MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Nov 2008

Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?



Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?


Anwar Ibrahim, terkenal pada tahun 70-an sebagai pejuang Islam dalam ABIM. Itu titik tolak, Anwar dikenali. Bermula dengan buku usrah, Hassan Al Banna, Syed Qutb, Fathi Yakan dan Abu Ala Al Madudi, (tahun 70-an), kemudian beralih kepada buku - buku usrah baru, Ismail Al Faruqi dan Sayyed Hussein Nasr (tahun 80 -an) dan mutakhir ini beralih kepada buku - buku orientalis, John Esposito, John Voll dan Samuel P. Huntington.

Setiap kali peralihan buku usrah yang ditelaah Anwar itu menunjukkan proses peralihan tahap-tahap perjuangan Islamnya. Menurut klasifikasi yang dicaturkan oleh John Esposito, Anwar beralih dari perjuangan Islam Fundamentalis, beralih ke Islam Moderat. Kalau disemak lagi, akhirnya Anwar terperangkap dengan jaringan ilmu para orientalis dan ahli falsafah Barat yang berusaha memprogramkan Islam mengikut versi mereka. Islam Progersif ? Islam Liberal ? Itulah petak-petak jaringan yang disediakan oleh para orientalis Barat.

Sudah tentu buku usrah Syed Qutb, bertentangan dengan buku usrah Ismail Al-Faruqi, apatah lagi buku usrah John Esposito pula mengklasifikasi Syed Qutb adalah 'Muslim Teroris', manakala Anwar adalah 'Muslim Moderat'. Klik di sini


Muslim Moderat projek Barat

Bermakna jasa orientalis seperti John Esposito dan John Voll, yang dianggap oleh Anwar sebagai 'pembela Islam' (?) adalah berjaya memecahbelahkan aktivis Islam kepada tiga kelompok besar iaitu "Muslim Fundamentalis" (golongan yang berpegang teguh prinsip asas Islam), "Muslim Demokrat"(golongan sederhana) dan "Muslim Teroris" (golongan radikal).

Dua tokoh Islam Anwar dan Gus Dur dari Asia yang dilabel John Esposito sebagai Muslim Moderat. Kedua tokoh ini juga merupakan kawan baik zionis Amerika, Paul Wolfowitz. Wolfowitz kata kedua-dua tokoh ini sangat penting dalam 'mempertajamkan' Islam kepada si arkitek perang Iraq itu.




Itulah label-label terhadap Islam yang berjaya diklasifikasikan oleh guru Anwar, John Esposito. Disebarkannya pengklasan itu kepada Barat melalui tulisan-tulisan di bukunya berjodol "Makers of Contemporary Islam" (Oxford University Press, 1998) dan "Unholy War: Terror In The Name Of Islam" (Oxford University Press, 2002). Di dalam buku-buku itu, John Esposito terlalu mengagungkan Anwar dan Gus Dur sehingga ditulis beberapa bab khusus mengenai mereka berdua. Dan kedua-duanya John klaskan sebagai Muslim Demokrat. Klik di sini

Bermakna dari semua ulama dan cendikiawan Islam di Malaysia dan Indonesia, hanya Anwar dan Gus Dur yang diminati oleh John Esposito untuk dipopularkan dalam dunia Islam. Semacam konspirasi sistematik, seolah-olah terdapat usaha untuk memperkecilkan ilmu yang dimiliki oleh Dr Haron Din, Ustaz Hadi Awang, Ustaz Nik Abd Aziz mewakili Malaysia. KH Zainuddin MZ, Habib Rizieq Shihab, K.H. Ahmad Dahlan, Buya HAMKA mewakili Indonesia. Malah Abu Bakar Bashir, seorang lagi ulama terkenal Indonesia, Amerika klasifikasi sebagai teroris.

Apakah ini bermakna John Esposito mengangkat darjat ketinggian ilmu Islam Anwar dan Gus Dur lebih tinggi daripada tokoh-tokoh yang disenaraikan di atas ?

Sudah tentu dengan perlabelan ini orientalis Barat berjaya menunjukkan masyarakat Islam berpecah belah dan Barat hanya mengagungkan tokoh-tokoh Islam yang disukainya.

Persoalannya sejak bila orientalis Barat, Amerika dan Yahudi suka kepada Islam ? Dan jika mereka terlalu cenderung membela tokoh-tokoh Islam tertentu, apakah motif tersiratnya ?

Menurut Adian Husaini, pengkaji tersohor Islam Liberal di Indonesia, menegaskan umat Islam jangan mudah terpedaya denga terma "Muslim Moderat" kerana gelaran itu diprogramkan oleh Amerika dan sekutunya.

Kena hati-hati dengan gelaran ini kerana menurut penulis itu salah satu takrif "Muslim Moderat" adalah klon Islam Amerika yang diprogramkan untuk berlawan dengan "Muslim Teroris". Maknanya Amerika dan sekutunya bukannya bodoh menghabiskan jutaan dolar semata-semata melahirkan klon yang merugikan mereka. Sudah tentu klon-klon yang bakal dilahirkan di Amerika akan bekerja untuk mencapai misi negara polis dunia itu. Klik di sini


Sebab itu, tidak menghairankan Anwar yang selalu dipuja Amerika sebagai Muslim Moderat telah menarik picu senapangnya menghala tembakannya kepada Osama ben Laden, dalam Majalah Time, 8 Oktober 2001, kerana buku usrah John Esposito bariskan Osama sebagai teroris yang paling dikehendaki Amerika. Klik di sini

Kesimpulannya jika di kalangan kita fikirkan Anwar masih lagi menadah kitab buku-buku usrah dari Pakistan (Abu Ala Al Maududi) atau Timur Tengah (Hassan Al Banna/ Syed Qutb), anggapan itu tersasar jauh kerana buku-buku telah dibuang sejak tahun 80-an lagi. Sekarang Anwar sudah menadah kitab baru, dari bapa orientalis hingga buku-buku bapa falsafah kebebasan Barat termasuk John Locke. Klik di sini


Anwar pernah diramal bakal Presiden PAS ?

