Sekurang-kurang dua penaja utama Anwar Ibrahim dalam membina karier politiknya di Malaysia. Kedua-dua itu adalah dari blok Amerika dan blok sekutu Amerika.
Penaja utama dari Amerika adalah NED (National Endowment for Democracy), IRI (International Republican Institut), NDI (National Democracy Institute)dan Asia Foundation.
Manakala blok sekutu Amerika pula terdiri daripada KAF (Konrad Adenauer Foundation), FNF (Friedrich Naumann Foundation), SPF (Sasakawa Peace Foundation) dan lain-lain lagi.
Untuk memahami lebih lanjut mengenai operasi penaja-penaja itu membantu Anwar di dalam dan luar negara, sila baca artikel sebelumnya bertajuk Dari Permatang Pauh ke Putrajaya : Anwar jadi PM 16 September ?
Latar belakang penaja Amerika
Penaja utama dari Amerika kebanyakan dikawal oleh Yahudi. NED merupakan badan induk yang mengawal beberapa penaja lain termasuk NDI dan IRI. Ketiga-tiga badan penaja ini merupakan badan sah yang diwujudkan oleh kerajaan Amerika dengan bantuan peruntukan kewangan secara khusus.
Penaja yang bertema 'memerangi terorisme' dan 'menyemai demokrasi' ini, telah terbukti sebagai instrumen kerajaan Amerika 'menakluk melalui pilihanraya' dalam sesebuah negara yang menjadi targetnya.
NED dikawal oleh Yahudi Amerika iaitu Vin Weber (Pengerusi) dan Carl Greshman (Presiden). Kedua-dua tokoh ini merupakan Yahudi beraliran Zionis atau Neo-Konservatif yang memegang prisip "Regime Change" (Perubahan kerajaan). Salah seorang ahli neo-konservatif adalah Paul Wolfowitz.
Mereka merupakan tulang belakang "Project for the New American Century" (PNAC) yang bercita-cita menjadi Amerika sebagai kuasa Tunggal di dunia.
Vin Weber, Carl Greshman dan Paul Wolfowitz merupakan kawan baik Anwar Ibrahim, sebab itu mereka telah melantik Anwar sebagai Panelist iaitu sebagai ahli jawatankuasa NED yang sering menjadi moderator dan penceramah anjuran badan itu.
Oleh kerana Anwar termasuk sebagai salah seorang ahli jawatankuasa NED, maka beliau berhak mencadangkan idea-idea bagaimana cara-cara yang berkesan untuk 'menakluk' negara luar khususnya negara Islam.
Untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan neo-konservatif, PNAC, "Regime Change" serta peranan Zionis Amerika menakluk negara luar dicadangkan menonton video yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu seperti di bawah :
Penaja NDI juga dikuasai oleh Yahudi iaitu Madeleine K. Albright (Pengerusi) dan Kenneth D. Wollack (Presiden). Lebih menarik lagi Kenneth Wollack merupakan pengarah undang-undang badan pelobi Israel terkemuka di Amerika iaitu AIPAC (American Israel Public Affairs Committee)
Video di bawah ini menjelaskan bagaimana Yahudi Neo-konservatif, Paul Wolfowtiz dan Carl Gershman menaja dan memperalatkan Anwar di Amerika Syarikat bertujuan untuk melumpuhkan negara-negara Islam di seluruh dunia.
Penaja seterusnya adalah IRI. Di belakang IRI adalah calon pengganti Presiden Bush iaitu Senator John McCain sebagai Pengerusi dan Frank J. Fahrenkopf, Jr sebagai Presiden.
Untuk pemahaman lebih lanjut bagaimanakah IRI membantu Anwar di luar negara dan Malaysia, sila baca artikel sebelumnya bertajuk "Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September?"
Kesemua nama yang berada di belakang tabir penaja-penaja di atas adalah Yahudi beraliran Zionis. Manakala Anwar pula menerima bantuan-bantuan daripada Zionis Amerika itu untuk membantu karier politiknya di Malaysia. Jadi dalam konteks Islam, apakah hukumnya menerima bantuan dana daripada Zionis yang telah memusnahkan negara-negara Islam lain serta membunuh beribu-ribu umat Islam di dunia ?
Latar belakang penaja sekutu Amerika
Dua penaja sekutu Amerika berpengkalan di Jerman iaitu KAF dan FNF.
kedua-dua yayasan ini merupakan think tank parti utama di Jerman yang menawarkan penajaan di seluruh dunia sebagai mematuhi perjanjian damai antara Kumpulan Israel Amerika (American Jewish Committee-AJC). dengan pihak kerajaan Jerman.
Pihak kerajaan Jerman terpaksa akur dengan AJC, sebagai 'menebus dosa' pembunuhan beramai-ramai Yahudi ('holocaust') di Jerman semasa pemerintahan Nazi.
Satu lagi penaja sekutu Amerika adalah SPF yang mempunyai dua ibu pejabat iaitu di Jepun dan Amerika.
Dana SPF ini sebagai satu cara untuk tunduk kepada Amerika kerana kerajaan Jepun telah menyertai Kuasa Paksi (Axis Powers) iaitu pakatan antara Jepun, Jerman dan Itali menentang Pihak Berikat (Alliance)yang diketuai Amerika dalam peperangan dunia ke II.
Bermakna ketiga-tiga penaja yang disenaraikan di atas adalah merupakan 'satu bentuk pampasan' atau 'ufti' kepada Amerika Syarikat hasil kekalahan Jerman dan Jepun dalam peperangan Dunia ke II.
