MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Okt 2008

Ancaman Liberalisme Islam di Indonesia



Ancaman Liberalisme Islam di Indonesia


Oleh: Abu Annisa, Pusat Kajian Islam Indonesia

Idea sekularisasi Islam di Indonesia pertama kali dicetuskan oleh Nurcholish Madjid pada 3 Januari 1970. Ideanya itu diadaptasi dari pemikiran Harvey Cox dengan bukunya yang terkenal berjudul The Secular City.

Nurcholish mungkin tidak menyedari bahawa apa yang dia lakukan adalah bagaikan membuka sebuah kotak pandora. Ketika kotak itu terbuka, maka terjadilah peristiwa-peristiwa tragis yang berturutan, sehingga sukar untuk dikawal lagi, hingga kini.

Harvey Cox menyebutkan bahwa sekularisasi disebabkan penggunaan akal akibat pengaruh kepercayaan Bible terhadap sejarah. Menurut Cox, ada tiga komponen penting dalam Bible yang menjadi kerangka asas sekularisasi, iaitu 'disenchantment of nature' yang dikaitkan dengan penciptaan (creation), 'desacralization of politics' dengan penghijrahan besar-besaran (exodus) kaum Yahudi dari Mesir, dan 'deconsecration of values' dengan Perjanjian Sinai. (Harvey Cox, The Secular: Secularization and Urbanization in Theological Perspective [New York: The Macmillan Company, 1967], hlm. 19-32).

Harley Cox bersama bukunya "The Secular City". Harvey Cox adalah salah seorang ahli agama Kristian di Amerika Syarikat dan berkhidmat sebagai profesor ketuhanan di Harvard Divinity School. Tumpuan kajiannya ke arah pembangunan Kristian terutamanya pembebasan manusia daripada agama dan peranan Kristian di Amerika Latin



Jadi, kata Cox, sekularisasi adalah pembebasan manusia dari asuhan agama, pengalihan perhatiannya dari 'dunia lain' menuju ke 'dunia kini'. Kerana sudah menjadi suatu keharusan, kata Cox, kaum Kristian tidak sewajarnya menolak sekularisasi. Sebab, sekularisasi merupakan warisan asli dari kepercayaan Bible. Maka, tugas kaum Kristian adalah menyokong dan memelihara sekularisasi. (Harvey Cox, The Secular: Secularization and Urbanization in Theological Perspective [New York: The Macmillan Company, 1967], hlm. 15).

Edisi pertama Buku The Secular City dicetak pada tahun 1965. Buku Cox ini mencetuskan cause celebre (kontroversi) agama di luar jangkauan pengarang dan penerbitnya sendiri. Buku ini merupakan best seller di Amerika dengan lebih 200 ribu naskah terjual dalam masa kurang dari setahun. Buku ini juga adalah karya utama yang menarik perhatian masyarakat kepada isu sekularisasi.

Pengaruh buku ini ternyata juga melintasi batas negara dan agama. Di Yogyakarta, sekelompok aktivis yang bergabung dalam Lingkaran Diskusi Limited Group di bawah bimbingan Mukti Ali sangat terpengaruh dengan buku tersebut. Di antara aktivis dalam diskusi itu adalah Dawam Rahardjo, Djohan Effedi, dan Ahmad Wahib. (Lihat Karel Steenbrink, "Patterns of Muslim-Christian Dialogue in Indonesia 1965-1998", dalam Jacques Waardenburg, Muslim-Christian Perceptions of Dialogue Today [Leuven: Peeters, 2000], hlm. 85).

Tetapi, gagasan Cox ketika itu belum begitu meluas. Ahmad Wahib hanya menulis catatan harian, yang kemudian dikumpulkan dalam sebuah buku selepas meninggalnya. Djohan Effendi pun tidak terlalu kuat pengaruhnya.

Nurcholish Madjid pencetus Islam Liberal

Pengaruh Cox jelas berpengaruh di Indonesia pada pemikiran Nurcholish Madjid, yang ketika itu menjadi ketua umum Pengurus Besar Himpunan Mahasiswa Islam (PB HMI). Dan pada 12 Januari 1970, Nurcholish Madjid secara rasmi melancarkan gagasan sekularisasinya dalam diskusi di Markas Pengurus Besar Pelajar Islam Indonesia (PII) di Jalan Menteng Raya 58.

Ketika itu Nurcholish melancarkan makalah berjudul "Keharusan Pembaharuan Pemikiran Islam dan Masalah Integrasi Umat". Dua puluh tahun kemudian, gagasan itu kemudian diperkuat lagi dengan pidatonya di Taman Ismail Marzuki Jakarta pada 21 Oktober 1992 dengan judul "Beberapa Renungan tentang Kehidupan Keagamaan di Indonesia".

Kini setelah 30 tahun, arus sekularisasi dan liberalisasi itu semakin sukar untuk dikawal. Arus itu menular ke pelbagai sisi kehidupan: sosial, ekonomi, politik, dan bahkan pemikiran keagamaan. Penyebaran fahaman "pluralisme agama", "dekonstruksi agama",(kaedah pembacaan teks yang luas) "dekonstruksi kitab suci", dan sebagainya.

Kini sudah menular di kampus-kampus dan organisasi-organisasi Islam merupakan satu fenomena 'khas Indonesia'. Ideologi ini menusuk jantung Islam dan berusaha merobohkan Islam dari tapak yang paling dasar.


Dari Tradisi Yahudi dan Kristian

Agama Yahudi telah lama mengalami liberalisasi, sehingga saat ini Liberal Judaism (Yahudi Liberal) secara rasmi menjadi salah satu aliran dalam agama Yahudi.

Begitu juga dengan perkembangan liberalisasi dalam agama Kristian. Bahkan, agama Kristian boleh dikatakan sebagai salah satu "korban" liberalisasi dari peradaban Barat.

Agama Kristian mulai bersinar di Eropah pada tahun 313, ketika Kaisar Konstantin mengeluarkan surat perintah (Edik) yang isinya memberi kebebasan kepada warga Romawi untuk memeluk agama Kristian. Pada tahun 380, Kristian dijadikan sebagai agama negara oleh Kaisar Theodosius.

Menurut Edik Theodosius, semua warga negara Romawi diwajibkan menjadi anggota gereja Katolik. Agama-agama lain dilarang. Bahkan, kelompok-kelompok Kristian di luar "gereja rasmi" pun dilarang. Dengan berbagai-bagai keistimewaan yang dinikmatinya, Kristian kemudian tersebar ke segenap penjuru dunia.

Tetapi, Kristian juga kemudiannya tidak dapat menghindari anasir negatif, iaitu sekularisasi dan liberalisasi. Jika dilihat lebih jauh, perkembangan gereja-gereja di Eropah kini sudah cukup jelas.

Seorang aktivis Kristian yang berasal dari Bandung menceritakan dengan jelas kehancuran gereja-gereja di Eropah dalam bukunya yang berjudul "Gereja Moden, Mau ke Mana? "(1995).

Kristian benar-benar kelam kabut dihentam nilai-nilai sekularisme, modernisme, liberalisme, dan 'klenikisme'(amalan tidak logik).

Di Amsterdam, misalnya, pada 200 tahun lalu, terdapat 99% penduduknya beragama Kristian. Kini tinggal hanya 10% saja yang dibaptis dan pergi ke gereja. Majoriti mereka sudah sekular.

Di Perancis yang 95% penduduknya tercatat beragama Katolik, hanya 13% saja yang menghadiri kebaktian di gereja seminggu sekali.

Di Jerman pada tahun 1987, menurut laporan Institute for Public Opinian Research, 46% penduduknya mengatakan bahawa agama sudah tidak diperlukan lagi.

Di Finlandia, yang 97% Kristian, hanya 3% yang pergi ke gereja setiap minggu. Di Norwegia, yang 90% Kristian, hanya setengahnya saja yang percaya pada dasar-dasar kepercayaan Kristian. Juga, hanya sekitar 3% saja yang rutin ke gereja setiap minggu.

Masyarakat Kristian Eropah juga tergila-gila pada paranormal, lebih daripada kepercayaan mereka kepada paderi Katolik. Di Jerman Barat (sebelum bersatu dengan Jerman Timur) terdapat 30,000 paderi. Tetapi, jumlah paranormal (witchcraft) mencapai 90,000 orang. Di Perancis terdapat 26,000 paderi Katolik, tetapi jumlah peramal bintang (astrologi) yang berdaftar mencapai 40,000 orang.


Amalan homoseksual dihalalkan


Arus liberalisasi mulai melanda ke gereja. Misalnya, gereja mulai menerima amalan-amalan homoseksualiti. Eric James, seorang anggota gereja Inggeris, dalam bukunya berjudul "Homosexuality and a Pastoral Church", menyarankan agar gereja memberikan toleransi pada kehidupan homoseksual dan mengizinkan perkawinan homoseksual antara lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita (lesbian).

