MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Jan 2009

Anwar Ibrahim : Revivalisme Islam di Malaysia



Anwar Ibrahim : Revivalisme Islam di Malaysia


oleh Mohd Yusmadi Yusoff


Washington D.C, 12 Oktober 2006 Kuliah Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini berkaitan dengan Revivalisme ataupun Nahdah Islam di Malaysia. Kuliah bermula seperti biasa tepat jam 3.15 petang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan mauduk tersebut dengan menjelaskan konsep Revivalisme Islam kepada para pelajar dengan contoh-contoh initiatif awal yang berlaku di Malaysia. Kuliah kali ini amat menarik kerana contoh-contoh yang disebut merupakan pengalaman peribadi yang dilalui oleh Datuk Seri Anwar sebagai pemimpin pelajar, belia dan seterus sebagai Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Revivalisme Islam di Malaysia dikatakan unik jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain seperti di Pakistan dan Timur Tengah. Datuk Seri Anwar menjelaskan bagaimana bahan-bahan bacaan ketika itu banyak mempengaruhi beliau dan teman-teman di dalam menterjemahkan idealisme awal mereka.

Selain daripada karya-karya tokoh Timur Tengah dan Pakistan seperti Syed Qutb, Hassan Al Banna dan Maududi, karya-karya dari pemikir-pemikir Islam di Barat seperti Ismail Faruqi, Syed Husin Nasr (Universiti Temple) dan Fazrul Rahman (Universiti Chicago) juga mempunyai pengaruh yang tersendiri kepada beliau dan teman-teman yang mengerakkan agenda Islam ketika itu.

Seterusnya, Datuk Seri Anwar menjelaskan bagaimana pemikiran Natsir pemimpin parti Islam Masyumi di Indonesia juga memberi pengaruh kuat beliau dan revivalisme Islam di Malaysia pada ketika itu. Pengaruh Islam dari Indonesia berterusan melalui komunikasi Datuk Seri Anwar dengan teman-teman di Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) di Indonesia.

Dengan latar belakang pendidikan yang berbeza berbanding dengan peneraju-peneraju Islam di negara lain, keunikan Datuk Seri Anwar sebagai pelopor revivalisme Islam amat siknifikan. Revivalisme Islam di Malaysia merentas aliran pendidikan ketika itu yang boleh dilihat melalui institusi-institusi seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar, Maktab Perguruan Sultan Idris, dan pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama dan pondok pada ketika itu.

Program-program yang dilakukan bukan sahaja tertumpu kepada persoalan pendidikan Islam, malah tumpuan diberikan kepada isu-isu keperdulian rakyat seperti kemiskinan, isu atarabangsa seperti isu perang di Vietnam dan revolusi di Iran.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Anwar dan teman-teman menjadi wadah yang begitu relevan kepada mahasiswa pada ketika itu sehingga memberi tekanan kuat kepada kepimpinan Tuanku Abdul Rahman ketika itu.

Inisiatif revivalisme Islam yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar diceritakan menjadi lebih unik di dalam kapasiti beliau sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia ketika itu di mana ianya dilakukan seiringan dengan kerjasama yang rapat di antara pimpinan bukan Islam yang lain, antaranya Puan Irene Fernandez yang menerajui pimpinan belia Kristian pada ketika itu.

Datuk Seri Anwar kemudiannya membincangkan fasa seterusnya bila mana beliau menerima pelawaan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed untuk menyertai kerajaan pimpinan UMNO. Episod itu amat penting menurut beliau memandangkan ianya mendapat reaksi negatif oleh sebilangan pimpinan gerakkan Islam ketika itu.

Antara sebab kemasukkan beliau ke dalam UMNO yang dinyatakan ialah komitmen yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir untuk melakukan perubahan melalui pembenterasan rasuah dan sebagainya.

Corak agenda Islam yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di dalam kabinet mempunyai perbezaan ketara jika dibandingkan dengan pendekatan yang dilaungkan oleh pengerak pengerak Islam lain seperti PAS yang lebih cenderung mengketengahkan isu-isu Negara Islam dan hudud.

Datuk Seri Anwar lebih menumpukan agenda-agenda keadilan sosial dan governance melalui projek-projek membasmi kemiskinan, projek rumah kos rendah dan projek tabung amanah di kalangan golongan termiskin di Malaysia dan program anti rasuah sehingga beliau tidak disenangi oleh beberapa pimpinan kerajaan lain.

Kuliah Datuk Seri Anwar kemudian diteruskan dengan soal-jawab oleh para pelajar dan tamat kira-kira jam 5.30 petang.


AIDC memetik tulisan Mohd Yusmadi Yusof bekas Felow Hubert H. Humphrey, Washington D.C. Sekarang dia merupakan ahli parlimen PKR di Balik Pulau, Pulau Pinang. Artikel asal klik di sini

Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim : "Tuhan telah kembali : Politik dan Agama dalam abad ke 21"

2. Anwar Ibrahim, Recep Tayyed Erdogan, Paul Wolfowitz dan Presiden Bush

3. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?


4 ulasan:

NTanwar berkata...

Revivalisme Islam di Malaysia ?