Perjanjian Anwar dengan penaja, sekiranya jadi PM
Amerika Syarikat dan sekutunya telah melabur begitu banyak wang, selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004. Bermula dari Hospital Munich, Jerman (2004), Paul Wolfowitz, pemikir dan Zionis Amerika merupakan orang pertama melawat Anwar.
Walaupun Wolfowitz ketika itu sibuk dengan tugasannya sebagai Timbalan Setiausaha Amerika, namun beliau sanggup membatalkan semua temujanjinya di Amerika semata-mata untuk berjumpa dengan Anwar di Munich, Jerman.
Pertemuan empat mata, hampir tiga jam itu merupakan titik permulaan karier politik Anwar di arena antarabangsa dengan naungan dan suaka politik daripada Amerika Syarikat.
Bacaan lanjut, hubungan Anwar-Wolfowitz itu, baca semula tiga artikel yang pernah ditulis sebelum ini iaitu "Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia"; "Anwar Ibrahim 100 Tokoh Dunia (TIME)" dan "Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar"
Persoalannya, dengan begitu banyak pelaburan Amerika dan sekutunya membina semula imej Anwar, apakah tuntutan penaja itu sekiranya Anwar berjaya jadi PM, 16 September ini ?
Secara umumnya tiga tuntutan yang telah diminta oleh penaja Amerika dan sekutunya iaitu pertama Malaysia mesti bersekutu kepada Amerika; kedua Pluralisme Agama dan ketiga menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) .
Malaysia mesti bersekutu kepada Amerika
Dasar Berkecuali Malaysia yang diperkenalkan sebelum ini tidak begitu menguntungkan Amerika. Walaupun Malaysia menjalinkan hubungan dagang dan diplomatik dengan Amerika, namun dalam masa sama Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara musuh Amerika seperti Iran, China, Rusia dan lain-lain, berpandukan dasar berkecuali itu.
Apatah lagi dasar Malaysia yang diamalkan sekarang mengharamkan hubungan diplomatik dengan Israel, sedangkan Israel merupakan dalang di belakang politik Amerika. Semak senarai ini, bagaimana Israel Amerika telah menguasai hampir keseluruhan politik Amerika. Klik di sini.
Amerika mahu Malaysia hanya tunduk kepada kuasanya dan menghentikan semua hubungan diplomtik dengan negara-negara musuhnya termasuk Iran, Rusia, China dan lain-lain. Sebab itu, Amerika begitu marah apabila Menteri Pertahanan, Najib Razak membeli kapal selam dan peralatan tentera daripada Rusia. Kemarahan Amerika itu, dicerminkan melalui serangan bertubi-tubi Anwar kepada Najib di atas isu Kapal Selam dan Altantuya yang pernah dituduh sebagai salah seorang perisik KGB.
Keperluan kedua yang dikehendaki Amerika adalah soal hak minyak. Amerika sanggup berbelanja besar menawan Afghanistan dan Iraq semata-mata untuk menggali hasil minyak yang kemudiannya Amerika berjaya mengawal sepenuhnya harga minyak di pasaran dunia.
Masalahnya Malaysia juga mempunyai telaga minyak, walaupun tidak tersenarai sebagai telaga minyak yang berpengaruh di dunia, namun salah satu punca pendapatan Malaysia adalah minyak.
Apatah lagi dasar Malaysia membina PERTONAS di dalam dan luar negara, telah mencabar monopoli pedagang-pedagang minyak Yahudi Amerika yang menguasai SHELL dan pelbagai jenama lain. Hasil pendapatan utama PETRONAS adalah menawarkan kepakaran carigali minyak di luar negara, telah memberi pulangan besar kepada Malaysia, sekaligus menyaingi pedagang-pedagang minyak Yahudi Amerika.
Sebab itu, secara konsisten, Anwar berkempen untuk menurunkan harga minyak dan sasaran utamanya adalah PETRONAS. Anwar minta supaya lebih banyak keuntungan hasil minyak PETRONAS di luar negara diberi pulangan kepada rakyat. Dengan cara itu, PETRONAS akan semakin kekurangan wang dan tidak mampu lagi menjalankan operasi di luar negara.
Kemungkinan dalam jangka masa panjang PETRONAS akan bangkrap dan Malaysia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Amerika sebagai pedagang utama minyak di dunia. Walaupun PERTONAS bangkrap, tetapi Anwar sebagai PM mampu meminjam daripada mana-mana dana Yahudi Amerika terutamanya Bank Dunia dan IMF.
Ketika itulah ekonomi Malaysia bergantung sepenuhnya kepada Amerika sepertimana yang terjadi ke atas Indonesia.
Pluralisme Agama
Latar belakang penaja Anwar yang dijelaskan di atas kebanyakan dari Yahudi dan Nasrani. Perlu ditegaskan, tiada satu pun daripada penaja yang disenaraikan itu penaja Islam. Diulang sekali lagi TIADA PENAJA ISLAM !
Bermakna Anwar menerima dana daripada bukan Islam daripada Yahudi dan Nasrani. Kenapa Yahudi dan Nasrani begitu bermurah hati menaja Anwar, seorang Muslim Moderat, datang dari negara Malaysia yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan, Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan.