Sesetengah negara Barat telah melakukan "revolusi jingga", (warna yang melambangkan protes tanda kemenangan) kerana secara rasmi telah mengesahkan perkahwinan sejenis.

Di berbagai-bagai negara Barat, amalan homoseksual bukanlah dianggap sebagai kejahatan, begitu juga dengan amalan penzinaan, minuman keras, pornografi, dan sebagainya. Barat tidak mengenal sistem dan standard nilai (baik-buruk) secara jelas. Semuanya bersifat relatif: diserahkan kepada "kesepakatan" dan "kepantasan" umum menerima atau menolak.

Maka, orang yang berzina, meminum alkohol, mendedahkan aurat, dan sejenis dengannya bukanlah dipandang sebagai satu bentuk kejahatan, kecuali jika masyarakat menganggapnya sebagai jahat.

Homoseksual dianggap baik dan disahkan oleh negara. Bahkan, para paderi gereja Anglikan di New Hampshire Amerika telah sepakat melantik seorang uskup (wali gereja) homoseks bernama Gene Robinson pada November 2003.

Kaum Kristian yang homoseksual itu telah merombak ajaran Kristian, terutama meminda tafsiran lama yang masih melarang tindakan homoseksual.



Progam Liberalisasi Islam


Secara sistematis, liberalisasi Islam di Indonesia sudah berlaku sejak awal tahun 1970-an. Secara umum ada terdapat tiga bidang penting dalam ajaran Islam yang menjadi sasaran liberalisasi: (1) liberalisasi bidang aqidah, dengan penyebaran pluralisme agama, (2) liberalisasi bidang syariah, dengan melakukan perubahan metodologi ijtihad, dan (3) liberalisasi konsep wahyu, dengan melakukan dekonstruksi terhadap Al-Qur'an.

Dr. Greg Barton, dalam disertasinya di Monash University, Australia, menyatakan sejumlah program Islam Liberal di Indonesia, iaitu (1) pentingnya konstektualisasi ijtihad, (2) komitmen terhadap rasionaliti dan pembaruan, (3) penerimaan terhadap pluralisme sosial dan pluralisme agama-agama, (4) pemisahan agama dari partai politik dan adanya bahagian non-sektarian negara. (Tahun 1999 disertasi Greg Barton diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia oleh penerbit Paramadina dengan judul Gagasan Islam Liberal di Indonesia [1999: xxi]).

Dr Greg Barton adalah profesor di Monash University, Australia. Menyertai APCSS (Asia Pacific Center for Security Studies) pada Januari 2006.Beliau berminat mengkaji tentang pemikiran Islam, pergerakan sosial Islam – demokratik, reformis dan jihad Islamist di Asia tenggara. Tesis PHDnya pada 1995 PhDnya berkaitan dengan pembangunan Pemikiran Islam Liberal di Indonesia



Dari disertasi Barton itu dapat disimpulkan bahawa terdapat gerakan strategi dan program yang sistematik dalam liberalisasi Islam di Indonesia. Penyebaran fahaman Pluralisme Agama-yang jelas merupakan fahaman syirik modern-dilakukan dengan cara yang sangat aktif, melalui berbagai-bagai saluran, dan sokongan dana yang luar biasa. Dari program tersebut, ada tiga aspek liberalisasi Islam yang sedang dilakukan di Indonesia.


Liberalisasi Aqidah Islam

Liberalisasi aqidah Islam dilakukan dengan menyebarkan fahaman Pluralisme Agama. Fahaman ini menyatakan semua agama adalah sah. Jadi, menurut penganut fahaman ini, semua agama adalah jalan yang berbeza tetapi menuju Tuhan yang sama. Atau, mereka menyatakan bahawa agama adalah persepsi relatif terhadap Tuhan yang mutlak, dan kerana kerelatifannya, maka setiap pemeluk agama tidak boleh meyakini agamanya sahaja yang lebih benar daripada agama lain.

Di Indonesia, penyebaran fahaman ini sudah meluas, dilakukan oleh para tokoh, cendekiawan, dan para pemuja idea-idea liberal.

Berikut ini pernyataan-pernyataan mereka.


Ulil Abshar Abdalla

Dia mengatakan, "Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan yang paling benar." (Majalah Gatra, 21 Desember 2002). Dia juga mengatakan, "Larangan beza agama, dalam hal ini antara perempuan Islam dengan lelaki bukan Islam, sudah tidak relevan lagi." (Kompas, 18/11/2002).


Budhy Munawar Rahman

Dia mempromosikan teologi pluralis sebagai berikut. "Konsep teologi semacam ini memberikan legitimasi kepada kebenaran semua agama, bahawa pemeluk agama apa pun layak disebut sebagai 'orang yang beriman', dengan makna 'orang yang percaya dan percaya kepada Tuhan'. Karena itu, sesuai QS 49: 10-12, mereka semua adalah bersaudara dalam iman." Budhy menyimpulkan, "Karenanya, yang diperlukan sekarang ini dalam penghayatan masalah pluralisme antara agama yakni pandangan bahawa siapa pun yang beriman-tanpa harus melihat agamanya - adalah sama di hadapan Allah. Karenanya, Tuhan kita semua adalah Tuhan Yang Satu." (Lihat artikel Budhy Munawar Rahman berjudul "Basis Teologi Persaudaraan antar-Agama", dalam buku Wajah Liberal Islam di Indonesia [Jakarta: JIL, 2002], hlm. 51-53).


Prof. Dr. Abdul Munir Mulkhan (guru UIN Yogyakarta)

Dia berpendapat, "Semua agama memang benar sendiri, penting diyakini bahawa syurga Tuhan yang satu itu sendiri terdiri banyak pintu dan kamar. Setiap pintu adalah jalan pemeluk setiap agama memasuki kamar syurganya. Syarat memasuki syurga adalah keikhlasan pembebasan manusia dari kelaparan, penderitaan, kekerasan, dan ketakutan, tanpa melihat agamanya. Inilah jalan universal syurga bagi semua agama. Dari sini kerjasama dan dialog pemeluk berbeza agama diperlukan." (Abdul Munir Mulkhan, Ajaran dan Jalan Kematian Syekh Siti Jenar [Yogyakarta: Kreasi Wacana, 2002], hlm. 44).


Prof. Dr. Nurcholish Madjid

Dia menulis, "Sebagai sebuah pandangan keagamaan, pada dasarnya Islam bersifat inklusif (dalaman individu) dan merentangkan tafsirannya ke arah yang semakin pluralis. Sebagai contoh, falsafah perenial yang kebelakangan ini banyak dibicarakan dalam dialog antara agama di Indonesia membenatangkan pandangan pluralis dengan mengatakan bahawa setiap agama sebenarnya merupakan ekspresi keimanan terhadap Tuhan yang sama. Ibarat roda, pusat roda itu adalah Tuhan, dan jari-jari itu adalah jalan dari berbagai-bagai agama." (Lihat buku Tiga Agama Satu Tuhan [Bandung: Mizan, 1999], hlm. xix).


Dr. Alwi Shihab

Dia menulis, "Prinsip lain yang digariskan oleh Al-Qur'an adalah pengakuan eksistensi orang-orang yang berbuat baik dalam setiap komuniti beragama dan, dengan itu, layak mendapat pahala dari Tuhan. Apatah lagi, prinsip ini memperkukuh idea mengenai Pluralisme keagamanaan dan menolak eksklusivisme. Dalam pengertian lain, eksklusivisme keagamaan tidak sesuai dengan semangat Al-Qur'an. Sebab, Al-Qur'an tidak membeda-bedakan antara satu komuniti agama dari lainnya." (Alwi Shihab, Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka dalam Beragama [Bandung: Mizan, 1997], hlm. 108-109).


Sukidi (alumi Fakultas Syariah IAIN)

Dia menulis di akhbar Jawa Pos (11/1/2004), "Dan, konsekuensinya, ada banyak kebenaran (many truths) dalam tradisi dan agama-agama. Nietzche mejelaskan adanya kebenaran tunggal dan justru bersikap afirmatif terhadap banyak kebenaran. Mahatma Gandhi pun seirama dengan mendeklarasikan bahawa semua agama-entah Hinduisme, Buddhisme, Yahudi, Kristian, Islam, Zoroaster, maupun lainnya-adalah benar. Dan, konsekuensinya, kebenaran ada dan ditemukan pada semua agama."