Nak revival Islam ke arah mana di Malaysia ?

Tahun 70-an, ayat revival Islam ini pernah dilaung..bukan sedikit tokoh peminat Islam terpikat..Mat Sabu, Ustaz Hadi, Salahuddin Ayub, Nakhaie Ahmad..semuanya masuk ABIM..

Tahun 82..Anwar masuk UMNO..sekali lagi bunyi revival Islam..Anwar arahkah DBP terjemahkan buku Ismail Al Faruqi dan Syed Huseion Nasr secara besaran2 bagi menenggelamkan buku2 Hassan Al Banna, Al Maudaudi yang masih dipegang oleh ustaz Hadi

Tahun 84..masih berbunyi revival Islam tetapi sudah berbau pluralistik..semua tokoh ABIM dilonggokkan di IKD..spt Kamaruddin Jaafar (KJ), Dr Siddiq Faddil etc..tak mengkaji lagi pemikiran Syed Qutb, Hassan Al Banna etc tetapi kaji secara serius pemikiran Al Faruqi, Iqbal, Al Ghazali dan dipanjangkan lagi kaji lagi serius pemikiran Jose Rizal (Kristian), Budhha..etc

Tahun 1999 - masa dalam penjara, khatam 4 kali kitab Shakespeare . Wow..4 kali u..

Tahun 2004..keluar dari penjara khatam kitab Amaryat Sen, Mahabrata, Esposito, John Lock, Voll..etc

Tahun 2008..tawarkan diri jadi PM..masih nak revival Islam..

Jadi Anwar nak revival Islam jenis apa?

cik kiah berkata...

Revival Islam jenis Islam Liberal..

Dah lama tunggu peluang,tapi tak dapat-dapat lagi

vee3eye berkata...

salam.
secebis pndgn dr sy.

rasenye,
tak salah kalau khatam buku2 ajaran lain.
pada hemat sy, ini penting apabila berhadapan dgn penganut agama lain.

contohnya,
jika mahu berdebat sesuatu soal kehidupan harian dengan penganut bukan islam.
takkan kite nk keluarkan hadith dan ayat2 Al-Quran.
mereka takkan mempercayai kita, kerana mereka tidak mempercayai Quran.
tetapi,
jika kita keluarkan ayat2 dr bible atau torah, nescaya mereka tergerak hati, sedikit sebanyak.

contoh nyata, ahmad deedat.
dia bukan sahaja hafaz Quran, malah Bible, Torah dan segale revised versions of them!

Allah knows best!

NTanwar berkata...

Tidak salah khatam kitab agama lain. Pinjam pendapat faisal tehrani, Anwar di depan masyarakat Kristian mengaku khatam Shakespeare 4 kali..

Tetapi Anwar berada di depan masyarakat Islam mengaku khatam tafsir Alazhar 4 kali..

Yanag mana satu betul..khatam Shakespeare atau tafsir Al Azhar ?

Sepatutnya walau di depan khayalak apa sekali pun, Kristian, Hindu, Buddha, Islam, Anwar perlu beri jawapan sebenarnya, semasa di penjara saya khatam tafsir Al Azhar dan Shakespeare sebanyak 4 kali..

Itu pokok persoalan masyarakat Islam meragui Anwar. Anwar tidak jujur, bercakap hanya memilih ayat tertentu untuk menyeronokkan khalayak..di depan Islam lain, di depan Kristian lain, di depan Cina lain..itu persoalannya..

Peranan Anwar sama dengan Ahmad Deedat ?

Topik ini boleh dibahas panjang..betulkah Anwar pergi di depan khalayak bukan Islam utk mempertahankan Islam atau mengesahkan kepada bukan Islam apa yang mereka ingin dengar?

Misalnya kes Osama ben Laden, Anwar bermati-matian menyalahkan Osama dan mengesahkan pandangan bukan Islam mengatakan Osama adalah radikal Islam dan radikal Islam sangat jahat dlam Islam..Wolfowitz, Bush, Dick Cheney, Carl Gershman sudah tentu akan seronok dengan jawapan Anwar ini..

Tetapi Dr Zakir Naik (anak murid Ahmad Deedat) juga berceramah topik sama spt Anwar. Dia tidak membela Osama Laden, tetapi dia tidak boleh mengiakan pendapat itu semata2 hanya bersumberkan CNN, CBS, Time, ABC etc..Dia kata apa maksud radikal Islam ? Mana bukti Osama bom bangunan WTC ?

Kalau bercakap mengenai 'teroris', Bush lah paling teroris dalam dunia. Anwar tidak menyalahkan Bush tetapi Anwar hanya nampak orang Islam yang teroris..

Kaji semula inti ceramah Anwar dalam dailog antara agama di luar negara..80 peratus adalah mengenai politik, dirinya dan keburukan kerajaan Malaysia..Anwar tidak mempertahankan Islam sebaliknya memilih benda2 yang disukai oleh Barat..

Kalau 80 % ucapan Anwar mengenai dirinya, politik dan kerajaan Malaysia, adakah masyarakat bukan Islam yang mendengar ceramah Anwar tertarik mahu peluk Islam ?