Subky Latif, bekas wartawan Utusan (Sekarang aktivis PAS Wilayah Persekutuan) pernah meramalkan 'Anwar bakal menjadi Presiden PAS' dalam bukunya "Siapa Ganti Asri", Penerbitan PENA (Kuala Lumpur), 1977. Tetapi ramalan penulis itu tidak menjadi kenyataan hingga sekarang, sama seperti ramalan mengatakan Anwar akan menjadi PM pada "16 September" lalu, tetapi ramalan itu juga meleset.

Ramalan Subky pada 1977 itu berasaskan kepada pengamatannya yang Anwar amat komited dengan perjuangan "Islam is the of life" dalam ABIM dan penulis meramalkan Anwar sepatutnya mengantikan Presiden PAS, Asri Muda yang dianggap 'nasionlis Islam'. Tetapi pada tahun 1982, Anwar buat kejutan kepada pendokong gerakan Islam, bahawa beliau bukan menyertai PAS, sebaliknya menyertai UMNO yang pernah dipijak benderanya sebelum ini.


Misteri missionari Islam Anwar dalam UMNO ?

Setelah 16 tahun bersama UMNO, Anwar berjaya mendaki hireki jawatan dalam kerajaan dengan cepat, dari 1982-1983 dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Menteri Belia dan Sukan (1983 - 1985); Menteri Pertanian (1985 - 1986); Menteri Pendidikan (1986 - 1990); Menteri Kewangan (1990 - 1998) dan Timbalan Perdana Menteri (1993 – 1998).

Sepatutnya Anwar telah jadi PM pada 1998, sepuluh tahun yang lampau dan bukannya pada 16 September 2008. Tetapi takdir Allah, mengatasi perancangan manusia. Tepat pada 2 September 1998, Anwar dilucutkan keahlian UMNO, sekaligus gugurlah jawatan TPM dan Menteri Kewangan yang disandangnya, juga berkecai cita-citanya menjadi PM.

Walaupun pada tahun 1998, Anwar dikatakan tokoh yang paling berpengaruh, jentera dan instrumennya amat hebat termasuk IKD, ABIM, BTN, media dan team wawasan UMNO untuk melayakkannya menjadi PM, namun perancangan manusia sahaja tidak cukup untuk mengatasi ketentuan Ilahi.

Setalah dipecat UMNO, Anwar mendakwa dirinya ditendang keluar kerana projeknya mahu mengislamkan UMNO dari dalam telah dapat dihidu. Itu versi Anwar dan penyokong-penyokongnya memberitahu kepada khalayak Melayu - Islam sebagai justifikasi kenapa Anwar dipecat UMNO. Tetapi benarkah begitu ?

Apa pula justifikasi, Anwar yang pernah dijolok, 'bakal Presiden PAS', pada tahun 1977, tetapi menyertai UMNO pada tahun 1982 ? Anwar dan penyokong - penyokongnya juga dakwa kemasukannya ke dalam UMNO untuk mengislamisasikan UMNO dari dalam. Tetapi benarkah begitu ?

Semasa dalam UMNO, siapakah inner circle Anwar ? (orang paling rapat yang mampu buat keputusan). Azmin Ali sebagai Setiausaha Sulit. Ezam Mohd Nor sebagai Setiausaha Politik dan yang menjadi 'otak Anwar' adalah Setiausaha Akhbarnya, Khalid Jaafar. Bagaimana aliran kefahaman mereka tentang Islam ? Kenapa tidak dilantik mana-mana tokoh bekas Presiden ABIM yang terkenal faham Islam menduduki jawatan terpenting sebagai inner circle Anwar ?


Titik tolak dari kemasukan ke dalam UMNO dan dipecat dari UMNO adalah justifikasi yang sama iaitu untuk "proses Islamisasi dari dalam".

Persoalannya Islam jenis apa ?. Kalau UMNO yang didakwa tidak cukup Islam, tetapi beliau pula tidak menyertai PAS dan adakah ini bermaksud PAS juga tidak cukup Islam ?

Pada tahun 1999, beliau melalui isterinya Wan Azizah menubuhkan parti baru yang diberi nama Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang kemudiannya bergabung pula dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2004.

Adakah PKR adalah 'Model Islam yang syumul', ilusi Anwar sebagaimana pernah didakwa UMNO dan PAS tidak cukup Islam ?


Antara kuasa dan Islam

Sekarang kita teliti apakah faktor sebenar kenapa Anwar tidak menyertai PAS pada tahun 1982 ?. Apakah rahsianya.

Menurut Ahmad Lutfi Othman, seorang pengkaji pemikiran Anwar, sejak tahun 1990 menulis begini;

“Sebenarnya Anwar merancang kemasukannya dalam Umno dengan begitu licin. Anwar sertai Umno ketika dia sudah pastikan ABIM tidak lagi mempunyai tokoh yang boleh mempersoalkan ‘ijtihadnya’. Anwar sengaja mengarahkan Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin kanan ABIM yang lain sertai PAS sebelum itu bukan kerana dia rasakan waktu itu PAS satu jamaah Islam yang perlu didukung tetapi kerana dia mahu menjayakan cita-cita besarnya untuk masuk Umno ketika Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, “hujahnya.