Dr. Luthfi Assyaukanie (guru Universiti Paramadina)

Dia menulis, "Seorang fideis (kebenaran) Muslim, misalnya, boleh merasa dekat kepada Allah tanpa melewati jalur solat kerana ia boleh melakukannya dengan meditasi atau kaedah spiritual lain yang biasa dilakukan dalam upacara spiritual. Dengan demikian, pengalaman keagamaan hampir sepenuhnya independen dari peraturan formal agama. Pada gilirannya, perangkap dan konsep-konsep agama seperti kitab suci, nabi, malaikat, dan lain-lain tak terlalu penting lagi kerana yang lebih penting adalah bagaimana seseorang boleh menikmati alam kebatinan dan menumpukan perhatian dirinya dalam lompatan iman yang tanpa batas itu." (Kompas, 3/9/2005).


Nuryamin Aini (guru Fakulti Syariah UIN Jakarta)

Dia menulis, "Tapi ketika saya mengatakan agama saya benar, saya tidak punya hak untuk mengatakan bahawa agama orang lain salah, apalagi kemudian menyalah-nyalahkan atau memaki-maki." (Lihat buku Ijtihad Islam Liberal [Jakarta: JIL, 2005], hlm. 223).

Yang perlu diperhatikan oleh umat Islam, khususnya kalangan Lembaga Pendidikan Islam, bahawa hampir seluruh NGO atau LSM (Lembaga Swadaya Masyarakat) dan projek Pluralisme agama ini dibiayai oleh penaja Barat, seperti The Asia Foundation, Ford Fondation.

Misalnya dapat dilihat dalam artikel-artikel yang diterbitkan oleh Jurnal Tashwirul Afkar (diterbitkan oleh Lakpesdam NU dan The Asia Foundation), dan Jurnal Tanwir (diterbitkan oleh Pusat Studi Agama dan Peradaban Muhammadiyah dan The Asia Foundation).

Mereka bukan saja menyebarkan fahaman ini secara terbuka, tetapi memiliki program yang sistematis untuk mengubah kurikulum pendidikan Islam yang pada saat ini masih mereka anggap sebagai belum terbuka (inklusif-pluralis).

Contohnya, Jurnal Tashwirul Afkar edisi no. 11, tahun 2001, menulis laporan utama berjudul "Menuju Pendidikan Islam Pluralis". Ditulis dalam jurnal ini sebagai berikut:

"Filosofi pendidikan Islam yang hanya membenarkan agamanya sendiri, tanpa mahu menerima kebenaran agama lain mesti mendapat kritikan dan selanjutnya dilakukan reorientasi. Konsep iman-kafir, muslim-non-muslim, dan baik-benar (truth claim), yang sangat condong terhadap cara berfikir Islam terhadap agama lain mesti dibongkar agar umat Islam tidak lagi menganggap agama lain sebagai agama yang salah serta tiada jalan keselamatan. Jika cara berfikir ini bersifat eksklusif (tertutup) dan in-toleran, maka teologi yang diterima adalah teologi eksklusif dan intoleran, yang pada akhirnya akan merosak keharmonian agama-agama, dan sikap tidak menghargai kebenaran agama lain. Kegagalan dalam mengembangkan semangat toleransi dan pluralisme agama dalam pendidikan Islam akan membangkitkan sayap radikal Islam." (Khamami Zada, Membebaskan Pendidikan Islam: Dari Eksklusivisme Menuju Inklusivisme dan Pluralisme, Jurnal Tashwirul Afkar, edisi no. 11, tahun 2001).

Dalam jurnal ini juga, Rektor UIN Yogyakarta, Prof. Dr. Amin Abdullah menulis, "Pendidikan agama semata-mata menekankan keselamatan individu dan kelompoknya sendiri menjadikan anak didik kurang begitu sensitif atau kurang begitu peka terhadap nasib, penderitaan, kesulitan yang dialami oleh pihak lain, yang kebetulan memeluk agama lain. Hal demikian terjadi kerana sikap keyakinan yang ditanam kuat bahawa orang atau kelompok yang tidak seiman atau tidak seagama dengannya adalah "lawan" secara aqidah." (M. Amin Abdullah, "Pengajaran Kalam dan Teknologi di Era Kemajemukan: Sebuah Tinjauan Materi dan Metode Pendidikan Agama", Jurnal Tashwirul Afkar, edisi no. 11, tahun 2001).


Relativisme Kebenaran - kebenaran tidak mutlak

Fahaman Pluralisme Agama berakar pada kefahaman relativisme akal dan relativisme iman. Ramai cendekiawan yang sudah termakan fahaman ini dan menjadi pengikut agen penyebar fahaman relativisme ini, khususnya di kalangan lingkungan perguruan tinggi Islam.

Fahaman relativisme akal dan relativisme iman merupakan virus ganas yang berpotensi memusnahkan daya ketahanan iman seseorang. Dengan fahaman ini, seseorang menjadi tidak yakin dengan kebenaran agamanya sendiri. Dari fahaman ini, lahirlah sikap keraguan dalam meyakini kebenaran. Jika seseorang sudah kehilangan keyakinan dalam hidupnya, hidupnya akan terus terumbang-ambing dengan ketidakpastian.

Akar dari nilai-nilai ini adalah fahaman Sofisme pada zaman Yunani kuno, yang kemudian dikembangkan dalam sistem pendidikan di Barat. Itu boleh difahami kerana peradaban Barat adalah peradaban tanpa wahyu. Sehingga, berbagai-bagai peraturan yang telah mereka hasilkan tidak berlandaskan wahyu Allah, tetapi pada kesepakatan akal manusia. Kerana itu, sifatnya menjadi nisbi, relatif, dan fleksibel. Boleh berubah setiap saat, bergantung kesepakatan dan kemahuan manusia.

Mereka yang hidup dalam alam pikiran liberal dan kenisbian nilai akan sentiasa mengalami kegelisahan hidup dan ketidaktenangan jiwa. Pada hakikatnya mereka berada dalam kegelapan, jauh dari cahaya kebenaran. Kerana itu, mereka akan sentiasa mengejar bayangan kebahagiaan, fatamorgana, melalui berbagai-bagai bentuk kepuasan fizik dan jasmaniah, ibarat meminum air laut yang tidak pernah menghilangkan rasa haus.

Lihatlah kehidupan manusia-manusia jenis ini. Semaklah ucapan-ucapan mereka; tengoklah keluarga mereka; cermatilah teman-teman yerdekat mereka; (tambahan: perhatikan akhir hayat mereka). Tidak ada kebahagiaan yang abadi yang dapat mereka hirup, kerana mereka sudah membuang keimanan dan keyakinan nilai-nilai yang abadi dan kebenaran yang hakiki.

Mereka tidak percaya lagi kepada wahyu Tuhan, dan menjadikan akal dan hawa nafsunya sendiri sebagai Tuhan. Al-Qur'an sudah menggambarkan sikap manusia pemuja nafsu ini: "Maka pernahkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan mereka, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya (Allah mengetahui bahwa ia tidak dapat menerima petunjuk yang diberikan kepadanya), dan Allah telah menutup pendengaran dan hatinya, dan meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka, siapakah yang memberinya petunjuk sesudah Allah? Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" (Al-Jaatsiyah: 23).

Dalam pandangan Islam, fahaman Pluralisme Agama jelas merupakan fahaman syirik moden, kerana menganggap semua agama adalah benar. Padahal Allah SWT telah menegaskan bahawa hanya Islam sahaja agama yang benar dan diterima Allah SWT. "Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam." (Ali Imran: 19). "Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." (Ali Imran: 85).

Keyakinan akan kebenaran dinul Islam sebagai satu-satunya agama yang benar dan diridhai Allah adalah konsep yang sangat jelas dalam Islam. Kerana itu, para cendekiawan dan ulama perlu menjadikan penentangan fahaman syirik moden ini sebagai perjuangan utama, agar jangan sampai 10 tahun lagi faham ini menguasai wacana pemikiran dan pendidikan Islam di Indonesia, sehingga akan lahir guru-guru agama, khatib, atau 'ulama' yang mengajarkan kefahaman persamaan agama ini kepada anak bangsa dan masyarakat.


Liberalisasi Al-Qur'an


Salah satu wacana yang berkembang pesat dalam tema liberalisasi Islam di Indonesia pada saat ini adalah tema "dekonstruksi kitab suci". Di kalangan Yahudi dan Kristian, fenomena ini sudah lama berkembang pesat.

Dr. Ernest C. Colwell, dari School of Theology Claremont, misalnya, selama 30 tahun mengkaji bidang ini dan menulis dalam satu buku berjudul "Studies in Methodology in Textual Criticism on the New Testament"

Pesatnya studi kritis Bible itu telah mendorong kalangan Kristian-Yahudi untuk "melirik" Al-Qur'an dan mengarahkan hal yang sama terhadap Al-Qur'an.

