim moderate', Anwar Ibrahim.
Kata paderi itu, Anwar bukan secularist tetapi seorang yang amat percaya persefahaman antara agama, terutamanya Muslim, Kristian dan Yudaisme (Yahudi).
Majlis pula dianjurkan oleh Majlis Gereja2 Victoria, Majlis Islam Victoria dan Pusat Dailog peradapan di La Trobe University (Universiti Kristian ?)
Mr Malcolm Thomas pula jadi wakil Majlis Islam Victoria
Tetapi dalam CSID (organisasi pengkalan Anwar di US) walaupun guna nama Islam (Centre Study Islam & Democracy) tetapi jangan fikir semua Islam berada dlm organisasi itu. Kristian dan Yahudi lagi ramai. Misalnya, Carl Gershman (Yahudi/penaja); Antony Sullivan (Kristian/Naib Pengerusi CSID); Robert Schadler;Tamara Son; Aly Abuzakuk;Louis J. Cantori; Svend White etc..
Ada tak wakil Hindu dan Buddha di program anjuran Majlis Gereja2 Victoria Australia itu ?
Walaupun kemungkinan besar tidak ada, tetapi Anwar masih sebut dailog antara agama, Muslim, Kristian, Hindu dan Budhha.
Ayat ini kalau di Malaysia, selalu dicanang oleh Bar Council yang ditaja oleh KAF untuk mewujudkan Interfaith council (IFC).
Anwar pelopor IFC antarabangsa kah ?
Daripada tulisan paderi di atas, berapa peratus ucapan Anwar mengambarkan Islam sebenar?
Barangkali yang paderi itu faham, Islam adalah campuran membaca Al Quran dan Shakespere serta diadun dengan falsafah2 Barat..
Islam harus memetik kata2 Daante, Akhmatova, Tagore, Brutus, Mark Antony, Herb Feith, Samuel Huntingdon etc ?
Islam juga membicarakan tentang politik dan keburukan orang lain ( Tun M ?)
Benarkah Islam begitu ?
Anwar kata dalam penjara, dia hanya baca Al Quran dan Shakespere.. Hadis tak baca kah ?
Apa maksud Anwar kata "neo-con untuk mempercayai keserasian Islam dan demokrasi" ? Mendalam maksud tuh, adakah Anwar akan membuktikan tuduhan itu tidak benar
Kalau Anwar berjaya membuktikan bahawa Islam serasi dengan demokrasi adakah neo-con (Yahudi) akan bertepuk tangan dan memuji2 Anwar ?
Anwar kata kehidupan Muslim harus tidak terasing dan mesti mengeratkan hubungan antara agama antara satu sama lain ?
Tetapi kata-kata itu bersifat retorik, bagaimana realiti sebenar ? Bagaimana kehidupan Muslim di Israel, Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Thailand, Filipina etc ?
Daripada ramai2 Muslim yang berwibawa di Australia, kenapa Gereja Victoria pilih Anwar dari Malaysia ?
Apakah bermaksud gereja Victoria hanya mengiktiraf Anwar sebagai 'ulama Islam' (?) lebih tinggi ilmu drp dr Yusof Qardawi, ustaz nik aziz, ustaz haron din, ustaz hadi awang etc.. ?
AIDC
Paderi Dr Duncan Reid, Presiden Majlis Gereja2 Victorian, rumus Anwar tak layak cakap soal agama (Islam ?) sebaliknya Anwar lebih mahir soal ketamadunan, teori Samuel Huntington.
Persoalannya dlm teori Samuel Hungtington, bukankah disebabkan faktor agama ?
Maknanya bicara soal pertembungan budaya, pertembungan Islam , Kristian & Yudaisme masih asasnya..
Masih lagi berinti Al Quran pertembungan antara Islam, Nasara (Kristian) dan Yudaisme (yahudi)..
Masih lagi sama spt peperangan Salib antara Salahuddin Al Ayubi VS Richard I atau Baldwin IV Raynald & Knights Templar.
Adakah serangan Amerika ke atas Afganistan & Iraq rentetan dari peperangan Salib ini?
Tetapi biasalah, dunia Islam tewas kerana Nasrani & Yahudi bijak mencari mole (agen) dari kalangan Islam sendiri..
Nasrani & Yahudi berjaya petakkan Islam menjadi berpuak-puak menjadi Islam Moderate VS Islam 'teroris'. Mereka melaga2 kedua2 pihak ini.
Jadi Nasrani& Yahudi goyang kaki sebab Muslim Moderate telah dibayar untuk jadi tentera upahan..