"Kalau Anwar yakin dengan perjuangan PAS sebagai sebuah gerakan Islam atau parti politik Islam, mengapa dia sendiri tidak menyertai PAS bersama Ustaz Fadzil? PAS amat memerlukan tokoh sepertinya ketika itu, ketika PAS kalah teruk di Kelantan. Dan Anwar sendiri yang mengarahkan kemasukan Ustaz Fadzil, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim ke dalam PAS. Ini tentu ada muslihatnya. Anwar memang merancang secara halus supaya bila tiba waktunya, ketika dia berhasrat menyertai Umno, ABIM tidak lagi mempunyai tokoh yang hebat yang berwibawa untuk menahannya"

“Cuba saudara bayangkan imej Anwar menyertai Umno dalam keadaan ABIM hebat menentangnya? Tetapi apa yang berlaku meskipun ABIM tidak merestuinya, ABIM seolah-olah tidak menghalangnya. Saya masih ingat, dalam ucapan dasar Presiden ABIM, Siddiq Fadil yang pertama selepas kemasukan Anwar ke dalam Umno, perkara itu tidak disentuh secara langsung. Itu satu kejayaan besar buat Anwar. “Begitu bersemangat beliau cuba meyakinkan saya"

“Cuba bayangkan,” tambahnya, “semasa Anwar bersama-sama pemimpin PAS mengatur strategi Pilihanraya Umum 1982, dia telah pun bersedia menyertai Umno secara aktif. Maksud saya, sebenarnya Anwar sendiri mengakuinya. Beliau cuma mengumumkan secara rasmi bahawa dia aktif berjuang melalui Umno pada Mac 1982. Maknanya apa ini? Bukankah seperti ular berkepala dua.”


Walaupun Ahmad Lutfi Othman menggunakan kaedah perbualan, tidak dapat dipastikan, rakan yang menyapanya itu benar-benar wujud atau penulis itu bermonolog dengan diri sendiri. Apatah lagi penulis tidak menyebut secara jelas, siapakah kawannya itu. Wujud atau tidak bukanlah suatu perkara penting, tetapi kesanggupan penulis memfokus sudut perbualan, menunjukkan karya itu hasil pemikiran penulis itu sendiri.

Apatah lagi, jika penulis itu mencatatkan semula dalam salah jodol bertajuk " Darah Anwar dalam PAS" daripada buku karyanya, "Memo Buat Bakal PM", diterbitkan oleh Penerbitan Pemuda pada tahun 1993. Bacaan lengkap klik di sini.

Berdasarkan kesimpulan penulis di atas, kemasukan ke dalam UMNO dirancang oleh Anwar sendiri dan bukan didorong oleh 'proses Islamisasi dalaman'. Anwar sendiri mengarahkan Ustaz Fadzil, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim ketika itu berada dalam ABIM masuk ke dalam PAS, bukan semata-mata untuk membantu PAS, sebaliknya untuk memastikan tiada lagi tokoh berkaliber dalam ABIM yang mempersoalkan tindakannya menyertai UMNO.

Setelah semua tokoh-tokoh ABIM yang pro PAS masuk ke dalam PAS, adakah yang tinggal semuanya akan jadi kebanyakannya pro Anwar ?

Ahmad Lutfi juga memberi contoh Dr Siddiq Fazil yang tidak mengulas apa-apa semasa muktamar ABIM sebaik sahaja Anwar sertai UMNO. Bagaimana pula dengan Kamaruddin Jaafar, Anuar Tahir dan Kamaruddin Mohd Nor, bukankah mereka juga menjadi pengikut Anwar pro UMNO ?

Bukankah kerana Anwar merosakkan ABIM daripada NGO non-partisan, menjadi NGO partisan ini menyebabkan ABIM berpecah belah kepada kumpulan serpihan termasuk ABIM Perlis dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) ?

Bermakna kemasukan Anwar ke dalam UMNO bukan bermotifkan persoalan Islam tetapi bertitik tolak persoalan mahu kuasa dan mahu jadi PM. Ini dinukilkan oleh Ahmad Lutfi dengan kata-kata, "dia (Anwar) mahu menjayakan cita-cita besarnya (PM ?) untuk (dengan ?) masuk Umno".

Jadi adakah adakah ini bermaksud, Ahmad Lutfi bersetuju, Anwar tidak masuk PAS pada tahun 82, kerana Anwar tidak percaya PAS mampu merealisasikan cita - cita Anwar jadi PM ?

Kalau begitu kesimpulannya, kemasukan Anwar ke dalam UMNO dan ketidakmasukan Anwar ke dalam PAS bukan bertitiktolak persoalan ISLAM, sebaliknya bermotifkan mahukan KUASA dan mahu merealisasikan cita-cita jadi PM.

Adakah ini bermaksud 'agenda Islam' hanya dijadikan senjata untuk menarik sokongan Melayu - Islam sama ada berjaya atau tidak matlamat yang pertama itu (kuasa) ?


Islamisasi dalam UMNO ?


Anwar selalu dakwa beliaulah yang membentuk Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Bank Islam sebagai contoh projek Islamisasi, tetapi benarkah dakwaannya itu ?

Bukankah semua itu dilakukan dengan restu kerajaan yang memerintah yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir dan kalau benar sekalipun, Anwar hanyalah pelaksana dengan ihsan Tun Dr Mahathir untuk melonjakkan saham Anwar sebagai pemimpin pelapis.