Pada tahun 1927, Alphonse Mingana, paderi Kristian yang berasal dari Iraq dan pengarah di Universitas Birmingham Inggeris, mengumumkan, "Sudah tiba masanya sekarang untuk melakukan kritik teks terhadap Al-Qur'an sebagaimana telah kita lakukan terhadap kitab suci Yahudi yang berbahasa Ibrani-Arami dan kitab suci Kristian yang berbahasa Yunani."

Hampir satu abad lalu, para orientalis dalam bidang studi Al-Qur'an bekerja keras untuk menunjukkan bahawa Al-Qur'an adalah kitab yang bermasalah sebagaimana Bible. Mereka berusaha keras untuk meruntuhkan keyakinan kaum muslimin bahawa Al-Qur'an adalah kalamullah, iaitu Al-Qur'an adalah satu-satunya kitab suci yang bebas dari kesalahan.

Beratus-ratus tahun, wacana itu hanya berkembang di lingkungan orientalis Yahudi dan Kristian. Tetapi, pada saat ini suara-suara yang mengkritik Al-Qur'an, lahir dari kalangan perguruan tinggi Islam. Mereka menciplak dan mengulangi apa yang dahulunya pernah disuarakan para orientalis.

Ulil Abshar Abdalla, mantan Koordinator Jaringan Islam Liberal, menulis, "Tapi, bagi saya, all scriptures are miracles, semua kitab suci adalah mukjizat." (Jawa Pos, 11 Januari 2004).

Taufik Adnan Amal, guru Ulumul Quran di IAIN Makasar, menulis satu makalah berjudul "Edisi Kritis al-Quran", yang isinya menyatakan, "Huraian dalam paragraf-paragraf berikut cuba mengungkapkan secara ringkas pemantapan teks dan bacaan Alquran, sambil menegaskan bahawa proses tersebut masih mengekalkan perkara dasar, baik dalam ortografi teks mahupun pemilihan bacaannya, yang kita warisi dalam mushaf tercetak dewasa ini. Kerana itu, tulisan ini juga akan mengutarakan bagaimana penyelesaian itu dengan penyuntingan Edisi Kritis Alquran." (Lihat makalah Taufik Adnan Amal berjudul "Edisi Kritis al-Quran", dalam buku Wajah Liberal Islam di Indonesia [Jakarta: JIL, 2002], hlm. 78).

Dalam buku "Menggugat Otentisiti Wahyu", hasil tesis master di Universitas Islam Negeri Yogyakarta (Dulu: IAIN Sunan Kalijaga Yogyakarta) yang ditulis oleh Aksin Wijaya, ditulis secara terang-terangan kritikan terhadap kitab suci Al-Qur'an. "Setelah kita kembalikan wacana Islam Arab ke dalam dunianya dan melepaskan diri kita dari hegemoni budaya Arab, kini saatnya, kita melakukan keupayaan pencarian seruan Tuhan yang terperangkap dalam Mushaf Uthmani, dengan suatu metode dan pendekatan baru yang lebih kreatif dan produktif. Tanpa menidakkan besarnya peranan yang dimainkan Mushaf Uthmani dalam mentransformasikan firman Tuhan, kita terlebih dahulu menempatkan Mushaf Uthmani itu setara dengan teks-teks lain. Dengan kata lain, Mushaf itu tidak sakral (suci) dan kebal, melainkan profan dan fleksibel. Yang sakral dan absolut hanyalah firman Tuhan yang terdapat di dalamnya, yang masih dalam proses pencarian. Kerana itu, kini kita dibolehkan bermain-main dengan Mushaf tersebut, tanpa rasa terbeban sedikitpun, beban sakraliti(kesucian) yang melingkupi perasaan dan fikiran kita." (Aksi Wijaya, Menggugat Otentisitas Wahyu Tuhan [Yogyakarta: Safiria Insania Press, 2004], hlm. 123).

Aktivis Islam Liberal, Dr. Luthfi Assyaukanie, juga berusaha membongkar konsep Islam tentang Al-Qur'an. Ia menulis: "Sebahagian besar kaum Muslim meyakini bahawa AlQuran dari halaman pertama hingga terakhir merupakan kata-kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad secara verbatim, baik kata-katanya (lafdhan) maupun maknanya (ma'nan). Kaum Muslim juga meyakini bahawa Alquran yang mereka lihat dan baca hari ini adalah sama seperti yang wujud pada masa Nabi lebih dari seribu empat ratus tahun silam. Keyakinan semacam itu sesungguhnya lebih merupakan acuan dan angan-angan teologis (al-khayal al-dini) yang dibuat oleh para ulama sebagai acuan doktrin-doktrin Islam. Hakikat dan sejarah penulisan AlQuran sendiri sesungguhnya penuh dengan berbagai-bagai nuansa yang delicate (rumit), dan tidak sunyi dari perdebatan, pertentangan, intrik (tipu daya), dan rekayasa (kaedah ilmu dalam perlaksanaan)." (Luthfi Assyaukani, "Merenungkan Sejarah Alquran", dalam Abd. Muqsith Ghazali (ed), Ijtihad Islam Liberal [Jakarta: JIL, 2005], hlm. 1).

Dalam bahagian lain buku terbitan JIL tersebut, menulis, bahawa 'Al-Qur'an adalah perangkap bangsa Quraisy', seperti dinyatakan oleh Sumanta Al-Qurtubhy, alumni Fakulti Syariah IAIN Semarang. Ia menulis: "Di sinilah saya ingin menyebut teks-teks Islam klasik merupakan 'perangkap bangsa Arab', dan Alquran sendiri dalam beberapa hal sebenarnya juga boleh menjadi 'perangkap' bangsa Quraisy sebagai suku majoriti. Ertinya, bangunan keislaman, tidak terlepas dari jaring-jaring kekuasaan Quraisy yang dulu berjuang keras untuk menunjukkan eksistensinya di tengah suku-suku Arab lain." (Sumanto Al-Qurtubhy, "Membongkar Teks Ambigu", dalam Abd. Muqsith Ghazali (ed) Ijtihad Islam Liberal [Jakarta: JIL, 2005], hlm. 17).

Jadi, di berbagai-bagai penerbitan mereka, kalangan liberal dan sejenisnya memang sangat aktif menyerang Al-Qur'an secara terang-terangan. Mereka tidak sekadar berwacana, tetapi aktif menyebarkan pemikiran yang destruktif terhadap Al-Qur'an. Itu boleh dilihat dalam buku-buku, artikel, dan jurnal yang mereka terbitkan.

Cara yang lebih halus dan nampak akademik dalam meyerang Al-Qur'an juga dilakukan dengan mengembangkan studi kritik Al-Qur'an dan studi hermeneutika di Perguruan Tinggi Islam. Di antara tokoh-tokoh terkenal dalam studi ini adalah Prof. Dr. Nasr Hamid Abu Zayd dan Mohammad Arkoun.

Buku-buku kedua tokoh ini sudah banyak diterjemahkan di Indonesia. Sekarang Kajian hermeneutika sebagai metode tafsir pengganti ilmu tafsir klasik pun sudah menjadi sebagai subjek wajib kuliah di Program Studi Tafsir Hadits UIN Jakarta dan sejumlah perguruan tinggi Islam yang lain. Padahal, metode ini jelas-jelas berbeza dengan ilmu tafsir dan bersifat dekonstruktif terhadap Al-Qur'an dan syariat Islam.

Kaum muslim perlu merenungkan masalah ini dengan serius. Jika Al-Qur'an dan ilmu tafsir Al-Qur'an dirosak dan dihancurkan, apa lagi yang tersisa dari Islam?



Liberalisasi Syariat Islam

Inilah aspek yang paling banyak muncul dan menjadi pembahasan dalam bidang liberalisasi Islam. Hukum-hukum Islam yang sudah jelas turut dibongkar semula dan dibuat hukum baru yang dianggap sesuai dengan perkembangan zaman.

Seperti dijelaskan oleh Dr. Greg Barton, salah satu program liberalisasi Islam di Indonesia adalah "kontekstualisasi ijtihad". Salah satu hukum yang banyak dijadikan objek liberalisasi adalah hukum dalam bidang keluarga. Misalnya, dalam masalah perkawinan antara agama, khususnya antara muslimah dengan laki-laki bukan muslim.

Dalam sebuah tulisannya, Azyumardi Azra menjelaskan metode kontekstualisasi yang dilakukan oleh gerakan pembaharuan Islam di Indonesia, yang dipelopori Nurcholish Madjid: "Bila didekati secara mendalam, dapat ditemui bahawa gerakan pembaharuan yang terjadi sejak tahun tujuh puluhan memiliki komitmen yang cukup kuat untuk mengekalkan 'tradisi' (turats) dalam satu bingkai analisis yang kritis dan sistematis .... Pemikiran para tokohnya didasari kesungguhan yang sangat kuat untuk melakukan formula metodologi yang konsisten dan universal terhadap penafsiran Al-Qur'an; suatu penafsiran yang rasional yang peka terhadap konteks budaya dan sejarah dari teks Kitab Suci dan konteks masyarakat moden yang memerlukan bimbingannya." (Lihat, Pengantar Azyumardi Azra untuk buku Dr. Abd. A'la, Dari Neomodernisme ke Islam Liberal [Jakarta: Paramadina, 2003], hlm. xi).