Muslim Moderate pula kembang liberalisme barat nama "Islam dan Demokrasi"
Bila paderi Dr Duncan tulis; "Anwar, kenalpasti kegagalan pemerintahan dalam negara-negara Islam sama seperti keengganan neo-con percaya keserasian Islam dan demokrasi, dlam maksudnya..
1. Anwar tak bela Islam, tetapi sebaliknya sering salahkan dunia Islam..
2. Anwar kata neocon enggan terima realiti bahawa Islam & demokrasi tak serasi..
3. Neocon & Anwar berkawan rapat
Kalau Islam & demokrasi tak sesuai, kenapa neocon (via NED & USAID) taja CSID & Anwar sebar fahaman Islam & Demokrasi ke dunia Islam ?
Amerika takluk Afganistan dan Iraq juga atas faktor 'Islam & Demokrasi'
Bila dah ditakluk sudahkah demokrasi ? .. wanita telah bebas buka tudung, gereja2 Kristian pun dah dibenar etc..?
.
Proses menemplak itu proses cabar mencabar. Neocon cabar Anwar, Anwar cabar neocon ?
Cabar apa? Cabar Islam & Demokrasi ? Itu cabaran lawak..
Kalau neocon tak percaya Islam & demokrasi sesuai, kenapa habiskan berbilion2 ringgit taja missionary, mole, perkaderan, etc ?
AIDC
salam Alaikum
"""Dato Seri Dr Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Malaysia menyatakan dengan ironi bahawa ‘globalisasi yang menjurus kepada penyatuan sedang berlaku di era pemulihan agama dan pembangunan identiti budaya. Lebih daripada lain-lain desakan budaya, agama merupakan faktor tunggal yang paling penting dalam menghalang keseragaman."""
-----------------------------------
Layakkah Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi wakil Islam di dalam forum dialog antara agama? Adakah Dato Seri Anwar Ibrahim setaraf dengan ‘Muslim Speaker’ seperti Sheikh Ahmed Deedat atau Dr Zakir Naik yang kita sering lihat mereka ini terbabit di dalam sesi dialog dengan golongan agama lain seperti Kristien, Budhist atau Hindu ?
Apakah dengan penglibatan yang aktif di dalam dialog antara agama, Dato Seri Anwar Ibrahim akan membuatkan orang ramai tertarik dengan kebenaran agama Islam atau sebaliknya beliau akan membuatkan orang ramai percaya akan semua agama itu seragam termasuk agama Islam?
Allah berfirman:
….Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu….. ( Surah Al-Baqarah:143)
Berdasarkan ayat di atas, sebagai umat yang menganuti agama Islam suci, kita dapati bahawa jelas Allah Subhanahu Wataala menegaskan “Umat Muhammad sebagai umat pilihan harus memberi keterangan kepada umat manusia tentang yang benar dan yang salah”
Apa yang benar dan apa yang salah? Hanya Islam yang dapat menerangkan semua itu dengan lengkap tanpa ragu-ragu.
Jadi wajarkah sebagai seorang Muslim, kita mempromosikan keseragaman agama? Walhal hanya fahaman aliran Islam liberal sahaja yang berpendapat agama Islam adalah agama yang benar, tetapi dalam masa yang sama semua agama selain Islam adalah benar juga.Bukankan ini bertentangan dengan ayat Allah berbunyi:
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam” ( Surah Aali Imran : 19 )
“ Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” ( Surah Aali Imran:85)
Hakikatnya tugas setiap Muslim ialah menerangkan kebenaran agama Allah dan Muhammad itu adalah penutup semua Rasul yang di utuskan untuk membawa manusia ke jalan Allah.
Sheikh Ahmed Deedat contohnya adalah salah seorang ulama yang digelar ‘Scholar of Bible’ telah berjaya menarik dan membuka ramai penganut agama Kristien tentang akan kebenaran agama Islam. Beliau kebanyakannya selalu terlibat di dalam sesi dialog antara agama termasuk Hindu dan Bhudha. Orang seperti inilah yang layak mengemudikan sebuah bahtera yang di namakan “ Bahtera Dialog Antara Agama” bersama penganut-penganut agama lain.Ini kerana dengan ilmu dan pengetahuan yang beliau punyai akan membuatkan beliau layak menjadi nakhoda bahtera tersebut yang dilayari bersama penganut agama lain seterusnya membawa mereka semua dengan izin Allah ke destinasi yang hak dan benar iaitu Islam.
.
Semoga Allah merahmati jiwa dan roh Sheikh Ahmed Deedat yang telah kembali menemui Rabbul Izzati pada 8 Ogos 2005.