Bermakna idea asas bermula dari Tun sebagai PM dan bukannya Anwar.

Kalau benar, Anwar berpegang kepada program Islamisasi, apakah Anwar lakukan di Selangor ketika PKR memerintah negeri itu ? Adakah Selangor hari ini boleh dijadi "Model Islam Contoh" berbanding dengan negeri-negeri lain ?

Tetapi di Selangor yang diperintah PKR hari ini, berlaku sebaliknya, di mana gerakan membina rumah ibadat bukan Islam lebih pesat berlaku di bawah dua exconya Dr Xavier Jayakumar dan Elizebert Wong. Klik di sini

Dr Xavier yang dianggap sebagai ketua rumah ibadat bukan Islam akan usulkan untuk menghapuskan syarat had keluasan (930 sq m) rumah ibadat bukan Islam seperti yang termaktub dalam undang-undang PBT yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Selain beliau desak cadangan penambahan peruntukan dan kerana jumlah rumah ibadat bukan Islam sebelum ini (RM3mil) tidak mencukupi.

Malah Teresa Kok,Ronnie Liu dua exco DAP pula lebih lantang mempertikaikan soal tulisan Jawi dan Azan tetapi akan tersenyum lebar Apabila Menteri Besar Selangor hadiahkan 100 juta untuk projek kandang Babi. Klik di sini

Malah Khalid Ibrahim, MB Selangor sendiri telah menubuhkan Jawatankuasa khas rumah ibadat bukan Islam yang diketuainya dan dibantu oleh tiga exco tiga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar (Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin), Teresa Kok (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan) dan Ronnie Liu (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan).Klik di sini


Mungkin kalau ditanya kepada Anwar, beliau akan kata, "saya tidak masuk campur urusan adik saya (Rusli Ibrahim) dilantik penasihat khas kepada presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)". Klik di sini. Timbulnya soal kronisme Anwar kerana dibangkitkan sendiri oleh bekas anak buahnya, Ezam Mohd Nor. Klik di sini

Adakah kes KDEB ini merupakan cerminan contoh kecil apa yang Anwar lakukan semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu ? Klik di sini

Gambaran kronisme Anwar dalam UMNO pernah dinukilkan Ahmad Lutfi Othman dalam bukunya, "Layakkah Anwar Ketuai Reformasi", 1998 dengan memetik kata-kata Mohamad Sabu :

"Ya, ini kerana Anwar masih lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang belum berkuasa penuh tetapi suku sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat..Kita boleh bertanya, misalnya adakah Kamaruddin Jaafar atau Kamaruddin Mohd Nor menjadi jutawan segera kerana dia pandai berniaga atau disebabkan sahabatnya menjadi Menteri Kewangan? "

"Begitulah juga dengan Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan ? Begitu juga dengan bekas setiausaha sulit Anwar, Nasarudin Jalil dan beberapa orang lain yang dekat dengan Anwar naik begitu mendadak. Kita jangan lupa semasa hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan seperti Quek Leng Chan dan beberapa orang jutawan yang lain dalam membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3."


Bacaan lanjut klik di sini


IKD - badan pemikir Islam Anwar ?

Anwar tidak boleh mendakwa UIA dan Bank Islam adalah hak miliknya, kerana tiada sebarang dokumen yang sah boleh membantu perkukuhkan hujahnya. Tetapi, Anwar tidak pernah dakwa Institut Kajian Dasar (IKD) adalah hak miliknya, walaupun mempunyai dokumen lengkap yang mengesahkan Anwar adalah pengasas dan ahli Lembaga Pemegang Amanah seumur hidup badan pemikirnya itu.

Semua tokoh - tokoh ABIM yang hebat - hebat dilonggokkan di IKD. Bermula dari Dr Siddiq Fadhil (Bekas Presiden ABIM) sebagai ketua panel perunding IKD; Kamaruddin Jaafar (Bekas Setiausaha Agung ABIM)sebagai Pengerusi IKD, hinggalah kepada Dr Mohamad Nur Manuty (bekas Presiden ABIM), Mustaffa Kamil Ayub (Bekas Presiden PKPIM), Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung ABIM) turut dilantik sebagai tenaga penggerak IKD.

Kalau dihitung dari segi tokoh -tokoh hebat ABIM ini yang bertenggek di IKD itu, sepatutnya IKD boleh diiktiraf sebagai badan pemikir Islam Anwar.

Tetapi kenapakah selepas dua tahun penubuhan IKD, pada tahun 1984, Anwar turut mengundang sponsor luar negara, sebuah yayasan Kristian dari Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF) ?. Klik di sini

Apa agenda Anwar menjemput KAF menjadi penaja utama IKD, tidak cukupkah dana yang diagihkan Anwar sebagai Menteri Kewangan untuk menjalankan operasi IKD ? Bukti klik di sini.

Apatah lagi yayasan Kristian Jerman itu, merupakan sekutu Amerika yang turut disuntik kewangan oleh American Jewish Committee (AJC). Klik di sini

Ketika Anwar mengundang penajaan KAF, tokoh - tokoh hebat ABIM tidak membantah, sebaliknya sebulat suara bersetuju dengan 'kesukarelaan', yayasan Kristian Jerman itu.

Kata Peter Schier, wakil KAF Malaysia, "rakan kongsi penting kami adalah IKD, (Institut Kajian Dasar). Ini adalah kumpulan pemikir untuk Anwar Ibrahim.... Tetapi, apabila dia disumbatkan ke dalam penjara, kami tidak berhajat untuk memutuskan hubungan dengan IKD..