Menjelaskan pendapat Nurcholish Madjid, Azyumardi Azra menulis, " Al-Qur'an menunjukkan bahawa risalah Islam-disebabkan universalitinya-adalah sesuai dengan lingkungan budaya apa pun, sebagaimana (pada saat turunnya) hal itu telah disesuaikan dengan kepentingan lingkungan semenanjung Arab. Kerana itu, Al-Qur'an harus selalu dikontekstualisasikan dengan lingkungan budaya penganutnya, di mana dan bila-bila saja."

Kontekstualisasi para pembaharu agama Islam ala Nurcholish Madjid ini tidaklah sama dengan teori asbabun nuzul yang difahami oleh kaum muslimin selama ini dalam bidang ushul fiqih. Tetapi, Azyumardi Azra memberikan legitimasi dan pujian berlebihan terhadap metode Nurcholish Madjid: "Cak Nur(nama popular Nurcholish) berpegang kuat kepada Islam tradisi hampir secara keseluruhan, pada tingkat esoteris dan eksoteris. Dengan sangat bagus dan distingtif, ia bukan sekadar berpijak pada aspek itu, namun ia juga memberikan sejumlah pendekatan dan penafsiran baru terhadap tradisi Islam itu. Maka, hasilnya adalah apresiasi yang cukup mendalam terhadap syariah atau feqah dengan cara melakukan kontekstualisasi fiqih dalam perkembangan zaman." (Lihat, Pengantar Azyumardi Azra untuk buku Dr. Abd. A'la, Dari Neomodernisme ke Islam Liberal [Jakarta: Paramadina, 2003], hlm. xii).

Apa yang dikatakan oleh Azra sebagai bentuk apresiasi (penghayatan) syariat atau feqah yang mendalam yang dilakukan Nurcholish Madjid adalah satu pujian yang sama sekali tidak benar. Nurcholish sama sekali tidak pernah menulis tentang metodologi feqah dan hanya melakukan dekonstruksi terhadap beberapa hukum Islam yang tidak disetujuinya. Dia pun hanya mengikuti jejak gurunya, Fazlur Rahman, yang menggunakan metode hermeneutika untuk menafsirkan Al-Qur'an.

Karya kaum liberal di Paramadina (pengajian ilmu diasas oleh Nurcholish) dalam merombak hukum Islam lebih jelas lagi dengan keluarnya buku Feqah Lintas Agama, yang sama sekali tidak selaras dengan syariat, bahkan merosak dan menghancurkannya.

Misalnya, dalam soal perkahwinan antara agama, buku Feqah Lintas Agama tertulis: "Soal pernikahan laki-laki non-Muslim dengan wanita Muslim merupakan wilayah ijtihad dan terikat dengan konteks tertentu, diantaranya konteks dakwah Islam pada saat itu. Yang mana jumlah umat Islam tidak sebesar ketika ini, sehingga pernikahan antara agama merupakan sesuatu yang terlarang. Kerana kedudukannya sebagai hukum yang lahir atas proses ijtihad, maka amat dibolehkan mencetuskan pendapat baru, bahawa wanita Muslim boleh bernikah dengan laki-laki non-Muslim, atau pernikahan beza agama secara lebih luas amat dibolehkan, walau dengan apapun agama dan aliran kepercayaannya." (Mun'im Sirry (ed), Fiqih Lintas Agama [Jakarta: Paramadina & The Asia Foundation, 2004], hlm. 164).

Jadi, pendapat Azyumardi Azra tentang hebatnya kaum pembaharu Islam yang dipelopori Nurcholish Madjid adalah sama sekali tidak terbukti. Sebagai salah seorang cendekiawan yang sangat popular, Azra telah melakukan kekeliruan besar dengan cara memberikan legitimasi(surat pengesahan keterangan) berlebihan terhadap gerakan pembaharuan yang terbukti sangat destruktif (merosak) khazanah pemikiran Islam.

Dengan alasan melakukan kontekstualisasi, maka kaum liberal melakukan penghancuran dan perombakan terhadap hukum-hukum Islam yang sudah pasti (qath'iy), seperti hukum perkawinan muslimah dengan laki-laki non-muslim.

Prof. Musdah Mulia, tokoh feminis, juga melakukan perombakan terhadap hukum perkahwinan dengan alasan kontekstualisasi. Dia menulis: "Jika kita memahami konteks waktu turunnya ayat itu (QS 60: 10, pen), larangan ini sangat wajar mengingat kaum kafir Quraisy sangat memusuhi Nabi dan pengikutnya. Waktu itu konteksnya adalah peperangan antara kaum Mukmin dan kaum kafir. Larangan menegekalkan hubungan dimaksudkan agar dapat diidentifikasi secara jelas yang manakah musuh dan kawan. Kerana itu, ayat ini harus difahami secara kontekstual. Jika suasana peperangan itu tidak ada lagi pada masa ini, maka larangan dimaksud tercabut dengan sendirinya." (Musdah Mulia, Muslimah Reformis [Bandung: Mizan, 2005], hlm. 63).

Nuryamin Aini, seorang guru Fakulti Syariah UIN Jakarta, juga membuat pernyataan yang menggugat hukum perkahwinan antara agama. Dia menulis: "Maka dari itu, kita perlu meruntuhkan mitos fekah yang mendasari larangan bagi perempuan muslim untuk menikah dengan laki-laki non-muslim .... Isu yang paling mendasar dari larangan PBA (Perkawinan Beda Agama) adalah masalah sosial politik. Hanya saja, ketika yang berkembang kemudian adalah logika agama, maka konteks sosial-politik munculnya larangan PBA itu menjadi tenggelam oleh hegemoni cara berpikir teologis." (Lihat buku Ijtihad Islam Liberal [Jakarta: JIL, 2005], hlm. 220-221).

Entah kenapa, di Indonesia, yang majoriti muslim, kaum liberal berusaha keras untuk menghancurkan hukum perkawinan antara agama ini, seolah-olah sangat diperlukan untuk mendesak kaum muslim harus berkawin dengan non-muslim.

Ulil Abshar Abdalla, di harian Kompas edisi 18 November 2002, juga menulis: "Larangan kahwin beda agama, dalam hal ini antara perempuan Islam dengan lelaki non-Islam, sudah tidak relevan lagi."

Bahkan, lebih maju lagi, Dr. Zainun Kamal, guru UIN Jakarta, kini tercatat sebagai 'penghulu swasta' yang menikahkan puluhan-mungkin sekarang sudah ratusan--pasangan beda agama.

Padahal, perlu dicatat, larangan muslimah menikah dengan lelaki non-muslim sudah menjadi ijma' (kesepakatan) para ulama dengan dalil-dalil yang sangat meyakinkan (seperti QS 60: 10).

Memorandum Organisasi Konferensi Islam (OKI) menyatakan, "Perkahwinan tidak sah kecuali atas persetujuan kedua belah pihak, dengan tetap memegang teguh keimanannya kepada Allah bagi setiap muslim, dan kesatuan agama bagi setiap muslimat."

Ketika hukum-hukum yang pasti dirombak, maka terbukalah pintu untuk membongkar seluruh sistem nilai dan hukum Islam.

Dari IAIN Yogyakarta muncul nama Muhidin M. Dahlan, yang menulis buku memori berjudul "Tuhan Izinkan Aku Menjadi Pelacur", yang memuat kata-kata berikut: "Pernikahan yang dikatakan sebagai pembirokrasian seks ini, tak lain tak bukan adalah lembaga yang berisi tong-tong sampah penampung sperma yang secara anarkis telah membelah-belah manusia dengan klaim-klaim yang sangat menyakitkan. Istilah pelacur dan anak haram pun muncul dari rejim ini. Perempuan yang melakukan seks di luar lembaga ini dengan sangat kejam diposisikan sebagai perempuan yang sangat hina, tuna, lacur, dan tak pantas menyandang harga diri. Padahal, apa bedanya pelacur dengan perempuan yang berstatus isteri? Posisinya sama. Mereka adalah penikmat dan pelayan seks laki-laki. Seks akan tetap bernama seks meski dilakukan dengan satu atau banyak orang. Tidak, pernikahan adalah konsep aneh, dan menurutku mengerikan untuk bisa kupercaya." (Buku: Tuhan Izinkan Aku Menjadi Pelacur: Memoar Luka Seorang Muslimah, SriptaManent dan Melibas, 2005, cetakan ke-7).