Penaja Yahudi dan Nasrani dari Amerika itu juga tahu kedudukan Islam di Malaysia, Perkara 3 (1) ini, membolehkan Kerajaan Persekutuan menggunakan wang dari Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan (Federal Consolidated Fund) pada peringkat Persekutuan dan Negeri untuk tujuan membiayai perkembangan agama Islam seperti mewujudkan beberapa institusi Islam penubuhan pusat pendidikan Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Bank Islam, Sistem Insurans Islam (Takaful), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
Juga mereka tahu Kerajaan Persekutuan juga telah meninggikan martabat Islam dengan melantik seorang Menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri bagi melaksanakan tanggungjawab berhubung hal ehwal Islam.
Begitu juga menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Undang-undang Syariah yang berfungsi menjalankan tiga peringkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.
Setelah latar belakang sedemikian rupa dan kedudukan Islam yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan, penaja-penaja Yahudi dan Nasrani masih memilih untuk menaja Anwar dan partinya PKR.
Apatah motif penaja Yahudi dan Nasrani menaja Anwar dari sudut agama?
Motif mereka jelas, penaja Yahudi dan Nasrani berusaha menghakis kedudukan Islam dan Perlembagaan Persekutan dengan mempromosikan agenda baru iaitu Pluralisme Agama, Liberalisme dan Demokrasi. Lebih tepat lagi penaja mahu wujudkan PLURALISME AGAMA di Malaysia.
Apa makna Pluralisme agama?
Menurut Dr Siddiq Fadzil, bekas Presiden ABIM dan sahabat Anwar, Pluralisme (agama) merujuk usaha menyamakan semua agama dalam menerima kebenaran dan keselamatan semua agama. Klik di sini membaca tulisan beliau.
Dr Siddiq menulis usaha Pluralisme ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Rene Guenon, Titus Burckhardt, Fritjhof Schuon, Martin Ling, Seyyed Hossein Nasr dan lain-lain.
Tulisnya lagi, "pembentukan sikap dan pola fikir model (pluralis-inklusif) tersebut didorong oleh keinginan untuk menyenangkan kuasa besar dunia (khususnya Amerika) yang saat ini sedang menggila memburu mereka yang mereka labelkan sebagai 'kaum fanatik', 'fundamentalis', 'ekstrimis' dan 'teroris Muslim'. Seperti yang telah lama kita sedari bahawa dalam situasi sekarang ini memang ada usaha menggubah “Islam” versi Amerika atau “Islam” yang direstui Amerika, iaitu Islam yang hilang keunggulannya, jati dirinya dan dinamika daya juangnya"
Persoalannya siapa yang menjadi pelopor Islam versi Amerika di Malaysia ? Siapakah pula yang menjadi rakan baik Seyyed Hossein Nasr di Amerika ? Dan siapakah pula yang ditugaskan Amerika atas nama "Muslim Moderate" untuk memerangi kumpulan yang dilabel Amerika sebagai 'fanatik', 'fundamentalis', ekstrimis' dan 'teroris'.
Kalau diteliti semua ucapan-ucapan dan tulisan-tulisan Anwar semasa bekerja di Amerika selama dua tahun (2005-2007), orang yang dimaksudkan oleh Dr Sidiq itu adalah sahabat baiknya sendiri iaitu Anwar Ibrahim.
Kalau dirujuk pula kertas kerja yang ditulis oleh Prof. Madya Dr. Idris bin Zakaria, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar,Fakulti Pengajian Islam UKM, bertajuk "Liberalisme dan Pluralisme", beliau memberi takrif yang sama dengan pendapat Dr Sidiq Fadzil.
Kertas kerja itu lebih memperincikan lagi peranan penaja mana yang giat mempromosi agenda itu. Dr Idris menyebut pelopornya “think-tank” Barat seperti "Rand Corporation", "SIM" di Leiden, Belanda, "Institut Brooke", Washington. D.C dan lain-lain.
Dr Idris juga mengakui bahayanya fahaman ini kerana mempersoalkan kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan dan autoriti ulama. Begitu juga gagasan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IRC) adalah satu usaha nekad pimpinan bukan Islam untuk mencari jalan melemahkan status Islam di Malaysia.
Pada kesimpulannya Dr Idris meletakkan sasaran NGO Malaysia bernama "Sister In Islam" (SIS), adalah antara pendukung Islam liberal yang kuat mempromosikan isu kesetaraan kaum jenis lelaki dan perempuan.
Benar SIS adalah mata rantai barat yang mendokong pluralisme dan Islam Liberal di Malaysia. Tetapi adakah setakat SIS ? Adakah penaja barat mencari tokoh yang lebih berwibawa daripada Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif SIS ?
Lebih tepat lagi, penaja barat lebih berminat menaja Anwar Ibrahim berbanding Zainah Anwar kerana bakat dan ketokohan serta pengaruh politik mereka berbeza.
Mari kita selidiki apakah kaitan badan penaja pluralisme seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja itu dengan Anwar.
Anwar Ibrahim berkait rapat dengan "Rand Corporation", dan "Institut Brooking". Malah think tank Anwar iaitu Institut Kajian Dasar (IKD) dan Bar Council terlibat secara langsung dalam penubuhan "Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IRC)" seperti yang tercatat dalam kertas kerja itu. Apatah lagi IRC ditaja oleh Konrad Adenauer Foundation (KAF) yang merupakan salah satu penaja Anwar Ibrahim.
Untuk mengetahui lebih lanjut modus operandi pluralisme di Malaysia dan penajaan Suruhanjaya Antara Agama-agama (IRC) serta kaitannya dengan Anwar melalui think tanknya IKD, Majlis Peguam dan KAF, sila tonton video di bawah:
Kaitan Rand Corporation dan Anwar
Bahkan jika diteliti dalam kertas kerja terbitan Rand Corporation bertajuk, "Building moderate Muslim networks", usaha badan itu adalah menyemai pluralisme dengan mewujudkan rangkaian "Muslim Moderate" di seluruh dunia.