Berdasarkan kata-kata Peter Schier ini (wawancara The Sun 2006), jelas KAF masih meneruskan tajaan meskipun Anwar sudah dipecat daripada UMNO.

Persoalannya kenapa ? Kenapa KAF masih berminat meneruskan penajaan meskipun Anwar telah dipenjarakan?

Dari penjara Sungai Buloh, Anwar mengutuskan perutusan agar IKD diterajui oleh 'otaknya' iaitu bekas Setiausaha Akhbar, Khalid Jaafar. Kata sesetengah pihak, nak kenal pemikiran Anwar, kenallah 'otak' Khalid Jaafar. Otak Khalid Jaafar adalah otak Anwar!

Kata Peter Schier lagi, "Sekarang, sejak akhir-akhir ini, mereka (IKD) lebih menganjurkan satu konsep Islam yang berfikiran terbuka. Khalid Jaafar, Pengarah IKD, menamakannya sebagai ‘kesedaran Islam’, Islam Tanwiri. Saya fikir ianya satu konsep yang sangat menarik kerana menyokong pluralisme(semua agama sama). Jadi, kami menyokong perkara tersebut. Dan juga penerbitan, terutamanya terjemahan buku - buku Islam yang berorientasikan perubahan supaya (bangsa) Melayu dapat membaca buku-buku tersebut, sebagai contoh, seperti buku ini (mengambil sebuah buku Islam yang diterjemahkan "Islam & Dasar Pemerintahan") oleh Ali (Abdul) Raziq yang berkaitan dengan hubungan di antara agama dan politik, negara dan agama"

Persoalannya adakah tumpuan Islam Tanwiri (Islam ke arah pluralisme) ini hanya dimulakan sejak Khalid Jaafar menerajui IKD ?

Sebenarnya tidak. Konsep Islam Tanwiri (versi pluralisme) telah dimulakan seawal IKD ditubuhkan, namun ketika itu pemikir-pemikir ABIM di dalam menggunakan istilah "Masyarakat Madani".

Menariknya, istilah "Masyarakat Madani" yang dicanang oleh Anwar dan IKD juga adalah istilah popular yang sering digunakan oleh Nurcholish Madjid di Indonesia dalam menjustifikasikan Islam Liberalnya.

Apakah pemikiran Anwar sama dengan pemikiran Nurcholish Madjid ?

Apa yang Dr Siddiq Fadzil dan Kamaruddin Jaafar, bekas orang kuat ABIM suntik pendekatan Islam semasa menerajui IKD ?

Benar IKD telah mengkaji pemikiran Ismail Al Faruqi dan Muhamad Iqbal, tetapi dalam masa yang sama, IKD juga aktif mengkaji pemikiran Jose Rizal (Kristian) dan Rabindranath Tagore(Hindu). Klik di sini

Bekas Presiden Filipina Fidel V Ramos bersama Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada Disember 1994 dalam program anjuran IKD. IKD merupakan badan pemikir Anwar, bukan setakat menkaji pemikiran Ismail Al Faruqi dan Iqbal, tetapi juga mengkaji pemikiran tokoh Kristian, Jose Rizal (tengah-tengah foto itu adalah patung Jose Rizal)



Malah bukan setakat itu sahaja, Anwar dan IKD turut membuat hipotesis baru (fatwa?) bahawa inti ajaran Islam hampir sama dengan pengajaran Confucianism seperti yang diusahakan penerbitan oleh Anwar dalam bukunya "Islam and Confucianism". Apa maksud itu ? Bukankah maksud pluralisme mahu menyamaratakan Islam dengan semua agama lain ? Klik di sini

Malah kalau diukur dari neraca klasifikasi John Esposito di mana kedudukan Ismail Al Faruqi dan Iqbal yang menjadi model kajian Islam IKD ? Muslim Moderat ?

Kenapa Anwar dan IKD tidak kaji pemikiran Abu Ala Al Maududi, Hassan Al Banna, Syed Qutb ? Apa klasifikasi John Esposito terhadap mereka ? Muslim Fundamentalis ?

Kenapa IKD tidak kaji pemikiran Osama ben Laden, Ayatollah Khomeini (Iran) atau Sheikh Ahmad Yassin (Hamas) ? Apa klasifikasi John Esposito ? Muslim Teroris ?

Dan yang paling menghairankan kalau benar-benar Anwar dan pemikir ABIM mahu mengkaji Islam di IKD, kenapa perlu guna dana yang diragui sumbernya, sebuah yayasan Kristian dari Jerman?

Takkanlah nak mengkaji Islam pun kena guna duit dari Yayasan Kristian dan Yahudi ?


AIDC
4 November 2008
http://aidc-editor.blogspot.com
aidceditor@yahoo.com


Artikel lain yang berkaitan :

1. Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

2. Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT

3. Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

4. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara

5. Anwar Ibrahim : Masa Depan Demokrasi Muslim

6. Anwar beritahu Amerika Osama Laden pengganas Islam

7. Rakan-rakan Pakatan berusaha memahami Anwar Baru - Muslim Moderate..

8. Dunia Muslim-Barat berpecah dalam fikiran Anwar

9. Anwar Ibrahim aktif dailog antara agama

10. Masih berbisakah tangan Anwar dalam PAS ?


7 ulasan:

cik kiah berkata...