Dari Fakulti Syariah IAIN Semarang bahkan muncul gerakan mengesahkan perkahwinan homoseksual. Mereka menerbitkan buku berjudul "Indahnya Kawin Sesama Jenis: Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual".

Buku ini adalah kumpulan artikel di jurnal Justisia Fakulti Syariah IAIN Semarang edisi 25, Th XI, 2004. Dalam buku ini ditulis strategi gerakan yang harus dilakukan untuk menghalalkan perkawinan homoseksual di Indonesia.

"Bentuk gerakan yang harus dibangun adalah (1) mengorganisasi kaum homoseksual untuk bersatu dan berjuang merebut hak-haknya yang telah dirampas oleh negara, (2) memberi pemahaman kepada masyarakat bahawa apa yang terjadi pada diri kaum homoseksual adalah sesuatu yang normal dan fitrah, sehingga masyarakat tidak memencilkannya bahkan sebaliknya, masyarakat ikut terlibat menyokong setiap gerakan kaum homoseksual dalam menuntut hak-haknya, (3) melakukan kritik dan reaktualisasi tafsir keagamaan (tafsir kisah Luth dan konsep pernikahan) yang tidak memihak kaum homoseksual, (4) menyuarakan perubahan Undang-undang Perkahwinan No 1/1974 yang mendefinisikan perkawinan harus antara laki-laki dan wanita." (Lihat buku Indahnya Kawin Sesama Jenis: Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual [Semarang: Lembaga Studi Sosial dan Agama/eLSA, 2005], hlm. 15).

Pada bahagian penutup buku tersebut, anak-anak fakulti Syariah IAIN Semarang tersebut menulis kata-kata yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya oleh seorang muslim pun: "Hanya orang primitif saja yang melihat perkawinan sejenis sebagai sesuatu yang abnormal dan berbahaya. Bagi kami, tiada alasan kuat bagi siapapun dengan dalil apapun, untuk melarang perkawinan sejenis. Sebab, Tuhan pun sudah maklum, bahawa projeknya menciptakan manusia sudah berhasil bahkan berterusan."



Tajaan Dana Amerika - The Asia Foundation

Setelah Perang Dingin berakhir, Barat memiliki pandangan khusus terhadap Islam. Pada masa Perang Dingin, Komunisme dianggap sebagai musuh utama, sehingga Barat bersama-sama dengan Islam menghadapi komunisme, seperti yang terjadi di Afghanistan. Tetapi, setelah komunis runtuh, musuh bagi Barat berikutnya adalah Islam.

Kerana Islam dipandang sebagai musuh atau ancaman berpotensi bagi Barat, maka berbagai-bagai daya upaya dilakukan untuk 'menjinakkan' dan melemahkan Islam. Salah satu program yang kini dilakukannya adalah dengan melakukan projek liberalisasi Islam besar-besaran di Indonesia dan dunia Islam lainnya. Projek liberalisasi Islam ini tentu saja masih menjadi sebahagian dari 'tiga cara' pengukuhan hegemoni (kekuasaan) Barat di dunia Islam, iaitu melalui program kristianisasi, imperialisme moden, dan orientalisme.

David E. Kaplan menulis, sekarang Amerika memperuntukkan dana puluhan juta dollar dalam rangka kempennya untuk-bukan hanya mengubah masyarakat muslim-tetapi juga untuk mengubah Islam itu sendiri.

Menurut Kaplan, "White House telah bersetuju merangka strategi rahsia, dengan pertama kalinya Amerika memiliki kepentingan nasional untuk mempengaruhi apa yang terjadi di dalam Islam. Sekurang-kurangnya di 24 negara muslim, AS secara diam-diam telah menaja radio Islam, acara-acara TV, kursus-kursus di sekolah Islam, pusat-pusat kajian, workshop politik, dan program-program lain yang mempromosikan Islam moderat"(versi AS). (Terjemahan dari David E. Kaplan, Hearts, Minds, and Dollars, www.usnews.com, 4-25-2005).

Salah satu agensi asing yang sangat aktif dalam menyebarkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama di Indonesia adalah The Asia Foundation. Untuk menanamkan kefahaman dan nilai-nilai inklusif dan pluralis di kalangan muslim Indonesia, yayasan ini (TAF) telah menaja berbagai-bagai kelompok muslim sejak tahun 1970-an. The Asia Foundation saat ini menaja lebih dari 30 NGO yang mempromosikan nilai-nilai Islam yang dapat menjadi basis bagi sistem politik demokrasi, non-kekerasan (Non-Violent)dan toleransi beragama. Dalam bidang pendidikan kewarganegaraan, HAM (hak Asasi Manusia), rekonsiliasi antara-komuniti, kesetaraan gender, dan dialog antara agama, The Asia Foundation juga bekerjasama dengan NGO-NGO tersebut untuk mempromosikan Islam sebagai demokrasi di Indonesia. Program-program itu mencakupi bidang latihan bagi tokoh-tokoh agama, studi tentang isu-isu gender dan HAM dalam Islam, pusat-pusat advokasi wanita, dan sebagainya. (http://www.asiafoundation.org/Locations/indonesia.html. Website The Asia Foundation sampai dengan 24 Maret 2006, masih menulis tajuk pembukanya dengan kata-kata: "REFORMASI PENDIDIKAN DAN ISLAM DI INDONESIA").

The Asia Foundation adalah yayasan Amerika yang merupakan covert operation (operasi rahsia) CIA, bermula sejak 1967. Dua orang yang pernah bekerja dengan Asia Foundation / CIA mendedahkan bahawa mereka melakukan kerja CIA top-secret pada 1982.Yayasan ini juga turut dibantu oleh U.S. Agency for International Development(USAID), the World Bank(Bank Dunia), the Asian Development Bank(ADB) dan the United Nations Development Program serta sumber-sumber lain.Klik link 1. link 2, link 3, link 4, link 5 dan link 6




Organisasi-organisasi di Indonesia yang diberikan dana oleh The Asia Foundation di antaranya:

1. Yayasan Desantara (Pluralisme agama, penerbit majalah Syir'ah).
2. Lembaga Studi Agama dan Demokrasi (Elsad) (Pluralisme agama dan demokrasi).
3. Fahmina Institute (Pluralisme gender equality).
4. Indonesia Center for Civic Education (Demokrasi).
5. International Center for Islam Pluralism (ICIP) (Pluralisme agama).
6. Indonesia Conference on Religion and Peace (Pluralisme agama).
7. Institut Arus Informasi (ISAI) (Pluralisme dan jurnalisme).
8. Jaringan Islam Liberal (JIL) (Liberalisasi pemikiran).
9. Paramadina (Pluralisme agama).
10. Pusat Studi Antar Komunitas (Pusaka) Padang (Demokrasi)
11. Pusat Studi Wanita-UIN- (Gender equality).
12. Lembaga Kajian Agama dan Jender (LKAJ) (Gender equality).
13. Lembaga Kajian Islam dan Sosial (LKiS) (Penerbitan buku-buku pluralisme).
14. Lembaga Pengembangan Sumber Daya Manusia Nahdhatul Ulama (Pluralisme agama, dekonstruksi syariah).
15. Pusat Studi Agama dan Peradaban Muhammadiyah (Pluralisme agama).
16. Dan puluhan NGO serta organisasi sejenis lainnya.

Kebijaksanaan untuk mengubah kurikulum dan pemikiran Islam juga pernah diungkapkan oleh tokoh AS, Donald Rumsfeld. "AS perlu menciptakan lembaga dana untuk mengubah kurikulum pendidikan Islam yang radikal menjadi moderat. Lembaga pendidikan Islam boleh lebih cepat menumbuhkan teroris baru, lebih cepat dibandingkan kemampuan AS untuk menangkap atau membunuh mereka." (Harian Republika, 3/12/2005).

Maka, dengan sokongan dana yang besar-besaran, AS dan sekutunya, serta kaki tangannya di Indonesia, berupa NGO-NGO asing, kemudian melakukan program perubahan dan penghancuran pemikiran Islam secara besar-besaran. Tetapi, sayangnya ada saja sebahagian kalangan umat dan lembaga Islam yang terpengaruh oleh umpan duniawi dari lembaga-lembaga asing yang sedang mencari mangsa bersama para kaki tangannya di Indonesia.


Liberalisasi di Perguruan Tinggi Islam

Nurcholish Madjid, Abdurrahman Wahid(Gus Dur), dan yang lainnya adalah pelopor liberalisasi Islam diorganisasi Islam dan masyarakat. Manakala Harun Nasution adalah pelopor liberalisasi Islam di kampus-kampus Islam. Ketika menjadi rektor IAIN Ciputat, Jakarta, Harun mulai melakukan gerakan yang serius dan sistematis untuk melakukan perubahan dalam studi Islam. Dia bermula dengan mengubah kurikulum IAIN.