Menurut kertas kerja itu "Muslim Moderate" adalah golongan muslim yang hanya menerima sistem perundangan sivil serta menolak sistem perundangan syariah.
Persoalannya, siapakah tokoh "Muslim Moderate 2005" yang ditaja oleh NED di Amerika ?Jawapannya tokoh itu tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim. Malah semasa menyaksikan penerimaan anugerah itu, penaja-penaja lain turut hadir iaitu Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID) dan Lorne Craner (Presiden IRI).
Dalam kertas kerja itu menggariskan "Muslim Moderate" menolak Mahkamah Syariah, sedangkan di Malaysia mempraktikkan dwi mahkamah iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah.
Jadi apakah pendirian Anwar sebagai Muslim Moderate terhadap mahkamah Syariah ?
Anwar ketika diwawancara Stephen Sackur dalam rancangan BBC HARDtalk interview pada 10 Mei 2005 menjelaskan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia bergantung kepada keputusan rakyat. Jika rakyat mahu mengekalkannya maka, Mahkamah Syariah itu akan kekal tetapi jika rakyat Malaysia memilih untuk meminda dan memansuhkannya maka boleh dipinda atau dimansuhkan.
Menurut Anwar beliau lebih percaya kepada Perundangan Persekutuan dan Kebebasan Agama berbanding dengan Mahkamah Syariah.
Bermakna kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia bergantung kepada siapa yang memerintah negara, jika dikuasai oleh Anwar dan DAP dan jika diusulkan agar Mahkamah Syariah dipinda atau dimansuhkan maka Anwar tidak menghalang perkara itu.
Untuk mengetahui lebih lanjut pendirian Anwar terhadap Mahkamah Syariah sepeprti yang diucapkan dalam BBC HARDtalk interview itu, sila tonton video di bawah :
Kes Murtad dan Anwar
Persoalan ini juga merupakan satu polemik besar yang melanda Malaysia kerana terdapat pertindihan antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah dalam kes murtad.
Misalnya kes Azlina Jailani (Lina Joy) berlaku percanggahan pentafsiran Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan beragama. Barisan peguam Azlina berhujah bahawa berasaskan jaminan kebebasan beragama di bawah Perkara 11(1), seorang individu Muslim boleh secara bebas mengisytiharkan diri keluar dari Islam dan menganut agama lain tanpa perlu terlebih dahulu memohon kepada Mahkamah Syariah.
Hujah tersebut disangkal oleh barisan peguam yang mewakili pihak kerajaan berasaskan duluan yang mengikat (binding precedent) di mana kes-kes yang melibatkan agama Islam perlu didengar di Mahkamah Syariah.
Dalam kes-kes seperti ini kebanyakan umat Islam di Malaysia menyokong cara terbaik untuk menentukan status agama seorang individu Muslim adalah Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa eksklusif di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.
Tetapi pendirian Anwar berbeza, dalam mana-mana kes murtad di Malaysia beliau berada di sebelah pihak bukan Islam. Anwar berada di pihak Lina Joy, isteri Moorthy dan lain-lain.
Malah Anwar dalam wawancara dengan Jim Middleton, dari Australia Network pada 27 April 2008, dengan jelas mengatakan beliau tidak bersetuju kes murtad dibicarakan di Mahkamah Syariah, kerana kebebasan beragama dan hak asasi dilindungi untuk semua rakyat Malaysia. Maksudnya Anwar bertegas, kes murtad perlu dibicarakan di Mahkamah Sivil.
Sekali lagi Anwar menegaskan kes murtad harus dibicarakan di Mahkamah Sivil dalam wawancaranya dengan Julia Kirby, Pembantu Penyelidik, Pew Forum on Religion & Public Life , pada 7 April 2006, di Washington, D.C.
Dalam wawancara itu, Anwar menegaskan kes Moorty mesti dibicarakan di Mahkamah Sivil. Beliau menyokong isteri Moorthy yang mencabar kerajaan mempertikaikan bahawa Moorthy tidak pernah menukar agama. Padanya jika dibenar ke Mahkamah Syariah, mahkamah itu tidak boleh berlaku adil kerana berpihak kepada Islam.
Begitu juga dengan "Forum Memeluk Islam", yang diadakan oleh Bar Council baru-baru ini, Anwar setuju forum itu diadakan, meskipun majoriti umat Islam di Malaysia membantah.
Untuk mendengar sendiri pendirian Anwar mengenai isu-isu Islam termasuk "Isu Negara Islam", "Isu Forum Memeluk Islam" dan "Isu Karikatur Menghina Rasulullah SAW", sila tonton video di bawah.
Persoalannya adakah kedudukan Islam di Malaysia akan selamat jika Anwar dipilih menjadi PM, sedangkan beliau sendiri banyak terhutang budi dengan dana Yahudi dan Nasrani yang menajanya sebelum ini?
Apatah lagi kecurigaan semakin bertambah apabila beliau berguru dengan orientalis beragama Kristian bernama John Esposito ? Malah agenda Islam Amerika yang dibawa ke Malaysia hari ini adalah lidah orientalis yang Anwar pernah menjadi pensyarah pelawat di Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown Amerika.