Inilah yang dikatakan 'ulamak jadian'

Dari awal perjuangan anwar lagi sudah terpesong kerana menggunakan Islam sebagai motif utama pendakian ke puncak kuasa

anwar sebenarnya "lebih" memperjuangkan Islam Liberal

Sama-samalah kita menentang penyuntikan Islam Liberal di Malaysia ini kerana kesannya amat bahaya

Inilah contoh 'ular berkepala dua'(seperti simbol Zionis) yang dihantar oleh Yahudi untuk memusnahkan dunia terutamanya Dunia Islam

Berhati-hatilah agar kita tidak dipatuk ular berbisa ini

PUREHADHARIST berkata...

Datuk Zaid Ibrahim "MABUK" ketika bicara tentang Ketuanan Melayu.Sudilah layari http://pure-hadharist.blogspot.com

kumbang berkata...

perjuangan untuk perut sendiri
gunakan agama untuk dimanipulasi
apa kisah? kan ada yahudi
tak cukup duit boleh tambah lagi..

ada ubi,ada batas
16 september tak lepas-lepas
la ni kulim bandar baharu pula nak terlepas..

umno sekarang dah makin teguh
bn pula dah makin ampuh
kesian pkr dah makin rapuh
pr tunggu masa sahaja nak roboh

wassalam

wokyoh berkata...

salam aidc...

Anwar ibrahim : bangsawan palsu.


Itulah seorang manusia bernama anwar ibrahim....

Bermula langkah sembahnya dengan gerak tari alif ba ta...namanya terus naik dipersada politik negara...ditambah dengan bakat semulajadi kurniaan Allah bijak berbicara...maka pengaruhnya bukan sedikit digelanggang politik Malaysia...kelincahan gerak tarinya bukan saja mencairkan hati penontonnya malah memukau dan melemahkan musuh musuhnya sebelum berjuang...telah terpilih sebagai pesilat muda harapan negara..menamatkan perguruannya serta merta dengan gelanggang ABIM ...bukan memasuki gelanggang PAS seperti yang digosipkan,tetapi menyertai kumpulan pahlawan di gelanggang UMNO...lalu diasuh dan dididik oleh Sang Guru Utama …sepak terajang ,tipu muslihat,pertempuran tanpa senjata hingga ke semua jenis senjata dan peralatan perang,pukulan maut dan buah rahsia guru habis diturunkan….isim berulang-berulang…..pada suluk yang panjang…dalam diam ada gerak..dalam gerak ada buah..dalam pejam ada firasat… hingga menjadi pesilat terbilang,diperlimau dan bakal mengetuai armada perang negara dipersada antarabangsa…namun akhirnya dia derhaka kepada sang guru utama….tumpasnya kepada pendekar lelaki berbaju wanita amat memalukan…..lalu hidupnya tiada berkat…diri tersiksa dimakan sumpah…gerak tarinya menyonsang arus,syaitan menjadi teman sejati,zionis - dajjal kawan sejati,nafsu menang mengalahkan akal….lalu hati gelap kerana zulmat…hilang firasat…kabur pandangan…..Dunia nampak besar melebihi akhirat….lalu … gegak gempita seluruh alam…dia terkurung,terbuang dan disisihkan….kini ingin bangkit semula dengan berbagai helah,menghunus keris tiada bersarung,namun sumpah keramat itu semakin berbekas….isimnya bertukar jadi kepanasan……ulu keris dikata mata…tikaman terbalik terus kedada…maka tunggulah saat kejatuhan dan kehancurannya….itulah anwar…pahlawan palsu di pentas sandiwara…….bangsawan palsu dialam nyata….kini bermimpi menjadi raja….raja rakyat ketuanan rakyat…hanya helah untuk berkuasa merebut takhta….itulah anwar ibrahim yang kononnya ingin menjadi seorang pejuang islam…tapi sayang…bila nafsu dunia mengatasi tuntutan agama yang suci…prinsip perjuangannya pun berubah dan beralih arah…..sayang seribu kali sayang…..dia sebenarnya sudah kalah sebelum berjuang.

Ramai yang mengaku menjadi pejuang islam dan bersemangat untuk berbakti dijalan Allah,tetapi ramai yang tidak mengambil iktibar dari sirah perjuangan rasullah.Kisah kisah ini diabadikan dan dikenal sebagai ilmu al-maghazi.ilmu ini dihafal dan dipelihara oleh setiap pejuang kebenaran.Bila kita berpegang kepada sirah perjuangan rasulullah,maka kita tidak akan mudah termakan taktik musuh yang sentiasa menghidu kelemahan kita….malah mereka selalu cuba mengambil kesempatan keatas kita diwaktu kita sedikit terleka.

Dari segi syarak,jihad mempunyai dua pengertian iaitu umum dan khusus.
Jihad pada pengertian umum ialah segala daya usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum atau perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan taghut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah.Jihad umum merangkumi semua jenis jihad iaitu jihad mali(harta),jihad tablighi(menyampaikan dakwah),jihad ta’limi(pembelajaran),jihad siyasi(politik),jihad qital(peperangan).

Jihad khusus yang dimaksudkan oleh sebahagian besar ulama ialah jihad Qital atau Qital fi Sabilillah iaitu berperang mengangkat senjata dan berdepan dengan musuh dialam nyata.Sayyid Abul ‘Ala al –Maududi dalam kitabnya Mabadiul islam,ms 147, menyebut “setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam dengan menggunakan segala yang ada padanya daripada harta benda,jiwa-raga,penulisan pena,kata kata lidah,maka ia tanpa ragu lagi tergolong dalam orang yang berjihad dijalan Allah dengan pengertian jihad yang umum.Akan tetapi kalimah jihad ini juga diungkapkan untuk pengertian jihad yang khusus iaitu peperangan yang dilakukan oleh kaum muslimin untuk menentang musuh musuh islam kerana mengharapkan semata mata keredhaan Allah tanpa ada sedikit pun tujuan duniawi.”