Walaupun pemergian beliau amat ditangisi kerana ia seolah-olah kehilangan sebiji mutiara yang tidak ternilai di sisi umat Islam, tetapi banyak hasil kerja beliau telah menjadi pemangkin kepada pelapis-pelapis beliau seperti Dr Zakir Naik dan sebagainya.
Sheikh Ahmed Deedat sendiri pernah mengucapkan kepada Dr Zakir Naik:
“'Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdullilah.'
Dengan dikurniakan anugerah ‘photographic memory’ oleh Allah Subhanahu Wa taala beliau gunakannya untuk menghafal Al-Quran ,termasuk mempelajari kita-kitab seperti Bible , Talmud dan Torah , Mahabharata , Bhagvad Gita dan sebagainya .Malah Dr Zakir Naik juga mampu memetik ayat Al-Quran dengan menyatakan nombor ayat dan Surah tanpa melihat Al-Quran itu sendiri. Pembaca boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dr Zakir naik di link ini:
http://www.irf.net/irf/drzakirnaik/index.htm
Berbekalkan dengan pengetahuan Islam dan agama lain inilah yang membuatkan Dr Zakir Naik mengambil langkah yang sama seperti Sheikh Ahmed Deedat dengan melibatkan diri di dalam sesi dialog antara agama, perdebatan dan ceramah yang membawa peserta dan para penonton yang hadir membuka mata hati akan kebenaran Islam. Tetapi bukan bertindak seperti Dato Seri Anwar Ibrahim yang hanya berpandukan kebebasan bersuara dan individu sehingga apabila ada orang Islam sendiri yang melanggar garisan Ketuhanan Allah Subhanahu Wataala dan Kesucian Kerasulan Muhammad SAWA, dianggap sebagai “ profound writer “ iaitu Salman Rushdie .
Disebabkan itulah , Forum yang di anjurkan oleh Bar Council harus ditentang atas dasar ketidak tulusan mereka dalam mengedalikan forum tersebut. Jikalau mereka benar-benar hendak mengenal dan memahami Islam dan hukum-hukumnya , kenapa tidak orang seperti ulama atau mufti atau Haji Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri diminta turun pandang untuk berdialog dengan mereka dan menerangkan isu-isu yang mereka bangkitkan? Di mana letaknya peranan ulama dan umara kalau bukan terutamanya untuk menghadapi situasi begini dari golongan bukan Islam? Mereka di gelar sebagai pewaris nabi. Jadi mengapa orang-orang yang ilmu pengetahuan agamanya sendiri iaitu Islam terlalu cetek digunakan untuk memperjelaskan hukum Islam yang tidak dapat difahami oleh orang-orang seperti Ambiga?
Kebusukan forum ini sangat jelas. Ia hanya untuk memperbodohkan orang-orang Islam di Malaysia sekaligus untuk memfitnah Islam sepertimana Amerika dan sekutunya lakukan sekarang ini iaitu dengan meletakkan kepercayaan dan hukum-hukum di dalam Islam sebagai ‘tidak adil’ dan ‘ganas’ terhadap penganut agama lain.Maka bagi sesiapa yang menyokong tindak-tanduk forum memeluk Islam yang di anjurkan oleh Bar Council ini , ia adalah seolah-olah bersekongkol dan menyokong agenda busuk musuh-musuh yang nyata seperti Amerika dan Israel dalam meruntuhkan institusi dan imej Islam dan umat Muhammad.
Salam semua ...
Nahh ... berat kepala untuk mengupas komen-komen aidc yang sememangnya sentiasa diluar kotak.
Joyah nak tambah sikit based on pemahaman Joyah dari artikel ini.. maaf kalau ada terbuat lawak pulak nanti ya
1. Bila membaca atikel yang banyak memetik kata2 anwar ini .. Joyah terfikir, ini adakah dialog agama atau dialog untuk puji diri sendiri? Cuba perhatikan ayat-ayat berikut.....
a. “Saya tidak minum arak walaupun semasa berada di Melbourne”)
- adakah tidak minum arak boleh meyakinkan orang bahawa anwar tidak meliwat?
b. Beliau memberitahu, sepanjang tempoh 6 tahun di penjara, beliau bukan hanya menghafal surah-surah dalam al_Quran, tetapi juga membaca korpus Shakespere sebanyak empat setengah kali.
-pada saya ada beza antara menghafal dengan memahami dan mempraktiskan apa yang terkandung dalam al-quran. Jika beliau benar-benar memahami, takkan wujud segala perlakuan bodoh yang meletakkan Islam dan melayu dalam kekecohan.
c.“Semasa menjadi Pemangku Perdana Menteri, isteri saya selalu memberitahu yang saya tidak perlu mengingatkan rakyat bahawa saya pernah menjadi pemangku Perdana Menteri.