Untuk memahami peranan penaja dan Anwar mengembangkan projek pluralisme di Malaysia, sila baca beberapa artikel sebelum ini, iaitu, "Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?", "Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar" , "Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK" dan "Mengenal Anwar, kenalilah kawannya di luar negara...."
Menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Anwar sudah berjanji sekiranya beliau menjadi PM, langkah pertama yang dilakukannya adalah memansuhkan DEB dan menggantinya dengan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM).
Menurut Anwar, DEB hanya menguntungkan golongan Melayu, sedangkan AEM yang bakal dilancarkan itu menguntungkan semua kaum, Melayu, China dan India serta kaum-kaum lain.
Berasaskan janji Anwar memansuhkan DEB inilah menyebabkan semakin ramai kaum bukan Melayu menyokong PKR kerana mereka menaruh harapan 'sistem kouta', 'hak keistimewaan orang Melayu' yang diamalkan sebelum ini akan turut terhapus.
Seperti Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP, dasar DEB telah dihapuskan dan kekayaan negeri lebih diberikan kepada pihak yang lebih layak iaitu kaum Cina. Atau lama kelamaan seperti Singapura yang diperintah oleh PAP, "Sistem Beraja Melayu" yang pernah diamalkan sebelum ini telah dimansuhkan dan istana tinggalan Raja-raja Melayu di Singapura telah dirizab sebagai khazanah lama. Temasik yang asalnya kepunyaan raja-raja Melayu, telah bertukar menjadi "Singapore", yang mana kehidupan orang Melayu merempat di tanahnya sendiri.
Kaum Cina di Malaysia boleh memiliki universiti sendiri yang diberi nama Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), tetapi universiti "Melayu" iaitu Universiti Institut Teknologi Malaysia (UiTM), Anwar sudah janji akan dibuka kepada kaum-kaum lain.
Seperti pegangan Anwar dari sudut agama yang memihak kepada bukan Islam, dalam dasar ekonomi pun Anwar juga berpihak kepada bukan Melayu.
Pelancaran AEM ini dilakukan oleh Anwar pada 18 Februari 2006 di KLCC Convention Centre, Kuala Lumpur anjuran Open Dialogue Center (ODC), sebuah lagi think tank miliknya
Think tank Anwar, ODC ini pula ditaja sepenuhnya oleh dana Yahudi, NED.
Sebab itu, dalam artikel sebelum ini, "Anwar Ibrahim 100 Tokoh Dunia (TIME)" dirumuskan bahawa dasar Anwar menolak "Ketuanan Melayu" selaras dengan dasar menolak "affirmative action" yang diamalkan oleh Yahudi Neo-Konsevatif Amerika.
Bagi Yahudi Neocon yang berideologi Zionis, tidak dibenarkan wujud bangsa-bangsa lain di dunia ini yang lebih mulia daripada Yahudi. Hanya Yahudi sahaja bangsa paling mulia dan bangsa PILIHAN TUHAN.
Hanya bangsa yahudi sahaja boleh mengamalkan "affirmative action", bangsa-bangsa lain tidak dibenarkan kerana mereka BANGSA KELAS KEDUA. Jadi sekiranya bangsa-bangsa lain cuba mengamalkan dasar "affirmative action", maka usaha perlu dilakukan untuk menghapuskan dasar itu.
Sikap Anwar mengikut telunjuk Yahudi terbukti apabila mengatasi keadaan gawat ekonomi Malaysia 1997. Pada Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan hanya meminjam dana IMF sahaja boleh membantu memulihkan ekonomi.
Maksudnya, sekiranya Malaysia pinjam dana IMF, semua dasar-dasar "affirmative action" yang diamalkan oleh kerajaan akan dihapuskan kerana IMF mewujudkan persaingan global. Tidak ada subsidi diberikan kerajaan kepada rakyat kerana IMF menuntut pulangan modal yang lebih lumayan. Ketika itu ekonomi Malaysia dikawal seluruhnya oleh Amerika.
Blogger Ibnu Hashim, turut mengeleng-geleng kepala apabila membaca email pencalonan Anwar sebagai 100 tokoh berpengaruh dunia. Kawannya bertanya, “Kenapa kau geleng-geleng kepala? Hebat sangat ke Anwar? Ibnu Hashim jawab, "Hebat lagi musuh-musuh Islam. Termasuk The TIME..”
AIDC
7 September 2008
http://aidc-editor.blogspot.com
aidceditor@yahoo.com
6 ulasan:
[PART 1]
Salam TUN,
1. Hakikat sebenarnya, semua manusia adalah kaum pendatang di setiap sudut bumi Allah ini. Manusia dicipta oleh Allah asalnya daripada Adam dan Hawa. Daripada satu orang berkembang biak sampai sekarang. Semua manusia didunia ini adalah pendatang. Samalah di bumi bertuah Malaysia ini juga dihuni oleh kaum pendatang tidak kira yang Melayunya, Cinanya Indianya Ibannya kadazannya dan dllnya.
2. Hakikat sebenarnya, berbanding dgn Melayu dan India & cina, Melayulah yang mula2 datang dan menghuni di bumi bertuah Malaysia ni. Ratusan tahun berbanding cina dan india datang ke malaysia.
3. Hakikat sebenarnya telah diketahui oleh kebanyakan manusia bahawa tiada agama yang tinggi disisi Allah melainkan agama ISLAM. Dan dari sudut Perlembagaan Malaysia bhw telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia bahawa Melayu adalah beragama ISLAM dan ISLAM adalah Melayu. Dan TIDAK wujud dlm perlembagaan negara ini bhw Cina adalah islam dan Islam adalah cina, begitu juga India smmngya tidak termaktub dlm perlembagaan.