Dikalangan ulama ada yang memberikan pengertian yang lebih umum kepada jihad dengan memasukkan sama mujahadah iaitu jihad melawan hawa nafsu dan syaitan.
Untuk menjadi JUNDULLAH sejati,hendaklah kita melengkapkan diri kita dengan kekuatan iman dan amal.Disini saya suka memetik contoh,imam as syahid Hasan Al Banna telah meletakkan jihad sebagai salah satu daripada 10 ikrar perjuangan “bai-ah” kepada setiap ‘amilin(para petugas)’ bagi jamaah ikhwanul-muslimun iaitu faham,ikhlas,bekerja,jihad,berkorban,taat setia,Thabat(tidak berganjak),tajarrud(bebas),ukhwah dan thiqah(percaya).

Marilah kita renungi sabda rasulullah s.a.w..”barang siapa mati padahal ia tidak berperang dan tidak pun pernah berniat hendak berperang,maka matilah ia seperti mati jahiliyah”….serendah rendah martabat jihad itu ialah mengingkari dengan hati,dan setinggi tingginya ialah qital fi sabilillah.maka…”dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar benarnya”..Al-Haj: 78.Apa yang pasti,kita sebagai generasi umat islam akhir zaman kini mesti menyedari bahawa detik dan saat untuk kita berjihad pasti datang.Pada saat itu dihadapan kita hanya ada dua pilihan; samada rela terkorban sebagai seorang syuhada atau mati tanpa ada harga dan nilai disisi Allah SWT.

Seorang pejuang juga harus bijak mengawal emosi (EQ).Contoh yang paling nyata ialah musuh islam ini sengaja memilih anwar untuk menjalankan agenda mereka kerana mereka pasti anwar adalah insan yang beremosi dan tidak bijak mengawal emosi.Penahanan anwar dipenjara telah memberi kesan yang besar dalam hidup anwar…tekanan emosi yang keterlaluan mungkin menyebabkan jiwanya memberontak mahukan kebebasan dan hak keadilan yang sewajarnya.Dendam kesumat yang melekat kukuh dihati anwar terhadap musuh musuh politiknya dalam kerajaan juga adalah satu faktor utama mengapa zionis memilih anwar untuk menjalankan misi mereka berkaitan islam liberal dan demokrasi liberal.Semasa era pengaruh zionis berjaya disekat kerana tun dr mahathir memiliki kedua dua IQ dan EQ yang tinggi.

Emosi dan perasaan seseorang akan bergolak disebabkan 2 perkara;kegembiraan yang memuncak dan musibah yang berat...dalam sebuah hadis Rasulullah s.aw bersabda.."sesungguhnya aku(nabi) melarang dua suara yang dungu dan buruk,iaitu suara ketika sedang mendapatkan nikmat dan suara ketika ditimpa musibah(meratap)"

firman Allah .."...(kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu,supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu." Al-Hadid:23). maka rasulullah bersabda..."sesungguhnya kesabaran(yang sempurna pahala) adalah kesabaran ketika mendapat musibah pertama".

oleh itu siapa yang mampu menguasai perasaannya dalam setiap peristiwa,baik waktu susah atau waktu senang,maka dia berhak mendapat penghargaan berupa hati yang teguh dan stabil serta memperolehi kebahagiaan yang tenang dan kenikmatan kerana mengalahkan nafsu.merekalah yang akan sentiasa bersyukur bila mendapat kesenangan dan bersabar ketika ditimpa musibah.

begitulah manusia,termasuk saya,ketika sedang bermusuh dengan seseorang,ia cenderung mengherdik dan mencelanya,dan melupakan seluruh kebaikan orang yang tidak kita sukai begitu saja,demikian jugalah bila kita menyukai orang lain,kita akan segera melupakan kekurangannya,bahkan orang itu terus dipuja dan disanjung umpama tiada cacat celanya....maka eloklah kita mengambil sikap yang bersederhana dalam keduanya...umpama sabda rasulullah.."aku memohon kepadamu ya Allah ,agar aku selalu bersikap sederhana,baik ketika marah atau senang.

barangsiapa yang mampu mengawal emosinya,mengendalikan aqalnya dan menimbang segalanya dengan benar,maka dia akan mudah melihat kebenaran,mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan benar.
Firman Allah .." Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul rasul dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan kepada mereka Al-Kitab dan neraca(keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan..."..Al- Hadid:25.

Sesungguhnya islam datang dengan membawa misi kebenaran,keadilan,kesimbangan,akhlaq dan menuntun kita kejalan yang lurus,sebagaimana islam juga datang dengan membawa manhaj yang lurus,syariat yang diredhai dan agama yang suci..."Dan demikian(pula) kami telah menjadikan kamu(umat islam),umat yang adil dan terpilih.."..Al- Baqarah:143.

maka benarlah Allah berfirman..."Mudah mudahan Allah menimbulkan kasih sayang(mawaddah) antaramu dengan orang yang kamu musuhi diantara mereka,dan Allah Maha Kuasa lagi Maha Penyayang"..Al-Mumtahanah :7.

wahai sahabat seperjuangku,tak kira atas landasan mana pun anda berada,
alif ba ta, 3 line warna,seni bela diri,tabligh,tariqat,parti,persatuan,atau diri anda adalah jundullah....atau orang 313 pembawa bendera badar,marilah kita bersatu menentang musuh Allah dan musuh-musuh islam...sama samalah kita tunggu kebangkitan islam akhir zaman dan kedatangan Al- mahdi.
Semoga islam dan kebenaran tertegak kembali di mukabumi ini.