Projek Liberalisme dan Pluralisme bermakna Projek Islam Liberal tajaan Amerika. Berikut pelopor Islam Liberal Indonesia : Dari kiri Dr Harun Nasution, Prof. Dr. Nurcholis Madjid dan Abdurrahman Wahid (Gus Dur)



Pada Ogos 1973 rektor IAIN se-Indonesia mengadakan pertemuan di Ciumbuluit Bandung. Hasil dari pertemuan itu adalah Departemen Agama Republik Indonesia (RI) memutuskan buku karya Harun Nasution sebagai buku wajib rujukan mata kuliah Pengantar Agama Islam.

Buku kontroversial yang ditulis Harun itu berjudul "Islam Ditinjau dari Berbagai Aspeknya". Harun Nasution ketika itu mengakui tidak semua rektor menyetujuinya. Sejumlah rektor senior menentang keputusan tersebut. Tetapi, entah mengapa keputusan itu tetap dijalankan oleh pemerintah.

Pada 3 Desember 1975, Prof. HM Rasjidi, Menteri Agama pertama, menulis laporan rahsia kepada Menteri Agama dan beberapa pihak tertinggi di Jabatan Agama.

Dalam bukunya, "Koreksi terhadap Dr. Harun Nasution tentang 'Islam Ditinjau dari Berbagai Aspeknya", Prof. Rasjidi menceritakan isi suratnya: "Laporan Rahsia tersebut berisi kritik terhadap buku Sdr. Harun Nasution yang berjudul "Islam Ditinjau dari Berbagai Aspeknya". Saya menjelaskan kritik saya fasal demi fasal dan menunjukkan bahawa gambaran Dr. Harun tentang Islam itu sangat berbahaya, dan saya mengharapkan agar Kementerian Agama mengambil tindakan terhadap buku tersebut, berdasarkan keputusan Kementerian Agama dan Direktorat Perguruan Tinggi untuk mewajibkan buku itu di seluruh IAIN di Indonesia." (HM Rasjidi, Koreksi terhadap Dr. Harun Nasution tentang 'Islam Ditinjau dari Berbagai Aspeknya' [Jakarta: Bulan Bintang, 1977], hlm. 13).

Selama satu tahun lebih surat Prof. Rasjidi tidak dipedulikan. Rasjidi akhirnya mengambil jalan lain untuk mengingatkan Departmen Agama, IAIN, dan umat Islam Indonesia pada umumnya. Setelah nasihatnya tidak dipedulikan, dia menerbitkan kritiknya terhadap buku Harun tersebut. Maka, tahun 1977 lahirlah buku Koreksi terhadap Dr. Harun Nasution tersebut.

Nasihat Prof. Rasjidi sangat penting untuk direnungkan saat ini, mengingat buku Harun itu memang penuh dengan berbagai-bagai kesalahan fakta, baik secara ilmiah maupun kebenaran Islam.

Salah satu contoh kesalahan fakta itu seperti berikut. Harun menempatkan Islam sebagai agama yang sama dengan agama-agama lain, sebagai evolving religion (agama yang berevolusi). Padahal, Islam adalah satu-satunya agama wahyu, yang berbeda dengan agama-agama lain. Agama-agama lain, selain Islam, merupakan agama sejarah dan agama budaya (historical and cultural religion). Harun menyebut agama-agama monoteis--yang dia istilahkan juga sebagai 'agama tauhid'--ada empat: Islam, Yahudi, Kristian, dan Hindu. Ketiga agama pertama, kata Harun, merupakan satu rumpun. Agama Hindu tidak termasuk dalam rumpun ini. Harun menambahkan bahawa kemurnian tauhid hanya dipelihara oleh Islam dan Yahudi. Adapun kemurnian tauhid agama Kristian dengan adanya fahaman Triniti, sebagaimana diakui oleh ahli-ahli perbandingan agama, sudah tidak terpelihara lagi. (Lihat Harun Nasution, Islam Ditinjau dari Berbagai Aspeknya [Jakarta: UI Press, cet ke-6, 1986], Jilid I, hlm. 15-22).

Kesimpulannya menurut Harun bahwa agama Yahudi itu sebagai agama tauhid murni, seperti agama Islam, adalah kesimpulan yang salah dan tidak berdasar. Kalau Yahudi merupakan agama tauhid murni, mengapa di dalam Al-Qur'an disebutkan bahwa Yahudi itu kafir ahlul kitab?

Kesimpulan Harun itu jelas membuat tafsiran sendiri. Sejak lama Prof. Rasjidi sudah mengkritik keras bahawa huraian Dr. Harun yang bersembunyi di sebalik huraian ilmiah sesungguhnya mengandungi bahaya bagi generasi muda Islam. Bahayanya adalah memudaratkan keimanan atau kayakinan seseorang terhadap kebenaran agama yang dipeluknya.

Namun anehnya, kritik-kritik tajam Prof. Rasjidi seperti itu tidak dipedulikan oleh pihak tertinggi Depatmen Agama dan IAIN. Malah, sebaliknya berlaku, ramai ilmuwan yang memuji-muji Harun Nasution.

Prof. Dr. Said Agil al-Munawwar, misalnya, menulis: "Karena itu, beliau diteladani oleh para intelektual maupun generasi berikutnya. Harun Nasution adalah sebagai salah seorang tokoh pembaharu di antara sedikit tokoh yang ada, dia termasuk tokoh sentral dalam menyemai idea pembaharuan bersama tokoh lainnya di Indonesia.Tokoh-tokoh elitis kaum pembaharu dimaksud di antaranya; Nurcholish Madjid, Utomo Dananjaya, Usep Fathudin, Djohan Effendi, Ahmad Wahid, M. Dawam Rahardjo, Adi Sasono, Abdurrahman Wahid, Jalaluddin Rakhmat, Ahmad Syafii Ma'arif, Muhammad Amien Rais dan Kuntowijoyo .... Harun sangat tepat disebut pemancang perubahan dalam tradisi akademik di lingkungan perguruan tinggi Islam Indonesia." (Abdul Halim (ed), Teologi Islam Rasional [Ciputat Press, 2005], hlm. xvi-xvii).

Meskipun bukan bidangnya, Prof. Malik Fadjar juga turut memberikan pujian berlebihan dan tanpa sikap kritis terhadap Harun Nasution: "Usaha dan kerja keras Harun Nasution dalam pengembangan Islamic Studies di Indonesia patut dihargai. Harun sepatutnya dianugerahkan sebagai tokoh Islamic Studies di Inonesia." (Abdul Halim (ed), Teologi Islam Rasional [Ciputat Press, 2005], back cover).

Secara kualiti dan teknik penulisan ilmiah, buku Harun itu sebenarnya juga sudah perlu direvisi (dirombak) total. Tetapi, sekali lagi, kesalahan yang fakta itu dibiarkan saja selama 30 tahun lebih. Jika buku yang mengandung 'virus pemikiran' itu diajarkan secara terus-menerus, maka boleh dipahami, jika kerosakan yang sudah semakin parah itu telah menular ke merata tempat.

Entah mengapa, masalah yang serius dan separah ini sekian lama dibiarkan oleh lembaga-lembaga Islam di Indonesia. Hingga kini belum ada lembaga Islam, khususnya perguruan tinggi Islam, yang secara resmi meminta pemerintah menarik kembali buku Harun Nasution tersebut.

Kini telah kita ketahui, ternyata umat Islam Indonesia benar-benar sedang menghadapi ujian keimanan yang sangat berat. Di tengah pelbagai krisis dan ancaman, umat Islam diprogram, dirosak, dan diserang secara besar-besaran dengan fahaman-fahaman syirik moden dan berbagai-bagai pemikiran liberal. Sendi-sendi ajaran dan keyakinan umat Islam sedang dibongkar habis-habisan.

Ironisnya, penyebaran fahaman ini telah menular dari individu, tokoh, cendekiawan, ulama, dan lembaga yang secara formal menyandang nama Islam. Tentu saja ini tentangan yang sangat berat. Para ulama yang seharusnya menjaga agama menjadi perosak agama. Inilah zaman fitnah, zaman yang tidak jelas lagi mana yang haq dan mana yang bathil.

Rasulullah saw. sudah pernah mengingatkan: "Yang merosak umatku adalah orang alim yang durhaka dan ahli ibadah yang bodoh. Seburuk-buruk manusia yang buruk adalah ulama yang buruk, dan sebaik-baik manusia yang baik adalah ulama yang baik." (HR Ad-Darimy).