4. Bumi ini adalah milik Allah. Tiada siapa yg milikinya melainkan Allah. Dan Allah menjanjikan kemuliaan keistimewaan hanya akan diberi kepada yang percaya kpdNya, beriman dan taat akan perintah2Nya. Siapa yang Islam akan diberi keistimewaan oleh Allah. Ini janji Allah kpd manusia sbgmana disebut dlm Quran yg bunyi firmanNya " Bumi ini adalah waris hamba2Ku yang beriman". Siapa mereka yang tak islam utk mempertikai hak keistimewaan orang islam di malaysia ini? Ini merupakan ketentuan Allah utk memberi hak keistimewaan kpd orang islam di malaysia. Siapa yg islam akan diberi hak yang sama rata dalam agama islam. Jika sekiranya Cina dan India spt Lim kit Siang dan Karpal Singh masuk islam dan yang lainnya masuk islam, mereka akan terima hak keistimewaan yang sama. Hilanglah masalah tuntutan hak yg ada sekarang. Tapi mereka enggan dan membangkang habis2 dalam parlimen spt dilakukan oleh Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Mereka cakap 'langkah mayat sy kalau nak jadikan negara ni sbg negara islam", bila PAS beria2 nak jadikan malaysia sbg negara islam.
5. Tentangan ini berlaku antara sebabnya, keinginan PAS utk islamkan negara ni tanpa lalui proses yang telah dilalui oleh Rasulullah dan sahabat2nya, 13 tahun di Mekah(jalankan kerja nabi) dan 10 thn di Madinah(jalankan kerja nabi + tegakkan perintah2 Allah yg ke2 dan seterusnya) . Cara PAS yg tidak ikut cara nabi menyebabkan penolakan utama yang tak islam kpd pemerintahan islam. Dan tentangan ini berlaku krn salah org islam sendiri langgar perintah Allah iaitu meniggalkan perintah Allah yg pertama iaitu tidak buat kerja nabi/kerja dakwahkan islam kpd mereka yg cina dan india yg belum islam spt comment sy(search comment by mdz5046) dlm topik TUN yang bertajuk ' Snippets - "Pohon maaf", utk dpt kefahaman lanjut tentang kaitan kerja nabi, nubuwwat, khalifah dan masa depan politik malaysia.
6. Berbalik kpd point 4. kembali. Tidak ada hak utk orang bukan islam utk mempertikai hak keistimewaan orang islam di malaysia. Malaysia ni milik Allah, bumi milik Allah dan Allah bgtau dalam Quran bhw bumi adalah milik hambanya yg beriman. Begitulah malaysia ini, adalah milik orang islam. Tidak ada pertikaian lagi. Allah bukan nak jadikan bumi ini dihuni oleh yang tak beriman kpd Allah krn bumi adalah milik Allah. Kalau nak hak istimewa dr Allah, masuk islam dgn sebenarnya2 dan bukan krn nakkan harta dunia.
7. Kerana itulah Allah hantar nabi2 utk ajak manusia beriman kpd Allah dgn menerima agama islam. Ini berlaku sejak dari nabi Adam hinggalah Nabi Muhammad saw. Dan SETERUSNYA wlpn nabi2 tidak lagi dihantar tetapi umat nabi muhammad saw diberi tgjjwab kenabian utk meneruskan dakwah nabi2 dgn mengajak manusia beriman kpd Allah sbgmana firman Allah dalam surah Ali-Imran yang bunyinya" Ayat 110"
[110] Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik(mengajak kpd yg belum beriman kpd beriman kpd Allah) dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji iaitu mempersekutukan Allah dgn selain dr Nya) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.
8. Manusia dicipta oleh Allah.Allah mahu semua manusia beriman kpd Allah. Itulah keinginan Allah. Walaupun Firuan, Namrud, Haman, Abu jahal, Abu Lahab, Lim kiat Siang, Bush, Karpal Singh, Tony Blair, Paul Wolfowitz, William Cohen, Howard tidak suka utk dgr ini semua. Menjeritlah mereka dalam parlimen spt yang dibuat oleh Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Buatlah macam2 perancangan Yahudi dgn tubuhkan NED-national endowment democracy, KAF-konrad adennuaer foundation dan gunakan orang islam spt Anwar ibrahim utk hancurkan islam. PASTI bg Allah semua ni adalah umpama sarang2 labah. Bantuan Allah pasti akan datang bila orang islam di Malaysia bangkit kembali buat kerja nabi, cara nabi dan sanggup susah payah spt nabi.
9. Spt yg diberitahu dlm Quran bhw mana2 yang tidak mahu beriman dibumi ini, Allah akan hapuskan mereka drpd muka bumi Allah setelah kaum2 terdahulu spt kaum Hud, Ad Thamud & dlln enggan menerima dakwah nabi2 utk ajak mereka beriman kpd Allah. Begitulah yang akan berlaku di Malaysia tidak lama nanti setelah segolongan dr orang islam di negara ini yang sedang jalankan kerja nabi dgn mengajak yg bukan islam kpd islam dan ajak yg dah islam kpd perintah2 Allah.