- sekarang dia sebut, maknanya dia nak rakyat ingat yang dia pernah jadi pemangku Perdana menteri. Malah, yang tak tahu pun dah jadi tahu. Tak ke publisiti murahan namanya ni.
d. Saya telah memperkenalkan undang-undang anti rasuah di Malaysia pada tahun 1997, di mana ia amat popular dikalangan rakyat, tapi tidak popular di kalangan menteri yang kononnya bersih."
- ya, patut pun PKR Perak tu ditangkap dek sebab rasuah sex dan duit. Kena kaji semula akta tu, sebab dikhuatiri wujud ajaran songsang didalamnya.
e. Dia berkata “Saya seorang yang optimis. Saya percaya pada kekuatan, kebijaksanaan dan kebaikan rakyat”
-Rakyat memang bijak, tapi beliau telah cuba nak bodoh-bodohkan mereka. So, memang betul, penyokong2 beliau especially Islam dan Melayu banyak yang dah lari. Memang rakyat bijak.
2. Issue ke dua ialah mengenai kata-kata beliau -agama merupakan faktor tunggal yang paling penting dalam menghalang keseragaman.
Mengapa letakkan kesalahan pada agama? Tapi tidak pada sikap dan peribadi seseorang. Dalam percakapannya, dia banyak menyentuh mengenai Islam ..didikan Islam yang ketat, ketidakmatangan orang Islam untuk menerima dan memahami agama2 lain. Mengapa tidak saja dia membela Islam sebagai agama yang unggul di mata dunia, dihadapan penganut2 agama lain sekiranya beliau benar-benar mahu menunjukkan Islam adalah agama yang sempurna dan mampu menjurus kepada pembangunan masyaratakt seluruh dunia. mengapa mahu mendesak interfaith dialog supaya selalu diadakan. Bolehkah kita katakan kelonggaran pegangan inilah merupakan salah satu sebab mengapa beliaulah ulama yang dipilih oleh Victorian Council of Churches untuk membicarakan mengenai dialog peradaban.
3. Mengapa beliau dalam apa jua ceramah, memburuk-burukkan Malaysia dan kerajaan tanpa memikirkan kesannya terhadap credibility Malaysia sendiri.
“Semasa menjadi Pemangku Perdana Menteri, isteri saya selalu memberitahu yang saya tidak perlu mengingatkan rakyat bahawa saya pernah menjadi pemangku Perdana Menteri. Saya telah memperkenalkan undang-undang anti rasuah di Malaysia pada tahun 1997, di mana ia amat popular dikalangan rakyat, tapi tidak popular di kalangan menteri yang kononnya bersih."
Mengapa mahu sebut seolah-olah beliau adalah yang terbersih dan terbaik, seolah2 Malaysia adalah negara yang punya paling buruk pemerintahannya, buruk ekonominya, tidak matang rakyatnya... Namun beliau, tanpa punya kerja apa2 boleh hidup semewah-mewahnya dalam tempoh 10 tahun ini. Ajaibkan... memang ajaib bagi rakyat yang negaranya digambarkan seolah yang paling teruk didunia.
4. Beliau juga suka memetik kata2 Daante, Akhmatova, Tagore, Brutus, Mark Antony, Herb Feith dan lain2 scholar barat... namun tidak pernah sekali pun saya terbaca yang beliau memetik hadis Rasulullah SAW dalam ceramah2nya di luar negara. Padahal Nabi Muhammad SAW adalah orator yang paling bagus dan berhikmah dalam dakwahnya. Mengapa Anwar tidak berminat untuk memetik hadis2 Baginda? Adakah kerana untuk dak timemperlihatkan dirinya sebagai Muslim yang extreme dan tidak matang? Ataupun sebagai pejuang demokrasi dalam agama...
AIDC, saya bersetuju bila Neo-Cons kata Islam dan Demokrasi tidak serasi ... missionary, mole, perkaderan, etc tu semua untuk merosakkan dan menghilangkan kekuatan Islam… bukan untuk keserasian. Apabila demokrasi melangkaui kehendak Islam yang sebenar… Islam akan hilang identity … jika semua agama sama.. manakah agama yang paling sempurna? Apakah agama yang seharusnya menjadi ikutan?
wallahu'alam
Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi
1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.
10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.
1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.
1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'.
6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.
Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.
6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.
16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.
17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".
13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."
Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.
Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.
21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.
Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.
1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.
September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.

Salam True Heart Finder dan Joyah
True Heart Finder membangkitkan soal kelayakan Anwar menjadi wakil Islam berucap di majlis anjuran Gereja Victorian.
Perkara ini telah dibangkitkan oleh Iskandar sebelum ini.
Sebab itu, True Heart Finder menulis mempersoalkan kalau Anwar benar-benar layak kenapakah beliau tidak menawarkan diri menjadi wakil Islam dalam Forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Bar Council baru2 ini..
Sebaliknya, Anwar yang amat bersetuju dengan forum anjuran Bar Council itu, berkata forum itu mesti dibenarkan.
"Kalau wakil Islam tidak berani berhujah dengan wakil Kristian, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan penganut Islam", kata Anwar.
"Kalau wakil Islam yang dihantar itu tidak layak, kenapa tidak hantar, wakil Islam yang lebih berwibawa", kata Anwar lagi.
Persoalannya siapa wakil wakil Islam yang berwibawa itu ?
Adakah Anwar sendiri, kerana beliau sering dijemput di peringkat antarabangsa untuk menjadi penceramah wakil Islam ?
Kenapa di luar negara Anwar sanggup, ketika di dalam negara beliau cadangkan nama lain ?
Sepatutnya wakil yang pernah beraksi di luar negara lebih hebat daripada wakil dalam negara ?
Inilah double standard, di luar negara disanjung oleh Nasrani & Yahudi sebagai tokoh Islam, di dalam negara adakah Anwar terkenal tokoh Islam ?
Saya kira jemputan Majlis Gereja Victorian itu kepada Anwar untuk memalukan Islam, kerana Nasrani dan Yahudi sudah tahu Anwar tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk bela Islam, sebaliknya berucap untuk menyeronokkan kaum bukan Islam itu.
Itulah yang Joyah maksudkan, ucapan Anwar bukan berasas topik bela Islam tetapi asas membela diri sendiri..
Itulah True Heart Finder maksudkan dia kagum dengan Ahmad Deedat dan Zakir Naik kerana mempertahankan Islam, hingga Kristian memeluk Islam kerana ceramahnya.
Tetapi ceramah Anwar, menurut True Herat Finder, lebih kepada puji diri sendiri, akhirnya Kristian anggap agama mereka lebih baik daripada Islam.
Perkara kedua, menurut Joyah, Anwar berkata "saya pernah menjadi pemangku Perdana Menteri. Saya telah memperkenalkan undang-undang anti rasuah di Malaysia pada tahun 1997, di mana ia amat popular dikalangan rakyat, tapi tidak popular di kalangan menteri yang kononnya bersih."
Setiap kali ucapan Anwar baik di dalam atau di luar negara, beliau tidak lupa mengagungkan masa lampaunya sebagai Menteri Kewangan dan TPM ..itu ayat standard..
Seolah2 beliaulah Menteri Kewangan dan TPM paling terbaik di dunia..dialah maha terbaik, orang lain semuanya terburuk..
Kalau terbaik kenapa Allah tidak takdirkan menjadi PM ?
Mesti ada sesuatu yang tak kena, walaupun Anwar cuba beralaskan konspirasi menjatuhkannya, bermakna dia bukan terbaik dan mudah dijatuhkan..
Baik dan buruk ditentukanNYA dan Anwar ditakdirkan tak jadi PM 10 tahun lampau, walaupun dia masih canang dialah terbaik..
Anwar selalu sebut Akta Anti Rasuah 1997 sebagai punca kejatuhannya..
Kalau kerana Akta itu jadi punca, kenapa tidak luluskan ketika dia jadi PM ?
Kenapa mesti lulus ketika jadi pemangku PM ?
Anwar hanya pemangku PM, maknanya, Anwar mesti merujuk kepada PM sebelum bentangkan apa2 akta.
Kenapa Anwar belakangkan PM, sedangkan dia hanya diberi tugas sementara sebagai pemangku.
Itulah yang selalu dikata orang Anwar memang tak layak jadi PM kerana tak sabar, tak bijaksana dan sanggup buat kerja tanpa berfikir panjang, hingga sanggup pijak kepala orang yg lebih tua..
Kalau hanya Anwar berbangga Akta itu merupakan sumbangannya terbesar, bermakna Anwar tidak berkesan untuk tawarkan diri jadi PM kerana tiada sumbangan lain kecuali Akta yang tidak dilaksana pun hingga hari ini.
Hakikatnya mana lebih hebat Akta Anwar dengan memperkasakan polis dan BPR ?
AIDC
Catat Ulasan