Juga, sabdanya, "Termasuk di antara perkara yang aku khawatirkan atas umatku adalah tergelincirnya orang alim (dalam kesalahan) dan silat lidahnya orang munafik tentang Al-Qur'an." (HR Thabarani dan Ibn Hibban).

Di tengah ujian berat projek liberalisasi Islam secara besar-besaran ini, kita berdoa, mudah-mudahan tidak banyak orang yang tergoda oleh berbagai-bagai pujukan dan tipuan duniawi yang ditujukan untuk menghancurkan kekuatan Islam dari dalam.

Boleh dikatakan, liberalisasi Islam di Indonesia saat ini adalah tentangan yang terbesar yang dihadapi semua komponen umat Islam, baik pondok pesantren, perguruan tinggi Islam, organisasi Islam, lembaga ekonomi Islam, mahupun parti politik Islam. Sebab, liberalisasi Islam telah menampakkan wajah yang sangat jelas dalam menghancurkan Islam dari asasnya, baik aqidah Islam, Al-Qur'an, maupun syariat Islam.

Kita harus membentengi keimanan kita, keluarga kita, dan jamaah kita dengan meningkatkan ilmu-ilmu keislaman yang benar dan memohon pertolongan kepada Allah SWT.

"Ya Allah, tunjukkanlah yang benar itu benar dan berikanlah kemampuan kepada kami untuk mengikutinya; dan tunjukkanlah yang bathil itu bathil, dan berikanlah kemampuan kepada kami untuk menghindarinya. Allahumma amin."

Sumber: Diringkas dari "Liberalisasi Islam di Indonesia: Fakta dan Data", Adian Husaini, M.A. (Jakarta: Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia, 2007), hlm. 1-72.


Nota : AIDC menterjemah artikel bertajuk "Liberalisasi Islam di Indonesia", dari Arrahmah blog. Artikel asal klik di sini


Artikel lain yang berkaitan :

1. Liberalisma dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di Malaysia.

2. FNF memperkasakan Demokrasi Liberal di negara - negara Islam

3. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito

4. Islam Liberal Menyerang PKR?

5. Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..


6. Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

7. Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia - Peter Schier

8. Peranan Konrad Adenauer Foundation (KAF) dalam IFC di Malaysia (2) - Peter Schier

9. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam alaikum,

Dia mengatakan, "Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan yang paling benar." (Majalah Gatra, 21 Desember 2002). Dia juga mengatakan, "Larangan beza agama, dalam hal ini antara perempuan Islam dengan lelaki bukan Islam, sudah tidak relevan lagi." (Kompas, 18/11/2002).


ia amat bertentantangan sekali dengan ayat Allah yang berbunyi:

[3.19] Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam.

[2.132] ... maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.

[3.102] ... ; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan
beragama Islam.

[3.85] Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali
tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk
orang-orang yang rugi.

[2.208] Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara
keseluruhannya.



SEbagai umat Islam yang tulen, kita harus menentang agenda agenda pihak yang mendokong islam liberal supaya tidak dapat tembusi tembok perjuangan para para ulama yang BERIMAN dan awliya Allah yang telah berusaha sejak kurun lamanya untuk menyebarkan kebenaran agama Islam di rantau bumi Nusantara ini.Malang sekali kerana Indonesia telah berjaya ditawan mereka yang memusuhi Islam secara selimut.Oleh hal yang demikian, mahukah kita menerima nasib yang sama seperti mereka wahai umat Islam Malaysia?

Unknown berkata...

ISLAM LIBERAL DI INDONESIA AMAT MERBAHAYA

Berita yang disiarkan oleh Bernama pada 4 Jun 2006 lalu benar-benar mengguris hati kita sebagai umat Islam. Manakan tidak masjid di Bantul, Yogjakarta tempat berlakunya gempa bumi di Indonesia telah lama digunakan secara bergilir-gilir antara orang Islam, kristian dan hindu. Di dalamnya penuh dengan patung dan salib.

Inilah sebenarnya ajaran Islam Liberal yang beriktikad bahawa semua agama sama sahaja. Perkara sebeginilah sebenarnya sedang diperjuangkan oleh sesetengah pihak di Malaysia agarnya 'keharmonian' sesat seperti juag diamalkan di Malaysia. Malah di dalam sesebuah rumah di Indonesia pun terdapat agama majmuk di mana ayah Islam, ibu kristian, anak-anak ada yang hindu, athies, kristian dan sebagainya.

Unknown berkata...

Salam,

Golongan Islam Liberal merupakan satu jaringan yang melibatkan pemilik kuasa politik dan intelektual sedang mengasimilasi idea Islam Liberal dengan kerangka pemikiran dalam politik, ekonomi dan sosial masyarakat Islam melalui bikinan kuasa ahli politik, ahli perniagaan dan intelektual mereka.

Jaringan Islam Liberal berasal daripada menara gading Barat dan diimport melalui front suara kebebasan dan hak asasi kemanusiaan di negara peniru penjajah moden. Jaringan Islam Liberal (JIL) telah mengambil peluang daripada keterbukaan pemikir-ulama Islam seperti Fazlur Rahman, Musthafa al-Sibai dan Ismail al-Faruqi atau membasuh pemikiran pemikir-ulama mengaku Islam seperti Amina Wadud dan Muhamad Arkoun agar tunduk kepada kehendak akal-nafsu dan materialisme-humanisme Pakatan Kristian-Yahudi Zionis (PKYZ). Golongan intelektual Islam dan pengerak NGO mula ternoda dengan lenggok idea JIL mula mengkritik al Quran dan hadis secara halus dengan mencari kelemahan syariat Islam seperti persoalan poligami dan pembahagian harta pusaka. Taburan pengaruh JIL dan puak humanisme yang berada di pentas intelektual, NGO dan parti politik sama ada di pihak oposisi dan kerajaan mula berkokok menyatakan sokongan.

Golongan JIL amat malas dan bosan mendengar dalil-dalil al Quran dan hadis. Mereka lebih menyukai hujah Muhamad Akaoun, Charles Kurzman, Ali Abdul Razak dan Sir Ahmad Khan. Al Quran perlu ditafsir semula dan diberi nafas baru agar sesuai dengan perubahan zaman yang berkiblat ke arah Barat. Hujah ulama Islam dianggap konservatif dan jumud tetapi mereka bersorak gembira jika ada ulama memenangkan idea mereka. Mereka bangga dan percaya-yakin dengan idea JIL melebihi kepercayaan mereka kepada al Quran.

JIL dibiayai oleh kekuatan yahudi yang bertopeng badan kemasyarakatan, pendidikan, kesihatan dan kebajikan. Institut Kajian Dasar (IKD) antaranya dibiayai oleh Konrad Adenauer Foudation (KAF), sesuatu yayasan yang ditubuhkan di Jerman atas desakan Amerika Syarikat yang dianggap denda kepada kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Kedua. Paling menarik, yayasan ini juga menaja Suruhanjaya Antara Agama yang disokong oleh SIS dan Forum Iqra (pak Kasim Ahmad, tokoh anti-hadis negara). Di Indonesia, JIL dibiayai oleh The Asian Foundation sehingga Raymond Bonner menyatakan Asian Foundation barua yang dibentuk oleh CIA!

Semoga maklumat tambahan ini dapat membantu pemahaman mengenai konspirasi Islam Liberal yg kian parah berlaku di Indonesia...kini menular ke Malaysia....dek peranan pemimpin yang digelar "Muslim Moderat"......

zek berkata...

Salam

Fahaman Liberal tidak dapat lari dari menghalalkan kegiatan dan perkahwinan homoseksual.

Jika dibandingkan dengan 'ritual gereja syaitan'seolah ada sesuatu yg boleh dihubungkaitkan dengan fahaman liberal ini. Upacara ini dilakukan untuk melantik anggota baru, utk tujuan penyembuhan yg mana sejajar dengan arahan gereja pada waktu yg telah ditetapkan. Ritual tersebut mengandungi acara tertentu antaranya bacaan doa dan mentera , nyanyian....

Pada ritual tersebut akan dibaringkan seorang wanita berkeadaan bogel di atas altar tepat dibawah lambang pentagram. Ritual satanism ini akan diakhiri dengan hubungan seks diantaranya anggota jemaahnya ataupun melakukan masturbasi. Para anggota jemaah yg hadir bebas melakukan kegiatan ini sesuai dengan keinginan masing-masing (engage in sexual activity freely, in accordance with your needs , which may be best realized through monogamy, or by having sex with many others, through heterosexuality, homosexuality, or bisexuality).

Fahaman liberal menghalalkan homoseksual sesuai dengan ajaran satanism yg mahu manusia tidak terikat dengan segala peraturan dan tatacara yg dianjurkan oleh kitab. Fahaman liberal adalah salah satu dari cabang ajaran satanism iaitu mengakui Lucifer sebagai putera cahaya (the son of light)