Bersambung [PART 2]
[PART 2]
10. Orang bukan islam mesti menerima kenyataan bahawa keistimewaan yg org islam di negara ini dapat bukan kerana melayunya tetapi kemuliaan yang Allah anugerahkan krn bangsa melayu beragama islam dan mereka merasakan kemuliaan agama islam sehinggakan memuatkannya dlm perlembagaan negara ini dan meletakkan agama islam sbg agama tertinggi di negara ini. Allah lah yang muliakan orang islam di negara ini yang majoritinya adalah melayu. Begitu juga keistimewaan Allah kpd orang islam dr bangsa2 lain krn kemuliaan dan keistimewaan itu datang dr Pencipta langit dan bumi yakni Allah kpd yg setiap beragama islam.Sekiranya orang melayu negara ini tidak amalkan islam dgn betul lagi, akhirnya Allah tidak akan kurnia kemuliaan lagi spt yang berlaku kpd negara2 islam spt Bosnia, Afghanistan dgn Allah hantar orang yang buruk iaitu Amerika yang bersekongkol dgn yahudi menguasai mereka wlpn berdoa depan Kaabah pd Allah mohon bantuan, Allah takkan bantu. Ini krn org2 islam dinegara tersebut dan seluruh dunia telah tinggalkan perintah Allah yg pertama dan perintah2 Allah yg lain sbgmana hadis Nabi saw dibawah;
Daripada Hazrat Aishan r.anha berkata nabi bersabda dlm hadis Kudsi ”Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada kamu, buatlah kerja amal maaruf nahil anil mungkar(buat kerja nabi) sebelum tiba masanya kamu berdoa kepadaKu tetapi aku tidak akan memperkenankan doa kamu, kamu meminta daripadaKu tetapi Aku tidak akan memberikan kepadamu, kemudian kamu mohon bantuan kepadaKu terhadap musuh-musuhmu tetapi aku tidak akan membantumu, riwayat ibnu hibban.
Hadis ini jelas menunjukan yg Allah telah tidak bantu org islam sekarang termasuk pemimpin2 negara2 islam krn tinggalkan kerja nabi sptmana Allah beri bantuan kpd Nabi dan sabahabt2nya dizaman pemerintahan mereka dulu.
11. TUN, saya tidak nampak satu orang pun dr barisan pemimpin yang ada sekarang dpt meneraju dgn baik negara yang berbilang bangsa ini samada dr UMNO, PAS, PKR dan lain2 setelah TUN. Pemimpin yang baik adalah pemimpin ajak rakyatnya beriman kpd Allah melalui kerja nabi, keadilan terhadap rakyat, kebaikan tersebar kpd rakyat spt zaman pemerintahan zaman Nabi di Madinah dan Khulafak Ar-Rasyidin. Pemimpin ini diangkat krn keimanan, ketaqwaan dan ketaatannya pd Allah. Pemimpin2 inilah yang dibantu oleh Allah. Ini krn mereka jd pemimpin bukan kerana minta utk dilantik jd pemimpin tetapi mereka dilantik oleh Allah krn keimanan dan kesolehan kpd Allah.
12. Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yg dibantu oleh Allah. Orang yg dapat meneraju negara ni mesti orang dibantu dibantu oleh Allah. Allah bantu orang yang dlm hatinya ada taqwa pd Allah. Orang yg ada Allah dalam hatinya mesti orang yg iman kuat. Dan Allah akan kurniakan iman yg kuat mesti kpd orang yg buat kerja nabi/dakwah spt nabi saw. Sbgmana firman Allah diatas ayat 110 Ali-Imran iaitu setelah buat kerja nabi( amal makruf nahi mungkar) akan diberi iman yg kuat.
13. TUN, saya tak nampak Pak Lah, Najib, Anwar, Hj Hadi, Nik Aziz dr kalangan orang yg akan dibantu oleh Allah dlm pemerintahan mereka krn mereka sendiri telah tinggalkan kerja nabi. Sebab itu setiap masalah yg datang kpd negara ini Allah tak bantu utk selesaikan krn utk bantuan Allah dtg mesti melalui pemimpin yg dekat dgn Allah.
14. Semua orang nak Pak Lah turun, ramai yg tak nak Anwar jd PM krn ada hubungan dgn yahudi dan ramai tak setuju dgn cara Hj Hadi Nik Aziz jd PM. Najib lebih kurang sama dgn Pak Lah. Jadi siapa yg layak jd PM Malaysia slps ni?
15. Sebenanarnya TUN, dgn kewujudan sistem berparti setelah selama 50tahun di Malaysia tidak menampakkan kesatuan umat islam malahan wujud puak2 spt yg berlaku di zaman Mekah-Madinah jahiliah cthnya Aus dan Khozroj telah bertelegah berkurun2 lamanya. Samalah yg berlaku yg mana orang islam dlm UMNO dgn puak2nya, orang islam dlm PAS dgn puak2nya, orang islam dlm PKR dgn puaknya, yg dlm JIM, ABIM, dlln. Semua pertubuhan2, parti2 dan NGO2 yg dipimpin orang islam sebenarnya senjata dan racun berbisa yahudi yg telah menghancurkan kesatuan orang islam secara senyap dan terancang.
16. Setiap pertubuhan, parti, NGO yg disebut diatas berbeza fahaman dan akhirnya bertelagah krn kekurangan iman dlm hati krn tinggalkan kerja nabi/kerja dakwah.