Salam perjuangan.

wassalam....nukilan :wokyoh.

Joyah berkata...

Salam Team AIDC...

Kagum sungguh Joyah membaca buah fikiran saudara wokyoh yang setia melawat aidc blog dan melontarkan idea2 serta hujjah2 yang amat baik.

Kita berasa dukacita dengan persepsi oleh umat Islam dan bukan Islam yang membawa tanggapan salah terhadap Islam dan orang Islam, iaitu menghubungkannya dengan perlakuan yang buruk malah sehingga mempersendakan. Semua ini sebenarnya bukanlah disebabkan agama Islam itu sendiri tetapi disebabkan oleh pentafsiran yang dibuat terhadap Islam oleh orang Islam yang mempunyai kepentingan sendiri untuk menjustifikasikan salah laku mereka yang telah dilakukan atau bercadang melakukannya.

Islam itu sendiri agama yang sempurna, merangkumi seluruh ruang dan zaman...jadi mengapa perlu ada kategori dalam Islam itu sendiri ..fundamentalis, moderate dan terrorist..

Ya benar, manusia itu berubah, tapi kita tidak berubah dengan sendiri, samada kearah kebaikan atau kejahatan..manusia itu diubah oleh seseorang atau sesuatu...

wallahu'alam

wokyoh berkata...

salam semua.

Terima kasih joyah.
joyah pun apa kurangnya.kadang kadang saya tergelak baca "omongan" joyah kat c-box tu dengan member member kita yang lain.tangkap cintan-lentok lagu anwar zain la..lagu siti nurhaliza la...
cayalah...komitmen anda juga tinggi untuk blog ini!!!

Teruskan usaha anda itu.benda yang baik patut disokong.

saya suka mengunjungi blog ini kerana ia membicarakan pasal anwar sahaja.ia amat FOKUS.ia melondehkan pakaian anwar dan semakin "membogelkan" anwar dari sehari ke sehari....seakan-akan penulisnya berada dekat dengan putrajaya atau terlalu dekat dengan dato najib atau paklah-kj sendiri atau terlalu intim dengan tun-mukhriz.Mungkin juga penulis adalah pensyarah diIPT atau orang yang sealiran dengan prf dr chandra dulu....mana tahu??? maka biarlah ia menjadi rahsia....apa yang penting bagi kita ialah usaha dan jasa kita dijalan Allah.biar apa orang kata...kita menulis setakat yang kita yakin kita dipihak yang benar.

orang yang belum kenal anwar susah untuk mempercayainya...tapi dulu-1998.. saya juga adalah penyokong setia anwar...namun kepercayaan saya semakin luntur kerana saya makin memahami siapa anwar sebenarnya....

Bagi saya musuh utama malaysia sekarang ini ialah anwar bukan DAP atau PAS atau parti politik lain atau individu perseorangan yang lain...tapi anwar.kerana apa??? kerana anwar membawa misi orang luar untuk mencatur politik dan kekuasaan negara supaya tunduk kepada zionis-dajjal sedangkan orang lain atau parti lain hanya berjuang untuk diri,keluarga atau parti mereka saja...tetapi anwar berjuang menentang arus untuk menggadai alif ba dan ta kepada kuasa luar dengan harga yang begitu murah dan paling menghinakan.

oleh itu...saya berseru kepada semua pejuang kebenaran...
bangkitlah...bersatulah untuk menentang NWO melalui proksinya anwar dimalaysia,gus dur dan amin rais di indonesia,estrada-aroyyo di filipina, thaksin di thailand dan PAP di singapura.

Joyah berkata...

Salam AIDC dan Wokyoh ...

Disini saya ingin mengiyakan kata2 wokyoh bahawa Aidc adalah bukan calang2 orang ...dari segi ilmunya dan juga sikapnya.. Namun, penuh dengan rasa rendah diri ..sejak Joyah bersama team AIDC, beliau tidak pernah menunjukkan diri beliau lebih hebat dan berilmu jika dibandingkan dengan kami yang semuanya anak2 baru belajar. Ala-ala lelaki Melayu terakhir gitu .. hahaha (AIDC, jangan kembang lebih ya)

Juga saya ingin mengiakan mengenai fokus blog iaitu the only Anwar ...bukan Anuar Zain, tapi Anwar Ibrahim. Atas panduan AIDC, kami akan tetap berada diatas landasan tersebut kerana AIDC blog bukanlah blog politik, tetapi blog pendedahan the dark side of Anwar.
Anwar yang sebelum ini ramai yang tidak tahu akan personaliti kirinya.

Nak menghasilkan karya dan video yang bisa 'membogelkan' Anwar, bak kata Wokyoh, bukanlah perkara yang mudah.. Mungkin lebih mudah membuat laman web 'bogel' dari AIDC Blog. Kerana AIDC sendiri membuat detail study, bersengkang mata dan memerah otak tiap-tiap hari.. Tak ramai yang sanggup, lebih-lebih lagi apa yang kami lakukan adalah secara sukarela dan tidak ditaja sesiapa.

Wahh, dah banyak pulak puji AIDC... ok, berbalik pada cerita Anwar, Joyah percaya, Allah akan sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada kita untuk memilih yang terbaik buat diri dan kehidupan kita. Kalau dah memang pembohong, cover la macamana pun, takkan dapat ditutup sebab kawah bohong tu membesar setiap hari, macam anwar kata..we have the numbers and it's increased by hours ...rupa2nya number pembohongan dia yang increase by hours.

wallahu'alam