Bersambung [PART 3]
[PART 3]
17. TUN, dalam kemelut politik Malaysia sekarang ini, yang Allah beri saya nampak dan yakin, Dgn izin Allah satu-satunya pemimpin yang dapat satukan kembali orang islam yg telah jd berpuak2 ini ialah salah seorang syura yg mengendali dan menerajui kerja nabi/kerja dakwah yg berpusat di Masjid Sri Petaling. Sy katakan begini krn jika sekiranya, pemimpin selepas Pak Lah dr kalangan UMNO, tetap orang islam dr parti lain akan marah krn mslh yg dihadapi oleh UMNO sekarang. Jika pemimpin dr PKR iaitu Anwar jd PM, pasti orang islam UMNO akan perangi habisan. Jika sekiranya dilantik dr kalangan orang PAS, pasti UMNO dan PKR akan tentang. DAP pasti tentang habisan2. Kemelut takkan habis.
18. Jadi untuk buat semua orang islam tenang dan bersatu, pemimpin yg meneraju orang islam dan negara ini mestilah yg orang yang bukan dr berlatar belakang politik. Dia mestilah orang yg berpengalaman puluhan tahun meneraju satu kumpulan orang islam di negara ini. Di belakangnya semestinya orang yg ikut dan taatnya puluhan dan ratusan ribu orang dlm menggerakkan kerja nabi di negara ini. Dia juga mempunyai hubungan dgn syura2 yg gerakkan kerja nabi/kerja dakwah di setiap negara seluruh dunia spt negara2 dari benua Amerika, benua Eropah, benua Afrika, benua Australia dan benua Asia. Pada hemat saya, Allah beri dia kemampuan utk satukan kembali umat islam di Malaysia ini sbgmana Allah gunakan Nabi saw utk satukan Aus dan Khozroj di Madinah.
19. Kepimpinannya dan pengalamannya dan kebijaksanaanya susah nak disangkal krn utk meneraju kumpulan dakwah/tabligh bukanlah satu kerja yg mudah krn kebanyakan orang yg menyertai utk lakukan kerja nabi ini kebanyakan dr kalangan orang yg ingin berubah kpd baik dan mempunyai byk masalah dlm kehidupan. Kalau calang2 orang, tak mampu utk menanganinya,krn pelbagai ragam manusia yg ingin berubah dr buruk iman amal kpd baik iman amalnya. Memimpinnya menuntut sabar yang tinggi dan cerdik serta bijak utk menangani setiap mslh yg wujud dlm kerja dakwah ini.
20. Sepengetahuan saya, TUN sendiri telah dilawatinya baru2 ini dan TUN telah terima hadiah drnya dgn buku yg berjudul ‘The misunderstood jewel of the last century’
21. Pada hemat saya, bila masa yg Allah tentukan berlaku tidak lama nanti, Allah akan angkatkanya utk memimpin orang islam dan negara ini. TUNlah orang yg paling sesuai dan layak utk menjadi penasihatnya krn berpengalaman meneraju negara ini selama 22thn. Dan TPMnya adalah Tan Sri Muhyidin krn dia adalah amat cocok digandingkan yg disebutkan diatas krn beliau antara pemimpin negara yg Allah bg taufik jaga agamanya dgn baik.
22. Semoga Allah selamatkan kita dr pemeritah yg zalim yg didalangi oleh yahudi yang mahu hancurkan islam.
Wallah waklam…
Sesiapa yang menjadikan isu perkauman dikehendaki minta maaf.dan jadi lagak...sekiranya Cina balik ke China..nahasnya Malaysia tanpa Cina.. Kita dah biasa dengan pelbagai kaum...Malaysia adalah milik semua bukan satu kaum sahaja...Kita mesti bersatu padu untuk meninkatkan mutu negara kita bukan untuk cakap bukan-bukan..Bodohnya orang itu...Apabila Puteri Hang Li Poh dikahwinkan dengan Sultan Melayu Melaka..Kenapanya? Sebabnya handak dapat jagaan Raja Cina daripada serangan Majapahit dan Siam...Malaysia sebenarnya ditakluki daripada ornag asli..bukan Melayu, Cina ataupun India..Ini hakikatnya..Semasa mau dapat kemerdekaan dari British, ketiga Ketu Kaum pun sama-sama pergi ke sana dapat hasrat kita..Kenapa sekarang mau cakap pasal perkauman?? Dulu cakap pasal agama, sekarang cakap pasal kaum??? Mau dapat anugerah OSCAR??? Bodohnya..Biasa lah
Salam,
Adakah betul gambar ni ?
Walau bgmnpn sya ajak kalian semua pergi http://jp3rdparty.blogspot.com/2008/09/reel-of-defection-part-ii.html
Lihatlah mcm mn fanatik Parti Kongkong Rakyat yg perkosakn buddy sya, JP.
Nama Profile yg bertindak mengugut : [Antares]
Kamu hendaklh serang msauk weblog pantang tu : http://www.blogger.com/profile/03349987009726416189 baru akan tahu sapa lanat yg kongkong ni!
"LAwan tetap kita LAWAN"
"Kongkong kononnya Adil"
Kalau org yg "ber-gang" mcm ni jdi PM, malah pikirlh msa dpan anak-2 kita !
Sekrg-2nya kni kita masih bebas bertutur, bercakap, berforum dgn PM yg diktkn stiasa tidur tu; tapi jarang ada ugutan !!?
Bacalah kamu sendiri :
(kongkong yg buat komen tu; bukan yg blog tu)
http://jp3rdparty.blogspot.com/2008/09/reel-of-defection-part-ii.html
Drp,
Bangsa Malaysia
cowBOY98
16 SEPTEMBER - Hari itu telah berlalu sebagai mimpinya.
sila layari http://pure-hadharist.blogspot.com
Catat Ulasan